Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Contoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Kundasang-Kota Kinabalu Sabah

$
0
0

"Itinerary Percutian Kundasang dan Kota Kinabalu"

Mula-mula fahami apa itu itinerary. Itinerary adalah 'a planned route or journey', satu perancangan dalam suatu perjalanan dan percutian.


Contoh Itinerary Percutian Kundasang Kota Kinabalu
Sebagai seorang traveler kita perlu ada satu perancangan dalam percutian. Tidak kisah backpacker atau traveler yang sorong troli, perancangan masa dan perbelanjaan serta tempat yang ingin dikunjungi perlu ada.


Memudahkan segala urusan tanpa pembaziran masa.

Itinerary Kota Kinabalu - Kundasang

Itinerary ini berdasarkan pengalaman penulis yang telah melakukan satu trip percutian 4 hari 3 malam sekitar Sabah. Lebih terperinci, Kundasang dan sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Hari 1


Replika Kubis Kundasang
Replika Kubis Kundasang
-KLIA2 ke KKIA 
-Crystal Hill Resort Homestay, Kundasang
-Bersiar sekitar Pekan Kundasang (pasar malam, nikmati chicken wing)

Hari 2


Dairy Farm Kundasang
Dairy Farm Kundasang
-Desa Dairy Farm, Kundasang (Lembu New Zealand)
-Fish Spa Sg. Moroli, Ranau (Ikan Kelah Jinak Makan Kaki)
-Ladang Teh Sabah
-Kinabalu Park (kaki Gunung Kinabalu)
-Polumpong Melangkap Campsite, Kota Belud
-Homestay Taman Penampang, Kota Kinabalu

Hari 3


Island Hopping Pulau Tunku Abdul Rahman
Island Hopping Pulau Tunku Abdul Rahman
-Island Hopping Pulau Sapi dan Pulau Manukan (Snorkeling)
-Dinner Seafood area Tugu Todak (Macam-Macam Seafood Pelik)

Hari 4


Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
-I Love KK (Mercu Tanda), Sekitar Jesselton
-Salut Jalan Sulaman, Sepanggar
-Masjid (Terapung) Bandaraya Kota Kinabalu, Likas
-Pasat Filipine & Pasar Kraftangan (cenderamata dan Ole-ole)
-Airport Kota Kinabalu (Pulang ke KLIA2)

Senarai itinerary di atas adalah contoh perancangan yang berjaya dilakukan. Sebelum memulakan percutian ke Kundasang dan Kota Kinabalu, kami telah melakukan 'rough' itinerary, perancangan awal, versi conteng-conteng.

Rancang Waktu dan Tempat Menarik 

Kita hanya merancang dan Allah menentukan. Senarai contoh di atas adalah perancangan yang telah berjaya dilalui oleh penulis dan rakan-rakan untuk empat hari tersebut.
Terima kasih kepada isteri tercinta untuk penyediaan itinerary kali ini.

Semoga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin menjadikan Kundasang dan kota Kinabalu sebagai destinasi 'bucket list' percutian anda.

Bagi pencarian penginapan dan homestay sekitar Kundasang boleh dapatkan senarai homestay sekitar Kundasang pada pautan di bawah. 



Lebih mudah buat carian melalui aplikasi carian agoda untuk penginapan sekitar Sabah negeri di bawah bayu.


Anda fikir anda tahu Contoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Kundasang-Kota Kinabalu Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Review Laman Sari Steamboat Grill Jalan Kebun Shah Alam

$
0
0

"Review Laman Sari Steamboat"

Semakin banyak kedai bufet steamboat yang muncul. Masing-masing ingin memperkenalkan menu istimewa masing-masing. Bukan sahaja menu berlainan, cara promosi untuk menarik pelanggan juga berbeza.


Laman Sari Steamboat Grill Jalan Kebun
Laman Sari Steamboat Grill Jalan Kebun
Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam. Sudah memiliki lebih kurang 3-4 buah restoran bertemakan steamboat dan grill.


Memberikan banyak pilihan kepada pengunjung dan penggemar gaya makan sambil memasak ini. Sebelum ini penulis pernah mengunjungi beberapa restoran steamboat sekitar Shah Alam dan Klang.

Klise Datang Restoran Buffet Steamboat

Meskipun sama klisenya, datang, duduk di meja, panaskan dapur, pilih makanan di meja bufet, panggang atau celur dan nikmati makanan anda. Itu adalah kronologi biasa datang makan di restoran steamboat dan grill.

Mencari keunikan untuk sesebuah kedai adalah perlu untuk pihak kedai mendapatkan pelanggan tetap.

Dari beberapa buah restoran steamboat dan panggang yang pernah penulis cuba, kesemuanya memiliki kriteria baik dan buruk dalam pelbagai bentuk. Semua kedai ini tidak sama.

Laman Sari Steamboat Grill

Kali ini penulis mencuba salah satu restoran steamboat dan grill yang baharu sahaja bertapak sekitar Februari 2018. Laman Sari Steamboat dan Grill Jalan Kebun Shah Alam.




Mula-mula kita bercerita tentang suasan di restoran ini. Kali pertama masuk di persekitarannya seumpama menonton karya seni Rashid Sibir suasananya.

Redup dan pengcahayaan malap. Menghampiri suasana romantik untuk tanggapan pertama. Meja yang dilengkapi dengan dapur steamboat dan grill disusun memanjang ke arah dapur.




Segala kelengkapan selain dari meja, kerusi diletakkan di sekeliling ruang makan. Cukup kemas susunan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan trafik manusia dan berlaga siku antara meja sebelah.




Suasana yang diceritakan pada rangkap di atas adalah menggunakan pancaindera mata. Untuk hawa pancaindera seterusnya iaitu telinga, boleh diberikan pujian.

Lagu Rock Kapak Background Muzik

Jika klise di sebuah restoran steamboat dan grill pelanggan akan mendengar akan desiran jus makanan di bakar, gelegakkan kuah tom yam di dalam periuk, pekikan staf menyuruh staf di dapur keluarkan ketam yang kehabisan atau hilai tawa sesama pelanggan selain dari kanak-kanak bermain bebas di ruang makan, itu klise, klise setakat penulis menjadi pelanggan kedai steamboat.




Unik dalam restoran ini adalah alunan lagu yang dipasang. Untuk malam penulis menjadi pelanggan, senarai main lagu rock kapak didendangkan. Memang kena dengan jiwa sambil makan.

Datang ke restoran sebetulnya makananlah yang akan menjadi tajuk utama.

Menu Utama Steamboat dan Grill

Makanan di Laman Sari Steamboat and Grill tidak banyak berbeza dengan menu dan hidangan makanan steamboat di tempat lain.

Kuah Tom Yam




Fuh! Kuah tom yamnya memang layak menerima pujian. Memang memiliki rasa yang digemari untuk kuah tom yam. Pekat dan pedas apalagi terdapat rasa masam yang ideal, memang kena dengan citarasa penulis. Apalagi kuah yang bukan sekadar rebusan air, memiliki pelbagai ramuan didalamnya yang menunggu pelbagai jenis menu yang akan dimasukkan ke dalamnya ketika sedang menggelegak.

Pilihan Daging Haiwan Ternakan


Daging Kambing

Hidangan pertama yang selalu penulis terjah adalah dulang yang berisi daging kambing di dalamnya. Memang menjadi kegemaran. Sebenarnya bukan penulis sahaja yang sukakan kambing, ramai sebenarnya. Jika di tempat selain bufet sebegini memang harganya agak mahal. Sentiasa habis dan perlu diisi kembali oleh staf.




Dari segi rasa kambing di sini tidaklah lain sangat dengan jus perapan di tempat lain. Apabila dipanggang, rasa manis dan rempah yang bersatu menghasilkan kepuasan pencinta daging kambing.



Daging Lembu

Cukup biasa, hirisan yang dihiris halus pada hidangan ini boleh dipuji kerana ia membantu proses panggang yang tidak memerlukan masa yang lama. Selain daging kambing dan lembu terdapat juga daging ayam yang telah diperap dengan pelbagai jenis perapan sebagai alternatif.

Menu Hidangan Seafood Dengan Saiz Besar



Udang Harimau

Saiz seafood disini boleh dibanggakan. Setakat ini, disini saiz bahan mentah seafood cukup memuaskan hati dari bab saiznya. Udang harimau dan udang biasa dalam kategori saiz sederhana. Memang puas mengopek kulitnya dengan isi yang masih segar.


Ketam

Ketam masih dalam kategori biasa untuk restoran steamboat. Namun, sentiasa ada di dalam dulang. Tidak memerlukan pelanggan menunggu untuk mendapatkan ketam apabila diperlukan.

Kerang-Kerangan




Pepahat ada disediakan disini, saiznya memang besar. Puas hati makan, jika selalunya sekadar lekat dicelah gigi, kali ini penulis boleh menikmati pepahat yang dicelur dalam kuah tom yam dengan kunyahan yang agak banyak, sebagai metafora saiz pepahat tersebut.

Lala, kepah bewarna hijau dan kerang dalam saiz yang memuaskan. Pencinta kerang-kerangan dan haiwan bercengkerang akan puas hati melihat menu mereka di dalam dulang. Tidak lupa isi ikan dori, yang semakin popular di kalangan kategori seafood di restoran steamboat.

Fishball, Menu 'Yong Tau Fu'




Menu 'yong tau fu', ini penulis ciptakan sendiri kategorinya. Oleh kerana terdiri dari pelbagai jenis dan rupa. Gagal ditemui istilah yang betul oleh penulis. Cukup banyak untuk mereka yang gemarkan 'yong tau fu' atau mereka yang vegetarian.



Fishball yang masih berjus memang amat menarik lagi jika dicelup sebentar di dalam kuah tom yam.


Apalagi jadikan hidangan campuran dengan salad dan sayuran dan digaul dengan sos yang disediakan menjadi hidangan vegetarian.

Pilihan Mi




Datang ke steamboat boleh menguji kehebatan seseorang dalam mencipta makanan tersendiri. Pelbagai jenis mi disediakan untuk pelanggan, dari rupa berbeza dan warna berbeza. Sesuaikan dengan citarasa anda. 

Sayur-Sayuran/Ulam




Sayuran yang ada cukup memberikan permakanan seimbang kepada pelanggan. Jadikan salad dengan campuran sayuran dengan sos atau jadikan sebagaimana penulis sering lakukan, dengan membalut daging panggang dengan daun salad, ala ala rancangan running man adanya. Ulaman pun ada jangan risau.




Boleh dikatakan Laman Sari menyediakan pilihan sayuran yang agak banyak berbanding steamboat dan grill yang pernah penulis kunjungi.

Sos dan Pencicah




Jika sudah ada makanan yang sudah dipanggang dan 'yong tau fu' yang sudah tersedia. Tiada 'kick' jika tiada sos dan pencicah. Dari sos 'thousand island' dan pelabgai jenis sos penyedap termasuk sos lada hitam semua disediakan.

Menu Sampingan

Nasi Goreng dan Mi Goreng




Terdapat menu sampingan yang disediakan selain menu biasa yang seperti nasi dan mi goreng yang telah siap. 

Buah-Buahan

Tembikai dan epal hijau dijadikan pencuci mulut dan penghilang saki baki makanan yang masih ada dalam kerongkong pelanggan.

Kuih Muih




Tidak lupa kuih yang boleh menjadi pemanis untuk makanan yang telah dimakan sebelum itu. Bagi menceriakan rasa bukan hanya sekadar makanan panggang dan goreng-goreng sahaja yang melalui anak tekak pelanggan.

pada malam penulis datang, kuih lapis dan kuih ketayap disediakan.

Minuman




Dua kategori minuman disediakan di sini. Air manis dan air masak (kosong). Air manis disediakan air balang dengan tiga perisa ditawarkan, air bandung hijau, air jagung dan air pic. Ambil sebanyak mana yang anda perlukan disebelah balang-balang ini disediakan jag bersaiz kecil dan gelas minuman.

Air kosong yang ditawarkan kepada pelanggan adalah air melalui mesin dispenser.
Tekan dan dapat air.

Layanan Staf

Alhamdulillah. Sepanjang penulis disana tiada sebarang rasa ketidakpuasan hati dari segi layanan staf. Jika terpandang mereka, kita senyum dan mereka membalas senyuman. Jangan pula sampai terjatuh cinta. Gurau saja.

Review/Cadangan Penulis

Semua adalah keadaan baik. Dari segi pembahagian meja dan bilangan pelanggan untuk satu satu dapur adalah kurang berbanding dari restoran lain. Di sini 10 orang untuk satu dapur. Agak sesak sebenarnya. 

5-7 orang untuk satu dapur mungkin bilangan yang terbaik untuk meneruskan aktiviti memanggang dan merebus makanan. Melalui pengalaman di restoran lain, jika datang dalam 10 orang dua dapur disediakan. Mungkin boleh usahakan untuk mengurangkan bilangan pelanggan untuk satu dapur.

Makanan yang ditutup secara 'sliding' agak menyusahkan pelanggan. Contoh, mereka yang sedang mengambil makanan di bahagian hujung akan menutup mereka yang ingin mendapatkan makanan di hujung lain.

Informasi Pengunjung

Alamat

Tidak jauh dari Jalan Kebun (jalan utama) dan cukup mudah untuk ditemui.
Dapatkan alamat dan lokasi dibawah:

Kampung Jln Kebun, 
40460 Shah Alam, 
Selangor



Harga Makanan Buffet Di Laman Sari

Dewasa : RM23.90
Kanak-Kanak (7 hingga 12 Tahun) : RM14.00
Kanak-Kanak (6 Tahun dan Ke Bawah) : RM0 (Free/Percuma)
Warga Emas dan OKU : RM14.00

Harga untuk satu kepada, per seorang

Waktu Operasi Laman Sari Steamboat Grill

Laman Sari Steamboat Grill dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Mula dibuka pada jam 5 petang sehinga 12 malam.



Promosi Buffet Laman Sari Steamboat

Terdapat juga beberapa promosi yang ditawarkan. Termasuk buffet untuk bulan ramadhan atau promosi untuk acara tertentu. Boleh hubungi pihak restoran Laman Sari Steamboat Grill Jalan Kebun. Sebagaimana contoh iklan di bawah:




Parkir Kenderaan

Cukup puas hati. Jika tidak mahu parkir di bahu jalan berdekatan dengan kawasan restoran ada disediakan satu lot tanah berhadapan dengan restoran di seberang jalan satu kawasan parkir percuma khas kepada pelanggan restoran.

Anda fikir anda tahu Review Laman Sari Steamboat Grill Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Teh Tarik Madu Ais Warung Pak Mat Pulau Pisang Kelantan

$
0
0

"Teh Tarik Ais Madu Pulau Pisang"

Uniknya teh ais madu ini adalah dari segi bagaimana ia tersedia untuk pelanggan. Lebih menjurus kepada teh ais 'gunung berapi' yang sedang galak mengeluarkan laharnya ke permukaan bumi, ironinya ia sejuk.


Teh Tarik Madu Ais Pulau Pisang
Teh Tarik Madu Ais Pulau Pisang
Berbuih, bewarna jingga pekat sungguh menyelerakan sekali pandang. Melihatkan gambarnya sahaja sudah membangkitkan satu nafsu untuk mencubanya.


Semua kedai dan restoran mampu menyediakan teh ais, namun untuk memesan teh ais madu bukan semua restoran ada menyediakan hidangan ini.

Teh Tarik Madu Ais Buih Viral


Teh Tarik Madu Ais Meleleh
Setelah mula viral dan trending, terdapat beberapa buah restoran memperkenalkan hidangan minuman ini di restoran masing-masing. Salah satunya adalah di Restoran Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu.

Warung Pak Mat Pulau Pisang Kelantan

Meskipun penulis anak kelahiran Kota Bharu ini kali pertama penulis membuat ulasan makanan sekitar Kota Bharu. Penulis mulakan dengan teh ais madu di Restoran Pak Mat Pulau Pisang.


Warung Pak Mat Pulau Pisang
Kita kenali dahulu karakter restoran ini. Sebuah restoran yang lokasinya di pinggir Sungai Kelantan. Sebuah restoran yang telah dibangunkan semula kawasannya sebagai satu tempat makan yang lebih teratur.

Di kawasan ini bukan sahaja didiami oleh restoran Pak Mat sahaja terdapat beberapa buah restoran lain yang menyediakan hidangan yang pelbagai. Tidak begitu jauh dari Pantai Cahaya Bulan yang popular dengan makanan ala tepian pantai.

Tema Menu Hidangan Masyarakat Tempatan

Di Warung Pak Mat Pulau Pisang tema makanannya adalah berunsurkan makanan masyarakat tempatan dengan hidangan biasa penduduk Kelantan.


Citarasa Masyarakat Tempatan
Lebih kepada masakan singgang dan berkuah. Inginkan nasi putih panas-panas, berlaukkan kepala ikan yang disinggang inilah tempat terbaik untuk merasai masakan singgang popular Kelantan. Sup kepala ikan.

Jika bercerita tentang ikan singgang, sudah membuatkan penulis mula menitis air liur apalagi ikan singgang ikan tongkol yang digunakan, ika aya namanya di Kelantan.

Memandangkan jadual agak padat untuk hari penulis datang berkunjung ke restoran ini, penulis sekadar sempat mencuba teh tarik ais madu popular di Pulau Pisang ini sahaja. Mungkin lain kali penulis cuba menikmati makanannya pula, dari kampung penulis ke restoran ini tidaklah begitu jauh, 15-20 minit dengan Viva 850 boleh sampai.


Taman Permainan Kanak Kanak
Teh Ais Madu Pulau Pisang yang disediakan di Restoran Pak Mat mula dipesan.

Awal pagi di restoran ini sudah cukup ramai pengunjung. Kebanyakan sudah memulakan hari dengan hidangan berat, ini cukup biasa bagi penduduk pantai timur yang terkenal dengan makanan pagi nasi berlauk.

Konsep layan diri untuk mendapatkan makanan selain dari teh tarik madu.

Ingin Cuba Teh Tarik Madu Ais Float

Di rancangan awal, penulis ingin memesan teh ais madu float iaitu teh ais madu dengan aiskrim, oleh kerana trak aiskrim belum sampai sebagaimana apa yang diberitahu staf pelayan maka mungkin lain kali untuk float yang berperisa vanila tersebut.

Tidak berapa lama teh ais madu yang dipesan sampai. Memang sama dengan gambar yang tular di media sosial, dengan buih menyelimuti bahagian atas gelas bersaiz sederhana dengan bau aroma teh ais yang baharu siap.

Lelehan yang ingin menuruni dinding luar gelas dengan bantuan tarikan graviti bumi penulis sekat kemaraan buih tersebut dengan satu hirupan pertama kali.

Rasa Teh Tarik Madu Ais Pak Mat

Manis, memang madu manis, bermadu mungkin tidak manis bagi isteri pertama. Aromanya memang lain dengan teh ais biasa.


Buih Kaw Teh Tarik Madu
Buihnya sudah agak manis apalah pula rasa airnya. Pada hirupan pertama penulis berjaya mendapatkan satu rasa persamaan dengan rasa manis air cendol, ada rasa asap salai pun ada.

Memang agak lain rasanya. Pengalaman rasa pertama. Madu banyak khasiat usah khuatir dengan manisnya.

Dalam segelas teh ais madu ini kaya dengan rasa teh sebenarnya. Bukan sekadar madu dan air semata-mata. Rasa kelat teh yang pekat dicampur dengan rasa madu yang manis memang menerbitkan satu rasa baharu untuk segelas teh ais apalagi dengan aroma dan buih yang mengelilingi gelas.

Ingin Cuba Hidangan Pelbagai Singgang/Sup

Jika disedut sekaligus mungkin akan menyebabkan 'brain freeze' dalam versi lain.


Pelbagai Sup Kepala Ikan
Dari hipotesis awal penulis, memang kena hidangan yang disediakan disini. Makanan asas yang tidak banyak memerlukan santan atau susu dalam masakan iaitu singgang.

Ditemani dengan teh ais madu yang berlemak manis memang kena. Untuk kunjungan seterusnya mungkin ada baiknya penulis mencuba nasi putih singgang kepala ikan dengan teh ais madu ini.

Dua dua memiliki nilai rasa berbeza dan jika difikirkan cukup ideal untuk dinikmati bersama.

Informasi Pengunjung


Tepi Sungai Kelantan
Tidak begitu jauh dari bandar Kota Bharu. Jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan terdapat satu simpang (Jalan Kuala Besar) untuk ke kawasan 'food court' tepi Sungai kelantan. Dikenali juga sebagai MIB, Medan Ikan Bakar.

Alamat

Jalan Kuala Besar, 
15350 Kota Bharu, 
Kelantan



Harga Teh Tarik Madu Ais Pak Mat




RM4.20 (gst) RM4.00 tanpa gst segelas.
Makanan mengikut harga semasa.




Waktu Operasi Warung Pak Mat  Pulau Pisang

Di buka setiap hari kecuali hari Selasa. Bermula jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Kawasan Parkir


Kawasn parkir
Agak luas dan teratur. Tidak melebihi 25 kenderaan sedan dalam satu masa.

Anda fikir anda tahu Teh Tarik Ais Madu Berbuih Warung Pak Mat Pulau Pisang Kelantan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Nasi Kukus Ayam Panggang Sedap Di Cowboy Place Port Dickson

$
0
0

"Review Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi Port Dickson"

Nasi ayam biasanya mudah didapati di sekitar kawasan yang biasa ditemui seperti pekan dan bandar atau di kawasan penduduk ramai.Nasi ayam bukanlah satu hidangan makanan yang asing bagi penduduk Malaysia.


Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy PD
Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy PD
Nasi yang berlaukkan ayam yang dipotong dilengkapi dengan sup kosong dan kicap serta sambal, memang menyelerakan apalagi ketika perut sedang meminta-minta diisi.


Biasanya menu nasi ayam menggunakan ayam yang digoreng setelah diperap dengan rempah tertentu. Ayam tergantung di kedai nasi ayam begitulah kaedah biasanya.

Kali ini nasi ayam menggunakan ayam yang dipanggang menjadi satu kaedah lain untuk membentuk satu hidangan istimewa.

Ayam Dipanggang Dengan Rempah

Ayam yang diperap dengan rempah ratus yang tersendiri oleh pengusaha dan dibakar diatas bakaran arang kayu yang menghasilkan rasa berlainan. Itu satu hal, keunikan nasi ayam yang menggunakan ayam yang dipanggang sebagai lauk.


Ayam Di Panggang
Lagi istimewa adalah kawasan jualan nasi ayam panggang ini. Di perkampungan koboi ala-ala kisah retro Wild Wild West yang menempatkan ramai koboi yang tipikalnya bertopi bulat dan dilengkapi pistol pada pinggang, tersisip angkuh.

Koboi Suka Nasi Ayam

Koboi gemarkan nasi ayam ? Agak sukar ditelan pemikiran seketika keran itu boleh menyebakan wartawan Ripley Believe It or Not mampu membuat liputan.


Koboi dan Ayam Panggang
Tidak mustahil sebenarnya menemui nasi ayam panggang di kawasan penempatan koboi apalagi wujudnya kawasan ini di Port Dickson, negeri Sembilan.

Cowboy Place Di Port Dickson

Dimana ? Di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson.


Nasi Ayam Panggang Cowboy Style
Memang unik satu kawasan ala-ala penempatan koboi yang diwujudkan dengan suasana Texas. Topi koboi, aneka jenis pistol, hiasan red indian serta motor motor retro zaman tv hitam putih belum wujud menghiasi Cowboy Place ini.

Pengunjung yang datang bukan sahaja boleh menghilangkan lapar dan dahaga malah menghilangkan 'lapar' di mata dengan hiasan koboi disekeliling.


Pintu Masuk Restoran
Inilah 'trademark' nasi kukus lauk ayam panggang disini. Makan dalam suasana koboi. Jarang ditemui di mana-mana, malahan di tempat asal koboi sendiri tiada nasi kukus ayam panggang.

Kawasan Strategik Pelancongan Port Dickson

Menu utama di restoran yang terletak di Jalan Pantai menuju Tanjung Tuan ini adalah nasi kukus dan ayam panggang.

Dari jauh sudah kelihatan asap putih berkepul-kepul menyelubungi udara sekitar menandakan sudah mula beroperasi pemanggangan ayam yang dibelah kepada empat bahagian sedang berjalan.

Apalagi datang lebih dekat, lagilah mula tercabar keroncong di perut dengan aroma baunya.

Ayam Panggang Menyelerakan

Segala pancaindera mula terusik, dengan ayam yang digolek dengan kadar putaran mesin yang sederhana dan kelihatan pengunjung beratur menunggu giliran mendapatkan hidangan utama ini.

Ayam Bakar Sedap
Mula sampai di hadapan restoran sahaja sudah merasakan betapa koboinya anda untuk berada di sini.

Suasana Penempatan Koboi 

Dengan bentuk papan tanda yang dipengaruhi rekabentuk papan tanda di zaman koboi pengunjung mungkin tiba-tiba merasakan diri adalah seorang koboi.


Lukisan Koboi
Sekitar kawasan bertemakan koboi. Lukisan hero-hero kobi turut diletakkan. Memang keterujaan sebelum menjamu selera dapat menjamu selera mata memandang.



Untuk suasana yang lagi realiti, terdapat satu kawasan seumpama bar tempat para koboi melepak dengan hiasan pelbagai jenis topi koboi dan terdapat juga senapang serta motosikal dipamerkan dipertengahan kawasan restoran.



Lepas enak menjamu mata, jum bercerita tentang tugasan utama. Iaitu mendapatkan makanan yang ada.

Konsep Layan Diri

Di restoran ini kaedah layan diri diperlukan. Setiap menu makanan ditempatkan di stesen masing-masing. Ayam panggang, nasi kukus, sayur dan lauk sampingan serta air ditempatkan di stesen berlainan.


Tempat Pesan dan Bayar
Pengunjung perlu membuat pesanan dan bayaran dahulu di tempat pembayaran yang terletak ke dalam sedikit dari kawasan pintu masuk.


Tempat Pesanan Minuman
Di atas meja sudah terdapat set makanan yang disediakan, pesan dan bayar. Anda akan diberikan resit untuk mendapatkan makanan di stesen-stesen yang telah disediakan.


Layan Diri
Cari Tempat Duduk - Pesan - Bayar - Ambil Makanan/Minuman

Set Nasi Kukus Ayam Panggang 

Penulis memilih set nasi kukus ayam panggang dengan jus tembikai dan teh o ais.


Set Nasi Kukus Ayam Panggang
Dalam set ini disediakan satu portion nasi dengan kuantiti semangkuk (mangkuk nasi kukus), keratan ayam panggang yang dipotong dengan saiz ayam seekor dikerat lapan, satu mangkuk sup kosong dan sambal kicap semangkuk. Timun sebagai ulaman.


Sepinggan Nasi kukus Ayam Panggang
Sebagai hidangan sampingan penulis mencuba kailan ikan masin. Turut dihidangkan adalah telur dadar. Segalanya seumpama 'ala carte', bayar dan pilih yang mana makanan yang diingini.


Hidangan Sampingan
Untuk satu set nasi kukus ayam panggang, harganya adalah RM6.00 - RM7.00
Harga untuk penulis di hari tersebut adalah RM 6.00.

Beli Lauk Ayam Panggang 

Pelanggan juga boleh membuat belian ayam panggang yang disediakan jika tidak mahu memesan set nasi kukus biasa. Mungkin yang datang ramai dan boleh membuat belian secara seekor-seekor ayam panggang. Seekor atau dikerat dalam pelbagai saiz.


Ayam Panggang Pelbagai Saiz
Harga untuk ayam panggang berlainan mengikut saiz, seperti:

1 Ekor: RM 20.00
1/2 Ekor: RM 10.00
1/4 Ekor: RM 5.50
Pedal, Tongkeng, Bebola, Sosej: RM 1.00

Pilihan Minuman Terhad


Jus Tembikai
Dari segi penyediaan minuman, hanya air jus tembikai, jus epal dan air kosong sahaja yang disediakan. Namun, memang segar kerana pelanggan akan diberikan jus yang baharu sahaja beberapa saat di kisar. Itu dahulu tetapi sekarang teh o ais ada disediakan.

Hiburan Lagu 'Country' Dari Live Band

Sedang enak melayan nasi kukus dengan ayam panggang boleh juga layan lagu dari busker atau live band yang dibayar pihak restoran.


Live Band
Alunan lagu 'country' yang menjadi kegemaran Blake Shelton dalam The Voice menjadi peneman penulis dan isteri menjamah hidangan di dalam suasana dekorasi ala-ala bar cowboy di Texa, Amerika.

Begitu romantik dan mempesonakan ditambah dengan makanan yang sedap.

Pilihan Ruang Makan Banyak

Pilihan Tempat Duduk Banyak
Luas kawasan ruang makan, memanjang sehingga ke belakang. Pilihan meja dan kerusi cukup untuk mereka yang datang berdua atau beramai-ramai.


Ruang Makan Luas
Pelanggan juga boleh memilih 'port' masing-masing, dibawah payung, dibawah bumbung restoran, dikawasan tidak berbumbung atau di kawasan yang dindingnya dilukis mural zaman koboi apalagi terdapat satu bar yang menambahkan suasan 'cowboy place'.


Elvis Presley Spot
Pengalaman makan di sini memang unik dan menarik. Inilah tarikan Cowboy Place Port Dickson, sambil menjamu selera, menikmati suasana dalam zaman koboi.

Informasi Pengunjung


Tidak jauh dari PD Ostrich Show Farm dan menuju ke arah Tanjung Tuan jika datang dari arah Pantai Teluk Kemang.

Alamat


Lot 2755, 
Batu 9 Mukim, 1/4,
Jalan Pantai, Taman Orkid, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan



Waktu Operasi Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi PD

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 9.30 malam.

Kawasan Parkir

Agak luas disediakan pihak restoran. Mampu memuatkan sekitar 20 kenderaan dalam satu satu masa selain dari parkir di bahu jalan.

Anda fikir adan tahu Nasi Kukus Ayam Panggang Sedap dan Murah Di Cowboy Place Port Dickson ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Mulakan Kerjaya dan Bisnes Dalam Bidang Fotografi

$
0
0

"Bisnes Fotografi"

Tidak semua orang diciptakan menjadi juruterbang, jurutera, peguam atau doktor. Setiap manusia diciptakan memiliki bakat dan gaya kreativiti tersendiri. Malahan kemahiran dan kreativiti inilah yang akan memberikan pulangan yang lebih berbanding pekerjaan yang disebutkan tadi.


Pendapatan Gaji Dalam Bidang Fotografi
Pendapatan Gaji Dalam Bidang Fotografi
Fotografi. Zaman kini bukanlah satu bidang yang sekadar dipandang sebagai hobi semata-mata. Cuba lihat setiap iklan telefon bimbit sebagai contoh, setiap pengiklan telefon bimbit zaman sekarang hanya menumpukan betapa cantiknya gambar diambil dengan telefon berkenaan.


Bagi selfie memang ramai yang boleh, namun cara mendapatkan gambar menarik, jarang ditemui, kerana jarang inilah bidang fotografi amat laris di pasaran.

Bagi yang sudah professional dalam bidang fotografi jana RM 5000 dan ke atas untuk satu tugasan adalah perkara biasa. Dia sudah tahu apa yang pengguna atau pelanggan mahukan dan sudah arif akan bentuk dan cara gambar diambil. Sekeping gambar lanskap pun boleh cecah RM 2500.

Banyak Iklan Gunakan Gambar

Manusia hanya mudah ingat dengan apa yang mereka lihat, dari segi visual. Nak baca buku teks pun jika tiada gambar ia umpama alat untuk dodoi ketika tidur. Disinilah pentingnya mereka yang pandai mengambil gambar. Malah dalam SPA atau jawatan awam kerajaan pun terdapat satu bidang kerjaya sebagai jurukamera dalam kategori seni kreatif. Lihat sahaja mana-mana billboard atau iklan, penuh dengan gambar bukan ?


Cubaan Penulis Berkarya dengan Gambar
Jika mengambil gambar adalah hobi dan minat anda, booom ia adalah satu lagi bonus. Mengapa bonus ?

Jarang hobi dijadikan sebagai kerjaya. Tidak terikat pada mana-mana bos atau majikan, bekerja sendiri dan lebih-lebih lagi anda minat dengan fotografi. Bila minat menjadi kerjaya, inshaAllah ia adalah masa depan anda. Ada minat pun sudah mencukupi, benda boleh belajar, mungkin penulis boleh kongsikan sedikit ilmu walaupun sedikit apa yang penulis faham dengan fotografi, sebagaimana artikel di bawah;



Disini biar penulis senaraikan pendapatan yang mampu diperoleh jika berkecimpung dalam bidang fotografi. Satu gambar banyak cerita.

Senarai Tugas & Pendapatan Fotografi

Engagement – RM600 – RM1,000
Wedding (basic) – RM800 – 1,200
Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
Birthday party (basic) – RM600
Birthday party (standard) – RM1,200
Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
Product (per item) – RM100 – RM300
Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
Event (half-day) – RM400
Event (full-day) – RM800
Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

Wow!..bagi penulis pendapatan ini cukup lumayan. Bidang fotografi bukan sahaja boleh menjadi 'full-time job' malah jika minat dengan fotografi dan memiliki DSLR atau telefon bimbit yang canggih boleh dijadikan sebagai 'side income'. Mungkin bilangan digit pada nilai RM di atas sudah memukau anda. Minat sudah ada, DSLR dan alatan fotografi sudah ada. Satu sahaja lagi yang anda perlukan teknik dan panduan.

Kongsi Ilmu Fotografi

Usah khuatir, dunia fotografi bukan dunia yang kedekut ilmu. Berikan ilmu kepada jurukamera baharu tidak akan menghancurkan periuk nasi jurukamera lain. Rezeki dalam fotografi adalah subjektif, anda kuat daya imaginasi dan rajin, anda berjaya. Tidak kisah anda baharu, amateur atau noobies.


Krew Lightworks Picture
Krew Lightworks Picture™ yang sudah berpengalaman lebih lima tahun dalam fotgrafi dan videografi di seluruh Malaysia boleh membantu anda dengan ilmu yang mereka ada.

Krew yang sudah banyak membina klien dari pelbagai struktur pelanggan ini seperti kerajaan, swasta atau persendirian ini akan cuba memberikan golongan jurukamera baharu yang ingin menjana pendapatan melalui DSLR mereka. Segala tunjuk ajar akan diberikan dan diolah oleh krew-krew yang telah berjaya ini dalam satu ebook panduan.

E-book Panduan Jana Pendapatan Dengan Fotografi
E-book Mulakan Bisnes Fotografi 
7 tips dan panduan diterangkan dalam ebook ini yang boleh membantu jurukamera muda mencapai target untuk menjana pendapatan sebagaimana di senaraikan di atas. Bagi yang sudah bersedia menjadikan hobi fotografi anda kepada kerjaya, boleh dapatkan buku panduan ini dengan klik pada gambar di bawah dan beli secara online.




Bandingkan pelaburan awal anda sebanyak RM 30 untuk belian panduan ini mampu memberikan pulangan sebagaimana senarai pendapatan hasil fotografi di atas.


Anda fikir anda tahu Pendapatan dan Gaji Dalam Bidang Fotografi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Kepedasan Maggi Pedas Giler Tom Yummz (Tom Yam) Berbanding Ramen Samyang

$
0
0

"Review Maggi Pedas Giler"

Apabila bercerita tentang makanan, penulis akan menetapkan satu aras atau tangga untuk setiap kategori. Salah satunya kepedasan, berapa pedaskah makanan pedas tersebut.


Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Jika sebelum ini penulis ada membuat ulasan (review) mengenai ramen viral keluaran Samyang yang begitu mendapat banyak sambutan dalam cabaran memakan ramen segera viral ini.


Dari aspek halal dan rasanya telah penulis kupas pada entri terdahulu.

Setiap yang popular dan terkenal pasti ada pencabarnya. Pencabar untuk ramen samyang ini datangnya dari pengeluar mi segera terkenal tempatan.

Maggi Pengeluar Mi Segera Popular

Tidak kira apa latar belakang anda, agak mustahil jika tidak pernah mencuba mi segera maggi, sehinggakan segala mi segera yang ada menerima nama samarannya. Semua adalah megi.

Jenama mi segera Maggie sudah lazim menjadi sebutan di bibir mereka yang sukakan mi segera dengan jenama ini. Namun, namanya agak kabur dan pudar seketika apabila datangnya jenama mi segera dari luar sebagai contoh ramen Samyang.

Dicabar Ramen Samyang

Harga yang mahal pada ramen samyang hot chicken bukanlah satu cabaran atau menjadi permasalahan kepada peminat mi segera, tambahan pula tsunami populariti rancangan dari korea selatan.


Sebungkus Samyang Ramen Hot Chicken
Sebungkus Samyang Ramen Hot Chicken
Jenama Maggi untuk jabatan mi segera sudah hambar, itu belum lagi disaingi oleh pesaing terdekat mi segera iaitu mamee.

Apa yang viral biasa tidak kekal lama, mi segera ramen samyang mula pudar tular dan trendingnya.

Pada masa inilah mi segera maggie boleh mendapatkan kembali perhatian dan popularitinya dari marhaen atau netizen di Malaysia.

Bukan hanya sentiasa berada di bibir pelajar yang sudah kehabisan wang saraan ketika belajar sahaja, mi segera maggie perlu menaikkan kembali gelaran mi segera yang pernah dipegangnya dalam kategori paling pedas.

Memperkenalkan Mi Goreng Pedas Giler

Dengan usaha yang ditunjukan untuk mengatasi mi segera ramen hot chicken samyang siapakah yang paling pedas. Maggie mula mengeluarkan satu mi segera yang diberi nama Mi Goreng Pedas Giler.


Maggi Pedas Giler Cup
Namun, adakah memang kena nama dan karakter mi segera ini ? Pedas giler, bunyianya seakan pedas tiada taranya.

Dari segi luaran pembungkusan mi goreng pedas giler keluaran Maggie ini agak konvensional sama sahaja dengan mi segera bungkusan samyang atau mana-mana mi segera.

Penulis mendapatkan maggie mi goreng pedas giler yang dibungkus di dalam mangkuk yang bersaiz biasa.

Dengan latar belakang hitam dengan gabungan warna api iaitu merah dah kuning menggambarkan satu situasi yang pedas dan 'hot' jika di terjemah ke bahasa inggeris.

Biasalah pandangan skeptikal, pedas sangatkan mi segera ini berbanding mi samyang yang mampu menyebabkan penulis menghabiskan 1.5 liter susu segar untuk satu bungkus ?

Cara Menyediakan Mi Goreng Pedas Giler Maggi

Cara penyediaan mi goreng pedas giler keluaran maggi ini sama sahaja dengan mi goreng segera lain.


Mi Keras untuk Digoreng
1. Rebus dengan air panas
2. Toskan apabila mi sudah kembang
3. Masukkan perencah, pes atau serbuk perisa 
4. Gaulkan sebati dan sedia untuk dimakan


Celur Dengan Air Panas
Tiga paket perencah disediakan untuk produk kali ini.

Pedas Giler Perisa Tom Yam

Oh sebelum terlupa, maggi mi segera ini berperisa tom yam. Sudah lama anak tekak penulis gagal mengesan pes tom yam, tom yam menjadi pilihan. Alang-alang nak pedas kita pedaskan lagi sampai giler.


Tiga Paket Perencah Perisa
Satu paket perencah minyak, satu paket perencah kicap dan satu paket serbuk perisa paprika yang seumpama lada merah kering yang telah dijadikan serbuk.


Campur Semua Perencah yang Ada
Serbuk inilah pada pandangan pertama penulis yang akan menjadi batu asas sejauh manakah kepedasan mi goreng tom yam pedas giler. Dengan warna merah serbuk yang ingin sampai ke warnan kehitaman, agak 'gothic' sedikit suasana seketika.

Bau 'Pedas' dan Bau Rencah Tom Yam

Apabila digaulkan semuanya sekali, terdapat bauan rencah tom yam kemasaman dan bau mi yang baharu dicelur. Mulalah deria rasa menunjukkan minat dengan hidangan di hadapan.


Serbuk Lada Perisa Tom Yam
Dengan rasa tanpa gusar mula penulis suapkan satu suap mi goreng tom yam pedas giler ini dengan garfu kuning yang sudah disediakan dalam bungkusan.

Untuk suapan pertama, tidak memerlukan penulis membuat bukaan mulut yang agak besar kerana diameter mi tidaklah setebal mi ramen samyang. Suapan pertama berjaya dilakukan.

Mana Pedasnya ?

Minyak, serbuk lada dan perisa kicap yang agak masin mula dirasai apabila bercampur dengan liur dan enzim di dalam mulut. Masih gagal menemui rasa 'pedas giler' yang diwar-warkan pada kertas pembalut tadi. 

Suapan kedua mula dilakukan dengan bergaya.

Mula Terasa Pedas

Pada ketika ini, apabila sudah sebati semuanya di dalam mulut. Satu rasa tumbukan padu Muhammad Ali mula datang seolah-olah singgah tepat di pelipis sehingga memberi desingan pada telinga.


Warna yang Menyelerakan
Air liur mula memenuhi ruangan mulut petanda terdapat 'ancaman' yang datang.

Untuk suapan seterusnya, tiada lagi rasa masam tom yam dan rasa masin dari kicap, yang ada adalah desingan yang pernah penulis alami suatu masa dahulu. Ya, desingan penangan mi ramen samyang hot chicken.

Pemikiran penulis mula merasa kesal kerana 'mengherdik' tahap kepedasan mi goreng maggi pedas giler.


Mi Pejal Perencah Mewah
Desingan ditelinga, bibir mula bergetar, gigi mula merakakan satu denyutan. Memang sah. Maggi Mi Goreng Tom Yam memang Pedas Giler!

Apa yang boleh penulis ulaskan mengenai perbezaan dengan mi ramen samyang hot chicken dan mi goreng pedas giler dari maggie ini.

Mana Lagi Pedas, Ramen Samyang atau Maggi Pedas Giler!

Tahap kepedasannya adalah lebih sedikit berbanding ramen samyang biasa, pek hitam, mungkin kerana ada tom yam didalam perencahnya. Namun tidak sampai tahap ramen samyang 2X.


Berapa Pedaskan Mi Goreng Pedas Giler
Untuk perisa, masih ada rasa masam tom yam, cukup menyelerakan. Apa tidaknya apabila penulis berjaya menghirup lebihan lelehan minyak sehingga titisan terakhir.
Memang terbukti pedas giler untuk maggi mi goreng Pedas Giler. 

Adakah kepedasan Ramen Samyang berjaya dikalahkan oleh maggi Pedas Giler ? Bagi penulis memang 'fight' tahap kepedasan dua jenis mi goreng pedas ini.

Pada awalnya dirasakan bahawa tiada setitik pun susu segar berjaya dikorbankan, namun, itu semua khayalan kerana setengah botol juga susu segar berjaya dihabiskan.

Perbezaan Harga dan Pedas

Secara keseluruhannya, mengapa dapatkan ramen mi goreng samyang dari Korea yang agak mahal ( RM7-8 Semangkuk) jika terdapat Maggie Mi Goreng Pedas Giler (perisa tom yam) lebih murah (RM3-RM4) dengan skala kepedasan yang sama.

Walaupun jenama maggi adalah antara yang laris di Malaysia, namun untuk menemui produk ini cukup sukar. Maggi kari letup memang banyak di pasaran, namun, kepedasannya, masih jauh untuk berapa pada level Pedas Giler dan Samyang.

Mahu cuba samyang hot chicken namun rasa agak mahal harganya, boleh cuba maggi pedas giler perisa tom yam ini. Tidak banyak bezanya, sama-sama agak pedas.

Maggi Pedas Giler Tom Yummz memang pedas!

Anda fikir anda tahu Kepedasan Maggi Pedas Giler Tom Yam Berbanding Ramen Samyang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Pantai Senok Kelantan | Dari Port Memancing Kepada Pulau Nami Malaysia

$
0
0

"Rhu Pantai Senok Bachok"

Pohon rhu dan pantai bukanlah kombinasi asing simbiosis alam semulajadi tepian laut.
Kehadiran pohonan rhu menggambarkan betapa tenangnya sesebuah pantai.


Pantai Senok Bachok Kelantan
Pantai Senok Bachok Kelantan
Dengan sifatnya yang memiliki daunan halus untuk melindungi dari angin kencang dari laut menjadikan tumbuhan ini lebih menarik. Jika pohon rhu hidup berkumpulan sehingga membentuk rimbunan pohon rhu bertambah indah kawasan berkenaan.



Pohon Rhu dan Pantai



Dengan pasir pantai memutih, cahaya matahari yang melalui celahan daunan pohon rhu yang halus dan batang pohon yang seumpama ukiran alam menjadikan suasana tepian pantai yang banyak ditumbuhi pohon rhu sangat indah.




Keindahan Pulau Nami Korea Selatan

Sebagai contoh, Pulau Nami di Korea Selatan. Pohon rhu ditanam menjadikan suasana lebih meriah apalagi ketika musim bunga dan panas. Menjadi tarikan peminat alam semulajadi dan mereka yang gemarkan fotografi.


Nami Island | Google Image
Itu di Korea Selatan, nun jauh disana.

Dengan iklim tropika dan panas berlembapan, bukan penghalang untuk pohon rhu hidup subur dibumi Malaysia.

Jika ingin mengetahui berapa dekat anda dengan pesisir pantai, lihatlah pohonan rhu yang ada, semakin banyak bilangan semakin hampir dengan pantai.

Pantai Senok Kelantan

Di Malaysia, terdapat satu tempat menarik yang menjadikan Pulau Nami, Korea Selatan sebagai idola. Idola dalam erti kata lanskap yang terdapat di sana.



Pantai Senok Bachok Kelantan.

Kawasan pantai yang berhampiran muara sungai Pengkalan Datu. Telah dipilih kesesuaian kawasannya untuk dijadikan kawasan hutan rhu yang indah.

Gelaran Pulau Nami Malaysia

Pohon-pohon rhu ditanam selari memanjang dengan jujukan melintang dengan pantai. Sunggh indah apabila berada di bawah teduhan hutan buatan manusia ini.




Dengan jolokan Pulau Nami Malaysia, Pantai Senok di jajahan Bachok menjadi tarikan kerana rimbunan pohonan rhu.




Kawasan dahulunya hanyalah kawasan para pemancing mendapatkan hasil pancingan ikan gelama kini sudah tercatat dalam 'bucket list' pelancongan di kelantan.

Kedai Makan dan Homestay Banyak

Sudah banyak kedai makan dan homestay yang tumbuh hasil dari pemuliharaan semula pantai untuk menjadi Pulau nami Malaysia.




Malahan, stesen minyak juga sudah ada dikawasan yang dahulunya agak terpencil ini.

Dari 'port' memancing kepada sebuah pantai tarikan pelancong.



Dibahagian permulaaan penanaman rhu, terdapat warung-warung kecil yang menjual hidangan ringan seperti fishball dan keropok lekor.

Keropok Lekor dan Air Kelapa Asli

Boleh berehat seketika selepas penat mengambil gambar dalam hutan pohonan rhu. Basahkan tekak dengan air kepala yang segar.




Mahukan maggi telur sotong, maggi ketam, mi celup dan banyak makanan sedap dari Kelantan, kini Pantai Senok Tawang Bachok salah satu kawasan pilihan para food hunter dan traveler.




Penulis dan isteri akan sentiasa singgah di pantai ini untuk berehat sebentar memandangkan kampung halaman kami berdua berada di antara Pantai Senok Bachok.




Alamat





 Agak dukacita sebenarnya, sepatutnya perlu dijaga keindahan untuk bersama. Namun, terdapat juga sekelompok manusia yang gagal menjadi manusia dengan melakukan kerosakan seperti pembuangan sampah yang tidak terkawal.



Untuk gambaran lebih lanjut mengenai suasana di Pantai Senok boleh lihat video dibawah dengan bantuan seekor kambing warga tempatan.




Anda fikir anda tahu Pantai Senok Kelantan | Dari Port memancing kepada Pulau Nami Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara dan Langkah Memulakan Bisnes Online Dengan Taobao

$
0
0

"Rahsia Bisnes Online Taobao"

Sana-sini penuh dengan 'personal shopper' dan 'agen dropship'. Dengan perkembangan dunia media sosial bertambah pula satu lagi medium untuk mereka yang sukakan bisnes dan perniagaan.


Rahsia Bisnes Dengan Taobao
Banyak peluang bagi mereka yang memang minat akan jualan. Tidak kira talian atau cash on delivery.


Itu berkisar sekitar media sosial seperti facebook, instagram atau twitter dan whatsapp.
Belum lagi carian oleh pengguna di 'google search' untuk barangan yang dicari.

Lubuk Barangan Jualan untuk Peniaga Beginner 

Alibaba.com, aliexpress.com boleh dikatakan lubuk untuk para pemula niaga barangan murah. Salah satunya lagi adalah taobao.com. Masuk sahaja laman web taobao.com penuh dengan tulisan cina. Usah risau, dengan panduan dan mengetahui cara-cara komunikasi yang betul bahasa asing selain bahasa inggeris bukanlah penghalang anda yang ingin berjaya dalam bisnes.

Kebanyakan mereka yang baharu ingin menceburkan diri dalam bisnes online sebegini cukup gelojoh apabila mengetahui satu-satu dealer yang mereka sudah tahu seperti taobao.com ini.

Orang gelojoh biasanya 'balik awal'. Berniaga pada asasnya sama macam memikat perempuan, rileks tenang dan ada strategi. Bukan main hentam, 'will you marry me' terus.

Taobao memang tidak asing lagi popular dengan barangan pukal atau bundle yang cukup murah untuk mereka yang baharu ingin memulakan bisnes barangan murah.

Andaikan dealer atau agen di taobao yang menawarkan barangan yang anda inginkan dari mereka ini adalah seorang gadis, pandai ayat dapat murah apalagi akan berterusan urusan dengan mereka.

Sebelum itu kenali taobao dulu. Kenapa taobao selayaknya menjadi 'gedung' terbaik kepada anda seorang pemula perniagaan barangan.

Mengapa Taobao.com Menjadi Pilihan Kaki Bisnes

Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?


Lubuk Barangan Online Taobao
Lubuk Barangan Online Taobao

Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.

Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?

Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...

Belian Barangan Secara Borong Online

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.


Barangan Online
Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. 

Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Sudah mengenali taobao dan perlu ada kemahiran dan panduan untuk kita tahu selok belok berurusan dengan bijak menggunakan taobao.

Memang boleh terus berurusan dengan taobao, bezanya mereka kekal lama dan berjaya dengan mereka yang hanya mampu mendapatkan sekali sahaja jualan.

Kebanyakan penjual barangan online di Lazada, Shoppe, Niles, mendapatkan barangan dari taobao.com

Langkah-Langkah Mendapatkan Barangan Jualan Di Taobao.com

Faktor-faktor yang perlu seseorang pemula bisnes online perlu ketahui teknik di bawah:

1. Teknik Mencari Produk Pasti Laku
2. Produk Yang Perlu Dielakkan!
3. Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
4. Barang Kena Tahan Kastam? Atau.. Barang Tak Sampai? Apa Nak Buat?
5. Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
6. Proses Jualan dan Teknik Meng"Ayat"

Dari langkah pertama dan terahir yang disenaraikan diatas, boleh anda bayangkan betapa telitinya sebelum anda memulakan bisnes dengan taobao.

Dengan senarai pengetahuan ini anda semestinya tidak perlu risau barangan tidak sampai, disekat kastam, barangan apa yang perlu di beli, cara jualan dan juga terdapat cara mengayat pelanggan anda.

Memang susah, pada tahap beginner, anda belum lagi dikenali dan belum lagi terpengaruh. Tidak mengapa pelan-pelan kayuh. Benda pelan-pelan kayuh ni biasanya kekal lama, tidak perlu anda memperbodohkan diri untuk viral dan berjaya.

Ikuti sahaja langkah-langkah di atas.

Pengalaman dan Testimoni Nigel Ong (Peniaga Bisnes Online Berjaya)

Senarai di atas adalah subtopik sahaja, hanya tajuk kepada kompilasi pengalaman seorang ahli perniagaan online berjaya Nigel Ong.


Mr Nigel Ong
Tidak hairanlah idola Nigel Ong adalah seperti Steve Jobs, Jack Ma dan Tony Fernandes. Memang minatnya dalam bisnes seperti anda. Malahan sekarang dia sudah bergelar 'personal coaching'.

Dia mahu berkongsi dengan anda, ya, anda peminat jualan barangan online bagaimana dalam satu tahun mempraktikkan langkah-langkah di atas dan mampu mencecah hasil keuntungan jualan dalan 5 angka.




Segala teknik, taktik dan strategi ini dia telah bukukan secara online dalam sebuah ebook sebagaimana di bawah.

Personal Coaching Tanpa Modal yang Besar

Minat sudah ada, semangat sudah ada, apa salahnya keluarkan sedikit modal sebanyak RM100 untuk belian panduan bisnes online dengan taobao ini.

Bukan satu sahaja yang menanti anda, mana cukup satu ebook untuk bisnes 5 angka. Tambah lagi RM30, maka Nigel Ong sudah berterima kasih kepada anda untuk memberikan ebook dalam bentuk bundle (banyak).




Satu ebook yang ada senarai langkah-langkah di atas (gambar atas) dan diberikan bonus panduan lain sebagaimana di bawah:





Semua di atas adalah RM 100!

Biasanya kalau setakat membaca sukar untuk hadam, saya tahu sebab saya macam itu, jadi nak lagi bagi faham dan mudah untuk diingati dalam bundle tersebut dengan hanya menambah RM 30 diberikan 14 video sebagai panduan anda. Sebagaimana senarai dibawah


Senarai Tutorial Versi Video
14 video rakaman tutorial untuk anda. Bukan senang nak buat video tutorial percayalah. Jadi apa yang anda akan dapat dalam bentuk bundle sebagaimana ringkasan di bawah.
Rm130 untuk Semua Ini


Dengan RM130! Anda sudah memiliki set bundle cara untuk mendapatkan barangan niaga murah dengan taobao yang mampu menjana pendapatan RMxxxxx. Fuh! tak berbaloi lagi ke ?


RM 100 untuk Semua Ini


Puas hati dengan apa yang anda akan dapat dengan RM130 ? Ok, boleh klik pada banner rahsia taobao dibawah:




Anda fikir anda tahu Cara dan Langkah Memulakan Bisnes Online Dengan Taobao ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Celup Tepung Mr Celup Tepung Station Pantai Penarik Terengganu

$
0
0

"Mr Celup Tepung Penarik"

Sudah hilang taring '60 ekor udang celup tepung RM10'. Namun, setiap kali penulis berkunjung ke kawasan pesisir pantai Penarik Chalok Terengganu masih meriah setiap kedai yang dikunjungi.


Mr Celup Tepung Station Penarik
Mr Celup Tepung Station Penarik
Balik raya kali ini LPT2 tetap menjadi pilihan. Di tengah perjalanan pulang ke ibu kota yang mungkin meragut masa yang lama singgah sebentar di sekitar pantai penarik setiu Terengganu sudah menjadi tradisi.


Kali ini penulis mencari kelainan dari sebelumnya, bukan mencari udang celup tepung viral tapi melihat aspek hiasan dan dekorasi tepian pantai pula.

Mr Celup tepung adalah antara kedai makan bertemakan celup tepung viral yang turut menyertai persaingan dalam aspek dekorasi dan menu celup tepung.

Menu Hidangan Mr Celup Tepung Station 

Antara hidangan yang terdapat di Mr Celup Tepung Penarik adalah:

Udang Viral RM10


Udang Viral Mr celup Tepung
Udang Viral Mr Celup Tepung
Seperti biasa udang celup tepung viral, tidak banyak sangat pilihan sebenarnya di kedai ini terdapat yang saiz sederhana dan bilangan udang untuk RM10 bukanlah dalam kuantiti 45 atau 60 ekor udang.

Namun masih udang celup tepung yang ranggup dan berkeruping tepung dan telur. Masih segar dan tidak begitu kering.

Bihun Goreng


Bihun Goreng
Bihun Goreng
Hidangan alas perut kali ini agak 'jarang' sedikit. Bihun goreng makan pagi. Rasanya boleh tahan. Bihun dicelur lembut sebelum digoreng.


Perencah yang digunakan dalam menggoreng bihun juga tidak begitu menonjol atau terlebih rasanya. Memang kena dengan tekak penulis, sedan sedan sahaja.

Keropok Lekor


Keropok Lekor Terengganu
Keropok Lekor Terengganu
Lain orang lain citarasa dengan cara gorengan keropok lekor. Bagi penulis, penulis sukakan keropok lekor yang digoreng setelah minyak yang banyak sudah betul-betul panas dan apabila kembang terus diangkat dimana akan hadir rasa garing pada bahagian luar dan tidak begitu keras pada bahagian dalam keropok lekor.

Itu citarasa penulis bila goreng di rumah. Namun, keropok lekor di Mr celup Tepung tidak begitu penulis gemari seumpama hanya merendam di dalam minyak yang tidak begitu panas. Lain orang lain citarasa mungkin ada yang gemarkan yang rebus sahaja.

Penulis mengambilnya kerana ingatkan masih belum digoreng dan akan digoreng. Namun dari segi keaslian keropok lekor memang betul-betul original. Adunan tepung dan isi ikan dalam keadaan sedap untuk dihidangkan.

Ketam Celup Tepung


Ketam Celup Tepung
Ketam Celup Tepung
Satu lagi celup tepung yang begitu mengasyikkan kepada para peminat makanan laut adalah ketam celup tepung goreng. Pada ketika penulis berada di kaunter makanan, ketam ini baharu sahaja digoreng dan sedia dihidangkan untuk pemeran pilihan pengunjung.


Harganya boleh tahan mahal mengikut harga pasaran. Bagi peminat ketam apalagi dalam hidangan celup tepung pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba. Penulis tidak berapa gemar ketam yang disediakan dalam bentuk gorengan lebih gemar dalam masakan berkuah, lagi 'kick' rasa isinya.

Sotong dan Seafood Lain




Sotong kalau tidak ada dalam dulang celup tepung tidak sah. Sotong memang kesukaan ramai juga dalam adegan celup tepung goreng. Maka lengkaplah makanan celup tepung di Mr Celup tepung Penarik.

Banyak juga pilihan, cuma bahagian udang viral sudah tidak viral lagi. Mungkin sudah tenang sebagaimana sebelum tsunami viral udang celup tepung RM10 45 atau 60 ekor. Kali ini di Mr celup Tepung Penarik penulis dan isteri mencuba hidangan celupan tepung fishball, udang RM10 sahaja.


Fishball dan Udang Celup Tepung
Semua celup tepung tepian pantai Penarik Chalok sebenarnya sama sahaja dari segi rasa. Apa yang uniknya adalah hidangan istimewa mereka. Disini coconut shake mereka cukup special.

Coconut Shake


Coconut Shake
Lihat sahaja dekorasi dalam gelas 'hipster'. Dengan adunan susu dan air kelapa dikisar bersama. Diletakkan biskut gulung-gulung (biskut wafer stick) memang kena dengan hidangan celup tepung yang agak berminyak dan kering. Dengan hiasan taburan 'chocolate rice' yang memberikan rasa manis pada 'foam' pada bahagian atas coconut shake.



Tambahan pula hilangkan dahaga ketika panas tengahari.

Dari segi rasa, masih berlemak sebagaimana yang diimpikan dalam rasa satu hidangan coconut shake.

Dekorasi Tepi Pantai

Itu bahagian makanan. Bagaimana pula dekorasi sekitar tepi pantai. Dua elemen tipikal di kedai-kedai makan celup tepung penarik adalah makanan celup tepung dan dekorasi tepi pantai.

Bagi Mr Celup Tepung Station pula secara pemerhatian kasarnya antara yang bersungguh sungguh inginkan pengunjung singgah menikmati makanannya dan juga dekorasi menarik. Agak panjang perimeter yang digunakan pihak kedai dalam mempelbagaikan hiasan.


Payung Dekorasi Langit
Dekorasi sudah pun bermula di hadapan kawasan parkir kedai. Dengan gantungan payung-payung menjadi teduhan kedua kepada teduhan pohonan rhu yang lebat dahannya.

Tidak lupa juga dekorasi tipikal adalah buaian yang dibuat sendiri. Lebih pada satu buaian yang disediakan disini selain tempat permaianan kanak-kanak, buaian antara 'prop' penting mendapatkan gambar kenangan yang cantik menghadap Laut China Selatan.


Dekorasi Gerbang Indah
Pintu gerbang yang memiliki anjung cukup menarik seumpama dekorasi di majlis perkahwinan. Gadis-gadis mahupun mak-mak gadis memang gemarlah dekorasi sebegini.

Siap dengan hiasan daun menjalar dan anjung atau pelantar menghadap laut.


Ruang Makan Kedai
Semua itu tidak mencacatkan perimeter ruang makan. Terdapat tiga pilihan ruang makan untuk pengunjung, dalam kedai ayng agak gelap dan romantik, dibawah pohon rhu yang agak teduh dan dengan alunan daun rhu ditiup angin dan bawah sinaran mentari menghadap pulau nun jauh disana.


Makan Hadap Laut
Masih luas dan disusun cantik untuk kemudahan pengguna.

Ulasan / Review Penulis

Semua ulasan diatas adalah dari 'first impression' penulis untuk kawasan tempat makan dan apa yang ada di restoran. Dari segi makanan tidaklah begitu menonjol biasa sahaja. Tiada beza dengan tempat makan celup tepung lain yang ada kecuali coconute shakenya berbeza.

Dekorasi bergambar di tepi pantai juga berbeza.

Dari segi layanan staf tidaklah begitu tidak memuaskan namun tiada sebarang senyuman yang diperhatikan, kurang friendly berbanding restoran yang sama waktu dengannya.. Seumpama bekerja kerana terpaksa. Kecepatan penghantaran makanan sederhana pantasnya.

Dekorasi menarik dan makanan biasa sahaja


Informasi Pengunjung

Alamat/Lokasi

Tidak sukar untuk mencarinya sekitar pesisir pantai Penarik Chalok di Setiu Terengganu.

Lot 4067, 
Kg Bukit Chalok, 
Jalan Penarik
22100 Permaisuri 
Terengganu



Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Harga Makanan

harga makanan laut bergantung kepada harga pasaran jenis makanan laut tersebut mengikut saiz yang dipilih.

RM10 pengunjung masih boleh menikmati 20 ekor dan ke atas udang celup tepung viral.

Coconut Shake - RM 4/gelas

Bihun Goreng - RM 3/pinggan

Kawasan Parkir

Agak luas terdapat lot parkir persenidirian sebelahan dengan kedai.
Boleh parkir di bahu jalan.

Anda fikir anda tahu Celup Tepung Mr Celup Tepung Station Pantai Penarik Terengganu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Maksud Warna Orange, Grey dan Red Pada Catatan Masa Interval Motogp

$
0
0

"Time Interval Color Meaning"

MotoGP adalah sukan permotoran yang cukup diminati. Di Malaysia sudah semakin menyerlah sukan permotoran dunia ini apalagi apabila Malaysia sendiri ada wakil dalam kelas MotoGP, Hafizh Syahrin.


Interval Time Motogp Color Meaning
Interval Time Motogp Color Meaning
Saban tahun penulis tidak akan mensia-siakan peluang untuk ke Sepang International Circuit (SIC) untuk menyaksikan sendiri perlumbaan dunia ini.


Bukan penulis sahaja yang gemarkan Motogp sebenarnya di Malaysia, semakin tahun berganjak semakin meriah kuantiti kehadiran peminat di SIC, Malaysia.
Purata tahunan dalam 100,000 pengunjung yang datang.

Litar Motogp Serata Dunia

Itu di SIC, Sepang yang tidak begitu jauh dengan tempat penulis tinggal. Motogp bukan sahaja diadakan di Malaysia namun banyak lagi negara yang menjadi tuan rumah untuk tiga hari Motogp.

Sepanyol, Itali, Belanda, Perancis antara negara eropah yang berjaya menjadi tuan rumah saban tahun. Kesemua venue lain memang sukar untuk penulis yang bukannya seorang yang penting untuk diperlukan mengikuti perlumbaan penunggang jentera 1000cc, 500cc dan 250cc ini.

Jadi, kaca tv yang menjadi platform penulis melempiaskan minat dengan motogp.

Motogp Melalui Televisyen

Apabila bercerita tentang menyaksikan motogp di kaca tv, bukan sekadar penunggang dan jentera sahaja dipamerkan di layar skrin. Namun, terdapat beberapa tulisan atau grafik yang keluar.

Kadang-kadang mudah difahami dan kadang kadang sukar difahami.

Paparan Grafik Catatan Masa Motogp

Kali ini penulis akan bercerita mengenai satu paparan grafik ketika ujian masa motogp. Terutama ketika Free Practice dan juga Qualifying (kelayakan).

Kelayakan cukup penting kepada penunggang dan pasukan, seumpama 'seat hadapan' kalau dalam acara lain.

Pasti yang sentiasa menyaksikan motogp akan melihat paparan bewarna, lebih tepat tiga warna iaitu orang, grey dan red.


Orange, Grey, Red Interval Color
Orange, Grey, Red Interval Color
Free practice atau qualifying sememangnya akan kelihatan tiga warna ini. Tidak kira paparan di skrin tv atau di skrin besar di litar.

Maksud Tiga Warna Interval Time

Tiga warna ini memiliki maksud tersendiri, penerangan mengenai perkembangan 'progress' masa yang dicatatkan oleh pelumba, lebih baik, kekal tiada perubahan atau semakin teruk dengan masa sebelumnya.

1. Orange (Oren/Jingga) - bermaksud masa yang sedang dicatatkan pelumba tersebut adalah catatan masa terbaik untuknya setakat ini.

2. Grey (Kelabu) - Tiada sebarang perubahan catatan masa untuk pelumba tersebut.

3. Red (Merah) - Masa terbaik telah dicatatkan pelumba terbabit dibandingkan dengan pendahulu (pelumba terpantas ketika itu)

Sebagai contoh lihat paparan di bawah:




Cal Crutchlow sedang mendahului dengan masa terpantas. Dalam paparan Valentino Rossi, Andrea Iannone dan Marc Marquez sedang melakukan catatan masa.

Di litar ini terdapat empat interval yang dikelaskan. Empat petak yang bewarna.

Rossi sedang melakukan catatan masa terbaiknya untuk sebelum ini dalam tiga interval awal, tiga oren. Iannone pula mencatakan masa peribadi terbaiknya pada dua interval awal dan memperbaiki masanya di interval ketiga,dua oren satu kelabu. Manakala, Marquez di interval pertama (i1) dan kedua (i2) mengatasi catatan masa Crutchlow di interval tersebut,dua merah, namun pada interval ketiga (i3) dia hanya memperbaiki catatan masanya terdahulu, satu oren.


Litar Motogp dan Kategori Interval

Setiap warna ini akan dipaparkan untuk beberapa interval, bergantung kepada litar. Setiap litar memiliki interval masing-masing. Contoh simbol interval yang sering digunakan adalah i1,i2 dan i3.

Setiap interval ini setiap pelumba akan dicatatkan masanya berdasarkan 'progress' masa terkini. Orang, Grey atau Red itulah pencapaian pelumba terbabit.

Pengecualian untuk FP3 untuk pelumba yang berada di tangga ke 10 semasa

"During FP3, the top 10 times move directly into Qualifying 2. The rest have to go through Qualifying 1 first where the top 2 times will get to join the others in Qualifying 2"

Anda fikir anda tahu Fahami Warna Orange, Grey dan Red pada Catatan Masa Interval Motogp ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 

Diskaun Sehingga 90% Pada Match Day Sale Lazada World Cup 2018

$
0
0

"Match Day Sale Lazada"

Perlawanan akhir World Cup antara dan sudah sampai ke kemuncaknya. Pertandingan empat tahun sekali akan menutup tirai edisi 2018 pada 15 Julai 2018. Perancis yang baharu sahaja memenangi satu piala dunia akan bertemu negara pertama kali menjejakkan kaki ke final iaitu Croatia.


Lazada Match Day Sale World Cup 2018
Lazada Match Day Sale World Cup 2018
Bagi negara yang memenangi kejuaraan dunia ini mereka bukan sahaja akan dinobatkan sebagai pasukan bola sepak terbaik dunia tetapi menambah bintang pada emblem negara mereka.


Bagi peminat bola sepak negara yang menang pula akan berbangga dengan kejayaan negara mereka menjulang piala dunia untuk edisi 2018.

Bagi rakyat Malaysia usah berdukacita meskipun Malaysia tidak menjadi salah satu negara yang memasuki pusingan akhir World Cup 2018 di Rusia.

Tidak kira anda menyokong Perancis, Croatia, Belgium atau England dan negara yang lain. Anda bukan sahaja dapat meraikan world cup dengan kemenangan pasukan pilihan masing-masing akan tetapi dengan peluang memiliki barangan edisi world cup dengan harga dan diskaun berpatutan.

Lazada Malaysia mengajak peminat dan penyokong pasukan dalam World Cup 2018 untuk sama-sama memeriahkan lagi 'Match Day Sale' yang akan berlangsung pada 15 Julai 2018 nanti.

Apa itu 'Match Day Sale' dari Lazada ?

Match Day Sale adalah satu penghargaan buat peminat World Cup di Malaysia dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh disertai.




Bukan sekadar diskaun barangan sehingga 90%, para peminat bolasepak world cup boleh menyertai acara kuiz mengenai World cup 2018 untuk memenangi pelbagai hadiah dan voucher dari Lazada Malaysia dengan pelbagai 'exclusive deal' yang menanti pemenang.

Anda bukan sahaja menyaksikan pasukan kesayangan anda menjulang trofi kejuaraan piala dunia 2018. Namun, anda sendiri boleh menjadi pemenang dalam acara yang disediakan oleh lazada Malaysia.

Diskaun dan Voucher Esklusif!

Ketika 'Match Day Sale' berlangsung, para peminat tegar bolasepak dan pelanggan tegar 'shopping online' akan mendapatkan potongan harga barangan secara ekslusif dari pelbagai tawaran harga dari barangan:







1. Sukan
2. Barangan runcit (kegunaan harian)
3. Aksesori Elektrik
4. Televisyen
5. Barangan penjagaan lelaki dari antarabangsa

Antara jenama yang akan menawarkan harga diskaun sehingga 90% adalah seperti:

1. Coca Cola
2. Puma
3. Senheng
4. Vivo
5. Tesco
6. Watsons
7. Sports Direct
8. Clear Men
9. Optimum Nutrition
10. Guardian
11. Blackmores

...dan banyak lagi jenama lain yang menawarkan harga diskaun di Match Day Sale Lazada. Sebagai contoh dari barangan seperti engine block motosikal sehingga earphone semua ada diskaun menanti anda.  Dapatkan tawaran potongan harga dari jenama lain di pautan dibawah. 



Tawaran Menarik Ketika Match Day Sale World Cup Lazada !

Anda sudah tahu apa itu Match Day Sale dari Lazada dan kini beberapa aktiviti menarik yang memungkinkan untuk anda memiliki tawaran seperti:




1. 888 Vouchers lazada dan kod untuk dimiliki
2. Flash Deals From RM1 - Pembelian barangan berharga bermula dengan RM1
3. Exclusive Partners Offers

Match Day Quiz 



Terdapat satu lagi tawaran menarik untuk pelanggan setia Lazada dan peminat bola sepak world cup 2018 dengan menyertai acara kuiz yang disediakan.

Kuiz yang cukup mudah dan apalagi jika anda adalah peminat bolasepak. Tidak memerlukan banyak modal untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa sempena world cup 2018 ini.

Cukup mudah untuk disertai. 

Cara Penyertaan Kuiz Match Day

1. Download dan log in the Lazada App.

2. Sertai kuiz mengikut jadual bermula dari 1pm pada 14 Julai dan 11 am pada 15 Julai 2018. 

450 peserta pertama yang berjaya akan memenangi vouchers!

Untuk keterangan lanjut mengenai kuiz ini dan peluang mendapat voucher hebat dari lazada boleh klik pada pautan dibawah.



Mengapa perlu menunggu pemain di padang menjaringkan gol pertama, jika anda boleh skor dengan pelbagai hadiah dan vouchers serta hadiah dari kuiz pada match day sale lazada ?



Anda fikir anda tahu Diskaun 90% Pada Match Day Sale Lazada World Cup 2018 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

5 Cara Mengenal Tanda Buah Durian Masak dan Matang Di Pasaran

$
0
0

"Cara Kenal Durian Masak"

Hidup umpama sebakul atau setong durian. Ada yang wangi, ada yang menarik kulitnya, ada yang hijau warnanya ada juga yang sudah buruk tidak kira kerana tupai atau kera atau jatuh kerana ribut petir.


5 Cara Kenal Buah Durian Masak
5 Cara Kenal Buah Durian Masak
Bila musim durian tiba, maka boleh dilihat disekitar jalan terdapat mereka yang menjaja durian secara longgok atau timbang. Kebanyakan adalah secara timbang kerana ramai yang makan kulit serta tangkai durian sekali bukan sahaja isi, ini sarkastik.


Memandangkan sudah ramai mula menjadi penjual durian, maka terdapat persaingan. Dari persaingan inilah pelbagai cara dan taktik untuk mendapat keuntungan yang lebih dari penjual lain.

Semua manusia tidak sempurna dengan bantuan syaitan mungkin ada penjual yang akan menggunakan taktik pelbagai. Salah satunya durian mentah iaitu tidak masak namun sudah dijual.

Cara Kenal Durian Sudah Masak

Pengguna, peminat dan penggemar durian yang menjadi mangsa. Jadi, artikel ini boleh dijadikan panduan kepada pembeli durian yang datang bermusim ini untuk mengetahui kriteria buah durian yang benar-benar sudah masak yang dijual.


Goncang Rasa Gegaran
Goncang Rasa Gegaran
1. Rasa gegaran buah apabila digoncang. Teknik ini teknik biasa untuk mengetahui ulas durian di dalam buah sudah masak.

Apabila sudah matang maka biji yang diselaputi isi durian mula berat dan sudah bersedia untuk dimakan.


Cium Aroma Durian
Cium Aroma Durian
2. Mencium pada buah untuk menghidu aromanya. Buah durian memang terkenal dengan aromanya, ada yang menganggap wangi ada juga sebaliknya. Namun, aromanya adalah salah satu ciri-ciri menandakan buah durian sudah masak dan matang.

Jika kurang percaya, bandingkan aroma buah yang masih putik adakah memiliki bau durian ?


Ketuk Dengan Kayu
Ketuk Dengan Kayu
3. Mengetuk buah dengan kayu atau rotan. Teknik ini seiras cara pertama dengan mengoncang. Untuk kepastian bahawa isi dan bijinya sudah bersedia untuk tercabut dari pangsa.

Jika diketuk dan rasa goyangnya isi dan bijinya itu menandakan sudah masak.


Hujung Duri Sudah Lembut
Hujung Duri Sudah Lembut
4. Hujung duri agak lembut apabila durian sudah masak. Perhatikan dan picit hujung duri-duri buah durian. Buah durian yang sudah matang dan masak memiliki hujung duri yang tajam sudah mulai tumpul dan lembut.


Periksa Garisan Pangsa
Periksa Garisan Pangsa
5. Garisan yang memisahkan pangsa-pangsa buah kelihatan agak jelas. Garisan ini biasanya garisan apabila kita ingin mengopek durian. Bahagian ini mula menunjukkan garisan yang agak menonjol menandanya mungkin jika dibiarkan lama akan terkopek sendiri melalui garisan-garisan ini.


sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA

Senarai cara mengenali buah durian yang sudah masak di atas adalah berpandukan logik dan pengalaman. Mungkin kita masih ingat akan subjek sains pada bahagian kemandirian spesis tumbuhan.

Lihat Perubahan Fizikal Durian

Buah durian pada azalinya tidak memerlukan manusia untuk menyebarkan biji benihnya, tetapi secara 'letupan'. Dari teori inilah terbentuknya ciri-ciri sudah matang buah durian. 

Biji dan isi yang sudah padat dan membesar, lekatan pada pangsa sudah mula kurang, dan pangsa sudah bersedia untuk 'meletup' untuk menyebarkan biji benih.

Harap 5 langkah mengenali buah durian yang sudah masak ini mampu menyakinkan lagi untuk 'hantu durian' mendapatkan durian yang terbaik dan masak kecuali penjual ada mengopeknya sedikit, namun apa salahnya kita cuba sendiri.

Anda fikir anda tahu 5 Cara Mengenal Buah Durian Masak Di Pasaran ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Menginap Di Rumah Warna Warni Masbro Village Homestay Boutique Melaka

$
0
0

"Masbro Village Melaka Review"

Spongebob Squarepants adalah kartun kegemaran penulis. Jika anda peminat spongebob, semestinya anda akan tahu akan konsep dan suasana persekitaran dalam bikini bottom.


Masbro Village Homestay Melaka
Masbro Village Melaka
Sungguh ceria dan bewarna-warni. Itu menjadikan kartun ini lebih menarik selain lawak spastik daripada karakter kartunnya. Malah ada juga peta (map) dalam counter strike yang menggunakan tema warna-warni bikini bottom.


Berpinau biji mata untuk mereka yang menggunakan 'sniper'.

Itu kartun dan permainan yang agak bewarna-warni.

Senibina Kediaman Warna Warni

Gamcheon Village


Gamcheon Village | Google Image
Senibina warna-warni sudah banyak diilhamkan oleh pereka dan arkitek antarabangsa. Rumah yang dicat dengan pelbagai warna seperti di Gamcheon Culture Village di Korea Selatan mendapat tarikan dari warna-warni perkampungan ini.

Dari jauh sudah kelihatan warna merah jambu, warna biru muda, turqoise, dan banyak lagi warna yang begitu 'fotogenik' suasananya. Peminat rancangan variety show Running Man mesti akan pernah terlihat rumah-rumah ini dijadikan kawasan permainan mereka.

Brighton Beach Melbourne Australia


Bath Room Melbourne | Google Image
Rekabentuk rumah warna warni juga berbeza. Jika di Korea Selatan, rumah biasa dengan dinding luar bewarna-warni, di Melbourne Australia pula bentuk segitiga menjadi pilihan.

Tambahan pula dengan panorama tepi laut sekitar Melbourne menambahkan lagi 'striking' pada rumah segi tiga ini. Pasir yang memutih, langit membiru dengan jaluran rumah segitiga yang cukup unik yang diserikan dengan pelbagai warna pada dindingnya.

Rumah-rumah segitiga yang bewarna-warni ini adalah rumah untuk 'membilas' badan setelah puas mandi manda dan berjemur di pantai.

Konsep dan Tema Homestay

Di Malaysia, homestay merupakan salah satu penginapan yang cukup laris pilihan pelancong. Tempatan mahupun luar negara.

Kebiasaan konsep homestay menumpukan kepada satu penginapan yang kelompok yang agak ramai. Bersama keluarga atau rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah.

Apabila sesuatu kawasan penginapan didiami ramai orang yang menginap dengan konsep homestay pula, agak sesuai kawasan berkenaan digelar perkampungan atau 'village'.

Dengan inovasi dari kawasan tarikan Gamcheon Village di Korea Selatan dan tema rumah mandi berbentuk segitiga di Melbourne, di Malaysia pun ada memiliki kriteria penginapan seumpama ini.

Tidak begitu jauh dari Lembah Klang, mukim Paya Rumput dalam negeri Melaka menjadi pilihan kawasan yang diberikan nama

Masbro Village Melaka

Deretan rumah berbentuk segitiga dengan variasi pilihan warna-warni pada sisi luar penginapan.


Kotej Bewarna-Warni
Kotej Bewarna-Warni
Rumah segitiga yang agak luas. Sememangnya untuk inapan beramai-ramai. Unit-unit disambung secara berderet hanya dipisahkan lebih kurang satu kaki untuk setiap unit.


Satu Unit Rumah Segitiga Kuning
Satu Unit Rumah Segitiga Kuning
Penginap akan menjadikan warna ceria dan 'striking' untuk dijadikan pilihan. Contohnya warna seperti merah, kuning dan biru yang mana paling banyak menjadi pilihan.

Rumah Kelabu No 13 Masbro
Rumah Kelabu No 13 Masbro
Bagi percutian kali ini di Masbro Melaka. No 13 dengan warna kelabu berjaya didiami penulis dan rakan-rakan untuk dua hari dan satu malam.


Pandangan Dari 1st Floor
Pandangan Dari 1st Floor
Cukup strategik beberapa langkah dengan cafe dan yang paling penting kolam mandi. Lagi menarik jika pohon kelapa tersebut mengeluarkan buah, lagi masyuk.

Kotej Warna Warni Dua Tingkat

Satu unit rumah/bilik segitiga ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian bawah (ground floor) dan bahagian atas (first floor).


Rumah Warna Pink Masbro
Rumah Warna Pink Masbro
Aras atas dan bawah disambungkan dengan tangga yang agak curam. Sebagaimana kata-kata 'announcer' dalam tren lrt atau komuter di setiap stesen tren. Please Mind Your Step


Tangga Ke 1st Floor
Tangga Ke 1st Floor
Hiasan Dalam Unit Rumah Warna Warni

Pada bahagian ground floor dilengkapi dengan katil sofa (sofa dan katil dalam satu masa). Dua buah katil bersaiz queen pada first floor. Satu katil mampu memuatkan dua orang manusia bersaiz purata warga Malaysia yang tidak obes.


Katil Queen Sized
Katil Queen Sized 
Tidak muat ? Jangan khuatir bawa sahaja tilam atau toto yang mudah alih.


Ruangan Bersama Katil 1st Floor
Ruangan Bersama Katil 1st Floor
Kemudahan Disediakan Di Dalam Rumah Warna Warni

Dua buah pendingin hawa dipasang untuk kedua-dua aras selain dari dilengkapi juga dengan dua buah kipas siling masing-masing pada aras berlainan.


Air-Conditioner
Air-Conditioner 
Keselesaan ketika baring di atas katil atau sofa mungkin akan membuatkan penginap tiba-tiba terlena tanpa khabar berita, apa tidaknya, angin dari air-condition yang dipusarkan leh kipas.


Kipas Siling
Kipas Siling 
Terdapat dua tandas disediakan untuk satu unit rumah, semestinya satu di bawah dan satu lagi dibahagian tingkat atas. Dengan bantuan pemanas air, cukup luas untuk mereka yang kalustrofobia, tidak begitu sempit tandasnya. Dipasang tiga penyangkut pakaian pada dinding. 

Tandas Setiap Floor
Tandas Setiap Floor
Bukti kotej atau rumah segitiga bewarna ini sesuai untuk kedatangan secara berkumpulan dan ala-ala homestay adalah kerana wujudnya lubang soket untuk kegunaan peralatan elektrik yang agak banyak.

Lubang Soket yang Banyak
Lubang Soket yang Banyak
Tidak perlu risau akan perlu menunggu untuk mengecas telefon atau memasang barangan eletrik. Memang cukup untuk kumpulan 5-6 orang.

Ruang Dapur


Ruang Dapur Memasak
Ruang Dapur Memasak
Ruangan dapur disediakan microwave, tersedia sinki dan dilengkapi dengan 'ventilation fan' pada penjuru atas ruangan dapur selain disediakan peti sejuk bersaiz sederhana untuk penyimpanan makanan.


Peti Sejuk Disediakan
Peti Sejuk Disediakan
Ruang Santai

Set Televisyen dengan dekoder astro njoi sebagai 'hiburan' ketika menyimpan barangan atau sebagai ulit tidur.


Set Televisyen dan Astro
Set Televisyen dan Astro
Kebanyakan perabut dan perkakas adalah barangan ikea dan gagal dikesan sebarang peralatan kulinari yang disediakan seperti sudu, garfu, pinggan dan cawan. Maka, ada baiknya bakal penginap membawanya sendiri. Namun, cerek disediakan.

Kapasiti Penginap

Walaupun satu unit rumah ini cukup luas untuk keluarga kecil, namun, dicadangkan untuk satu unit didiami oleh 4 orang maksima penginap adalah 6 orang (termasuk kanak-kanak).
Untuk dua orang tambahan ini akan dikenakan caj bayaran.

Kerangka besi dijadikan 'frame' untuk mengukuhkan unit rumah ini. Namun, dinding dalam dan lantai untuk first floor diperbuat dari papan mampatan habuk kayu yang telah di varnis.

Suasana Laman Luar Masbro Village

Suasana luar ceria di siang hari dan romantik di malam hari. Terserlah suasana dengan pantulan cahaya matahari yang memancar terus ke unit yang bewarna-warni.


Hiasan Luar
Hiasan Luar 
Laluan Jalan Kaki

Dengan berbekalkan lampu ikea, pada waktu malam laluan yang diperbuat dari batu bata merah disinari dengan lampu tergantung dengan jarak yang agak jauh mendatangkan mood dan suasan redup dan tenang.


Suasana Di Malam Hari
Suasana Di Malam Hari
Ditambah pula cahaya di hadapan setiap pintu unit dibiaskan oleh air kolam.

Kolam Renang

Terdapat satu takungan kolam berlatarkan mozek biru. Terletak di tengah-tengah 'kampung' unit-unit kotej warna-warni.


Kolam Renang Masbro Village
Kolam Renang Masbro Village

Dua takungan bercantum dengan masing-masing dengan kedalaman berbeza. Bagi kolam renang dewasa berkedalaman paras dada bagi mereka yang berketinggian 170cm dan untuk kolam renang kanak-kanak mencecah paha manusia berketinggian 170cm. Apa yang pasti kedua-dua kolam hanya paras dada seekor itik.

Kedalaman tipikal mana-mana hotel berkolam renang.

Ulasan Penulis

Dari segi suasana, dekorasi dan susunan luar unit kediaman segitiga dengan warna berbeza memang terbaik.

Persekitaran Indah

Memang kena dengan gaya penulis yang inginkan suasana yang 'camera friendly'. Cukup menarik apabila ditangkap dengan kamera.

Hiasan dalam untuk 'first impression' menyenangkan jiwa penginap. Dengan lampu yang agak romantik dan susun atur perabut dan perkakas yang tidak menyerabutkan ruang pasti penginap sangat berpuas hati dengannya.

Cuma bolehlah disediakan 'utensil' seperti sudu, garfu dan pinggan serta cawan untuk kegunaan penginap.

Dari segi penjagaan kolam, kurang memuaskan, apabila keadaan kolam dipenuhi dengan bilangan pengguna yang ramai, keadaan air kolam mula berubah, sedikit keruh dah terdapat bauan yang kurang menyenangkan menerjah deria bau.

Cafe Tidak Beroperasi

Terdapat cafe (nissa cafe) namun tidak dibuka. Jika beroperasi mungkin memudahkan penginap mendapatkan bekalan makanan di waktu malam apabila tidak mahu keluar ke pekan atau bandar. Jika dilihat dalam galeri blog rasmi masbro nissa cafe memang menyajikan makanan namun ketika penulis menginap, tertutup dan mungkin sudah lama tidak dibuka.

Mungkin akan dibuka nanti, ini akan lebih baik mungkin dengan pakej 'buffet breakfast'.

Kekurangan

Apabila penginap atas berjalan, lantai bahagian first floor akan mengeluarkan bunyi yang mungkin agak mengganggu sedikit. Pada tengah harinya, agak lambat untuk sejuk walaupun dipasang pendingin hawa dan kipas.

Kelebihan

Dari segi suasana, rekabentuk dan hospitaliti masih terbaik. Tidur malam juga nyenyak, air mandi juga laju cuma kekurangan sabun sebagaimana lain-lain penginapan pernah penulis inap. Jika unit-unit bewarna warni ini berada di tepian pantai mungkin lebih menarik.

Informasi Pengunjung

Lokasi 

Terletak di Mukim Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah. Memerlukan 2 jam atau lebih dari lembat klang melalui lebuhraya utara-selatan PLUS.

Keluar Exit Simpang Ampat, dapatkan lebuh AMJ dengan bantuan google maps dan waze, pasti sampai ke destinasi. Berada ditepi jalan lebuh AMJ tidak sukar untuk dicari.

Lot 291, 
Batu 7 ½, Paya Rumput,
Jalan Paya Rumput Perdana, 
76450 Melaka



Harga Bilik

Bilik standard bermula dengan RM280/malam. Caj akan dikenakan untuk penginap melebihi 6 orang termasuk kanak-kanak.

Tambahan RM30 untuk setiap orang.

Penginap boleh membuat tempahan warna apakah warna unit yang anda inginkan.

Waktu Operasi/Urusan

Check In : 3 petang
Check Out : 12 tengah hari

Pakej Lain Disediakan

Family Day. 
Canopy Services. 
Car Rental Services. 
Shuttle Services. 
Private Tour Services. 
Snorkeling. 
Island Hopping. 
Boat Rental Services. 
Meals Above 50 Pax Can Be Arranged.
Brand New Cafe Coming Soon.

Parkir Kenderaan


Kawasan Parkir Masbro
Kawasan Parkir Masbro
Agak luas untuk parkir kenderaan. Terdapat kawasan parkir yang disediakan di bahagian belakang 'village'. Boleh parkir dipadang berumput yang ada. 


Padang Luas Masbro
Padang Luas Masbro
Di bahagian pintu masuk juga terdapat kawasan parkir.  

Secara keseluruhan Masbro Village cukup menarik dan mempersonakan. Jika ditanya adakah penulis akan berkunjung lagi, jawapannya mesti ya.



Untuk lebih menikmati (pre-menikmati) tonton video pendek 'walk through' sekitar Masbro Village Homestay Melaka di bawah:




Anda fikir anda tahu Menginap Di Rumah Warna Warni Masbro Village Homestay Boutique Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

$
0
0

"Bisnes Bakeri Dari Rumah"

Semakin jauh zaman berlalu, semakin hebat dugaan harian. Memang duit bukan segala-galanya, namun majoriti segalanya memerlukan duit.





Untuk pasangan yang dua-dua bekerja, alhamdulillah, kuranglah sedikit kegusaran pengurusan kewangan bulanan. Namun, jika salah seorang sahaja bekerja agak sukar sedikit.


Penulis tidak berkata perempuan sahaja boleh jadi suri rumah, lelaki pun boleh menjadi suri di rumah.

Peluang Pendapatan Isi Rumah Stabil

Dengan adanya anak pula, kewangan bulanan perlu sentiasa stabil. Jika seorang sahaja bekerja agak sukar.

Penulis faham bukan kebanyakan suri rumah tidak mahu bekerja namun dengan beberapa kes penderaan oleh pengasuh untuk jagaan anak salah satu sebab ramai wanita memilih menjaga sendiri.

2% KWSP untuk Suri Rumah

Dengan menjadi suri rumah bukanlah kita tidak boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan perbelanjaan selain dari KWSP 2% peratus tolakan dari gaji suami.

Salah satunya bisnes bakeri. 

Bunyi macam susah sahaja bisnes bakeri. Jum tukar mentaliti, bakeri adalah sekadar nama. Memang bakeri sinonim dengan roti.

Namun, kuih muih, kek dan biskut juga boleh dikategorikan sebagai bakeri.

Bisnes bakeri sebenarnya memang ideal untuk suri rumah yang menjaga anak-anak atau peminat telenovela di kaca tv.

Bila dah professional sambil kendong anak sebelah mata melihat tv tangan sibuk membuat tempahan, itu kalau sudah pakar atau professional.

Tiada orang dalam dunia ini lahir-lahir sudah sebijak Kyle XY atau ada kuasa.

Persoalan yang Sering Bermain Kepada Bakal Usahawan Bakeri

Perlukan bimbingan dan panduan untuk mencapai satu tahap. Mesti banyak persoalan yang sering bakal usahawan bakeri akan bertanya:

1. Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? 
2. Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
3. Berapa nak letak harga?
4. Macam mana nak kira kos produk?
5. Apa peralatan yang diperlukan?.
6. Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
7. Di mana nak belajar buat kuih?
8. Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM? 

Di sini penulis ingin kongsikan kepada mereka yang sukakan bisnes bakeri akan tetapi tidak tahu cara untuk memulakan. Penulis bukanlah 'otai' bisnes bakeri tetapi penulis kenal dengan otai yang sudi berkongsi dengan sesiapa yang ingin memulakan bisnes bakeri, kuih muih atau kek dari rumah.

Beliau akan memberikan jawapan untuk soalan FAQ di atas.

Panduan Dari 'Otai' Bisnes Bakeri Dari Rumah

Beliau adalah Puan Nik Roslin Nik Men. Seorang usahawan bisnes bakeri yang boleh dikatakan berjaya. RM2000/sebulan itu terlalu biasa.




Malah janaan jualan boleh menjadi 5 angka kalau ada rezeki dan rajin.

Rezeki memang dari Allah, jangan lupakan yang ini. Namun, perlu ada panduan untuk mencapai cita-cita.

Sukar untuk bertemu depan-depan dengan Puan Nik Roslin untuk berguru.

Nak mudahkan mereka yang berminat Puan Nik Roslin telah kumpulkan pengalaman 6 tahun beliau dalam bisnes bakeri di rumah dengan campur segala usaha dalam satu e-book. Satu panduan buku untuk pemula.

10 Tips Memulakan Bisnes Bakeri

Dalam buku ini Puan Roslin menghuraikan 10 kaedah dan cara bagaimana beliau berjaya dalam bisnes bakeri, seperti:

1. FORMULA 2M+2P

Formula yang saya gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan saya terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

2.  DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ini adalah bab untuk anda yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

3. 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!

Minat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya anda mahu memulakan perniagaan bakeri anda dari rumah!

4. SENARAI PERALATAN DAN KOS!

Dalam bab ini, saya senaraikan peralatan-peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri anda. Mungkin anda tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, anda tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

5. CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! 

Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

6. TEKNIK PROMOSI!

Sedap macam mana pun kuih anda, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna!

7.  5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

8. 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini saya senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

9.  BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Dalam bab ini, saya kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang anda jalankan.

10. 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini saya kongsikan 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi.

Fuh! lihat pada tajuk kecil bab-bab yang ada dalam e-book ini pun sudah boleh agak betapa jelasnya penerangan yang akan dihuraikan.

Jika dalam bentuk bertulis sebegini sebenarnya senang. Bila tersilap langkah, boleh buka balik berbanding dengar dari ucapan semata-mata takut-takut nanti hilang dari ingatan.


Panduan Memulakan Bisnes Bakeri
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri

Jadi berapa harga buku ini ? Ok, 10 Tips Memulakan Bisnes Bakeri dijual pada harga RM30. Ok, RM 30.

Wow, ilmu untuk RM30. Besar sangatkah ? Rasanya tidak. Ok, diulang RM30. Hmmmm...

Eh, RM30 bukan sahaja untuk satu buku panduan malah, dengan RM30 anda akan mendapat....tambahan buku panduan lain sebagaimana di bawah:


5 Bahan Asas Bakeri
5 Bahan Asas Bakeri

Resepi 10 Produk Bakeri Terlaris
Resepi 10 Produk Bakeri Terlaris

Resepi Roti Oh Roti
Resepi Roti Oh Roti

Fuh, RM30 untuk semua ini.

Bayangkan bila anda sudah dikenali sebagai penjual makanan berasaskan bakeri, musim perayaan adalah waktu bonus untuk anda.

Banyak Permintaan Bisnes Bakeri

Malaysia banyak perayaan, bila sudah dikenali in sha Allah tempahan hanya untuk anda. Namun ingat, rezeki datang dari Allah dan bukan dari e-book ini.

Buku panduan ini adalah 'jalan' untuk anda meneruskan penambahbaikan pendapatan keluarga.

Sudah bersedia untuk menjadi usahawan bakeri dari rumah ? Dapatkan 4 buah panduan ini dengan harga RM30 dengan klik pautan di bawah:



Anda fikir anda tahu Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah ?

Anda fikir sekali lagi....


Assalamualaikum.

Aktiviti Hiking Ke Puncak Bukit Keluang Besut Terengganu

$
0
0

"Hiking dan Trekking Bukit Keluang"

Bukit Keluang bukanlah satu destinasi asing bagi penulis. Lebih kurang 2 tahun lebih penulis menjadikan Bukit Keluang sebagai kawasan permainan.




Apa tidaknya, dua tahun meneruskan pelajaran di MRSM Kota Putra (Ulul Azmi ketika ini). Dengan berbasikal saban petang ketika di bangku sekolah sebagai riadah santai budak asrama.


Ketika itu Bukit Keluang masih belum tersohor seperti sekarang.

Dengan naiknya nama Bukit Keluang dan pantainya, kini penduduk Kuala Besut sudah boleh berbangga dengannya.

Dahulu hanyalah kawasan hutan gelam tepi laut yang panas bahangnya ditiup angin dari Lautan China Selatan.

Aktiviti Di Bukit Keluang Besut

Apa yang ada di Bukit Keluang ?


Dari kawasan tandus dan tidak bermaya. Bukit Keluang sudah mula menjadi destinasi penduduk tempatan dan luar dalam kategori riadah dan rekreasi. Kawasan tarikan pelancongan Bukit Keluang yang berada dalam daerah Besut ini dikelaskan kepada dua aktiviti tipikal.

1. Hiking dan trekking Bukit Keluang dan 
2. Aktiviti air sekitar Pantai Bukit Keluang.

Jika sebelum ini penulis berpeluang mandi-manda di pantai Bukit Keluang bersama keluarga, kini tiba giliran untuk penulis menawan puncak Bukit Keluang itu sendiri.

Hiking dan Trekking Di Bukit Keluang

Bukit Keluang bukanlah satu-satunya tempat tinggi yang pernah penulis lakukan aktiviti hiking, Gunung Tebu dan Gunung Nuang pernah penulis tawan.


Bukit Keluang adalah salah satu hasil lipatan benua yang terjadi di zaman lampau yang menyebabkan berlakunya kenaikan struktur tanah yang membentuk tanah tinggi sehingga digelar bukit.

Apa yang menarik mengenai Bukit Keluang adalah kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan. Kaki bukitnya memangn mencecah gigi air laut. Itulah antara keistimewaan Bukit Keluang. Para pendaki bukan sahaja boleh menikmati permandangan dari udara namun merasai sendiri bayu laut di hadapan.

Ketinggian Bukit Keluang Besut 

Bukit yang dalam kategori sederhana ini berketinggian 346 meter dari aras laut (approx. 1135 feet from Mean Sea Level) menjanjikan suatu yang baharu pada mereka yang baharu saja ingin mencuba menawannya.

Jenuh di media sosial gambar pendaki yang berjaya menawan puncak Bukit Keluang dengan gambar dengan satu papan tanda dengan jarak destinasi dunia. Penulis jadikan papan tanda ini sebagai garisan tamat pendakian.

Dua Pintu Masuk Permulaan Pendakian

Terdapat dua entri atau permulaan pendakian untuk menuju ke puncak Bukit Keluang.




Berdekatan parkir kenderaan atau dibahagian belakang bukit. Namun, lebih ideal adalah dibahagian belakang bukit yang memerlukan pendaki berjalan kaki lebih kurang satu kilometer setengah dari kawasan parkir.

Bawa kereta boleh ke sana, namun sama sahaja pada akhir pendakian anda akan ke tempat tadi dengan berjalan, lainlah ada yang mengupah uber untuk 1.5km tersebut.

Kawasan parkir ditempat belakang ini disediakan cukup luas juga. Pendakian dimulakan dengan mercu tanda billboard yang agak besar yang menyatakan selamat datang ke Bukit Keluang Besut.

Permulaan Pendakian ke Puncak

Pendakian bermula melepasi satu pentas yang didirikan billboard besar tadi. Melalui denai pendakian yang telah disediakan penulis, isteri dan adik ipar memulakan pendakian.
Dengan baju larian dan berseluar celoreng askar menjadi semangat untuk menawan puncak Bukit Keluang.




Wow! Bukan semudah yang disangka sebenarnya. Jalan kaki 1.5km dari tempat parkir tidak cukup sebagai 'warming up' untuk mendaki. Memerlukan warming up yang cukup bersedia sebenanya. Boleh dikatakan agak curam untuk beginner dan mungkin pemanas badan untuk otaik hiking.

Tali disediakan untuk berpaut, jika tidak larat jangan dipaksa dan bolehlah berehat sebentar di bangsal yang ada didirikan untuk berehat dan berteduh.

Pastikan air dibawa secukupnya. 

Struktur Muka Bumi

Struktur muka bumi laluan adalah batuan, tanah liat dan akar-akar pohon besar. Memang hiking dalam kondisi sekeliling alam semulajadi melainkan bangsal dan tali berpaut semuanya alam semulajadi.




Berpeluh juga untuk menghabiskan beberapa ratus meter pertama. 300 meter lebih jika di laluan mendatar apalah sangat, apabila agak condong ia agak mencabar mereka yang jarang hiking, seperti penulis.

Kawasan redup dengan kanopi pohon tropika kiri, kanan mula cerah dengan pancaran matahari, itu penanda sudah mula sampai di puncak.

Dari pendakian kini berubah struktur muka buminya kepada mendatar, boleh memulakan acara menyedut oksigen dan menghilangkan penat. 

Sampai ke Puncak Bukit Keluang

Sampai sahaja di kawasan mendatar ini bermulalah perjalanan menyusuri lereng bukit dengan permandangan lautan. Cukup berkobar untuk meneruskan perjalanan.




Meskipun berada betul-betul di lereng bukit menghadap laut. 'Handrail' atau tempat berpaut ditempatkan sekitar lereng untuk memudahkan pendaki berpaut.

Masih belum sampai.

Nun disana, terdapat 'checkpoint' lain yang lebih menarik. Kalau tidak silap penulis, tiga 'checkpoint' untuk disinggahi.



Dalam keterujaan mencari port terbaik melayan permandangan laut dari aras 300 meter, pastikan awasai setiap langkah kerana lerengnya yang agak curam.



Mujur ada isteri dan adik ipar yang sudi menemani penulis membuat pendakian setlah sekian lama lutut tidak merasai bengkok ketika memanjat bukit.




Papan Arah Popular

Di checkpoint seterusnya inilah terdapat mercu tanda puncak yang agak popular dalam gambar, penunjuk arah dengan jarak. Terdapat juga papan tanda bahawa anda sudah berjaya menawan Bukit Keluang yang berketinggian 346 meter ini.




Tempat berehat yang luas dengan bumbung ada disediakan untuk berehat atau merawat hasil dari pendakian. Tiada sebarang kedai atau tempat membeli makanan atau minuman di bahagian atas, jadi bawalah secukupnya bekalan anda.




Ambil masa yang agak lama juga untuk menikmati alam sekitar, terasa agak sayang jika tidak diabadikan memori disini.




Rugi jika tidak diabadikan dengan kamera kawasan yang dilalui semestinya dengan warna alam yang begitu indah. Kehijauan dan kebiruan dengan kanvas alam semulajadi.




Jika dilihat ke arah tenggara, Bukit Keluang seumpama memiliki ekornya. Seolah-olah sedang hikinh pada bahagian belakang badan naga.




Penurunan Bukit Bermula

Tiba masa untuk pulang dan turun dari puncak Bukit Keluang. Bukan melalui laluan yang sama hanya memerlukan perjalanan, kali ini dalam posisi menuruni.



Banyak lagi sebenarnya 'jendela' yang ada selain dari di kawasan puncak tadi. Jendela yang memberikan permandangan cukup cantik.




Semasa menuruni bukit ini, setelah di beritahu oleh seorang hiker tegar Bukit Keluang, Abang Fauzi yang juga anak tempatan sini, terdapat satu pokok yang memiliki lubang di dalamnya. Dengan rasa tanpa segan penulis memasuki lubang tersebut. Agak 'rare'.



Sungguh beruntung bertembung dengan 'otai' yang banyak kali mendaki Bukit Keluang. Pelbagai ilmu dalam hutan dikongsikan. Dari pengalaman bertahun-tahun bersama alam semulajadi, abang Fauzi cukup arif dengan tumbuhan dan kawasan sekitar. Pelbagai info mengenai Bukit Keluang dikongsikan.




Beberapa ratus meter untuk sampai ke kaki bukit, perjalanan agak mencabar sedikit dengan laluan agak curam dan bentuk muka bumi yang agak licin. Pemakaian kasut hiking yang sesuai perlu dipatuhi.




Bak kata 'announcer' tren, please mind your step.



Apabila sampai di kaki bukit dan mendapatkan hembusan oksigen dengan tenang. Dapatkan minuman dan makanan di gerai berdekatan. Jangan balik lagi. Tenangkan jiwa dengan berjalan sekitar pantai di Bukit Keluang. Tenang is good.




Mungkin ingin bermain air atau melalui gua-gua yang terbentuk sekitar Bukit Keluang.




Mesti ada yang tertanya-tanya kawasan penggambaran Andainya Takdir 2 dimana keluarga Airil bermain-main ditepian pantai yang berbukit serta menaiki bot mengelilingi pulau.

Lokasinya adalah di Bukit Keluang Terengganu inilah.

Tonton sedikit video pergerakan manusia-manusia sepanjang pendakian ke puncak Bukit Keluang Besut.





Harap boleh datang lagi ke sini dengan waktu dan kelenagkapan yang lebih sesuai. Lagi menarik jika berpeluang menyaksikan matahari terbit dari ufuk timur pada waktu pagi.



Sebelum berjaya memulangkan diri sendiri ke rumah, singgah sebentar di sekolah yang banyak kenangan haha. MRSM Kota Putra.


Informasi Pengunjung

Lokasi Bukit Keluang

Terletak tidak jauh dari pekan Kuala Besut. Cukup mudah untuk ke destinasi dengan kenderaan. Grab juga mungkin dapat membawa anda ke sini.


Waktu Operasi

Oleh kerana Bukit Keluang menghadap Laut China Selatan yang menghadap laut arah timur. Sesuai untuk datang sesudah subuh untuk melihat matahari terbit dari timur.

Mula panas dan mungkin berpeluh sekitar jam 8 pagi.

Kemudahan Awam

Tandas awam disediakan. 

Tempat jualan air dan makanan ringan disediakan. Malah terdapat kedai makan yang beroperasi.

Parkir Kenderaan

Cukup luar sememangnya disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati pantai dan hiking. Petak-petak parkir tersedia. Tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Anda fikir anda tahu Aktiviti Trekking dan Hiking Di Bukit Keluang Besut ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Asam Pedas Ikan Kembung dan Pari Di Asam Pedas Simpang Ampat Melaka

$
0
0

"Asam Pedas Simpang Ampat"

Melaka memang popular dengan assam pedas. Memang retorik jika melancong atau berkunjung ke Melaka.




Sampai waktu makan tengah hari pasti akan tertanya. Mana kedai asam pedas terdekat sekitar Melaka ?


Mungkin bangun sahaja tidur sudah mencari-cari asam pedas untuk di cuba. Menu asam pedas boleh dikatakan antara salah satu masakan yang agak istimewa kerana bukan semua kedai makan menyediakan asam pedas.

Apa yang menarik mengenai asam pedas adalah kuah yang pedas dan memiliki rasa masam. Apalagi dengan bahan lauk seperti ikan kembung, ikan pari atau daging serta ayam yang terendam di dalam kuah masam dan pedas ini.

Aplikasi Bunga Kantan dan Daun Kesum

Dengan aroma bunga kantan yang mungkin masih ada saki baki dalam kuahnya dengan tambahan perisa daun kesum antara bahan asas untuk mendapatkan masakan kuah yang dinamakan dengan asam pedas ini.

Tomato dan kacang bendi sebagai penambah seri untuk asam pedas.

Sudah banyak menu asam pedas yang penulis cuba, tidak kira dalam Melaka dan luar Melaka.

Kali ini penulis membuat cubaan makan tengah hari dengan asam pedas di bumi Melaka sekitar Simpang Ampat.

Alang-alang sudah tengah hari, dan isteri penulis berhajat untuk singgah di Freeport Melaka untuk shopping maka gigihlah pencarian tempat makan yang sesuai.

Dalam carian berjaya ditemui sebuah restoran yang berasaskan asam pedas. Restoran Asam Pedas Simpang Ampat.

Restoran Asam Pedas Di Simpang Ampat

Sebuah restoran yang beroperasi dalam deretan rumah kedai dan betul-betul di tepi jalan. Ketika penulis sampai bilangan pengunjung tidak begitu ramai walaupun sudah waktu makan tengah hari.

Dengan suasana dalaman kedai yang agak malap dan suasana luar yang agak sejuk memandangkan keadaan hujan renyai-renyai mula membasahi bumi Melaka keinginan untuk mencuba kuah asam pedas yang masih panas cukup membuak-buak.

Tanpa rasa segan silu penulis mendapatkan pesanan set asam pedas ikan kembung dan set asam pedas ikan pari untuk isteri penulis.

Semuanya berlaku setelah mendapatkan senarai menu dari pelanggan kedai yang agak tidak 'friendly'.

Cuba Set Asam Pedas Ikan Kembung dan Pari


Set Asam Pedas Simpang Ampat
Dengan cuaca yang sejuk dan hujan renyai-renyai masih berlangsung. Sampailah set asam pedas yang dipesan dengan bertemankan limau ais. Masih panas dan inilah yang diperlukan ketika hujan renyai, kalau tidak dapat sup, asam pedas pun alhamdulillah.

Set asam pedas ini terdiri daripada sepinggan kecil asam pedas dengan lauk tertentu (ikan kembung untuk penulis), sepinggan nasi putih, separuh telur masin dan satu senduk sayur taugeh yang digoreng kilas.

Rasa Kuah Asam Pedas

Hirupan pertama pada kuah asam pedas yang agak cair dan tidak begitu pekat. Panas dan pedas terasa terus di permukaan lidah.


Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kembung
Asam pedas ikan kembung yang dihidangkan dalam pinggan ini boleh tahan rasanya, namun tidaklah begitu istimewa. Saiz ikan sederhana dan masih segar serta lembut.
Boleh tahan rasanya dengan ikan kembung kombinasinya. Tambah pula masin telur asin.

Portion Lauk Asam Pedas


Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari
Isi ikan pari untuk set asam pedas ikan pari boleh dipuji, banyak isinya. Dengan tekstur lembut isi ikan pari bersam kuah asam pedas masih enak.

Kepedasan Asam Pedas Di Sini

Penulis gemarkan makanan pedas, samyang hot chicken dan maggi pedas giler memang menjadi stok bulanan. Dari segi pedas, asam pedas ini tidaklah sepedas mana.

Jika dilakukan cabaran kepedasan mungkin asam pedas ini kalah. Paling pedas setakat ini pernah penulis cuba untuk asam pedas adalah di Kuala Linggi sebelum ini, dalam claypot.

Ulasan Penulis

Masakan Boleh Tahan

Ini ulasan penulis, dari segi makanan boleh tahan. Lauk masih segar dan cukup portionya. Asam pedas Melaka masih terpelihara, dengan rasa dan bau daun kesum dan bunga kantan tetap ada.

Walaupun kurang pedas, asam pedas ini sesuai untuk pilihan lain penggemar asam pedas.

Staf Kurang 'Friendly'

Dari aspek hospitaliti penulis gagal memberikan ulasan dalam segi pujian. Staf yang ada ketika hari kedatangan penulis agak kurang 'friendly'. Datang mengambil pesanan seumpama terpaksa.

Gagal ditemui sebarang senyuman kepada pelanggan dan jawapan kepada pertanyaan pelanggan dijawab acuh tidak acuh. Mungkin kerana keadaan cuaca mendung dan redup renyai-renyai baharu sahaja lepas mendengar lagu koleksi DJ Lin, mungkin.

Melihatkan review di fans page facebook juga agak mendukacitakan, semoga boleh meningkatkan prestasi.

Bertemankan Lalat

Satu lagi aspek adalah, masalah lalat. Mungkin pengusaha boleh mencuba melakukan sesuatu dengan keadaan lalat. Penulis faham akan situasi mungkin sedang hujan dan lalat mungkin sedang berpesta.

Namun, mesti ada cara untuk menghindari perkara begini berulang. Agak mengganggu pelanggan untuk menikmati asam pedas, risau jika ada lalat yang melakukan kamikaze ke dalam pinggan.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Cukup mudah untuk singgah, beberapa meter sahaja dari bulatan selepas exit PLUS Simpang Ampat. Jika dari exit tol dan bulatan dapatkan exit pertama dari bulatan dan tidak jauh kedai berada di sebelah kiri jalan.

Tn 6 Jalan BBSE 1 
Taman Bandar Baru 
Simpang Ampat 
78000
Melaka



Harga Makanan

Asam pedas mengikut lauk:

Asam pedas ikan kembung : RM8-RM9
Asam pedas ikan pari : RM9~

Datang dengan set nasi putih, telur masin dan sayur taugeh

Untuk hidangan penulis (sebagai contoh): set asam pedas ikan kembung, set asam pedas ikan pari dan limau ais = RM25

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan mula beroperasi pada jam 11 pagi dan ditutup pada jam 11 malam.

Parkir Kenderaan

Parkir rumah kedai dan agak terhad.

Anda fikir anda tahu Singgah Makan Asam Pedas Simpang Ampat Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Ada Apa Dengan Permainan PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG)

$
0
0

"Sejarah Erangel"

Erangel sebuah kepulauan yang agak asing. Tidak semua orang tahu akan sejarah tempat ini. Sebuah pulau yang agak besar dengan beberapa pulau kecil mengelilinginya.


Pertempuran Di Erangel
Pertempuran Di Erangel
Erangel seumpama pulau tinggalan pihak soviet ketika perang. Sunyi dan tiada penghuni. Bertemankan angin dan bauan kesengsaraan dengan panorama seumpama bumi sudah tiada makhluk bernyawa.


Erangel Map Classic
Erangel Map Classic
Malahan kelibat seekor lalat pun sukar ditemui apalagi desingan bunyi nyamuk di cuping-cuping telinga.

100 Orang Berperang Sesama Sendiri

100 orang pejuang telah ditempatkan di sebuah pulau kecil nun jauh di penjuru atas kanan geografi Erangel.

Berlainan watak dan perilaku dengan hanya berpakaian seluar dalam dan coli sahaja untuk wanita. Jika bernasib baik mampu memiliki seluar slack hitam dan baju kemeja hitam.

Apabila cukup 100 orang kapasiti yang ada di pulau tersebut yang memerlukan hanya satu minit untuk memenuhi pesawat pengangkut buatan Lockheed, Charlie C-130 Hercules.

Terjun Dari Pesawat C-130 Hercules

Pesawat C-130 ini hanya mampu mengelilingi Erangel sahaja. Melepasi Erangel tidak pernah seumpama bahan apinya sekadar mampu memberikan kuasa dalam perimeter Erangel sahaja.


Terjun Dari C130 Hercules
Terjun Dari C130 Hercules
100 orang manusia yang berbekalkan backpack yang berisi payung terjun 'dipaksa' untuk terjun menyentuh bumi Erangel, jika tidak mahu terhempas dengan C130 yang ditumpangi tadi.


Parachute Dalam PUBG Mobile
Parachute Dalam PUBG Mobile
Pencarian Senjata dan Barangan Ikhtiar Hidup

Setiap peserta akan menuju ke kediaman atau fasiliti tinggalan yang tidak lagi berfungsi di Erangel.

Looting Dalam Rumah Jumpa UMP4
Mencari segala perkakas (loot) untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi Erangel usang.

Senjata dan peluru, pakaian, alatan medikal akan ditemui di fasiliti dan kediaman terpilih. Nasib baik mungkin akan menemui sniper riffle, M16 atau AK-47 dengan peluru dan scope sekali.



Bergantung kepada terjahan ke bumi di mana 100 orang tadi singgah. Letih untuk marathon jangan risau, pelbagai kenderaan boleh didapati dari jip askar, ATV serta kereta volvo apalagi motosikal boleh digunakan.

Menjadi Wira 1 Dalam 100

Misinya hanya satu, teruskan hidup sehingga tinggal seorang sahaja, ya, dari 100 orang yang terjun bersama.




Bunuh sesama sendiri sehingga anda adalah manusia terakhir di bumi Erangel.Jika anda tidak membunuh, bom dari C130 dan serangan 'nuklear' biru akan menamatkan riawayat anda. Itu, dalam versi solo, anda juga boleh melakukan misi untuk terus hidup dalam 2 atau 4 orang untuk mencapai gelaran terakhir!!

WINNER WINNER CHICKEN DINNER!

Ini adalah sinopsis ringkas sebuah permainan yang cukup popular dimainkan ketika ini. Bermula dengan permainan 'Battle Royale' yang memiliki filem dan novel sendiri buatan Jepun. 

Keinginan Membunuh Ala Hunger Games dan The Purge

Keinginan tahu manusia mengenai sifat manusia sendiri sebagaimana filem 'Purge'.
Keinginan mengetahui apa yang akan berlaku jika ditempatkan di sebuah pulau atau tempat asing, berbunuhan semasa sendiri sehingga tinggal seorang sahaja yang tinggal.

Mungkin sedikit tema dari sekuel, filem epik Hunger Games.

PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG)



PUBG atau disebut PUB-G (sebutan:pab G), PlayerUnknown's Battle Ground ini adalah ciptaan Brendan Greene.

Sejarah Penciptaan PUBG

Brendan Greene bukanlah seorang designer/programmer permainan tetapi adalah seorang jurukamera dan pereka laman web dari Ireland.




Permainan 'Arma' dan 'DayZ' adalah permainan ciptaannya selepas kembali dari Brazil.

Greene ingin mencipta satu permainan di mana pemain dapat melepaskan 'kebebasan' dan 'ketamakan' untuk melakukan sesuatu apabila diberikan peluang untuk meneruskan hidup apabila berperang.

Kolaborasi Blue Hole Korea Selatan

Kolaborasi dengan Chang Han Kim, pereka permainan dari BlueHole Korea mula menjanakan peluang PUBG untuk hadir ke muka bumi.




Dengan tema 'Battle Royale' dan inspirasi permainan Greene terdahulu, DayZ. Mula dibangunkan sekitar 2016.

Di Lancarkan Kepada Dunia Secara Rasmi

Pada Mac 2017, PUBG telah dilancarkan secara rasmi.

Tiga hari dilancarkan, PUBG berjaya meraih kutipan sebanyak $11 juta dengan harga jualan $29.99 satu unit perisian permainan.

Pengguna android dapat download permainan ini dengan percuma di Play Store, untuk mobile semua percuma bukan sahaja untuk android sebenarnya.

Inovasi Kisah Combat Permainan Sebelumnya

Bagi peminat permainan video Counter-Strike dan Call Of Duty, PUBG adalah satunya permainan yang dinantikan.

Mujurlah dengan Huawei Nova 2i 4GB RAM berjaya penulis pasang di android penulis tanpa sebarang kesukaran.

Lebih banyak peta (maps) akan dibawakan ke dalam PUBG. Maka akan lebih meriah PUBG nanti.

Kini penulis sudah menjadi sebahagian dari PUB-G walaupun dalam versi Mobile. Menggunakan PC mungkin lebih seronok.


*segala gambar adalah dari screen shot PUBG-Mobile, kerana penulis bermain untuk mobile


Anda fikir anda tahu Ada Apa Dengan Permainan PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Nasi Kandar Kuning Ayam Goreng Nasi Lan Kedah Putrajaya

$
0
0

"Nasi Lan Kedah Putrajaya"

Sebelum ini penulis berjaya menjejakkan kaki ke Nasi Lan Kedah cawangan Shah Alam.
Nasi Lan Kedah bukan sahaja membuka cawangannya di Shah Alam.


Nasi Lan Kedah Putrajaya
Nasi Lan Kedah Putrajaya
Bagi penduduk Bangi, Kajang, Putrjaya atau Cyberjaya mungkin Dengkil boleh mencuba Nasi Lan Kedah tanpa perlu ke Shah Alam.


Nasi Lan Cawangan Putrajaya

Kini Nasi Lan Kedah sudah membuka cawangan mereka di Putrajaya.

Nasi Lan Kedah cukup popular dengan hidangan nasi kandar. Itu adalah hidangan utama mereka.

Pilihan Bukan Mamak

Bezanya bukan berkonsepkan mamak.

Bagi mereka yang gemarkan nasi dengan kuah campur dengan rasa rempah yang pelbagai boleh mencuba nasi kandar versi utara ini.

Mungkin sudah muak dengan masakan kuah kandar dari mamak, boleh cuba Nasi Lan Kedah.

Sotong Kembang Trademark




Di Nasi Lan Kedah Shah Alam penulis mencuba sotong kembang mereka. Agak mahal untuk rakyat marhaen. Makan sekali-sekala boleh sahaja.

Nasi warna kuning (ala-ala nasi ayam), campuran kuah pelbagai (kari, kerutuk dan sebagainya) dengan lauk pauk seperti sotong, udang, ayam serta ikan adalah bahan-bahan biasa dalam nasi kandar Nasi Lan Kedah.

Nasi Kuning Lauk Ayam Goreng Kuah Campur

Kali ini penulis tidak mengambil sotong kembang sebagai lauk, kali ini ayam goreng yang agak berempah.


Nasi Lan Kedah Kandar Ayam Goreng
Nasi Lan Kedah Kandar Ayam Goreng


Datang sahaja di Nasi Lan Kedah Putrajaya meskipun hari Sabtu dan waktu makan tengah hari keadaan masih tenang tidak sebagaimana di Seksyen 16 Shah Alam yang beratur sehingga kedai sebelah panjangnya.

Sistem Layan Diri Fast Food

Masuk sahaja terus ke bahagian kaunter mendapatkan makanan. Pengunjung akan ditanya oleh cashier sebagaimana membuat pesanan di Subway atau Fast Food lain.

Pilihan nasi semestinya tiada pilihan lain, pilihan lauk, kuah yang dicampur dan sayur. Dua sahaja pilihan sayur antara kobis goreng atau bendi celur.

Minuman Datang Kemudian

Selesai membuat pilihan terus membuat bayaran. Pelanggan akan diberikan satu 'penanda' yang bernombor untuk dibawa bersama iaitu nombor giliran untuk minuman. Minuman datang kemudian dengan penghantaran oleh pekerja di meja makan pelanggan.

Sekali pandang, memang caca marba persembahan makanan di pinggan.

Semuanya bercampur aduk dalam satu pinggan. Bagi mereka yang kali pertama memakan nasi kandar, mungkin pelik akan hidangan ini.

Rasa Nasi Kandar Lan Kedah

Dari segi rasa, masih sama dengan yang di Shah Alam. Kuah pekat yang berempah rasanya. Ayam goreng yang masih memiliki minyaknya dan cukup garing.

Rasa kuah nasi kandar tidak dimasinkan sangat kerana dalam satu set hidangan Nasi Lan Kedah ini diletakkan telur masin sebagai penambah perisa.

Ulasan Penulis

Bagi peminat nasi kandar boleh tahan kombinasi rasanya. Mungkin bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan nasi kuah bercampur, jangan campurkan kuahnya ambil sahaja satu atau dua kuah.

Dengan Sayur Bendi
Dengan Sayur Bendi
Untuk mengelakkan pembaziran.

Ruang makan yang luas dan susunan yang cukup cantik memandangkan masih baharu. Sinki dan tisu disediakan.

Setakat penulis ke sini, dari segi makanan dan suasana dalam keadaan terbaik.

Kuah agak pekat dan mungkin tambahan telur masin kurang sesuai untuk campuran semua kuah yang ada dalam dulang.

Rasanya masih sama dan berjaya di habiskan dengan cemerlang sebelum penulis dan isteri menuju ke Mr DIY di bangunan yang sama.

Informasi Pengunjung

Lokasi Nasi Lan Kedah Putrajaya

Terletak di pinggir Putrajaya yang diberikan nama Precint Diplomatik atau precint 14.
Berhadapan dengan Jalan P14. Cukup mudah untuk dilihat jika sudah berada di Jalan P14 ini.

Jalan Perak P15, 
Presint Diplomatik,
62050 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya




Harga Makanan Nasi Lan Kedah

Nasi Kuning
Ayam Goreng (sayap)
Sayur Kobis
Telur Masin

Nasi Kuning
Ayam Goreng (sayap)
Sayur bendi
Telur Masin

Limau ais

Semua makanan di atas berharga RM20.

Waktu Operasi Nasi Lan

Dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Parkir Kenderaan

Agak terhad memandangkan menggunakan parkir rumah kedai. Elakkan waktu puncak jika tidak mahu berjalan jauh atau baharu sahaja selesai pembedahan kaki.

Anda fikir anda tahu Nasi Kandar Kuning Ayam Goreng Nasi Lan Kedah Putrajaya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Pengalaman Winner Winner Chicken Dinner Solo, Duo dan Group Dalam PUBG Mobile Kali Pertama

$
0
0

"Winner Winner Chicken Dinner WWCD"

Perkataan atau ayat ini bukanlah kali pertama pernah penulis baca dan dengar. Penulis kenal akan ayat ini ketika filem 21, filem kisah besar seorang remaja yang ingin ke Harvard dengan mengira kad di Vegas dan akhirnya tertipu.

Winner Winner Chicken Dinner
Winner Winner Chicken Dinner
Maksud kepada frasa ini lebih kepada maksud angkuh. Dalam erti kata senang, siapa yang menang tetap akan menang, yang kalah boleh diratah sebagaimana makan hidangan ayam ketika waktu makan malam.


Petikan ini kini kembali lagi dan viral kerana satu game terbaik setakat ini iaitu PUB-G. Sebelum ini penulis ada berceritakan serba sedikit mengenai permainan ini. Penulis sendiri pada mulanya agak obses dan ketagih untuk 'push rank' dalam PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG) ini.

Maksud Winner Winner Chicken Dinner

Apa sebenarnya perkaitan frasa 'winner winner chicken dinner' dengan pub-g ?


Ada kaitannya. Sebagimana maklum PUBG adalah permainan secara 'battle royale' dengan manusia betul (ada juga bot) dengan avatar berlainan di seluruh dunia.

Jadi 'Lone Survivor'

Setiap pusingan terdapat 100 pesaing, untuk menang hapuskan dan terhapuskan 99 orang lain jika mahu keluar penyataan 'winner winner chicken dinner'.

Ia umpama cara untuk pemenang untuk bermegah dengan kejayaan menjadi pemenang. Apa tidaknya, dalam 100 orang anda adalah terakhir dan masih hidup, dalam permainan.

Memang layak untuk memenangi ungkapan sebegini.

Kurang Faham Bagaimana Daptkan WWCD

Bagi penulis, ketika baharu sahaja bermain pubg kurang arif bila mahu dapat frasa sebegini. Lihat di media sosial atau youtube penuh dengan ungkapan WWCD ini.

Jika diikutkan target penulis untuk mendapatkan winner winner chicken winner sudah tercapai. Dari solo, duo dan group.

Sudah berjaya penulis dapatkan. Dua WWCD title ini penulis dapatkan di server Asia, yang dikatakan server yang agak kurang bot di dalamnya.

Winner Winner Chicken Dinner Kategori Group

Pada WWCD pertama penulis dapat di server europe iaitu bersama kategori group di mana bermain dengan entah siapa-siapa.



Kesemua adalah empat orang, dua dah kembali ke pangkal jalan hanya tinggal dua orang iaitu penulis dan seorang lagi player dengan bendera turki.

Kami berdua berjaya mendapatkan WWCD tanpa sebarang pertelingkahan antara kumpulan. Itu yang pertama.

Winner Winner Chicken Dinner Kategori Solo

Untuk WWCD kali kedua, penulis mendapatkan WWCD secara solo, fuh, bukan mudah untuk mendapatkan WWCD dengan solo sebab kita bersendirian dan memerlukan pancaindera sebagaimana dunia realiti.



Mujurlah PUBG Mobile tidak sesukar PUBG PC. Dengan pertempuran di bahagian bukit dengan segala 'prone' berjaya 'menghapuskan' runner up untuk pusingan tersebut.

Winner Winner Chicken Dinner Kategori Duo

Bagi WWCD dalam kategori duo, penulis berjaya mendapatkan title ini bersama rakan penulis yang juga dikenali di dunia luar.



Dengan kerjasama yang jitu dan komunikasi menggunakan 'headphone' dan 'microphone' berjaya menewaskan 100 orang lain dalam kumpulan dua orang dengan jayanya.

Lengkap WWCD PUBG Mobile

Maka lengkaplah WWCD untuk setiap kategori, solo, duo dan group.

Cepat-cepat penulis kongsikan 'screen shot' sebagai kenangan. Makin lama makin naik level dan makin ramai 'manusia' akan bermain.

Mungkin agak sukar nanti untuk mendapat Winner Winner Chicken Dinner. Mujurlah dapat juga ketiga-tiga WWCD di awal populariti PUBG di dunia.

Bukan sukar sebenarnya untuk mendapatkan WWCD, pasti ramai pemain hebat lain setiap jam mendapat WWCD.

Jangan Begitu Obses

Apapun PUBG walaupun Mobile memang mengujakan dan kadang-kadang akan membuatkan orang agak obses, se'obses' makcik-makcik yang layan 'Jangan Benci Cintaku' hingga terbawa-bawa ke dunia nyata.

Bezakan Realiti dan Fantasy

Bermain permainan tidak salah, namun professional, mampu bezakan dunia game dan dunia realiti. Jangan pula sehingga memerlukan 'datum' sebagaimana dalam filem 'Inception' kerana gagal bezakan antara realiti dan fantasi.

Anda fikir anda tahu Pengalaman Winner Winner Chicken Dinner Solo, Duo dan Group Dalam PUBG Mobile Kali Pertama ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Makna Medal Dalam PUBG Mobile

$
0
0

"Medal Dalam PUBG"

Salah satu tarikan dalam PUBG (PlayerUnknown's BattleGround) selain dapat 'membunuh' dengan kelengkapan tentera adalah pingat (medal).

Maksud Medal Dalam PUBG Mobile
Maksud Medal Dalam PUBG Mobile
Apabila berakhirnya peperangan yang bermaksud anda sudah menamatkan nyawa kerana ditembak atau ter'mati' kerana Playzone akan diberikan sebarang pingat.



Setiap pingat mempunyai makna tersendiri, apa yang selayaknya untuk pemain tersebut. Tetap akan memiliki gelaran meskipun gagal hidup lama dalam game apalagi menjadi pemain paling awal mati.

Senarai Medal Dalam PUBG Mobile

Pingat-pingat inilah sebagai penanda aras kemahiran anda untuk pusingan tersebut. Di bawah disenaraikan beberapa medal yang bakal diperolehi oleh pemain pubg secara lazimnya.

• Gunslinger - Get kills between 7-10

• (a) Terminator [with gold lining] - 10+ kills
(b)Terminator [without gold lining] - Killing the last person alive and getting rank 1

• Marathon man - Covering over 1000+ m distance by feet

• Berserker - Doing damage over 800 with 3+ kills and survival time over 20+ min

• Chicken master - (derived from winner winner chicken dinner) getting rank 1 with 5+ kills

• Nugget dinner - Getting rank 1 with less than five kills

• Golden boy - Winning doing 0 damage and taking 0 damage

• Long bomber - getting headshot kills over a large distance by any gun

• Head hunter - 2+ head shot kills

• Grenadier - 2+ kills via grenade

• Fight club - Getting 2+ kills via use of punches

• Survivalist - Getting 25+ min survival time with low kills and low damage

• Armour Expert - Possessing level 3 armour , backpack and vest

• Deadeye - kills via accurate shots in long distance sniping

• Finisher - Killing a critically damaged enemy (the initial damage should be inflicted by someone other than your team)

• Gladiator - Getting 2+ kills via use of Pan , Crowbar , Machete , Sickle aka melee weapons

• Curator - Having an almost full bagpack throughout the game

• Scavenger - Looting 2+ air drops

• Bling Bling -

• Wabbit hunter - Getting 2+ kills via shotgun

• Road rage - Getting 2+ kills by running people over with a vehicle

• Medic - 500+ health recover (revives also help)

• Lifesaver - Do 3+ revives

• Suicide Squad - Killing yourself with a grenade. This medal is also received when you die outside the playzone. It was updated after 4.0.

• Wretched hive - 

• Prone to prone - (prone also means lying down flat) getting 2+ kills in "lying down position"

• Flying fish - Falling from a height inside water 2+ times

• Wild shot - Doing overall damage of less than 10 through out the game i.e 0 kills with a random hit ( or 1 kill if a headshot)

• Skyfall - Dying via bombardments in the red zone

• Sir Miss-a-lot - miss a lot of shots

• Sucide Squad - Dying by blowing yourself up with a grenade or commiting any stupid act act that can get you killed (running in open field when enemies are around)

• Helpless - Getting knocked out 3+ times in game

• Masochrist - Doing damage to yourself by grenade

• Fly on the wall - Dying from being outside the safezone without doing much (0 damage) after you land (generally players who get disconnected get this)

• Freeloader - Surviving in squad or duo throught out the game with 0 kills and getting good rank ( generally rank 1)

• Couch potato - Dying early in the game with below 50 rating while your team gets high rank and all other players get high ratings

• Too soon - Dying within 3 mins of landing

• Vision d'aigle - killed some people from very long distance with only Red Dot sight.

Dengan adanya senarai ini boleh lah kiranya jadikan panduan kepada geng-geng pengumpul pingat apabila sudah tahu akan makna disebalik pemberian dalam permainan PUBG ini.

Anda fikir anda tahu Makna Medal Dalam PUBG Mobile ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Viewing all 551 articles
Browse latest View live