August 13, 2018, 11:00 pm
"Minimum Requirement for PUBG"
Permainan PUBG adalah permainan yang agak meluas. Bukan sahaja melalui personal computer (PC) atau XBox akan tetapi boleh dimainkan melalui android dan ios.
![Pubg Minimum Requirements Pc and Mobile Pubg Minimum Requirements Pc and Mobile]() |
Pubg Minimum Requirements Pc and Mobile |
Bukan semua peranti dan gajet mudah alih boleh menyokong aplikasi PlayerUnknown's Battle Ground (PUBG) ini.
Terdapat keperluan (requirement) untuk alat tidak kira PC atau mobile untuk dipatuhi.
Di bawah adalah requirement yang diperlukan untuk PC dan peranti mobile yang mematuhi (compatible) aplikasi PUBG supaya permainan lancar dan tanpa sebarang kerisauan ketika melakukan aktiviti dalam PUBG.
PUBG Minimum Requirements for PC:
![PC PUBG Minimum Requirements PC PUBG Minimum Requirements]() |
PC PUBG Minimum Requirements |
Requires a 64-bit processor and operating systemOS: 64-bit Windows 7, Windows 8.1, Windows 10Processor: Intel Core i3-4340 / AMD FX-6300Memory: 6 GB RAMGraphics: nVidia GeForce GTX 660 2GB / AMD Radeon HD 7850 2GBDirectX: Version 11Network: Broadband Internet connectionStorage: 30 GB available space
PUBG Mobile Minimum Requirements :
PUBG Mobile Android Device Requirements
Android version: Android 4.3 and above (Android 5.1.1 and above recommended)RAM: 2GB or moreStorage/Size: ~1GB
Snapdragon: 835, 821, 820, 660, 653, 652, 650, 625Exynos: 8895, 8890, 7420, 5443Apple: A11 bionic, A10, A9X, A9MediaTek: X30, X25, X10, MT6797T, MT6797, MT6795, P10Huawei Kirin: 658, 655, 970, 960, 955, 950, 935, 930
PUBG Mobile iOS Device Requirements
iOS version: iOS 9.0 and above
Compatible devices: iPhone 5s or newer
iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XiPad Air, iPad mini 2, iPad Air 2, iPad mini 3, iPad mini 4, 12.9-inch iPad Pro, 9.7-inch iPad Pro, iPad (5th generation), 12.9-inch iPad Pro (2nd generation), 10.5-inch iPad Pro, iPad (6th generation)iPod touch (6th generation)Storage/Size: ~1GB (903.1 MB for version 0.3.3)
Sudah mematuhi piawai requirement untuk download dan install pubg pc atau pubg mobile.
Kegilaan dan kemeriahan PUBG telah menjadi satu 'tema' untuk pengeluar gajet dan peranti bersaing sesama sendiri untuk menarik minat pembeli.
Model Phone Paling Sesuai Dengan PUBG (Recommended)
Pelbagai jenama dan model yang dikeluarkan yang memenuhi kriteria untuk bermain pubg.
Honor Play, salah satu peranti terbaik untuk PUBG dari Huawei. Dengan diikuti beberapa jenama lain seperti Asus dan Redmi yang bersaing mendapatkan perhatian peminat PUBG Mobile.
Republic of Game ROG Phone keluaran Asus juga boleh dijadikan pilihan.
Jom berperang secara berhemah!
Winner Winner Chicken Dinner
Anda fikir anda tahu Minimum Requirement to Install PUBG PC and PUBG Mobile ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
"Peluang Kerja Singapura"
Bermula dengan intro lagu di Ambang Wati nyanyian Awie. Husin, memberikan 'signal' tangan untuk memasuki simpang.
![Panduan Mencari Kerja Di Singapura Panduan Mencari Kerja Di Singapura]() |
Panduan Mencari Kerja Di Singapura |
Dengan tunggangan motosikal 'chopper' bewarna merah Husin meneruskan tunggangan dan berhenti di kedai Pak Jabit.
Bergaya dan nampak kaya kepulangan Husin seorang anak watan Kampung Pisang yang kurang bernasib baik akademiknya.
Bertegur sapa dengan penduduk kampung yang sedang enak menikmati makanan dan minuman serta lepak di kedai Pak Jabit.
Letih masih belum lagi hilang dari mencari rezeki di 'oversea' katanya. Benar, Husin bekerja di oversea, dua tanah yang dipisahkan dengan Selat Tebrau.
Bekerja di Singapura. Dah mampu untuk beli Evo, katanya kepada roh Cik Nin.
Zaman dahulu hingga kini, ramai warga Malaysia yang mencari rezeki di Singapura.
Nilai Mata Wang Tinggi Berbanding Malaysia
Semuanya kerana faktor forex (foreign exchange). Perbezaan nilai matawang. Jika di sana SGD2000 di sini MYR6000 (anggaran kasar).
Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia beria-ia keluar pagi bersesak sesak di Tambat Johor dan Link Kedua demi menambahkan nilai ekonomi.
Rate SPM jika bekerja di Singapura adalah SGD2000. Sekadar tukang cuci sahaja. Namun, dengan nilai matawang tersebut pulang ke Malaysia, alhamdulillah.
Sungguh lumayan. Namun, mudahkah untuk dapatkan peluang pekerjaan di Singapura ? Sebagai rakyat Malaysia ?
Kelebihan Bekerja Di Singapura
Sebelum pergi lebih jauh, kita lihat beberapa kelebihan bekerja di Singapura yang perlu anda tahu:
1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan!
Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. :)
4. Sah dan Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja.
Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Cari Kerja Di Singapura Tanpa Agensi Pekerjaan
Banyak terpampar di laman agensi pekerjaan seumpama jobstreet atau jobsDB yang turut menjadikan peluang pekerjaan di Singapura kepada rakyat Malaysia.
Kebanyakan adalah melalui agen. Kadang-kadang jika melalui agensi sebegini, terdapat risikonya. Ditipu, itulah salah satu ketakutan bila berurusan dengan orang tengah.Kita lupakan orang tengah, sebenarnya kita boleh uruskan sendiri peluang mendapatkan pekerjaan di Singapura.
Kalau jarak jadi ukuran, itu hanya alasan, ada yang bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Seremban yang berjarak 50-60km sedangkan tinggal di Johor bekerja di Singapura sekadar beza jarak 1 km sahaja.
Langkah - Langkah Persediaan Bekerja Di Singapura
Beberapa persediaan yang perlu bakal pekerja Singapura tahu untuk mendapatkan peluang pekerjaan di Singapura.
Boleh rujuk faktor di bawah:
1. Strategi Mencari Kerja
Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan!
Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.
Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.
2. Dokumen - Dokumen Penting
Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.
Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.
Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.
3. Pengangkutan
Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.
Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.
4. Tempat Penginapan
Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.
Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.
Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.
5. Hal -Hal Penting Lain
Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.
Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
Perihal tentang gaji?
Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?
Tips Dari Pakar Runding Pekerjaan Di Singapura
Lima (5) topik persoalan ini dihuraikan dengan terperinci oleh pakar melalui pengalaman.Perunding kerjaya, Puan Haniza Rashid pakar dalam langkah-langkah dan cara mendapatkan peluang pekerjaan di Singapura.
![]() |
Puan Haniza | Pakar Runding Kerjaya Singapura |
Dari pengalaman dan permerhatiannya dalam bidang perundingan kerjaya beliau telah menerbitkan satu e-book yang merangkumi 5 bab yang disenaraikan di atas.
Semuanya terbukti dan tanpa sebarang campur tangan dari agensi pekerjaan yang mengaut komisen dari 'offer letter' anda.
Buku Panduan Langkah Langkah Mencari Kerja Di Singapura
Perlu ada satu buku panduan, biasalah manusia jika diceritakan sahaja sukar untuk jelas. Dengan adanya buku sebegini, apabila terlupa akan langkah-langkah yang perlu anda ikuti, boleh rujuk kembali.
Senang bukan.
Semuanya dijelaskan dalam e-book ini dan boleh dapatkan e-book ini dengan harga yang cukup istimewa jika dibandingkan gaji lumayan yang bakal anda perolehi nanti.
![Buku Panduan Mencari Kerja Di Singapura Buku Panduan Mencari Kerja Di Singapura]() |
Buku Panduan Mencari Kerja Di Singapura |
Hanya RM30. Aduh! RM30, jumlah 3 hari makan di kedai. Berminat untuk mendapatkan cara dan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan di Singapura ?
Klik sahaja pada banner di bawah.
Anda fikir anda tahu Panduan Langkah - Langkah Mencari Kerja dan Bekerja Di Singapura Tanpa Gunakan Agen ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
↧
"Warung Imam Muda"
Menu kambing adalah antara menu yang memiliki peminatnya sendiri. Ada yang semata-mata berulang alik dengan jarak yang jauh semata-mata untuk menikmati menu masakan berasaskan daging kambing.
![Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda]() |
Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda |
Hidangan kambing juga boleh wujud dalam banyak variasi pilihan selera. Ada yang dipanggang dan dicecah dengan kuah. Ada dijadikan lamb chop. Dijadikan lauk dalam nasi goreng dan pelbagai jenis hidangan.
Lamb Chop Hidangan Popular
Paling popular adalah dalam menu 'lamb chop', harganya juga lebih mahal berbanding hidangan western lain. Daging kambing memang sesuai dengan sediaan perapan sebelum dibakar. Jarang sekali jumpa dengan hidangan daging kambing goreng atau gulai.Bukan tiada, cuma tidak sepopular daging kambing yang dibakar.
Jika dimakan dalam bentuk hidangan western food cukup biasa. Meratah daging kambing yang dibakar dengan coleslaw dan kentang goreng, itu biasa.
Kurang biasanya apabila dimakan dengan nasi putih dengan sup. Itu dahulu, kurang biasa. Tapi kini sudah banyak penyediaan menu kambing bakar dimakan bersama nasi dan sup.
Bukan kali pertama penulis mencuba hidangan sebegini, kali pertama ketika mencuba hidangan ini di Setia Taipan Setia Alam.
Daging Kambing Bakar Jalan Kebun
Untuk kali ini, penulis mencuba pula nasi putih dengan sup berlaukkan daging kambing bakar di kawasan yang sedang membangun kepesatan ekonomi dari sosio permakanan iaitu Jalan Kebun.
Jalan Kampung Lombong sebenarnya. Terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan nasi daging kambing bakar set di Jalan Kg Lombong ini. Kedai tersebut dikenali sebagai Warung Imam Muda.
Bukanlah asing bagi penulis yang pernah menetap di kawasan sekitar sini. Namun ini kali pertama mencuba hidangan disini.
Warung Imam Muda Jalan Kebun
Nama warungnya sahaja sudah komersil. Warung Imam Muda, merupakan gelaran yang cukup laris di dunia selebriti apabila terdapat gelaran ini dipangkal nama.
Kita akan bercerita perihal asal usul Warung Imam Muda nanti, siapakah iman muda tersebut ?
Set Nasi Kambing Bakar Imam Muda
Kita menyelusuri perihal nasi kambing bakar popular di warung Imam Muda Jalan Kebun ini.
![Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda]() |
Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda |
Tersedia dalam kategori set, pesan sahaja sudah pasti pengunjung akan diberikan hidangan seperti:
Nasi Putih
![Semangkuk Nasi Putih Semangkuk Nasi Putih]() |
Semangkuk Nasi Putih |
Nasi putih yang dalam 'portion' bentuk mangkuk kecil. Pastinya yang masih panas. Nasi yang bewarna putih tanpa sebarang warna lain.
Didatangkan dalam pinggan.
Daging Kambing Bakar Black Pepper
![Daging Kambing Black Pepper Daging Kambing Black Pepper]() |
Daging Kambing Black Pepper |
Sepinggan daging kambing yang dibakar dilelehkan dengan sos lada hitam. Diletakkan sekali sayuran seperti hirisan timun dan daun salad.
Hijau dan hitam kombinasi pada pinggan ini.
Bau hamis menandakan memang daging kambing disediakan.
Sup Kosong
![Sup Kosong Sup Kosong]() |
Sup Kosong |
Nasi yang pejal dan daging yang tekturnya liat-liat kambing, sos yang mampu melekat di kerongkong.
Sup adalah kombinasi terbaik untuk membantu campuran-campuran ini sampai ke tangki perut selepas dilincirkan olehnya. Sup berperisa dengan taburan daun sup.
![Teh O Ais Limau Teh O Ais Limau]() |
Teh O Ais Limau |
Bilas segala makanan yang berjaya ditelan dengan teh o ais limau.
Ulasan Penulis
Dari segi rasa daging kambing bakar dengan sos, sedap, bukan terlalu sedap atau terlalu tidak sedap. Sesuai dengan harganya. Portion lauk boleh diberikan pujian, agak banyak.
Rasa Daging Kambing
Dari segi tektur daging kambing, masih lagi dari aspek sedan-sedan, masih senang dikunyah tidak begitu liat. Cukup senang menggunakan sudu dan garfu untuk meleraikan isi dengan tulang.
Terdapat bau hamis kambing, untuk mereka yang tidak gemarkan bau ini mungkin akan terkesan sedikit.
Rasa Sos Lada Hitam
Sos lada hitam tidak begitu menonjol, dengan maksud adalah baik kerana tidak terlalu merosakkan rasa daging kambing. Agak cair dan sukar untuk melekat pada daging. Namun masih sedap.
Sup kosongnya tidak begitu kosong. Masih terdapat rasa penambah perisa kekurangan rasa rempah.
Dari segi persekitaran, kerana terlalu hampir dengan parit bersebelahan mungkin terdapat masa yang menghadirkan aroma yang tidak senang dari kawasan parit.
Rating Warung
Secara keseluruhan agak baik, adakah penulis akan datang lagi ? YaDengan mata 3.5/5 boleh diberikan.
Info Warung
Meskipun dinamakan Warung Imam Muda, kedai makan ini bukanlah dimiliki atau ada tempias dari rancangan realiti Imam Muda di Astro.
Imam muda yang terdapat pada nama warung ini adalah kerana pemiliknya adalah seorang imam muda (timbalan imam) di kariah ini.
Penulis juga ada terfikir adakah ia milik salah seorang peserta imam muda di kaca tv. Memang bukan tepat sangkaan penulis.
Konsep islamik diterapkan dalam pengurusan warung, dengan alunan dari corong pembesar suara yang menyenangkan dan dengan pemakaian pekerja yang lebih menjurus kepada kesopanan dan kesusilaan.
Informasi Pengunjung
Lokasi Di Kg Jalan Kebun
Terletak di Lorong Haji Hussain, Kampung Jalan Kebun tidak sesukar mana untuk ke warung ini.
Jalan Haji Hussin, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Warung Imam Muda
Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat. Beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang. Dua sesi makanan disediakan, 8-11.30 pagi untuk sarapan dan 11.30 sehingga 3 petang untuk hidangan berat.
Harga Makanan
Dua set nasi daging kambing bakar dengan air limau ais dan teh o ais limau dalam RM22.50
Kawasan Parkir
Cukup Luas dan disediakan untuk pengunjung. Melebihi 10 kenderaan bersaiz sedan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa.
Anda fikir anda tahu Nasi Daging Kambing Bakar Warung Imam Muda Kampung Jalan Kebun ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
September 18, 2018, 7:05 pm
"HDB Flat to Private Condominium"
After for more than five years of you residing in HDB and now it is time you want to upgrade your residential house to a condominium. When you were younger and wanting a house to settle down to build your family, you began searching for the latest Build to Order (BTO) launches or resale HDB flats so you can be near to your parents.
![]() |
Bto Latest Launches |
Now, that your finances are going strong and stable, you are dreaming of upgrading your home to a private residential condominium.
Before being able to do so, you got to make sure that you comply to certain measures and regulations the government has implemented.
Minimum Occupancy Period (MOP)
Singaporeans know that they will need to serve their Minimum Occupancy Period (MOP) before selling or renting out the whole unit of HDB flat, even the BTO flat that you proudly purchased as your first home.
Now, that you have complied with the MOP and you can finally start planning and buying your dream house. You may have some familiarity with the process, the similar one that when you bought your first home but there’s differences between buying a private residential property and a HDB flats.
Using Bank Loan
Taking up bank loan rather than relying on HDB loan which means you will need to fork out more down payment, 20% of the property value which at least 5% has to be in cash and the remaining 15% in cash and CPF savings. You will also incur lower interest rates on your loan with HDB loans pegging at 2.6% and bank loans close to 1.5%.
You will also have to draw up proper plan to pay your mortgage. This is due to limits of how much CPF monies you could use to pay off for your mortgage. There are two limits that cap the maximum amount of CPF monies you can use to repay mortgage – Valuation Limit (VL) and Withdrawal Limit (WL). If you have reach these limits, you will have to fork out the remaining mortgage payments in cash.
CPF Calculation For Mortgage Payment
Check out this CPF calculator here to see how much you will need to fork out for mortgage payments. You also have to comply with Total Debt Servicing Ratio (TSDR) which you can only utilize up to 60% of your gross income to pay off your debt obligations, including credit card debt, student loans, personal loans and other loans.
There’s also Loan-to-Value (LTV) that sets maximum loan you can take against property’s value depending on your situation.
Below are three possible scenarios for HDB flat owners who decide to upgrade a condominium.
Buy Condominium and Sell Your HDB Flat
In this scenario if you intend to sell off your HDB flat before buying your condominium which you will likely have sufficient cash resources to pay your down payment but you may need to consider where you will need to move out if you do not have time to purchase of your new condominium and sale of HDB flat perfectly.
You will need to race with time and stressful moving process the entire home within a short space of time.
If you intend to sell your HDB flat after getting your condominium, you will need to ensure you have enough cash reserves to pay your down payments as well as comply with TSDR.
This will cause your LTV ratio where you may be required to fork out 50% of property value upfront. Besides, don’t forget the ABSD you will need to pay because this will be considered as the second property. This situation will complicate the transaction process but you can still apply for bridging loan from banks with new home and if you sell your HDB flat within 6 months of your condominium purchase and you will be able to apply for a refund.
Buy Condominium and Rent HDB Out
In this situation when you do not want to sell off your HDB flat after buying your condominium. This shows you have passed the TSDR, LTV and ABSD challenges – you have strong financial situation in this case. You took the chance to rent out your HDB flat out to generate passive income, in return you are able to recoup the costs that you have incurred.
There’s regulations for renting out your HDB flat depending on the citizenship quota around the area. You can check here to adhere the quota.
After all this situations, you will be excited to move into your new condominium and could be swimming or have barbecue with friends by the pool. But as time goes by, you may find yourself using less of the facilities provided and you will still need to pay for your facilities and management fees but you will definitely achieve your dreams of your lifetime.
Do You Know Ways to Upgrade Your HDB Flat to Private Condominium in Singapore Strategically ?
Think Again
↧
September 19, 2018, 7:00 pm
"Lokasi Kamera Aes dan AwAS"
Senarai Kamera AwAS Di Lebuhraya Seluruh Malaysia Mengikut Kawasan Lebuhraya. Nama Lebuhraya dan had laju yang dibenarkan.
![]() |
Sumber: Facebook |
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Had Laju: 110KM/j
1. KM151.4 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 2. KM146.8 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 3. KM146.8 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 4. KM1 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 5. KM1 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 6. KM184.2 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 7. KM185 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 8. KM214.4 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 9. KM214.4 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 10. KM97.2 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 11. KM96.3 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 12. KM299.9 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 13. KM375.9 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 14. KM204.6 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 15. KM166 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan) 16. KM174 Lebuhraya PLUS (Arah Utara) 17. KM328.8 Lebuhraya PLUS (Arah Selatan)
Had Laju: 90KM/j
1. KM301.6 Lebuhraya PLUS (Arah Utara)
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Had Laju: 110KM/j
1. KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) (arah ke Kuala Terengganu)2. KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) (arah ke Kuala Lumpur)
Lebuhraya SKVE
Had Laju: 80KM/J
1. KM6.6 Lebuhraya SKVE
Lebuhraya Guthrie
Had Laju: 110KM/j
1. KM18 Lebuhraya Guthrie (Arah Utara) 2. KM18 Lebuhraya Guthrie (Arah Selatan)
Lebuhraya ELITE
Had Laju: 110KM/j
1. KM28.4 Lebuhraya ELITE (Arah Utara) 2. KM17 Lebuhraya ELITE (Arah Selatan)
Lebuhraya LEKAS
Had Laju: 110KM/j
1. KM21 Lebuhraya LEKAS (Arah Utara) 2. KM21 Lebuhraya LEKAS (Arah Selatan)
Lebuh Sentosa WP Putrajaya
Had Laju: 70KM/j
1. KM1.6 Lebuh Sentosa
Jalan Persekutuan / Laluan Bukan Lebuhraya Utama
Had Laju: 70KM/j
1. KM17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai (Kelantan)
Had Laju: 90KM/j
1. KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Sungkai)
Senarai Jalan Raya BerKamera Di Lampu Isyarat
1. Jalan Klang Lama (Kuala Lumpur)2. Jalan Ipoh (Kuala Lumpur)3. KM26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (Sungai Siput)4. Jalan Pasir Putih Ipoh (Perak)5. KM1 Jalan Gurun - Sik (Arah Gurun) (Kedah)6. KM36 Jalan Alor Setar - Butterworth 7. KM54 Jalan Alor Setar - Butterworth8. KM4 Jalan Sitiawan - Lumut (Arah Lumut)9. KM4 Jalan Sitiawan - Lumut (Arah Sitiawan)10. KM11 Jalan Sitiawan - Ipoh 11. KM116 Ipoh - Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)12. KM116 Ipoh - Kuala Lumpur (Arah Ipoh) 13. KM14 Jalan Ipoh - Pusing (Arah Sitiawan)14. KM38 Jalan Ipoh - Kampar (Arah Ipoh)15. KM8 Jalan Teluk Intan - Hutan Melintang
Setakat 1 september 2018 terdapat 45 buah kamera AwAS telah dipasang untuk memantau kesalahan had laju pengguna jalan raya yang melebihi had had tertentu.
Memandangkan Malaysia tiada sebarang had laju seumpama Nurburging di German maka patuhilah.
Anda fikir anda tahu Senarai Lokasi Kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) Seluruh Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
↧
September 20, 2018, 7:00 pm
"Resort Di Bukit Keluang"
Persekitaran Bukit Keluang Besut Terengganu boleh penulis katakan adalah kawasan pelancongan yang lengkap setakat penulis kenali. Dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di kawasan sekitar ataupun di Bukit Keluang sendiri.
![Tanjung Demong Beach Resort Besut Tanjung Demong Beach Resort Besut]() |
Tanjung Demong Beach Resort Besut |
Mandi-manda di pantai, pendakian ke Puncak Bukit Keluang untuk melihat matahari terbit, paragliding untuk dicuba, peluang mengelilingin Pulau Ru dengan banana boat dan memancing atau juga menjadi tempat terbaik untuk mereka yang gemarkan barbecue di tepi pantai sebagai lokasi santapan.
Bukit Keluang menjanjikan aktiviti menarik untuk pengunjung.
Bukit Keluang Kawasan Strategik
Kedudukan Bukit Keluang yang betul-betul menyentuh Laut China Selatan menjadikannya kawasan yang strategik. Lindungan angin monsoon oleh pulau-pulau di hadapannya memberikan ketenangan kepada strukur muka bumi Bukit Keluang meskipun ketika musim monsoon.
Dengan perkembangan kawasan pelancongan Bukit Keluang yang kian dikenali. Sudah banyak penginapan dan tumpangan yang wujud. Memberikan satu petanda kepesatan pelancongan di Bukit Keluang Besut.
Resort Di Sekitar Bukit Keluang Besut
Jika dahulu hanya sebuah kawasan paya gelam kini didirikan dengan resort dan rumah penginapan.
Salah satunya adalah Tanjung Demong Beach Resort Besut.
![Tanjung Demong Beach Resort Trademark Tanjung Demong Beach Resort Trademark]() |
Tanjung Demong Beach Resort Trademark |
Sebuah tempat penginapan yang tidak kurang tarikannya. Salah satu pilihan penulis jika berkunjung ke sekitar Bukit Keluang. Penulis telah memilih Tanjung Demong Beach Resort sebagai pilihan percutian keluarga penulis kali ini.
Apa yang menariknya tentang Tanjung Demong Beach Resort ini dan apa kurangnya penulis akan ceritakan.
Pandangan pertama penulis ketika mula-mula memasuki ruang depan resort begitu tinggi harapannya.
Percutian Dua Hari Satu Malam
Dengan harapan dua hari satu malam yang akan dipenuhi dengan jayanya.Seperti warna cat yang terdapat pada bangunannya ceria dalam erti kata tenang, warna jingga dan pic serta sedikit warna kayu untuk hiasan luaran.
Dari tempat 'receiption' lagi sudah boleh kelihatan bangunan dua tingkat yang mana merupakan bangunan kediaman penginap.
Hiasan Luaran Resort
Tema warna kayu, jingga dan koko. Kawasan lobi juga dihiasi dengan perabut kayu buatan tangan yang membentuk kerusi dan meja untuk pengunjung menunggu atau melepaskan lelah.
![Bangunan Bilik Penginapan Tanjung Demong Bangunan Bilik Penginapan Tanjung Demong]() |
Bangunan Bilik Penginapan Tanjung Demong |
Dari kawasan lobi resort tidak banyak fasiliti yang dapat dilihat melainkan satu bangunan dua tingkat bertentangan dan kawasan parkir yang agak luas.
Itu permandangan pertama sebelum memasuki bilik yang ditempah.
![Laman Tengah BilikTanjung Demong Laman Tengah BilikTanjung Demong]() |
Laman Tengah BilikTanjung Demong |
Memandangkan abah penulis yang agak tidak sihat keadaannya, penulis dan isteri memilih tingkat bawah di bangunan berdekatan kawasan lobi resort. Tidaklah begitu jauh antara tempat parkir dan bilik.
Suasana Bilik Inapan Di Tanjung Demong Beach Resort
Tidak begitu banyak yang digambarkan untuk sebuah resort biasa. Tipikal resort bajet, terdapat bilik air di permulaan masuk, katil disebelah sisi dan televisyen atau kelengkapan lain bertentangan dengan katil.
![Bilik Resort Tanjung Demong Bilik Resort Tanjung Demong]() |
Bilik Resort Tanjung Demong |
Keluasan Bilik
Secara anggaran 20 kaki X 10 kaki keluasannya. Selesa untuk dua penginap.
Kategori Bilik
![Katil Bilik Tanjung Demong Resort Katil Bilik Tanjung Demong Resort]() |
Katil Bilik Tanjung Demong Resort |
Dilengkapi dengan dua kategori bilik,satunya memiliki dua buah katil dan lainnya memuatkan tiga buah katil pada keluasan bilik yang sama.
Pendingin Hawa
Tersedia pendingin hawa yang telah dihadkan penggunaan eletriknya. Pengunjung boleh menggunakan julat suhu antara 20-28 darjah celsius sahaja.
Dibalik tirai langsir terdapat balkoni bersaiz kanak-kanak yang memisahkan ruangan bilik dengan taman buatan di tengah-tengahnya.
Tipikal Bilik Bajet Percutian
![Kelengkapan Dalam Bilik Resort Kelengkapan Dalam Bilik Resort]() |
Kelengkapan Dalam Bilik Resort |
Tiada sebarang kelainan berbanding dengan tipikal bilik sebuah resort lain. Katil, televisyen, set minuman termasuk cerek air, dan beberapa soket eletrik. Bilik airnya agak luas dengan dilengkapi pancuran pilihan air panas atau sejuk.
Untuk kelengkapan bilik cukup puas hati dengan bajet untuk satu malam.
Resort Berhampiran Pantai
Kedudukan resort ini jika dibuat carian melalui google maps sememangnya berdekatan dengan laut atau pantai.
![Suasana Sunrise Pantai Tanjung Demong Resort Suasana Sunrise Pantai Tanjung Demong Resort]() |
Suasana Sunrise Pantai Tanjung Demong Resort |
Bukan bersebelahan namun agak jauh sedikit dengan kawasan pantai. Pesakit yang memiliki kurang keupayaan menggunakan kaki atau paru-paru mungkin agak sukar untuk ke pantai.
Jarak Pantai dan Bilik Inapan
Secara anggaran yang boleh penulis jelaskan jarak antara pantai dan kawasan lobi resort adalah mungkin lebih kurang 300-400m jaraknya. 12-15 minit jika berjalan kaki.
Usah khuatir terdapat bangunan bilik inapan berdekatan pantai yang mungkin mengurankan jarak ratus-ratus meter berkenaan.
Dua Buah Kolam Mandi
![Kolam Mandi Di Tanjung Demong Resort Kolam Mandi Di Tanjung Demong Resort]() |
Kolam Mandi Di Tanjung Demong Resort |
Tidak dinafikan kolam renang antara fasiliti yang akan ditanya terlebih dahulu penginap sesbuah resort atau tempat penginapan.
Di Tanjung Demong Beach Resort terdapat dua buah kolam yang berlatarkan jubin biru. Satu untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk bukan kanak-kanak.
Kedalaman Kolam
Bagi kolam kanak-kanak berkedalaman 4 kaki, untuk kolam dewasa berkedalaman sekitar paras dada seorang lelaki normal berketinggian 1.7m.
Bukan penginap boleh menggunakan kolam dengan pendaftaran dahulu di bahagian receiption dengan bayaran tertentu.
Fasiliti Lain Sekitar Resort
Fasiliti lain yang terdapat disini yang dapat dilihat adalah ruang makan, surau dan taman permainan tepi pantai yang turut dilengkapi dengan bangku dan teduhan sekitar pantai jagaan pihak resort.
Pantai dikelaskan sebagai 'private beach' untuk pengunjung resort sahaja.
Ulasan Penulis
Dari segi kelengkapan yang terdapat dalam bilik inapan cukup berpuas hati. Dengan bilik berhawa dingin dan mandian panas sudah memadai untuk keselesaan.
Namun, tempat meletakkan selipar atau kasut agak mengelirukan, letak di luar atau di dalam bilik. Untuk selipar jepun memang tiada sebarang kekesahan namun untuk kasut yang berjenama mungkin agak berterabur jika tiada tempat khas untuk kasut/selipar.
Kupon Sarapan Jarang Ditemui
Terdapat kupon untuk satu bilik sarapan pagi. Terbaik untuk harga tersebut, maksud penulis dengan harga bajet bawah RM200.
Namun, dari pengalaman penulis, sarapannya bukan dalam kategori 'buffet' namun 'ala carte' yang dipaksa.
Bukan hidangan buffet sarapan yang selalu penulis inap di mana-mana. Ditanya inginkan nasi goreng atau mi goreng, dan habiskan dalam masa yang sama berakhirlah upacara sarapan pagi anda disini.
Kelihatan penuh dengan meja dan kerusi serta kaunter buffet namun mungkin sekadar penyeri suasana. Cukup menghampakan.
Kebersihan Kolam Mandi
Kebersihan kolam dalam keadaan terbaik. Masih terdapat bauan klorin yang digunakan jika anda pengguna kolam pertama.
Kelihatan pekerja mengambil bacaan keadaan air kolam, cukup prihatin.
Keadaan Sesak Waktu Puncak
Cuma akan agak sesak apabila waktu cuti atau waktu puncak ditambah pula polisi penggunaan kolam terbuka kepada bukan penginap.
Keseluruhan untuk resort ini cukup baik untuk harga bajet.
Informasi Pengunjung
Lokasi Resort
Berada di kedudukan antara Bukit Keluang dan Kuala Besut. Jadikan bulatan menuju ke Bukit Keluang sebagai petunjuk.
Jika dari Kuala Besut, masuk ke 'exit' pertama bulatan, penuh dengan papan tanda Tanjung Demong Resort.
Tanjung Demong Beach Resort,25, Jalan Bukit Keluang, Tanjung Demong, 22200 Kampung Raja, Terengganu
Jika datang dengan kapal terbang, jangan gunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu sebagai lapangan terbang untuk ke destinasi kerana jarak Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu lebih hampir dengan destinasi.
Harga Bilik Penginapan
Harga Bilik Dua Katil Sederhana Kecil : RM135/malamHarga Bilik Tiga Katil Sederhana Kecil : RM160/malam
Aktiviti Sekitar Resort (Cadangan)
-Hiking (Bukit Keluang)-Mandi Di Pantai (Private Beach Resort)-Memancing (Bukit Keluang)-Fotografi-Island Hopping ke Pulau Ru
Fasiliti
-Kolam (kanak-kanak dan dewasa)-Ruang Makan (tiada ala carte/belian biasa)-Gelanggang Permainan-Pantai (sukaneka dan mandi manda)
Parkir Kenderaan
Cukup luas dan teratur
Melihatkan semua famili ceria dan selesa dengan resort bajet sebegini itu sudah cukup puas walaupun waktunya begitu singkat.
![]() |
Tanda Kenangan Bersama Keluarga |
Anda fikir anda tahu Percutian Dua Hari Satu Malam Di Tanjung Demong Beach Resort Besut Terengganu ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
September 26, 2018, 7:00 pm
"Cara Mulakan Bisnes Di Shopee"
Di Shopee Pi Pi Pi Pi PiBeli Baju Ju Ju Ju Ju JuBeli Semua Mua Mua Mua MuaDi Shopee
![Cara Jana Pendapatan Melalui Shopee Cara Jana Pendapatan Melalui Shopee]() |
Cara Jana Pendapatan Melalui Shopee |
Dengan nada lagu baby shark doo doo doo rangkap diatas masih menyebabkan penulis terngiang-ngiang di pelusuk antero kawasan otak.
Sangat 'catchy' dan menyebabkan penulis ingin tahu lebih lanjut mengenai shopee.
Bagi yang baru sahaja mengenali perkataan dan sebutan 'Shopee' pasti akan mencari apakah itu Shopee.
Aplikasi Shopee Dikenali Ramai
Bagi yang sudah mengetahui apalagi sudah berurusan dengan shopee tiada masalah. Aplikasinya juga sudah begitu popular.
Shopee sebagai asasnya adalah supermarket atau pasar. Pasar dalam talian (online).Pembelian secara online kini semakin popular, tidak perlu untuk ke 'pasar' itu sendiri, dengan hanya beberapa klik, barangan akan sampai.
Buat Bisnes Online Melalui Shopee
Itu panduan untuk peminat 'shopping online'. Dalam artikel ini sebenarnya kita ingin bercerita tentang memulakan 'kerjasama' dengan shopee untuk memasarkan barangan anda.
Kebanyakan peniaga online akan bermula di media sosial untuk berniaga. Jika untuk dua tiga barangan mungkin masih boleh dijaga bayangkan bila terdapat banyak tempahan.Jenuh mahu private message (pm) setiap seorang pelanggan untuk urusan jual beli.
Dengan shopee umpama pelanggan sendiri yang datang kepada anda, tidak perlu membuka banyak akaun media sosial semata-mata untuk memasarkan barangan anda.
Pelanggan sendiri mencari anda.
Lebih Mudah dan Menjimatkan Masa
Apa sebenarnya peniaga online di Shopee buat ?
Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!
Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!
Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 15 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 500,000 orang sehari!
Tipulah jika tiada seorang pun yang tidak akn melihat 'display' barangan jualan anda.
Bisnes Di Media Sosial Vs Shopee
Tidak seperti di Facebook atau Instagram.Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang! Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!
500,000 sehari hanya untuk membeli bukan sekadar memasuki laman sesawang shopee untuk mendapatkan kenalan.
Sudah rasa agak berminat untuk bekerjasama dengan shopee dalam membuat jualan ?
Ada caranya. Bukan main sign up dan terus berniaga seumpama membuka akaun media sosial.
9 Tips Berjaya Buat Bisnes Dengan Shopee
Dari membuat akaun shopee sehinggalah cara memasarkan barangan anda dalam shopee seterusnya memprosmosikan barangan anda dalam shopee ada diterangkan langkah demi langkah di dalam e-book dibawah:
1. Cara mendaftar dan set kedai anda! Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer! Saya tunjukkan cara kedua-duanya!.
2. Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda! Dalam bab ini, saya share tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
3. Cara nak menguruskan order!. Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya saya terangkan dalam bab mengurus order!
4. 6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak! Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, disini saya share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!
5. 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!
6. Anda masih tiada produk untuk dijual? Saya juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda "usha" untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee!
7. Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga saya kongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!
8. Apa yang lebih menarik! Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!
9. Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA saya bagaimana saya mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee saya dalam masa yang singkat! Teknik ni advance sikit! Anda takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain! :)
Testimoni Usahawan yang Telah Berjaya
9 teknik dan langkah-langkah bisnes dengan shopee diterangkan dengan jelas dalam e-book ini oleh Tuan Mohd Fahmi.
Siapakah Mohd Fahmi ini ?
Nama sebenarnya ialah.. Mohd Fahmi!Tapi di internet! Dia lebih dikenali sebagai Jenin oleh para pelanggannya!Dia sebenarnya dah lama berniaga di Internet! Sejak tahun 2007 lagi!Sebelum berniaga di Shopee, dia telah berniaga di Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.
![]() |
Income Dari Shopee En Mohd Fahmi |
Pertengahan tahun 2015, Shopee mula dibuka di pasaran Malaysia dan dia adalah antara batch yang terawal yang dijemput oleh pihak Shopee untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee!
Selain menerima status Shopee Preffered Seller, dia juga mempunyai rekod sebagai eBay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller.
Panduan Menjana Pendapatan Melalui Shopee
Sudah kenal ? dan yakin untuk memulakan bisnes dengan shopee ? En. Mohd Fahmi ingin berkongsi segala pengalaman dan tunjuk ajar melalui E-Book tulisannya.
Berapakah harga yang perlu anda bayar untuk miliki panduan ini ? RM60, ya RM60. Cup!Agak kurang berbaloi untuk satu e-book RM60, jadi dengan RM60 anda akan miliki 3 lagi naskah panduan berniaga dengan shopee sebagaimana di bawah:
1. E-Book : Jual Produk Tanpa Pesaing
![Jual Produk Tanpa Pesaing Jual Produk Tanpa Pesaing]() |
Jual Produk Tanpa Pesaing |
2. E-Book: Cara Promosi Produk Secara Percuma
![Cara Promosi Produk Secara Percuma Cara Promosi Produk Secara Percuma]() |
Cara Promosi Produk Secara Percuma |
3. E-Book: Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee
![Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee]() |
Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee |
4 buah E-Book dengan hanya berharga RM60!
Sudah yakin dengan hala tuju anda dengan shopee ? dan merasakan RM60 untuk memiliki empat (4) naskah panduan lengkap langkah-langkah berjaya dengan shopee ?
Klik sahaja pautan di bawah untuk belian.
![]()
Anda fikir anda tahu Langkah dan Tips Memulakan Bisnes Online Dengan Shopee ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
September 30, 2018, 7:30 pm
"Paramount Cafe Shah Alam Review"
Sesungguhnya penulis tidak tahu bahawa terdapat satu restoran di tengah bandaraya Shah Alam milik seorang selebriti.
Boleh digelarkan selebriti apabila siapa yang tidak kenal akan nama Saudara Ebit Lew, seorang penceramah bebas yang agak popular.
Bermula dengan ajakan dari rakan penulis dan isteri untuk singgah di restoran ini.Rakan penulis baharu sahaja pulang dari Krabi dan ingin memberikan ole-ole kepada kami.
Tempat pertemuan adalah di Paramount Cafe Shah Alam.
Di Mana Paramount Coffee House
Dalam benak penulis mungkin ini hanya sebuah cafe hipster yang terletak di Shah Alam. Berpandukan google maps dan bantuan aplikasi Waze kafe yang terletak sebaris dengan bangunan Nasi Lemak Royale dan Pejabat PTPTN Shah Alam ini ditemui.
Kedatangan penulis adalah pada waktu makan tengah hari. Sesuai untuk mendapatkan nutrien untuk waktu siang.
Dari pandangan pertama dari luar penulis beranggapan restoran ini agak 'ada-ada' jika dibandingkan tempat biasa penulis dan isteri selalu makan.Jarang benar untuk ke restoran sebegini.
Kali Pertama Memasuki Kafe
Buka sahaja pintu masuk, penulis dipelawa masuk dengan udara pendingin hawa dan samar-samar cahaya jingga kekuningan menerjah ke kornea mata.Susun atur kerusi, meja dan perabut tersusun indah.
Tidak ramai sebenarnya pengunjung yang ada. Terdapat satu famili sedang menikmati hidangan makan mereka. Lain-lain tempat duduk banyak kosong.
Suasana Hiasan Dalaman Kafe
![Suasana Dalam Kafe Suasana Dalam Kafe]() |
Suasana Dalam Kafe |
Penulis dan isteri memilih kawasan tempat duduk ditepi dinding yang dihiasi dengan grafiti tulisan yang membentuk secawan kopi.
Nama pun cafe mungkinlah kopi adalah keistimewaan kedai ini.
Apa Menu Istimewa Di Sini
Dengan bantuan rakan penulis yang sudah sampai, mereka mengesyorkan satu hidangan pencuci mulut berupa 'waffle coklat'.
Penulis dan isteri ia kan sahaja untuk mencuba.
Pelayan tidak akan datang kepada anda melainkan anda menekan loceng atau 'buzzer' yang diletakan di atas meja sebagai pemanggil untuk mendapatkan pesanan dari staf.
Hidangan Pilihan
Memandangkan tengah hari penulis ingin mencuba menu yang agak berat seperti nasi.Dengan bantuan buku menu berkulit keras, penulis memilih satu hidangan nasi goreng yang berlaukan ayam goreng.
Nasi Goreng Paramount Dengan 'Chicken Wing'
![Nasi Goreng Paramount With Chicken Wing Nasi Goreng Paramount With Chicken Wing]() |
Nasi Goreng Paramount With Chicken Wing |
Nasi yang digoreng dengan rempah membangkitkan warna keperangan. Sekali suap terasa rempahnya ditemani seketul ayam (untuk kali ini bahagian sayap) yang digoreng agak kering.
Sedap kerana berperisa, ia mengingatkan penulis pada nasi scrapper di Burger Warisan, iaitu menu favourite penulis apabila ke Burger Warisan.
Diletakkan beberapa keping keropok ikan ala-ala keropok moni yang bewarna warni dengan hirisan sayuran sebagai hiasan.
Oreo Vanilla Waffle
![Oreo Vanilla Waffle Paramount Coffee House Oreo Vanilla Waffle Paramount Coffee House]() |
Oreo Vanilla Waffle Paramount Coffee House |
Hidangan ini datangnya dalam satu pinggan yang agak besar. Terdiri daripada kepingan waffle ranggup diletakkan melingkari secara membulat dengan kuantiti lapan keping.
Ditengahnya diletakkan satu skop ais krim vanilla yang dimahkotakan dengan kepingan oreo serta taburan oreo itu sendiri.
'Latte' Ais![Iced Latte Paramount Coffee Iced Latte Paramount Coffee]() |
Iced Latte Paramount Coffee |
Bagi pelinciran makanan, penulis memilih minuman berais iaitu kopi 'latte'. Dihidangkan dalam satu gelas tinggi dengan kapasiti ais yang agak banyak, semestinya ais di atas.
Cawangan Kafe Milik Saudara Ebit Liew
Kafe ini adalah cawangan kepada kafe yang sedia ada di Bangi. Milik Saudara Ebit Liew dan semestinya memiliki aura dan popularitinya tersendiri.
Sesuai dengan perwatakannya dalam berdakwah dengan lembut dan berhemah. Begitu juga persekitaran dalaman kafe miliknya ini.
Ulasan Penulis
Suasana Kafe
Dari segi suasana restoran sungguh menyerupai suasana dalam naskah filem atau drama oleh Rashid Sibir.
Redup dengan suasana lampu mala-malap dengan iringan lagu sederhana tenang.
Agak rimas juga bagi mereka yang sukakan suasana ceria makan sambil bersembang apabila merasakan seperti makan di dalam perpustakaan.
Lain orang lain citarasa, suasana sebegini cukup terbaik untuk mereka yang bercitarasakan romantik ketika makan.
Rasa Makanan
Dari masakan yang penulis cuba iaitu nasi goreng dengan ayam goreng dan berkeropok, tidaklah begitu ada kelainannya.
Cukup sekadar biasa biasa sahaja. Tidak begitu sedap dan tidak pula terasa ingin dibuang, yang boleh dipuji perasanya tetap ada dan kepedasan memang kena dengan penulis.
Minuman
Untuk minuman agak mengecewakan. Gagal ditemui rasa kopi jika memilih hidangan kopi yang berais. Penulis tertipu dengan foto yang terdapat dalam menu. Untuk merasai betapa 'latte'nya jangan biarkan lama sehingga ais mencair, tawar rasanya bercampur pahit kopi.
Untuk merasai kopi dan bukan sekadar air, disarankan memilih kopi yang bukan berais.
Waffle Umpama Menu Utama
Dari pandangan penulis, yang memberikan keunikan kepada kafe ini adalah pencuci mulutnya yang pelbagai. Mereka yang gemarkan kepekatan coklat dengan waffle ranggup yang manis mungkin akan memberikan pujian.
Untuk masakan lain serta minuman sekadar biasa jika dibandingkan dengan suasana kafe. Boleh ditafsirkan keunikan kafe ini dengan yang lain adalah aneka waffle dan pencuci mulutnya.
Kesimpulan Ulasan
Bagi yang mahukan suasana hipster dan gambar makanan menarik di media sosial boleh kunjungi kafe ini. Bagi penulis yang inginkan rasa makanan dan minuman yang mampu memberikan penulis ingin datang lagi, mungkin sini bukan tempatnya.
Tidak adil jika dengan beberapa hidangan penulis membuat kesimpulan, mungkin akan cuba menu lain nanti, yang pastinya hidangan waffle coklat mereka memang menjadi bualan.
Informasi Pengunjung
Lokasi Kafe
Terletak di sekitar kawasan Seksyen 11, bangunan sekitar yang ada dihuni oleh PTPTN Selangor, Nasi Lemak Royale.
Paramount Cafe Shah AlamF-G-28, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Kafe
Paramount Cafe Shah Alam dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.
Harga Makanan Di Paramount Coffee House
*anggaran makanan sebenarnya, maaf kerana penulis kehilangan resit.
Nasi Goreng Paramount Dengan Chicken Wing : RM 13-RM15 Kopi Latte Ais : RM 9.90Oreo Vanilla Waffle : RM 14.00
Semua hidangan di atas ditambah dengan kue teow ladna, nasi lemak serta beberapa minuman lain untuk 3 orang lagi memerlukan penulis membayar sekitar RM105.00
Dengan anggaran 4 orang, memerlukan RM 25 untuk satu kepala.
Parkir Kenderaan
Cukup Luas dan masih percuma.
Anda fikir anda tahu Hidangan Ala Hipster Di Paramount Coffee House Vista Alam Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
"Jalan Jalan Japan Seremban 2"
Kegemaran penulis adalah pada barangan bundle. Barangan bundle ramai yang tersalah faham bahawa barangan bundle adalah barangan 'sampah'.
![Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban]() |
Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban |
Cup! Jika ada beranggapan berkenaan mungkin sudah tersasar jauh definisi bundle.
Bundle sebenarnya sesuatu yang datangnya dalam jumlah pukal jumlah banyak. Tidak dinafikan bahawa barangan bundle adalah barangan terpakai. Bukan semua barangan bundle adalah 'sampah' atau 'sisa'.
Kebiasaan kedai atau pembekal barangan bundle kita boleh lihat di tepi-tepi jalan atau di gudang-gudang namun sukar untuk menemui barangan bundle di pasaraya atau mall.Kalau ada pun barangan lelong untuk penghabisan stok itu bukan kategori bundle yang penulis maksudkan.
Kedai Barangan Terpakai Versi Bundle
Nah! Usah khuatir bundle sudah tinggi martabatnya. Jalan Jalan Japan mesti ada yang pernah mendengarnya. Ini adalah sebuah gedung bundle yang boleh dikatakan tinggi martabatnya.
![Jalan Jalan Japan Bundle Jalan Jalan Japan Bundle]() |
Jalan Jalan Japan Bundle |
Barangan terpakai dari Jepun. Majoritinya adalah barangan tulen dan original namun sudah tidak dikehendaki pemilik pertama.
Sebuah gedung bundle dalam mall dan berhawa dingin, mana mahu jumpa. Hanya di Jalan Jalan Japan cawangan Seremban 2.
Pada asalnya penulis mengetahui tentang gedung sebegini dari 'group' di Facebook mengenai barangan mainan.
Pencarian Barangan Permainan
Penulis memang memiliki hobi yang agak jarang orang dewasa miliki iaitu mengumpul mainan. Kebanyakan adalah figura ataupun statue.
Gundam, itu memang adalah kemestinya.
Penulis ingin menjengah JJJ Seremban 2 ini mana tahu tersangkut dengan barangan mainan yang masih belum ditemui.
Walktrough Sekitar Jalan Jalan Japan Seremban 2
Perhiasan Rumah
Sebelum ke bahagian permainan, kita 'walkthrough' dahulu secara kasar tentang JJJ Seremban 2 ini.
![]() |
Patung Hiasan |
Patung hiasan (tidak sesuai untuk muslim di rumah) yang mungkin terbang dari jauh untuk dijadikan perhiasan rumah. Berpakaian kuno Jepun dan memiliki seni untuk hiasan rumah. Patung ini seumpama mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Fuh!
Perhiasan Diri
![]() |
Beg Comel |
Jika membawa isteri, anak perempuan atau kakak dan adik perempuan, mungkin anda akan terhenti di sini agak lama jika membuat perjanjian jalan bersama-sama. Pelbagai barangan beg kecil mini sebegini mampu mengundang rasa teruja mereka yang gemar.
Harganya juga agak murah bayangkan dari RM1 pun ada. Memang kelihatan masih baharu walaupun terpakai.
![]() |
Beg Wanita |
Kawasan beg tangan wanita merupakan kawasan di mana boleh anda menemui wanita kesayangan anda jika berkunjung di sini, kalau bukan kawasan satu lagi di sinilah boleh menemui mereka.
![]() |
Banyak Pilihan Beg |
Kasut
Jika diteliti barangan beg sebegini tidak namapak bahawa ia adalah terpakai. Harganya ? Mampu milik untuk rakyat marhaen.
![]() |
Kasut Atas Rak |
Peralatan Rekreasi Outdoor
Masih kelihatan baharu dan sukar ditentukan bahawa ia adalah terpakai. Sesuai bagai mereka yang bekerja di pejabat atau pun untuk berjalan-jalan.
![]() |
Khemah dan Barangan Outdoor |
Hobi Orang Dewasa
Bagi penggemar aktiviti berkhemah dah aktiviti 'outdoor' anda tidak ketinggalan. Pelbagai barangan yang masih elok dan boleh digunakan dijual.
![]() |
Peralatan Bermain Golf |
Berkilat lagi peralatan golf dengan dimasukkan dalam beg sekali. Mungkin mereka yang mempunyai aktiviti menebas bola kecil di padang rumput karpet akan teruja melihatkan peralatan mereka turut terjual di sini.
![]() |
Surfing Board |
Item ini memang agak sukar ditemui. Surfing board, kalau nak dikatakan terdapat penggemar hobi ini di Malaysia. Mungkin kawasan pula tidak banyak, namun apa salahnya dapatkan sebagai cenderamata.
Permainan Dewasa dan Kanak-Kanak
Masih elok dan boleh digunakan. Itu yang penting. Barangan Jepun, selain berkualiti, pengguna juga cermat orangnya.
![]() |
Rak Mainan |
Kini, sampai pula kawasan yang penulis nantikan. Memang kawasan ini berada di bahagian paling akhir dan berdekatan dengan tempat pembayaran.
Rambang mata untuk memilih. Tempat mainan. Tidak tahu mana satu mahu dapatkan.
![]() |
Masked Rider Belang |
Dari mainan untuk bayi hinggakan ayah bayi pun ada. Tempat pertama yang penulis terjah adalah rak-rak yang terisi dengan mainan karakter figura dan statue.
![]() |
Masked Rider Pelbagai Jenis |
Antara mainan yang ada seperti karakter 'masked rider'. Zaman penulis masih kanak-kanak memang menjadi kegilaan masa dulu karakter-karakter ini, memang menggamit memori.
![]() |
Figura Comel |
Kanak-kanak milenia sekarang yang melayan boboiboy, ejen ali mana tahu tenang karakter sebegini. Memang jenuh mahu memilih setiap karakter yang ada, tidak tahu mana satu menjadi pilihan.
![]() |
Tretta |
Harga untuk setiap mainan juga memang murah dan berbaloi bermula dari RM3 untuk beberapa statue atau figura dalam satu paket. RM1 pun ada, fuh memang jika peminat permainan datang untuk kali pertama agak 'jakun' lah perlakuan mungkin.
![]() |
Ultraman 'Rare' |
Satu sahaja kelemahan yang ada, barangan yang bermutu dan jarang ditemui akan cepat habis. Jika mahu mendapatkan barangan yang sememangnya masih terbaik dan jarang ditemui boleh dimiliki, carilah ketika pekerja sedang mengisi rak-rak dengan mainan baharu.
![]() |
Kereta Mini |
Sesungguhnya bahagian ini, majoritinya adalah terdiri daripada golongan dewasa, termasuk penulis. Sambil memilih dan berebut-rebut boleh berkenalan dengan pengumpul mainan lain.
Isteri penulis yang sedang sibuk memilih di bahagian beg, kasut dan baju akan mengetahui 'kehilangan' penulis di bahagian ini. Jika masing-masing sedang mencari boleh ke bahagian kegemaran masing-masing.
Bukan Semua Barangan Ada
Bagi penggemar barangan gundam seperti penulis, batalkan hasrat anda untuk mendapatkan gunpla anda disini, lebih baik dapatkan melalui kedai online atau kedai mainan terpilih. Sukar untuk mendapatkannya.
Barangan Lain yang Boleh Didapati
![]() |
Baby Car Seat |
![]() |
Beg Pakaian |
![]() |
Pinggan Mangkuk |
Informasi Pengunjung
Lokasi Jalan Jalan Japan
Jalan Jalan Japan Seremban 2,Centre Points, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Beroperasi setiap hari dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam (waktu Centrepoint beroperasi)
Anda fikir anda tahu Shopping Barangan Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban 2 ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
↧
"Alatan Asas Pasang Gundam"
Gundam, adalah salah satu istilah yang penulis masukkan dalam senarai hobi penulis.Jika berpeluang wang ringgit untuk mendapatkan sekotak gunpla penulis tidak akan lepaskan.
![Basic Gundam Tool Kits Basic Gundam Tool Kits]() |
Basic Gundam Tool Kits |
Membina robot gundam sendiri memang mengasyikan, seumpama menggigit kuaci semasa menonton cerita di kaca televisyen.
Memang sudah ada robot gundam yang telah siap dipasang untuk dibeli, namun, tanpa membina sendiri, terasa seolah-olah tiada kepuasan.
Gred dan Saiz Gunpla Berbeza
Pemasangan dan pembinaan robot gundam berbeza mengikut saiz dan skalanya serta jenisnya. SD (Super Deformed), HG (High Grade), MG (Medium Grade), RG (Real Grade) apalagi PG (Perfect Grade) untuk pemasangan dan pembinaan gunpla berbeza caranya.
![]() |
Comparison Grade of Gunpla | Google Image |
Semakin komplikated pembinaan dalam grednya semakin banyak usaha dan masa diperlukan.
Alatan 'Homemade'
Pada awalnya penulis hanya menggunakan beberapa alatan biasa seperti gunting kain, pisau lipat 20 sen, kertas pasir belian dari kedai hardware dan pencungkil gigi sebagai permulaan.
Untuk gred SD masih lagi boleh digunakan, apabila penulis mula berkecimpung mencari pengalaman untuk membina sebuah model gundam dengan gred RG mula mendatangkan masalah alatan-alatan tadi.Kurang sesuai.
Maka, dengan kata lainnya, penulis memerlukan alatan yang sememangnya untuk pembinaan dan pemasangan gunpla penulis.
Ini adalah antara alatan asas pemasangan gunpla yang penulis gunakan.
1. Pemotong (Cutter atau Nipper for Plastic)
Alat ini menggantikan gunting yang penulis gunakan. Untuk part besar yang ada pada gundam kecil seperti gred SD atau HG masih boleh menggunakan gunting biasa.
Masalah akan muncul apabila penulis memulakan pembinaan gred RG apabila terdapat bahagian kecil yang tidak sesuai untuk gunting biasa.
![Gunpla Cutter Gunpla Cutter]() |
Gunpla Cutter |
Cutter khas ini seumpama pengepit untuk eletrikal dengan mata tajam. Memang merupakan alatan penting untuk membuang bahagian-bahagian yang diperlukan untuk membina gunpla yang melekat pada perumahnya.
![Gunpla Nipper Gunpla Nipper]() |
Gunpla Nipper |
Memiliki sisi yang berbeza membuatkan mudah untuk meleraikan bahagian dan komponen pembinaan gundam dari perumahnya.
2. Bar Pengikis (Double Sided Polished Bar)
Alat ini penulis gunakan sebagai ganti kertas pasir biasa. Digunakan sebagai pembuang 'nub mark' atau lebihan cantuman antara bahagian yang ingin digunakan dengan perumah.
![Double Sided Polished Bar Double Sided Polished Bar]() |
Double Sided Polished Bar |
Bagi memeberikan bentuk komponen yang licin dan tidak menggerutu dan menyakitkan mata, gunakan polished bar ini.
Bertugas seumpama kertas pasir. Selain memberikan bahagian yang diperlukan licin dan cantik, alat ini juga boleh membuang nub mark yang boleh menjadi penghalang kepada sendi-sendi yang mungkin tersekat.
Banyak jugalah kegunaan benda ini.
3. Pisau (Utility Pen Knife )
Kegunaan pen knife tidak lari banyak dari fungsi cutter atau polished bar. Tugasnya memudahkan pembungan sisa yang tidak diingini bagi mendapatkan komponen gunpla yang kemas dan licin.
Agak tajam dan perlu digunakan dengan berhati-hati. Matanya boleh ditukar dan amat senang digunakan untuk proses mengikis.
4. Pengepit (Tweezer)
Dalam bahasa Malaysia mudah pengepit, digunakan untuk mengepit benda kecil yang gagal dicubit dengan jari.
![Tweezer Gunpla Tweezer Gunpla]() |
Tweezer Gunpla |
Bagi penulis, tweezer penulis gunakan untuk melekatkan sticker kepada komponen yang memerlukan sticker atau pelekat. Dengan mata runcing seumpama pencabut bulu roma senang untuk menanggalkan pelekat dari tempat asal sebelum dilekatkan pada komponen gunpla.
![Tweezer For Decal Tweezer For Decal]() |
Tweezer For Decal |
Terdapat pelbagai bentuk, dan jenis tweezer, bergantung kepada kesesuaian kegunaan.
5. Pemutar Skru (Scredriver)
Tidak usah diterangkan secara terperinci. Sesungguhnya digunakan untuk bahagian yang memerlukan pembukaan atau pengetatan sambungan menggunakan skru.
Jarang sebenarnya gunpla menggunakan skru untuk sambungan, majoritinya adalah secara clip on.
6. Pen Warna ( Lining Marker Pen)
Ini sebagai penambahbaikan. Untuk mendapatkan lebih nilai seninya pen ini digunakan.Datang dalam pelbagai warna dan jenis.
![Lining Marker Pen Lining Marker Pen]() |
Lining Marker Pen |
Bukanlah suatu kewajipan memilikinya namun yang dikhaskan untuk gunpla lebih baik. Mungkin boleh dijadikan penanda sesuatu.
Beli Gundam Tool Kits
Apa yang penulis senaraikan di atas merupakan alatan biasa yang diperlukan untuk membina dan memasang gunpla (gundam plastic). Banyak terdapat di pasaran seperti Lazada atau Shopee.
Nak lebin info atau pilihan boleh dapatkan di kedai hobi berdekatan apalagi kedai yang menjual robot gundam.
Selalunya apabila dibeli secara pukal iaitu dalam satu kotak, kesemua di atas akan disertakan.
Pasang Sendiri Gundam Lebih Asyik
Alatan yang sesuai memudahkan modeler gunpla dalam memasang gunpla kegemaran masing-masing.
![]() |
Pasang Gundam Sendiri |
Bagi penulis, ketika memasang komponen-komponen gunpla sehingga terbentuknya satu-satu watak gundam itulah satu 'state' kepuasan.
Memang ada yang menjual gundam yang sudah siap, memasangnya lebih mempersonakan.
Apa Itu Nub Mark ?
Nubmark adalah cebisan atau lebihan halus hasil dari pembuangan (finishing) untuk sesuatu komponen gunpla.
![]() |
Nub Mark Gunpla Assembly |
Anda fikir anda tahu Alatan Basic (Gundam Tool Kits) untuk Pemasangan Gunpla Kit (Gundam Plastic) ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
October 11, 2018, 7:00 pm
"Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah"
Percutian ke Sabah antara 'bucket list' yang sering diinginkan oleh pelancong dan traveler.Kita beruntung Sabah dalam Malaysia, senang dan mudah untuk kita lawati.
![]() |
Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah |
Pelbagai etnik dan kaum begitu juga tempat menarik yang terdapat di Sabah. Penulis bersyukur kerana berpeluang melawat Sabah sebagai lawatan pertama kali ke Borneo.
Mungkin yang akan seterusnya Sabah akan menjadi lawatan penulis lagi.
Latar Belakang Gunung Kinabalu
Landmark yang cukup terkenal di Sabah adalah Gunung Kinabalu. Kundasang terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.
Kebanyakan pengunjung atau pelancong akan ke Kundasang untuk merasai kesejukan udaranya, panorama tumbuhan kawasan sejuk dan apalagi melihat keindahan alam berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Terdapat satu lagi tempat menarik yang ideal dalam kategori keindahan alam semulajadi di sekitar Gunung Kinabalu.
Kawasan yang memiliki 'lukisan alam' bertemakan dua kejadian alam yang menjadi kebanggan Sabah.
Gunung Kinabalu sebagai latar dan jeram air terjun yang juga berasal dari puncak Gunung Kinabalu itu sendiri sebagai nadi kawasan ini.
Polumpung Melangkap Kota Belud
Sebuah taman rekreasi yang cukup indah. Kawasan jeram dengan latar Gunung Kinabalu nun di sana.
Tiada apa yang boleh diungkapkan selain mendapatkan gambar dan kenangan indah di sini.
Pelbagai Aktiviti Riadah
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain fotografi yang cantik.Pengunjung boleh bermalam dengan khemah bawaan sendiri atau pun di tempat yang telah disediakan.
Sungai yang laju menghempas batuan sekitar jeram menambahkan lagi suasana yang bukan sahaja sejuk di permukaan kulit namun turut menyejukan hati.
Sungai Berasal Dari Air Terjun Gunung Kinabalu
Apalagi bila cuaca yang begitu cerah puncak Gunung Kinabalu kelihatan. Secara geografinya, Polumpung berada pada bahagian belakang Gunung Kinabalu jika dianggapkan lembah Kundasang sebagai bahagian hadapan.
Penulis ada membuat kajian melalui Google Maps, Sungai yang melintasi taman rekreasi Polumpung Melangkap ini adalah sumbernya dari Gunung Kinabalu.
Tidak dapat dipastikan apa nama sungai ini. Mungkin Sungai Melangkap namanya, lebih tepat Sungai Panataran. Namun sungai ini melintasi bandar Kota Belud sebelum memasuki Laut China Selatan di Kuala Abai.
Agak kurang bernasib baik sebenarnya untuk penulis datang selepas hujan baharu sahaja membasahi bumi. Sebagaimana yang dapat dilihat airnya seumpama teh ais yang baharu sahaja di pesan di kedai makan.
![]() |
Air Jernih Sungai Melangkap | Sumber Insta @nurasilah_ |
Lumpur datang bersama-sama air yang deras.
Jika cuaca yang elok dan keadaan mengizinkan air sungai ini mengalir laju beserta jernih airnya. Sebagaimana yang dapat dialami sendiri oleh rakan penulis lain yang berjaya sampai ke Polumpung Melangkap View Campsite ini ketika air sungainya yang sungguh jernih.
![]() |
Sumber Insta | @nurasilah_ |
Campsite Sekitar Melangkap
Polumpung Melangkap View Campsite adalah salah satu dari campsite yang ada. Di sekelilingnya terdapat campsite lain seperti Mandahatan Eco Tourism, Nahandang Homestay and Campsite, Datau Nakapan Eco Tourism, dan Nohutu Eco Tourism.
Bagi yang tidak mahu berkhemah terdapat juga homestay yang disediakan di sekitar.
Bagi penulis, isteri dan rakan-rakan, datang merasai udara, air dan tanah di sini sahaja.Dapatkan beberapa keping kenangan digital dalam telefon mudah alih dan berangkat kembali ke Kota Kinabalu.
Satu singgahan merehatkan enjin kenderaan dari Kundasang ke Kota Kinabalu.
Jika berpeluang kembali ke sini mungkin penulis akan cuba bermalam di camp site dan mencuba pelbagai aktiviti lain yang disediakan termasuk flying fox di Borneo Bayau Flying Fox.
Informasi Pengunjung
Lokasi Polumpung Melangkap
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, Polumpung Melangkap berada di tengah-tengah perjalanan. Memasuki jalan berbukit bukau melalui jalan raya biasa.Sememangnya terletak di perkampungan. Apabila terlihat sungai anda sudah menghampiri destinasi dituju.
Polumpung Melangkap View Campsite Kota Belud,Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dan setiap jam (24 jam)
Harga Tiket Masuk dan Bermalam
Yuran Kemasukan (Warganegara Malaysia)
RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)RM2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Kemasukan (Bukan Warganegara Malaysia)
RM6 (Dewasa 13 tahun ke atas)RM4 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Bermalam (Warganegara Malaysia)
RM6/seorang/malam (Dewasa)RM4/seorang/malam (Kanak-kanak)
Yuran Bermalam (Bukan Warganegara Malaysia)
RM12/seorang/malam (Dewasa)RM8/seorang/malam (Kanak-kanak)
Kemudahan yang Disediakan
Khemah (Tent)
Kem muat 2 orang - RM10/malamKem muat 4 orang - RM20/malamKem muat 6 orang - RM30/nightKem muat 8 orang - RM40/night
Pelampung Tiub
RM3 ke atas/sebuah (bergantung kpd size)/1 jam (First come first serve)Life Jacket RM3/1 jam (First come first serve)
Bantal - RM3/sebiji/malamSleeping bag - RM5/sehelai/malamTikar plastik - RM3/sehelai/malamTilam kekabu - RM4/sehelai/malam
Kerusi - RM1Meja - RM5BBQ pit - RM10 (makanan, arang dan bbq utensil tidak disediakan)Canopy - RM15Pondok Khemah RM30-RM40Portable Gas RM15Dewan Terbuka RM10/jamPortable speaker - RM10/jamLDC - RM10/jamKipas - RM5/jamBekalan elektrik di sediakan (tertakluk kepada caj)Pondok Dapur - RM30Unggun Api - RM20
Pengangkutan - Van dengan muatan 13 orang penumpang RM350 pergi balik KK-PMVSC-KK (pemandu disediakan)
Aktiviti yang Disediakan
Mandi sungai (Sungai Panataran airnya sejuk dan jernih mengalir terus dari Gunung Kinabalu)River tubing Sungai Panataran (paling siok!)BBQ (upon request)Unggun Api (upon request)Camping
Aktiviti Riadah Lain/Exercise/Games/Treasure Hunt/dll. (Peralatan dan aktiviti disediakan/dijalankan sendiri oleh guest)
Lain Lain Kemudahan
BILIK DOA, MINI CAFE, TANDAS, BILIK PERSALINAN & KAMAR MANDI TURUT DISEDIAKAN
ADA LIPUTAN LINE HP MAXIS DAN CELCOM! LINE DIGI TERHADJALAN ASPAL SEPANJANG JALANRAYA BESAR MENUJU PMVSC!
PRE-BOOKING DAN DEPOSIT DIPERLUKAN
Hubungi
Call/Whatsapp+6016 824 6529+60 13 884 9350
Anda fikir anda tahu Permandangan Indah Gunung Kinabalu Di Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
October 16, 2018, 7:00 pm
"Kesesuaian Muka Dengan Kaca Mata"
Kaca mata pada asasnya merupakan penambahbaikan untuk mereka yang ingin memperbetulkan penglihatan yang kabur. Tidak kisah kerana rabun jauh atau rabun dekat.
![Bentuk Wajah dan Jenis Kaca Mata Sesuai Bentuk Wajah dan Jenis Kaca Mata Sesuai]() |
Bentuk Wajah dan Jenis Kaca Mata Sesuai |
Pemakaian kaca mata pada objektif utama begitulah.
Semakin meningkat zaman, kaca mata menjadi satu ikutan atau trend. Pelbagai bentuk dan saiz, tidak dikira jenis 'power' untuk memperbetulkan rabun anda.
Keperluan dan Trend Masa Kini
Itu adalah untuk mereka yang memerlukan kaca mata untuk pembetulan penglihatan, yang untuk berfesyen banyak.
Tidak kira di butik-butik dalam mall atau di uptown-uptown sekitar, kaca mata hitam menjadi pilihan trend.
Untuk mengurangkan silau ketika memandu atau mendapatkan lebih menarik wajah untuk gambar di instagram.
Pilih Jenis Kaca Mata Sesuai
Dengan kepelbagaian 'spesis' kaca mata (tidak kira yang ada 'power' atau untuk peragaan) kesesuaian rekabentuk dengan si pemakai juga penting. Bukan main tangkap muat sahaja, nanti ada yang kecam seumpama alien jangan pula meradang.
Manusia diciptakan Tuhan dalam pelbagai variasi, paling mudah untuk diperhatikan adalah bentuk muka. Tidak semua manusia memiliki bentuk muka yang sama, bervariasi.
Sebelum kita ketahui cermin mata mana yang sesuai dengan bentuk wajah kita, ketahui dulu apakah bentuk muka anda.
Cara Kenali Bentuk Muka/Wajah Anda
Langkah 1 - Ukur Tulang Pipi Ke Tulang Pipi (Cheek Bone)
- Tarik pengukur dari hujung ke hujung tulang pipi anda. Dapatkan bacaan
Langkah 2 - Ukur Garis Rahang (Jaw Line)
-Rasai penghujung rahang anda berdekatan dengan telinga. Ukur bahagian hujung berkenaan sehingga mencapai dagu atau hujung bahagian mulut anda.
Langkah 3 - Ukur Lebar Dahi
-Ukur kelebaran dahi anda bermula dengan hujung garis rambut ke hujung garis rambut yang lain. Ukuran dibuat melintasi antara garis rambut atas dan bulu kening.
Sudah ada nilai ukuran, buat lukisan mengenali ukuran tadi. Boleh dilihat apakah bentuk muka anda yang sebenarnya.
Untuk kepastian boleh lihat pula bentuk muka yang mana sesuai dengan kaca mata atau cermin mata tertentu yang sesuai dengan anda.
Bentuk Wajah Dengan Jenis Kaca Mata
1. Wajah Bentuk Hati/Jantung ( Heart Face)
Bentuk muka heart face boleh diteliti mereka yang memiliki ukuran dahi yang luas. Dari atas ke bawah unjuran ukuran lebar muka semakin mengecil.
Untuk wajah berbentuk hati (jantung sebenarnya), kaca mata yang sesuai adalah
Lelaki
- Brownline- Retro Square- Sport
Wanita
- Cat Eye- Brownline- Retro Square
2. Wajah Bentuk Bujur (Oval Face)
Dengan ukuran tulang pipi yang lebar, mengecil di bahagian dahi dan rahang boleh dikenali muka sebegini adalah bujur. Seumpama telur bentuknya.
Bagi yang berwajah bujur, kaca mata yang sesuai adalah:
Lelaki
- Aviator- Retro Square- Round
Wanita
- Aviator- Oversize- Retro Square
3. Bentuk Muka Bulat (Round Face)
Dengan ukuran rahang dan dahi yang agak sekata atau sama dengan tulang pipi yang agak melebar ini adalah kriteria mereka yang memiliki bentuk muka yang bulat.
Kaca mata yang sesuai untuk mereka yang berbentuk bulat mukanya adalah:
Lelaki
- Aviator- Retro Square- Square
Wanita
- Cat Eye- Oversized- Square
4. Bentuk Muka Petak ( Square Face)
Bagi mereka yang memiliki bentuk muka petak boleh dilihat bentuknya yang ukuran setiap sisi atau tengah mukanya memiliki nilai ukuran yang hampir sama. Ukuran dahi, tulang pipi dan rahang hampir sama. Model lelaki ramai memiliki bentuk muka 'sado' ini.
Untuk mereka yang bentuk wajahnya adalah petak ini adalah kaca mata yang sesuai:
Lelaki
- Aviator- Brownline- Round
Wanita
- Aviator- Brownline- Round
5. Bentuk Wajah Segi Tiga ( Triangle Face)
Berbentuk segitiga dengan rahang yang lebar dan mungkin kombinasi bertentang dengan berbentuk heart. Heart membujur ke bawah namun bagi bentuk segitiga dari rahang sehingga ke dahi lebar muka semakin mengecil.
Kaca mata sesuai untuk mereka yang memiliki wajah segitiga adalah
Lelaki
- Semi-Rimless- Rimless
Wanita
- Semi-Rimless- Rimless
Jenis Jenis Bentuk Kaca Mata
Bagi rujukan bagaimana bentuk kaca mata aviator, brownline, retro atau square boleh rujuk pautan di bawah.
Tidak salah jika tidak mengikut spesifikasi sebagaimana yang tertera di atas. Mungkin akan menyebabkan anda kelihatan agak pelik jika dilihat.
Sesuai Atau Tidak ?
Muka besar kaca mata kecil, kaca mata besar muka kecil, muka petak kaca mata petak, kaca mata panjang melebihi lebar muka, ini boleh dielakkan bagi mereka yang mementingkan penampilan.
Selain elok dipandang, ia juga untuk keselesaan si pemakai bukan si pemaki.
Anda fikir anda tahu Kesesuaian Bentuk Wajah Dengan Jenis Kaca Mata ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
October 25, 2018, 7:00 pm
"Island Hopping Sapi dan Manukan"
Sabah sendiri berada di kepulauan, kepulauan Borneo. Jadi tidak begitu pelik jika Sabah juga dikelilingi pulau dalam wilayahnya sendiri.
![Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau Manukan Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau Manukan]() |
Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau Manukan |
Kecantikan pulau sekitar Sabah salah satu faktor penarik pelancong yang sering membuatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu agak sesak.
Datang ke Sabah tanpa menjejakkan kaki di pulau-pulaunya kurang lengkap percutian di Sabah.
Semuanya bermula di jeti feri di Jesselton Point. Pintu masuk ke pulau-pulau dalam kawasan Tuanku Abdul Rahman Park, pulau yang boleh dikatakan dikhaskan untuk pelancong meneroka sendiri keindahannya.
Pulau-Pulau Dalam Tuanku Abdul Rahman Park
Dalam Tuanku Abdul Rahman Park ini terdapat beberapa buah pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.
Bagi percutian island hopping di Sabah kali ini penulis memilih dua buah pulau, iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan.
Mencari Tiket Feri Islands Hopping
Di jeti feri Jesselton Point terdapat pelbagai syarikat feri yang menawarkan harga yang menarik. Pengunjung perlu pandai memilih pakej-pakej yang disediakan.
Banyak kaunter tiket untuk island hopping di pulau-pulau ini yang dibuka untuk pilihan. Boleh digambarkan seumpama pasar tani jugalah dengan sambutan dari pekerja pengusaha feri yang inginkan pelancong memilih perkhidmatan mereka.
Setelah selesai mendapatkan tiket (boleh rujuk bahagian harga tiket feri dibawah artikel ini), ada baiknya penulis dan rakan-rakan mendapatkan bekalan makanan.
Sepertimana pengalaman sebelumnya, makanan yang dijual di pulau-pulau yang akan disinggahi nanti agak mahal dengan bajet ekonomi kami.
Sediakan Bekalan Makanan
Terdapat gerai makanan yang terdapat diantara platform menaiki feri dan pintu masuk dengan tempat duduk disediakan. Banyak juga jenis makanan yang ada dari nasi dan makanan berat sehinggalah makanan kudapan. Dengan harga masih harga daratan.
Kedai Pakaian Ke Pulau
Bagi mereka yang agak pelupa seperti penulis, tertinggal kaca mata hitam untuk menahan sinaran matahari yang terus memasuki kornea mata dengan kadar yang terhad boleh mendapatkan kaca mata apalai topi jerami ala-ala luffy budak getah untuk ke pulau nanti.
Baju renang beserta seluar renang juga dijual. Pandai tawar dapat murah, gunakan lenggok-lenggok bahasa Sabah mungkin boleh diskaun.
Akan terdapat seorang 'tour guide' dari pihak pengusaha feri yang anda pilih membantu anda untuk mengetahui mana feri yang perlu anda naiki nanti. Tunjukan sahaja tiket yang sudah disahkan tadi.
Perjalanan Ke Pulau Dengan Feri
Bila feri sudah sampai, pasangkan semangat kita boleh untuk mengharungi air laut masin untuk 10-15 minit nanti. 'Life jacket' akan diberikan kepada setiap pelancong yang akan melakukan aktiviti Island hopping ini, gunakan jaket keselamatan ini sehingga pulang kembali dari aktiviti ini nanti.
Life jacket untuk keselamatan semasa dalam bot dan untuk mandi manda dan snorkeling nanti. Usah risau untuk kanak-kanak juga disediakan.
Penulis memang seronok apabila menaiki feri yang agak laju sebagaimana feri ini, apalagi bunyi dentuman gentian kaca bot dihempas dengan gelombang laut hasil dari angin.
Lebih menyeronokan apabila dikocak gelombang lebih besar dari pertembungan laluan antara bot, ditambah pula dengan tiupan angin beserta air laut yang masin menerpa muka dan badan.
Ketika ini mahu menjerit (untuk wanita biasanya hehe) sudah sukar didengari kerana bunyi bot dan angin. Sedikit kenangan mengharungi lautan menuju ke Pulau melalui video di bawah:
Pulau Sapi
Dengan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit, penulis sampai di destinasi pertama Pulau Sapi.
sampai sahaja di Pulau Sapi kenangan sedikit di hadapan pintu gerbangnya yang menandakan bahawa anda sudah sampai ke destinasi ini. Disini pelancong akan membuat 'checkpoint' atau lapor diri pada staf yang bertugas.
Penulis ingat gambar yang sering dilihat di mana-mana tentang pantai yang putih dengan air laut sekitar bewarna hijau itu adalah 'edit' semata-mata.
Namun, memang benar warna air lautnya yang hijau dan langit biru, pasir pantai memutih, subhanallah ini betul-betul kejadian.
Hilang penat dilambung ombak.
Lakukan apa saja aktiviti bermoral dan tidak berasaskan jenayah disini. Bebas untuk pengunjung di Pulau ini untuk 2 jam berikutnya.
Apalagi, laut sudah memanggil-manggil, peralatan snorkeling sudah diganti. Action camera sudah berfungsi. Walaupun memang agak ramai dengan pelancong, masih ada ruang untuk bernafas melihat keindahan alam yang sememangnya bukan hari-hari boleh dinikmati.
Apa lagi, jum snorkeling.
Masing-masing sedang asyik membilang ikan-ikan yang pelbagai jenis melalui bahagian bawah manusia yang terapung.
Warna apa yang anda ingin lihat pada badan ikan ? Semua ada. Paling banyak yang boleh penulis gambarkan adalah ikan banduan, yang belang-belang begitu.
Dengan bantuan action camera, dapatlah penulis dapatkan sedikit video betapa jinaknya ikan-ikan ini. Jinak kerana lapar mungkin.
Dua jam menikmati Pulau Sapi, walaupun masih tidak puas bersama pulau ini perlu menuju ke pulau seterusnya pula.
Pulau Manukan
Tidak begitu jauh dari Pulau Sapi, Pulau Manukan menghala ke tanah besar Sabah sedikit. Mungkin dalam 5 minit menaiki feri dari Pulau Sapi.
Pandangan pertama yang penulis dapat saksikan adalah pohonan rhu sekitar tepian pantai. Terdapat bangunan berupa chalet. Sejujurnya, di Pulau Manukan populasi pelancong tidak seramai di Pulau Sapi. Agak kurang meriah berbanding Pulau Sapi.
Terbaik juga keadaan ini, boleh melepaskan lelah sedikit dan waktu tengahari sudah tiba mungkin boleh mengisi perut mendapatkan kalori untuk mandi manda dan snorkeling di Pulau Manukan pula.
Jom mandi dan snorkeling sekali lagi..
Selesai makan, apalagi, mandi dan terus buka mata bulat-bulat untuk melihat apa yang ada di dasar cetek pantai Pulau Manukan ini.
Sekali lagi boleh dikatakan agak kecewa, populasi ikan di sini selari dengan populasi pengunjungnya.
Gambar penulis posing ketika snorkeling gagal dikesan memandangkan penulis banyak meluangkan masa sebagai fotografer tidak professional dan pemburuan ikan-ikan dalam air. Jadi gambar isteri dan rakan-rakan pun sudah cukup menggambarkan kegembiraan kanak-kanak dewasa bermain air.
Di keadaan cuaca yang amat baik, terlebih baik sebenarnya dengan pacakan terus menerus matahari dari atas kepala, teruja dengan air laut dan pulau, kami gagahkan jua meneruskan aktiviti yang bukannya setiap hari dilakukan ini.
Agak kurang ikannya untuk dilihat, melainkan satu sahaja yang menarik perhatian dibawah air menghijau ini, ikan paddle pop.
Nama ikan ini diberikan oleh kami sekalian. Warnanya seumpama ais krim paddle pop yang bewarna-warni. Sejujurnya itu sahaja ikan yang ada, tidak sebanyak di Pulau Sapi.
Jika difikirkan cukup bagus sebenarnya, boleh mandi dan berenang melihat dasar laut dengan tenang.
Pulang Ke Jeti Jesselton Point
Dua jam berlalu, selesai membilas badan yang mungkin menyebabkan menjadi ikan masin jika tidak dibilas (mungkin juga telur masin hehe) agak sedih untuk meninggalkan Pulau Manukan.
Kedua-dua pulau, Sapi dan Manukan terdapat keistimewaan sendiri. Nak meriah jum ke Pulau Sapi, nak tenang nikmati keindahan Pulau Manukan.
Mungkin di lain trip penulis akan mencuba tiga lagi pulau yang belum diterokai mata.
Informasi Pengunjung
Lokasi Jeti Feri Island Hopping
Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu Kota Kinabalu 88000 Sabah
Harga Feri Island Hopping
Pulau Sapi
Dewasa : RM23Kanak-Kanak : RM18
Pulau Manukan
Dewasa : RM23Kanak-Kanak : RM18
(Harga pergi-balik)
Bajet yang digunakan untuk aktiviti ini (2 pulau) RM50/seorang.
Mask Snorkel: RM10Life Jacket: RM10
Waktu Operasi
Beroperasi setiap hari.
Pulau Tunku Abdul Rahman Park : 8.30 a.m hingga 5 p.mJeti Feri Jesselton Point: 6 pagi - 5 p.m
Persediaan Ke Pulau-Pulau
Dengan cuaca panas dan hawa khatulistiwa, hilang kehangatan yang ada selepas menjadikan pengalaman menikmati keindahan alam di dua buah pulau di Sabah ini sambil menikmati aktiviti hidupan dalam air melalui aktiviti snorkeling.
1. Makanan tambahan2. Sun block3. Ubatan 4. Air minuman mencukupi
Jangan lupa buat persediaan yang lengkap untuk ke pulau, memang untuk bersantai namun persediaan untuk ke pulau penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak elok.
Bak kata Pak Jabit, Wahai penduduk-penduduk kampung jagailah kebersihan kampung kita.
Anda fikir anda tahu Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi dan Pulau Manukan Sabah ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
↧
November 6, 2018, 6:00 pm
"Hidangan Western Mexico - Texas"
Terdapat satu kedai makan atau restoran di Sijangkang, Telok panglima Garang yang berkonsepkan 'western food' iaitu makanan barat.
![Review Roadhouse Restaurant Sijangkang Review Roadhouse Restaurant Sijangkang]() |
Review Roadhouse Restaurant Sijangkang |
Tidak jauh sebenarnya dengan jarak sebuah lagi restoran berkonsepkan makanan barat seperti hidangan meatball dan pelbagai grill ini.
Tidaklah besar mana restoran ini namun tidakkah ia satu persaingan yang terlalu dekat dengan pesaingnya.
Restoran ini yakin untuk bersaing dengan pesaing makanan barat yang tidak begitu jauh jaraknya, mungkin boleh terbau masing-masing hidangan ketika dibakar, kerana konsep yang berlainan.
Konsep Makanan Texas - Mexico
Restoran yang betul-betul dipisahkan oleh kaki lima jalan raya Klang - Banting ini meletakkan tema makanan 'Tex-Mex' dalam hidangan mereka. Tex-Mex, dua istilah sebenarnya, Texas dan Mexico.
Apabila menyebut makanan barat berasaskan Mexico atau kawasan sekitarnya pasti kita akan tergambar dengan sekilas laluan bayangan di minda dengan lauk dan sayur yang dibalut roti tortilla, atau mungkin nacho dan apalagi terbayangkan kepedasan keju jalapeno mereka.
Itu biasa. Memang konsep ini yang dilakukan oleh restoran ini.
Roadhouse Restaurant Tex-Mex and Grill Sijangkang
Makanan Mexico bukanlah asing, sedangkan terdapat makanan Mexico pada hidangan di restoran makanan segera, tapi mengapa terdapat Texas, Amerika Syarikat ? Apakah sama dengan Texas Chicken yang merupakan juga restoran makanan segera.
Apa Itu Hidangan Tex-Mex ?
Mexico dan Texas sebenarnya seperti Besut dengan Kelantan, berbeza geografinya namun sama dari segi budaya, percakapan (mungkin sedikit), apalagi masakan dan makanan mereka. Begitu juga Texas yang merupakan salah satu kawasan Mexico sebenarnya sebelum bersama USA.
![]() |
Mad Mex Oleh KFC Malaysia |
Hidangan Mexico lebih kepada kepedasan, keju pun sudah pedas kalau Mexico, lain dari norma selera masyarakat kulit putih yang mudah terasa pedas.
Lebih pedas sedikit, dan banyak tertumpu kepada makanan berasaskan madu dan keju. Itu adalah pandangan penulis mengenai masakan Tex-Mex ini.
Menu Tex-Mex Roadhouse Restaurant
Untuk lebih dekat mengenali hidangan Tex-Mex ala Roadhouse Restaurant Sijangkang ini pula, penulis memesan dua jenis makanan (untuk isteri sekali), menu berasaskan meatball dan satu lagi ayam panggang.
Untuk menu ayam panggang penulis mencuba ini namanya,
Chicken Grill Hawaian (Honey With Lemon)
![Grilled Chicken Honey With lemon Grilled Chicken Honey With lemon]() |
Grilled Chicken Honey With Lemon |
Hidangan ini dilengkapi dengan satu portion ayam yang dibakar. Dituang madu di atasnya.Jejari kentang diletakkan bersama dengan semangkuk coleslaw.
Dari segi rasa ayam, mungkin ayam dibakar dengan api yang besar. Terdapat bahagian kulit yang hangus, agak merencatkan sedikit rasanya kerana terdapat rasa pahit dari terbakarnya kulit ayam.
Meletakkan madu mungkin mengurangkan sedikit kesilapan kecil ini, kesilapan yang menghadirkan rasa pahit sedikit. Madunya tidak begitu manis dan tidak begitu tawar, sedan-sedan sahaja.
Coleslaw, campuran sayuran biasa yang membezakan adalah kuah mayonisnya, rasa masam yang ada mungkin olahan sendiri. Itu rasa kali pertama penulis merasainya.
Sebagai penambah rasa disediakan sos yang seakan sos segera yang ada di pasaran. Namun, dapat dirasakan kelainanya seumpama diolah sendiri.Mungkin sos 'signature' pemilik kedai.
Meatball Black Pepper Sauce
![Meatball With Black Pepper Sauce Meatball With Black Pepper Sauce]() |
Meatball With Black Pepper Sauce |
Sepuluh biji meatball bersaiz sederhana diletakkan mengelilingi satu skop mashed potato. Semua ini dimandikan dengan sos lada hitam bewarna coklat kehitaman.Itu sahaja tiada selainnya yang dapat ditemui seperti fries atau sebarang tambahan penyeri.
Dihidangkan di atas pinggan bersaiz biasa dan boleh dilihat di mana-mana rumah. Cukup simple.
Apa pula rasanya. Tekstur bebola daging agak kenyal, tiada sebarang kelainan berbanding belian bebola daging yang disejukbeku sekitar pasaraya.
Dari segi kuahnya iaitu black pepper sauce. Penulis mencari kelainan dalam hidangan ini, namun agak gagal kerana penulis pernah menikmati yang lebih baik.
Kuahnya pekat, kepedasan lada hitam masih terasa seumpama baharu sahaja memamah lada hitam yang kecil itu.
Dari aspek tema Texas dan Mexico dalam hidangan ini, penulis gagal menemuinya.
Hiasan Luaran Dalaman Restoran
![Mexico Flag Theme Table Mexico Flag Theme Table]() |
Mexico Flag Theme Table |
Dari segi hiasan dalam kedai, lebih kepada keadaan terbuka. Membolehkan pengunjung menikmati hiruk pikuk laluan Jalan Klang-Banting.
Fasiliti Kemudahan
Kurang bumbung melainkan ke arah belakang menghala ke dapur.
Restoran ini tidaklah sebesar restoran biasa. Mungkin mampu memuatkan dalam 15 orang dalam satu satu masa. Kedatangan yang ramai mungkin memerlukan tuan kedai menyediakan meja dan kerusi tambahan.
Pengcahayaan
Pengcahayaan yang agak malap dengan tipikal suasana romantik dengan lampu kuning malap.
Lebih banyak cahaya dari lampu jalan dan kenderaan lalu lalang sebenarnya.
Dengan tema semestinya Mexico, meja kayu yang diperbuat secara do it yourself di cat dengan warna bendera Mexico.
Cuma beberapa sahaja kelihatan meja dan kerusi ini yang lainnya, bangku dan meja yang agak panjang.
Ulasan Penulis
Makanan
Dari secara keseluruhan makananya, untuk harga yang ditawarkan agak kurang tepat rasionalnya.
Penulis pernah mencuba hidangan yang lebih sedap dengan harga berkenaan. Dengan ayam kulit terbakar, meatball yang kurang 'kaya' dengan rasa dagingnya.
Kuah lada hitam juga gagal untuk diberikan pujian, hanya terdapat rasa pedas lada hitam sahaja.
Dengan nilaian rasa sebegini mungkin harganya agak mahal.
Namun, boleh dipuji adalah olahan coleslaw dan sos merah yang disediakan. Cukup 'signature'nya untuk mereka datang lagi.Lain dari rasa di tempat lain.
Hiasan pada makanan ? Perlu diperbaiki. kadang-kadang yang mahu makan diluar sebenarnya ingin melihat kelainan masakan yang boleh dibuat dirumah.
Persekitaran Restoran
Tidak pasti pemilik akan membuat renovasi lagi mungkin. Agak terhad sebenarnya untuk pelanggan duduk dan makan. Masih terdapat ruang kosong dihadapan kedai namun tiada sebarang meja dan kerusi dilihat.
Hiasan tema boleh dipuji, memang mengikut tema Tex-Mex, dengan cat warna Mexico itu sendiri dengan beberapa hiasan yang menarik.
Hmm, jika ditanya adakah penulis akan datang mencuba lagi, mungkin penulis akan jadikan 'last resort' jika betul-betul mengidam western food atau satu lagi restoran western food sekitar Sijangkang ini tutup.
Apa-apa pun lain orang lain citarasa, yang ingin mencuba boleh mencubanya sendiri.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak betul-betul berhampiran Jalan Klang-Banting. Arah Banting ke Klang. Jadikan Petronas dan Caltex sebagai tanda arah, restoran ini berada di tengah-tengah.
Roadhouse Restaurant Tex-Mex and GrillLot 1677 Sijangkang Luar,Jalan Klang-Banting,Telok Panglima Garang, 42500 Selangor, Malaysia
Harga Makanan
1. Chicken Grill Hawaian : RM12.902. Meatball : RM9.90
Lain - Lain Menu
Lamb from Australia (250g ) : RM19.90 free extra Mushroom Soup
Steak from Australia (180-200g) : RM23.00 - RM25.00 free extra Mushroom Soup
Chicken (Chop/Grill/ Bbq - Hawaian/Bullet ) : RM12.90
Pasta Carbonara with Chicken : RM12.90Alio Olio Seafood : RM14.90
Spaghetti Meatball : RM14.90 Spaghetti Bolognese : RM10.90
Burger (Crispy Chicken/Grill Chicken/fish- with Texas Cheese)Fries & Sarsi Float : RM14.90 - RM15.90
Fish & Chips : RM12.90
Chicken Chop Fried Rice/Seafood Fried Rice : RM10.90Nasi Goreng Special
Waktu Operasi Restoran
Restoran di buka pada setiap hari kecuali selasa. Beroperasi pada jam 6 petang hingga 12 malam dan pesanan terakhir diterima pada dalm 11.30 malam
Anda fikir anda tahu Roadhouse Restaurant Tex-Mex & Grill Sijangkang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
November 8, 2018, 6:00 pm
'Itinerary Langkawi Tiga Hari Dua Malam'
Langkawi adalah antara kegemaran pelancong tempatan dan luar negara apabila ditanya mana trip kali ini untuk bercuti.
Lagendanya seumpana masih tetap utuh menjamput pelancong untuk merasai sendiri berpijak di bumi penuh sejarah ini.
Seperti biasa perancangan percutian bukan sahaja untuk kemudahan pengiraan bajet untuk bercuti perlu diutamakan.
Rancang Masa Aktiviti Di Langkawi
Bukan masuk sahaja ke Langkawi atau tempat percutian lain terus ke mana-mana tanpa arah tuju, lainlah jika anda seorang backpacker sepenuh masa atau sedang melakukan rancangan tv seperti explorace atau The Amazing Race.
Rakyat marhaen dan netizen yang sering sibuk dengan kerja dan memiliki masa tertentu untuk bercuti perlu ada perancangan.
Contoh Itinerary 3H2M Langkawi
Perancangan dalam percutian boleh disebut sebagai 'itinerary'. Boleh lihat contoh itinerary percutian di langkawi, Kedah dalam versi penulis yang disertakan pautan link review tempat-tempat yang pernah penulis jelajahi sekitar Langkawi.
Hari Pertama1. Berlepas dari KLIA 2
2. Tiba di langkawi - Tiket Sky Cab/Island Hopping
3. Bergerak ke Guest House Homestay
4. Makan Malam Sekitar Langkawi
Untuk mencari makan di sekitar Pekan Kuah tidak begitu sukar, apalagi ketika musim cuti ataupun hujung minggu.
Sepanjang Jalan Padang Matsirat, berselirat kedai makan, pilih sahaja kedai makan yang ingin dicuba. Penulis dan isteri berjaya menemui kedai tom yam di deretan tepi Jalan Mutiara 2. Banyak pilihan kedai makan citarasa anda.
Untuk yang gemarkan makanan segera, juga ada.
Hari Ke 21. Jeti Teluk Baru, Island Hopping
Datang ke kawasan pulau seumpama Langkawi yang memiliki banyak pulau-pulau lain mengelilingi tidak berapa lengkap perancangan tanpa melakukan aktivti menjelajah pulau-pulau sekitar.
Survey dan dapatkan pakej yang menarik dan berlainan untuk pengusaha island hopping berlainan. 2. Sky Cab + Sky Bridge
Dua mercu tanda Langkawi yang rasanya tidak boleh jika datang ke Langkawi tanpa mencuba dua tarikan dunia ini.Skycab dan skybridge dua tarikan untuk mereka yang sukakan permandangan dari atas, dari mata burung.
Rasai kesejukan udara di puncak Gunung Machincang.
3. Dari Sky Cab ke Homestay singgah di Nusantara
Selain dari skycab dan skybridge apalagi dataran lang. Hasil gamat antara lain 'signature' Langkawi.
Diproses depan mata dengan kepelbagaian jenis barangan berasaskan gamat, boleh dapatkan di sini untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.4. Pasar Malam Temayong/ Pantai Cenang
Perjalanan dari Gunung Machincang ke Pekan Kuah memerlukan anda melalui Pantai Cenang sebelum mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Dalam perjalanan terdapat satu pasar malam, boleh jadikan singgahan untuk makan malam sebelum merasai kesejukan angin laut di Pantai Cenang.Hari Ke 3
1. Keindahan Pantai Tanjung Rhu
Terletak di penjuru hujung kanan jika dilihat pada peta Langkawi. Meskipun jauh dengan Pekan Kuah, sudah sampai sahaja di Pantai Tanjung Rhu ini, semua penat dikocok kenderaan hilang.
Cukup indah dengan muara sungai dengan latar belakang lautan membiru dengan beberapa buah pulau kecil dikelilingi kehijauan dari bukit bukau yang melindungi hutan paya bakau sekitar.
2. Lepak Dataran Helang
Cukup sinonim dengan Langkawi. Lang adalah helang, kawi adalah sejenis batuan bewarna jingga keorenan itulah Langkawi. Dataran Lang sememangnya mercu tanda yang agak jarang pelancong melepaskan peluang bergambar dengan pelbagai 'posing'.Jika bernasib baik, terdapat 'event' atau 'show' yang akan diadakan di sini.
3. Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) untuk pulang ke KLIA2
Jadikan Sebagai Sampel Panduan
Di atas adalah contoh itinerary percutian 3 hari dua malam di Langkawi. Sebagai rujukan secara kasar untuk anda lawati.
Tidak semestinya mengikuti setiap apa yang disenaraikan di atas mungkin anda boleh 'improvasi' apa yang tersenarai.
Anda fikir anda tahu Contoh Itinerary Percutian Langkawi 3 Hari Dua Malam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
November 12, 2018, 11:00 pm
"Stan Lee Marvel's Cameo"
Selain dari menunggu aksi selepas kredit dalam filem-filem terbitan atau terkait marvel, penulis sentiasa akan menunggu satu babak dimana kemunculan pencipta watak dalam filem-filem marvel yang diterbitkan.
Stan Lee walaupun tidak diberikan watak tertentu untuk berada dalam filem dan cerita watak ciptaannya yang bermula dengan komik, namun penampilan istimewa (cameo) sudah cukup meriuhkan satu panggung walaupun beberapa saat.
Pencipta kepada watak adiwira di dalam Avengers, X-men dan beberapa siri adiwira ini sering muncul dalam filem marvel.
Dengan cameo dalam pelbagai watak sampingan seperti juri, posmen, orang kenamaan, jiran sebelah rumah dan pelbagai lagi watak cameo yang dimainkan olehnya.
Di bawah ini adalah senarai watak dan babak cameo oleh Stan Lee dalam filem sepanjang hidupnya.
Cameo Stan Lee Dalam Filem dan Movie
1. Kali pertama Stan Lee muncul sebagai juri dalam satu rancangan tv 'The Trial of the Incredible Hulk' pada 1989.
2. Bagi filem, kemunculan pertamanya adalah pada tahun 2000 dalam filem 'X-Men' sebagai seorang penjual hot dog.
3. Pada 2002, dalam filem Spiderman Stan Lee memegang watak seorang rakyat biasa yang telah menyelamatkan seorang budak dari runtuhan.
4. Watak Matt Murdock yang masih kecil telah menyelamatkan seorang tua ketika ingin melintas jalan, orang tua tersebut adalah Stan Lee di dalam filem Daredevi 2003
5. Dalam filem Hulk 2003, Stan Lee telah bergandingan dengan watak hulk ketika itu sebagai penjaga keselamatan.
6. Stan Lee menyelamatkan seorang wanita dari serpihan runtuhan bangunan dalam cerita Spiderman 2 2004 ketika Spiderman sedang sibuk berlawan dengan Doc Ock.
7. Stan Lee memainkan watak seorang 'mailman' yang diciptanya sendiri untuk watak Willie Lumpkin dalam komiknya dalam filem Fantastic Four 2005
8. Menjadi watak manusia biasa yang dalam keadaan bingung selepas dikenakan kuasa telekinesis oleh watak Jean Grey dalam X-Men : The Last Stand 2006.
9. Memegang watak 'wedding crasher' dalam filem Fantastic Four : Rise of The Silver Surfer 2007.
10. Melintasi watak Peter Parker di Times Square dalam Spiderman 3 2007
11. Watak Tony Stark sedang mencari Hugh Hefner dalam ramai-ramai orang dan tersilap orang yang sebenarnya orang itu adalah Stan Lee dalam filem Iron Man 2008.
12. Dalam filem The Incredible Hulk 2008, Stan Lee dikesan meminum minuman dalam botol bewarna hijau.
13. Dalam filem Iron Man 2 2010, Tony Stark mencari Larry King namun Stan Lee yang ditemuinya.
14. Untuk filem Thor pertama pada 2011, Stan Lee menggunakan kereta pikap cubaan untuk menarik tukul Thor.
15. Stan Lee muncul sebagai seorang General perang dunia ke-2 ketika majlis sidang media Captain America untuk filem Captain America: The First Avengers 2011.
16. Dalam filem Avengers 2012 pertama Stan Lee muncul sebagai pemain catur yang sedang ditemuramah oleh televisyen.
17. Dalam filem Avengers 2012 juga terdapat 'cameo' Stan Lee ketika makan tengah hari namun ini adalah 'deleted scene'.
18. Dengan latar belakang Spiderman sedang bertarung dengan musuh, Lizard, Stan Lee sedang asyik mendengar muzik klasik di dalam The Amazing Spiderman 2012.
19. Dalam Iron Man 3 2013, Stan Lee yang menjadi juri untuk 'beauty pageant' dan mengangkat markah 10.
20. Stan Lee muncul sebagai watak pesakit mental dalam filem Thor: The Dark World 2013
21. Stan Lee menjadi pengawal keselamatan di muzium di mana ketika kehilangan uniform Captain America dalam jagaannya, untuk filem Captain America: The Winter Soldier 2014.
22. Dalam The Amazing Spiderman 2 2014, Stan Lee muncul di majlis konvokesyen Peter Parker sebagai tetamu.
23. Dengan menggunakan 'Rocket Raccoon', Stan Lee berjaya dikesan sedang mengurat seorang wanita dalam The Guardion of Galaxy 2014.
24. Dalam 'Big Hero 6' iaitu sebuah animasi, iaitu kemunculan pertama Stan Lee dalam animasi pada 2014 sebagai ayah kepada watak Fred.
25. Pada 2014, Stan Lee muncul dalam siri Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. ketika babak di dalam tren.
26. Dalam siri Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. 2015 untuk musim pertama Stan Lee berada di sebelah ayah Tony Stark iaitu Howard Stark.
27. Kemunculan Stan Lee sebagai veteran askar yang agak mabuk setelah meminum arak Asgardian dalam Avengers: Age of Ultron 2015.
28. Dalam Ant Man 2015, Stan Lee menjadi seorang bartender yang agak 'liar' namun peramah.
29. Dengan memegang watak namanya sendiri, Stan Lee menjadi seorang d.j di sebuah strip club dalam filem Deadpool 2016.
30. Stan Lee menjadi seorang pekerja Fed-Ex untuk penghantaran barangan kepada Tony Stark dalam filem Captain America: Civil War 2016
31. Dengan gandingan isteri betulnya, Joan. Stan Lee muncul sebagai suami yang sedang menenangkan isterinya ketika Apocalypse sedang menlancarkan nuklear dalam X-Men: Apocalypse 2016.
32. Muncul di dalam siri terakhir siri Daredevil 2015 untuk Netflix walaupun sekdar gambar foto yang tergantung di dinding.
33. Muncul di dalam gambar dalam pakaian polis untuk rancangan tv Jessica Jones 2015.
34. Dalam siri Luke Cage Netflix terdapat poster gambar Stan Lee yang tertulis 'See a crime? Report it!' untuk babak rompakan yang sedang berlangsung.
35. Dengan penampilan seorang penumpang bas yang sedang membaca salinan 'The Doors of Perception' dalam filem Doctor strange 2016
36. Walaupun Stan tidak muncul dalam "Logan," dia terlibat dengan penggoda "Deadpool" yang sedikit sebelum ditayangkan. Bahagiannya dipotong dari versi teater, tetapi ia dalam talian.
37. Fotograf yang sama berpakaian seragam polis untuk siri Daredevil episod 2
38. Stan Lee muncul dalam Agents of S.H.I.E.L.D.: Slingshot, sebagai 'foto'
39. Kemunculan Stan Lee dalam versi poster ditemui di dalam siri Iron Fist yang ke-13.
40. Stan's cameo dalam "Guardians of the Vol. 2" telah dia berpakaian sebagai angkasawan ketika dia duduk dan menceritakan kisah kepada tiga makhluk angkasa.
41. Dalam Spiderman - Homecoming 2017, menjadi seorang jiran yang menegur encik spidey.
42. Foto Marvel Netflix Stan Lee muncul sekali lagi pada "The Defenders."
43. Dia muncul lagi di TV untuk kemunculan pada episod perintis "The Gifted."
44. Thor: Ragnarok 2017 Stan Lee muncul ketika memotong rambut Thor yang panjang.
45. Dalam episod akhir siri 'The Punisher', kemunculan Stan Lee ditemui di dinding bangunan sebagai poster.
46. Dia muncul di "Runaways" Hulu sebagai pemandu limo dalam satu episod
47. Pada tahun 2018, "Black Panther," Stan Lee muncul sebagai penjudi di kasino
48. Lee boleh dilihat pada iklan bas pada musim kedua "Jessica Jones."
49. Pencari cameo Stan Lee juga boleh melihatnya di atas iklan teksi pada episod 12
50. Stan Lee muncul sebagai pemandu bas Peter Parker dalam Avengers: Infinity War 2018
51. Lee muncul di Deadpool 2 2018 apabila wajahnya ditunjukkan secara ringkas sebagai mural
52. Dalam Ant Man and The Wasp 2018, kereta yang dinaiki Stan Lee dikecilkan
53. Wajah Lee masih di atas poster yang ditempatkan di dinding pada "Iron Fist" musim kedua
54. Stan Lee juga membuat penampilan 'sekilas pandang' pada musim kedua "Luke Cage"
55. Stan Lee muncul dalam lukisan dalam siri Cloak and Dagger
56. Stan Lee muncul untuk babak akhir untuk filem Venom 2018 membawa anjing berjalan, namanya terdapat dalam kredit akhir.
57. Comeo animasi Stan Lee dalam "Spider-Man: Ke Spider-Verse" diturunkan di New York Comic Con
58. Penampilan khas (cameo) terakhir Stan Lee dalam Avengers 4 (akan diupdate) Released 2019
Selamat Tinggal Stan Lee Marvel's Real Life Superhero
Ketika artikel ini ditulis, Stan Lee telah tiada lagi bernafas di muka bumi, lahir pada 1922 dan meninggal pada 2018.
Selepas ini tiada lagi Cameo atau penampilan khas yang boleh dilihat dalam filem, siri ataupun televisyen untuk seorang lelaki yang memiliki daya imaginasi dan kreatif seperti Stan Lee.
Anda fikir anda tahu Senarai Babak Cameo (Penampilan Khas) Stan Lee Dalam Filem, Siri dan Animasi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
November 21, 2018, 7:00 pm
"Teppan Sijangkang"
Mula-mula mendengar, membaca perkataan 'teppan' bukanlah mudah untuk diolah oleh otak penulis apakah itu teppan. Perkataan 'teppan' penulis temui di satu kedai makan di Sijangkang, itu yang pertama kali.
![]() |
Review Teppan Sijangkang |
Bagi peminat makanan berasaskan Jepun, perkataan teppan bukanlah sesuatu yang asing. Malahan boleh dikatakan agak popular untuk penggemar masakan atau menu dari Jepun.
Apakah Itu Teppan dan Teppanyaki ?
Setelah diperhalusi melalui carian di enjin carian, maka fahamlah penulis apa itu teppan. Teppan sebenarnya nama alatan untuk memasak makanan, jika di temui dalam kamus, teppan bermaksud 'iron plate' atau pelantar besi.
![Dapur Teppanyaki Dapur Teppanyaki]() |
Dapur Teppanyaki |
Perkataan 'pan' yang bermaksud kuali pun sudah boleh diagak, namun kuali yang mendatar, senang cerita kuali burger di tepi jalan.
Sepatutnya dipanggil 'burger teppan', sekadar meneka.
Hasil masakan di atas teppan ini maka terhasilah menu yang digelar 'teppanyaki'.
Konsep Barbecue dan Grill
Teppanyaki sebenarnya tidak jauh menyimpang dari 'grill' atau barbeku (bbq). Dengan cara gorengan kilas di atas teppan maka siaplah teppanyaki.
Kebiasaan teppanyaki menggunakan bahan mentah yang boleh di panggang seperti ayam, daging lembu dan daging kambing.
Untuk melengkapkan hidangan teppanyaki, daging-daging ini yang telah diperap akan digoreng kilas dengan sayuran dan bawang holland.
Dengan desiran dari jus perapan daging dan kepanasan teppan menambahkan selera penggemar makanan ini.
Kali pertama penulis mencuba hidangan teppan dalah di Kg Sijangkang. Sebuah kedai makan bersaiz sederhana yang diberi nama Teppan Sijangkang.
Menu Teppanyaki Buatan Malaysia
Dua jenis hidangan teppan yang penulis cuba adalah teppan ayam dan teppan daging kambing. Terdapat dua pilihan menu untuk kedua-dua jenis lauk ini, untuk makan bersama nasi atau meratah sahaja lauk ini.
Untuk bersama nasi, akan digelar set teppan ayam atau set teppan kambing.
Teppanyaki Daging Ayam Bakar
![Teppan Ayam Bakar Teppan Ayam Bakar]() |
Teppan Ayam Bakar |
Dengan disediakan dalam satu pinggan mampu milik yang biasa ditemui di kedai dua ringgti atau ekonomi.
Dalam pinggan ini tersedia, daging ayam yang dipotong kecil kecil seumpama ingin dibuat sup, yang telah diperap dengan perapan seumpama bbq.
Digoreng kilas bersama dengan hirisan tomato, daun salad atau kobis beserta bawang holland.
Kuahnya tidak begitu pekat yang membolehkan ia digelar kuah berbanding sos. Pekat dan hitam boleh dianggap sebagai ayam masak kicap bersama sayuran.
![Set Nasi Teppan Ayam Bakar Set Nasi Teppan Ayam Bakar]() |
Set Nasi Teppan Ayam Bakar |
Untuk set, nasi sepinggan diletakkan bersama semangkuk sup kosong (yang sememangnya kosong rasanya).
Teppanyaki Daging Kambing Bakar
![Teppan Kambing Bakar Teppan Kambing Bakar]() |
Teppan Kambing Bakar |
Daging kambing bersaiz biasa dilihat di restoran-restoran steamboat and grill, yang pastinya sudah diperap sebelum di goreng kilas bersama sayuran dan bawang di atas teppan yang panas.
Daging kambing memang berbeza dari daging-daging lain, yang lainnya adalah aromanya.
![Sayuran Dalam Teppan Sayuran Dalam Teppan]() |
Sayuran Dalam Teppan |
Digaul mesra antara daging kambing yang diperap dengan sayuran seperti hirisan tomato dan daun salad menghasilkan satu hidangan ranggup dan berperisa. Ditambah pula dengan bau dan rasa manis bawang holland yang turut ada dalam hidangan.
Tidak begitu jauh persembahan antara teppan ayam dan daging kambing, masih menggunakan pinggan mampu milik.
Sepinggan nasi (bukan semangkuk) akan disertakan bersama sup kosong untuk hidangan set teppanyaki daging kambing.
Hidangan Lain
![Senarai Menu Teppan Sijangkang Senarai Menu Teppan Sijangkang]() |
Senarai Menu Teppan Sijangkang |
Di Teppan Sijangkang, bukan hanya menjurus kepada dua hidangan di sebutkan di atas.Terdapat hidangan lain berupa masakan panas. Pelbagai nasi goreng, tidaklah begitu pelbagai seumpama kedai tom yam siam, ada juga setengah-setengah hidangan yang tiada dalam menu.
Masakan Panas (Goreng-Goreng)
Untuk masakan panas, penulis telah mencuba nasi goreng seafood. Mimpi ngeri untuk memesan nasi goreng seafood adalah seafood nya tiada atau sedikit (kecil), rasa nasi goreng yang boleh dibuat campak-campak di kuali di rumah.
![Nasi Goreng Seafood Nasi Goreng Seafood]() |
Nasi Goreng Seafood |
Ok, itu mimpi ngeri. Hakikatnya atau realitinya, di Teppan Sijangkang salah satu masakan panas yang diberikan nama, nasi goreng seafood di sini memang boleh dipuji. Dengan portion nasi goreng agak banyak, udang yang diletakkan di dalam hidangan besar dan banyak.
Seafood yang lain juga turut dihadirkan di dalam hidangan sotong turut kelihatan bertaburan.
Sizzling dan Claypot
![Sizzling Claypot Teppan Sizzling Claypot Teppan]() |
Sizzling Claypot Teppan |
Sizzling, masakan yang bukan selalu dilihat di kedai makan. Dari segi sizzling, cukup lengkap mengikut tema, datang dalam claypot dengan kuah yang masih gelegak.Secara lahiriahnya, penulis boleh gelarkan sebagai sizzling claypot.
Kedai ini juga turut menyediakan makanan untuk sarapan termasuklah menu kacang pool untuk menu sarapan pagi.
Suasana Kedai
Bukan sekali dua penulis menemui kedai makan yang berkonsepkan suasan drama oleh Rashid Sibir atau suasana malap seperti dalam filem munafik dari Syamsul Yusuf.Teppan Sijangkang turut mengaplikasikan tema ini. Malap dan kelip-kelip.
Susun atur kerusi dan meja berbentuk L dengan susunan yang agak banyak. Berada betul-betul di sebelah jalan raya.
Hiburan melihat orang lalu lalang itu ada.
Tidak banyak sebenarnya boleh diceritakan suasana kedai ini kerana suasana yang memang romantik.
Ulasan Penulis
Makanan
Kali pertama mencuba masakan atas teppan sukar untuk membuat perbandingan dengan mana-mana.
Untuk kali pertama mencuba teppanyaki ayam dan teppanyaki kambing penulis lebih suka akan teppan kambingnya.
Teppan ayam tidak jauh sangat bezanya dengan ayam masak kicap (banjir) di rumah. Namun, yang lainnya kuah tidak begitu menghilangkan rasa ayam itu sendiri dengan terdapat rasa pedas lada hitam yang tidak begitu kuat.
Teppan kambing tidak begitu hamis dagingnya (bau kambing perlu ada), dagingnya masih manis oleh kerana tidak terlalu dibayangi oleh rasa kuahnya penulis masih lagi boleh merasai tektur lembut kambing.
Kuah dan daging kambing boleh dikatakan masing-masing tidak 'overshadow' rasa masing-masing.
Masakan panas di kedai ini nasi gorengnya cukup sedap. Dari pemerhatian penulis juga, ramai sebenarnya datang ke sini memesan masakan panas, lebih-lebih lagi nasi goreng. Seumpama masakan teppan bukan masakan utama.
Untuk sizzling dalam claypot yang penulis cuba, tiada sebarang keistimewaan selain kepanasan kuah dan agak hambar perisanya. Isteri penulis yang mencuba sizzling tersebut terpaksa menceduk kuah dari teppan penulis untuk dimasukkan ke dalam sizzling tersebut.
Harga
Kurang berbaloi sebenarnya teppanyaki daging kambing yang agak sedikit sebenarnya portion di dalam pinggan mampu milik. Dengan bayaran tersebut boleh dapatkan makanan lain yang lebih mengenyangkan.
Jika perkadaran portion dengan harga sekarang agak tidak berbaloi sebenarnya.
Dengan rasa teppan kambing yang biasa penulis rasakan harga tersebut tidak begitu berpatutan.
Untuk teppanyaki ayam, cukup berbaloi harganya cukup murah dan tersedia dengan set nasi yang boleh mengenyangkan.
Suasana
Ketika penulis datang ke kedai ini, lampu berjaya mempermainkan pengunjung. Ada sesekali terpadam dan berkelip-kelip.
Memandangkan kawasan sekitar adalah semak dan kebun, pengehadan pengcahayaan untuk kedai makan sebegini sebenarnya tidak sesuai melainkan memang tema anda seumpama rumah ustaz Adam filem munafik, untuk penjimatan bil eletrik.
Portion
Untuk portion lauk makanan selain teppan kambing memang terbaik. Cukup banyak tidak kedekut.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Terletak di dalam Kg Sijangkang Telok Panglima Garang. Agak tersorok di tengah-tengah kampung namun tidak begitu sukar untuk ditemui.
Restoran Teppan Sijangkang,Jalan Orkid, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Harga Makanan
Teppan Ayam Bakar - RM4 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)Teppan Kambing Bakar - RM14 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)
Masakan panas - Harga biasa di lain lain kedai
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Mula beroperasi dari jam 8 malam hingga 11 malam.Kebanyakan public holiday kedai ini akan tutup.
Parkir
Cukup terhad. Disarankan datang bukan dengan bas atau kenderaan melebihi saiz sebuah kereta sedan beramai-ramai.
Anda fikir anda tahu Teppanyaki Daging Kambing dan Ayam Di Teppan Sijangkang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
↧
November 22, 2018, 7:30 pm
"Cara Tingkatkan Followers IG Bisnes Online"
Instagram atau lebih ringkas disebut 'IG' bukan sesuatu yang asing. Bermula sebagai platform seumpama platform perkongsian gambar dan video kini instagram adalah medium paling dekat antara peniaga dan pengguna.
Sehingga artikel ini ditaip, terdapat ;
1. 600 juta pengguna aktif di Instagram2. 57% dari pengguna ini akan login setiap hari di Instagram3. Secara purata, kadar engagement bagi setiap post di Instagram, adalah 57x lebih tinggi dari Facebook.. dan 120x lebih tinggi dari Twitter.
Jual dan Review Produk Di Instagram
Itu statistik ringkas kuasa instagram untuk peniaga, bukan sahaja peniaga sebenarnya untuk mereka yang mencari makan di instagram, sebagai contoh terdekat para-para pemberi ulasan (review barangan) di instagram.
Bermula memang agak sukar, kalau tanpa usaha nak dapatkan pengikut (follower) melebihi 100 orang untuk satu akaun instagram pun agak sukar melainkan ada peniaga/penjual online lain yang follow kita sekadar sementara waktu.
Instagram Lebih Efisien Berbanding Facebook, Twitter
Jika dibandingkan dengan facebook atau twitter, di instagram semakin hari semakin meningkat pengguna yang masuk. Apa tidaknya, bangun tidur dan buka insta, makan tengah hari buka insta apalagi sebagai ulit mimpi pun buka insta.
Untuk melihat kejatuhan instagram sebagai media selain sosial untuk bisnes amat kurang.
Elakkan Followers Bermusim
Dalam bisnes dan pendapatan melalui hasil review di instagram, kita tidak mahu follower yang seumpama kelkatu, bermusim sahaja ada.
Kalau boleh kita mahukan follower yang tetap setia berada mengikuti perkembangan akaun instagram kita untuk mengetahui apakah barangan atau produk seterusnya yang akan kita pasarkan.
Apabila sudah dikenali, follower akan datang sendiri. Untuk sampai ke tahap follower datang sendiri tidak kira dari google search, instagram search atau social media lain perlu ada caranya.
Teknik Tingkatkan Followers Instagram
Beberapa kriteria perlu seseorang yang ingin menjadikan platform instagram sebagai seorang penjual atau reviewer yang akan mengaut keuntungan dari instagram sahaja.
1. Langkah-langkah Meletupkan Jualan Di Instagram2. Cipta Pelanggan (permulaan pencarian follower)3. Bina Kedai IG Anda! (identiti anda seumpama nama pentas kalau artis)4. Teknik Kumpul Follower (target, aktif, dan real)5. Cara Berinteraksi Dengan Follower Anda.
Mereka yang mencari artikel ini semestinya bukanlah seorang berpengaruh seperti bekas ahli politik atau artis. Jadi, kenali langkah demi langkah yang penulis senaraikan di atas untuk mula mencungkil rahsia berniaga dan mengaut pendapatan melalui instagram.
Tidak semua instafamous terkenal buka akaun instagram sahaja dan ramai follower, melainkan anda dua kategori yang disebutkan tadi.
5 senarai yang penulis senaraikan di atas adalah tajuk-tajuk besar panduan mendapatkan follower ramai di instagram.
E-Book Panduan Naikkan Jumlah Followers Instagram
Untuk penerangan dan segala perinci (detail) untuk tajuk-tajuk seperti di atas ada disediakan khas untuk mereka yang ingin memulakan bisnes melalui instagram melalui sebuah e-book sebagaimana di bawah:
Insha Allah dengan e-book ini anda tidak perlu lagi untuk ke mana-mana akaun instafamous lain secara tanpa perancangan dengan senjata 'visit my Ig' di mana-mana, mungkin risiko anda akan di block mereka adalah tinggi.
Pernah dengar atau baca mengenai Nigel Ong ? Perintis Jack Ma ? Ini adalah buku tulisannya.
Harga yang Berpatutan
Dengan modal RM150 mana tahu anda akan dikenali sebagai instafamous seterusnya. Tiada siapa boleh halang jika rezeki anda di instagram.
Opps! penulis ada taip RM150 bukan, ok, untuk masa ini penulis perlu abaikan perkataan RM150 kerana untuk masa terhad ini e-book panduan tingkatkan followers di instagram ini dengan diberikan potongan kepada harga RM70.
Yup! RM70 sahaja.
Hmmmm...
Dari RM150 kepada RM70. Untuk satu e-book ? Semestinyalah tidak, ini adalah beberapa bonus e-book disertakan percuma dengan belian hanya RM70 ini. Hmmm..bonus lagi..
Bonus E-book (tambahan percuma!)
1. Ebook ini kongsikan proses dan cara setting iklan berbayar di Instagram.Selain menggunakan software. Anda juga boleh terus iklankan produk anda di Instagram menggunakan fungsi Power Editor di Facebook walaupun follower anda sikit.
Jangan risau! Ebook ini akan tunjukkan langkahnya dalam bentuk bergambar.
2. Dalam ebook ini anda akan belajar tentang 5 tip penulisan caption bergambar di Instagram. Instagram tak sama macam Facebook.
Caption anda tidak boleh selang sebaris. Post anda akan nampak macam satu perenggan yang panjang. Ia boring. Jangan risau, saya ada skill selesaikan masalah ni…
Selain itu, anda juga akan temui. Apa itu hashtag? Apa fungsinya? Di mana nak cari hashtag yang betul? Berapa hashtag kena letak dalam satu post? Dan banyak lagi…
3. Ada 5 kajian kes dalam ebook ini.
Dalam ebook ini saya kongsikan kepada anda cara saya sendiri naik follower untuk bisnes klien saya dalam tempoh waktu tertentu.
Tujuannya, agar anda nampak real-case-study bagaimana untuk amalkan apa yang saya kongsikan dalam ebook utama.
4. Siapa kata untuk dapatkan gambar produk yang profesional kita perlukan kamera DSLR? Software Photo Editing yang berharga ribu-ribu serta peralatan-peralatan studio yang mahal?
Di dalam ebook ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh mendapatkan gambar produk yang profesional dengan hanya menggunakan kamera smartphone anda sahaja!
Saya juga akan tunjukkan anda bagaimana untuk membina "mini studio" anda dengan harga yang paling bajet!
Ya! Dengan RM70 sahaja. Anda boleh memiliki kelima-lima e-book ini. Cukup berbaloi untuk pulangannya. Apalah sangat RM70 mungkin barangan anda untuk dijual atau untuk di review lebih mahal berbanding ini.
Testimonial Pengguna E-book yang Berjaya
Mungkin ada yang agak sukar untuk percaya, senang cerita biar penulis lampirkan beberapa testimoni pembeli e-book ini yang kini sudah boleh menarik nafas tanpa sebarang keraguan untuk mendapatkan followers untuk akaun bisnes instagram mereka.
Minat Dan Usaha Dengan Sedikit Pelaburan
Dengan minat yang sedia ada, produk dan semangat sudah ada, jadikan RM70 ini sebagai satu lagi pelaburan untuk anda bermula dari seorang yang sibuk menjaja 'visit my ig' kepada seorang peniaga produk yang followers nya sendiri mencari anda.
Sebagaimana dalam filem Jackie Chan, Shinjuku Incident, 30% adalah takdir dan 70% adalah usaha anda, sudah berusaha pasti berjaya.
Sudah yakin dengan E-book menaikkan followers di instagram berserta bonus-bonus e-book dengan harga hanya RM70 ?! boleh klik pada 'banner' di bawah:
![]()
Dengan beberapa bonus 'misteri' lain hehe.
Anda fikir anda tahu Cara Mudah Naikkan Bilangan Followers Di Instagram ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
December 13, 2018, 7:00 pm
"Kedai Makan Sekitar GM Klang"
GM Klang tidak asing bagi mereka yang gemarkan membeli barangan pukal atau barangan secara banyak.
![Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo]() |
Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo |
Itu tipikal pandangan mengenai GM Klang yang terletak di Bandar Botanik Klang.
Shopping Di GM Klang Bandar Botanik
GM Klang bukan sahaja untuk barangan pukal malah untuk belian biasa banyak. Banyak pilihan barangan menjadikan GM Klang yang berhampiran Lebuhraya KESAS ini begitu popular.
Pernah penulis terserempak seumpama lawatan cik kiah dengan bas datang ke GM Klang.
Penulis bukan ingin bercerita tentang GM Klang. Secara normalnya yang datang ke GM Klang walaupun tidak ramai adalah yang datang dari jauh.
Mencari Tempat Makan
Bagi penduduk sekitar tidak begitu sukar untuk mengetahui kedai makan yang ada di kawasan sekitar, untuk yang baharu menjejakkan kaki sukar juga untuk mengalas perut sebelum atau selepas shopping di GM Klang.
Terdapat beberapa kedai makan sebenarnya sekitar GM Klang. Namun, penulis akan cuba kongsi akan kedai makan yang biasa penulis singgah dan cuba.
Tempat Makan Kurang Memuaskan
Terdapat juga satu kedai makan di sekitar GM Klang ini yang sudah di'banned' penulis. Penulis tidak akan menyebut nama kedai namun berhadapan bulatan kecil GM Klang. Mahal, kurang sedap dan layanan kurang memberikan ketenangan.
Penemuan Restoran Selera Pantai Timur
Dari kisah tersebutlah penulis menemui satu kedai makan yang kena dengan selera penulis. Sebuah kedai makan yang terletak bertentangan dengan parkir paling jauh GM Klang di deretan rumah kedai.
![Restoran Senyum Sokmo GM Klang Restoran Senyum Sokmo GM Klang]() |
Restoran Senyum Sokmo GM Klang |
"Restoran Senyum Sokmo"
Melalui namanya sudah menggambarkan masakan pantai timur. Sebuah restoran yang baharu sahaja di buka di sekitar ini. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2018.
Konsep Restoran
Restoran ini menggunakan konsep makan siang. Bukan tipikal kedai tom yam yang ditemui. Kebanyakan menu makanan adalah bergulai dan berkuah.
Menu yang Dicuba
Nasi Kerabu Ayam Bakar
Satu makanan yang pantang penulis kalau terjumpa adalah nasi kerabu.Disini penulis mencuba nasi kerabunya, adakah betul-betul nasi kerabu pantai timur atau sekadar celupan nama sahaja.
![Nasi Kerabu Ayam Panggang Nasi Kerabu Ayam Panggang]() |
Nasi Kerabu Ayam Panggang Madu |
Nasi kerabunya cukup lengkap dengan pelbagai ulaman dengan nasi bewarna biru.Diletakkan juga telur masin dan keropok keping bersama.
Pengunjung boleh memilih pelbagai lauk untuk di makan bersama nasi kerabu ini.Penulis memilih ayam bakar yang baharu sahaja siap dipanggang di hadapan kedai makan ini.
Rasa Nasi Kerabu
Dari segi rasa, sedap dan mengena dengan citarasa nasi kerabu yang penulis cari.Ulaman masih segar, ranggup lagi rasanya. Dengan kerisik kelapa yang ada rasa ikan dan nasinya tidak terlalu lembik atau keras.
Nasi kerabu ini adalah nasi kerabu biasa tidak bertumis, boleh tambah kuah bergulai jika rasakan ia terlalu kering.
Lauk Pauk Gulai Kawah Pilihan
Apa yang menarik akan kedai makan ini (selain hidangan nasi kerabu) adalah jenis lauk pauknya. Kebanyakan adalah lauk pauk masakan pantai timur.
![]() |
Lauk Pauk Gulai Kawah |
Gulai ayam, gulai ikan, jika dikira periuk yang menyediakan hidangan bergulai lebih dari lima periuk. Gulai kawah jika nama gelaran yang biasa didengar.
Untuk lauk pauk lain, seperti di kedai makan biasa yang menyediakan hidangan nasi campur atau nasi pilih sendiri.
Isiapadu Air Minuman yang Banyak
Bagi air minumannya cukup isitmewa jika dikira isipadu. Penulis tidaklah menggunakan bekas yang memiliki sukatan untuk mengira isipadu air minuman di kedai ini akan tetapi melihatkan gelasnya yang agak besar sudah cukup membuktikan kedai makan ini tidak kedekut air.
![Teh O Ais Limau Teh O Ais Limau]() |
Teh O Ais Limau |
Kurang dari RM2.50 sukar untuk penulis menghabiskan teh o ais limau yang dipesan. Teh o ais limau yang sedap-sedap dihirup, rasa limau yang tidak begitu pahit dan rasa teh yang tak begitu kelat, kehadiran gula masih ada.
Air kosongnya juga dalam isipadu yang sama.
Ulasan Penulis
Dari rasa nasi kerabu yang dicuba, nilai nasi kerabu pantai timur masih ada berbanding nasi kerabu celup atau ciplak yang pernah penulis terbeli.
Jika nasi kerabunya sama dengan nasi kerabu dari Kelantan, tidak hairan jika makanan lain menyerupai makanan dari sana.
Pilihan Lauk
Pilihan lauk pauk lain juga cukup banyak. Istimewanya terdapat lauk pauk bergulai dan berkuah yang rasanya ala-ala masakan pantai timur, deria rasa pantai timur penulis mampu mengesannya.
![]() |
Ayam Sedang Dipanggang |
Ayam bakar antara lauk pauk menjadi kegemaran ramai. Walaupun terdapat kesan hangus rasa perapan pada ayam tersebut masih jelas bak kata Hafiz Suip.
Air Minuman
Isipadu air minuman boleh dipuji jika anda sedang kehausan selepas membeli sakan di GM Klang. Cukup banyak jumlah airnya.
Suasana Persekitaran Restoran
Suasana kedai agak romantik dalam tema rock kapak, tidak terlampau romantik dan tidak terlampau ganas. Seumpama sedang melayani lagu-lagu kumpulan Slam.
Layanan Pekerja
Dari segi layanan staf, cukup baik setakat ini dan sentiasa memberikan apa yang pelanggan inginkan.
Bagi penulis, ini adalah antara alternatif untuk mendapatkan makanan selera pantai timur dengan harga yang berpatutan.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Agak jauh sedikit dari pintu masuk GM Klang, jika yang parkir di petak parkir GM Klang yang paling baharu boleh melihatnya.
Berhadapan juga dengan gerai-gerai penjaja di hadapannya.
Restoran Senyum Sokmo,NO. 3, Jalan Kasuarina 4/KS 07, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Harga Makanan
Nasi Kerabu Ayam Bakar - RM7.50Teh O Ais Limau - RM2
Waktu Operasi Restoran
Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam
Anda fikir anda tahu Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Restoran Senyum Sokmo GM Klang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧
"Pak Ngah Sup Utara"
Jarang tak lari perkataan utara dengan sup. Agak banyak sebenarnya kedai makan yang menjamu hidangan sup menggunakan tema utara. Betul-betul resepi dari utara itu kurang dipastikan.
![Pak Ngah Sup Utara Pak Ngah Sup Utara]() |
Pak Ngah Sup Utara |
Namun, konsepnya tetap sama. Sup yang sudah tersedia ada siap segala rempah ratusnya, hanya dipanaskan menunggu untuk dicurah ke atas mangkuk atau pinggan terisi hirisan daging lembu atau ayam yang sudah direbus.
Tema Sup Utara
Tidak dinafikan rempah ratus resepi sup utara agak berlainan dengan sup yang biasa kita sediakan di rumah. Dalam banyak-banyak kedai makan dengan konsep sup utara, masih ada peminatnya.
Salah satu yang agak popular sekitar Kota Kemuning dan pinggir Shah Alam dan Klang adalah sebuah kedai makan dengan tema sup utara iaitu Pak Ngah Sup Utara.
Signature Sup Utara
Sebagaimana cliche hidangan set sup utara di mana-mana kedai sup utara, terdapat hidangan set nasi jika tidak mahu sup daging atau ayam ini dijamu bersama pelbagai mi atau kue teow.
Pak Ngah Sup Utara Shah Alam
Di Kedai makan Pak Ngah Sup Utara di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam ini menyediakan dua lauk pauk utama iaitu daging lembu dan daging ayam. Selain pengunjung juga boleh memesan sup tulang, sup perut dan sup ekor.
Menu Hidangan Utama
Setiap kali penulis berkunjung di Pak Ngah Sup Utara, set nasi sup berlaukan hirisan daging menjadi pilihan.
Set Nasi Sup Utara Daging Lembu
Sepinggan nasi yang akan disertakan dengan semangkuk sup yang dijirus di atas hirisan daging lembu yang direbus.
![Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar]() |
Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar |
Bersama hirisan penyeri sup seperti daun bawang atau daun sup. Menambahkan variasi warna dalam semangkuk sup.
![Sup Utara Daging Lembu Sup Utara Daging Lembu]() |
Sup Utara Daging Lembu |
Pelayan akan menanyakan tentang telur dadar. Telur dadar untuk ditambah sebagai satu set nasi sup.
![Telur Dadar Gebu Telur Dadar Gebu]() |
Telur Dadar Gebu |
Telur dadar gorengan mereka sungguh menarik, gebu dan berperisa. Telur yang digoreng dalam kuali panas yang terisi minyak masak yang banyak menghasilkan telur dadar yang cukup gebu dan ranggup sekelilingnya.
![Telur Masin Telur Masin]() |
Telur Masin |
Bagi yang lebih gemar akan telur masin bersama sup boleh mendapatkan telur masin dari seksyen nasi campur.
![Teh O Ais Limau Teh O Ais Limau]() |
Teh O Ais Limau |
Basahkan tekak anda dengan teh o ais limau yang menyegarkan. Memang kena dengan sup.
Hidangan Lain
Pisang Goreng Madu
Sebenarnya pisang goreng ini antara tarikan di sini. Didirikan sebuah gerai goreng pisang yang biasa.
Seumpama satu hidangan pencuci mulut selepas menikmati aneka sup. Pisang yang disalut adunan tepung dan telur dan digoreng bersama madu cukup enak.
Pasti yang mencubanya akan memesan untuk sekali lagi. Meskipun digoreng bersama madu, rasa pisang masih kekal. Itulah uniknya untuk pisang goreng disini.Mesti cuba.
Nasi Campur
Jika inginkan selera lain terdapat bahagian untuk mereka yang inginkan nasi campur.Dengan lauk pauk kebiasaan masakan di siang hari.
Ulasan Penulis
Rasa Sup
Tidak banyak yang lari dari kebiasaan sup utara namun sedap dihirup apalagi ketika masih panas.
![Kombinasi Terbaik Nasi Sup Kombinasi Terbaik Nasi Sup]() |
Kombinasi Terbaik Nasi Sup |
Rasa penambah perisa yang tidak terlampau adalah kuncinya. Dengan aroma dan rasa rempah ratus organik itu adalah 'trademark' sup.
Sup disini mengekalkan rasa rempah ratus organik berbanding penambah perisa yang melampau itu menjadikan sup mereka sedap dihirup.
Portion Hidangan Sup
Dari aspek kapasiti lauk dalam semangkuk sup boleh dibanggakan, kena dengan harganya.Boleh kembung perut kerana banyak sup akan dimasukkan ke dalam tangki perut untuk satu mangkuk.
Tekstur Lauk (Daging) Dalam Sup
Sungguh lembut dan tidak begitu kenyal, jarang memerlukan kunyahan melebihi 7 kali untuk menguraikan daging. Untuk isi dan daging tidak termasuk urat atau lemak.
![Tekstur Daging Lembu Dalam Sup Tekstur Daging Lembu Dalam Sup]() |
Tekstur Daging Lembu Dalam Sup |
Bagi yang tidak sukakan lemak dalam sup boleh beritahu kepada penyedia sup untuk tidak memasukkannya. Namun, lemak dalam sup tetap sedap.
Persekitaran Kedai Makan
Agak romantik dengan suasana tidak begitu panas dan tidak pula begitu redup. Kedai makan yang menumpang celahan syarikat jualan kereta terpakai mungkin kadang-kadang menghasilkan suasana kurang tenang.
Dengan laluan hadapan (ketika penulis berada di kedai) yang masih dalam pembinaan. Sukar sedikit dalam mendapatkan parkir yang mencukupi. Mungkin apabila keadaan mula stabil masalah ini tidak akan berlarutan.
Layanan Pelayan
Dari segi layanan untuk pengunjung masih baik. Itu tidak mendatangkan apa-apa keresahan ketika menjamu selera.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Terletak di tepi Jalan Bukit Kemuning berhampiran dengan ADTEC Shah Alam.
56, Jalan Bukit Kemuning,40460 Shah Alam, Selangor
Harga Makanan
Set Nasi Sup Daging : RM 7.00Telur Dadar : RM 1.40Telur Masin : RM 1.00 (separuh)
![Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara]() |
Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara |
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Dibuka pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari Ahad 11.00 pagi sehingga 5 petang.
Anda fikir anda tahu Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
↧