Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 593 articles
Browse latest View live

Beli ARC Ritz Matte Black Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang

$
0
0

"Arc Ritz Matte Black"

Ada motor tiada helmet kurang lengkapnya kepada mat moto. Kita berbicara dalam aspek mat moto bukan mat rempit. Dalam filem mat moto oleh Pekin pun tema utama dalam cerita tersebut adalah helmet.


Arc Ritz Matte Black
Helmet bukan sahaja dijadikan penjaga kepada kepala dan otak penunggang motosikal.
Sekarang ia sudah salah satu dari hobi pengumpul.


Seperti juga wanita, contoh terdekat dengan penulis adalah isteri penulis, dia memang gemar mengumpul barangan make up. Kasut pun ada, termasuk jugalah beg tangan. Itu 'kegilaan' dan kegemaran kaum wanita.

Hobi Kumpul Helmet

Bagi penulis, penulis lebih gemarkan mengumpul miniature dan figura seperti gunpla (gundam), patung-patung action figure naruto atau pemain bola sepak.


Bersama Helmet Harian Baharu
Satu lagi kegemaran penulis yang baharu adalah mengumpul helmet.

Tidaklah begitu banyak seperti abang Al-Memorabilla atau pengumpul helmet ternama lain, akan tetapi beberapa helmet ini mampu menyemakkan rumah tidak tahu mana hendak di letakkan.

Koleksi Helmet Sedia Ada

Satu jenama KYT Hellcat Arrow dan satu lagi helmet ala-ala top gun dari jenama Avex Top Gun. Tidak lupa MS88 yang akan dijadikan 'tukun' memandangkan ia sudah tidak lagi relevan di mata penguatkuasa.

Jadi penulis memerlukan satu lagi helmet untuk menggantikan MS88 yang sedia ada. Penulis ingin mencari helmet yang tidak berapa kasar harganya dan sesuai untuk kegunaan harian.

Bajet kali ini adalah dalam RM180 ke bawah, untuk kegunaan harian.

Klik shopee, klik lazada, klik 11street, gagal menarik perhatian.

Kedai Penjual Helmet Sijangkang

Tinggal di Sijangkang satu bonus bagi penulis, terdapat satu kedai helmet yang agak popular di antara penjual helmet. Nama kedai pun agak 'universal', Kedai Penjual Helmet. Simple dan lurus serta senang nak ingat.


Kedai Penjual Helmet
Kedudukan yang tidak berapa jauh dari rumah penulis, penulis mula mendapatkan hak pemantauan di kedai ini. Kunjungan pertama di Kedai Penjual Helmet Sijangkang menerbitkan jatuh cinta pertama kali lihat pada satu helmet.

Boleh dikatakan kena dengan citarasa penulis, seakan arai dan j-stream shoei namun bukanlah dua jenis terbabit.

Helmet ARC Ritz

Rekabentuk moden dan agak simple. Helmet ARC Ritz.


Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Pandangan Belakang


Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang harga untuk helmet ARC Ritz ini (plain matte black) berharga RM 150.

Harga Helmet ARC Ritz

Dari pemantauan (survey) penulis dalam talian pun memang dijual dengan harga RM150. Namun, ada segelintir penjual yang sanggup jual RM180-RM200.


Harga ARC Ritz
Dengan harga sebegitu mungkin penulis boleh tambah sedikit wang dan dapatkan KYT Hellcat satu lagi atau MHR convert Arai.

Kunjungan pertama ke Kedai Penjual Helmet Sijangkang, penulis sekadar pandang-pandang. Kunjungan kedua, penulis terus dapatkan helmet ini.

Penulis bernasib baik, tuan punya kedai ada ketika itu. Pada kunjungan pertama dia ke Mekah untuk umrah. Siap dapat free gift berupa tasbih dari Mekah.


Tasbih Dari Mekah
Sembang sedikit sebanyak, penulis sambar ARC tersebut dan cuba pakai. 

Saiz Helmet ARC Ritz

Dari segi saiz ia adalah 'free-size' dengan ukuran 60.


Saiz Helmet ARC Ritz
Namun, kepala saiz XL KYT penulis ini pada mulanya gagal dimuatkan dengan tenang. Sebelum sempat bertanya, abang penjual helmet terus menjelaskan, helmet ARC Ritz memang agak ketat pada mulanya, biasa la baharu lagi.

Lama-lama akan 'fit' dan selesa dengan saiz kepala pengguna.

Aksesori Helmet Tambahan

Selain, helmet, penulis ada membuat penambahan dengan penukaran 'visor' kepada yang asal kepada jenis 'smoked'.


Visor Original ARC Ritz
Gelap sedikit, perlu tambah RM40 untuk 'visor' tersebut. 'Visor' yang jenis pelangi pun ada perlu tambah RM80.

Review Testimonial Helmet ARC Ritz

Dari segi ulasan (review), rekabentuk luaran dan kesederhanaannya sudah memang dalam citarasa penulis.

Cukup simple, namun dalam kategori moden. Memang betul apa yang dikatakan tuan pemilik kedai, dalam masa satu minggu, digunakan setiap hari, bahagian dalam helmet fit dengan saiz dan rekabentuk kepala penulis.

Sehingga artikel ini ditaip, memang selesa dan begitu senang dipakai.


Span Lembut untuk Kulit
Helmet ARC Ritz ini tidak memiliki 'clip' tetapi ikatan tali seumpama helmet ms88.


Tali Ikat
Satu kebaikan tali bukan klip adalah kekuatan ikatannya. Terbukti dengan logo sirim terbaharu di belakang.


Getah yang Tahan
Rekabentuk Helmet Mahal Lain

Helmet ini yang juga dilengkapi dengan 'ventilation' yang seakan rekabentuk arai dan j stream namun tidaklah sama 100%.


Lubang Ventilation Masuk
Bergunakan 'ventilation' ini ?

Penulis mengujinya semasa membeli nasi kerabu di Jalan Kebun. Sampai sahaja di kedai siam yang menjual nasi kerabu ayam bakar.

Penulis memasuki kedai yang agak panas dengan pemanggang tanpa membuka topi keledar ini dahulu. Panasnya memang tidak terkata, siap berpeluh sakan ke pipi.

Sengaja, untuk melihat keupayaan sistem pengudaraan pada helmet ARC Ritz ini.

Ketika tidak bergerak dalam suhu yang panas memang tiada apa-apa kesan.

Tetapi, ketika bergerak, belum sempat penulis memasukkan gear ketiga rasa sejuk datang dan peluh mulai nyah dari kepala. Memang terbukti 'ventilation' yang diletakkan pada helmet ini bukan sekadar hiasan.


Lubang Ventilation Keluar
Bagi mereka yang inginkan bajet sederhana, rekabentuk simple, kegunaan harian dan tidak begitu ranggi dan menyerlah.

Penulis syorkan untuk dapatkan Helmet ARC Ritz.

Info Ringkas Kedai Penjual Helmet Sijangkang

Mari penulis ceritakan sedikit info Kedai Penjual Helmet Sijangkang.


Tuan Kedai Helmet
Selain walk-in ke kedai tersebut, mereka yang agak jauh boleh membuat belian melalui instagram dan facebook.

Alamat Kedai

KEDAI PENJUAL HELMET
No 31A Jalan Desa BT.8 Taman
Desa Sijangkang ( Tingkat atas Busana Niaga )
Telok Panglima Garang Selangor.


Dalaman Kedai
Waktu Operasi  

Buka Setiap Hari : 12 tgh hari – 11.00 malam
Jumaat : 3 petang – 11.00 malam

Cuti Mingguan : Hari Rabu

Memang 'friendly' pemiliknya. Tanya sahaja segala permasalahan dan pertanyaan, pasti dijawab dengan sopan santun.

Pemiliknya adalah Daniel atau orang panggil dengan gelaran 'pacak'. Boleh kenali kedai penjual helmet dan tuannya melalui video di bawah.




"Bang Daniel, saya promote dah ni, harap nanti dapat helmet free, diskaun pun tak pe hehe..gurau saje"


Anda fikir anda tahu Beli ARC Ritz Matte Black Di Kedai Penjual Helmet Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Makna Warna Jersi dan Pengiraan Mata Le Tour De Langkawi Malaysia

$
0
0

"Warna Jersi LTDL"

Le Tour De Langkawi yang bermula pada 1996 bukanlah satu acara yang baharu didengar.
Acara tahunan jelajah Malaysia yang disertai pelumba basikal antarabangsa.

Warna Jersi LTDL
Mengambil masa sepanjang seminggu dan paling lama 10 hari, pelumba basikal yang bertanding akan menjelajah Malaysia dalam 'stage' atau peringkat yang telah disediakan.



Setiap peringkat memiliki kategori masing-masing. Setiap perserta merebut gelaran Juara Keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit, dan Raja Asia (Pelumba Asia Terbaik). Semua kategori ini akan dinilai dari faktor kedudukan setiap stage untuk setiap kategori.

Keempat-empat gelaran ini ditentukan 'on the spot' dengan pemakaian jersi tertentu. Dengan warna yang tertentu. Peserta akan merebut setiap gelaran sepanjang kejohanan, selagi gelaran itu milik satu peserta selagi itu dia memakai jersi terbabit.

Makna Warna Jersi Pelumba Le Tour De Langkawi

Lihat senarai Warna dan Jenis Jersi untuk setiap gelaran di bawah:

1. Juara Keseluruhan

Jersi bewarna kuning cair yang ditaja oleh mana-mana penaja. Peserta akan memakainya selagi mata keseluruhan adalah miliknya.

Minali Yellow Jersey
Jersi kuning adalah raja segala jersi untuk kejohanan Le Tour De Langkawi.

2. Raja Pecut (Best Sprinter)

Dilambangkan dengan jersi bewarna hijau. Peserta yang dinobatkan sebagai raja pecut akan ditentukan di kawasan tertentu yang telah ditandakan sebagai tempat pelumba memecut.

Gurdini Green Jersey
Mata akan dikumpul, yang terbanyak untuk masa tersebut dikumpul dari kawasan 'sprint' lain akan menerima jersi hijau.

Kebanyakan peringkat memiliki kawasan pecut, berdasarkan kawasan yang landai dan lurus.

3. Raja Bukit (King of Mountain KOM)

Gelaran untuk raja bukit boleh dilihat pada peserta yang memakai jersi polkadot/merah.
Bukan semua kawasan untuk satu peringkat memiliki zon kawasan bukit. Sama juga dengan raja pecut, pada satu kawasan ditentukan jarak ke satu puncak, yang terpantas akan memiliki mata yang tinggi.
Bernardo Albiero Polkadot Jersey
Dikumpulkan untuk mencari markah terbanyak untuk menyarung jersi ini.

Untuk LTDL, cameron highland atau genting highland, Bukit Fraser dan mungkin banjaran titiwangsa di lebuhraya pantai timur adalah kawasan tumpuan raja bukit.

4. Juara Asia (Terbaik Asia Keseluruhan)

Terdapat gelaran untuk Raja Asia, dengan pemakaian jersi putih. Peserta dari asia yang memiliki mata keseluruhan terkumpul tertinggi dari Asia akan layak untuk menyarung jersi putih ini.

Pengiraan Mata Keseluruhan (Jersi Kuning)

Mengikut urutan paling awal sampai ke garisan penamat.

Tempat pertama - 15 mata
Tempat kedua - 12 mata
Tempat ketiga - 9 mata
Tempat keempat - 7 mata
Tempat kelima - 6 mata
Tempat keenam - 5 mata
Tempat ketujuh - 4 mata
Tempat kelapan - 3 mata
Tempat kesembilan - 2 mata
Tempat ke-10 - 1 mata


Pengiraan Mata Raja Pecut (Jersi Hijau)

Empat peserta paling laju (biasanya terawal) melintasi garisan tamat pecutan akan diberikan mata.

Semua mata bermula dari 5 mata 
Tempat kedua - 3 mata
Tempat ketiga - 2 mata
Tempat keempat- 1 mata

Paling laju diberikan 5 mata dan keempat laju akan diberikan 1 mata. Mata ini akan dikumpul untuk keseluruhan.

Pengiraan Mata Raja Bukit (Jersi Polkadot/Merah)

Bermula dengan 6 mata untuk pertama yang sampai ke tempat penamat.
Tempat kedua - 4 mata
Tempat ketiga - 2 mata
Tempat keempat - 1 mata

*untuk acara KOM atau raja bukit jersi polkadot, pengiraan mata bergantung kepada kesukaran pendakian.

Semakin sukar semakin tinggi nilai mata dan penerima mata.

Bagi jersi putih Raja Asia, bergantung kepada jumlah pungutan mata keseluruhan bagi zon Asia atau peserta asia.

Dengan sedikit informasi sebegini, mampu memberikan semangat kepada peminat LTDL di Malaysia.

Bagi memberikan sorakan dan sokongan apabila pelumba-pelumba jelajah LTDL ini melalui kawasan anda.

LTDL Pantai Penarik
Penulis dan isteri berkesempatan bertembung dengan LTDL ketika selesai mencuba celup tepung di Pantai Penarik, terengganu.

Anda fikir anda tahu Makna Warna Jersi dan Pengiraan Mata Le Tour De Langkawi Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Nikmati Coconut Shake Vanilla Float Viral Di Coconut Shake Original Famous Klebang Melaka

$
0
0

"Coconut Shake Klebang Famous"

Zaman dahulu kalau ada ayah atau ibu bapa nak bawa anak-anak ke tepi pantai pasti terkenangkan pohon kelapa yang berbatang-batang menegak ke langit. Jika pantainya tiada pohonan rhu.


coconut shake klebang viral
Coconut Shake Original Klebang
Zaman sekarang, masih lagi dikekalkan kombinasi pantai dan kelapa jika bercuti di pantai. Namun, sudah kurang pohonan kelapa di sekitar pantai apalagi pantai sekitar Selat Melaka.


Mungkin anda akan tertanya-tanya jika Parameswara tidak bersandar di pokok melaka, apalah nama negeri Melaka sekarang. Melaka cukup terkenal sebagai tempat peranginan. Dari kawasannya yang strategik dan tinggalan sejarah.

Pantai Menarik Di Melaka

Kedudukan Melaka yang cukup strategik ini menjadikan Melaka suatu tempat rebutan masa dahulu kala.

Pelbagai jenis etnik dan bangsa ingin merebut Melaka seumpama berebut-rebut ingin menjadi makcik dan pak cik bawang di facebook. Kepelbagaian tinggalan ini menjadikan Melaka antara pengeluar tempat makan yang menarik untuk dilawati.

Keindahan pantai memang sudah terbukti, dari masa ke masa penulis datang ke Melaka, mesti ada perubahan yang baharu.

Pantai Klebang Popular

Contoh paling mudah adalah Pantai Klebang, semakin lama semakin bertambah infrastruktur yang ada, jika dahulu sebelum terdapatnya sebuah kapal selam dan dua buah pesawat pejuang di muzium kapal selam.

Pantai Klebang hanyalah padang pasir tepian pantai.


Pantai Klebang Melaka | Google Image
Pantai Klebang sudah terkenal, ramai yang datang ke Pantai Klebang bukan sahaja kerana ingin melawat muzium kapal selam ada juga yang datang untuk bermalam di dalam bas seperti bustel.

Tarikan pasir pantai yang indah untuk bergambar, tidak kisahlah ilmu fotografi rendah atau tinggi memang menarik. Pantainya sentiasa sahaja dipenuhi pelancong, Pantai Klebang sudah meriah.

Cuaca Panas dan Lembap

Iklim Malaysia yang panas dan lembap kadang-kadang merencatkan untuk menikmati tempat menarik sekitar Pantai Klebang. Benda pertama merunsingkan pengunjung ke Klebang pada musim panas untuk bersiar-siar adalah faktor dahaga.


buah kelapa muda coconut shake klebang
Kelapa Muda Ketika Panas
Usah khuatir usah risau. Apabila kelapa muda, airnya diambil dan digabungkan dengan ais krim vanilla. bayangkan.


ais krim coconut shake klebang
Askrim Vanilla Walls
Ada penyelesaiannya permasalahan ini. Coconut Shake Famous Pantai Klebang.


pintu masuk coconut shake klebang melaka
Selamat Datang Ke Coconut Shake Klebang
Hilangkan Dahaga Dengan Coconut Shake

Bertahun-tahun menghilangkan dahaga pengunjung sekitar Klebang. Bukan sahaja Klebang, mereka yang dahaga dari seluruh pelusuk Melaka dan sekitar juga tidak ada masalah untuk beratur panjang. Sememangnya, jika datang pada waktu puncak, beratur panjang itu mesti.


coconut shake vanilla float klebang
Coconut Shake Vanilla
Datang ke Pantai Klebang tanpa mencuba coconut shake famous Klebang memang tidak lengkap. Bukan sahaja pelancong tempatan malahan penuh parkir dengan kenderaan pelbagai nombor plat yang ada. Bas persiaran juga selalu kelihatan.

Konsep Restoran Coconut Shake Original Klebang

Dengan tema beratur, bayar dan tunggu. Masa menunggu sebenarnya tidaklah begitu lama berbanding melepasi perangkap kesesakan trafik dari luar menuju ke Coconut Shake ini dan mencari parkir yang kosong.


coconut shake klebang melaka sedap
Close Up Coconut Shake
Pelanggan akan beratur dan dalam kepala perlu sudah tahu berapa biji gelas coconut shake yang ingin dipesan.

Melihatkan mesin pembuat coconut yang begitu cergas dengan tukang penjaga mesin tersebut, mengurangkan sedikit keresahan ketika beratur panjang. Cukup pantas pembuatan coconut shake tersebut, gabungan mesin dan manusia.

Sampai sahaja di kaunter yang memiliki mesin tunai di atas mejanya, sampaikan sahaja kepada penjaga kaunter terbabit berapakah bilangan gelas coconut shake yang anda inginkan. Selesai membayar, resit akan diberikan.

Harga Coconut Shake Original

Dengan harga RM2.70 segelas cukup berbaloi. Kali ini penulis memesan 10 gelas dengan harga RM27.00 terpampang pada resit.


harga coconut shake klebang
Harga Coconut Shake
Air kelapa yang di kocak bersama susu dalam mesin dan ditambah satu skop ais krim perisa vanila dengan harga tersebut, tidak sia-sia anda beratur agak panjang.

Selepas menerima resit belian, tidak perlu menunggu coconut shake anda, tidak payah menyuruh siapa-siapa membantu anda membawa bergelas-gelas coconut shake tersebut kerana coconut shake yang anda pesan akan dihantar kepada anda. Ketika pembayaran anda terlupa nombor meja pun usah menggelabah kerana semua itu tidak penting.

Cara Unik Dapatkan Coconut Shake

Letakkan sahaja resit anda di atas meja di mana anda berada, mat-mat despatch untuk coconut shake akan datang dengan kemahiran membawa gelas-gelas coconut shake kepada anda.

Sebagai contoh, untuk resit penulis RM27.00, secara congak matematik penghantar coconut shake yang lalu lalang akan meletakkan 10 buah gelas terisi coconut shake pesanan anda.

Cukup senang dan bagi penulis cukup unik tanpa bimbang memikirkan untuk membawa 10 biji gelas coconut shake sendiri ke meja anda dalam kesesakan orang ramai.

Rasa Coconut Shake Original Klebang

Bagaimana pula dengan rasa coconut shake famous Klebang ?

Bancuhan menggunakan mesin sebenarnya salah satu faktor yang menjadikan coconut shake ini sedap. Tanpa ada sifat tamat dan kedekut dalam 'diri' mesin tersebut, setiap bancuhan cukup sekata. Kita sememangnya faham apa itu kandungan dalam coconut shake.


Pembuat Coconut Shake
Air kelapa dibancuh dengan susu dikocok-kocok bak penari dangdut untuk satu gelas.

Jika kekurangan salah satu elemen iaitu air kelapa dan susu agak lain rasanya.

Bagi rasa coconut shake ini sedap dan begitu sesuai diminum tidak kira musim kemarau atau el-nino, kerana memang cukup rasa lemak dan krimnya ditambah pula kesejukan ais krim dan rasa vanila yang bercampur dengan jus kelapa yang lembut sahaja rasa manisnya.

Tidak hairanlah, sekali cuba ramai yang datang ke Klebang meneruskan aktiviti beratur panjang-panjang meskipun sudah beberapa kali mencubanya.

Hidangan Selain Coconut Shake

Disini yang sudah lebih kepada sebuah restoran bukan sahaja menyediakan hidangan coconut shake semata-mata. Pelbagai makanan yang disediakan. Paling banyak adalah kuih muih.


kuih muih coconut shake klebang
Kuih Muih Klebang Coconut
Hidangan sampingan yang disediakan bukan dalam kategori hidangan berat. Paling berat pun kalori yang ada mungkin adalah nasi lemak yang sederhana saiz bungkusannya.


makanan sampingan coconut shake klebang
Karipap Pun Ada
Pelbagai kuih-muih yang disediakan antaranya:

1. Popia Goreng
2. Popia Goreng Berlada
3. Karipap
4. Donut
5. Cokodok

....dan banyak lagi beberapa kuih yang jarang dijumpai.


Kuih dan Coconut Shake Vanilla
Kuih dan Coconut Shake Vanilla
Informasi Pengunjung

Cukup dekat dengan pantai Klebang. Jika dari arah Pengkalan Balak atau Tanjung Bidara, terdapat satu mercu tanda sebelum kedai coconut shake ini iaitu stesen minyak Caltex.

Alamat

Lot 130 
Solok Kampung Bahagia, Klebang Kechil 
75200 Melaka



Boleh menggunakan Waze dan Google Maps untuk bantuan arah ke Coconut Shake Original Klebang.


Waze Klebang Original Coconut Shake
Waze Klebang Original Coconut Shake
Waktu Operasi Coconut Shake Klebang

Dibuka setiap Hari dan mula beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang.
Hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.

Waktu puncak ketika cuti dan hujung minggu mungkin menyebabkan kesesakan sekitar kawasan restoran. Pengunjung kebiasaan menghabiskan masa selama 30 minit di sini.

Waktu puncak adalah ketika waktu makan tengah hari, bermula sekitar 12 tengah hari hingga 4 petang.

Parkir Kenderaan

Cukup luas dan teratur. Lapang dan berada di dalam pagar kawasan restoran.
Dianggarkan mampu memuatkan lebih 50 buah kenderaan dalam satu masa. Tiada sebarang petak untuk parkir, atas kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan ruang parkir.

Bawa Pulang (Take-Away)


Gerai untuk Bawa Balik Sahaja
Inisiatif terbaik restoran apabila meletakan dua kategori pelanggan.
Dine in atau take away, untuk pelanggan take away disediakan kawasan berhampiran jalan utama sebuah gerai kecil.


*picture specs and resolution: Eken H9 Action Camera 4MP 16GB SDCARD

Anda fikir anda tahu Cuba Coconut Shake Vanilla Float Viral Di Coconut Shake Original Famous Klebang Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Memulakan Bisnes Air Balang Popular dan Viral

$
0
0

"Bisnes Air Balang"

Perniagaan adalah sunnah. Ada riwayat mengatakan 90% dari rezeki adalah perniagaan.


Cara Mulakan Bisnes Air Balang Viral
Berniaga adalah proses jual dan beli. Peniaga tugasnya memberikan khidmat atau barangan. Tolak harga modal dan harga liabiliti maka dapat untung.


Cakap senang nak meniaga.

Tapi..mahu meniaga apa ?

Ada modal tapi tiada sebarang hala tuju mahu meniaga apa.

Bagi penulis, untuk meniaga kita jual sesuatu yang pelanggan sentiasa mahu.
Kita jual keperluan.

Sesuatu yang sering diperlukan oleh orang ramai.

Bisnes Makanan dan Minuman

Apa itu ? Makanan dan minuman, itu keperluan. Hidup memang bukan untuk makan/minum, tapi nak hidup perlu makan/minum.

Antara makan dan minum, makan agak universal, tetapi jika minum bezanya adalah apa yang mahu diminum.

Tak kira musim panas, musim sejuk, semestinya minuman adalah keperluan tubuh manusia. 50-70% dalam badan manusia adalah air tanpa mengira sebarang umur.

Jadi, meniaga sesuatu yang sering diperlukan orang adalah suatu yang cukup bijak.

Bukan semua benda terjadi sekelip mata.

Tidak kira ingin melakukan sesuatu, perancangan adalah penting.
Tidak akan berjaya jika, hari ini mahu meniaga air, esok dah boleh buka gerai atau kedai.

Kita lihat pula target kita, sasaran pelanggan. Kebanyakan manusia inginkan suatu yang mudah. Boleh berada di mana-mana.

Bisnes Air Balang

Ok, kita sudah tahu mahu menjual apa, air, maka jenis perniagaan air macam mana nak usahakan ? Ramai sudah terbukti, air balang.


Air Dari Balang
Meniaga air balang cukup sesuai bagi untuk memulakan perniagaan berasaskan air. Senang nak uruskan dan senang pelanggan melekat.

Bukan mudah untuk terus berjaya meniaga air balang namun jika memiliki prosedur, cara dan strategi tertentu, inshaAllah pasti berjaya.

Tidak semua orang berjaya terus berjaya, contoh yang sering kita diperdengarkan dari kecil, Thomas Edision, mencuba mencipta mentol tapi memerlukan 99 kali sebelum berjaya mencipta sebiji mentol yang digunakan sehingga kini.

Jelas dengan perniagaan yang akan anda ceburi ?

Kita lihat pula permalasahan sebelum memulakan bisnes air balang. Mesti ada tangga untuk berjaya, setiap tangga tidak semestinya senang.

Persoalan Pertama Ketika Memulakan Bisnes Air Balang

Lihat senarai persoalan yang mungkin pengusaha 'beginner' ingin ketahui sebelum bergelar jutawan bisnes air balang.

1. Macam mana nak tarik pelanggan?
2. Macam mana nak buat air yang sedap?
3. Macam mana nak jimatkan kos?
4. Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
5. Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

5 persoalan ini adalah antara perkara-perkara terawal untuk mereka yang ingin memulakan bisnes air balang.

Selesaikan dahulu semua persoalan di atas, perkara sebegini seumpama batu loncatan untuk bergerak sendiri dalam bisnes air balang.

Contoh Usahawan Berjaya Dalam Bisnes Air Balang


Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!Ya! 3 balang air sahaja!Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Cerita di atas bukan dongeng, encik Mizan (macam nama penulis), berjaya menjadikan lima persoalan sebelum berjaya dengan bisnes air balang sebagai batu loncatan.
Bagaimana encik Mizan lalukannya ? Ada caranya, persoalan-persoalan tersebut berjaya beliau fahami dan jadikan strategi. 


Encik Mizan Sulaiman
Kalau penulis nak ceritakan di sini agak panjang artikel ini, jadi, Encik Mizan telah menyusun kembali strateginya untuk berjaya dalam bisnes air balangnya dalam versi e-book.


Tuan Mizan Dengan Produknya
Persediaan Sebelum Bergelar Usahawan Air Balang Berjaya

Dalam e-book ini Encik Mizan telah menyusun mengikut prosedur dan cara yang betul dalam menjadi pengusaha air balang yang berjaya sepertinya.
Antara bab-bab yang ada dalam perkongsian Encik Mizan adalah:

1. Cara mohon tapak niaga
2. Tips memilih lokasi bazar
3. Peralatan dan kelengkapan
4. Persediaan dan pengurusan masa berniaga
5. Resepi beberapa jenis air balang viral

Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang

Anda sudah bersedia dengan modal mental dan modal fizikal. Jadikan panduan ini sebagai 'kitab' untuk memulakan bisnes air balang.


Bisnes Air Balang 
Dengan hanya RM70 sahaja. Sangat berguna untuk 'beginner' dalam bisnes yang mampu memberi pulangan ini. RM70 yang mampu menjana pendapatan sehingga RM7000.

Boleh dapatkan panduan cara memulakan bisnes air balang dari pengalaman orang yang sudah berjaya dalam bisnes air balang seperti Encik Mizan, klik sahaja pada gambar di bawah:


Mana-mana ada peniaga air balang. Itu tanda bisnes air balang memang memberikan pulangan, walaupun baharu bermula.


Bukti Keberkesanan Panduan Bisnes Air Balang

Kurang yakin keberkesanan dari e-book ini ? Mari penulis kongsikan beberapa testimoni dari mereka yang sudah berjaya melalui panduan dan rahsia berjaya menjadi pengusaha air balang.




Dapatkan panduan ini dan boleh membuat follow-up dengan encik Mizan Sulaiman sendiri.
Krisis air ? Bisnes air balang penyelesaiannya.


Contoh Air Balang 
Ini panduan umum, lepas pelajari selok belok dalam bisnes air balang ini, terpulang kepada anda untuk menjenamakan produk air balang anda. Biarkan ia viral!

Contohnya boleh lihat Coconut Shake dan Mango Float Mr Burung yang sudah ada nama pada artikel di bawah:




Anda fikir anda tahu Cara Memulakan Bisnes Air Balang Sehingga Bergelar Usahawan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

60 Ekor Udang Celup Tepung Viral Di Restoran King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik

$
0
0

"60 Ekor Udang RM10"

Pantai Penarik selain lautnya yang hijau kebiruan memang tidak pernah tidak menjadi sebutan dengan ungkapan ICT, UCT dan makanan laut lain. Memang sepanjang pantai seumpama pesta makanan celup tepung.


60 Ekor Udang Celup Tepung RM10
Dari permulaan roundabout kecil sehinggalah terdapat satu 'pipe bridge' yang menuju ke Kuala Terengganu, pesta celup tepung sentiasa terbuka untuk kunjungan.


Dalam kehangatan kedai makan dan restoran yang muncul inilah menjadikan setiap kedai makan untuk menggerakkan minda masing-masing dalam menarik minat pengunjung ke restoran mereka.

Pantai Penarik, Pantai Celup Tepung

Mula menjadi trend dan mula tular menjadikan pesta makanan celup tepung di sepanjang Pantai Penarik semakin meriah.


Mana Mana celup Tepung
Setiap restoran akan cuba menggunakan kaedah berbeza untuk menarik minat pengunjung.

Pantai yang bersih dan laut membiru serta angin yang menyejukkan sememangnya menjadi kelebihan di sini. Tumbuhnya kedai makan berkonsepkan celup tepung sudah mula memberikan pengunjung pening kepala untuk singgah.

Tidak hairanlah jalan raya yang memiliki had laju kebangsaan dari 60 km/j menjadi 20-30km/j. Tidak boleh salahkan pengunjung yang datang, kerana banyak betul pilihan kedai makan.

Seperti juga penulis, rambang mata untuk memilih restoran untuk mencuba celup tepung sekitar Pantai Penarik.

Bukan Kali Pertama Ke Celup Tepung Penarik

Pada hakikatnya, penulis sudah mencuba dua buah restoran celup tepung di Pantai Penarik ini. Kali pertama, Restoran Nabila Persisiran Pantai dan yang kedua adalah Restoran Ombak Pantai (boleh baca ulasan pada pautan artikel di bawah).


Restoran Celup Tepung
Memandangkan penulis sering menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) untuk balik ke kampung.Tidak salah untuk mencuba satu lagi dari banyak kedai celup tepung di sini iaitu Restoran King Trizai Celup Tepung.


Sambil Nonton LTDL 2018
Sambil menunggu kedatangan deretan basikal Le Tour De Langkawi 2018, ada baiknya layan rehat sebelum meneruskan ke Shah Alam dari Kota Bharu.

Sama juga dengan restoran celup tepung lain, Restoran King Trizai berada di pesisir Pantai Penarik yang indah.


Signboard king Trizai
Kali ini penulis akan cuba berikan pandangan dari segi suasana dan layanan pekerja restoran ini. Memandangkan rasa celup tepung dan pencicah (sos) lebih kurang sahaja rasanya.

Menu Makanan Di King Trizai Celup Tepung

Mari kita bercerita tentang makanan yang disediakan dahulu. Antara menu yang ditawarkan di Restoran King Trizai Celup Tepung adalah:

1. Udang Celup Tepung (60,45,20 ekor/RM10)


Udang Celup Tepung (Kecik)
Udang Celup Tepung (Besar)

2. Ikan Celup Tepung (Selayang dan Kembung)


Ikan Celup Tepung

3. Sotong Celup Tepung


Sotong Celup Tepung

4. Satar (dalam daun kelapa)


Satar

5. Fish/Meat Ball Celup Tepung


Fishball Celup Tepung

*ikan selayang celup tepung RM1.90/ekor

Seperti biasa apabila singgah di Penarik, penulis akan mencuba udang celup tepungnya. Jika sebelum ini penulis memesan 45 ekor udang untuk harga RM10, kali ini penulis memesan, pesanan inovasi dari pesanan tersebut, iaitu 60 ekor udang celup tepung dengan harga yang sama RM10.

Bertambah 15 ekor udang.

Ya! ini yang terbaharu, 65 ekor udang dengan harga RM10. Mungkin nanti 100 ekor udang celup tepung dengan harga RM10, mana kita tahu.

Udang Celup Tepung Viral Penarik

Udang celup tepung ini saiznya tidaklah begitu besar namun tidaklah begitu kecil untuk dijadikan snek. Udang celup tepung ini boleh menggantikan 'french fries' yang sering ditemui di restoran-restoran makanan segera.


Udang Celup Tepung Viral
Jika kentang goreng snek kaya dengan kolestrol dan karbohidrat, snek udang celup tepung gabungan kolestrol dengan protein. Mungkin sedikit asid urik jika di makan selalu.

Dari segi rasa masih sama, dan untuk perbezaan antara restoran-restoran celup tepung sekitar penarik, tiada sangat beza rasanya.

Sama sahaja. Masih mengekalkan rasa seekor udang, dengan keriuk-keriuk lebihan tepung yang digoreng. Agak kering dan memang boleh dimasukkan dalam kategori 'cikedis' dan snek, bukan lauk.

Jika banyak sangat makan mungkin akan menyebabkan rasa tidak selesa pada kerongkong kerana kekeringan udang tadi, namun kurangkan pergeseran antara tisu kerongkong dengan kulit udang dengan pencicah yang pedas dan manis.

Pasti menarik. Bukan setiap hari kita makan udang celup tepung. Tiada yang tidak elok sebenarnya.

Ikan Kembung Celup Tepung

Hidangan seterusnya yang berjaya penulis pesan untuk makan bersama isteri sebagai alas perut adalah ikan kembung celup tepung. Ikan kembung yang dipanaskan semula selepas di pesan ini bersaiz lebih kurang sederhana besar, puas hati untuk dimakan dua orang.


Ikan Kembung Celup Tepung
Isinya masih segar, dan masih ada rasa ikan. Tidak lagi kering seperti ikan termenung di kantin asrama pernah penulis diami dahulu.

Boleh diletakkan dalam kategori masih segar. Apabila dicubit, cukup mudah untuk dileraikan dan masih terasa cecair yang ada. Satu cubitan selepas dicecah dengan sos pedas dan manis masuk ke mulut, wow, enak betul.

Tekstur ikan masih lembut dan rasa pedas manis memang cun dalam mulut.

Ikan celup tepung, tambahan pula ikan kembung, mesti cuba jika ke mana-mana restoran celup tepung.

Satar Bakar Original Terengganu

Satu lagi hidangan yang penulis cuba adalah satar original. Mengapa penulis memanggil satar original ? kerana ia adalah bukan frozen.


Satar Original Terengganu
Satar yang dipanggang di atas api yang dibalut dengan daun kelapa, ini yang asli. Menggamit memori apabila memasukkan satar ini ke dalam mulut.

Manis, ranggup dan rasa ikan. Memang menggamit memori. Ketika kecik penulis sering di bawa abah penulis untuk makan satar di Pantai Sabak.

Satar yang penulis cuba disini, memang satar yang selalu di makan penduduk pantai timur. Apalagi dengan bau asap dari daun kelapa.

Cukup terbaik satarnya.

Coconut Shake

Minuman untuk pengaliran bolus makanan ke esofagus seterusnya ke tangki perut tidak lain dan tidak bukan coconut shake.


Coconut Shake Penarik
Makan celup tepung di tepi pantai yang cantik, dengan angin bayu laut dalam cuaca suam panas, rugi tidak nikmati coconut shake.

Memang menyegarkan, manis air kelapa dengan lemak susu yang dikocok bersama datang pula hawa sejuk dari ais, fuh memang kena dengan citarasa tepi pantai.

Penat memandu hilang seklip mata seumpama 'cooling down' enjin 3 piston Viva penulis. Sama-sama naik 'cooling down'nya.

Harga Makanan Di King Trizai Penarik

Itu bahagian rasa, mari kita bercerita mengenai harganya pula. Ini senarai harga hidangan yang penulis nikmati di King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik.


Harga Makanan Di King Trizai Penarik
1. Udang celup Tepung 65 Ekor - RM10
2. Ikan Kembung Celup Tepung (sederhana) - RM6/ekor
3. Satar (secucuk 5 biji) - RM3/cucuk
4. Coconut Shake (segelas) - RM2.50

Ini harga rendah setakat penulis mencuba celup tepung di sekitar Pantai Penarik. Dalam RM20, puas hati.

Layan Staf Peramah

Layanan yang diberikan pelayan dan staf di Restoran King Trizai Celup Tepung cukup terbaik. Ketika kunjungan penulis, keadaan dalaman kedai agak sesak dengan pengunjung. Namun, staf disini memang memberikan layanan dengan senyuman dan gelak tawa.
Tiada sebarang masam muka ditemui. Sedia melayan tetamu. 


Waktu Puncak
Apa yang mencuit pandangan penulis adalah cara pekerja memasukan udang celup tepung viral dalam pinggan.

Jika sebelum ini ada kedai yang membilang satu-satu udang untuk cukup 45 atau 60 ekor, tapi di sini pekerja hanya mengaut tanpa sebarang kumat kamit bilangan. Sedikit ? Tidak, rasa-rasa penulis kautan tersebut agak banyak dan mungkin melebihi bilangan 60 ekor.

Keindahan Tepi Pantai


Pangkin, Buai dan Laut
Selesai makan, layan pula keindahan Pantai Penarik, di antara gigi pantai dan restoran, terdapat buainan dan pangkin yang disusun cantik untuk pengunjung menikmati pantai dan mengambil gambar.


Hiasan Pantai
Di lengkapi beberapa pohon kelapa yang masih renek menambahkan lagi panorama menarik berlatarbelakangkan pantai membiru dengan langit yang cerah.


Pangkin
Permandangan dari arah restoran ke arah Laut China Selatan memang menarik. Tambahan pula waktu itu monson sudah tiada dan laut tenang, bunyian ombak dan daunan. Peh memang romantik.


Informasi Pengunjung

Restoran Trizai Celup Tepung terletak berdekatan dengan bulatan kecil jika dari arah Kota Bharu. Pengunjung boleh memperlahankan kenderaan selepas bulatan kecil ini takut-takut terlepas. Boleh rujuk alamat dan peta di bawah.

Alamat King Trizai

Kampung Penarik, 
21010 Permaisuri, 
Terengganu



Pada peta di atas kesilapan kedudukan, pada hakikatnya adalah diseberang jalan sana. Ada waze ? Lagi senang pencarian.


Waze Lokasi King Trizai Celup Tepung Penarik
Waktu Operasi King Trizai Celup Tepung

King Trizai dibuka setiap hari. Mula beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 9 malam

Parkir Kenderaan

Cukup luas. Satu kawasan parkirnya bersamaan sebuah lagi restoran yang mampu didirikan. 20-25 kenderaan sebagai anggaran mampu diletakkan dalam satu masa.

Kemudahan Lain

Di King Trizai ini terdapat kemudahan tandas dan mungkin akan siap dengan surau, memandangkan ketika kunjungan penulis masih dalam keadaan ubah suai.


Pacak Satu, Bukti Datang HaHa



Anda fikir anda tahu 60 Ekor Udang Celup Tepung Viral Di Restoran King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

26 Resepi Air Balang Sedap dan Mudah untuk Pasar Malam dan Bazar Ramadhan

$
0
0

"Resepi Air Balang Sedap Mudah"

Bisnes air balang memang menguntungkan.
Lihat sahaja di mana-mana banyak gerai tepi jalan menjual air balang.


Resepi Air Balang Viral
Resepi Air Balang Viral
Apalagi di pasar-pasar malam, kebanyakkan pengunjung pasar malam akan singgah untuk mendapatkan minuman.


Masing-masing akan membeli air minuman. Dengan rasa dan perisa yang mampu menghilangkan dahaga, fuh apalagi di musim panas. Itu pasar malam, bayangkan keuntungan yang boleh kita dapat jika meniaga bisnes air balang di musim puasa.

Lagilah banyak permintaan, meniaga air balang memang boleh menguntungkan. Tak perlu tapak yang tetap meniaga di mana sahaja tepi jalan atau depan rumah sendiri.
Janji sedap dan murah.

Bukan semua orang dilahirkan dengan deria yang hebat dalam mencipta sesuatu.
Apalagi mencipta resepi air sendiri.  Usah khuatir akan hal tersebut kerana ada yang mahu berkongsi resepi membuat air balang yang pelbagai perisa.

Encik Mizan Sulaiman, kalau ada yang belum mengenalinya boleh klik pada pautan di bawah.

Dia ingin berkongsi resepi dengan mereka yang berminat untuk berjaya dalam bidang bisnes air balang.

Antara resepi air balang yang ada adalah:

1. Resepi Air Soya Tahan Lama
Resepi Air Soya
Resepi Air Soya
Kebanyakan pelanggan pasar malam atau bazar ramadhan akan menjadikan air soya pilihan utama.

Dengan rasanya yang manis lembut dan ditambah dengan ais memang terangkat rasanya. Apalagi ketika musim panas dan bulan puasa.

Dalam panduan resepi ini juga terdapat tips mendapatkan hasil air soya yang bermutu tinggi. Dengan mengutamakan faktor di bawah:

Kacang soya jenis apa yang terbaik yang perlu digunakan untuk mendapatkan air soya yang sedap?

Bagaimana untuk mengelakkan air soya rasa hangit?

Bagaimana untuk mengelakkan air soya cepat basi?

Bagaimana untuk menjadikan air soya pekat dan tidak cair?

Dah tahu perkara asas di atas maka tibalah masa untuk mebuatnya. 

2. Resepi Jus Durian Belanda Berkhasiat
Resepi Jus Durian Belanda
Resepi Jus Durian Belanda
Akhir-akhir ini jus durian belanda memang banyak mendapat permintaan pelanggan.
Tambahan pula dengan khasiat yang ada pada jus ini sendiri.

Dengan rasa buah durian belanda yang memang menyegarkan memang terbaik jika dijadikan sebagai barangan jualan.

3. Resepi Coconut Shake Popular
Resepi Coconut Shake
Resepi Coconut Shake
Coconut shake adalah penghilang dahaga yang tidak mengikut musim.
Jika anda mengusahakan jualan coconut shake dalam bisnes air balang anda memang pilihan terbaik.

Dengan rasa susu dan air kelapa. Memang laris di pasaran.

4. Resepi Jus Kedondong Asam Boi Mudah
Resepi Jus Kedondong Asam Boi
Resepi Jus Kedondong Asam Boi
Bunyinya sahaja sudah menggambarkan popularitinya. Pasar malam apalagi bazar ramadhan ada sahaja di mana-mana balang jualan. Mana-mana sahaja ada bisnes air balang, dalam satu tong semestinya terisi jus ini.

Kenapa ? Ia memang diminati masyarakat.

5. Resepi Mudah Teh Ais Viral
Resepi Teh Ais Viral
Resepi Teh Ais Viral
Nampak biasa dan boleh dibuat di rumah. Ini uniknya jika dapatkan resepi ini, memang lain dari yang biasa dinikmati dirumah.

Apalagi dengan viralnya teh ais madu yang berbuih-buih. Untuk mendapatkan cara pembuatan teh ais yang betul-betul terbaik ada dihuraikan dalam buku panduan resepi ini.

Benda biasa bila ada rahsia tersendiri memang akan viral, contoh, resepi teh ais ini.

6. Resepi Air Lemon Soda Sedap
Resepi Air Lemon Soda
Resepi Air Lemon Soda
Air lemon soda ini juga pernah menjadi viral suatu ketika dulu! Rasanya yang menyegarkan dan dikatakan turut menyihatkan kerana mempunyai ciri-ciri minuman detox, maka, ia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Dan tahukah anda? Untung menjual air soda ini juga agak besar! Dengan hanya menjual 1 tong air lemon soda ini sahaja, anggaran kasar keuntungan yang boleh anda perolehi adalah sekitar RM100 bagi satu balang! Jadi mungkin anda boleh "test" menjual air ini pada bazar ramadhan akan datang!

Resepi Mudah, Cepat dan Viral

Kesemua yang tersenarai di atas sememangnya telah banyak di pasaran apalagi balang-balang tepi jalan, pasar malam atau ketika bulan puasa, pasar ramadhan.

Namun, kita mencari keunikannya, sedap, senang dibuat dan terus viral rasanya.

Sebab itulah 'tokei' air balang yang memang sudah berjaya ingin berkongsi dengan kita resepi rahsia.

Tuan Mizan Sulaiman bukan seperti encik Crab yang kedekut apabila plankton ingin mengetahui resepi rahsianya.

Jadi Encik Mizan telah mengumpul semua resepi air balangnya dalam satu kompilasi. Dengan tambahan harga RM30 dari buku e-book panduan bisnes air balang resepi ini milik anda.

Enam resepi di atas dengan harga RM30 bermakna RM5 untuk satu jenis resepi. Cukup murah jika dibandingkan dengan pulangan nanti.

Boleh dapatkan keenam-enam resepi jus dan air minuman viral di atas dalam satu belian.

20 Resepi Jus Tambahan

Bukan itu sahaja, dalam buku panduan bisnes air balang ini, terdapat 20 jenis resepi  jus minuman air balang yang lain seperti:

1.Resepi Jus Mangga
2.ResepiJus Tembikai Susu
3.ResepiJus Tembikai
4.ResepiJus Carrot Susu
5.ResepiJus Asam Boi & Limau Kasturi
6.ResepiJus Mata Kucing
7.ResepiJus Air Jagung
8.ResepiJus Nenas Madu
9.ResepiJus Buah Naga (Dragon Fruit)
10.Resepi Air MILO
11.Resepi Air Laici Susu
12.Resepi Air Blue Hawaian Lemonade
13.Resepi Air Teh Bunga
14.Resepi Air Kelapa Muda
15.Resepi Air Bandung Cincau
16.Resepi Air Barli
17.Resepi Air Cincau
18.Resepi Jus Ciku
19.Resepi Jus Epal Asam Boi
20.Resepi Jus Kiwi

6 Plus 20 Resepi Jus/Air Balang Dengan Harga Murah!

Enam resepi jus yang disenaraikan sebelum ini dan ditambah dengan 20 lagi resepi untuk jus lain pula, maka dalam satu e-book terdapat 26 resepi air balang untuk jualan tepi jalan, gerai atau pasar ramadhan.

Satu 'kitab' untuk panduan mereka yang mahu menjadi usahawan air balang yang berjaya.


Bundle Sale!

Cara Memulakan dan Memajukan Bisnes Air Balang + 20 Resepi Bancuhan Jus Air balang + 6 Resepi Terbaik Air Balang = RM100 sahaja!

Anda boleh dapatkan cara membuat jus air balang viral dan sedap ini dengan klik pada gambar di bawah:



Anda fikir anda tahu 26 Resepi Air Balang Sedap dan Mudah untuk Pasar Malam dan Bazar Ramadhan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Pengalaman Di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur CTFKL4 2018

$
0
0

"Collectors Fair Toy 4 2018"

Penulis bukanlah 'collector toy' yang tegar sebagaimana professional lain dalam bidang mengumpul mainan.


Collectors Toy Fair Kuala Lumpur
Collectors Toy Fair Kuala Lumpur
Jika bertanya kepada penulis, ada gundam ? ada kereta 4wd tamiya ? ada patung figura atau statue naruto atau kamen raider ?


Jawapan penulis untuk soalan-soalan ini adalah satu sahaja ada.

Penulis mengandaikan penulis adalah seorang pengumpul barangan mainan. Betul ke bohong ?

Tidak kiralah pengumpul barangan mainan yang mahal atau murah dan peminat yang sukakan gambar-gambar berasaskan tanda palang #toyphotography.

 Bagi yang tidak tahu (mungkin ramai peminat barangan mainan tahu) terdapat satu 'event' atau acara peminat hobi mengumpul mainan berkumpul berkongsi minat.


CTFKL4 2018
Iaitu di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL).


CTFKL Anjuran Edisi Ke-4

Bagi tahun 2018, CTFKL adalah anjuran yang ke-4. Bermula pada tahun 2012 ia sudah menjadi acara tahunan. Terima kasih kepada abang Wan Kedah, tanpa beliau 'event' terbaik untuk semua peminat mainan dan pengumpul mainan ini tidak akan berjaya diadakan.


Beratur Di Pintu Masuk
Penulis yang baharu sahaja memulakan hobi mengumpul mainan (memang dari dahulu, namun dahulu zaman gerhana poket) telah menghadirkan diri CTFKL4 yang kali ini diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur.


Selamat Datang Superfans
Pameran dan Jual Beli

Event yang bertemakan pameran dan jual beli ini memang dinantikan penulis untuk mendapatkan mainan yang jarang dijumpai dan mungkin ada yang terlepas pandang.


Datang Awal Penulis Beratur
Seawal 8.00 pagi penulis dan isteri terus menuju ke TM Convention Centre takut-takut sesak pula trafik sekitar situ.

Maklumlah kawasan Kerinchi dan Bangsar. 

Mudah sahaja pada awal pagi tersebut tidak begitu sesak jalannya, dengan parkir percuma yang telah disediakan pihak CTFKL4.


Layan Air Terjun
Kesesakan trafik berlaku di pintu masuk dewan pameran CTFKL4, maklumlah pintu masuk belum dibuka, hanya dibuka jam 10.00 pagi. Terlebih teruja penulis dan isteri datang awal.


Beberapa Meter Lagi
Apabila pintu dibuka, melalui pintu masuk yang berlatarkan air terjun TM Convention Centre, kami memasuki dewan pameran yang memerlukan tiket RM5 untuk seorang, OKU dan Kanak-kanak, percuma.


Kereta Kebal Welcome
Penganjuran 'Kawan-Kawan'

Perlu diingatkan ini acara atas inisiatif saudara Wan Kedah, jadi tiada sebarang tajaan dari mana-mana syarikat atau bantuan lain.


Beberapa Minit Di Buka
Memasuki ruang pameran, fuh dan wow itu dua frasa pertama penulis ungkapkan.

Memang banyak, rambang mata. Tidak lupa juga pemain 'cosplay' (costume player) yang lalu lalang.


Antara Cosplayer
Meskipun baharu dibuka memang meriah.

Acara Pembukaan CTFKL4

Acara pembukaan disertai abang Wan Kedah sendiri bersama kru CTFKL4. Di pentas berkumpul semua 'cosplayer' dari pelbagai watak selepas berarak bersama-sama anak-anak yatim terpilih untuk berada di atas pentas khas.


Ultraman dan Anak Yatim
Bermula dengan cosplay Ultraman, anggota SWAT Cobra , Missy Pokemon, Marrybrown (maskot pun ada), bumblebee dan banyak lagi.


Kru dan Cosplayer
Dimulakan dengan aluan kepada pengunjung oleh abang Wan kedah sendiri. Nyanyian lagu negaraku dan seterusnya lagu tema M.A.T N.O.Q iaitu lagu superhero tempatan CTFKL4 atau duta CTFKL.


Abang Wan Kedah 'Orang Kuat CTFKL'

Apa Itu MATNOQ Di CTFKL ?

Mat Noq pada awalnya penulis menjangkakan adalah manusia rupanya adalah droid peperangan mewakili 'bangsa' CTFKL.


Mat Noq CTFKL
Mat Noq adalah akronim kepada Mechanical Atomic Tarakucha Numeric Online Quantum (M.A.T N.O.Q). Satu droid yang seumpama robot-robot superhero lain yang menentang segala kejahatan yang juga maskot kepada CTFKL.


Mat Noq Comic Cover
Lagu temanya juga boleh tahan. Dengan lenggok melodi dan tema cerita gaban dan ke arah animasi Jepun menjadi siulan penulis sehingga artikel ini di taip.


Mat Noq Figure
Cuba hayati lagu tema Mat Noq yang agak catchy ini.




Cakap Banyak Tak Mao

Sebagaimana slogan atau 'tagline' CTFKL "Cakap Banyak Tak Mao".
Lihat sahaja gambar-gambar sekitar CTFKL4 yang penulis sertai.



Tengah fikir nak belikan kat suami ke tak. Nanti kalau beli maghrib tak masuk rumah lagi.
Main benda cenggini.

Che Guevara Statue
Che Guevara dan lain-lain ikon hero yang memang memiliki rupa paras sama dengan original. Memang terbaik hasil seninya.

Figura Cybercop
Ini figura dan statue superhero zaman penulis dahulu, cybercop. Kanak-kanak zaman sekarang dah tak kenal semua ni.


Replika jet pejuang dan kapal terbang turut dipamerkan terbaik bagi mereka yang inginkan mencari koleksi.


Memang kali pertama terlihat patung tersebut agak seram, seumpama dia balasa tenungan. Namun booth ini menjual pelbagai mainan dari besar ke kecil-kecil mainan.

Gundam Assemble
Booth ini terbaik, memang ada gundam. Tuan booth juga sempoi dan tidak lokek ilmu, jika tidak silap abang Salleh namanya, berjaya juga dia menjelaskan soalan penulis yang masih noob pasal gunpla.

Hotwheels
Peminat hotwheels dan kereta mini sememangnya menanti-nantikan booth sebegini untuk tambah koleksi yang sedia ada.

Hotwheels
Memang rugi kalau pengumpul mainan hotwheels tidak datang ke CTFKL, boleh dikatakan majoriti booth adalah hotwheels. Sekarang memang top dengan mainan hotwheels.


Peminat robot dan mini mekanikal. Nah ini dia 'racun' untuk anda dan penulis juga. Letak dalam almari display memang cun dengan bentuk dan warna yang pelbagai.

'Janda-Janda' abang valentino Rossi
Selepas gunpla inilah yang selalu penulis cari selain di booth motogp. Memang terbaik koleksi yang ada. Bagi booth ini seumpama tribune kepada abang valentino rossi. 

Mini Replika Rossi's Helmet
Ini juga tribune helmet dari abang lagenda motogp VR46. Pelbagai jenis helmet yang pernah abang rossi pakai ketika motogp di replikakan dalam bentuk mini. Belum dijual, dikedai mereka mungkin.


Sebahagian kawan-kawan statue dan figura yang penulis ceritakan pada gambar che guavara di atas. Southen Figure Collectors Unite, ini adalah nama pemilik booth ini.


Peminat robot mekanikal mesti berair mulut lihat kalau yang tidak berkesempatan datang ke CTFKL hari tu.

Sung Kang Evo 7
Nampak 'real'. Betullah tu ini Sung Kang dalam Fast Furious, Han namanya dalam filem tersebut. Posing baik punya bersama Mitsubishi Evolution VII.

Star Wars Merchandise
 Salah satu lagi kegemaran penulis, star wars. Namun bajet penulis yang tidak berapa masyuk memerlukan penulis mengumpul keringat dan duit untuk dapatkan star wars.

Replika Evo VII

Evolution 7, memang terdetik di hati mahu rembat satu hari tu namun tidak dijual hanya untuk pameran. Nak beli Evo betul memang sukar, replika pun apa salahnya.


Miniature Fooball
Miniature sebegini memang sudah lama penulis cari. Terjumpa juga 'supplier' item miniature sebegini. Perlawanan bolasepak antara Germany vs Italy ini memang nampak benar-benar berlaku. Namun, kena guna sharingan untuk lihat mana bola yang ditendang.


Cap Jualan
Itu hanyalah beberapa booth di CTFKL4 sebenarnya terdapat lebih 300 booth yang perlu dikunjungi selain barangan mainan, t-shirt, cenderahati dan snapback juga ada dijual.


Wrestling Mania Replika
Bagi peminat wrestling ini set yang terbaik untuk dimiliki. Cukup nampak 'real' figure dan statue yang dipamerkan.

Toy Toss Barang Mainan Percuma

Acara 'Toy Toss' adalah yang dinanti-nanti khalayak ramai, iaitu acara baling mainan kepada penonton dan pengunjung.


Dapat Toy Toss Percuma Transformers
Kru CTFKL yang berada di pentas akan membaling mainan atau barangan kepada khalayak ramai, yang berjaya merebut item terbabit boleh bawa pulang dalam keadaan percuma.


Toy Toss Tajaan CTFKL4
Ada beberapa slot dilakukan 'toy toss' ini, alhamdulillah penulis berjaya menyambar dengan gaya sambaran helang lapar, tidaklah besar mana namun puas hati. Satu figura transformers.

Pertunjukan Pentas Cosplay

Selain itu, terdapat juga acara pentas yang turut menyenaraikan acara pementasan pendek dalam bentuk sketsa untuk animasi Dash Yankuro dan Kyuranger.

Boleh layan video pendek yang berjaya penulis rakam dibawah



Pelbagai aksi yang menghiburkan peminat animasi-animasi terbabit, ada yang berjaya mengenang kembali zaman kanak-kanak dahulu, ketika zaman penulis dahulu selain flashman, cybercop, maskman dan ultraman, satria baja hitam adalah kegemaran.

Kelas Mengenai Permainan dan Figura

CTFKL4 bukan sahaja tempat pameran dan bertemu peminat mainan yang lain, tetapi turut menjadi 'sekolah' atau akademi bagi mereka yang ingin tahu dan mungkin ada yang ingin serius dalam bidang animasi dan mainan.


Kelas Star Wars
Beberapa kelas diadakan di satu mini auditorium untuk orang ramai mempelajari selok belok pengetahuan dalam informasi tentang mainan.


Demonstrasi Di Layar
Penulis sempat menghadirkan diri di dalam auditorium yang redup dan berhawa dingin itu untuk kelas Membina Mainan. 


Kelas Cara Buat Mainan
Sesi untuk kelas ini diajarkan oleh seorang pembina mainan terkenal yang juga staf Ubisoft Singapura. Bro Mufizal Moktar iaitu seorang Senior Art Director/Sculptor di Ubisoft Singapore. 


Abang Mufizal Mokhtar Ubisoft Singapore
Banyak pengalaman dan info berkenaan dunia permainan terutama permainan berupa figure dan statue. Selain dia juga menerangkan masa depan seorang peminat permainan.


Developer Game Assasins Creed
Bangga bila ada anak melayu kita adalah antara yang berada dalam kumpulan penciptaan permainan antarabangsa seperti assassins creed ini yang telah menjadi filem di seluruh dunia.

Permainan Di Booth Pameran

Lebih menarik ada satu booth (geeksup.com.my) yang menganjurkan acara 'roulette' dalam digital. Main pusing-pusing piring hadiah.

Grand prize atau hadiah utama untuk permainan ini adalah sebuah replika BB-8 (droid Star Wars) dan beberapa barangan sampingan lain seperti kipas tangan dan luggage tag.

Pada awalnya, penulis dan isteri ingin mendapatkan luggage tag star wars, harapan itu termakbul apabila penulis berjaya memusingkan roulette dan mendapat hadiah luggage tag star wars.

Cuba teka apa yang isteri penulis berjaya dapat ? Hehe


BB-8 Star Wars


Beli Gunpla, Dapat BB-8 dan Mainan Di CTFKL4

Itu bahagian menang permainan di CTFKL4. Ada juga barangan yang berjaya penulis beli di pameran ini.

Antara yang berjaya penulis 'sambar' di CTFKL kali ini adalah:


Haul Dari CTFKL4
1. Tamiya Dash 2 Burning Sun
2. SD (Super Deformed) Grade Barbatos Lupus
3. SD (Super Deformed) Grade Gundam Deathscythe-Hell EW
4. RG (Real Grade) Build Strike Gundam Full Package
5. Star Wars Droid - BB-8
6. Button Badge - Pelbagai Design
7. Star Wars Luggage Tag

Memang berbeza harganya dengan pasaran biasa, lagi murah di CTFKL.

Malah boleh juga tawar menawar itu yang penulis gemarkan. Namun, kualiti tetap terjamin.

Selain itu, boleh pelbagaikan pilihan memandangkan banyak kedai yang sertai pameran ini dan memudahkan peminat mengetahui kedai yang wujud untuk belian nanti.


Penat Pusing Jum Balik
Memang meriah acara ini, jika berkesempatan lagi tahun hadapan, mungkin penulis akan kembali ke CTFKL seterusnya.


Bye Semua
Informasi Pengunjung

Venue

CTFKL4 diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur bersebelahan dengan menara rebung TM.

Waktu Acara

Hari Sabtu 31.3.2018
Bermula jam 10.00 pagi-8.00 malam

Bayaran Tiket


Tiket CTFKL4
RM5 untuk dewasa
Free untuk kanak-kanak dan OKU

Parkir Kenderaan

Percuma untuk pengunjung namun agak terhad.
P1-P2 Basement Menara TM.


Pacak Satu Sebagai Kenangan
Anda fikir anda tahu Pengalaman Di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 4 2018 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Mee Bandung Balik Muar Udang Bersepah Noodles Time Jalan Kebun Shah Alam

$
0
0

"Mee Bandung Balik Muar"

Sekali hirup kuahnya dalam sudu, fuh, rasa manis yang jarang boleh dinikmati dari mana gula di pasaran. Manis yang datang dari rasa isi dan tekstur udang yang segar dan asli.


Mee Bandung Udang Bersepah Jalan Kebun
Mee Bandung Udang Bersepah Jalan Kebun
Dengan kepekatan kuah yang sedang-sedang, memang cukup enak apabila dihirup ketika panas.


Warna kuahnya yang begitu menyelerakan menambahkan lagi rasa ingin meneruskan hirupan kuah bersama mee yang ada. Mee kuning, kuah bewarna jingga keorenan dan udang. Apalagi kombinasi tiga serangkai ini jika bukan mee bandung.

Tanpa udang apalah sangat mee bandung.

Mee Bandung Balik Muar

Kali ini penulis mencuba satu hidangan mee bandung yang dinamakan mee bandung balik Muar. Asal usul balik Muar penulis kurang tahu mengapa diletakkan nama terbabit. Ada riwayat menyatakan mee bandung berasal dari daerah Muar di Johor.


Mee Bandung Balik Muar
Namun, menggunakan beberapa cetusan logik di benak penulis, pihak yang memberi nama hidangan mee bandung ini ingin membawa pelanggan yang mencuba mee bandung mereka sehingga merasakan betul-betul balik ke Muar.

Mee bandung memang popular untuk Masyarakat di Muar, Johor. Walaupun penulis belum pernah mencuba mee bandung sekitar Muar, namun memang banyak sumber yang pernag penulis lihat dan baca populariti mee bandung di Muar Johor.

Mungkin nama Mee Bandung Balik Muar bernatijahkan pemahaman ini. Bagi membandingkan rasa yang di Jalan kebun ini dengan yang di Muar masih belum mampu penulis buat perbandingan kerana belum mencuba mee bandung Muar.

Bukan Peminat Mee Kuning Pahit

Penulis bukanlah peminat mee kuning, biasanya jika makan di luar apabila isteri penulis tidak memasak di rumah, penulis jarang sekali akan membuat pesanan hidangan berasaskan mee kuning.

Fobia dan trauma pada satu ketika dahulu kepahitan mee kuning berjaya menyebabkan penulis teringat kali pertama ketika penulis masih kecil termakan sayur pahit, begitulah traumanya.

Bagi kesekian kali, ini kali ketiga penulis datang ke restoran yang baharu sahaja di buka tidak sampai 6 bulan ketika artikel ini sedang ditaip. Dahulunya penulis mencuba, sizzling, agak hambar rasanya. Kali kedua penulis mencuba mee bandung balik muar biasa.

Terus Jatuh Cinta Dengan Rasa

Hirupan pertama sehingga habis semangkuk mee bandung tersebut  tiada sebarang mee kuning dilepaskan.


Mee Sizzling dan Mee Bandung Balik Muar
Mee Sizzling dan Mee Bandung Balik Muar
Memang kena dengan selera, dengan kuah pekat yang manis dan terasa udangnya.
Tidak sedar yang penulis sedang memakan mee kuning yang dikatakan fobia tersebut, memang lain macam rasanya.

Jika untuk cubaan mee bandung tersebut udangnya hanya beberapa ekor sahaja.

Pada kunjungan ketiga, selepas balik dari CTFKL4 di TM Convention centre, penulis dan isteri ingin ke Noodles Time ini pula di Jalan Kebun Shah Alam.

Mee Bandung Udang Bersepah

Kali ini hidangan lain namun dalam hidangan yang sama, tetap mee bandung tetapi untuk watak yang berbeza, kali ini penulis memesan mee bandung udang bersepah.


Mee Bandung Udang Bersepah
Mee Bandung Udang Bersepah
Sengaja penulis memesan hidangan ini untuk lihat bagaimanakah bersepahnya udang dalam semangkuk mee bandung, atau namanya sahaja bersepah dan bilangannya hanya beberapa ekor seperti bilangan ahli Sepahtu walaupun sudah Reunion.

Saiz Udang Dalam Mee Bandung

Apabila hidangan tersebut sampai memang agak bersepah. Udang yang sederhana besar di sepahkan dalam satu mangkuk dengan terisinya mee kuning, kuah pekat jingga dan telur rebus separuh. Maka dalam menu, hidangan ini dinamakan mee bandung bersepah.


Saiz Udang Dalam Mee Bandung
Saiz Udang Dalam Mee Bandung
 Walaupun tidak sesepah dan sebesar mee bandung udang viral lain namun tetap boleh dilihat tahap menyelerakannya.

Hirupan pertama untuk membuka selera, rasa masih seperti dahulu, sememangnya digunakan resepi turun temurun mereka.

Kuah yang sederhana 'viscosity' kepekatannya, manis udang terasa. Penulis mengandaikan air rebusan fizikal udang digunakan tukang masaknya untuk 'base' kuahnya.
Bau udang terus menyusup ke hidung.

Udanglah sebenarnya keunikan mee bandung. Tanpa udang seumpama sepahtu tanpa Jep. Hambar.

Bilangan Udang Dalam Mee Bandung Udang Bersepah

Penulis mula mengira seumpama kanak-kanak tadika baharu mengenal nombor.
Satu...dua...tiga...bla..bla..lapan. Terdapat lapan ekor udang bersaiz sederhana di dalam semangkuk mee bandung.


Kuantiti Bilangan Udang
Kuantiti Bilangan Udang
Boleh dikatakan agak bersepah juga. Agak rabak juga fikiran kalau hendak kopek (sukar ditaip memandangkan penulis berasal dari kelantan) kerana saiznya agak besar dan banyak.

Beberapa ekor dikongsi bersama isteri. Dalam cubaan mengurangkan pengambilan sumber asid urik penyebab gout.

Rasa Gabungan Isi Udang dan Kuah 

Memang kena kuah berasaskan udang dan lauk udang dengan isi masih putih dan kenyal dalam semangkuk mee bandung udang bersepah.

Kedai ini dinamakan noodles station. Menyediakan makanan berasaskan mee. Pelbagai jenis mee termasuk yee mee untuk sizzling.

Harga Hidangan Mee Bandung

Dari segi harga berbeza untuk setiap menu hidangan mee:

1. Mee Bandung Balik Muar - RM6.50/mangkuk
2. Mee Bandung Udang Bersepah - RM13.50/mangkuk

Konsep Restoran Dalam Food Court

Bagi penulis sizzlingnya umpama mamat dalam sepahtu, kurang enak. Sebenarnya, Noodles Time ini adalah antara salah satu kedai yang terdapat dalam 'food court' ini.


Noodles Time
Noodles Time bukanlah satu kedai terpacak megah akan tetapi dalam satu restoran berkonsepkan food court. Mengingatkan penulis akan cafeteria ketika di kolej dahulu dengan banyak kedai dalam satu bumbung.


Hill's Food Court Jalan Kebun
Hill's Food Court Jalan Kebun
Food Court yang digelar 'Hills Station', Food Court Hill's Station. Noodles Time salah satu darinya, lain-lain gerai adalah seperti nasi lemak, yong tau fu, murtabak cheese dan masakan panas (tiada makanan ala thai).

Penggemar Mee Bandung dan Udang Perlu Cuba

Penggemar mee bandung dan udang, boleh cuba dan rasa hidangan mee bandung di sini. Mungkin satu pilihan rasa baharu memandangkan persaingan membuka kedai makan di Jalan Kebun Shah Alam memang semakin berleluasa dan sukar diramal.


Menu Mee
Selain mee bandung udang bersepah dan mee bandung biasa, terdapat juga menu istimewa mee bandung di disini iaitu mee bandung dengan 'gear box'.

Informasi Pengunjung

Cukup strategik berada di laluan Jalan Batu Tujuh Jalan Kebun yang sememangnya seumpama lorong syurga pelbagai makanan.

Alamat

Jalan Kampung Batu 7, 
Kampung Jln Kebun, 
40460 Shah Alam, 
Selangor



Mudahkan pencarian anda melalui aplikasi Waze. Dengan kata kunci yang betul dan pemanduan yang lebih tepat ke destinasi.


Waze Lokasi Foodcourt Hill's Station
Waktu Operasi Noodles Time Jalan kebun

Buka setiap hari dari jam 12tgh hari hingga 12 tgh malam
Cuti setiap hari isnin minggu ke 2 dan ke 4 sahaja



Parkir kenderaan

Cukup luas dan terdapat tapak parkir persendirian untuk food court ini.
Mampu menempatkan 15-20 kereta sedan dalam satu masa.

Anda fikir anda tahu Mee Bandung Balik Muar Udang Bersepah Noodles Station Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Makanan Unik dan Sedap di Malaysia - Thailand Halal Food Festival Aeon Bukit Rimau Shah Alam

$
0
0

"MaThaf Fair Bukit Rimau"

Masam, pedas dan authentic, itu tiga ciri makanan thai.
Malaysia dan Thailand adalah negara yang bersempadan dan sebelah menyebelah.


Mathaf Halal Food Festival
Mathaf Halal Food Festival
Kedua-dua negara dari segi makanan tidak jauh lari tema dan konsep.
Rakyat Malaysia boleh terima masakan Thailand dan sebaliknya.


Bukti fizikal, banyak sudah terdapat restoran dan gerai tom yam dan makanan Thai bertapak di Malaysia.


Kuah Tom Yam Thai
Kuah Tom Yam Thai
Kebanyakan makanan yang agak biasa dan mudah dikenali, tom yam, som tam dan kerabu megi. Mudah untuk didapati di restoran yang memiliki pelayan yang bercakap pelat melayu siam.


Gerai Mango Float
Gerai Mango Float
Bagaimana pula dengan makanan yang agak jarang ada di Malaysia ? Makanan yang jarang masuk ke mulut dan dirasai lidah rakyat Malaysia.

MATHAF

Bagi merasai perisa yang sebenar-benarnya Thai, terdapat satu acara yang mungkin menjadi acara tahunan di Malaysia, iaitu MaThaf. Mathaf adalah singkatan kepada Malaysia-Thailand Halal Food Festival.




Kali pertama mathaf yang pernah penulis kunjungi adalah di Seksyen 7 Shah Alam dua tahun lepas dan kali ini mathaf telah berjaya dilangsungkan di perkarangan Aeon Big Bukit Rimau, Kota Kemuning Shah Alam Selangor.



Seumpama 'road-tour', oleh kerana sambutan dari hangat dari pengunjung mathaf sudah menjadi satu festival yang tidak asing lagi.

Makanan Sedap Di Sekitar MATHAF Bukit Rimau

Cukup untuk penulisan, bab makan jika tiada gambar kurang seleranya. Ini antara makanan  sekitar MaThaf Bukit Rimau Shah Alam.


Ketam Baby Goreng Pedas
Ketam Baby Goreng Pedas
Baby crab goreng yang cukup laris di Mathaf di sini. Dengan mempelbagaikan perisa gorengan pedas dan biasa mencuit mata pengunjung untuk merasai ketam kecil yang sesuai di makan sebagai snek. Dua hara RM20 dan RM10 mengikut saiz bekas.


Dim Sum
Dim Sum
Dim sum. Memang bukanlah makanan asing bagi masyarakat Malaysia sendiri. Namun dengan kepelbagaian warna dan rasa memberikan kelainan kepada pengunjung yang datang.


Ketam
Ketam yang cukup besar saiznya. Sukar ditemui sebenarnya pada waktu biasa apalagi di pasar-pasar malam atau ramadhan. Bentuk yang unik dengan menyelerakan boleh menggugat iman dan nafsu pengunjung.


Kerang Rebus
Kerang Rebus
Walaupun memang selalu ditemui di Malaysia. Mesti ada pengunjung yang tergoda dengan kerang yang masih berjus dan dengan pencicahnya yang cukup lain warnanya apalagi rasanya.


Kerabu Megi
Kerabu Megi
Kerabu Megi. Pasti yang pernah mencuba makanan ini dengar atau baca nama sahaja sudah kembali memori mengunyahnya. Apalagi dengan rasa pedas dan masam bercampur di dalam mulut bersama bahan-bahan yang ranggup. Mesti kecur liur memikirkannya.


Mi Siam
Mi Siam
Mi siam original. Memang cara dan rasa asal dari menu mi siam. Mi yang sungguh lembut selain warna kuahnya yang memang menarik deria penglihatan. Seolah-olah kuah masak lemak cili api. Memang dari warna dan rasa seumpama masakan tersebut, dengan aroma masakan Thai. Pengalaman baharu mencuba menu baharu.


Biryani Ayam
Biryani Ayam
Hidangan ini termasuk dalam kategori masakan Malaysia. Lihat sahaja nasi kekuningan yang umpama memanggil manggil peminat hidangan ini, lauk ayamnya yang begitu besar 'portion'nya kalau perut tengah lapar sudah tidak hirau orang sekeliling.


Meatball Sos Lada Hitam
Meatball Sos Lada Hitam
Meatball dengan sos lada hitam. Mana-mana negara mengenali makanan barat ini.
Memang daging yang betul-betul asli, dengan perisa sos lada hitam yang pekat dan tidak begitu menyakitkan kerongkong kerana ia tidak begitu kuat dari segi perisa. Sedan-sedan rasanya. Tidak liat dan cukup lembut.


Sate
Warnanya sudah menggambarkan kekuatan perisa pada hidangan seumpama sate ini.
Daging lembu dan daging ayam dengan rempah tersendiri di bakar pula di atas api yang tidak begitu kuat. Bau dan aroma hidangan itu sendiri terus melekat pada sate tersebut.


Sate 
Sate dengan cara cucukan dan mempelbagaikan jenis yang dicucuk. Mungkin perisanya juga berbeza. Satu pilihan kepada pengunjung.


Kerabu Ayam
Kerabu Ayam
Kerabu ayam. Salah satu kerabu yang jarang ditemui di Malaysia. Orang Thai memang suka sesuatu yang menggunakan nama kerabu. Gabungan lauk dan sayur, mungkin jika ternampak oleh orang barat mereka menggelarkan hidangan ini, chicken salad.


Sotong Bakar
Sotong Bakar
Sotong bakar. cuba lihat saiznya, mungkin jika sotong ini adalah kenderaan di habitat asalnya ia boleh diumpamakan lori atau trailer. Seekor berharga RM15, mungkin berbaloi bagi penggemar sotong. Nampak segar dan berperisa.


Mi Goreng Udang
Mi Goreng Udang
Mi dan udang, rakan akrab yang boleh dikatakan sebagai b.f.f. Lihat sahaja jumlah udangya ini bukan sudah dalam kategori bersepah sudah bertimbun kuantitinya.


Mangga Buah Naga

Double Trouble Shake
Double-trouble. lebih kuranglah namanya. Sebagai pencuci mulut selepas menikmati pelbagai makanan masam dan pedas. Gabungan buah mangga dan buah naga. Rasa yang berlainan dan mungkin ada rasa yang sama. Terbaik untuk harga RM8/segelas.


Ais Krim
Bagi yang gemarkan ais krim dan coklat, ada pilihan untuk anda cuba. Penggemar coklat dan ais krim pasti tidak akan lepaskan untuk cuba minuman ini kalau ternampak.

Itu di antara makanan dan minuman yang ada, banyak lagi jika mahu disenaraikan namun itu yang terbaik yang dilihat.

Selain makanan utama Malaysia dan Thai, terdapat juga makanan lain yang terdapat di Mathaf di Bukit Rimau Kota Kemuning ini. Jeruk dan buah buahan boleh dibeli oleh pengunjung.


Jeruk Buah
Gerai-gerai yang didirikan dalam bentuk dua hala memudahkan pengunjung mengelilingi setiap gerai makanan yang ada. Teratur dan kemas.


Mangga Manggo Float
Rempah ratus yang jarang dilihat di pasar pasar sekitar Malaysia juga ada. orang Thai suka memasaka menggunakan sambal yang sudah dikeringkan dan pes yang memang tradisi mereka.


Sambal Kering Thai
Sambal Kering Thai
Tempat Makan Disediakan

Tempat makan 'on the spot' juga disediakan selain dari terdapat pentas hiburan yang memainkan lagu-lagu dua negara, yang faham akan faham yang tak faham buat-buat faham. Penulis hanya tahu lagu yang biasa budak-budak motor ke Thailand dengar, "du du du du tetam" ke apa.

Suasana Tenang dan Tidak Sesak

Kawasan yang luas dengan gerai yang banyak, boleh dikatakan Mathaf ini cukup baik.
Keadaan tidak begitu sesak berbanding mathaf ketika di Seksyen 7 Shah Alam dahulu mungkin kerana promosi yang kurang dan tidak begitu meluas.

Informasi Pengunjung

Venue

Bagi edisi kali ini festival diadakan di Aeon Big Bukit Rimau Kota kemuning Shah Alam. 
Cukup mudah untuk ditemui. Didirikan di kawasan penjuru kiri Aeon Big di kawasan parkir menghadap Jalan Persiaran Sungai Selangor.

Waktu Operasi

Bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam  dari 6 April sehingga 15 April 2018.

Anda fikir anda tahu Makanan Unik dan Sedap di Malaysia - Thailand Halal Food Festival Aeon Bukit Rimau Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

30 Resepi Makan Sahur dan Berbuka Di Bulan Puasa Ramadhan

$
0
0

"Resepi Ringkas Ketika Bersahur dab Berbuka"

Tiba sahaja bulan puasa, ramai yang akan bangun awal untuk bersahur. Bersahurlah walau dengan sebiji kurma dan segelas air masak.


30 Resepi Makan Sahur
30 Resepi Makan Sahur
Kadang-kadang makan ketika bersahur memerlukan 'semangat' atau 'penggerak' untuk bersahur. Salah satunya dengan mempelbagaikan menu makanan ketika bersahur bagi yang mampu. 



Menu Biasa Makan Sahur

Variasi bau, warna dan rasa boleh memberikan satu kekuatan untuk meneruskan 'upacara' bersahur ini.

Resepi dan bahan adalah sekadar cadangan memandangkan makanan di Malaysia biasanya tiada sebarang kuantiti jumlah yang tetap, yang ada adalah perkataan 'agak-agak' jika diukur kuantiti bahan.

Dibawah disenaraikan 20 resepi makanan yang pernah penulis makan ketika bersahur.


1. Ayam Masak Kicap


Ayam Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi - jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-Bahan Perapan :

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-Cara Memasak :

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan.

2. Ayam Masak Merah Ringkas


Ayam Masak Merah | Google Image
Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-Bahan Kisar :

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Cara-Cara Memasak :

1. Bersih ayam. 

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. 

3. Goreng sehingga 2/3 masak

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. 

5. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

6. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. 

7. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

8. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. 

9. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

3. Ayam Masak Halia


Ayam Masak Halia | Google Image
Bahan-Bahan :

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. 

2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. 

5. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. 

7. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

8. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. 

9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

10. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. 

11. Hidangkan bersama nasi panas.

4. Ikan Asam Rebus


Ikan Asam Rebus | Google Image
Bahan-Bahan :

3 ekor ikan selar 
3 biji cili merah (Dikisar)
½ sudu teh belacan (Dikisar)
3 biji bawang merah (Dikisar)
5 keping asam gelugur 
2 tangkai daun kesum 
¼ biji nanas (Dipotong kecil) 
4 cawan air 
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Bersihkan ikan kemudian tuskan. Potong dua. 

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 

3. Masak sehingga mendidih. 

4. Tutup api dan hidangkan.

5. Asam Pedas Ikan Kembung


Asam Pedas Ikan Kembung | Google Image
Bahan-Bahan :

3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum 
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya 

Bahan-Bahan Kisar :

15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih

3. Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa

4. Kemudian masukkan ikan

5. Biarkan ia merenih dan ikan empuk

6. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi

7. Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan

6. Sardin Kuah Pedas


Sardin Kuah Pedas | Google Image
Bahan-Bahan : 

700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) - ni maz tambah sendri, resipi asal xletak 

Cara-Cara Memasak :

1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. 

2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 

3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. 

4. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)... 

5. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin. 

6. Hidangkan denga nasi panas atau dibuat sandwich.

7. Kerabu Taugeh Dengan Kerang


Kerabu Taugeh Kerang | Google Image
Bahan-Bahan :

2 cawan taugeh 
5 batang kacang botor 
1 biji bawang besar - boleh kurangkan 
1 biji cili merah - boleh tambah 
1/2 cawan udang kering 
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah jus limau nipis secukupnya 
sedikit belacan 
kerisik secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa ** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . 
Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya.. 

Cara-Cara Memasak : 

1. Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja . 

2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .

3. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya. 

4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . 
Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing. 

8. Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Cencaru Sumbat Sambal Kelapa | Google Image
Bahan-Bahan :

1 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang)
Cuci dan bersihkan. Sebelum sumbat dengan sambal kelapa tu, lumur sikit dengan garam.

Bahan-Bahan Sambal Kelapa:

1 cawan kelapa parut
2 senduk cili boh (blend)
3 biji bawang putih (blend)
3 biji bawang merah (blend)
1.5 cm belacan (blend)
1 sudu lada putih (blend)
2 batang serai (hiris halus dan blend)
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu serbuk kunyit.
Garam dan gula

Cara-Cara Memasak :

1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan hingga kering.

2. Blend kesemua bahan yang mak kalerkan biru tu. Bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai, belacan dan lada putih hingga lumat.

3. Kemudian, panaskan kuali. Masakkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam kuali.

4. Agak-agak cilinya dah masak, masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

5. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga mesra.

6. Masukkan kesemua bahan tadi ke belakang ikan.

7. Balutkan dengan daun pisang, letak minyak sikit dan panggang sehingga masak.

8. Bila ikan dah masak. Perahkan limau kasturi. (Penambah selera)

9. Hidangkan ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa dengan sambal kicap hiris cili, bawang, perahan limau.

9. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Google Image
Bahan-Bahan :

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara-Cara Memasak :

1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili. 

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

3. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

4. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. 

5. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. 

6. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

10. Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar, atau cili
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-Cara Memasak :

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur.

2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang.

3. Kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

4. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat. 

5. Masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat 

6. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.

11. Bihun Goreng Simple


Bihun Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

400gm Bihun atau 1 bungkus - direndam lebih kurang 8 jam
500gm Udang sederhana dibuang kulit - kulit udang diblander dan ambil airnya
200gm Daging - dihiris nipis
250gm Isi Ayam - dihiris kecil
8 biji Bawang Merah @ 2 biji bawang besar - dikisar
4 biji Bawang Putih - dikisar
20 Tangkai Cili Kering @ 2 sudu besar cili giling
2 sudu besar Sos Tiram - kalau xnak letak pun xpa
4 sudu besar kicap manis @ kicap mee
Garam, gula, perisa tambahan secukup rasa
Untuk hiasan - telur dadar dan dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan daging dengan air udang. Biar sehingga daging lembut

2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga lembut. Masukkan kicap manis dan sos tiram.  

3. Setelah isi ayam agak lembut masukkan isi udang. Masak hingga sebati.

4. Setelah sebati dan masakkan menjadi pekat masukkan garam, gula dan penambah perasa. Biarkan sekejap.

5. Masukkan bihun yang telah lembut. Goreng sehingga sebati dan kering. Setelah sebati padamkan api dan hidangkan dalam bekas

6. Taburkan telur dadar dan bawang goreng. Dan sedia dihidangkan.

12. Nasi Goreng Simple


Nasi Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering - direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa 
Minyak untuk menumis

Cara-Cara Memasak:

1. Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata.

2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung.

3. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.

4. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan.

13. Mi Goreng Simple


Mi Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

1 packet mi kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam. Hehee.. Nina tak letak pun
Minyak masak

Bahan-Bahan Sos :

4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis 
1 cawan air panas 
Perencah dan perisa
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Lobak Merah

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). 

2. Ketepikan..

3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.

4. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.

5. Masukkan mi kuning. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa. Kalau perlu laa… Selalunya Nina tak letak pun. Kicap sos segala tu dah cukup dah rasanya. Ikut selera tekak Nina laa

6. Sedia untuk dihidang bersama bawang goreng.

14. Ayam Goreng Kunyit


Ayam Goreng Kunyit | Google Image
Bahan-Bahan :

Dada ayam – dipotong dadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar sos tiram (pilihan)
Lobak merah -dipotong memanjang
Cili padi – diketuk
1 biji bawang besar – dihiris halus
Bunga kobis – dipotong
Kacang panjang – dipotong

Cara-Cara Memasak : 

1. Satukan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari, tepung jagung dan gula pasir. Gaul sehingga sebati.

2. Panaskan minyak masak dan pastikan minyak tidak terlalu banyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga garing dan tidak melekat di kuali.

3. Selepas itu masukkan lobak, bawang merah dan lada.

4. Kemudian masukkan bunga kobis dan akhir sekali masukkan kacang panjang.

5. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.

6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.

15. Singgang Ikan Tongkol


Ikan Tongkol Singgang | Google Image
Bahan-Bahan:

1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inchi halia - dihiris nipis
1 inchi lengkuas - dihiris nipis
1 inchi kunyit - ditumbuk
2 batang serai - diketuk
4 biji cili api merah - ditumbuk kasar
1 asam keping atau air asam jawa
3 cawan air
Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara Memasak :

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan hidangkan didalam mangkuk. Sesuai makan dengan nasi panas diwaktu tengahari.

16. Sup Ayam Ringkas


Sup Ayam | Google Image
Bahan-Bahan :

1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1/2 biji carrot
4 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut Adabi
minyak masak
garam secukup rasa
6 cawan air

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot dan sup bunjut juga garam secukup rasa. 

3. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam.

4. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng.

17. Telur Masak Kicap


Telur Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

5 biji telur - digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar - dihiris membulat
2 - 3 biji cili padi - diketuk
1 biji buah tomato - dibelah empat
Daun sup/daun bawang - dipotong 1 inci panjang]
Garam/gula/serbuk perasa
Air secukupnya - (Boleh ditambah dan dikurangkan mengikut citarasa masing-masing).
Minyak secukupnya 

Bahan-Bahan Tumis :

2 bulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang kecil - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 sudu besar rempah sup - dibancuh dengan sedikit air

Bahan-Bahan Sos :

Kicap manis dan kicap masin (lebihkan kicap manis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
(Bahan-bahan di atas disatukan dan dibancuh dengan sedikit air)

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit bau.  

2. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis sehingga garing.

3. Masukkan air secukupnya dan kacau rata.  

4. Tambahkan semua bahan sos.  Perasakan dengan gula, garam, dan serbuk perasa.  

5. Masak kuah sehingga hampir mendidih.

6. Kemudian masukkan telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa kemasinannya,  Sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah kicap masin lagi atau garam.  

7. Masak sehingga mendidih.

8. Akhir sekali masukkan potongan buah tomato, bawang besar, cili padi, daun sup dan daun bawang. 

9. Biar ia mereneh sebentar di atas dapur, kemudian tutup api.

10. Sedia untuk dihidangkan.

18. Sup Sayur


Sup Sayur | Google Image
Bahan-Bahan : 

80gm cendawan tiram
50gm brokoli
50gm bebola ikan
50gm isi ayam (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 tangkai daun bawang (dihiris nipis)
1 tangkai daun sup (dihiris nipis)
500ml air
1 biji kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak : 

1. Di dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan isi ayam. Kacau sebentar.

2. Kemudian masukkan air dan didihkan.

3. Apabila sup mendidih, masukkan lobak merah dan brokoli.

4. Setelah beberapa minit, masukkan pula bebola ikan dan cendawan tiram dan biarkan mendidih sebentar.

5. Masukkan pati ayam dan garam secukup rasa.

6. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Sedia dinikmati.

19. Ikan Kembung Kukus Air Asam


Kembung Kukus Air Asam | Google Image
Bahan-Bahan :

4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api -  Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar - Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam

Cara-Cara Memasak :

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.

3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata

4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan

20. Ayam Goreng Mentega (Butter)


Ayam Goreng Mentega | Google Image
Bahan-Bahan:

2 bahagian isi ayam
2 sudu besar butter
2 biji cili padi
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Setengah tin susu cair
Garam
Gula
Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan Perapan :

Garam
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum/tepung beras
1 telur

Cara-Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Goreng ayam sehingga kekuningan.

2. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

5. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang melekat pada ayam akan memekatkan kuahnya.

21. Bihun/Mi/Kue Teow Sup


Bihun Sup | Google Image
Bahan-Bahan :

Bihun/mi/kue teow 
2 ketul ayam (bahagian berisi)
1 pokok sawi
Segenggam taugeh
Daun bawang dipotong halus
Daun sup dipotong halus
Segenggam bawang goreng
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Rempah sup
Rempah kurma
Garam
Serbuk pati ayam
6 biji cili padi
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Air

Cara-Cara Memasak :

1. Rendam bihun/mi/kue teow dalam bekas berisi air 

2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia 

3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih 

4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang 

5. Setelah itu, masukkan air secukupnya 

6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai 

7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh) 

8. Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh 

9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah dan seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis 

10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh dan bihun 

11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atasnya. 


12. Hidang dengan sambal kicap 

22. Bergedil Daging


Bergedil Daging | Google Image
Bahan-Bahan:

500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara-Cara Memasak :

1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. 

2. Biarkan seketika hingga kurang panas.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

4. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.

5. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.


6. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

23. Udang Lipan Celup Tepung


Udang Lipan Celup Tepung
Bahan-Bahan :

Udang ketak (suka hati anda berapa kuantiti)
Telur ayam
Tepung untuk mencelup udang ketak.

Cara-Cara Memasak :

1. Masukkan udang ketak yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam mangkuk. Udang ketak yang dibuang kulit luarnya.


2. Pecahkan telur dan masukkan sekali tepung untuk mencelup udang ketak.

3. Gaulkan semuanya sekali dengan gaya anda sendiri dan pastikan semuanya rata, setiap sisi atau celah, ceruk udang menerima 'tempelan' ini.

4. Panaskan minyak, apalagi, gorengkan sahaja.

24. Solok Lada Kelantan

Solok Lada | Google Image
Bahan-Bahan :


7-8 ekor ikan sardin/kembung/mata besar (direbus dan ambil isinya)
10 biji lada hijau (lada kampung lebih sesuai)..belah ditgh,buang bijinya.
1/2 biji kelapa mesin putih (dari kelapa yg muda sedikit)
1/2 inci halia
5 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
1/2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah sehingga lumat.

2. Kemudian tumbukkan pula isi ikan rebus dan campurkan dgn bhn tumbuk yg pertama tadi..biar sebati.

3. Masukkan kelapa mesin dalam mangkuk, gaulkan dengan bahan tumbuk tdi (ikan,bawang, lada hitam dan halia)..perisakan dgn garam dan gula kemudian gaul rata.

4. Sumbatkan adunan tdi dalam cili hijau, padat2kan dan bentukkan leper diluarnya.

5. Ulangi proses sehingga siap semuanya,seterusnya, tuangkan santan pekat dalam periuk dan susun solok dalam periuk..masak selama 10 minit.

6. Boleh dihidangkan dgn nasi kerabu ataupun nasi putih.

25. Singgang Daging

Singgang Daging | Google Image
Bahan-Bahan :

1/2 kg daging lembu
1 inchi lengkuas diketuk
2 sudu besar ketumbar tumbuk kasar
2 ulas bawang putih diketuk
3 keping asam gelugur
2 biji lada kering potong kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-Cara Memasak :

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. 

2. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan garam secukupnya. Biarkan seketika, kemudian bolehkan tutup api.

3. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. 

26. Kerabu Ikan Bilis

Kerabu Ikan Bilis | Google Image
Bahan-Bahan :

Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi

Cara-Cara Memasak :

1. Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn

2. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.

27. Salad Buah-Buah dan Pepita

Salad Pepita | Google Image
Bahan-Bahan :

1 pisang yang masak
1 buah pear
1/2 biji jus buah limau (lemon atau kasturi)
1/2 sudu kecil saigon cinnamon
2 auns Pepitas yang di bakar

Cara-Cara Memasak :

1. Bilas buah-buahan terpilih

2. Kupas pisang dan potong kecil-kecil

3. Kupas buah pear dalam bentuk dadu.

4. Perah limau di atas mangkuk terisi buah-buahan tadi.

5. Biarkan selama 10 minit untuk mereka berbabik-baik.

6. Tambah saigon cinnamon, biarkan dalam 5 minit.

7. Gulungkan kesemua adunan tadi dengan pepita yang telah dibakar.

8. Siap untuk anda

28. Spaghetti Olio Ayam Ringkas

Spaghetti | Google Image
Bahan-Bahan :

200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu.

2.  Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.

3. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

4. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

29. Kerabu Ayam

Kerabu Ayam 
Bahan-Bahan : 

1 cawan isi ayam dipotong dadu
rebus isi ayam dengan 1 cawan air hingga masak. Ketepikan.
1 biji cili merah
2 urat kacang panjang-hiris halus
1/2 cawan kelapa parut putih-disangrai sebentar hingga wangi- jangan sampai perang
segenggam taugeh dibersihkan dan dilalukan air mendidih
2 biji limau nipis diperah airnya
1 sudu besar sos ikan (namphla)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar :

2 batang serai- dihiris halus
3 biji cili padi
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering/ ikan bilis siap dikopek

Cara-Cara Memasak :

1. Toskan isi ayam. Ambil 1 sudu besar air rebusan. 

2. Masukkan semua bahan termasuk isi ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan sedia dihidang. (atau simpan dalam peti ais dahulu sementara lauk lain disediakan) Kerabu lebih sedap dimakan sejuk bersama nasi dan lauk-pauk lain

30. Sup Cendawan Ringkas

Sup Cendawan | Google Image
Bahan-Bahan : 

240g cendawan pilihan (butang/swiss brown), dihiris
½ bawang merah besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
2 cawan stok ayam
1 cawan krim masak atau susu sejat
Bahan Pantri

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada hitam

Cara-Cara Memasak : 

1. Tumiskan cendawan bersama bawang merah dan putih sehingga bawang merah menjadi lembut.

2. Tambahkan tepung dan gaul mesra.

3. Tuangkan stok ayam, gaul sehingga pekat.

4. Tuangkan krim dan ubah rasa dengan lada hitam dan garam.

5. Masak sehingga cukup pekat sambil menggaul dari semasa ke semasa

Menu Hidangan Terbaik Ketika Bersahur

Seloknya ketika bulan puasa hindari makanan yang pedas dan masam, kadang-kadang perut kita boleh meragam tanpa sebarang amaran. Cukup nutrisi untuk menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Apabila meragam berlakulah beberap faktor yang mungkin merosakkan puasa.

Dari menu yang tersenarai di atas ada yang ringkas ada yang sederhana ringkas. Resepi-resepi diatas tidaklah 'berat' sangat ketika makan sahur, dengan 'portion' dan penyediaan yang tidak begitu banyak. Jika berlebihan jangan membazir, boleh gunakan untuk berbuka nanti.

Makan Sahur Ikut Kemampuan

Ada kala hanya seteguk air masak dan sebiji kurma sudah cukup untuk bersahur. Bagi yang 'terbeli mengikut nafsu' ketika waktu berbuka sebelumnya, ada baiknya simpan dengan elok dan boleh hangatkan untuk bersahur.

Anda fikir anda tahu 30 Resepi Makan Sahur Cadangan Di Bulan Puasa Ramadhan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Beli Casio G-Shock GA-700-1A Dengan gshock_original.malaysia Sijangkang

$
0
0

"Beli G-Shock GA-700-1A"

Sudah lama sebenarnya penulis bercita-cita ingin memiliki jam casio G-Shock. Ketika zaman trending jam ini ketika penulis masih kanak-kanak. Kini kegilaan terhadap G-Shock timbul kembali.


G Shock GA700
Dahulu masa kanak-kanak memandangkan bukan berada dalam keluarga berada, sukar untuk merealisasikan impian memiliki G-Shock.


Sekarang, Alhamdulillah boleh menikmati pergelangan tangan kiri dihiasi satu jam yang berekabentuk seumpama henshin atau kamen rider sebelum menjadi adiwira.

Rekabentuk seumpama simpanan kuasa seorang adiwira dalam kisah adiwira kanak-kanak zaman dahulu antara faktor G-Shock agak digemari.

Jam Pelbagai Fungsi

Dengan bentuk dan gaya agak ke masa hadapan dengan pelbagai fungsi, G-Shock tidak pernah tidak popular.

Pada awalnya, penulis mencuba mendapatkan jam tangan Casio dalam kategori G-Shock ini hanyalah yang tiruan sahaja.

Beli G-Shock Copy 

Berjaya dapatkan di Uptown Shah Alam dengan harga RM30 seutas. Namun, jam tangan tersebut gagal bertahan agak lama, walaupun berjaya mengatasi waranti jam tangan tiruan selama 3 bulan.

Untuk bulan seterusnya bermulalah zaman kegelapan, jarum jam mula berhenti dan nampaknya bukan lagi nazak namun berjaya mematikan dirinya.

Maka tamatlah riwayat jam tersebut. 

Ciri-Ciri Jam G-Shock Terbaik

Bermula dari situ, penulis mula mengumpul semangat dan keringat untuk mendapatkan jam G-Shock berkriteria:

1. tahan lama
2. bateri 5 tahun atau lebih 
3. rekabentuk lebih memukau
4. dail dan fungsi yang banyak

Kesemua kriteria ini ada pada jam tangan G-Shock yang original. Harga lebih mahal namun berbaloi dari segi ketahanan.

G-Shock Model GA-700

Dalam lebih kurang 800 rekabentuk G-Shock yang ada penulis berjaya terpikat dengan GA-700. G-Shock dalam dua interface, analog dan digital. Memang dua kriteria ini penulis mahukan untuk G-Shock kali ini.


Model Ga-700-1A
GA-700 ada dua tema ini. Selain fungsi yang lain.

Harga Kedai yang Agak Mahal

Dalam proses pemantauan (survey) banyak juga kedai menjual dengan harga yang agak lari dari bajet penulis. Majoriti kedai jam menjual GA-700-1A dengan harga RM500-RM600 (mengikut harga semasa).Agak 'keras' bagi bajet penulis yang hanya menggunakan jam untuk masa dan tarikh.

Mengetahui bahawa butik dan kedai jam memerlukan wang lebih untuk membayar sewa kedai mereka jadi memang harga tersebut memang akan tetap sama di mana-mana kedai.
Penulis mengubah kepada kedai yang tiada sebarang kedai fizikal, iaitu kedai online.

Carian Di Lazada, Shopee dan 11Street

Bermula dengan laman seswang seperti Shoppee, lazada dan 11streets namun pengalaman lepas banyak mengajar untuk tidak terus membuat belian.

Alternatif lain adalah carian di Facebook dan Instagram. Facebook dan instagram lebih pilihan untuk mencari.

Dengan harga berbeza dan kawasan berbeza. Penulis terjumpa satu penjual G-Shock original online di Facebook dan memulakan carian di instagram untuk mendapatkan gambaran dan status 'trusted seller' penjual melalui instagram, takut-takut tertipu.

Kriteria Pemilihan Penjual

Dalam mendapatkan kepastian (penulis memang agak paranoia tentang sesuatu jualan online), dua kriteria yang penulis dapatkan:

1. respon penjual kepada pembeli
2. komen yang ada pada instagram tersebut.

Dua penjual di instagram berjaya penulis temui, setelah memang diyakini menjual G-shock original. Penulis mula direct message (dm) dua penjual terbabit dan mendapatkan info mengenai GA-700-1A.

Satu berbalas dan satu lagi tidak berbalas. Penjual yang membalas dm di instagram memberikan harga RM5XX dan boleh membuat bayaran ansuran dua kali.

Satu lagi yang tidak berbalas penulis menggunakan khidmat pesanan ringkas Whatsapp yang tertera pada profil instagram.

Harga Murah Ditawarkan

Bertanyakan tentang GA-700-1A, penjual membalas dengan harga yang sememangnya dalam bajet penulis, jimat RM200 lebih, dengan harga RM3XX.


Authorised Gshock Dealer
Dengan beberapa rantaian mesej whatsapp maka penulis bersetuju untuk membeli dengan gshock_original.malaysia (nama insta).

Cukup pantas penulis menerima jam G-Shock tersebut, dalam dua hari sahaja. Walaupun COD jam tersebut hanya beberapa ratus meter dari rumah penulis, namun, jam tersebut tiada dalam stok penjual dan terpaksa menunggu stok.


Pakej yang Diberikan
Dengan harga yang cukup berpatutan disamping terdapat freebies dari penjual memang berpuas hati.


Free Gift
G-Shock memang original, terdapat freebies, penjual cukup ramah, penulis memberikan cadangan untuk mereka yang sedang mencari G-Shock original dapatkan melalui penjual Abang Raizul dari Sijangkang, Telok Panglima Garang.


Instagram G-Shock original
Anda fikir anda tahu Beli Casio G-Shock GA-700-1A Dengan gshock_original.malaysia Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Kenal Pasti Perbezaan Jam Casio G-Shock Original dan Fake

$
0
0

"Ciri-Ciri G-Shock Original"

Jam tangan G-shock cukup popular. Apabila popular akan menerbitkan penjual yang ramai memandangkan permintaan yang tinggi. Jam G-Shock juga sekarang sudah pelbagai jenis menghampiri 1000 jenis yang ada di pasaran.

Ciri_Ciri G-Shock Original
Ciri_Ciri G-Shock Original
Oleh itu, sukar untuk pembeli mendapatkan kepastian dalam mendapatkan jam tangan Casio G-Shock yang original.


Fake G-shock dikatakan Original oleh penjual tidak bertanggungjawab, itu faktor utama yang menyeramkan peminat G-Shock. Lainlah jika anda sudah percaya dan kenal serta yakin dengan penjual G-Shock original di pasaran.

Kenali Ciri-Ciri Perbezaan G-Shock Original atau Tiruan

Dibawah adalah beberapa kriteria yang perlu bakal pembeli G-Shock original pastikan ketika membuat pemeriksaan.

Lihat apa yang perlu pengguna tahu sebelum membeli Casio G-Shock original.

1. Rekabentuk dan Kualiti Pembuatan 

Dari aspek rekabentuk, lihat segala bentuk yang ada. Kebiasaanya 'manufacturing defect' untuk meniru akan nampak. Bukan senang ingin tiru 100%.

Fake G-Shock biasanya terlalu tajam atau terlalu bulat di tempat-tempat tertentu dan bentuk yang dibuat kurang terperinci.

Maksudnya macam ada tak perfect bentuk G-shock tu bila tengok dekat dekat. Kehalusan seni rekabentuk boleh diketahui.

Contoh pada bentuk jarum jam,butang set jam,tali jam dan bahagian yang lain.

2. Material (Resin)

Material Resin bermutu
Resin fake biasanya berkilat dan nampak murah. Keadan agak pudar dan apabila mula-mula dilihat tiada sebarang penarik. Lembut dipegang pada kali pertama tidak begitu kasar.

Fake G-Shock ni biasanya dah boleh detect dari jauh bila tengok macam pelik. Tidak sedap mata memandang tidak sama macam original G Shock. Pembuatan original agak halus.

3. Function

Semua Dail Berfungsi
Jika original, setiap dail dan perkakas dalamannya berfungsi. Contoh tertera perkataan tough solar atau sebarang fungsi pada jam.

Jika salah satu tidak berfungsi memang sudah sah itu g-shock fake atau tiruan.

4. Warna

Fake G-Shock gabungan warna yang tidak wujud dalam keluaran model G SHOCK yang dibeli.

Contoh,G-Shock model DW6900 tak de warna denim. Tiba-tiba ada seller jual GA warna denim kata original keluaran G-Shock atau jam sama model tetapi warna tidak sama seperti yang asal,warna nampak pudar atau kelam. Dalam kes ini cuba buat kajian pada laman web G-Shock yang rasmi.

5. LCD Layout

Fake G-Shock biasanya mempunyai sedikit berbeza digit / huruf dan susunan yang tidak nampak selaras .

Lcd yang digunakan juga nampak murah dan kualiti lampu yang tidak setanding dengan G-Shock ORIGINAL.

6. Kotak dan Pembungkusan

Contoh Kotak Besi Gshock
Casio G -Shock original yang baru di jual dengan tin/kotak yang mempunyai nombor model penuh dicetak di belakang (dengan kod bar).

Cuba scan kod bar untuk lihat model yang ORIGINAL .

7. Tag dan Sebarang Manual dan Nota

Tag Belakang Jam
Produk G -Shock yang baru di beli mempunyai tag kertas yang berlogo lambang G -Shock , model produk , kod bar dan harga produk.

8. Buat Pemeriksaan Kepastian Dengan Professional

Waranti Manual Gshock Original
Teks bercetak: kesilapan ejaan dalam teks, kualiti huruf - setiap huruf, perkataan, simbol sepatutnya diletakkan tajam, simetri dan sempurna tetapi sebaliknya ada kesilapan.

Jarum jam dan bahagian-bahagian pada permukaan jam sepatutnya tepat(precise) dan kelihatan seperti bahagian tersebut berada pada bahagian-bahagian yang berasingan dan dicantum. Sepatutnya tidak semua dibentuk sebagai benda yang satu.

Fungsi khas seperti tide graph dan moon phase sepatutnya berfungsi dan bukan sebagai hiasan dan bukan function on/off je.

Cari nombor model yang tepat, Cari di backcase jam. Semua model ORIGINAL G SHOCK mempunyai 'nombor model' dash(-)'warna kod' contohnya. GD120CM-8 dan check kod warna dan jenis model dari 

OFFICIAL WEBSITE :http://www.gshock.com/

Duit bukan senang mahu dapat jika betul-betul yang halal. Jadi elakkan dari tertipu. Pengetahuan dalam sesuatu benda cukup penting.

Apalagi dalam mendapatkan sesuatu yang sememangnya tinggi nilai permintaan.

Semoga artikel ini membantu anda mendapatkan Casio G-Shock kegemaran anda jika anda sukakan yang original. Dari segi harga memanglah mahal namun berbaloi untuk kualiti dan jaminan.

Kebiasaan waranti untuk G-Shock original adalah satu tahun dan jangka masa bateri mampu mencecah 5 tahun digunakan.

Untuk lebih lagi kepastian mengenai model yang anda inginkan boleh membuat carian model tersebut pada pautan di bawah:




Anda fikir anda tahu Cara Kenal Pasti Perbezaan Jam Casio G-Shock Original dan Fake ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Cara dan Rahsia Memulakan Bisnes Tudung Pendapatan Sehingga RM15,000 Sebulan

$
0
0

"Rahsia Bisnes Tudung"

Tudung atau hijab masa kini sudah menjadi trend, berada dalam kelompok fesyen. Jenama tersohor seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan Fareeda antara nama besar dalam bisnes tudung.




Ada yang sanggup beratur dari malam hari untuk mendapatkan tudung citarasa masing masing. Itulah penangan bisnes tudung.


Selebriti dan Bisnes Tudung

Neelofa dan Mia Sara adalah contoh dua selebriti yang menjadikan bisnes tudung sebagai sumber perniagaan. Mereka sudah memiliki nama sendiri dalam bisnes tudung. 

Dengan adanya jenama sendiri maka lebih senang pembeli atau peminat untuk mengenali tudung penjual. Dari aspek jenis tudung semua sama, namun dari segi cara dan pengolahan produk tudung berlainan antara jenama yang tertentu.

Impian Lancarkan Jenama Tudung Sendiri

Mungkin satu hari nanti anda juga mampu melancarkan rekaan tudung sendiri dengan jenama sendiri, tidak kisahlah mahu lancarkan di mana waima di zouk atau mana-mana tempat, sudah ada jenama sentiasa mesti ada yang akan meminati tudung kita.


Tudung Jenama Madihah Scarf
Artikel ini tidak ditujukan kepada penjual tudung yang sudah memiliki jenama, seperti dropship atau penjual di uptown atau downtown tetapi satu rujukan untuk mereka yang meminati perniagaan dan suka dengan bidang fesyen apalagi minat dengan rekaan tudung atau hijab.

Senang, Tanpa Perlu Premis atau Kedai

Jual tudung bukan seperti menjual ikan atau udang kara di pasar, tidak perlu premis atau kedai, di rumah pun mampu dilakukan tidak kira tempat atau ketika.



Dalam apa jua perniagaan semestinya seorang pemula (beginner) yang masih kosong dan cetek ilmu selok belok perniagaan akan terbeban dengan persoalan negatif yang timbul, sama juga untuk bisnes tudung, terdapat beberapa aspek yang sering menghantui mereka yang ingin memulakan bisnes tudung tetapi merasakan persoalan ini mengganggu semangat untuk memulakan bisnes tudung.

Persoalan dan Permasalahan Memulakan Bisnes Tudung

Kita lihat beberapa persoalan yang sering didengari apabila seseorang mula merancang untuk memulakan bisnes tudung:

Di mana nak cari supplier?
Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
Kain jenis apa yang mahu digunakan?
Mana nak cari tukang jahit?
Berapa harga nak letak?
Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
Kat mana nak jual?
Macam mana nak buat ayat iklan?
Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?

Senarai di atas adalah sebahagian dari persoalan dan 'sesuatu' yang sering mengganggu semangat untuk memulakan bisnes tudung.

Usahawan Tudung Berjaya

Andaikan persoalan yang timbul ini adalah himpunan tembok-tembok untuk menyeberangi gelaran 'usahawan tudung berjaya' di seberang sana.


Bisnes Tudung
Hanya mereka yang sanggup menempuhi satu persatu dalam menyelesaikan persoalan yang disenaraikan tadi mampu sampai memiliki RM15,000 dari hasil jualan tudung untuk sebulan.

Ya, RM15,000 untuk sebulan. Fuh, gaji Jurutera untuk 5 tahun bekerja pun belum sampai tahap ini. Tak percaya tanya kawan jurutera anda.

Ada seorang wanita yang berjaya menempuhi 'tembok' penghalang yang tersenarai di atas, dan berjaya mendapat hasil jualan RM15,000 dalam sebulan.

Kisah Jual Tudung Jana Pendapatan RM15,000 Sebulan

Penulis bercerita tentang kisah Madihah Mustafha. Mungkin ada yang mengatakan penulis cuba mereka subjek tertentu dengan nama tertentu, ok, kita baca sedikit kisah dari Madihah Mustafha ini.


Assalammualaikum dan Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja. 

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi. 
Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok! 

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Founder Madihah Scarf


Itu adalah kisahnya secara kasar. Dari pengalaman dan beberapa cubaan untuk mencapai hasil jualan RM15,000 tersebut.


Dia ingin berkongsi pengalaman sendiri dalam bentuk e-book. Bukan e-book sekadar biografi tentang dirinya, akan tetapi mengenai bisnes tudung yang diceburinya, senang cerita, kisah langkah demi langkah dari dia bermula dengan duit PTPTN yang menghasilkan RM15,000 yang boleh dikatakan mampu menaja seorang pelajar lain.

Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Bisnes Tudung

Apa yang Madihah Mustafha akan kongsikan dalam e-booknya adalah:


Ebook Usahawan Bisnes Tudung
BAB 1 : BELAJAR MENJUAL - bagaimana mahu bermula
BAB 2 : APA DAN SIAPA? - sasaran dalam bisnes tudung
BAB 3 : SUPPLIER - tips dan kaedah dapatkan bekal tudung
BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU - proses promosi, facebook, instagram, media sosial
BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA - belajar selok-belok urusan jual beli
BAB 6 : AYAT IKLAN - cara promosikan jenama anda
BAB 8 : PACKAGING - kaedah menarik untuk membuatkan pelanggan tertarik dengan pakej bungkusan tudung
BAB 9 : PENGHANTARAN - kaedah pos yang efisien
BAB 10 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.- bukti berjaya dapat RM15k ketika bulan ramadan (pengalamannya)

Dah nampak hala tuju anda untuk berjaya dalam bisnes tudung ?

Semua bab yang disenaraikan di atas boleh anda dapatkan dalam dua e-book dengan harga hanya RM60. RM60 dapat dua buku, ok, ini harga istimewa, jika dari segi nilai ia sebenarnya adalah RM

Tudung bawal pun harga ratusan ringgit orang beli, RM60 bukanlah besar mana berbanding ilmu dan langkah untuk berjaya memiliki jenama tudung anda sendiri.

Jika anda sudah berminat, boleh klik pada 'banner' di bawah:



Eh, dah klik banner di atas ? Ok nanti dahulu, dengan harga RM60 ini juga penulis e-book bermurah hati untuk memberikan bonus untuk anda, tadi sudah dua, ok apa bonus tersebut.

Bonus #1 : Produk Killer Musim Raya
Ebook Produk Killer Musim Raya
Bonus #2 : Tips, Nasihat & Motivasi Bisnes

Ebook Tips Nasihat Motivasi Bisnes
Ok, jika mengikut matematik, anda akan memiliki 4 buah e-book dengan harga RM60. Dengan 4 buah e-book sepatutnya sudah berharga lebih RM100.


4 Buah Ebook RM60 Sahaja
Rasanya dengan harga tersebut cukup berbaloi. Jika anda benar-benar serius menjadi pengusaha tudung yang berjayalah. Ok, 4 buah buku untuk RM60. Dah boleh klik banner berkelip-kelip di atas tadi.

Yakin dan Komited

In Shaa Allah, dengan usaha, yakin, istiqamah dan komited tambah pula dengan e-book ini sebagai  manual dalam bisnes tudung. Siapa tahu rezeki anda untuk melancarkan produk tudung jenama sendiri, tak kiralah tempatnya, tetapi lebih afdal ditempat yang elok, itu kita rancang kemudian.

Mulakan dengan pelajari teorinya dengan e-book ini.

Kalau lihat pada helaian tudung yang isteri penulis sendiri miliki dirumah ada terfikir juga, bagaimanalah peniaga tudung tidak berjaya, penuh satu almari tudung sahaja.

Anda fikir anda tahu Cara dan Rahsia Memulakan Bisnes Tudung sehingga Jana RM15,000 Sebulan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

6 Kelebihan Menanam Pokok Durian Musang King (D197)

$
0
0

"Untung Menanam Musang King"

Durian musang king boleh dikatakan sebagai 'maskot' pertanian di Malaysia. Semua negara di dunia sudah mula melihat musang king sebagai buah yang kena dengan gelarannya, raja buah.


6 Sebab Disyorkan Tanam Musang King
6 Sebab Disyorkan Tanam Musang King
Jika dahulu durian pernah menjadi satu ejekan dalam Fear Factor Amerika sebagai buah busuk dan tidak sedap, kini raja buah sudah mula menaiki takhta.


Akhir-akhir tahun kebelakangan ini durian musang king begitu popular. Tidak hairanlah untuk dua tiga biji pun mampu mencecah ratusan ringgit.

Bagi penggemar bidang pertanian dan ingin terus menjadi usahawan komersil, bidang pertanian dalam pengkhususan buah durian musang king adalah pilihan terbaik anda.

Kelebihan Tanam Durian Musang King

Cuba kita lihat 6 sebab mengapa durian musang king disyorkan untuk ditanam oleh petani:

1. Harga tinggi di pasaran dalam negara - RM50 sehingga RM80 untuk satu kilo

2. Harga tinggi di pasaran luar negara - eksport ke Hong Kong mampu mencecah RM800 per kilogram

3. Selalu dieksport ke negara maju, banyak permintaan dari negara - Singapura, Hong Kong, Australia dan China

4. Hasil dari pokok durian pelbagai (bukan setakat buah) - sebiji, ulas (pulp) atau pes

5. Dengan klon terbaik berpotensi menghasilkan buah yang banyak - 90-130 biji untuk satu pokok atau 150-170kg untuk satu pokok

6. Potensi produk hiliran (proses) yang lebih pelbagai berbanding produk lain.

Sudah ketahui kelebihan menanam dan mengusahakan tanaman durian musang king ?

Apa lagi jadikan pelaburan untuk masa hadapan, walaupun agak lama mendapatkan hasil, namun pulangannya terjamin. Dengan segala ilmu dan tunjuk ajar dari yang arif.

Pertanian adalah perniagaan.



Anda fikir anda tahu 6 Kelebihan Menanam Pokok Durian Musang King (D197) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Bermalam Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah

$
0
0

"Crystal Hill Resort Kundasang"

Kundasang. Apabila melihat atau mendengar perkataan tersebut bagi yang pernah menjejakkan kaki di Kundasang Sabah, pasti akan terkenangkan hawa dingin dan angin sejuk menyelimuti kulit.


Crystal Hill Kundasang
Crystal Hill Kundasang
Cukup nyaman dan tenang. #TenangisGood


Apa lagi dengan panorama menghijau yang jarang sekali boleh dilihat. Dengan latar belakang Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di asia tenggara.

Redah Bukit Bukau Ke Kundasang

Untuk sampai ke Kundasang sememangnya agak mencabar, segala penat lelah hilang apabila merasai hawa dingin sepertimana di eropah dan permandangan yang memukau sepanjang mata memandang.

Percutian Kundasang Popular

Dari faktor dan suasana idaman inilah Kundasang antara 'bucket list' pelancong tempatan atau luar negara.


Landmark Sayur Kundasang
Landmark Sayur Kundasang
Termasuklah penulis, Alhamdulillah dengan keizinan Tuhan pencipta alam, penulis berjaya sampai di Kundasang Sabah. Tempat tarikan pelancong sebegini antara sumber pendapatan penduduk tempatan. Dengan mewujudkan homestay, resort dan hotel.

Memandangkan penulis datang dalam kumpulan yang ramai, penulis dan rakan-rakan telah memilih satu unit homestay dalam resort yang cukup indah permandangannya.

Menghadap terus puncak gunung kinabalu, berada di atas bukit yang mampu menampakan panorama sekitar Kundasang menjadi pilihan. Kali ini penulis menginap di Crystal Hill Resort Kundasang.


Crystal Hill Kundasang Panda
Crystal Hill Kundasang Panda
Salah satu dari ratusan homestay sekitar Kundasang. Boleh lihat artikel dibawah untuk senarai homestay/resort sekitar Kundasang, Sabah:



Crystal Hill salah satunya, walaupun dalam kategori resort sebenarnya. Memang indah suasana dan panorama sekeliling. Walaupun memerlukan 'usaha' dan 'tekad' yang agak mencabar iaitu perlu mendaki laluan berbukit walaupun dengan kenderaan.


Reception crystal Hill Kundasang
Reception crystal Hill Kundasang
Pendakian Curam ke Resort

Dengan muatan manusia dan bagasi mungkin merumitkan proses pendakian. Jika berada boleh sewa atau pinjam four-wheel drive untuk lebih lancar.

Itu hanyalah sebahagian bayaran untuk keindahan yang tiada tara. Bukan semua senang, namun sudah sampai memang berpuas hati dengan permandangan.

Crystal Hill Resort memang terletak di lereng bukit menghadap gunung kinabalu. Diasingkan bangunan resepsi dan penyerahan dokumen dan kunci ketika check in masuk.

Penginapan Lereng Bukit

Tempat untuk inapan adalah di lereng yang berlainan. Tinggi sedikit dari kawasan 'administration'. Sebelum sampai di bangunan penerimaan kunci atau resepsi ini penginap akan disambut oleh dua ekor panda yang kaku dibahagian kiri.


Lereng Bukit Pine
Lereng Bukit Pine
Ketika sedang membuat pendaftaran masuk luangkan sedikit masa untuk mengambil gambar di anjung yang disediakan, cukup indah latar belakangnya.

Selepas mendapatkan tuala, remote televisyen dan sterika selepas pendaftaran masuk. Kami terus menuju ke rumah inapan di bahagian lereng seterusnya.


Homestay Di atas Bukit
Homestay Di atas Bukit
Deruman enjin yang menghampiri RPM 4000/minit boleh kedengaran membayangkan pendakian kami. Perjalanan yang cukup cabaran. 'Offroad' dan curam.

Hawa Dingin Ala Korea

Sampai sahaja di lereng yang menempatkan rumah penginapan, sapaan angin sejuk ala-ala korea di musim bunga terasa.


Dari Anjung Resort
Dari Anjung Resort
Kenderaan di parkir di bawah teduhan pokok pine atau rhu yang jarang ditemui di altitud rendah. Terdapat rumah inapan yang masih belum siap.


Suasana Dah Sejuk Memandang
Suasana Dah Sejuk Memandang
Unit yang penulis dan rakan-rakan bermalam memiliki 3 buah bilik. Dengan keluasan yang boleh dibanggakan.

Cuaca sejuk yang menghampiri hawa pendingin hawa sekitar 16-20 darjah celcius. Tiada sebarang bantuan udara berangin seperti pendingin hawa atau kipas disediakan.
Tempat sudah sejuk mengapa perlukan semua itu.

Kelengkapan Di Bilik

Unit yang kami singgah ini dua tingkat, dua bilik di bahagian atas dan satu dibawah. Kesemua bilik dilengkapi dengan bilik air masing-masing.


Katil Besar Resort
Katil Besar Resort
Dalam bilik air disertakan pancuran mandian dua jenis, panas dan sejuk. Pastinya pancuran panas menjadi pilihan dalam suasana ala-ala banajaran alps di musim panas.


Panorama Dari Tingkap
Panorama Dari Tingkap
Masuk bilik perkara pertama dicari adalah tingkap. Bukan kerana ingin membuang angin atau melontar sesuatu ke bawah, tetapi untuk melihat permandangan dari arah bilik.

Permandangan Indah Dari Bilik Resort

Pertama kali melihatnya memang sudah boleh membuatkan jatuh cinta pertama pada permandangan yang tersergam di depan mata.


Balkoni untuk Panorama
Balkoni untuk Panorama
Dengan dihiasi dengan pohonan pine (rhu) yang cukup lembut warna hijaunya dengan jaluran cahaya matahari yang menembusi celahan dahanan rhu memang memukau pandangan mata.

Latar Belakang Panorama Gunung Kinabalu

Apalagi kehijauan ini diselangi dengan kabus lembut berupa awan panjang menyelubungi Gunung Kinabalu nun di hadapan. Hilang terus kepenatan perjalan dari Kota Kinabalu yang memerlukan melalui lauan bukit bukau yang memenatkan mata memandang.


View Terbaik Gunung Kinabalu Dari Resort
View Terbaik Gunung Kinabalu Dari Resort
Malamnya pula, fuh, cukup terserlah kesejukkannya, palang besi tangga pun sudah sesejuk hawa peti ais inikan pula udara sekeliling.

10-15 darjah celsius memang pasti bacaan pada julat termometer jika diukur. Terus tidur tanpa khabar berita. 


Bunga Rumput Di Kawasan Sejuk
Bunga Rumput Di Kawasan Sejuk
Disediakan satu balkoni luar yang sesuai untuk kenangan beramai-ramai dengan latar belakang pohonan pine yang menghijau.


Balkoni Di Luar
Balkoni Di Luar
Sembang dan Bergambar
Informasi pengunjung

Alamat

Kg. Kundasang, 
Kundasang, 
Kinabalu National Park, Sabah, 
Malaysia, 89308



Dapatkan bantuan perjalanan melalui aplikasi waze, sebagai contoh carian di bawah:



Waze Lokasi Crystal Hill Kundasang
Hubungi

016-584 6116

Harga Bermalam Di Crystal Hill Kundasang

RM400/malam

Parkir Kenderaan

Agak terhad, mampu memuatkan tidak lebih 10 buah kenderaan.


Kenangan Sekeping
Sebarang tempahan penginapan dengan lebih cepat dan mudah, gunakan carian melalui aplikasi agoda yang lebih memudahkan carian di bawah:



Anda fikir anda tahu Bermalam Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Makan Nasi Dalam Buluh Di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak

$
0
0

"Nasi Bamboo Sungai Klah"

Zaman dahulu sebelum wujudnya klang-kilang barangan eletrik untuk menanak nasi, buluh menjadi 'periuk'nya.


Review Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai
Review Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai
Mungkin jarang masyarakat sekrang menanak nasi dalam buluh. Kecuali lemang, namun itu bukan nasi tetapi pulut.


Bagi pendaki dan pencinta alam sekitar masak nasi dalam buluh bukan satu yang pelik.
Apalagi mereka yang pernah menetap dengan kaum orang asli sekitar hutan.

Masak Nasi Dalam Buluh

Nanak nasi dalam periuk sememangnya perlakuan konvensional, masak nasi dalam buluh itu barang 'rare'.


Nasi Dalam Buluh
Nasi Dalam Buluh
Barang 'rare' memang mahal dari segi keunikannya.

Bermula dengan sebuah pondok kecil yang seumpama warung di pintu masuk menuju ke Kolam Air Panas Sungai Klah, menggunakan teknik masakan nasi dalam buluh. Kini sudah terkenal di serata Malaysia. Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak.

Singgahan Mat-Mat Moto 'Ride'

Sebuah kedai makan yang selalunya menjadi singgahan geng-geng mat moto, Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai.


Sticker Kelab Motor Di Nasi Bamboo Sg Klah
Sticker Kelab Motor Di Nasi Bamboo Sg Klah
Bagi sebelah utara Lembah Klang, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini cukup popular dengan 'ride' geng mat moto.

Seumpama 'route-route' ride mat moto lain disini tersedia satu papan yang membolehkan kumpulan mat moto dari pelbagai ceruk menampal pelekat kumpulan mereka.

Sejujurnya, kedai makan Nasi Buluh ini pernah penulis singgahi ketika dalam perjalanan 'ride' menuju ke Teluk Batik untuk acara Suzuki di sana.

Dengan kapasiti yang agak ramai ketika itu dan memandangkan bukan dalam atur cara perjalanan untuk hari tersebut, penulis hanya berhenti sahaja. Bukan untuk mencuba hidangan yang ada.

Cubaan Kali Kedua

Kali kedua singgahan ke Nasi Bamboo Sungai Klah ini, menjadikan penulis tidak sabar untuk mencuba apa makanan menarik yang disediakan di sini.

Hujung minggu dan waktu makan tengah hari, penulis dan rakan-rakan agak tersilap akan waktu untuk datang mencuba hidangan di sini.

Alang-alang sudah sampai, apakata redah sahaja, memandangkan selepas makan ada rancangan untuk mandi-manda di Sungai Klah.

Waktu makan tengah hari baharu bermula, penuh parkir kenderaan sehingga terpaksa parkir di tepi jalan utama yang berhampiran jambatan Sungai Klah yang sudah dilebarkan, mungkin atas faktor ini ia dilebarkan.

Seperti biasa pelbagai jenis motorsikal parkir di hadapan kedai makan ini, pelbagai jenis dan pelbagai warna-warni 'coverset' dan rekabentuk topi keledar.

Persekitaran dan Suasana Kedai

Suasana dalaman kedai agak gelap dan redup. Pengcahayaan agak kurang. Setiap ceruk meja dipenuhi orang. Bermula dengan kawasan hadapan sehinggalah nun di sana, penuh meja dengan pengunjung.

Nak tak nak, kena tunggu giliran dengan berdiri sambil mata melilau mencari meja yang baharu sahaja ditinggalkan pengunjung yang sudah menjamu selera.

Gambaran yang boleh penulis jelaskan ketika itu adalah seumpama satu kawasan di wall street denngan broker saham yang ramai. Lebih tepat sedikit seumpama kawasan pasar yang sedang meriah jualan hasil sayuran. Agak bising dan penuh dengan manusia. Meriah.

Dapat Meja dan Kerusi Selepas Menunggu

Mujur dengan kerjasama dan rasa ihsan pengunjung yang sedang makan, sesudah makan jarang tengok yang sempat berborak dan bersembang. Dengan kata lain dapatlah penulis dan rakan-rakan duduk di kerusi yang mejanya sudah kosong.

Konsep dan tema yang diterapkan dalam sistem urusan pengambilan makanan di Nasi Bamboo ini adalah secara layan diri.

Konsep Food Court Dalam Restoran

Ditempatkan gerai mini seumpama warung-warung di medan selera dengan pelbagai jenis hidangan. Seumpama laman web tempahan penginapan anda boleh memilih apa yang citarasa anda kehendaki.

Itu konsep kedai, konsep dan tema masakan yang dihidangkan pula majoritinya adalah tertumpu kepada masakan tempatan ala kampung.

Ulam-ulaman, pelbagai jenis lauk pauk berkuah dari yang menggunakan santan sehinggalah yang menggunakan rempah ratus.

Pelbagai 'Genre' Menu Makanan

Citarasa barat dan citarasa kurangkan minyak dalam hidangan tidak terlepas. Lauk pauk hasil panggan dan bakar turut tersedia. Tunggu pengunjung pesan dan santap sahaja. 


Daging Salai Nasi Bamboo
Daging Salai Nasi Bamboo
Dalam suasana yang agak sibuk dengan waktu puncak kunjungan pengunjung, beratur panjang bukanlah suatu yang asing.


Kambing Grill Nasi Bamboo
Kambing Grill Nasi Bamboo
Bagi makanan yang agak popular dan nasi dalam buluh beratur itu satu kemestian. Penulis bercerita dalam situasi waktu puncak.

Stesen Minuman Berasingan

Bagi air minuman, telah tersedia satu stesen air yang agak ramai pekerja di dalam satu stesen berbentuk kiosk.

Pilihan air yang banyak, kebanyakkan disediakan dalam jag air yang bersaiz sederhana. Cawan disediakan bagi meja yang bilangan pengunjung yang tidak memerlukan kapasiti air dalam bentuk jag.

Itu sedikit sebanyak pemerhatian yang boleh penulis boleh kongsikan sebelum menjamu hidangan disini.

Antara Menu yang Di cuba

Di bawah adalah senarai lauk pauk dan hidangan yang penulis dan beberapa rakan pilih dari pelbagai stesen makanan di penghujung kedai ini.


Lauk Pauk Di Nasi Bamboo
Lauk Pauk Di Nasi Bamboo
1. Nasi dalam Buluh
2. Ayam Bakar
3. Ikan Bakar
4. Sup Gear Box
5. Kerang Rebus
6. Kambing Bakar
7. Kerabu dan ulaman

Itu lebih kurang menu yang 'kami' (ramai) berjaya dapatkan di setiap stesen makanan diceruk restoran. Dari segi rasa jika lapar rasanya agak luar biasa jika dalam keadaan biasa rasanya biasa sahaja. Lainya, pelbagai jenis juadah dan lauk pauk boleh dipilih.

Penggemar makanan kampung dicadangkan untuk datang ke sini.

Dari segi harga, tidaklah begitu murah dan tidaklah begitu mahal. Cukup sesuai untuk bajet makan mereka yang sedang bermusafir dan sedang bercuti.

Nasi Tambah 'Portable'

Dengan lauk yang banyak semestinya satu batang buluh berukuran sejengkal setengah yang terisi nasi mungkin tidak cukup. Boleh membuat penambahan nasi dalam buluh dengan harga RM2 untuk satu batang buluh.

Pekerja yang membawa nasi dalam buluh akan lalu lalang sekitar kawasan makan dengan menggunakan troli, angkat tangan dan dapatkan nasi tambah anda

Informasi Pengunjung

Jika di zaman mula-mula Kedai Nasi Bambu dibuka, memang lokasinya agak terpencil, jalan menuju ke Hot Spring Sungai Klah.

Kini restoran ini sudah berada di kawasan yang agak luas dan dekat dengan 'exit' lebuhraya Plus, susur keluar PLUS Sungkai, Trolak.

Exit Tol Sungkai Outbound,lampu isyarat ambil kanan,dalam jarak 300m anda akan sampai.

Alamat

Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, 
Perak



Boleh gunakan aplikasi waze untuk memudahkan pencarian destinasi anda.

Waktu Operasi Nasi Bamboo (Buluh) Sungai Klah

Nasi Bamboo Sg. Klah Sungkai dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Parkir Kenderaan

Cukup luas dan teratur, jambatan sungai Klah berjaya dibesarkan mungkin kerana populariti nasi bamboo sungai Klah.

Boleh memuatkan lebih 30 buah kenderaan sedan dalam satu masa, tidak termasuk motosikal.


Set Nasi Dalam Buluh dan Lauk
Anda fikir anda tahu Makan Nasi Dalam Buluh Di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Great Tips To Keep Your Life Organized

$
0
0


Great Tips To Keep Your Life Organized

Well, who doesn’t need more organization in their lives? Even for the savviest organizer, there are times when you might get lax about your organization rituals. Remember, for all the organization ideas and rituals that you have, that there’s always room for improvement. You never know when these tips might come in handy – for example, if you’re moving to a new house for rent in Klang, and the space is smaller for all the things that you own.


C:\$Recycle.Bin\S-1-5-21-2905390440-3667455610-116009688-1001\$R403DMT.jpg


3 most important tasks

We can’t stress enough about the importance of having a 3-task list. Instead of filling up your task list with normal tasks that you are bound to do daily, keep it for the most important. Very morning, write down and make a mental note of the 3 most important tasks for the day. The senseof accomplishment that comes when you complete this short list will make everything else seem to fall into place.


An easy and workable to do list

While a multitude of apps and gadgets exist for keeping a task list, sometimes less is more. You might end up putting a task on your smart phone, another on your computer, and another written on the sticky note pasted to your fridge. With all the different ways of doing things, you might end up spending time trying to organize your to do list, instead of actually doing the tasks you wrote on it. Find the easiest method that works for you and consolidate everything.

A place for everything and everything in its place

Find a home for everything you own. Find places that are easy to access for all the things you use the most often. Keep everything else in places that are still pretty easy to get to. This way, you spend less time dreading doing things, and more time actually doing things. For example, keep your pots and pans in a drawer near the stovetop, not in boxes on top of cabinets. Everything should have its place, including the things that you never use (read: trash can, place that accepts donations, etc.).

Put it away now

One of the simplest things you can do to keep yourself organized is to put whatever item you have been using away immediately after using it. This way, you will be on top of everything: you will know where everything and anything is so you never waste your time looking for something that has been misplaced. Not only is it smart, it’s efficient as well. The next time someone visits and asks for something, you could tell them where to find it without even needing to look.

Use the trash/recycling bin

Organizing your belongings is an energy-consuming task. Adding unnecessary items just wastes even more energy. Rather than organizing everything you own, start your organizationendeavor by getting rid of unused things first. Just imagine how much more in control you can feel by ridding yourself of outdated newspaper articles or notes that have been rendered meaningless after the relevant information has already been extracted.

Change

Embrace change as an opportunity for growth. Change obsoletes unimportant things and renders methods or ideas that aren’t timeless useless. It allows you to bring in newer and more important things. What’s best of it is that it is an organizing tool that’s all in your mind. You don’t need to spend money or energy. All you have to do is simply embrace it.

Color coding

If you’re a visual person, color-coding your various lists and calendars can minimize the amount of time you spend looking at them. For example, if you’re in school, you can color-code your schedule (green for paper due, blue for quiz, red for test, yellow for free period, etc.). Sure, it might take a while for you to set up and get used to it, but for the rest of your semester (or even until the next one), you will only have to take a quick glance at your schedule to get a clear idea of what kind of week you are going to have.

Write down, execute and tidy up on the way

What you need to keep you on track to becoming a more organized person is a mantra. Write down what you need to do, do it, and tidy up any mess you make on the way. Treat this as your organization bible.

Do one thing at a time

Although many people find multi-tasking easy, it is better to focus on one thing at a time. This frees up your mind and your energy to give the most important tasks the focus it deserves.

Never rely on a single point of failure

Always have a back-up. Don’t be the person who pays a fortune to hear speakers at a conference and be in a rut when the only pen you have to take notes runs out of ink. Be prepared with an extra. We can’t tell you how great that feeling is when one thing breaks, gets lost or just goes kaput, and you have another one ready in reserve.

You control your life

Always remember that you are in control of your life. Whatever the electronics or paper you use, make sure they are working for you, not the other way around. Does your email program say you have to stay checking for email every 5 or 10 minutes? You’ll probably get a whole lot more done if you just check it a few times a day. That goes for smartphones too. Many tools exist, and there is one to fit everyone – so use what works but make what works work for you the way it suits you best.

Senarai Manifesto Pakatan Harapan | Meringankan Beban Rakyat

$
0
0

'Manifesto Pakatan Harapan'







 


Anda fikir anda tahu Senarai Manifesto Pakatan Harapan | Meringankan Beban Rakyat? 

Anda fikir sekali lagi.... 

Assalamualaikum. 


Pelet Makanan Ikan Tahan Lama untuk Travel dan Bercuti

$
0
0

"Makanan Ikan Tahan Lama"

Penulis adalah seorang traveler, meskipun bukan dalam kategori tegar atau 'frequent traveler' masih seorang traveler.

Makanan Pelet Ikan Tahan Lama
Makanan Pelet Ikan Tahan Lama
Balik kampung juga boleh dianggap sebagai travel bukan ?

Dalam pada masa yang sama, penulis adalah pencinta haiwan, bukan beruang, bukan burung helang, bukan chimpanzi tetapi ikan hiasan.


Jenis Ikan Belaan

Tiga buah akuarium semuanya, masing-masing didiami oleh satu, ikan pelbagai jenis seperti platty, barb, ikan bandaraya dan beberapa ekor ikan 'algae eater'. Tangki kedua, ikan laga dan seterusnya ikan puyu.

Tiga tangki ini dihuni oleh benda bernyawa iaitu ikan, ikan memerlukan makanan, minuman tidak perlu kisah. Dua kali sehari penulis akan memberikan ikan-ikan kesayangan ini makan. Itu jika tidak ke mana-mana atau travel.

Siapa Boleh Tolong Beri Ikan Makan ?

Jika travel macam mana pula ?

Paling lama setakat ini penulis meninggalkan rumah adalah dalam tempoh satu minggu.

Bagaimanalah nasib ikan-ikan ini tanpa ada sesiapa yang memberikan makanan, apalagi ikan-ikan ini tidak memiliki kemahiran dalam memesan domino pizza atau KFC. Satu cara sahaja, iaitu dapatkan makanan terendam yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.

Makanan Ikan Tahan Lama

Pada awalnya penulis gagal memikirkan solusi ini, setelah membuat kajian dan beberapa pemerhatian di kedai ikan terdekat.

Pelbagai Jenis dan Jenama Pelet Holiday
Pelbagai Jenis dan Jenama Pelet Holiday
Penulis menemui pelet makanan yang tahan lama. Penulis berjaya menemuinya di Kedai Akuarium Xian Long Seksyen 23 Shah Alam.

Pelet makanan yang mampu tahan lama.

Saiz yang Tidak Besar, Portable
Penulis menjalankan eksperimen untuk keberkesanan pelet tahan lama ini adakah ia benar-benar tahan lama dan mampu menyediakan makanan kepada ikan-ikan yang ditinggalkan tanpa bertuan untuk tempoh waktu tertentu.

4 Hari Travel 

Empat hari penulis bercuti ke Kundasang Sabah, dan hasilnya cukup menggembirakan.

Bentuk Bermacam Macam
Kesemua ikan yang ditinggalkan sihat walafiat dan tiada tanda-tanda mereka semua dalam keadaan seperti kanak-kanak afrika yang kehilangan punca makanan.

Untuk tempoh empat hari makanan terendam tersebut masih ada. Memang benar kata jurujual di Xian Long, seketul pelet makanan ikan ini mampu bertahan selama satu minggu.

Review Pelet Makanan Ikan untuk Holiday

Dari pemerhatian 5-6 hari, dah kira sudah berkesan.

Keras dan Tidak Merbahaya
Penulis juga menjalankan satu ujikaji khas dalam percubaan makanan tahan lama ini, penulis tidak memasang 'filter' untuk satu akuarium. Bagi mengkaji adakah makanan ini boleh menyebabkan air menjadi kotor dan keruh. 

Eksperimen penulis berjaya mengesan bahawa makanan terendam ini gagalkan mengeruhkan keadaan maksud penulis mengotorkan ekosistem dalam aquarium.

Dalam sepaket makanan ikan 'holiday' ini terdapat lima ketul pelet. Dalam pelbagai jenis bentuk, seumpama batu dan kerang.

Beli Di Mana ?

Penulis membeli sepaket pelet makanan ikan tahan lama ini di Xian Long Aquarium Seksyen 23 dengan harga RM3.50 sepaket.

Pelet Blok Ikan Holiday
Pelet Blok Ikan Holiday
Dengan berjayanya percubaan ini, maka penulis sudah mendapat satu lagi penyelesaian untuk masalah memberi makan ini jika bermusafir ke luar daerah.

Mungkin peminat ikan seperti penulis boleh mendapatkan produk sebegini untuk mereka yang sering keluar bermusafir atau travel dan memang meminati hobi belaan ikan tidak kira air tawar atau air masin.

Tahan Berapa Lama ?

Kini, kurang kegusaran untuk meninggalkan ikan-ikan belaan 'bersendirian' di rumah tanpa makanan (minuman tidak perlu khuatir). Boleh 'travel' dan bercuti dengan tenang, apalagi balik kampung atau balik mengundi.

Namun, bukan untuk jangka waktu yang lama, satu dua minggu bolehlah dijadikan solusi.

Anda fikir anda tahu Pelet Makanan Ikan Tahan Lama untuk Travel dan Bercuti ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Jadual Penuh Perlawanan FIFA World Cup Russia 2018 Waktu Malaysia

$
0
0

'Jadual Waktu Malaysia World Cup 2018 Rusia'

Setiap empat tahun sekali dunia akan sentias menunggu kemunculannya, bagi peminat bola sepak lah. Dalam mencari pemenang Piala Dunia yang sedang disandang oleh pasukan kegemaran penulis dari zaman Jurgen Klinsman iaitu Germany.

Jadual World Cup Waktu Malaysia
Jadual World Cup Waktu Malaysia
Bagi tahun 2018, acara yang berlangsung selama sebulan ini adalah sukan paling besar yang ditunggu-tunggu.



Acara Sukan Bola Sepak Terbesar Dunia

Jika ada planet lain yang meminati acara bola sepak, mungkin pemenang untuk Juara Dunia FIFA 2018 nanti akan bertanding dengan pasukan terhebat planet mereka, itu cereka.

Realitinya, perlawanan yang berlangsung di sekitar Rusia ini berlangsung tidaklah di awal pagi namun, waktu terbaik untuk rakyat Malaysia nantikan.



Dibawah adalah tarikh dan waktu untuk perlawanan FIFA World Cup Russia 2018 yang ditayangkan di Astro (64 perlawanan) dengan waktu Malaysia:


Jadual Perlawanan Antara Kumpulan World Cup 2018

Groups World Cup 2018 | Fox Sports Image

14 Jun

Russia lwn Arab Saudi (Stadium Luzhniki, Moscow - 1800)

15 Jun
Mesir lwn Uruguay (Ekaterinburg - 1700)
Maghribi lwn Iran (St Petersburg - 1800)
Portugal lwn Sepanyol (Sochi - 2100)

16 Jun
Perancis lwn Australia (Kazan - 1300)
Argentina lwn Iceland (Stadium Spartak, Moscow - 1600)
Peru lwn Denmark (Saransk - 1900)
Croatia lwn Nigeria (Kaliningrad - 2100)

17 Jun
Costa Rica lwn Serbia (Samara - 1600)
Jerman lwn Mexico (Stadium Luzhniki, Moscow - 1800)
Brazil lwn Switzerland (Rostov - 2100)

18 Jun
Sweden lwn Korea Selatan (Novgorod -1500)
Belgium lwn Panama (Sochi - 1800)
Tunisia lwn England (Volgograd - 2100)

19 Jun
Poland lwn Senegal (Stadium Spartak, Moscow - 1500)
Colombia lwn Jepun (Saransk - 1800)
Russia lwn Mesir (St Petersburg - 2100)

20 Jun
Portugal lwn Maghribi (Stadium Luzhniki, Moscow - 1500)
Uruguay lwn Arab Saudi (Rostov - 1800)
Iran lwn Sepanyol (Kazan - 2100)

21 Jun
Perancis lwn Peru (Ekaterinburg - 1700)
Denmark lwn Australia (Samara - 1900)
Argentina lwn Croatia (Novgorod - 2100)

22 Jun
Brazil lwn Costa Rica (St Petersburg - 1500)
Nigeria lwn Iceland (Volgograd - 1800)
Serbia lwn Switzerland (Kaliningrad - 2000)

23 Jun
Belgium lwn Tunisia (Stadium Spartak, Moscow - 1500)
Jerman lwn Sweden (Sochi - 1800)
Korea Selatan lwn Mexico (Rostov - 2100)

24 Jun
England lwn Panama (Novgorod - 1500)
Jepun lwn Senegal (Ekaterinburg - 2000)
Poland lwn Colombia (Kazan - 2100)

25 Jun
Arab Saudi lwn Mesir (Volgograd - 1700)
Uruguay lwn Russia (Samara - 1800)
Sepanyol lwn Maghribi (Kaliningrad - 2000)
Iran lwn Portugal (Saransk - 2100)

26 Jun
Australia lwn Peru (Sochi - 1700)
Denmark lwn Perancis (Stadium Luzhniki, Moscow - 1700)
Iceland lwn Croatia (Rostov - 2100)
Nigeria lwn Argentina (St Petersburg - 2100)

27 Jun
Korea Selatan lwn Jerman (Kazan - 1700)
Mexico lwn Sweden (Ekaterinburg - 1900)
Serbia lwn Brazil (Stadium Spartak, Moscow - 2100)
Switzerland lwn Costa Rica (Novgorod - 2100)

28 Jun
Jepun lwn Poland (Volgograd - 1700)
Senegal lwn Colombia (Samara - 1800)
England lwn Belgium (Kaliningrad - 2000)
Panama lwn Tunisia (Saransk - 2100)

Jadual Perlawanan 16 Pasukan Terbaik Kumpulan

30 Jun 
1C v 2D (Match 50) (Kazan - 1700)
1A v 2B (Match 49) (Sochi - 2100)

1 Julai 
1B v 2A (Match 51) (Moscow - 1700)
1D v 2C (Match 52) (Novgorod - 2100)

2 Julai 
1E v 2F (Match 53) (Samara - 1700)
1G v 2H (Match 54) (Rostov - 2100)

3 Julai 
1F v 2E (Match 55) (St Petersburg - 1700)
1H v 2G (Match 56) (Stadium Spartak, Moscow - 2100)

Jadual Perlawan Suku Akhir World Cup 2018

6 Julai Jumaat
Winner 49 v winner 50 (Match 57) (Novgorod - 1700)
Winner 53 v winner 54 (Match 58) (Kazan - 2100)

7 Julai Sabtu
Winner 55 v winner 56 (Match 60) (Samara - 1700)
Winner 51 v winner 52 (Match 59) (Sochi - 2100)


Jadual perlawanan Separuh Akhir World Cup 2018

10 Julai Selasa
Winner 57 v winner 58 (St Petersburg - 2100)

11 Julai Rabu
Winner 59 v winner 60 (Stadium Luzhniki, Moscow - 2100)

Penentuan Tempat Ketiga

14 Julai Sabtu
Losers of two semi-finals (St Petersburg - 1700)

Perlawanan Akhir World Cup Russia 2018

15 Julai Ahad
Winners of two-semi-finals (Stadium Luzhniki, Moscow - 1800)


Mengambil kira waktu Russia, secara terperincinya waktu perlawanan bermula antara jam 5 petang dan 3 pagi. Kebanyakan adalah jam 5 petang dan 9 malam.

Waktu terbaik sebenarnya untuk santai menyaksikan perlawanan namun bergantung kepada kesibukan peminat.

Tertakluk kepada perubahan badan-badan tertentu. Waktu yang dipaparkan dalam sitem 24 jam.

Anda fikir anda tahu Jadual Perlawanan Penuh World Cup Rusia 2018 Waktu Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Viewing all 593 articles
Browse latest View live