"Pulau Kapas Bajet"
Jika bercerita mengenai Pulau Kapas, perkara pertama mungkin menjadi ingatan adalah Mat Dan. Anak kelahiran Chentelham, London ini menjadikan Pulau Kapas, Terengganu sebagai 'rumah kedua'nya.
![]() |
Pulau Kapas Sea View |
Jeti Marang merupakan pintu masuk untuk ke Pulau Kapas.
Bagi backpacker sendirian (bukan tegar) sebagaimana penulis, yang datang ke jeti Marang dengan menaiki kereta. Rate parking untuk semalam adalah RM 7 (tertakluk kepada semasa) dan parking disediakan agak mencukupi.
Deretan kedai makan dan cenderahati disekitar kawasan parkir, cukup untuk menghidupkan rasa percaya untuk meninggalkan kenderaan bagi yang ingin balik hari (day trip) atau menginap sehari dua di Pulau Kapas.
Jeti Marang kecil sahaja dari rekabentuknya, mungkin kurang sesuai jika segerombolan bas-bas datang sekaligus namun mampu menampung keperluan percutian ke Pulau Kapas.
Jeti yang dibentuk di muara sungai menjanjikan suasana menarik bagi 'photographer' yang inginkan 'shot' perahu nelayan.
![]() |
Jeti Marang |
Perjalanan bot menuju ke Pulau Kapas akan memakan masa selama 20-30 minit. Pada beberapa minit awal, jika berpeluang, anda mungkin boleh menggunakan peluang untuk menikmati atau mengambil gambar kawasan sekitar yang dipenuhi perahu/bot dan batu-batuan 'barrier' serta pohonan rhu.
![]() |
Perahu Nelayan |
Sampai sahaja di jeti Pulau Kapas, jika bernasib baik anda akan dijemput dengan kawanan ikan bewarna hitam. 'Riyok' dalam bahasa pantai timur bermaksud 'banyak'. Itulah nama yang diberikan penduduk Pulau Kapas yang sememangnya sudah sinonim melihat kelibat kawanan ikan ini yang mungkin mencecah ratusan ekor sedang mencari makan di birai-birai jeti.
![]() |
Jeti Pulau Kapas |
![]() |
Sekawan Ikan Riyok |
![]() |
Close Up Ikan Riyok |
Kami memilih Pak Ya Seaview Chalet sebagai pilihan tempat bermalam.
![]() |
Pak Ya Seaview |
![]() |
Cone Chalet |
![]() |
Triangle Chalet |
Selain rekabentunya, rate untuk semalanya juga menarik perhatian kami, RM 80 (untuk bermalam, bukan pakej). Bilik berkeluasan 'honeymoon couple' dilengkapi kipas dinding (tiada aircond), dan kemudahan katil, bilik air dan 'socket' elektrik.
Falsafah utama apabila bercuti di Pulau Kapas adalah ketenangan. Sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dengan ditemani bunyian ombak, dan kicauan burung-burung. Pulau Kapas yang tidak seluas Redang, mahupun Perhentian jarang menjadi pilihan aktiviti beramai-ramai. Pulau Kapas boleh dikatakan pulau yang berkonsepkan 'man vs wild', interaksi dengan alam sekitar.
Kebanyakkan aktiviti di pulau ini berunsurkan interaksi dengan alam, snorkeling, jungle trekking, diving (Aquasport Divers) atau berjalan ditepian pantai mencari kerangan juga aktiviti bersama alam.
![]() |
Pantai Pulau Kapas |
Bahagian hujung pantai selepas chalet yang terakhir (Qimi Chalet, rasanya), terdapat satu bahagian yang seumpama masih belum diusik. 'Landmark'nya adalah satu tanjung batuan yang ada beberapa batang pokok. Kawasanya tenang dan sesuai untuk photoshoot ala-ala Maldives.
Kehidupan waktu malam dengan nyanyian ombak dan kerdipan bintang menambahkan 'mood' suasana ala-ala honeymoon ketika menjamu selera.
Semua ini bergantung kepada waktu perancangan percutian. Terdapat 'off season' dan 'on season'. Kebanyakkan pulau di bahagian pantai timur malaysia akan 'off season', sesetengah chalet/resort ditutup pada November sehingga January setiap tahun kerana 'monsoon'. Angin kencang laut bergelora.
Waktu sesuai dan 'ramai' orang adalah antara, march hingga julai. Waktu suam-suam kuku pula, mengikut pandangan penulis adalah pada bulan yang tidak disebut. Waktu suam-suam kuku ini, masih boleh untuk bercuti di Pulau Kapas tetapi, merupakan waktu 'orang-orang pulau' sedang bersedia untuk monsoon, membaiki chalet atau memunggah barangan keperluan dengan feri.
Mungkin tidak semeriah ketika 'on season'. Sebagai backpacker, megi dan sardin apalagi khemah mungkin membantu.
Pulau Kapas mampu meninggalkan kesan terhadap jiwa apalagi jika aktiviti, snorkeling, diving, jungle trekking, jalan-jalan tepian pantai bergambar dengan batuan menjadi 'diari' ketika disini.Bagi pencinta penyu, kito tengok penyu telo, di Pulau Gemia, 800m dari Pulau kapas.
Anda fikir anda tahu Percutian Bajet Pulau Kapas Di Pak Ya Seaview Chalet ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.