Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 592 articles
Browse latest View live

Cara Ganti (Renew) Surat Beranak Hilang atau Rosak

$
0
0

"Cara Renew Sijil Kelahiran"

Pertama sekali manusia tidak akan lekang dari kesilapan apalagi alpa. Tertinggal dan kehilangan dokumen penting salah satu faktor yang boleh menyebabkan kerisauan.

Cara Renew Sijil Kelahiran
Cara Renew Sijil Kelahiran
Kehilangan sijil kelahiran atau nama lainnya surat beranak salah satu dari kehilangan dokumen penting.



Surat Beranak Rosak atau Hilang

Mungkin ada diantara kita sudah merasakan surat beranak adalah dokumen biasa. Bagi yang telah dewasa.

Natijahnya, akan berlaku kerisauan jika hilang atau rosak surat beranak. Salah satu contoh kegunaan surat beranak meskipun anda sudah mahu memasuki 4-series umur adalah kegunaan untuk pejabat tanah.

Sijil kelahiran sebagai bukti kukuh bahawa anda memang bumiputera dan sememangnya lahir di bumi tercinta Malaysia.

Jadi, apabila rosak dan kehilangan apa perlu dilakukan ?

Prosedur Ganti Kehilangan Sijil Kelahiran Di JPN Malaysia

Jadikan pengalaman mengikuti prosedur pembaharuan sijil kelahiran dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Shah Alam, Selangor di bawah sebagai rujukan yang masih belum ketahui cara-caranya:

1. Kunjungi mana-mana cawangan JPN berhampiran anda. Contohnya, untuk pemastautin atau pemukim Shah Alam, boleh terus ke tingkat 7, Plaza Masalam Seksyen 9.

2. Ketahui kategori anda, gantian surat beranak untuk diri sendiri atau orang lain.
Untuk diri sendiri dokumen yang diperlukan adalah NRIC (kad pengenalan/mykad) anda.
Untuk orang lain (sebagai wakil) dapatkan salinan fotokopi NRIC (mykad) yang ingin memohon.

3. Terus ke kaunter pertanyaan/borang. Beritahu petugas untuk gantian surat beranak dan petugas akan memberikan sekeping borang bewarnan hijau petronas.

Sebagaimana contoh di bawah:




Pemohon perlu mengisi bahagian (A) dan (C) sahaja.

Isikan apa yang anda tahu, jangan khuatir sebenarnya semua data sudah ada cuma sebagai akuan.

4. Pergi semula ke bahagian nombor giliran, dapatkan nombor giliran dan tunggu sahaja untuk dilayan ke kaunter tertentu.

5. Di kaunter tertentu (yang tertera no giliran anda) serahkan borang tadi. Lakukan beberapa tanda tangan. Buat semakan pada lampiran diberi.

Serahkan wang untuk urusan/denda.

6. Bayaran yang dikenakan adalah RM5.00 (untuk semasa artikel ini ditaip Jan 2019)



7. Dapatkan resit bayaran

8. Tinggalakan kaunter tadi. Tunggu nama anda dipanggil untuk mendapatkan sijil kelahiran anda yang baharu.

Ya! Dapat pada masa itu juga. Tanpa menunggu 2 atau 3 minggu.


Mudah Bukan!

Kini anda memiliki sijil kelahiran rekabentuk baharu sebagimana budak budak baru nak up sekelian.

Waktu Operasi Jabatan Pendaftaran Negara

Cawangan JPN Seluruh Malaysia hanya di buka pada setiap hari kecuali sabtu dan ahad serta cuti awam.

Datang ketika waktu makan tengah hari masih boleh berurusan kerana mereka menjalankan sistem 'kau pergi makan dulu, lepas ni aku pulak'.

Ini pengalaman penulis berurusan dengan JPN Shah Alam untuk penggantian Surat Beranak yang hilang.

Anda fikir anda tahu Cara Ganti (Renew) Surat Beranak Hilang atau Rosak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan

$
0
0

"Rahsia Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan"

Dalam Malaysia dua sektor pekerjaan yang begitu menjadi bualan masyarakat yang ingin mencari rezeki yang halal.


Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga
Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga
Sektor awam dan sektor swasta.


Sektor awam boleh difahami bahawa anda akan bekerja dengan kerajaan. Dengan pulangan dan faedah yang lebih baik berbanding sektor swasta.

Beza Sektor Awam dan Sektor Swasta

'Work load' tidak sebanyak sektor swasta namun, 'benefit' yang berganda. Siapa yang tidak mahu ?

Sejujurnya mendapat kerja dalam sektor awam adalah impian setiap manusia yang mencari rezeki di Malaysia.

Bukan calang-calang individu yang boleh terpilih. Selain dari kehebatan dalam aspek akademik, fizikal dan mental perlu mantap.

Dalam pencarian bakal pemilik duit pencen bulanan apabila bersara nanti, terdapat beberapa temuduga yang membolehkan bakal-bakal penerima faedah lumayan ini diserap dalam sektor awam.

Pelbagai peringkat perlu dilepasi.

Faedah (Benefit) Penjawat Awam Sektor Kerajaan

Untuk menaikkan semangat bakal calon temuduga jawatan kerajaan, mari penulis senaraikan kelebihan bekerja dalam sektor awam.

1. Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi

2. Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak

3. Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan

4. Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah

5. Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita

6. Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik

7. Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)

8. Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)

9. Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan

10. Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara

11. Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan

Sudah tahu ganjaran/faedah atau 'benefit' dalam bahasa inggeris bagi mereka yang bekerja kerajaan ?

Percayalah menjadi penjawat awam lebih beruntung, sebagai contoh, untuk membuat sebarang urusan dengan bank, tahap yang sama, tetapi penjawat awam lebih diutamakan.

Memohon jawatan dalam kerajaan, menunggu jawapan, buka peti surat. Tahniah! anda terpilih untuk menghadiri temuduga jawatan kerajaan.

Perang Ketika Temuduga

Bukan main seronok mereka yang berjaya dipanggil untuk temuduga. 

Cup! ini hanyalah permulaan, anda bukan lagi berjaya sebenarnya cuma berpeluang untuk mendapatkan ganjaran yang disenaraikan di atas.

Anggaplah temuduga nanti sebagai 'peperangan'. Bukan anda seorang sahaja yang akan bersaing untuk ditemuduga, dengan mereka yang bukan calangnya apalagi dengan mereka yang memiliki kabel.

Strategi berperang perlu ada. Bila sudah bersedia maka konfiden itu datang sendiri, konfiden inilah yang akan menjadi semangat untuk melepasi 'perang' ketika temuduga nanti.

Persaingan Permohonan Jawatan Awam yang Tinggi

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 JUTA PERMOHONAN kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam. 

Permohonan ini adalah untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Bermakna...Hanya 3.2% Sahaja Yang Akan Dipilih!

Inilah yang dipanggil persaingan. Untuk mengurangkan persaingan, anda perlu menjadi yang terbaik.

Penyebab Kegagalan Ketika Temuduga Jawatan Kerajaan

Untuk menjadi yang terbaik, ketahui dahulu apa yang akan membantutkan anda untuk menjadi yang terbaik dari kalangan mereka yang memohon.

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Senarai di atas adalah punca gagal untuk seorang calon temuduga jawatan awam tidak diterima.

Perlu ada cara untuk buang segala penyebab kegagalan ini. 

Nasihat Pakar Penemuduga Jawatan Kerajaan

Puan Jud Jamil boleh membantu anda. Siapakah Puan Jud Jamil ?



Nama saya, Jud Jamil dan saya telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yanglalu.
Saya terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong  serta kerap menjadi panel temuduga.
Selain daripada itu, saya juga mempunyai kelulusan dalam Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia .
Ringkasnya, dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada, saya ingin MEMBANTU anda supaya anda lebih bersedia dan yakin semasa menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Oleh itu, saya telah menghasilkan sebuah ebook iaitu buku dalam bentuk file softcopy PDF untuk membantu anda membuat persediaan yang lengkap sebelum bertemu dengan panel-panel temu duga kerja kerajaan nanti.
Insyallah, panduan langkah-demi-langkah yang saya hasilkan ini.. akan dapat membantu anda membuat persediaan yang lengkap bagi sesi temuduga yang akan anda hadiri kelak…
-Puan Jud Jamil

Dari segala pengalaman dan kepakarannya beliau telah menerbitkan satu naskah berupa panduan untuk mereka yang mencari tips untuk berjaya ketika temuduga jawatan awam dalam kerajaan.

Panduan dan Tips Berjaya Dalam Temuduga Jawatan Kerajaan


Panduan dan Tips Berjaya Dalam Temuduga Jawatan Kerajaan
Panduan dan Tips Berjaya Dalam Temuduga Jawatan Kerajaan

Hanya RM30 !!!!! 

Untuk pulangan sehingga akhir hayat yang lebih stabil. Merasakan cukup berbaloi untuk membelanjakan RM30 anda untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan ? 

Satu ebook dengan harga RM30 ?!! Hmmm...cukup berbaloi..CUP!! Nanti Dulu!

Bukan satu buku sahaja, namun beberapa edisi bonus untuk mereka yang mendapatkan naskah ini sekarang. Terdapat beberapa bonus tips dan panduan lain seperti:

Tips dan Panduan Membuat Resume dan Berpakaian Ketika Temuduga

51 Template (Contoh) Resume
51 Template (Contoh) Resume

72 Tips Menulis Resume
72 Tips Menulis Resume

Tips Berpakaian Semasa Temuduga
Tips Berpakaian Semasa Temuduga
Mungkin pada awalnya untuk mereka yang akan menghadiri temuduga sektor awam, namun dengan bonus yang diberikan sekali, naskah-naskah ini sebenarnya untuk semua calon yang akan menduduki kerusi temuduga nanti.

4 E-Book Satu Harga!!
Empat (4) naskah ebook ini akan diberikan kepada anda dengan harga masih RM30.

Ya! RM30 empat ebook!!!

Berminat ? Boleh klik banner di bawah:



Anda fikir anda tahu Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Jadual Penuh Perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019 dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Malaysia

$
0
0

"Jadual Liga Perdana Malaysia 2019"

Liga super 2019 merupakan liga tertinggi di Malaysia dalam sukan bolasepak. Liga perdana atau turut dikenali sebagai liga premier tidak kurang rancaknya.




Dua pasukan teratas dalam liga perdana setiap musim akan bersaing di liga super akan datang.


Senarai Pasukan Liga Perdana Malaysia 2019

1. Johor Darul Takzim II
2. Kelantan FA
3. Negeri Sembilan FA
4. PDRM FA
5. Perlis FA
6. Pulau Pinang FA
7. Sabah FA
8. Sarawak FA
9. Selangor United
10. Terengganu FC II
11. UITM FC
12. UKM FC

Dibawah adalah senarai perlawanan Liga Premier 2019:








Kedudukan Terkini Liga Premier Malaysia 2019




Anda fikir anda tahu Jadual Penuh Perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019 dan Kedudukan Terkini Liga ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Jadual Penuh Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Kedudukan Terkini Liga Super

$
0
0

"Jadual Liga Super Malaysia 2019"

Jika di eropah awal tahun bermula januari adalah pertengahan musim untuk liga-liga bolasepak. Di Malaysia ia baharu sahaja akan bermula.




Walaupun tidak semewah dan serancak liga lain di dunia namun peminat Liga Super Malaysia tetap ada.


Senarai Pasukan Dalam Liga Super 2019:

1. Felda United
2. Johor Darul Takzim
3. Kedah FA
4. Kuala Lumpur FA
5. Melaka
6. MIFA
7. Pahang FA
8. Perak FA
9. PKNP FC
10.PKNS FC
11. Selangor FA
12. Terengganu FC

12 pasukan akan merebut gelaran juara liga Super tajaan Unifi bagi edisi 2019.

Dengan hashtag #maluaperbos dengan liga sendiri, ini adalah senarai perlawanan yang akan berlangsung sepanjang 2019 untuk Unifi Liga Super 2019.

Perlawanan Akan Datang







Senarai Penuh Perlawanan Liga Super Malaysia 2019 Semusim

Ikuti perlawanan pasukan kegemaran anda melalui senarai perlawanan ini:

Match Week 1

Friday, 1 February, 2019

KUALA LUMPUR vs PAHANG
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

TERENGGANU FC vs PKNS FC
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

Saturday, 2 February, 2019

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PERAK
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

MELAKA vs MIFA 
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

PKNP FC vs KEDAH
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

Sunday, 3 February, 2019

SELANGOR vs FELDA UNITED FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Match Week 2

Friday, 8 February, 2019

JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUALA LUMPUR
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

PERAK vs KEDAH
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

Saturday, 9 February, 2019

PAHANG vs TERENGGANU FC
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

MIFA vs SELANGOR
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

PKNS FC vs MELAKA
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Sunday, 10 February, 2019

FELDA UNITED FC vs PKNP FC
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

Match Week 3

Friday, 15 February, 2019

KUALA LUMPUR vs PERAK
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

TERENGGANU FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

Saturday, 16 February, 2019

MELAKA vs PAHANG
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

PKNP FC vs MIFA
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

KEDAH vs FELDA UNITED FC
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

Sunday, 17 February, 2019

SELANGOR vs PKNS FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Match Week 4

Friday, 22 February, 2019

MIFA vs KEDAH
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs TERENGGANU FC
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

Saturday, 23 February, 2019

PERAK vs FELDA UNITED FC
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

PKNS FC vs PKNP FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs MELAKA
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

Sunday, 24 February, 2019

PAHANG vs SELANGOR
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

Match Week 5

Friday, 1 March, 2019

TERENGGANU FCPERAK
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

SELANGOR vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Saturday, 2 March, 2019

PKNP FCPAHANG
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

KEDAHPKNS FC
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

FELDA UNITED FCMIFA
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

Sunday, 3 March, 2019

MELAKAKUALA LUMPUR
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

Match Week 6

Friday, 8 March, 2019

PAHANG vs KEDAH
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN                                                                          
9:00 PM

Saturday, 9 March, 2019

PERAK vs MIFA
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

PKNS FC vs FELDA UNITED FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PKNP FC
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

TERENGGANU FC vs MELAKA
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

Sunday, 10 March, 2019

KUALA LUMPUR vs SELANGOR
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

Match Week 7

Friday to Sunday,
29-31 March, 2019

MELAKAPERAK
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

SELANGOR vs TERENGGANU FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

PKNP FC vs KUALA LUMPUR
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

KEDAH vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

FELDA UNITED FC vs PAHANG
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

MIFA vs PKNS FC
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

Match Week 8

Friday to Sunday,
5-7 April, 2019

PERAK vs PKNS FC
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

PAHANG vs MIFA
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs FELDA UNITED FC
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs KEDAH
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

TERENGGANU FC vs PKNP FC
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

MELAKA vs SELANGOR
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

Match Week 9

Friday to Sunday,
12-14 April, 2019

SELANGOR vs PERAK
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

PKNP FC vs MELAKA
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

KEDAH vs TERENGGANU FC
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

FELDA UNITED FC vs KUALA LUMPUR
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

MIFA vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

PKNS FC vs PAHANG
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Match Week 10

Friday to Sunday,
19-21 April, 2019

PERAK vs PAHANG
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PKNS FC
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs MIFA
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

TERENGGANU FC vs FELDA UNITED FC
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

MELAKA vs KEDAH
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

SELANGOR vs PKNP FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

Match Week 11

Friday to Sunday,
26-28 April, 2019

PKNP FC vs PERAK
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

KEDAH vs SELANGOR
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

FELDA UNITED FC vs MELAKA
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

MIFA vs TERENGGANU FC
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

PKNS FC vs KUALA LUMPUR
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

PAHANG vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

Match Week 12

Thursday to Saturday,
2-4 May, 2019

PKNS FC vs PERAK
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MIFA vs PAHANG
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

FELDA UNITED FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

KEDAH vs KUALA LUMPUR
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

PKNP FC vs TERENGGANU FC
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

SELANGOR vs MELAKA
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

*Perlawanan dalam bulan ramadan akan bermula pada jam 10 malam (atau perubahan)

Match Week 13

Sunday to Wednesday,
*12-15 May, 2019


PERAK vs PKNP FC
STADIUM PERAK, IPOH
10:00 PM

SELANGOR vs KEDAH
STADIUM SHAH ALAM
10:00 PM

MELAKA vs FELDA UNITED FC
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
10:00 PM

TERENGGANU FC vs MIFA
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
10:00 PM

KUALA LUMPUR vs PKNS FC
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS10:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PAHANG
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
10:00 PM

Match Week 14

Friday to Saturday
*17-18 May, 2019

PAHANG vs PERAK
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
10:00 PM

PKNS FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM SHAH ALAM
10:00 PM

MIFA vs KUALA LUMPUR
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
10:00 PM

FELDA UNITED FC vs TERENGGANU FC
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
10:00 PM

KEDAH vs MELAKA
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
10:00 PM

PKNP FC vs SELANGOR
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
10:00 PM

Match Week 15

Friday to Sunday,
*24-26 May, 2019

PERAK vs MELAKA
STADIUM PERAK, IPOH
10:00 PM

TERENGGANU FC vs SELANGOR
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
10:00 PM

KUALA LUMPUR vs PKNP FC
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
10:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs KEDAH
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
10:00 PM

PAHANG vs FELDA UNITED FC
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
10:00 PM

PKNS FC vs MIFA
STADIUM SHAH ALAM
10:00 PM

Match Week 16

Friday to Sunday,
14-16 June, 2019

MIFA vs PERAK
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

FELDA UNITED vs FCPKNS FC
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

KEDAH vs PAHANG
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

PKNP FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

SELANGOR vs KUALA LUMPUR
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MELAKA vs TERENGGANU FC
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

Match Week 17

Tuesday to Wednesday,
18-19 June, 2019


PERAK vs TERENGGANU FC
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs MELAKA
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs SELANGOR
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

PAHANG vs PKNP FC
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

PKNS FC vs KEDAH
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MIFA vs FELDA UNITED FC
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

Match Week 18

Tuesday to Wednesday,
25-26 June, 2019

FELDA UNITED FC vs PERAK
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

KEDAH vs MIFA
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

PKNP FC vs PKNS FC
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

SELANGOR vs PAHANG
STADIUM SHAH ALAM9:00 PM

MELAKA vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

TERENGGANU FC vs KUALA LUMPUR
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

Match Week 19

Friday to Sunday, 
5-7 July, 2019

PERAK vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

PAHANG vs KUALA LUMPUR
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

PKNS FC vs TERENGGANU FC
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MIFA vs MELAKA
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

FELDA UNITED vs FCSELANGOR
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM

KEDAH vs PKNP FC
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

Match Week 20

Tuesday to Wednesday,
9-10 July, 2019


PERAK vs SELANGOR
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

MELAKA vs PKNP FC
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

TERENGGANU FC vs KEDAH
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs FELDA UNITED FC
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs MIFA
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

PAHANG vs PKNS FC
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

Match Week 21

Friday to Sunday,
12-14 July, 2019

KEDAH vs PERAK
STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR
9:00 PM

PKNP FC vs FELDA UNITED FC
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:00 PM

SELANGOR vs MIFA
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MELAKA vs PKNS FC
STADIUM HANG JEBAT,MELAKA
9:00 PM

TERENGGANU FC vs PAHANG
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
9:00 PM

KUALA LUMPUR vs JOHOR DARUL TA'ZIM
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS
9:00 PM

Match Week 22

Friday to Sunday,
19-21 July, 2019

PERAK vs KUALA LUMPUR
STADIUM PERAK, IPOH
9:00 PM

JOHOR DARUL TA'ZIM vs TERENGGANU FC
STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
9:00 PM

PAHANG vs MELAKA
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN
9:00 PM

PKNS FC vs SELANGOR
STADIUM SHAH ALAM
9:00 PM

MIFA vs PKNP FC
STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
9:00 PM

FELDA UNITED FC vs KEDAH
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, JENGKA
9:00 PM


Segala tarikh, masa dan venue mengikut perubahan semasa oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Kedudukan Terkini Unifi Liga Super Malaysia 2019





Majulah sukan untuk negara. Malu ape bos layan liga malaysia.


Anda fikir anda tahu Jadual Perlawana Unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Kedudukan Terkini Liga Super ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Puding Buah, Lokan Bakar dan Air Kelapa Bakar Di Salut Sepanggar Sabah

$
0
0

"Puding Kelapa Bakar Salut Sulaman"

Sebelum penulis menjejakkan kaki di Sepanggar. Perkara pertama yang terlintas di benak penulis adalah satu kawasan yang penuh dengan tangki-tangki minyak, jenuh pandangan dengan paip-paip minyak dan gas.




Itu pandangan pertama bagi seorang personel oil and gas jika bercerita tentang Sepanggar, Sabah.

Bagi tentera lain pula gambaran mereka, dengan beberapa buah kapal perang milik TLDM itu adalah gambaran yang akan bermain di minda.

Kawasan Industri dan Ketenteraan

Memang betul, kedua-dua situasi di atas tidak salah. Sepanggar, Sabah memang memiliki kawasan minyak dan gas serta pangkalan tentera laut di raja Malaysia.

Lupakan sejenak perihal kerja. Datang ke Sabah untuk beriadah, tenangkan minda.

Jika diamati akan kawasan Sepanggar, apa yang menarik di sini ? 

Untuk bergambar dengan tangki-tangki oil and gas atau melawat TLDM ?

Untuk pengembara dan pencari makanan sebagaimana penulis, Sepanggar bukan sekadar kawasan begitu.

Memang kawasannya yang agak lapang dan di tepian laut yang memungkinkan tiupan angin panas yang agak tropikanya ketika siang.

Apa yang menarik di Sepanggar ?

Semestinya sesuatu yang menyegarkan dan turut memberikan kekenyangan walaupun bukan makanan berat.

Bersebelahan laut semestinya makanan laut yang ditemui namun bukan dalam versi yang berat untuk dihadam perut. Apabila sudah melintasi Sepanggar, singgahlah di deretan gerai-gerai bersaiz kecil yang ada sepanjang tepian jalan.



Permandangan sebegini bukanlah agak asing bagi mereka yang sukakan menu biasa untuk alas perut.

Tiga menu utama yang perlu pengunjung cuba apabila melalui deretan gerai ini adalah:

1. Puding Buah/Kelapa

Pertama sekali dengan kehangatan cuaca bayu laut di terik waktu tengah hari, pekena sesuatu yang menyegarkan satu kenikmatan.



Ya! Hasil pengalaman isteri penulis yang pernah menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sekitar, penulis boleh menarik nafas lega dengan nikmat puding di tengah hari.




Puding yang hijau ingin menuju ke warna kuning yang ditenggelamkan dalam timbunan ais memang satu khazanah ketika musim panas dan selepas penat menggelilingi tempat menarik di Sabah.

Manis, berlemak dan sejuk menyegarkan apalagi dalam keadaan jeli yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk dikunyah, memang terbaik.




Puding dengan perisa buah-buahan sekitar tepian jalan ini akan disinggahi pengunjung

2. Air Kelapa Muda


Jangan tidak tahu, puding yang menyegarkan ini hanya sekadar pembuka selera atau pencuci mulut.




Teruskan dengan membasahkan tekak anda dengan air buah kegemaran ramai, buah kelapa.

Hanya kulit luar yang dikupas, demi menjaga rasa segar dari ladang. Sukar untuk banyangkan jika ada yang menyatakan bahawa air kelapa muda tidak akan memberikan kesegaran.



Bayangkan dalam keletihan dan ditiup angin laut, hirup air yang wangi baunya dengan rasa manis dan masam sedikit, fuh mahu terlupa tadi baharu sahaja lepas mandi laut.


3. Air Kelapa Muda Bakar

Air kelapa biasa mungkin bukanlah asing lagi, depan rumah pun boleh dibeli. Namun, pernahkah anda mencuba air kelapa bakar.




Bukan air kelapa milik Pak Bakar, tetapi memang buah kelapa muda dibakar.

Bunyinya sudah asing namun bagaimana rasanya. Ini adalah menu istimewa sekitar kawasan ini.

Memang lain rasanya, dengan kehangatan selepas dibakar. Proses pembakaran yang tidak begitu ekstrim menyebabkan isi kelapa lebih banyak mengeluarkan aroma.

Rasa segar, dan hangat melalui kerongkong namun cukup berkhasiat.


Ada yang berpendapat selain memberikan kesegaran kepada peminumnya. Ia mampu memberikan kelancaran pencernaan selain dapat menawakan racun dalam badan.

4. Lokan Bakar

Penat berjalan perlu tambah kembali nutrien dalam tubuh. Walaupun masih tidak mahu menjamah karbohidrat berat boleh tambah kembali nutrien protein disini.




Ada yang kenal mungkin ada yang kurang kenal.

Bagi yang kurang kenal, mungkin akan menamakannya sebagi siput atau kerang sahaja. Ini adalah lokan seumpama kepah namun dengan bentuk sedikit berbeza.

Belum lagi penulis ceritakan tentang tibing atau tijah itu juga bahasa kampung untuk beberapa jenis kepah yang ditemui.




Lokan ini dibakar, memang enak. Dengan jusnya yang masih ada. Rasa lemak protein selepas terbakar. Apalagi makanan laut yang terhidang dengan bayu laut.

Hentian Untuk Henti Lelah

Bagi mereka yang inginkan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi tempat menarik sekitar Sabah. 




Boleh berkunjung sebentar di sekitar Salut Sulaman ini. Salut Sulaman adalah gelaran kawasan ini.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Sepanjang Jalan Sulaman terletaknya pelbagai jenis nama gerai yang menyediakan menu di atas.

Mercu tanda utama adalah satu bulatan yang akan menghubungkan Jalan Politeknik, Jalan Norowot, Jalan Rugading dan Jalan Sulaman.

88400, 
Jalan Sulaman, 
89200 Tuaran, 
Sabah



Harga Makanan

(Tertakluk kepada gerai yang anda singgahi)

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Mengapa bersusah-susah untuk membandingkan harga penginapan sendiri ?

Untuk perbandingan bajet percutian anda layari Trivago

Bantuan review sebarang destinasi percutian Traveloka boleh membantu anda.

Anda fikir anda tahu Puding Buah, Lokan Bakar dan Air Kelapa Bakar Di Salut Sepanggar Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Gambar Sekitar MotoGP Winter Test Sepang 2019

$
0
0

"Winter Test Sepang 2019"

Motogp bukan terus bermula dengan perlumbaan, setiap pengeluar dan pelumba akan menguji jentera untuk musim terbaharu.



Apalagi kalau terdapat pembaharuan dalam pasukan. Winter test akan dijalankan untuk ujian ini beberapa litar akan dipilih untuk latihan dan ujian.



Bagi tahun 2019, pada 6 Februari sehingga 8 Februari 2019 adalah tarikh untuk Sepang International Circuit menganjurkan latihan dan percubaan ini.

Di bawah adalah rangkuman gambar-gambar ditempat kejadian yang disaksikan penulis merangkap jurugambar tidak bertauliah.


Pengenalan "Test Rider" untuk pasukan Suzuki Ecstar Motogp Sylvain Guintoli bergambar bersama pasukan.


Baharu sahaja dilancarkan 'livery' terbaharu. GSX-RR jentera motogp milik Suzuki Ecstar Team bersedia untuk diuji.


Sesi memanaskan enjin jentera RC16 milik KTM yang ditaja RedBull dalam livery hitam oren. Jentera ini dengan nombor 44 akan ditunggang dan diuji oleh Pol Espargaro.


Sebuah jentera Aprilia bersedia untuk diuji oleh pelumba baharu mereka Andrea Iannone. Dengan 'livery' yang masih belum dilancarkan, hitam putih menjadi warna sementara.


Dengan cuaca yang baik dan keadaan track mengizinkan beberapa pelumba mula memasuki track untuk ujian winter test sepang.



Masih ingatkah akan juara keseluruhan moto2 2018, Francesco Bagnaia dengan nombor 63 akan mencabar gelaran rookie of the year 2019 nanti di bawah pasukan Pramac Racing.



Morbidelli penyandang rookie of the year 2018 turut keluar dari garaj dengan persediaan menuju track dengan santai di pit stop lane.



Motorsikal calon Rookie of the year 2019 milik Miguel Oliviera sedang dipanaskan oleh staf. Bila-bila masa akan bermula.



Rider tester dengan menggunakan jentera T1 akan memulakan ujian masa dan ujian tunggangan untuk pasukannya.



Johann Zarco dengan jentera baharunya milik KTM dengan livery hitam oren mula melepasi garis permulaan.



Aksi biasa yang ditunggu-tunggu Valentino Rossi dengan skill betulkan parking sebelum melepasi pit stop lane.


Salah seorang rider ternama di bawah kendalian ducati, Andrea Dovizioso. Saing kepada Marc Marquez pada edisi-edisi lepas memulakan ujian masa.


Kawasan paddock dan garaj yang amat popular. Sering menjadi tumpuan ramai paddock Valentino Rossi the living legend.


Salah satu ujian masa yang dilakukan VR46 dalam mencari keserasian dengan jentera Yamahanya walaupun dengan livery berbeza.


Walaupun hanya ujian, para pelumba memang menunjukan aksi sebagimana motogp sedang berlangsung. Itu yang menarik dengan motogp


Kelibat yang dicari-cari, zaman ini miliknya seorang pelumba muda yang memang tidak boleh disangkal kemahirannya, marc marquez 93.


Battle sedah bermula meskipun sekadar ujian jentera dengan penunggangnya.



Dalam ujian mesti mencari keserasian dengan jentera selain mengawalnya. Seumpama cubaan Vinales untuk mengawal jentera yamaha ini dengan nombor baharunya 12.


Untuk gambar lain boleh lawati instagram blog ini dengan carian @mizanogram

Informasi Pengunjung

Bagi pengunjung yang ingin ke Winter Test Sepang, tertinggal untuk edisi 2019, jalan risau setiap tahun jika Litar Antarabangsa Sepang terpilih anda boleh menjadi sebahagian menyaksikan ujian-ujian ini.

Untuk 2019, bermula pada jam 10 pagi dan berakhir 6 petang.

Pengunjung boleh berjalan dimana-mana bahagian grandstand atau mana-mana tempat duduk semuanya percuma tanpa bayaran.

Masalah parkir jauh tidak timbul kerana kenderaan dibenarkan memasuki perkarangan litar tidak melepasi pintu masuk ke main grandstand, dikawasan booth didirikan jika motogp sepang berlangsung.

Anda fikir anda tahu Gambar Sekitar MotoGP Winter Test Sepang 2019 ?

Anda fikir Sekali Lagi....

Assalamualaikum.


Review Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang) Warung Kita Bangi

$
0
0

"Nasi Manggey Warung Kita Bangi"

Ala penyediaan dan masakan dari Kak Wok. Itu adalah frasa yang betul. Bimbang akan menyebabkan salah sangka ini adalah review nasi kak wok.




Nasi putih (kadang-kadang dikukus) bersama lauk ayam garing yang dipotong kecil-kecil. Dengan gulai sebagai kuah. Ini adalah 'signature' untuk nasi ala kak wok ini.


Pada asasnya, nasi kak wok original hanya di Kelantan sahaja.

Nasi Ayam Goreng Cincang Popular

Sehingga artikel ini ditaip lebih dari puluhan nasi ayam goreng cincang berkuah gulai terdapat di muka bumi, khususnya Malaysia.

Bukan sahaja kaum bumiputera malahan pendatang juga boleh menjadikan hidangan ini sebagai tema perniagaan makanan mereka.

Pencarian Nasi Ayam Goreng Cincang yang Sedap

Jika dahulu kita mencari kedai makan ala tema kak wok, namun sekarang kita mencari yang menyamai rasa asli makanan yang boleh dikatakan berasal dari kelantan.

Nasi ayam cincang goreng sebegini bukan asing di Lembah Klang, di Shah Alam sahaja terdapat lebih dua buah restoran dengan tema ini.

Ada yang pernah penulis review dan ada juga belum.

Terdapat salah satu dari yang lain menjadikan ala kak wok di sekitar Lembah Klang ini.
Namun, mungkin bimbang akan disaman 'originality', restoran ini diberikan nama 


'Warung Kita Nasi Manggey'



Menu Makanan Di Warung Kita

Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang Kuah Gulai)


Nasi Manggey Bangi
Nasi Manggey Bangi
Hidangan utama di sini adalah nasi putih berlaukkan ayam cincang yang digoreng garing. Dijirus dengan kuah gulai kuning yang pekat dan beberapa hirisan timun.


Sambal dan Kuah belangtarung.com
Sambal dan Kuah
Tak pedas tak syok, sambal ladanya memang pedas. Tidak lain dan tidak bukan merupakan tema ala kak wok.

Hidangan Menu Lain

Bagi mereka yang gemarkan makanan dari Kelantan, disi juga terdapat menu hidangan ala Kelantan seperti:

1. Nasi Berlauk Ikan Tongkol (Ikan Aya)
2. Nasi Lemak Ikan Tongkol (Ikan Aya)
3. Nasi Ayam Kampung

Minuman

Dari segi minuman pengunjung boleh memilih dua hidangan minuman yang istimewa di restoran ini.


Coconut Shake dan Air Kelapa Muda
Coconut Shake dan Air Kelapa Muda
1. Coconut Shake dengan Float Ais Krim
2. Sebaldi kecil air kelapa muda

Gemarkan teh o ais limau atau sebarang air 'custom' yang lain ? Boleh sahaja memesannya.

Ulasan Pengunjung

Makanan

Dari segi rasa nasinya memang sebagaimana nasi yang dimasak dengan betul. Konsistensi mereka dalam menyediakan nasi tetap sama.

Itu nasi.




Ayam goreng kecil-kecil yang dicincang anggaran dengan diameter 2 inchi memang garing dan cukup rasa kunyitnya.


Ayam Goreng Cincang
Ayam Goreng Cincang
Ranggup diluar namun isi ayam masih terasa.

Apa yang menarik akan hidangan ini adalah kuahnya. Cukup pekat dengan rasa gulai Kelantan (bagi yang pernah merasai nasi berlauk).

Bukan kari yang selalu ditemui di kedai-kedai gulai tiruan. Mungkin yang menyebabkan warung kita terkenal adalah kuahnya. Memang sedap.

Minuman

Dari segi minuman penulis biasa akan memesan satu coconut shake dengan float ais krim dan sebaldi air kelapa muda.

Coconut shake memang berkrim dengan satu skop ais krim perisa vanila. Memang kena dengan nasi ayam cincang tadi.


Coconut Shake Vanila Float belangtarung.com
Coconut Shake Vanila Float
Bagi penulis, ia agak manis dengan susu bukan dengan kelapa. Rasa kelapa mungkin dibayangi rasa ais krim dan susu berkrim di sukai ramai.

Untuk mendapatkan betul-betul rasa air kelapa. Dapatkan air kelapa sebaldi. Memang puas hati, memang betul-betul rasa kelapa kerana penambahan pemanis dalam hidangan ini agak sedikit.


Isi Air Kelapa Muda belangtarung.com
Isi Air Kelapa Muda
Dengan ais yang banyak memang menyegarkan dan menghilangkan dahaga terik mentari di atas kepala. Boleh dibuktikan bahawa mereka meeyediakan air kelapa tulin memandangkan di bahagian belakang restoran terdapat timbunan kelapa muda.

Layanan

Dari segi layanan masih baik. Apabila pelanggan agak kebingungan dalam bilangan berapa bungkus ini dibeli, mereka masih tersenyum.

Jika masih pening-pening dengan tema layan diri mereka masih tersenyum.

Suasana Restoran

Semestinya restoran ini dikunjungi ramai pelanggan. Pencarian tempat makan mungkin bergantung kepada kapasiti pelanggan.

Suasana kedai dalam dua situasi, terang dan gelap. Terang apabila anda berada berhampiran pintu masuk dan sebaliknya.

Sistem Layan Diri

Sebagai tips yang anda perlu ketahui, semua pembelian adalah layan diri:

1. Ke kaunter nasi dan lauk
2. ke kaunter minuman, dapatkan penyedut minuman atau sudu dan garfu
3. membuat pembayaran.

Informasi Pengunjung

Alamat Restoran

Tidak berapa jauh dari UKM bangi dan juga stesen KTM UKM. Di penjuru rumah kedai yang terletak di tepi Jalan Reko menghala ke UKM Bangi.

Warung Kita Nasi Manggey Bangi,
Lot 1, 
Jalan ST/1, 
Batu 18, Kawasan Perindustrian Sg. Tangkas, 
Kampung Sungai Tangkas, 
43000 Bangi, 
Selangor



Harga Makanan


Menu dan Harga Makanan
Menu dan Harga Makanan
Nasi Manggey (Nasi Ayam Cincang) : RM 5.80
Coconut Shake dengan Float Ais Krim Vanila : RM 3.70
Air Kelapa Muda (Sebaldi Kecil) : RM 4.80

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dan mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 10 malam.


Waktu Operasi Nasi Manggey belangtarung.com
Waktu Operasi Nasi Manggey
Kawasan Parkir

Memandangkan terletak di kawasan rumah kedai, mungkin agak terhad.

Anda fikir anda tahu Review Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang) Warung Kita Bangi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

10 Resepi Simple Ketika Makan Sahur Untuk Diet

$
0
0

"Menu Diet Sahur Ramadan"

Bulan Ramadan bulan ke sembilan dalam bulan Islam. Sebut sahaja ramadan apa yang terbayang adalah puasa yang diwajibkan kepada umat Islam.

Resepi Diet Makan Sahur
Resepi Diet Makan Sahur
Pelajaran buat manusia bagaimana 'menjadi' mereka yang kurang berkemampuan dari segi makanan. Itu salah satu pengajaran berpuasa di Bulan Ramadan.


Dari segi pemakanan, terdapat dua kategori lazim dalam berpuasa. Satunya, bersahur dan berbuka. Berbuka sememangnya sudah difahami bahawa berakhirnya menahan lapar dahaga untuk satu hari.

Namun, bersahur jarang yang tahu akan kepentingannya. Makan sahur adalah penting untuk mendapatkan nutrisi harian ketika berpuasa.

Dengan pengambilan bahan makanan yang betul mampu memeberikan tenaga untuk berpuasa sehingga waktu berbuka nanti.

3 Jenis Makanan untuk Menahan Lapar Dahaga

Tiga elemen penting dalam bersahur dari segi penyediaan makanan. Karbohidrat, protein dan air.

1. Karbohidrat yang kaya dengan serat mampu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa. Contoh bahan yang mengandungi karbohidrat yang kaya dengan serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

2. Protein selain dari mampu memberikan ketahanan untuk menahan lapar ia mampu memberikan tenaga untuk kerja seharian. Contoh protein adalah telur, daging dan keju.

3. Air adalah cukup penting, tubuh manusia memang sangat memerlukan air. Dapatkan makanan yang kaya dengan air ketika bersahur.

Sudah tahu akan elemen yang terbaik untuk mengurangkan lapar ketika menahan lapar dan dahaga di bulan puasa.

Resepi Makan Sahur Ringkas

Jom cuba beberapa resepi contoh untuk sahur dan mungkin terbaik untuk mereka yang sedang berdiet namun ingin bertenaga.

1. Bubur Oat Ayam

Bubur Oat Ayam | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

1 cawan oat segera 
3 cawan air 
2 ulas bawang putih (Dicencang)
3 biji bawang merah (Dicencang)
1 keping isi ayam (Dipotong dadu kecil)
½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil)
2 sudu makan minyak masak 
Sedikit garam

Bahan B (Hiasan)

2 sudu makan bawang goreng 
1 biji cili merah (Dihiris)
1 pokok daun bawang (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. 
2. Masukkan oat dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati. 
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
4. Masukkan ayam, lobak merah dan garam. Kacau rata. 
5. Tuangkan ke dalam periuk berisi oat dan kacau rata. 
6. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bahan B. 
7. Sedia dihidangkan.

2. Salad Tuna

Salad Tuna | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

1 tin tuna air ataupun pedas 
1 batang lobak merah 
1 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
1 labu bawang besar (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)
Beberapa helai  daun salad 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Asingkan tuna dan airnya. 
2. Sagat ataupun racik kasar lobak merah. Kemudian basuh dan tuskan. 
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
4. Sedia dihidangkan.

3. Salad Ayam Bakar

Salad Ayam Bakar | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

2 keping dada ayam 
1 cawan yogurt asli 
1 biji lemon (Diambil jus) 
½ cawan daun pudina (Dicencang halus) 
2 sudu makan minyak zaitun 
1 batang timun jepun (Dihiris)
2 biji tomato (Dihiris)
1 biji capsicum hijau (Dihiris)
¼ biji salad lettucce (Dihiris)
garam secukup rasa

Bahan B

2 biji lemon (Diambil jus) 
2 sudu makan minyak zaitun

Cara menyediakan dan memasak:

1. Buangkan kulit ayam kemudian basuh. Tuskan sehingga kering. 
2. Masukkan yogurt, jus lemon, daun pudina, minyak zaitun 
dan garam ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama beberapa 
jam. 
4. Bakar ayam di dalam kuali non stick sehingga masak. Sejukkan 
dan hiriskan. 
5. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk. 
6. Gaulkan bahan B dan tuangkan ke dalam mangkuk 
salad. 
7. Gaulkan perlahan-lahan dan hidangkan.

4. Sandwich Ikan Dory

Fried Fish Sandwich | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

2 keping roti jagung
5 keping salad yg digemari - saya suka baby butterhead
1 sudu besar hot dog relish- saya gemar jenama HEINZ
1 keping ikan dory frozen - lebih kurang saiz roti
1 st minyak zaitun
2 titik kicap cair

Cara menyediakan dan memasak:

1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali xlekat dan masak ikan sampai garing sikit
2. Ikan, salad dan kemudian tuangkan relish tu kat atas roti
3. Sedap dimakan ketika panas

5. Sandwich Wholemeal

Wholemeal Sandwich | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

2 keping roti bijirin penuh (wholemeal)
2 keping deli ayam
1 keping keju
1 keping tomato yang dihiris
Daun salad segar mengikut kuantiti citarasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Letakkan daun salad di atas sekeping roti bijirin penuh
2. Letakkan hirisan tomato di atasnya
3. Setelah itu, letakkan deli ayam untuk tingkat seterusnya
4. Akhir sekali letakkan kepingan keju sebelum ditutup menjadi sandwich dengan satu lagi kepingan roti bijirin penuh.

6. Roti Telur

Roti Telur | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

6 keping roti 
2 biji telur 
1 biji cili merah (Dihiris halus) 
1 pokok daun bawang (Diracik) 
1 sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan telur, cili merah, daun bawang, dan garam ke dalam 
mangkuk dan kacau rata. 
2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak. 
3. Sendukkan adunan telur yang sudah dikacau rata. 
4. Letakkan roti di atas telur, di dalam kuali non-stick dan biarkan sehingga 
masak. Kemudian terbalikkan. 
5. Sedia dihidangkan.

7. Omelet Tuna

Omelet Tuna | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

1 tin isi ikan tuna 
5 biji telur ayam 
15 helai daun pudina (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)          
2 ulas bawang putih  (Dicencang halus) 
2 sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Hancurkan isi ikan tuna kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar. 
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan gaul rata. 
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick. 
4. Tuangkan bancuhan telur dan masakkan dengan api sederhana. 
5. Terbalikkan telur perlahan-lahan dan masakkan sehingga kuning keemasan. 
6. Sedia dihidangkan.

8. Sup Telur

Sup Telur | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

4 Biji Telur Ayam
2 Biji Bawang Bersaiz besar (dipotong dadu)
3 biji tomato (Dipotong dadu)
5-7 ulas cili padi jika tidak suka pedas kurangkan (dipotong-potong kecil)
Daun Sup dan Daun bawang (dipotong-potong)
Pati Ayam (ikut rasa)
Garam (sesedap rasa)
1 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

1. tumiskan bawang dan cili, tunggu hingga bawang lembut dan naik bau
2. Masukkan tomato, tunggu hingga tomato lembut.
3. Masukkan 1 cawan air tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan pati ayam, garam dan gaul rata.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuali dan tutupkan periuk selama 3 minit.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang. tutup api.
7. Hidangkan ke dalam mangkuk. boleh makan bersama dengan roti atau juga dijadikan lauk untuk makan bersama nasi.

9. Sup Tauhu

Sup Tauhu | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

2 keping tauhu lembut (Dipotong kecil) 
3 biji telur 
3 biji bawang merah (Dihiris)
1 ulas bawang putih (Dihiris)
4 biji kentang 
1 batang lobak merah 
1 pokok daun sup
Air secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Potongkan lobak merah dan kentang mengikut cita rasa. 
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 
3. Masukkan tauhu, kentang, lobak merah, garam, dan air. Biarkan 
sehingga mendidih. 
4. Masukkan telur satu per satu. Biarkan mendidih sekali lagi. 
5. Masukkan ke dalam mangkuk, kemudian taburkan daun sup

10. Oat Smoothies

Oat Smoothie With Banana | Google Image
Bahan-bahan diperlukan:

300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Pisang secukup keperluan

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar
2. Kisarkan baha-bahan lebih kurang 5 minit (sehingga kembang)
3. Sedia untuk Dinikmati

Makanan Menyimpan Tenaga

Sepuluh hidangan ringkas diet untuk sahur di atas mengandungi tiga komponen penting untuk menghilangkan atau paling-paling mengurangkan rasa lapar selain dari terdapat tenaga untuk kerja dan aktiviti seharian, karbohidrat dengan serat, protein dan air.

Cukup ringkas dan tidak memerlukan bahan-bahan yang sukar didapati.

Selamat Mencuba!

Anda fikir anda tahu 10 Resepi Diet Ketika Makan Sahur ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Syurga Makanan Laut Di Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu

$
0
0

"Waterfront Seafood Night Market Sabah"

Sabah terletak di pulau borneo. Semestinya peratusan pantainya cukup luas. Apalagi 'access' untuk ke laut.


Makanan Laut WaterFront Seafood Night Market
Makanan Laut WaterFront Seafood Night Market
Mudah untuk ke laut semestinya kaya dengan hasil laut.


Ya! Sabah memang terkenal dengan hasil laut (seafood).

Dengan kebanyakan penduduk Sabah menjadi nelayan dan peniaga hasil laut maka boleh dikatakan Sabah antara negeri di Malaysia syurga pencinta makanan laut. Paling popular dan selalu dikunjungi pengunjung dan pelancong adalah Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.

Untuk yang pertama kali ke Kota Kinabalu dan ingin mencuba makanan hasil laut yang pelbagai pasti akan dicadangkan untuk ke Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.

Pencarian Seafood Di WaterFront Seafood Night Market  

Beritahu sahaja Pasar Filipina, bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini pasti terus terbayang memori 'seafood' ketika berada di Sabah.

Pada penulis, mencari 'seafood' di semenanjung tidaklah susah mana, namun apa yang memberikan Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ini kelainan dengan tempat tumpuan seafood lain adalah keunikan hasil lautnya.

Hasil Laut Sabah Unik

Keunikan hasil laut dari perairan Sabah memang sukar disangkal lagi.

Pelbagai jenis, bentuk dan warna. Ini adalah kriteria mengapa penulis agak tertarik dengan hasil laut dari perairan Sabah ini.

Penemuan Ikan Warna Warni

Makanan laut pertama yang menjadi tumpuan penulis adalah ikan. Ikan-ikan laut di sini yang dijual bukan sebagaimana yang ada di semenanjung, ya, mungkin ada, tapi sepanjang penulis menjajah kawasan makanan laut tiada seperti di Sabah.

Ikan warna warni, secara tidak rasminya penulis menggelarkan ikan seumpama warna pelangi ini sebagai 'ikan paddle pop'.


Rainbow Fish
Rainbow Fish
Lihat sahaja warnanya, ada kuning, ada hijau, ada biru apalagi merah. Jika pertama kali melihat ikan-ikan seumpama warna pelangi ini pasti akan tersenyum sendirian kerana kagum dengan apa dilihat.


Ikan Unik Sabah
Ikan Unik Sabah
Kebanyakan kedai yang menjual memiliki ikan-ikan ini. Kadang-kadang untuk dipilih sebagai hidangan agak sayang. Kalau diberi peluang iaitu jika ikan-ikan ini masih hidup penulis mungkin sudah masukkan dalam aquarium di rumah.


Ikan Warna Warni Menarik
Ikan Warna Warni Menarik
Dari warna dan bentuk yang unik ini apakah rasanya jika dimasak. Itu yang bermain di fikiran penulis. Adakah rasanya seumpama menariknya dari 'first impression' yang dilihat.

Memang ikan warna warni ini terdapat di semua gerai yang menjual ikan.

Udang Kara (Lobster) Dengan Saiz Besar

Secara jujurnya, datang ke Waterfront Seafood Night Market untuk 'survey' makanan laut yang dikategorikan orang ada-ada sahaja yang boleh memakannya.


Udang Kara Sabah
Udang Kara Sabah
Iaitu udang kara (lobster). Mengikut pandangan biasa seorang marhaen, jika bilangan sesuatu item itu banyak harganya akan murah.

Dengan hipotesis sebegitu, makan udang kara mula dijadikan target untuk dicuba.


Lobster Besar
Lobster Besar
Memang banyak, bukan sahaja banyak saiznya juga mampu membeliakkan mata. Dengan warna dan corak yang memang cantik, saiznya memang besar-besar.


Saiz Besar Lobster
Saiz Besar Lobster
Majoriti gerai menjual makanan laut ada hasil laut ini, itu tandanya, hipotesis penulis tentang kuantiti udang kara di Sabah memang banyak.

Jika harganya menyamai harga senapang raifel AKM atau M416 masih boleh puas hati kerana memang segara dari ladang 'lobster'nya.


Udang Segar Dan Pelbagai Jenis

Udang ketak (sado) atau udang lipan pernah penulis temui namun disini bukan sahaja sado tetapi bersaiz obesiti. Dengan corak pada badannya yang memang 'friendly' dengan sensor kamera menggambarkan betapa bewarna-warni cukup berbeza dengan udang lipan yang biasa penulis temui.


Udang Lipan dan Sotong
Udang Lipan dan Sotong
Jika yang biasa udang ketak sesuai untuk digoreng celup tepung sahaja, untuk yang ini boleh dijadikan lauk pauk untuk hidangan nasi.


Pelbagai Pilihan Udang
Pelbagai Pilihan Udang
Udang biasa, lagilah banyak. Pencinta udang pasti rambang mata untuk mendapatkan mana satu longgokan yang akan dipilih.


Pelbagai Jenis Saiz Udang
Pelbagai Jenis Saiz Udang
Sotong ? Pilih sahaja, memang saiznya jarang sekali untuk ditemui.

Ketam Bersaiz Gergasi

Ketam tidak dilupakan memang antara makanan laut biasa dan popular untuk penggemar 'seafood'. Memang saiznya cukup berbeza dengan tempat lain, cukup nutrien dan zat mungkin. 

Puas untuk diketuk atau dikopek untuk mendapatkan isinya yang segar.

Pilih, Timbang, Beli Makanan Laut 

Sudah puas menjelajah setiap gerai-gerai yang ada. Maka tibalah masanya untuk membeli seafood yang menjadi idaman.


Beli Mengikut Timbang
Beli Mengikut Timbang
Sesudah pilih, timbang, setuju dan bayar maka usah risau jika anda tidak pandai menyediakan masak taucu atau tiga rasa kerana terdapat restoran/kedai makan bersebelahan dengan gerai-gerai menjual hasil laut ini.

Masak Seafood On The Spot

Serahkan sahaja makanan laut hasil belian anda, dan tunggu sahaja makanan anda di masak dengan pilihan menu yang anda inginkan.

Bagi mereka yang masih pening-pening rambang mata sehingga gagal membuat pilihan makanan laut, boleh datang 'walk-in' ke restoran untuk mendapatkan makanan yang disenaraikan dalam senarai menu.

Parrot Fish Masak Tiga Rasa (Masam Manis Masin)

Oleh kerana sudah jatuh cinta dengan seekor ikan warna hijau-biru, musim raya namanya 'turquoise' maka penulis memilih ikan 'parrot fish' yang memiliki warna tersebut sebagai hidangan.

Teruja untuk mengetahui rasanya, apakah rasanya 'sesedap' mata memandang, atau sekadar layak di dalam aquaria KLCC sebagai pameran.


Parrot Fish Tiga Rasa
Parrot Fish Tiga Rasa
Bagi penulis, indah rupa dari rasa sebenarnya. Penulis mula rindu akan ikan konvensional lain untuk masakan tiga rasa iaitu ikan siakap , kerapu atau jenahak.

Isi ikan ini tawar rasanya, mungkin 'kemanisan' sudah keluar ke bahagian sisik yang mencantikkan ikan burung kakak tua ini.

Walaupun di masak tiga rasa, isinya tetap hambar seumpama kumpulan Joras atau Taman yang tidak 'deliver' ketika melawak.

Menu Makanan Laut Lain

Selain 'parrot fish', ikan kerapu bersaiz sederhana dijadikan masak stim. Ini memang terbaik, dengan rasa kuahnya apalagi isinya yang masih segar. 


Ikan Kerapu Masak Stim
Ikan Kerapu Masak Stim
Melihatkannya sahaja sudah tidak sabar untuk dicuba. Memang untuk mengekalkan rasa isi ikan pilihan masak stim memang sesuai. Mengidam ingin makan makanan laut di Sabah tercapai


Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung
Sotong goreng tepung semestinya ada, makanan yang segar dari bot bersebelahan memang lain rasanya berbanding yang sudah lama yang tekstur isinya menyamai selipar jepun bersaiz 10 yang selalu hilang di surau atau masjid.


Udang Goreng Butter
Udang Goreng Butter
Bercerita tentang celup tepung, udang-udang segar berjaya diperlakukan sama seperti sotong, cukup manis isinya apalagi masih memiliki jus dari isinya. Dengan 'butter' lebih menarik.

Dengan perkataan 'butter' sudah menambahkan seri makanan laut ini walaupun hanya dengan cara gorengan sahaja.


Ketam Goreng Butter
Ketam Goreng Butter
Contohnya, ketam goreng dengan mentega yang berjaya disiapkan oleh tukang masak. Biasanya penulis jarang makan dengan nasi atau apa-apa. Meratahnya memang puas hati sehingga meleleh jus sehingga ke siku.

Alang-alang menyedut ketam biar sampai ke siku.

Datang Nikmati Makanan Laut Segar Di WaterFront Seafood Night Market

Datang ke Waterfront Seafood Night Market menikmati makanan lautnya yang masih segar memang antara itinerary dan tentatif yang perlu ada jika ke Kota Kinabalu.

Datang pilih sahaja makanan laut anda, terus serahkan kepada restoran sekitar untuk mengekalkan kesegarannya sehingga terus ke dalam perut anda.

Informasi Pengunjung

Cukup mudah untuk sampai, waze dan google maps mampu memberikan maklumat ke destinasi tanpa sebarang kesesatan berlaku. Betul-betul di tepi laut.

Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu,
401, Jalan Tun Fuad Stephen, 
Pusat Bandar Kota Kinabalu, 
88000 Kota Kinabalu, Sabah




Waktu Operasi

Bermula jam 4 pagi sehingga 11 malam setiap hari

Harga Makanan Laut

Bergantung kepada keadaan semasa, permintaan dan faktor cuaca. Digalakkan buatlah carian untuk gerai-gerai makanan laut tertentu, survey untuk kepuasan

Parkir

Agak terhad, di nasihatkan datang awal jika anda 'urgent'. Parkir di tepian jalan. Terdapat kawasan parkir berbayar mengikut jam

Anda fikir anda tahu Makanan Laut Unik Di Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Hukuman Kepada Penghina Nabi atau Al-Quran atau Islam Majlis Fatwa Baitul Maqdis

$
0
0
HUKUM KE ATAS PENGHINA ALLAH ATAU NABI ATAU QURAN ATAU ISLAM
Majlis Fatwa Baitul Maqdis




Soalan :

Apakah hukumnya orang yang mencerca Allah dan Rasul dan Quran dan Islam?


Jawab :

Siapa yang menghina atau mencerca empat perkara ini samada gurauan atau sungguh maka jadi ia kafir dan wajib dihukum bunuh. Inilah yang telah menjelaskannya olih segala nas dalam Quran dan sunnah dan telah ijmak atasnya.

Dalil Quran

Firman Allah :

 وَإِنْ نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ مِنْ بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنْتَهُونَ

Artinya : “Dan jika mereka merosakkan sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji dan mereka mencerca agamamu maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, supaya mereka berhenti.” (At-Taubah :12)

Dalil jadi kafir orang yang cerca Allah atau Nabi atau Quran atau Islam atau salah satu daripadanya ialah pada firman-Nya ‘dan mereka mencerca agamamu’ .

Dalil Sunnah

Sebuah hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasaie daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :

أن أعمى كانت له أمُّ ولد تشتم النبي صلى الله عليه وسلم وتقع فيه . فينهاها فلا تنتهي ¡ ويزجرها فلا تنزجر . فلما كان ذات ليلة جعلت تقع في النبي صلى الله عليه وسلم وتشتمه ¡ فأخذ المعول فوضعه في بطنها واتكأ عليها فقتلها فلما أصبح ذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فجمع الناس فقال : ( أنشد رجلاً فعل ما فعل لي عليه حق إلا قام ) قال : فقام الأعمى يتخطى الناس وهو يتدلدل حتى قعد بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله أنا صاحبها , كانت تشتمك ¡ وتقع فيك فأنهاها فلا تنتهي ¡ وأزجرها فلا تنزجر , ولي فيها ابنان مثل اللؤلؤتين ¡ وكانت بي رفيقة فلما كان البارحة جعلت تشتمك وتقع فيك فأخذت المعول فوضعته في بطنها واتكأت عليه حتى قتلتها. فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ألا اشهدوا أن دمها هدر ) 

Artinya : “Bahawasanya seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang telah menghina Nabi saw dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya tapi wanita tersebut tidak menghiraukan larangan tersebut. 

Ibnu Abbas meneruskan lagi : Pada suatu malam wanita itu kembali menghina Nabi saw maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya pada perut wanita tersebut lantas menikamnya. 

Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi kejadian tersebut diberitahu kepada Nabi saw lalu baginda mengumpul orang ramai dan bersabda : “Aku bersumpah kepada Allah swt atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”.

 Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau menghiraukannya. Daripadanya aku dikurniakan dua orang anak yang ibarat mutiara bagiku dan isteriku sangat sayang kepadaku.

 Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya dan aku menikamnya sehingga mati. Nabi saw bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (yakni halal).”

Dalil Ijmak

Berkata Imam Ishak Ibnu Rahawaih :

أجمع المسلمون على أن من سب الله ¡ أو سب رسول الله صلى الله عليه وسلم ¡ أو دفع شيئاً مما أنزل الله عز وجل ¡ أو قتل نبياً من أنبياء الله عز وجل أنه كافر بذلك وان كان مقراً بكل ما أنزل الله

Artinya : “Telah ijmak sekelian orang Islam atas barang siapa yang menghina Allah atau menghina Rasulullah saw atau menolak suatu yang telah diturunkan olih Allah atau membunuh seorang Nabi dari Para Nabi Allah maka sungguhnya ia adalah jadi kafir dengan yang demikian itu sekalipun ia menerima sekelian yang diturunkan olih Allah.”

Berkata Imam Muhammad bin Sahnun :

 أجمع العلماء على أن شاتم النبي صلى الله عليه وسلم والمنتقص له كافر والوعيد جار عليه بعذاب الله له وحكمه عند الأمة القتل ومن شك في كفره وعذابه كفر

Artinya : “Telah ijmak sekelian ulamak atas siapa yang telah memaki Nabi saw dan yang merendah-rendahkan baginda maka jadi ia kafir dan ancaman atasnya dengan azab Allah dan hukumnya disisi imam-imam ialah bunuh. Dan siapa yang syak pada kufurnya dan azabnya maka jadi kafir.”

Telah menyebut Al-Khatthobi :

لا اعلم أحداً من المسلمين اختلف في وجوب قتله

Artinya : “Tidak aku ketahui seorang pun dari para Muslimin yang berselisih pada wajib bunuhnya.”

Hukuman dan Kesan Atas Penghina Nabi :

1. Dihukum mati kerana telah murtad dengan dalil ayat Quran yang telah lalu sebutnya.

2. Hangus segala amalannya yang telah ia lakukan seperti debu yang diterbangkan angin daripada solat dan puasa dan haji dan sedekah kerana firman Allah :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 

Artinya : “Siapa yang murtad dikalangan kamu dari agamanya kemudian mati maka ia kafir. Merekalah orang yang hangus segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka adalah ahli neraka yang kekal mereka di dalamnya.” (Al-Baqarah : 217)

3. Batal pernikahan dan kedudukan suami isteri dan jatuhlah perpisahan samada yang mencela itu suami atau isteri atau keduanya sekali. Maka apabila yang memaki atau menghina itu telah taubat maka tidaklah bolih duduk bersama dan wajiblah dengan aqad nikah yang baharu.
Dan jika tidak bertaubat maka jadilah pergaulan mereka berdua sebagai zina yang haram.

4. Harta orang yang telah murtad itu diserahkan kepada baitulmal dan dia tidak bolih mewarisi dan tidak diwarisi.

5. Sembelihan orang yang menghina dan memaki itu jadi bangkai tidak halal dimakan kerana dia adalah kafir sekalipun dibaca nama Allah ketika sembelih.

Majlis Fatwa Baitul Maqdis

Wallahua’lam

Sumber asal :

تاريخ: 29/10/11
عدد المشاهدات:27811
رقم الفتوى: 349

بسم الله الرحمن الرحيم

من سب أحد هذه الأمور الأربعة . مازحاً أو جاداً . فقد كفر ووجب قتله . وهذا ما بينته النصوص في الكتاب ¡ والسنة ¡ وعليه إجماع العلماء .
1 - الكتاب :
قوله تعالى :{ وان نكثوا أيمانهم من بعد عهدهم وطعنوا في دينكم فقاتلوا أئمة الكفر إنهم لا أيمان لهم لعلهم ينتهون }. [التوبة/12] . موطن الشاهد على كفر من سبهم أو سب أحدهم هو قوله تعالى :{ وطعنوا في دينكم } .
2 - السنة :
أخرج أبو داود والنسائي عن ابن عباس رضي الله عنه أن أعمى كانت له أمُّ ولد تشتم النبي صلى الله عليه وسلم وتقع فيه . فينهاها فلا تنتهي ¡ ويزجرها فلا تنزجر . فلما كان ذات ليلة جعلت تقع في النبي صلى الله عليه وسلم وتشتمه ¡ فأخذ المعول فوضعه في بطنها واتكأ عليها فقتلها فلما أصبح ذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فجمع الناس فقال : ( أنشد رجلاً فعل ما فعل لي عليه حق إلا قام ) قال : فقام الأعمى يتخطى الناس وهو يتدلدل حتى قعد بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله أنا صاحبها , كانت تشتمك ¡ وتقع فيك فأنهاها فلا تنتهي ¡ وأزجرها فلا تنزجر , ولي فيها ابنان مثل اللؤلؤتين ¡ وكانت بي رفيقة فلما كان البارحة جعلت تشتمك وتقع فيك فأخذت المعول فوضعته في بطنها واتكأت عليه حتى قتلتها. فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ألا اشهدوا أن دمها هدر ) . المعول : سيف رقيق له قفا .
3- الإجماع :
قال الإمام اسحق بن راهوية أحد الأئمة الأعلام : "أجمع المسلمون على أن من سب الله ¡ أو سب رسول الله صلى الله عليه وسلم ¡ أو دفع شيئاً مما أنزل الله عز وجل ¡ أو قتل نبياً من أنبياء الله عز وجل أنه كافر بذلك وان كان مقراً بكل ما أنزل الله ".
وقال محمد بن سحنون : "أجمع العلماء على أن شاتم النبي صلى الله عليه وسلم والمنتقص له كافر والوعيد جار عليه بعذاب الله له وحكمه عند الأمة القتل ومن شك في كفره وعذابه كفر" .
قال الخطابي رحمه الله : "لا اعلم أحداً من المسلمين اختلف في وجوب قتله " .
أحكام وآثار تترتب على الشتم ( الشاتم المرتد ) :

1 - قتل المرتد وقد مر بالأدلة السابقة وقوله تعالى : { فقاتلوا أئمة الكفر } . [التوبة/12] .
2 - إحباط الأعمال : أي بطلان ثواب الأعمال بحيث يجعل الأعمال السابقة هباءً منثوراً ( من صلاة ¡ وصوم ¡ وحج ¡ وصدقة ...) الدليل قوله تعالى: {ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم في الدنيا والآخرة واؤلائك أصحاب النار هم فيها خالدون } [البقرة :217] .
3 - بطلان النكاح والزواج ووقوع الفرقة بين الزوجين سواء كان الساب كلا الزوجين أو أحدهما .
وإذا تاب الساب أو الشاتم فلا يحل له الاقتراب من زوجته . ولا هي إلا بعقد نكاح جديد¡وإذا لم يتب فالمعاشرة الزوجية بينهما تكون سفاحاً ( أي زنى ) وحراماً .
4 - مال المرتد يؤول إلى بيت مال المسلمين فهو لا يرث ولا يورث .
5 - ذبيحة المرتد الساب أو الشاتم لا تحل ذبيحته لأنه كافر ولو ذكر اسم الله تعالى عليها .

والله تعالى أعلم
 المجلس الإسلامي للإفتاء
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz, Seafood Berapi dan Ayam Bakar. Mana Lebih Pedas ?

$
0
0

"Tiga Jenis Maggi Pedas Giler"

Suatu ketika dahulu tersebar di seluruh media sosial mengenai ramen pedas yang mampu mengubah manusia biasa kepada Hulk adanya. Itu konsep yang selalu kita lihat dalam media sosial mengenai Ramen Samyang. 




Sana-sini para 'influencer' cuba memberikan ulasan (review) sehinggakan kerana ramen pedas inilah mereka sekarang popular.


Ramen Pedas Viral

Apa-apa yang viral akan sampai ke penghujung. Kini sudah agak hambar jika kita membangkitkan hujah mengenai ramen pedas ini.

Jika dahulu, banyak pertanyaan, tentang ramen viral ini, Halalkah ? Apa ramuannya ? dan pelbagai lagi challenge.

Bercerita mengenai 'chellenge' atau cabaran dalam bahasa Malaysia, ramen viral ini sudah ada pencabarnya. Boleh dikatakan pengganti sebenarnya.

Maggi Pedas Giler

Cukup viral juga, namun seperti kebiasaan benda viral cepat hambar. Sudah hambar namun masih ada.




Kali ini penulis akan memberikan ulasan secara ringkas akan maggi pedas giler ini.

Cara penyediaannya juga mudah, telah ada langkah demi langkah tertera pada penutup maggi pedas giler untuk varian mangkuk.

Review Maggi Pedas Giler

Artikel bertulis pernah penulis ulaskan mengenai salah satu dari 3 perisa keluaran Maggi ini. Kali ini kita lihat sinopsis untuk ketiga-tiga perisa Maggi Pedas Giler yang telah penulis cuba ini.




Bagi jenama Pedas Giler, Maggi mengeluarkan mi segera dalam bentuk mi goreng.
Mi segera yang memerlukan rendaman, tos dan gaul perisa sebelum boleh dimasukkan ke dalam mulut.

1. Maggi Pedas Giler : Tom Yummz




Fizikal: 
Semestinya dengan perisa tom yam. Dengan tema pembungkusan bewarna unggu gelap memang menjadi tema warna perisa tom yam.
Mudah dikenali dengan warna tersebut. Di datangkan dalam dua varian, paket dan mangkuk.

Rasa:
Memandangkan perisa ini adalah tom yam semestinya rasa tom yam yang diperlukan. Ya, untuk perisa ini memang terdapat rasa masam. Baunya apabila sudah siap cukup kuat terus menusuk ke hidung.
Masamnya adalah 'signature' untuk perisa tom yam. Ingat masam ingat tom yummz

Skala Kepedasan:
3.5/5.0




Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50

2. Maggi Pedas Giler : Seafood Berapi




Fizikal: 
Merah merupakan warna 'signature' untuk versi seafood ini. Hadir dalam dua jenis varian mangkuk dan paket tidak banyak beza dengan cara pembungkusan Maggi Pedas Giler perisa lain.

Secara peribadi untuk perisa seafood berapi ini kebarangkalian untuk ditemui agak kecil.

Rasa:
Melalui perkataan 'seafood' sukar untuk mendapatkan rasa tertentu. Bukan rasa ikan, sotong, ketam atau apa-apa jenis hidupan laut lain.

Jika ditutup mata dan diberikan suapan mi ini, rasa yang dapat diketahui adalah rasa masin. Mungkin mengambil tema air laut.

Skala Kepedasan:
3.0/5.0

Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50

3. Maggi Pedas Giler : Ayam Bakar

Fizikal: 
Bagi mengenal Pedas Giler versi ini, warna hijau adalah pengenalannya. Hijau mungkin menggambarkan varian ini adalah paling tidak pedas berbanding yang dua perisa lain.
Didatangkan dalam dua jenis juga iaitu dalam mangkuk dan paket dengan lima bungkus di dalamnya.

Rasa:
Lebih kepada rasa masin sebenarnya untuk rasa, tiada sebarang 'signature' rasa seumpama Pedas Giler Tom Yummz. Namun, aroma terbakar itu yang menjadikan mi goreng ini memiliki identitinya tersendiri.

Skala Kepedasan:
2.5/5.0




Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50

*Harga yang ditunjukkan adalah secara kasar dan purata.

Jadi, dalam tiga jenis Maggi Pedas Giler ini yang mana satu paling 'win' kepedasannya?
Setelah dicuba, perisa Tom Yummz adalah juaranya berbanding dengan lain.

Maggi pedas giler banyak juga dijual online contohnya di Lazada Malaysia , memang mudah nak dapatkan sekarang.

Mana Satu Maggi Pedas Giler Lebih Pedas

Secara perbandingannya adalah seperti berikut:

Tom Yummz (lebih pedas dari) Seafood Berapi (lebih pedas dari) Ayam Bakar

Dengan harga mampu milik ini dan memang sahih akan sumber halalnya serta rasa pedas yang lebih dari ramen samyang pedas.




Maggi berjaya mencipta satu hidangan mi goreng segera yang cukup memberikan rasa pedas yang mampu membuatkan peluh berjuraian apalagi telinga berdesing.

Lagipun bagi penulis tekstur mi nya lebih kenyal dan ranggup.

Anda fikir anda tahu Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz, Seafood Berapi dan Ayam Bakar. Mana Lebih Pedas ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Senarai Aplikasi Tempahan Tiket Bas Secara Online

$
0
0

"Aplikasi Belian Tiket Bas"

Zaman semakin moden dan maju. Semuanya dihujung jari, Ok itu ayat 'cliche'. Tetapi memang betul. Jika dahulu sebelum penulis memiliki kenderaan sendiri untuk balik kampung atau ke mana-mana bas ekspres adalah solusinya.



Sekarang pun masih juga menggunakan bas apabila memandu kenderaan sendiri agak meletihkan bayangkan jika terpaksa menghadap kesesakan trafik melebihi 10 jam.

Hal tersebut bukan masalah kita lagi, itu masalah pemandu bas, kita hanya duduk, layan pendingin hawa atau layan movie, sampai destinasi turun sahaja.

Tempahan Tiket Bas Semakin Pantas

Dahulu cukup rumit untuk mendapatkan tiket bas, nasib baik dapat yang betul, kalau malang tertipu dengan ulat tiket.

Itu antara permasalahan biasa jika ingin mendapatkan tiket bas.

Proses Pembelian Mudah

Kini, jauh lebih mudah, klik sahaja transfer wang, pada hari anda ingin menaiki bas terus ke terminal.

Dengan wujudnya pelbagai aplikasi mudah alih untuk mendapatkan tiket bas. Tidak perlu risau akan nilai tambang sudah tersedia.

Senarai Aplikasi Beli Tiket Bas Online

Di bawah penulis senaraikan aplikasi mudah alih 'online' untuk mendapatkan tiket bas.

1. Catch That Bus



Aplikasi ini boleh dikatakan agak antarabangsa sebenarnya kerana ia membabitkan pembelian tiket untuk ke destinasi Malaysia - Singapura - Thailand.
Dengan senarai syarikat bas yang cukup banyak menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini memang mudah untuk digunakan.

Tiga negara ini sememangnya memiliki banyak destinasi menarik. Kini untuk ke mana-mana negara yang tersenarai sudah mudah. 

Berikan data destinasi, pilih syarikat bas dan buat bayaran.

Untuk Tempahan Ticket Secara Online - Catch That Bus
Download Apss - Catch That Bus Apps (android)

2. Bus Online Ticket



Satu lagi aplikasi tiket bas yang menjadi kegemaran operator bas adalah bus online ticket.
Merangkumi laluan Malaysia - Singapura ia antara aplikasi pencarian tiket bas yang popular.

Perkataan 'bas' termasuklah penggunaan pengangkutan lain seperti kereta api dan feri.
Lebih pilihan untuk pengguna.

Untuk Tempahan Ticket Secara Online - Bus Ticket Online

3. Red Bus



Hubungan darat Malaysia dan Singapura selalu mendapat sambutan. Aplikasi red bus sama juga memudahkan pencarian tiket bas.

Dari hujung semenanjung Malaysia sehingga destinasi penjuru Singapura, Red Bus boleh menjadi perantara anda dengan operator bas yang boleh dipercayai.

Mudah, Cepat dan Efisien

Cukup mudah untuk digunakan.

Senarai di atas adalah aplikasi untuk mendapatkan tiket bas yang diyakini boleh dipercayai.

Kini, tidak perlu risau jika tiket habis atau tidak sempat membeli. Janji sudah pasang aplikasi dan memiliki data plan internet yang pantas seperti:

Celcom 
Time Internet

Penggunaan aplikasi juga tidak rumit, anda hanya perlu pastikan destinasi sahaja, pilih destinasi, sediakan transfer wang secara online dan anda sudah membeli tiket tersebut.

Anda fikir anda tahu Senarai Aplikasi Dapatkan Tiket Bas Secara Online ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor

$
0
0

"Asam Pedas Atok"

Stereotaipnya mahu cari asam pedas power perlu berkunjung ke Melaka. Namun, memandangkan sistem telekomunikasi dan perhubungan untuk ke satu-satu tempat sudah mudah itu sekadar stereotaip.


Asam Pedas Atok Sungai Sembilang
Asam Pedas Atok Sungai Sembilang
Di mana-mana tempat sudah ada restoran, kedai makan atau gerai yang menjadikan asam pedas sebagai menu utama.


Tipikal 'Signature' Asam Pedas

Dua kriteria yang sering penulis jadikan panduan dalam menikmati dan menentukan kesedapan dan kelainan dengan asam pedas yang mampu dibuat melalui resepi-resepi yang banyak di internet.

Masam dan pedas, lagi meriah kalau asam pedas tersebut dihidangkan dalam keadaan menggelegak dan berasap.

Asam Pedas Mendidih

Sudah banyak sebenarnya hidangan asam pedas di restoran yang menjadikan tema menggelegak atau mendidih untuk pelanggan. Seumpama ia adalah sebahagian resepi asam pedas.

Sekali hirup, pedas dan masamnya menjadikan penghirup ingin menghirup lagi. Itu adalah perasaan yang diinginkan sebenarnya.

Asam Pedas Sekitar Lembah Klang

Sebagaimana penulis katakan pada awal artikel ini, tidak perlu menghabiskan tenaga dan wang untuk mendapatkan asam pedas yang boleh memuaskan selera pencinta asam pedas ke Melaka.

Di sekitar Kuala Selangor, Selangor terdapat satu restoran asam pedas yang cukup popular sebenarnya.

Banner Kedai Asam Pedas Atok
Banner Kedai Asam Pedas Atok | Google Image
Terperuk namun dikenali, itu menandakan kedai makan ini agak tersohor.

Asam Pedas Atok Kuala Selangor.

Kedudukan yang cukup strategik, tepi sungai dan muara yang turut berlatarbelakangkan Selat Melaka.

Menu Asam Pedas Atok

Semestinyalah, asam pedasnya. Tiada sebarang menu lain ditemui setakat ini di restoran ini hanya asam pedas.


Set Nasi Asam Pedas Dengan Telur Masin
Set Nasi Asam Pedas Dengan Telur Masin
Namun, memiliki variasi pilihan lauk yang menjadi idaman pengunjung.

Inginkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung atau ikan pari juga ada.
Selain ikan daging turut menjadi bahan lauk untuk asam pedas di kedai makan ini.

Entah kebetulan atau memang benar-benar kejadian. Restoran yang terletak bersebelahan dengan Sungai Sembilang ini cukup popular dengan menu hidangan asam pedas ikan sembilang.

Jadi, tanpa berfikir panjang ketika mencuba asam pedas di sini, penulis memesan;

Asam Pedas Ikan Sembilang


Asam Pedas Ikan Sembilang
Asam Pedas Ikan Sembilang
Datang dalam 'claypot' dalam bahasa Malaysianya mangkuk tanah liat. Sebelum di buka penulis sudah mampu mengagak apakah 'first impression' jika penutup claypot itu dibuka.
Ya. Asam pedas dengan kuah yang pekat dengan aroma yang kuat masih menggelegak.

Mengingatkan kembali nostalgia penulis mencuba asam pedas mendidih di Kuala Linggi dahulu.

Apakah Rasa Asam Pedas Ini

Cedukkan pertama sehingga ke dalam mulut, pada awalnya dibatasi dengan rasa wap panas dan suam, ketika ini 'selera' mula diaktifkan sebelum ditambah dengan aroma bau kuahnya.


Portion Potongan Ikan Sembilang
Portion Potongan Ikan Sembilang
Memasuki ruangan mulut, rasa masam mula menular ke segenap ceruk mulut, pedas pula datang berganti.

Memang kuah yang pekat ini penuh dengan rasa. Masam dan pedas bercampur diselangi rasa rempah yang cukup kuat.

Penulis dan isteri saling berpandangan tanda setuju, kuah asam pedas ini walaupun panas dan pedas, ia telah mengaktifkan satu rasa untuk suapan seterusnya.

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari
Tidak banyak beza sebenarnya, kuahnya sama cuma berlainan isi, untuk ikan pari semestilah ikan pari lauknya.

Lengkap, masam dan pedas.

Dari segi portion (bahagian) lauk, boleh dikatakan tukang masaknya tidak begitu kedekut, bahagian ikan sembilang yang bersaiz sederhana dipotong tiga dan sedia terendam di dalam kuah asam pedas.

Isteri penulis mencuba asam pedas ikan pari, portionnya juga boleh dibanggakan.

Dengan portion sebegini, cukup untuk sepinggan nasi sebagai satu set asam pedas.

Hidangan Lain

Kambing bakar dan western juga kelihatan pada menu dan 'banner' restoran. Mungkin ada yang ingin mencuba.

Lihat video 'first impression' asam pedas ikan sembilang dan asam pedas ikan pari di Asam Pedas Atok yang masih berasap dengan wap.




Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi rasa asam pedas di restoran ini sebenarnya cukup 'kaya' dengan perisa.
Datang pula dalam claypot, pengekalan kesuaman dan aroma masih terjaga sehingga cedukkan ke mulut.




Sedap.

Bahagiannya juga banyak, meskipun ikan sembilang bermusim.

Suasana Kedai

Bagi suasana dalaman kedai, penulis mengandaikan pada bahagian malam akan cukup meriah. 



Selesa untuk mereka yang datang dalam famili atau berkumpulan. Banyak meja dan kerusi untuk mereka yang datang dalam bilangan yang ramai.

Kedainya dalam keadaan terbuka, dengan bumbung untuk ruangan makan. Angin sepoi-sepoi laut mudah untuk masuk.

Servis Pelanggan

Servis untuk kami pada masa tersebut juga pantas. Meskipun baharu sahaja dibuka.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Sungai Sembilang Kuala Selangor bukanlah begitu terpencil, mudah untuk ditemui meskipun agak tersorok dan berdekatan pantai.

Kawasan kampung yang memiliki laluan yang agak sempit dan seumpama berada dipersekitaran kampung nelayan.

Bagi yang pernah menginap di The Kabin Jeram pasti tahu sekitar sini.

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang,
Kampung Dungun, 
45800 Jeram, 
Selangor



Harga Makanan

Semua asam pedas berharga RM10 untuk semangkuk.
Agak berbeza dengan tulisan dalam menu.

Tidak kira apa lauk, ikan sembilang mahupun ikan pari dan ikan cencaru.

Nasi RM1-RM2

Minuman mengikut harga standard mana-mana kedai makan

Waktu Operasi Restoran

Dibuka jam 12 tengah hari sehingga lewat malam

Info Tambahan

Bagi kaki pancing, Sungai Sembilang memang kena dengan namanya. Jika kena dengan musim dan air pasang, balingan pancing mungkin diragut ikan sembilang yang ada.

Ketika penulis berkunjung, ramai kaki pancing yang memancing disini untuk mendapatkan 'strike' ikan sembilang.


Mancing Ikan Duri
Mancing Ikan Duri
Bukan rezeki penulis untuk mendapatkan ikan sembilang, ikan gerut gerut (tebal pipi) dan ikan duri yang melekat, anak ikan sebenarnya.

Anda fikir Anda Tahu Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Tempat-Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia

$
0
0

"Tempat Menarik Popular Sekitar Sabah"

Sabah terletak di Kepulauan Borneo. Dengan masa perjalanan menggunakan pesawat Airbus A320 dari KLIA2 ke KKIA selama 2 jam setengah cukup berbaloi.

Tempat Menarik yang Popular Di Sabah
Tempat Menarik yang Popular Di Sabah
Lapangan terbangnya sendiri sudah memiliki perkataan antarabangsa. Menjadi hub pelancong domestik dan luar negara.


Lokasi-Lokasi Percutian Popular Sabah

Pulau yang cantik, makanan eksotik dan tradisi manusia yang pelbagai, antara mengapa Sabah menjadi tumpuan pelancong. Memang banyak lokasi dan tempat menarik di Sabah, tetapi ini adalah lokasi percutian popular yang selalu dikunjungi di Sabah.

Disenaraikan tempat-tempat menarik sekitar Sabah yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah:

1. Pekan Kundasang


Replika Kobis Kundasang
Replika Kobis Kundasang
Kundasang tempat terletaknya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Kawasan tinggi sebegini memang menjanjikan hawa cuaca yang memang sejuk.

Sejuk pada kulit dan sejuk mata memandang. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, lembah sekitar Kundasang memang cantik panoramanya.

Pelbagai tumbuhan jarang ditemui, tumbuhan ditanam juga menarik. Jangan lupa singgah di pasar malamnya untuk mendapatkan makanan yang jarang anda temui.
Dapatkan 'chicken wing' madu yang dibakar. Dalam suasana sejuk memang terbaik.

Dengan replika daun salad yang masih belum kembang, mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

2. Kinabalu Park, Kundasang

Ingin merasai sedikit pengalaman pendaki Gunung Kinabalu boleh berkunjung ke sini. Jika bernasib baik dapat bergambar di beberapa lereng bukit yang nampak puncak Gunung Kinabalu.

Jika cuaca tidak mengizinkan boleh juga bergambar di hadapan pintu gerbang permulaan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun belum berhasrat untuk menawan gunung ini.

3. Desa Dairy Farm in Mesilau, Little New Zealand of Sabah


Lembu Di Dairy Farm Kundasang
Lembu Di Dairy Farm Kundasang
Namanya sudah menggambarkan keadaan. Little New Zealand. Sebuah ladang ternakan lembu di lembah kaki Gunung Kinabalu. Ladang yang cukup luas dengan ternakan lembu hitam putih luar negara.

Bagi yang pernah menonton muzik video kumpulan Atmosfera Original Sabahan pasti akan teruja kerana penampakan Gunung Kinabalu adalah di hadapan dairy farm ini.

Selain melihat kepelbagaian lembu yang diternak tidak kira yang di kandang atau dilepaskan sekitar padang ragut, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenusu yang segar selain mendapatkan gambar yang menarik dengan 'background' Gunung Kinabalu.

4. Polumpung Melangkap Kota Belud


Polumpung Melangkap Kota Belud
Polumpung Melangkap Kota Belud
Tidak berpeluang merasai air bersih berasal dari Gunung Kinabalu tidak mengapa. Hasil dari gabungan air terjun dari puncak Gunung Kinabalu menghasilkan beberapa anak sungai sebelum menuju ke laut.

Dalam perjalanan air ini akan menempuhi kawasan berbatu yang menghasilkan jeram.

Masih lagi dengan latar Gunung Kinabalu namun di kawasan jeram. Sangat indah panoramanya.

Lebih kepada aktiviti 'adventure' seperti berkhemah (bukan bersama si nopal), water-rafting, flying fox dan pelbagai aktiviti lasak.

Untuk yang sekadar inginkan mendapatkan panorama menarik ini adalah tempatnya.

5. Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau


Ikan Kelah Sanctuary Ranau
Ikan Kelah Sanctuary Ranau
Ikan Kelah memang ikan yang tinggi nilainya. Dari segi sifat fizikal dan penampilannya yang elegan.

Bukan semua boleh memeliharanya.

Datang sahaja ke Sanctuari ini, beri makan dan pegang pun boleh. Memang jinak, tidak perlu menggunakan kaedah pelik untuk memanggil ikan-ikan Kelah ini datang kepada anda.

Dengan memberinya makan, penuh di kaki ikan ini. Urutan mulut oleh ikan-ikan Kelah ini mampu membuatkan anda tersenyum.

Melihat ikan-ikan berenang tidak tersedar masa berlalu, bukan sahaja kanak-kanak teruja malahan dewasa juga.

6. Pulau Sapi


Pulau Sapi Sabah
Pulau Sapi Sabah
Datang ke Sabah tanpa mengunjungi pulau-pulaunya tidak lengkap kunjungan. Pulau Sapi antara salah satu pulau yang terletak di dalam gugusan Pulau Tunku Abdul Rahman yang dijaga.

Sampai sahaja di jeti dengan airnya yang jernih dan latar belakang hutan tropika menghijau, tenang jiwa.



Apalagi apabila anda snorkeling di Pulau Sapi. Ikan-ikan yang jinak dengan kepelbagaian hidupan laut tambahan airnya yang jernih memang akan meninggalkan pengalaman kepada pengunjung.

Dari jeti Jesselton mengambil masa 20 minit untuk sampai.

7. Pulau Manukan


Pulau Manukan Sabah
Pulau Manukan Sabah
Sebuah lagi pulau yang kaya dengan hidupan laut, masih dengan panorama hutan hujan tropika sebagai latar belakang dengan pantainya yang memutih dan air kehijauan. Tempat snorkeling yang menjanjikan kepuasan dalam misi mencari ikan-ikan yang unik dan cantik di dalam air. Sungguh jinak.

Mandi manda adalah kemestian, jika bernasib baik boleh mandi manda dan berenang dengan ikan-ikan yang ada.

Untuk ke pulau-pulau sebegini di Sabah, dapatkan pakej island hopping di jeti jesselton Kota Kinabalu.

8. Ladang Teh Sabah Tea Ranau


I Love Sabah Tea
I Love Sabah Tea
Terletak di antara Pekan Kundasang dan Fish Spa Sungai Moroli. Terdapat satu-satunya ladang teh di kepulauan Borneo.

Selain menikmati keindahan kehijauan ladang teh boleh dapatkan kenangan bergambar dengan mercu tanda yang ada.

Kedudukan yang agak tinggi nun di atas bukit, meskipun tengah hari masih terasa hawa sejuk. 

9. Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu


Masjid Terapung Bandaraya Likas
Masjid Terapung Bandaraya Likas
Selain tempat beribadah Masjid Terapung Bandaraya menjadi tumpuan pelancong. Terletaknya dekat dengan laut menghasilkan angin sepoi-sepoi apalagi masjid ini terapung di atas air.

Senibinanya juga menarik. Memang cukup cantik untuk bergambar.

Bagi non-muslim yang ingin memasuki melihat keindahan alam, disediakan jubah menutup aurat.

Dari luar cantik, dalaman indah.

10. Salut Sulaman Sepanggar


Salut Sepanggar
Salut Sepanggar
Air kelapa dengan laut jarang tidak serasi. Jum singgah dapatkan air kelapa muda yang dibakar di sekitar Jalan Sulaman ini, boleh menghilangkan dahaga, selain berkhasiat.

Mungkin ada yang belum pernah makan satu kepah yang dinamakan lokan.

Bolehlah mencuba lokan bakar mana tahu serasi dengan citarasa. Kawasan ini memang menjual makanan seperti yang disenaraikan di atas, sepanjang jalan. Itulah keunikannya.

11. Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu


Makanan Laut Segar Waterfront Sabah
Makanan Laut Segar Waterfront Sabah
Nak menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan laut (seafood) sinilah tempatnya. Dari pelbagai jenis, bentuk, warna dan rasa boleh didapati.

Dikelaskan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk pembelian seafood dan satu lagi untuk di makan.

Kebiasaan apabila pengunjung datang ke sini akan memilih makanan laut di gerai-gerai makanan laut yang mentah yang cukup banyak.

Kemudian akan ke bahagian hujung yang merupakan kawasan restoran yang boleh masakkan untuk anda.

12. Pasar Filipina Kota Kinabalu


Shopping Cenderahati Di Pasar Filipina
Shopping Cenderahati Di Pasar Filipina
Jarang pelancong yang datang tidak akan membawa pulang ole-ole untuk diri sendiri atau mereka yang gagal datang bersama.

Disinilah tempatnya. Apa-apa jenis cenderahati boleh didapati, baju, keychain, semua ada.

Apa yang unik disini adalah mutiaranya, ramai pengunjung mencari mutiara di sini tidak kira dalam bentuk cincin, rantai, ataupun butang baju melayu.

Rambang mata mereka yang meminati mutiara untuk memilih.

Bukan barangan itu sahaja, keropok, amplong (keropok versi Sabah) , ikan kering dan macam-macam lain makanan yang boleh dibawa pulang.

Peniaga-peniaga disini juga cukup peramah, siap akan tolong bungkuskan barangan anda.

13. Tugu I Love KK 


Tugu I Love KK Sabah
Tugu I Love KK Sabah
Antara mercu tanda anda sampai di Kota Kinabalu. Perkatan 'I Love KK' yang bewarna merah (ketika penulis datang) boleh dijadikan bukti anda pernah menjejakkan kaki di sini.

Membelakangi laut membolehkan latar belakang lebih menarik.

14. Tugu Ikan Todak


Tugu Ikan Todak KK
Tugu Ikan Todak KK
Apalagi mercu tanda todak yang didirikan di tengah-tengah bulatan juga rugi jika tidak dijadikan kenangan, namun, berhati-hati kerana ia ditengah jalan raya.

Itinerary Percutian Sabah

Ini adalah sebahagian tempat menarik yang popular dan pernah penulis jejaki. Mungkin berpeluang ke Sabah lagi, akan ditambah tempat menarik yang berjaya dijejaki.

Boleh dapatkan contoh itenerary Kundasang-Kota Kinabalu di bawah:



Tips Percutian Ringkas

1. Mudahkan pencarian penginapan di tempat-tempat menarik sekitar Sabah dengan Traveloka.

2. Untuk tiket penerbangan Malaysia Airlines ada menawarkan harga promosi ke Sabah atau boleh jadikan Malindo Holidays sebagai pilihan lain.

3. Untuk ke pulau-pulau sekitar Sabah dan tidak mahu barangan peribadi basah boleh mendapatkan barangan HyperGear yang kalis air

Anda fikir adan tahu Tempat-Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

5 Cara Tambah Stamina Putaran Beyblade

$
0
0

"Tips Lamakan Putaran Beyblade"

Permainan zaman sekarang seumpama musim durian. Dahulu 'fidget spinner' menjadi kegilaan.

Tips Lamakan Putaran Beyblade
Tips Lamakan Putaran Beyblade
Sudah sukar untuk jumpa 'fidget spinner' sekarang. Namun, timbul pula permainan yang sudah lama dipopularkan oleh kartun animasi 'Beyblade'.



Kanak-kanak mula menjadikan beyblade sebagai permainan 'battle' baharu. Di zaman kanak-kanak penulis (sekitar 90-an) tema permainan berpusing-pusing seumpama beyblade ini bukan sesuatu yang baharu.

Beza Gasing dan Beyblade

Gasing, itu di zaman kegemilangan kanak-kanak penulis. Jika yang agak banyak duit, boleh dapatkan gasing plastik yang bewarna-warni (hijau, kuning, biru, merah).

Bagi yang agak kretif jika bukan buah pinang, putik buah kelapa yang masih kecik dijadikan gasing atau zaman sekarang digelar beyblade.

Gasing agak simple komponennya dan beyblade lebih kompleks komponennya. Namun, cara mainan tetap sama.

Tema permainan beyblade ini pada asasnya adalah mencari kekuatan dan stamina untuk gasing ini berpusing, selain dari melagakan gasing sebagimana gasing pangkah zaman terdahulu.

Tips Tambah Stamina Putaran Beyblade

Jom lihat beberapa tips dan cara untuk mendapatkan stamina (ketahanan berpusing) beyblade yang lebih lama.

1. Tambah Pemberat Pada Beyblade

Weight Beyblade | Google Image
Jadikan beyblade anda lebih berat dari sedia ada. Mungkin pernah pelajari (golongan dewasa), bahawa lebih besar jisim (m) lebih besar nilai momentum (p), mengambil kira formula p=mv.

Untuk tidak memeningkan kepada, momentum mampu memberikan stamina yang lebih untuk beyblade berpusing. Maka dapatkan lebihan berat beyblade dengan menambah aksesori pemberat.

Ada dijual komponen untuk memberatkan beyblade, Lazada atau Shopee pun ada.
Berasaskan besi dan bukan plastik yang ringan

2. Tinggikan 'Spin Track'

Beyblade Spin Track
Beyblade Spin Track | Google Image
Lihat gambar apa itu 'spin track' pada beyblade. Bey anda sudah berat. Untuk ubahsuai seterusnya.

Tinggikan jarak 'spin track' dengan bahagian bawah. Ini untuk kelancarakn putaran beyblade nanti. Untuk risau dengan center of gravity.

Ya, semakin tinggi semakin berkurang c.o.g namun bey anda sudah berat itu 'counter' kepada nilai c.og anda.

Spin Track Tinggi vs Rendah | Google Image
Dengan meninggikan 'spin track' dengan bahagian bersentuhan di bawah, terdapat ruang yang membolehkan beyblade anda berputar dengan lancar.

3. Pilih 'Fussion Wheel' Terbaik

Fusion Wheel | Google Image
Fussion wheel adalah salah satu komponen penting dalam beyblade. Merupakan 'enjin' untuk mendapatkan putaran.

Carilah fussion wheel yang tidak begitu kosong atau lebih kompleks buatannya.

Contoh 'fussion wheel' terbaik adalah seperti:

Ray unicorno, 
Storm pegasus, 
Hades kerbecs and 
Basalt horogium

4. Hujung Mata Bawah (Performance Tip) Bulat dan Rata

Performance Tip Beyblade | Google Image

Bahagian paling bawah beyblade (yang tajam) dipanggil 'performance tip'. Pastikan hujungnya ini adalah bulat dan tiada sebarang gerigi tanpa sebarang kesan-kesan degil.

Modified Performance Tip | Google Image
Mata hujung yang bersentuhan dengan tanah/pelantar yang bulat dan licin mengurangkan geseran dan menambahkan lagi rotation per minute (rpm) beyblade anda.

5. Ubah Suai Penarik (Launcher Chain)

Beyblade Launcher | Google Image
Lagi panjang penarik lagi banyak r.p.m (putaran) yang anda akan dapat.
Dalam pelancar (launcher) terdapat satu komponen yang berfungsi untuk mengehadkan tahap putaran, cabut sahaja komponen ini.

Pengunci ini bermasalah untuk memberikan potensi putaran yang maksima. Namun, kekurangan jika anda membuang pengunci ini menyukarkan anda untuk mencabut bey anda jika tersekat pada 'hook'.

Modified Beyblade Launcher | google Image
Disarankan untuk gunakan 'string' berbanding plastik untuk penarik pada 'launcher' beybalde anda.

Kelebihan dan Kekurangan Ubah Suai Beyblade

Ini lima tips ringkas untuk mendapatkan putaran pusingan beyblade anda ke tahap maksima.

Terdapat beberapa kekurangan yang akan timbul dari pengubahsuaian namun hasilnya lebih baik dari sebelumnya.

Harus diingat, jangan cuba bandingkan 'performance' beyblade dalam anime dan dunia realiti.  Seumapama iklan McDonald, lihat di tv lain di depan mata lain.

Dapatkan Beyblade, Komponen dan 'Spare Part'

Bagi yang ingin mendapatkan komponen atau 'spare part' beyblade boleh dapatkan di senarai penjual beyblade di bawah:

Lazada
Dh Store

Atau, yang ingin berjinak-jinak mendapatkan beyblade sendiri, boleh juga.
Jenama Takara Tomy mungkin yang terbaik untuk anda.

Ramai yang beranggapan beyblade adalah permainan kanak-kanak. Cup! anda silap, beyblade terdapat dalam pelbagai kategori, golongan dewasa tidak terkecuali.

Anda fikir anda tahu 5 Cara Lamakan Stamina Putaran Beyblade ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Makan Seafood Di Restoran Tasik Idaman Medan Ikan Bakar Dengkil

$
0
0

"Seafood Terapung"

Bukan kali pertama penulis makan makanan berasaskan makanan laut (seafood) dalam keadaan terapung.


Medan Ikan Bakar Terapung Tasik Idaman Dengkil
Medan Ikan Bakar Terapung Tasik Idaman Dengkil
Bukan bermaksud terapung dari segi kata yang sebenar, namun, dalam keadaan 'metafora'.


Terdahulu, Kedai Ikan Bakar Fort Supai di Kuala Linggi yang didirikan sebagaimana pembinaan pelantar yang terletak di atas laut.

Boleh dikira terapung juga.

Restoran Terapung Di Atas Air


Tenang Di Tasik
Tenang Di Tasik
Kali ini, juga terapung. Memang pengalaman terapung yang sebenar berbanding sebelum ini. Memang berayun-ayun sebagaimana menaiki perahu yang sedang mengikut arus air dibawahnya.


Jejantas Menuju Medan Terapung
Jejantas Menuju Medan Terapung
Jika di Fort Supai, kedainya diteguhkan dengan pelantar konkrit, tapi disini hanya tong dram dan pelantar papan menjadi perantara anda dan air tasik.


Terapung Di Air
Terapung Di Air
Boleh dikatakan makan di atas perahu besar, yang tidak bergerak.

Apakah Nama Kedai Makan Ini ?

Di Restoran Medan Ikan Bakar Tasik Idaman.

Pengalaman makan sembil berayun mungkin akan dirasai oleh pengunjung di restoran ini.

Terdapat dua kawasan untuk pengunjung duduk dan makan, namun, untuk merasai pengalaman terapung, pilihlah untuk makan di kawasan terapung ini, untuk mereka yang tidak gayat terhuyung hayang.

Makanan yang Istimewa Di Sini ?


Menu Hidangan
Menu Hidangan
Semestinya adalah hidangan pilihan bertemakan makanan laut yang terpilih.
Ikan, sotong, udang, ketam dan beberapa jenis haiwan bercengkerang ada disediakan.


Hidangan Seafood Tasik Idaman
Hidangan Seafood Tasik Idaman
Penulis memang sudah memasang niat untuk menjadikan hidangan utama adalah ikan.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang disediakan seperti siakap, kerapu, jenahak, cencaru, talapia dan ada beberapa jenis lagi.

Cencaru Masak Tiga Rasa


Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa
Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa
Jika datang beramai-ramai mungkin siakap atau kerapu bersaiz sederhana sesuai untuk di pilih.

Namun, kerana berdua sahaja ikan cencaru pun sudah mencukupi. Ikan cencaru masak tiga rasa.


Ikan Siakap Masak Taucu
Ikan Siakap Masak Taucu
Rindu rasa ikan siakap boleh minta ikan siakap stim atau masak taucu.

Menu Seafood yang Lain

Selain ikan-ikan yang boleh dimasak tiga rasa, taucu atau lain-lain citarasa. 
Isteri penulis lebih tertarik kepada cara masakan sotong celup tepungnya yang agak berlainan kata isteri penulis.


Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung
Potongan sotong yang masih melekat elok dengan salutan tepungnya. kebiasaannya, jarang boleh bertemu sotong celup tepung yang digoreng masih melekat dengan tepung.

Jadi, tiga ekor sotong berjaya dimasukkan ke dalam menu.


Ketam Sambal
Ketam Sambal
Ketam jangan dilupakan. Dengan masakan berlada (sambal) boleh mengecurkan liur dengan baunya.
Suasana Sekitar Restoran

Terletak jauh sedikit dari jalan utama. Dengan berlatarbekalangkan hutan dan semak samun.
Restoran Terapung Atas Tasik
Restoran Terapung Atas Tasik

Namun, cukup indah, indah jika dilihat waktu siang. Malamnya, hanya kelihatan lampu warna-warni di kawasan restoran.

Jika bulan penuh, refleksi dari air memang lagi menarik.

Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi rasa makanan yang dimasak, tidak banyak yang berbeza dengan restoran seafood yang lain. Ada juga kelainan dari segi rasa. Mungkin cara masakan juga berbeza.

Cencaru tiga rasa cukup rasa tiga elemen yang ada. Kuahnya sedap. Penampakan nenas yang dipotong dadu memang menggambarkan terdapat rasa masam pada hidangam.

Gorengan ikan cencaru agak kering, namun, mujurlah ikan cencaru ini memiliki jaket yang tebal, menghalang dari isinya juga kering. Terlalu garing boleh menyebabkan rasa ikan terus hilang.


Ketam Goreng Berlada
Ketam Goreng Berlada
Penulis dan isteri lebih sukakan makanan yang pedas. Namun, agak kecewa sedikit sebenarnya ketam sambal lebih kepada rasa masam yang ada.

Tidak pasti memang 'originality' masakan adalah berasaskan masam atau bahan makanan sudah masam. Kurang 'kick' sebenarnya.


Sotong Celup Tepung Istimewa
Sotong Celup Tepung Istimewa
Sotong celup tepung boleh dipuji, seperti diberitahu terdahulu. Keakraban tepung dan isi sotong memang 'kamceng' walaupun telah digoreng lama.

(Markah: 3.5/5.0)

Harga

Kebanyakan saiz ikan yang disediakan kurang sesuai untuk yang datang tiga orang dan ke bawah.


Ikan Siakap
Ikan Siakap
Sebab itulah dari segi harga agak tidaklah begitu murah jika ingin mencuba hidangan seafood.


Kerang dan Pepahat
Kerang dan Pepahat
(Markah: 2/5)

Layanan Pelanggan

Cara staf mendapatkan pesanan kesopanan dan kesusilaan ada.

Masih baik, tanpa sebarang masalah.'Cashier' juga tidak begitu berkira, setakat kurang 60 sen, mereka akan beri halal sahaja.

Untuk menukar tempat duduk, tiada sebarang kesukaraan ditemui walaupun kami sudah berada di meja lain.

(Markah: 3.5/5.0)

Suasana Persekitaran

Bagi yang mudah pening dan trauma dengan mabuk laut disarankan untuk tidak menggunakan 'tempat makan terapung', jika ada kanak-kanak yang hyperactive yang berlari-lari mungkin meloyakan anda yang tidak mampu menahan ayunan pelatar.


Ruang Makan Darat
Ruang Makan Darat
Dengan lampu warna-warni yang diletakkan disetiap penjuru sebagaimana kebanyakan cerita pengarah Rashid Sibir, melalui pandangan peribadi, suasana sekitar (malam) seumpama kem bina diri yang pernah penulis sertai.


Pelantar
Pelantar
Antara jam 5 hingga 6 petang masih lagi kelihatan suasana sekitar tasik, waktu malam sukar untuk melihat permandangan melainkan anda memiliki gajet telefon yang 'friendly' suasana 'low light'.


Pentas dan Karaoke
Pentas dan Karaoke
Terdapat satu struktur bangunan mungkin juga terdapat dj untuk menghiburkan anda dan boleh berkaraoke.

Dengan hiburan ini mungkin suasana lebih meriah. Dikhabarkan restoran ini selain menawarkan jackpot memancing, pertandingan nyanyian turut diadakan.

(Markah: 3.0/5.0)

Kemudahan 

Terdapat surau, bilik air dan parkir yang cukup besar juga. Karaoke juga boleh didapati disini.

(Markah: 4.0/5.0)

Secara keseluruhan penulis berikan : 3.5/5.0

Untuk preview ringkas dalam versi video klik video di bawah:



Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Kepada yang pernah memancing di Sungai Dengkil atau mereka yang selalu ke arah selatan mencari jalan 'shortcut' kawasan ini senang untuk digambarkan.

Terletak di kawasan lombong tinggal dengan bersebelahan dengan kolam pancing lebih menyenangkan pencarian.

Restoran Medan Ikan Bakar Tasik Idaman,
44A, Batu 26, 
Jalan Idaman 84/89, 
Jalan Jenderam, 
43800, Dengkil, 
Selangor



Harga Makanan

Bergantung kepada harga seafood pasaran, contohnya:


Harga Seafood
Harga Seafood
Ikan Siakap - RM6.00/100g
Ikan Kerapu - RM7.00/100g


Ikan Ikan Seafood
Ikan Ikan Seafood
Sotong - RM6.00/100g
Ketam - RM7.00/100g


Sotong Segar
Sotong
Waktu Operasi Restoran

Dibuka bermula jam 5 petang sehingga lewat malam.

Anda fikir anda tahu Makan Seafood Di Restoran Tasik Idaman Medan Ikan Bakar  Dengkil ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Teknik dan Tips Meningkatkan Jualan Menggunakan Instagram Ads

$
0
0

"Tips Beriklan Dengan Instagram"

Boleh dikatakan bisnes online antara yang agak 'masyuk' untuk dimulakan.
Namun, makin ramai sebenarnya yang membuat bisnes online.




Makin lama makin ramai


Bukan mudah untuk bersaing dibandingkan dengan zaman-zaman awal bisnes online mula tumbuh.

Polisi Baharu Beriklan Di Facebook

Dulu kebanyakan peniaga bisnes online menjadikan facebook sebagai media untuk menjual dan beriklan.




Namun, dengan polisi beriklan di facebook yang baharu diperkenalkan, semakin mahal pula bayaran yang dikenakan.

Ini menyusahkan pemula bisnes online yang menjadikan media sosial sebagai ruangan beriklan produk.

Alternatif Pengiklanan Di Facebook yang Mahal

Alternatif kepada facebook, semestinyalah instagram. 

Kebanyakan masa pelayar internet lebih tertumpu kepada instagram. Buka mata terus buka apps intagram.

Itu rakyat marhaen apalagi geng-geng instafamous, instagram punca bisnes online berkembang maju.

Nampak mudah, beriklan dengan instagram, namun tanpa cara yang betul, tidak kemana juga.

Beberapa teknik-teknik beriklan di instagram yang membolehkan pengguna sampai kepada produk anda.

Teknik-Teknik Menyediakan Iklan Di Instagram

Antara langkah-langkah menuju kejayaan beriklan dengan instagram seperti di bawah:

1. Penyediaan Grafik!. Ini adalah langkah pertama yang penting untuk pastikan iklan yang anda buat nanti mendapat respon dan sambutan! Gambar macam mana nak guna? Ayat apa yang nak letak? Semua itu saya tunjukkan di dalam ebook ini!

2. Cara Setting Iklan! Ini perkara yang paling penting. Ada 5 Step untuk setting iklan yang power di Instagram Stories! Setiap langkah, saya tunjukkan dan terangkan! Anda cuma perlu follow je!

3. Teknik Close Sale! Bagaimana untuk close sale selepas prospek mula mesej anda!

4. 5 Ayat Pantang! Ya! Saya kongsikan juga 5 ayat yang pantang anda gunakan sewaktu mahu close sale! Ramai peniaga yang tidak sedar terguna ayat ini dan akhirnya menyebabkan prospek terus lari dari mereka.

5. 8 Jenis Ayat Headline Power yang boleh anda gunakan pada iklan anda untuk menarik perhatian prospek!

6. 5 Teknik Memikat Hati Follower Agar Menjadi Pelanggan! Ya, selalunya, selepas mereka klik iklan anda, mereka tidak akan terus membeli, tetapi mereka akan follow anda terlebih dahulu! Jadi, disini pentingnya anda ketahui bagaimana untuk tarik hati mereka agar membeli produk anda!

7. Panduan Follow-up & Broadcast - Ayat apa nak guna untuk follow-up prospek? Apa ayat yang power dan sesuai untuk di broadcast kepada prospek? Saya share dan beri contoh ayat-ayat power uuntuk follow up

Senarai teknik-teknik dan langkah-langkah di atas adalah tajuk besar yang dimuatkan dalam satu panduan yang diperjelaskan lebih perinci lagi dalam satu e-book keluaran pengalaman yang telah berjaya menggunakan teknik-teknik ini.

Kongsi Pengalaman Beriklan Dengan Instagram

Tips-tips ini dikongsikan oleh seorang peniaga online yang berjaya menjadikan instagram tempat terbaik untuk beriklan.
Sedikit kisah darinya.


Nama saya.... Mahfudzah Mustafha! Saya adalah pengasas kepada produk makanan bayi jenama Fawwaz The Little Kitchen. 
Saya telah mulakan perniagaan ini sejak tahun 2015.Dan pada tahun 2017, saya memang sangat aktif menggunakan facebook ads untuk menaikkan jualan serta jenama produk saya. Setiap bulan, beribu-ribu ringgit saya habiskan untuk membayar kos iklan di facebook! Namun, saya tidak kisah kerana ianya berbaloi dan masih mampu memberikan pulangan yang menguntungkan!
Namun begitu, semuanya berubah apabila masuk sahaja tahun 2018, iaitu selepas pihak facebook mengemaskini alghoritma mereka. Strategi dan teknik facebook ads yang saya gunakan sebelum ini, sudah tidak lagi membuahkan hasil,  malah menyebabkan kerugian pula. Kos pengiklanan yang saya keluarkan.. hangus begitu sahaja tanpa memberikan pulangan keuntungan! Ini menyebabkan saya mula beralih arah dan mencari-cari platform yang lain.

Mahfudzah MustafhaPengamal Teknik IG Ads Turbo!www.IGAdsTurbo.com


Dah kenal dengan beliau dan ingin tahu akan rahsia kejayaan beliau dalam menjadikan instagram tempat untuk beriklan ?

Beliau telah menerbitkan satu buku panduan untuk peniaga-peniaga yang serius untuk beriklan dengan instagram.

Testimonial Kejayaan Tips 


BOOM! Memang sangat LUARBIASA!Bertubi-tubi mesej masuk ke handphone saya orang bertanya untuk membeli produk! Memang berasaaaap!
Tak menang tangan saya nak reply mesej-mesej tersebut.
Dalam masa 24 jam saya ON iklan tersebut.. lebih 140 orang mesej saya mahu membeli produk. Kos iklan yang saya keluarkan pula untuk 1 hari tu, tidak sampai pun RM50. Esoknya, saya terpaksa stop dulu iklan tersebut. Ambil masa untuk bernafas orang kata. Setelkan dulu order-order yang sudah diterima.
Selepas itu, saya sambung lagi iklan di instagram stories, kali ini saya sudah lebih bersedia. Jika sebelum ini, saya hanya gunakan phone sendiri, tetapi kini saya turut gunakan phone staf-staf saya untuk sama-sama tolong jawab mesej dan close sale.
Hasilnya tetap dahsyat! Staf-staf saya pun terkejut sampai  krem jari mereka sebab mesej bertubi-tubi masuk mahu membeli produk kami!
Alhamdulillah...  Sale saya yang dulu agak sendu, kini sudah mencanak naik semula!





Panduan Beriklan Dengan Instagram

Segala tips dan langkah-langkah untuk berjaya mengiklankan produk di instagram telah dikompilasikan dalam satu e-book yang berharga RM 60


Tips Beriklan Di Instagram
Tips Beriklan Di Instagram
Opps..RM 60 bukan untuk satu e-book sahaja. Dengan harga ini pembeli e-book di atas boleh mendapatkan dua e-book bonus lain.


Jana Komisen 4 Angka Dengan Instagram
Jana Komisen 4 Angka Dengan Instagram
8 Teknik Iklan Story Di Instagram
8 Teknik Iklan Story Di Instagram

Dengan kata mudah 3 e-book dengan harga RM 60 sahaja.
Dengan modal RM 60 apalah sangat jika dibandingkan dengan hasilnya.


Bundle 3 E-Book Iklan Instagram
Bundle 3 E-Book Iklan Instagram

Follow Up dan Tunjuk Ajar

Ada panduan tapi tanpa ilmu agak sukar sebenarnya untuk faham.

Usah khuatir selepas pembelian e-book ini, pembeli boleh menghubungi penulis e-book ini yang turut akan memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul jika tidak faham dengan apa yang ditulis dalam e-book ini.

Berminat mendapatkan 3 e-book instaAds Turbo dengan harga hanya RM 60. Klik pautan di bawah untuk tempahan:



Anda fikir anda tahu Teknik dan Rahsia Meningkatkan Jualan Produk Di Instagram ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Urutan 'Spa Fish' Di Sungai Moroli Kelah Sanctuary Ranau Sabah

$
0
0

"Ikan Kelah Ranau"

Ikan kelah antara haiwan yang dijaga oleh pihak berwajib. Ikan kelah adalah ikan turut digelar 'raja sungai'.


Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau Sabah
Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau Sabah
Dengan gelaran tersebut ikan kelah menjadi buruan.


Dalam mengurangkan pemburuan yang tidak terkawal terhadap ikan kelah.
Malaysia telah menyediakan beberapa tempat untuk menjaga ikan kelah daripada pupus.

Salah satunya adalah di Ranau, Sabah.

Membelai Ikan Kelah

Ikan kelah adalah ikan yang cukup jinak. Apalagi yang tinggal di sanctuary yang selalunya dipenuhi pengunjung.


Sentuh Ikan Kelah Jinak
Sentuh Ikan Kelah Jinak
Jarang mendengar manusia membelai ikan, biasanya kucing atau haiwan peliharaan lain.

Namun, di sanctuary, berikan sahaja ikan-ikan ini makan dan anda boleh menyentuh dan membelai ikan-ikan kelah ini.

Itu adalah aktiviti yang boleh anda lakukan di Kelah Sanctuary Ranau, Sabah.

Ikan Kelah yang Jinak Di Kaki

Tema sanctuary ini mendekatkan pengunjung dengan ikan kelah. Dengan air yang sejuk dari hasil pergunungan sekitar ditambah pula dengan sentuhan dari ikan-ikan ini cukup mengasyikan.


Urutan Spa Ikan Kelah
Urutan Spa Ikan Kelah
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga turut terleka bermain dengan ikan.
Taburkan sahaja makanan yang dibeli (khas untuk ikan kelah) maka berderu datang berada di kaki pengunjung.

Had Waktu Bersama Ikan Kelah

Untuk masuk ke sini terdapat had masa dan had bilangan pengunjung untuk bersama-sama merasai 'spa fish' atau urutan kaki dengan ikan-ikan kelah.


Pengunjung Asyik Dengan Kelah
Pengunjung Yang Ada
Untuk satu tiket pengunjung dibenarkan berada bersama ikan-ikan kelah ini selama 15 minit. Kemudian anda akan dipanggil untuk peluang pengunjung lain pula.


Penuh Sungai
Jika pengunjung pada waktu tersebut agak ramai, mungkin perlu menunggu giliran 15 minit untuk mereka yang sedang berada di sungai untuk selesai dengan aktiviti ini.

Kawasan sungai ada had jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.

Memberi Makan Ikan Kelah

Pengunjung yang ingin membeli makanan ikan untuk diberikan atau untuk memanggil ikan-ikan mengerumuni anda boleh mendapatkannya di pintu masuk ke sungai dengan harga RM1.00 untuk sebungkus makanan ikan.


Beri Ikan Kelah Makan
Beri Ikan Kelah Makan
Taburkan sahaja, memang ikan-ikan ini terus datang tidak hiraukan manusia. Itu salah satu cara menarik perhatian ikan-ikan kelah untuk mendekati kita.

Ikan Ikan Selain Ikan Kelah

Bukan sahaja ikan kelah sebenarnya yang berjaya penulis temui disini. Terdapat dua spesis lain yang berjaya penulis kesan iaitu ikan keli dan ikan lampan.

Ikan keli hanya seekor sahaja yang berjaya diseru dengan pelet makanan ikan, namun, ikan lampan berjaya diseru datang 'mengurut' dalam jumlah yang banyak juga.

Rasa Urutan 'Spa Fish' Ikan Kelah

Dari segi rasa urutan dari ikan kelah ini cukup lembut, bagi mereka yang mudah teras geli, mungkin gagal menghabiskan masa terluang yang lama di dalam air bersama ikan-ikan ini.


Ikan Kelah Jinak
Ikan Kelah Jinak
Cukup nyaman rasa di kaki apabila ikan-ikan ini yang tidak langsung mengikis daki-daki atau bendasing pada kaki-kaki pengunjung apalagi dalam air sungai yang sejuk. Apalagi apabila kaki terkena badan ikan kelah yang sememangnya halus dan licin apabila bersentuhan.

Namun, agak 'kasar' permainan ikan lampan kerana 'urutan mulut' mereka agak tajam rasanya.

Informasi Pengunjung

Lokasi Sanctuary Kelah Ranau

Terletak di Kampung Luanti. Tidak begitu jauh dari pekan Ranau.
Berada di kawasan jeram air terjun hasil bukit dan gunung sekitar ranau.


Pintu Menuju Ke Sungai
Kaunter Menuju Ke Sungai

Kelah Sanctuary Ranau Sungai Moroli,
Kampung Luanti Baru, 
89300 Ranau, 
Sabah



Harga Tiket Masuk

Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak : RM2.00
Warga Asing : RM10.00
Penduduk Sekitar Ranau : RM3.00

Satu tiket untuk 15 minit

Waktu Operasi Sanctuary Kelah

Dibuka setiap hari kecuali hari sabtu. Beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.




Anda fikir anda tahu Urutan 'Spa Fish' Di Sungai Moroli Kelah Sanctuary Ranau Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tips Memilih dan Membeli Buah Tembikai yang Terbaik

$
0
0

"Tips Memilih Tembikai Elok"

Tembikai adalah salah satu buah buahan yang cukup digemari. Seluruh dunia kenal akan tembikai tidak kira anda memanggilnya tembikai, timun cina atau watermelon.

Tips Memilih Buah Tembikai Baik
Tips Memilih Buah Tembikai Baik

Isinya yang merah, kadang-kadang ada yang kuning adalah kegemaran manusia, jarang kulitnya dimakan. Sekadar bergurau.




Buah tembikai cukup popular apabila keadaan cuaca yang panas. Musim panas cukup lakulah buah ini.

Waktu panas kita cukup mendambakan air dalam badan, tembikai kaya dengan air jika dibandingkan dengan buah buahan yang lain, tidak dikira labu sayung ya. Sekali lagi cuba bergurau.

Kandungan Air yang Tinggi Dalam Tembikai

Dari hasil carian google, 92 peratus dari setiap gigitan tembikai mengandungi air, 6 peratus gula dan selebihnya sebatian lain.

92 peratus kalau dalam peperiksaan sudah mampu mengembangkan hidung kerana sudah mendapat A+ markahnya.

Dengan A+ terbukti tembikai adalah buah-buahan yang cukup popular dengan kandungan air yang mampu menghilangkan dahaga dan juga kemanisan buah.

Sukar Memilih Buah Tembikai Elok

Dari pengalaman penulis sendiri sebenarnya, bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang manis dan bermutu.

Bertimbun-timbun buah tembikai dijual namun tahukah kita yang mana adalah tembikai yang elok, manis dan menepati citarasa kita.

Tips Memilih Buah Tembikai yang Baik

Jum kita pelajari bagaimana untuk mengetahui buah tembikai yang dipilih adalah bermutu:

Spot Kuning Pada Tembikai
Spot Kuning Pada Tembikai
1. Pilih buah yang memiliki 'spot' kuning keputihan yang pekat warnanya. makin banyak kelihatan warna kuning putih ini makin elok buahnya, masak ranum.

Kata-kata pakar, ini menandakan buah tembikai ini lama berada pada tanah, lagi lama lagi terjamin masak ranumnya.

Kesan Serangga Pada Tembikai
Kesan Serangga Pada Tembikai
2. Jika memilih pasangan kita akan memilih yang 'flawless' wajahnya. Lain pula dalam pemilihan tembikai.

Terdapat kesan bintik-bintik atau tompok tompok yang banyak menandakan tembikai ini elok dan terbaik, kenapa ? Kata pakar pertanian lagi, kebanyakan naluri binatang seperti lebah akan mengetahui betapa manisnya buah melalui naluri mereka.

Sudah digigit lebat, tompok-tompok bermakna lebah setuju buah ini elok.

Bentuk Buah Tembikai
Bentuk Buah Tembikai
3. Buah tembikai ada jantan dan ada betina. Untuk kenalpasti, buah yang agak lonjong adalah jantan dan membulat itu betina.

Masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri. Buah tembikai jantan (yang lonjong) kaya dengan air manakala yang betina (membulat) lebih kepada manis isinya.

Jadi, mana yang anda suka ?

Tangkai Buah Tembikai Masak
Tangkai Buah Tembikai Masak
4. Pastikan buah tembikai yang ingin dipilih masih memiliki tangkai. Mudah untuk dikenalpasti buah yang masak ranum nanti.

Dari tangkai kita dapat ketahui berapa lama buah ini mula dipetik. Tangkai kering ia dipetik ketika buah telah masak, jika masih hijau tangkainya ia telah dipetik ketika belum cukup masak.

sumber: Pejabat Pertanian Daerah Muar

Pilih Buah Tembikai Betul-Betul Masak

Kesimpulan yang mampu penulis simpulkan adalah untuk mendapatkan buah tembikai yang elok dan terbaik carilah yang masak dengan ranum sebelum dituai.

Tips yang disenaraikan di atas adalah lebih kepada mencari tanda luaran bahawa buah tembikai tersebut sudah betul-betul 'bersedia' untuk di makan.

Terlalu muda kurang air dan manisnya, terlalu tua mungkin busuk pula.

Anda fikir anda tahu Tips Memilih dan Membeli Buah Tembikai yang Terbaik ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Cara Ganti dan Tukar Kad Sim Telefon Hilang atau Rosak

$
0
0

"Ganti Kad Sim Hilang atau Rosak"

Manusia tidak akan lari dari kesilapan. Kesilapan datang pelbagai bentuk.
Menjaga sesuatu juga boleh berlaku kesilapan.

Cara Renew Sim Kad Telefon Hilang atau Rosak
Cara Renew Sim Kad Telefon Hilang atau Rosak
Dalam banyak-banyak kesilapan salah satunya adalah kehilangan atau kerosakan kad sim (sim card).


Kehilangan Sim Kad Telefon

Namun, apa yang berlaku kepada penulis adalah sesuatu yang boleh dimasukkan ke dalam filem Paranormal Activity.

Hilang kad sim dalam telefon bimbit, bukan dicuri atau jatuh di mana-mana.

Selongkar slot memang hilang begitu sahaja. Bukan sahaja penulis, mereka yang berjaya mendengar aduan penulis juga hairan, mungkin jika majalah mastika masih ada penulis akan ditemuramah.

Itu kisah penulis, kisah anda mungkin berlainan. Kehilangan atau kerosakan pada kad sim boleh diganti di mana-mana pusat servis, telekomunikasi berkaitan.

Cara Renew Sim Kad Baharu

Ini adalah cara dan prosedur untuk mendapatkan kembali kad sim anda yang hilang, mengikut syarikat komunikasi tertentu.

Celcom Malaysia

Sim Kad Telefon Xpax Celcom
Sim Kad Telefon Xpax Celcom
1. Ingat nombor telefon yang hilang.
2. Sediakan kad pengenalan (pasport).
3. Pergi ke mana-mana Blue Cube berdekatan
4. Ambil angka giliran (dengan alasan kepada pemberi nombor giliran 'renew kad sim' untuk diri sendiri/orang lain)
5. Ke kaunter yang dipanggil, sertakan nombor telefon yang ingin diganti. Berikan pengenalan diri (I.C)
6. Selesai, tanpa sebarang caj dikenakan
7. Tunggu selama setengah jam, kad sim baharu akan aktif.

Umobile Malaysia

Sim Kad Telefon Umobile
Sim Kad Telefon Umobile
1. Ingat nombor telefon yang hilang.
2. Sediakan kad pengenalan (pasport).
3. Pergi ke mana-mana Umobile Centre berdekatan
4. Terus ke kaunter (dengan mengutarakan 'renew kad sim)
5. Sebutkan nombor telefon yang hilang, berikan kad pengenalan
6. Isikan beberapa butiran diri pada borang yang disertakan 
7. Caj yang akan dikenakan adalah RM 10.00
8. Tunggu selama tiga (3) jam, kad sim baharu akan aktif.

Maxis Malaysia

1. Telefon maxis customer service center dengan dail 123 dengan menggunakan nombor maxis.
2. Laporkan tentang kerosakan atau kehilangan sim kad
3. Singgah mana-mana customer service center maxis atau 'reseller' maxis.
4. Bayaran yang akan dikenakan adalah RM10.00. Jika berlaku penukaran seterusnya jumlah adalah RM25.00

5. Dalam masa 30 minit, sim kad baharu anda akan aktif

Cara dan prosedur di atas merupakan pengalaman penulis. Tidak pasti diberlainan syarikat telekomunikasi atau tempat lain caranya berlainan.

Penulis membuat penukaran di masing-masing 'service centre' di KB Mall Kota Bharu Kelantan.

Maklumat Penting untuk Di Bawa

Jika dilihat persamaan, jangan lupa dua perkara:

1. Nombor yang ingin diganti
2. Kad pengenalan (dokumen pengenalan diri)

Dari segi perbezaan mungkin dari cara pemprosesan dokumen dan bayaran.

Anda fikir anda tahu Cara Ganti dan Tukar Kad Sim Telefon Hilang atau Rosak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Viewing all 592 articles
Browse latest View live