![]() |
Makan Dalam Talam |
![]() |
Harga Makanan dan Minuman |
![]() |
Makan Dalam Talam |
![]() |
Harga Makanan dan Minuman |
"Paradise 101 Island Langkawi"
Sebuah pulau buatan manusia di pulau Langkawi, Kedah. Dengan konsep yang diberikan oleh pemilik dan pengusaha dengan slogan; play (main), relax (rehat) dan refresh (segarkan) ada maknanya.
Memang sebuah pulau buatan yang mungkin tidak sebesar mana, namun, memang memberikan pengunjung sesuatu yang lain dari yang lain.
Selepas marina island di Lumut, ini merupakan pulau buatan manusia kedua penulis berkunjung.
Tidak seperti yang ada di Lumut.
Cara Untuk Ke Paradise Island 101 Langkawi
Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi boleh gunakan jalan menuju ke Skycab Langkawi.
Tempat untuk ke Pulau Paradise 101 ini adalah dalam perjalanan untuk ke Skycab Langkawi.
Pengunjung perlu mendapatkan bot untuk ke pulau ini. Untuk mendapatkan bot untuk ke pulau ini pengunjung perlu ke jeti paradise 101 dari darat.
Jeti untuk ke pulau Paradise 101 Langkawi ini adalah antara Pantai Kok dan Telaga Harbour Marina Langkawi.
Untuk memasuki atau menuju ke jeti darat ini agak sukar sedikit. Penulis masuk melalui Perdana Quay, cari sahaja Perdana Quay, dengan mercu tanda dua kubah kuning.
Ambil laluan paling kanan dari arah masuk, terus menuju ke arah pantai. InshaAllah akan nampak satu khemah dan mungkin ramai orang mungkin juga akan kelihatan jeti dan bot berupa feri ke Paradise Island 101.
Mungkin ini hanya sementara, penulis tidak pasti, kunjungan penulis ini adalah pada 2019.
Apa yang Ada di Paradise Island 101 Langkawi ?
Bayangan pertama penulis adalah sebuah pulau dengan tempat makan serta tempat singgahan untuk melihat laut.
Itu pandangan pertama penulis sebelum membeli tiket dan menaiki bot.
Selepas mendapatkan tiket di khemah yang ada (boleh rujuk bawah untuk harga tiket), bertanyakan sedikit sebanyak apa yang aktiviti di Paradise Island.
Penulis perlu menaiki sebuah bot (lebih kepada bot, bukan feri) selama dua minit sahaja untuk sampai dari jeti darat menuju ke jeti pulau buatan ini.
Tidak puas sebenarnya kurang lima minit untuk sampai, namun keterujaan untuk pertama kali jejakkan kaki itu sukar digambarkan.
Sampai sahaja, penulis sudah dijemput oleh kedengaran lagu dari pulau, lagu terkini dengan pembesar suara yang agak kuat.
Sebelum keluar sudah rasa 'happening' di sini.
Berjalan dalam 100 langkah semestinya, anda akan disambut dengan pintu gerbang bahawa anda sudah sampai di Paradise Island 101 Langkawi.
Berjalan Sekitar Paradise Island 101 Langkawi
Untuk kali pertama kunjungan ini, penulis tidak merancang untuk melakukan aktiviti yang ada, kerana masih dalam mood perkenalan.
Sekadar pusing-pusing menikmati suasana.
Di kiri terdapat 'set up' permainan air. Ala-ala permainan di taman tema air, tetapi dalam laut.
Singgah sekejap melihat informasi laut untuk hari ini.
oleh kerana tidaklah sebesar mana pulau ini, untuk melintasi satu keratan rentas pulau ini hanya beberapa langkah sahaja.
Jika di bahagian sebelah jeti adalah ada permainan dan tempat makan, disebelah menghadap laut lepas pula terdapat beberapa tempat yang boleh dikategorikan sebagai 'instagrammable', memang terbaik untuk bergambar.
Sarang Burung Gergasi
Penulis hanya membayangkan platform dan pelantar sahaja menghadap laut. Namun, terdapat tarikan lain sebenarnya. Sarang burung gergasi.
burung apa ?
burung apa ?
Semestinya, terdapat pelantar menghadap laut. Dengan kerlipan cahaya matahari terpantul dari air yang bergelombang kecil-kecilan.
Serta hembusan bayu laut menyapa pipi bersama haba panas yang suam.
Memancing ? Penulis gagal mengetahui kebenaran untuk aktiviti tersebut. Semestinya ada pakej untuk ini, dengan syarat-syarat tertentu.
Dalam perjalanan untuk menghabiskan 'walkthrough' Paradise 101 Island ini, penulis mulakan dengan sebelah kanan dari arah jeti.
Boleh rasai pengalaman dengan lebih realistik pada video di bawah ;
Dewan Majlis
Terdapat sebuah dewan yang dirasai mungkin meriah jika ada yang ingin melangsungkan majlis kahwin di sini.
Tandas ada dibahagian ini.
Untuk bahagian kiri pula, kiri pulau jika anda menghadap dari arah jeti. Disini sebenarnya menjadikan penulis teruja.
Terdapat satu pelantar tinggi boleh dikatakan sebagai pelantar tinjau boleh melihat sekitar kawasan sekeliling.
Penulis ingatkan hanya dua jenis sarang burung yang ada. Sarang burung seterusnya cukup menarik kerana ramai 'anak anak burung apa' boleh masuk bergambar.
Contohnya;
Tempat Makan Di Paradise 101 island
Jangan risau jika anda lapar dan dahaga di pulau ini. Memandangkan anda berada di pulau yang bertropika dan agak panas.
Tiada kedai makan sakit juga. Tidak perlu ke tanah besar terdapat restoran di sini.
Dengan pelbagai hidangan.
Pilih sahaja. Apa yang menariknya, anda perlu gunakan RM30 tiket anda sewajarnya kerana ia adalah bayaran untuk makanan. Ini untuk pakej individu.
Aktiviti Di Paradise 101 Island Langkawi
Apa yang boleh penulis berikan secara kasar melalui pemerhatian apa yang boleh anda lakukan di sini adalah semestinya;
1. Sukan air, main main ala-ala sunway lagoon. Aqua park namanya.
2. Mainan tipikal pantai ala ala mainan pulau, snorkeling, jet ski, parasailing. Berkayak pun ada. Zipline. Banana boat semestinya ada.
3. Naik bot pusing-pusing ala ala cruise
Untuk sebarang pakej dan aktiviti boleh rujuk laman sesawang paradise 101 island. Oleh kerana ini bukan artikel berbayar, pengalaman sahaja penulis kongsikan.
Ini bahagian dua untuk review versi video.
Informasi Pengunjung
Jeti untuk ke Paradise 101 Island adalah jalan untuk ke Skycab Langkawi.
Ketika penulis mahu ke jeti ini, aplikasi waze dan google maps gagal membantu.
Masuk melalui perdana quay
Lokasi Paradise 101 Island
Paradise 101 Langkawi,
07000 Langkawi, Kedah
Harga Tiket
Untuk naik bot, pusing-pusing, makan (untuk sehari tiada had masa) : RM30/seorang
(ini harga 2019 pengalaman penulis, harga tertakluk kepada perubahan)
Waktu Operasi Paradise 101 Island Langkawi
Dibuka setiap hari. Beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Untuk pakej lain boleh rujuk laman sesawang paradise 101 island Langkawi.
Anda fikir anda tahu Pengalaman Play, Relax dan Refresh Di Paradise 101 Island Langkawi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Bisnes Ternak Kambing"
Berniaga kambing ini bukan baharu.Sudah bermula dari zaman nabi lagi. Membela dan menjaga kambing juga merupakan satu sunnah.
Kambing Ada Peminat Sendiri
Kalau datang steamboat contohnya, tiada kambing disediakan, pulang hampa itu penangan daging kammbing.
Maka permintaan untuk daging kambing cukup tinggi, dengan itu muncul banyak kedai makan yang menu utamanya adalah dari daging kambing.
Ini dari aspek minat dan pencinta makanan.
Kambing Untuk Aqiqah dan Qurban
Aqiqah biasanya menggunakan kambing untuk dijadikan tanda kesyukuran. Aqiqah bukan bermusim, jika ada bajet dan ada anak yang untuk diaqiqahkan makan permintaan untuk kambing cukup tinggi.
Kita sudah tahu akan permintaan daging dan produk kambing seperti susu contohnya ini tidak pernah terhenti.
Jika anda memiliki idea untuk menternak kambing ia adalah idea yang terbaik.
Namun, ada beberapa pengetahuan sebelum memulakan bisnes ternak kambing ini.
Checklist Memulakan Bisnes Ternak Kambing Sendiri
Beberapa langkah yang perlu bakal pengusaha kambing tahu sebelum memulakan bisnes ternak kambing untuk komersil.
1. Kelebihan Ternak Kambing
Semestinya benda pertama adalah tahu kelebihan yang ada pada daging kambing dan produk hasil dari kambing.
Kenali dahulu apa yang boleh dipasarkan dari kambing.
Terdapat 7 kelebihan menternak kambing berbanding dengan jenis haiwan ternakan lain.
2. Modal dan Sumber Kewangan
Ini agak penting, semestinya modal merupakan faktor pemula untuk memulakan bisnes ternakan kambing ini.
Dapatkan info bagaimana untuk mendapatkan modal atau sebarang pakej pinjaman yang ada dari mana-mana.
3. Tenaga Kerja
Menternak kambing untuk komersil semestinya bukan memerlukan dua atau tiga ekor kambing untuk diternak.
Belajar bagaimana dan cara untuk mengurus pekerja yang akan membantu anda dalam urusan ternak kambing.
Untuk mereka yang ingin ternak secara sambilan ada caranya upah pekerja.
4. Pembinaan Kandang Kambing
Penting untuk bakal pengusaha kambing tahu akan cara memulakan pembinaan kandang kambing.
Kambing bukan seperti ternak ikan ada air ada bekas sudah boleh.
Terdapat 10 teknik dan cara untuk bina kandang kambing sendiri.
Ada gambar rajah lagi terbaik.
5. Makanan Kambing
Tahu dimana ingin dapatkan makanan kambing terbaik. Supaya kambing sihat, gemuk dan berpotensi untuk dijual dengan harga optimum.
Kemahiran mendapatkan makanan untuk penternakan kambing penting.
Lebih terbaik tahu bagaimana untuk menanam rumput berkualiti untuk kambing anda.
Jimat dan tidak perlu sebarang pembelian makanan pelet atau lain lain jenis makanan kambing.
6. Pemilihan Baka Kambing
Memilih baka yang sesuai juga penting. Bukan semua kambing yang kita kenal adalah berpotensi tinggi.
Kenali jenis baka kambing yang ada di dunia. Ketahui senarai jenis baka kambing terbaik dan cara penjagaan supaya akan memberikan pulangan lumayan.
Penting untuk dapatkan baka yang bermutu tinggi supaya keturunan yang akan lahir nanti adalah dari baka terbaik.
7. Cara Membiakan Kambing
Untuk mendapatkan pulangan yang banyak semestinyalah perlu membiakkan kambing anda untuk mendapatkan kuantiti yang banyak, hasil jualan juga banyak.
Terdapat teknik dan cara membiakkan baka kambing dengan betul supaya menghasilkan baka yang berkualiti.
Apa lagi tahu akan cara menjaga kambing yang sedang bunting sehinggalah melahirkan anak.
8. Penyakit dan Masalah Kambing
Penjagaan kambing bukan sekadar memberikan makan, jika kambing dihinggapi penyakit apa yang perlu kita lakukan ?
Semestinyalah tahu jenis penyakit dan cara rawatan supaya tidak terkial-kial apabila berlaku masalah.
9. Cara dan proses Memerah Susu
Bukan sekadar daging yang boleh kita dapatkan dari kambing, hasil tenusu dari kambing juga cukup lumayan untuk jualan.
Banyak sahaja di pasaran.
Namun, pandaikah anda untuk proses susu ini dari memerah sehinggalah penjagaannya supaya tidak rosak ?
10. Pengurusan Sistem Ternakan Kambing
Penternak yang berjaya akan menguruskan ladang mereka dengan sistematik. Mengisi maklumat dan data serta pelbagai cara simpanan maklumat.
Kemahiran ini penting, jangan risau ada panduannya.
11. Pemasaran dan Jualan Produk Kambing
Ini paling penting, kena pandai untuk pasarkan produk anda. Ternak sahaja tetapi tidak tahu jual dan mahu jual kepada siapa pun susah juga.
Jadi belajar cara memasarkan produk kambing anda tidak kira kepada pembeli terus atau pihak yang lebih besar seperti FAMA, contohnya.
Teknik Betul Mulakan Ternak Kambing
Di atas disenaraikan 11 perkara yang perlu ada dalam minda seorang bakal penternak kambing yang berjaya.
Dalam senarai ini penulis hanya memberikan penjelasan ringkas teknik dan cara memulakan bisnes ternak kambing.
Untuk mendapatkan lebih kefahaman, dengan bantuan penjelasan 11 cara ini dengan bantuan gambar rajah.
Boleh dapatkan E-book terbaik ini;
RAHSIA KAMBING!!!!!!
Dengan harga RM50 sahaja!!Dengan RM50, 11 tips dan langkah memulakan bisnes ternak kambing ada pada anda.
Memang dijelaskan dalam ayat yang mudah dengan bantuan gambar untuk lebih faham.
Eh! Tunggu dulu, penulis E-book berbesar hati untuk memberikan hadiah istimewa berupa E-book juga.
Dengan harga RM50 tadi, anda akan dapatkan juga;
Bagi yang betul-betul yakin dengan bisnes ternakan kambing merupakan sumber jana pendapatan terbaik anda.
Dan ingin lebih memahami 11 langkah-langkah yang disenaraikan.
Boleh dapatkan E-book ini beserta 2 buah E-book percuma dibawah;
Anda fikir Anda tahu Cara Memulakan Bisnes Ternak Kambing Sehingga Berjaya ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
"Kenal Kereta Pernah Kemalangan"
Betul-betul masih bau kilang.
Sebab Beli Kereta Terpakai
Namun, lain orang lain citarasa, ada yang memilih untuk mendapatkan kereta terpakai kerana;
1. Sudah tiada dalam pasaran, kilang sudah hentikan pengeluaran
2. Harga 'marhaen' yang mampu milik untuk sekelian alam
3. Kereta kedua, ketiga dan sebagai ganti kegunaan.
4. Bagi aktiviti lasak dan aktiviti
Tempat Mendapatkan Kereta Terpakai
Mencari kereta terpakai bukanlah payah sebenarnya, memang banyyak boleh didapati contohnya di mudah.my, carlist.my atau motor trader dan banyak lagi portal pembelian kereta terpakai.
Akan tetapi bagaimanakah untuk mengetahui kereta yang akan dibeli betul-betul dalam keadaan terbaik ?
Kereta Terpakai Pernah Kemalangan
Dalam banyak-banyak faktor, faktor kereta pernah kemalangan (accident) atau tidak banyak merisaukan bakal pembeli kereta terpakai.
Adakah cara untuk kesan adakah kereta yang akan dibeli pernah kemalangan ?
Cara Periksa Kesan Kemalangan Pada Kereta Terpakai
Jom lihat beberapa tips dan panduan untuk mengesan dan periksa sendiri kenderaan terpakai yang bakal dibeli pernah kemalangan atau tidak pernah.
Perlanggaran Bahagian Depan
1. Tanda 'Liner' Depan Hood Diketuk
2. Pastikan bar depan enjin bay tiada karat atau kesan baru di cat
3. Bar Depan Enjin Bay Kelihatan Renggang
Perlanggaran Bahagian Tepi Kereta
4. Perhatikan rangka badan kereta sekitar pintu
Kereta Tenggelam Kerana Banjir
5. Kesan lumpur/kotoran pada wayar bawah dashboard di kawasan pendingin hawa.
Perlanggaran Bahagian Belakang
6. Kesan ketuk pada hujung pintu bonet belakang
Bawa Pakar Ketika Beli Kereta
Untuk lebih terbaik jika anda kenal dengan kawan-kawan yang sememangnya mekanik (foreman) kenderaan lebih terbaik untuk periksa keadaan kereta yang ingin dibeli.
Lebih terbaik belilah dengan orang yang anda kenal, senang mahu ketuk kepalanya jika dia menjual kereta pernah kemalangan kepada anda.
Anda fikir anda tahu Cara Kenal Kereta Terpakai Yang Pernah Kemalangan Sebelum Membelinya ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Daun Ketapang dan Daun Mahang Ikan Laga"
Ikan laga atau betta atau nama asalnya betah sudah mendapat sambutan yang hangat.
![]() |
Kebaikan Daun Ketapang untuk Ikan Betta |
Tidak kira ikan laga jenis liar dan jenis hibrid atau jenis moden. Dari sekecil-kecil manusia sehinga sedewasa manusia jika minat akan ikan hiasan, pasti meminati ikan betta.
Penjagaan Kesihatan Ikan Betta
Setiap benda yang bernyawa seperti juga ikan betta memerlukan penjagaan yang betul dalam mengekalkan ikan betta berada dalam keadaan yang dalam terbaik.
Tidak monyok, tidak stress, apalagi bentuk fizikal dalam keadaan baik.
Kita kembali kepada fitrah tempat asal ikan betta. Ikan ini akan biasa ditemui dikawasan yang redup dan banyak daunan tertentu.
Warna air tempat asal mereka juga boleh dijadikan rujukan tempat sesuai dengan ikan betta ini.
Ubat untuk Ikan Betta
Daun ketapang adalah salah satu 'ubat' semula jadi kepada ikan betta. Sebagai menghindar dan mengelakkan dari betta kita monyok, pasif dan mungkin sirip rosak.
![]() |
Daun Ketapang Muda |
Daun ketapang yang kering yang telah gugur ke bumi biasanya menjadi pilihan. Kebolehan daun pokok ketapang ini untuk mengeluarkan pati dengan mudah apalagi antara faktor kenapa daun ketapang ubat semulajadi terbaik untuk ikan betta.
Kebaikan Air Daun Ketapang Untuk Ikan Betta
![]() |
Daun Ketapang untuk Ikan Betta |
Antara kelebihan yang ada pada daun ketapang untuk ikan betta atau ikan laga ialah;
1. Menurunkan Nilai PH air
Air yang sesuai untuk ikan betta adalah air yang kurang alkalinya. Bagi menurunkan nilai PH kepada kesesuaian dengan betta, air rendaman daun ketapang boleh membantu.
Dengan kehadiran asid organik seperti humik dan tanin air yang beralkali akan diturunkan dengan kesesuaian persekitaran ikan yang tidak suka akan air yang beralkali.
2. Membunuh Bakteria Jahat
Air ketapang memiliki kimia yang mampu mengawal dan menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan ikan betta sakit dan merosakan fizikal pada ikan.
Dengan nilai PH dari daun ketapang, ia tidak sesuai untuk bakteria atau kuman untuk membiak.
Mengekalkan bakteria baik untuk ikan.
3. Menyerap Toksik dan Logam Bahaya
Kehadiran air rendaman air ketapang dalam air simpanan ikan betta mampu menyahtoksikan kehadiran logam berat yang ada dalam air.
Logam berat seperti zink, kuprum dan aluminum. Dalam air nampak sahaja jernih di mata kasar namun terdapat benda asing lain jika tidak dirawat airnya.
Tambah-tambah lagi air paip.
4. Mencegah Penyakit
Apabila sudah menghalang bakteria dan kuman berbahaya untuk hidup, maka penyakit yang boleh melemahkan ikan akan tiada.
5. Merawat Luka Pada Ikan
Ikan betta merupakan makhluk hidup, bukan besi atau batu. Semestinya tidak akan lari dari terluka walaupun tidak disengajakan.
Air rendaman daun ketapang umpama ubat yang akan merawat luka.
6. Merangsang Pengeluaran Buih Ikan Betta Jangan
Apabila sudah aktif dan tiada sebarang penyakit. Aliran darah dan organ dalaman ikan juga turut berada dalam kesihatan yang terbaik.
Maka apalagi untuk membuat buih, gagah, mantap dan cantik sudah bersedia untuk 'kahwin'.
7. Ikan Betta Menjadi Tenang Tidak Stress
'Blackwater' adalah kawasan asal ikan ini, tidak kira sudah dikacuk atau sudah bermutasi sebanyak mana 'marble'nya.
Fitrahnya akan kenal tempat asal mereka. Air rendaman ketapang sememangnya 'mengingatkan' mereka kepada tempat tinggal kampung halaman mereka.
Maka tiada lagi gusar dan stress pada ikan.
8. Membantu Proses Mutasi Dengan Cantik
Dalam suasana 'blackwater' dan mampu merawat penyakit ikan ini berada dalam kesihatan terbaik.
Untuk bertukar warna atau naik warna bukanlah sesuatu yang susah untuk ikan yang sihat.
Apalagi dengan pembentukan sirip dan ekor yang lebih sihat dan 'subur'.
Tidak perlu tanam di dalam tanah sebagaimana penulis buat pada ikan imbellis pada zaman kanak-kanak.
9. Meningkatkan Metabolisme
Mesti peminat ikan betta inginkan ikan betta yang dijaga aktif dan tidak hanya terapung semata-mata.
Air rendaman ketapang boleh memberikan tenaga dan menaikan metabolisme ikan sehingga menjadi aktif.
Diketuk-ketuk dinding aquarium terus menyerang, apalagi disuakan dengan cermin. Masuk pertandingan memang aktif.
![]() |
Pokok Ketapang |
Tumbuhan Selain Ketapang Untuk Betta
![]() |
Pokok Mahang |
Apa yang penulis sampaikan diatas bukan hanya tertumpu pada daun ketapang sahaja.
Malah terdapat daun lain yang memiliki khasiat sebagaimana daun ketapang iaitu daun mahang.
![]() |
Daun Mahang Kering |
Dari pengalaman penulis menyauk ikan laga liar, kebanyakan kawasan 'blackwater' kawasan semulajadi ikan betta ini berada dibawah daunan pokok mahang.
![]() |
Bentuk Daun Mahang |
Daun mahang memiliki sama khasiat dengan daun ketapang, namun daun ketapang lebih popular dan ramai yang menggunakannya.
Kelebihan dan Keburukan Daun Ketapang dan Daun Mahang
Salah satu kekurangan daun ketapang adalah jika tidak diproses betul-betul air rendaman akan mengeluarkan minyak.
Bagi daun mahang, tiada minyak yang banyak terbentuk, itu kelebihan daun mahang.
Namun, daun mahang memiliki keburukan berbanding daun ketapang. Ini pengalaman penulis, lama masa yang diperlukan daun mahang untuk mendapatkan air patinya berbanding daun ketapang yang lebih cepat.
Setiap daun ada kelebihan dan kekurangan. Namun, kedua-dua memiliki khasiat dan kebaikan yang sama untuk ikan laga kesayangan anda.
Perhatian/Amaran:
Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan.
Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.
Dapatkan Pati Ketapang Siap Proses RM2/botol : https://bit.ly/2EhGhtX
Kelebihan Untuk Ikan Hiasan Lain
Kelebihan yang ada pada dua daun ini bukan sahaja untuk ikan betta atau ikan laga, ia sebenarnya untuk mendapatkan kualiti air yang bermutu tinggi jadi tidak kira gapi, tetra, barb atau molly dan platty juga sesuai.
Anda fikir anda tahu Kelebihan dan kebaikan Daun Ketapang dan Daun Mahang Kepada Ikan Laga dan Ikan Hiasan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang"
Bagi penulis sebut sahaja tentang 'western food' (makanan barat) benda pertama yang terbayang adalah 'chicken chop'.
![]() |
Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang |
Walaupun 'western food' adalah salah satu dari banyak jenis makanan dalam kategori 'wester food'.
Western Food dan Chicken Chop
Memang menjadi sinonim, jika ada kedai makan yang menjadikan 'western food' sebagai menu utama untuk pelanggan.
Menu 'chicken chop' akan ada.
Oleh kerana kewujudan 'chicken chop' begitu popular di serata alam pemakanan. Maka lahirlah kepingan (fillet) ayam yang pelbagai.
Seangkatan dengan sejuk beku (frozen) sosej, daging burger atau makanan sejuk beku lain. Situasi ini menghadirkan 'chicken chop' bukan lagi terlalu istimewa.
Salutan Tepung yang Melampau
Salah satu kriteria yang penulis tidak gemar apabila memakan 'chicken chop' adalah salutan tepung yang terlampau menutupi rasa 'fillet' ayam.
Apalagi yang sudah 'digenangi' oleh minyak.
Mampu menghadirkan rasa muak, meskipun bergelen-gelen air limau ditelan, rasa muak masih ada.
Chicken Chop Sedap Sekitar Telok Panglima Garang
Kali ini penulis ingin berkongsi satu hidangan 'chicken chop' yang sedap untuk ditelan. Dengan harga yang berpatutan.
Terpanggil untuk berkongsi 'chicken chop' ini kerana sudah lama tidak bertemu dengan 'chicken chop' yang mampu ditelan seumpama kedai western ternama lain.
Kedai makan ini menyediakan makanan tom yam, western, grill dan shell out.
Restoran Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang.
Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang
Dari segi penampilan pertama (first impression) sudah cukup menarik. Bewarna warni. Ada kuning, ada oren, ada hijau, ada putih dan ada ungu.
Belum dijamah sudah membuatkan penulis terleka untuk mengambil gambar.
Terdiri daripada beberapa jenis bahan siap seperti;
1. Kepingan ayam bersalut tepung (dengan sos lada hitam)
2. Kentang goreng dengan sos cili
3. Sayur kubis bewarna ungu
4. Satu senduk 'coleslaw'
5. 2 helai daun salad
Dalam satu pinggan terdapat 5 bahan siap untuk dinikmati. Kita pergi satu persatu rasanya.
Bagaimana pula rasanya ? Adakah indah semata-mata ?
Kepingan Ayam (Chicken Fillet)
Ayamnya mungkin sebesar tapak tangan penulis. Dengan warna jingga keorenan. Dimandikan dengan sos lada hitam dan dijalurkan hias dengan keju, dari sini warnanya naik.
![]() |
Fillet Ayam Chicken Chop |
Itu adalah bentuk dan pandangan fizikal.
Mula-mula dipotong dengan pisau yang disediakan, tidak terpisah kulit dan isi putih. Petanda ia betul-betul digoreng elok.
Kalau yang jenis gagal diterima penulis, biasanya kulit dan isi apabila dipotong akan buat hal masing-masing, yang ini masih terus bersama.
Apalagi, salut sedikit potongan kecil terus masuk ke mulut. Hmmm...kulit dan isi bergandingan dengan baik tanpa ada perbezaan ketara dari segi rasa.
Boleh tahan rasanya. Lembut pada isi yang putih dan garing manja-manja pada kepingan kulit dan tepung.
Rating : 3.5/5.0
Sos Lada Hitam (dengan keju cair)
Apa yang di cari penulis pada sos lada hitam adalah, rasa lemak dan pekat, pedas lada hitam yang tidak begitu menonjol dan kena dengan kepingan ayam.
Ya, untuk sos lada hitam ini ia memiliki kriteria yang penulis inginkan. Selain kepekatan pada sos lada hitamnya terdapat rasa berkrim dan sedikit rasa berangin pada sos.
Terdapat juga rasa seumpama oregano dan mint pada sosnya, mungkin itu adalah 'signature' sosnya.
Rating : 3.0/5.0
Kentang Goreng
Pernah cuba kentang goreng dari McDonalds ? Ada sedikit irasnya. Namun, bukan 100% sama. Ranggup dan tidak begitu berminyak.
![]() |
Coleslaw dan Fries |
Didatangkan bersama sos cili, mungkin dari jenama kimball atau life serta dicampur sedikit mayonnaise secukup rasa.
Tidak begitu istimewa namun boleh tahan.
Rating : 2.5/5.0
Sayur Kobis Ungu
![]() |
Salad, kobis Unggu Chicken Chop |
Tidak begitu menonjol, hanya sekadar hirisan kobis ungu sebagai ulaman yang ranggup. Bayangkan anda baru keluarkan sayur kobis ungu, basuh, potong kecil-kecil dan terus membuat kunyahan dalam mulut
Rating : 2.0/5.0
Coleslaw
Satu skop diletakan di dalam pinggan hidangan. Isitmewa pada coleslaw chicken chop ini adalah rasa manisnya.
Entah kenapa ia merupakan kali pertama penulis menikmati coleslaw dengan krim mayonnaise namun tenggelam rasa masamnya kerana kehadiran rasa manis.
Rating : 3.0/5.0
Sayur Salad
Tidak jauh rasanya dengan salad yang baharu sahaja dibeli dan basuh terus dikunyah. Sekadar ulaman dan hiasan yang menghadirkan warna hijau di dalam hidangan.
Rating : 2.0/5.0
Harga Chicken Chop
Dari segi harga masih berpatutkan, memang kena sebagai antara hidangan paling banyak dipesan di restoran ini.
Harganya sekitar RM10 untuk satu pinggan.
Murah dengan hidangan yang disediakan dari segi portion dan rasanya.
Rating 3.0/5.0
Penulis cadangkan untuk anda memesan pat bingsu di kedai ini sebagai minuman atau penghilang dahaga. Banyak variasi jenis bingsu yang ada di kedai ini, contohnya yang di bawah.
![]() |
Bingsu Mix Fruit |
Cuba Chicken Chop Waly
Bagi yang ingin mencuba hidangan chicken chop Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang ini boleh rujuk lokasi di bawah:
B129 Jalan Kebun Baru Batu 9,
Kampung Batu 9 Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor
Anda fikir anda tahu Chicken Chop Restoran Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
"Tinggal Ikam Lama Di Rumah"
Hobi memelihara ikan bukan sesuatu yang asing. Apalagi memelihara ikan hiasan yang cantik warnanya.
![]() |
Tips Tinggal Ikan Lama |
Ramai sudah mula menceburi bidang ini, sebagai hobi dan akhirnya menjadi sumber pendapatan.
Ikan laga (betta) dan ikan gapi biasanya menjadi pilihan.
Tinggalkan Ikan Belaan untuk Travel atau Balik Kampung
Kita sebagai manusia tidak lari dari masalah, ada masa kita perlu selalu bersama ikan dan ada masa kita perlu meninggalkan mereka untuk bercuti dan travel di mana-mana atau pulang ke kampung.
Meninggalkan ikan belaan pada asasnya adalah dari segi penjagaan makanan, benda bernyawa semestinya makanan menjadi masalah jika ingin ditinggalkan lama.
Biasanya, air tidak perlu disediakan sebagai minuman untuk ikan peliharaan.
Penulis senaraikan beberapa panduan dan tips untuk anda meninggalkan ikan laga atau ikan gapi untuk jangkamasa sekitar tiga dan seminggu.
1. Tukar Air
Buat penukaran air (water change) dua hari atau sehari sebelum tinggalkan ikan.
Najis ikan dan lebihan makanan boleh menjadi sebatian ammonia dalam bekas ikan, hal ini boleh merosakan
kualiti air. Tambahan pula najis dan lebihan ini boleh menyebabkan bekas/akuarium menjadi keruh dan kotor.
Air yang kotor mengundang bakteria jahat atau virus yang boleh menyerang ikan
2. Bagi Makan Secukupnya
![]() |
Makanan Pellet Ikan |
Jika selalunya anda memberikan makanan dua kali sehari, sebelum meninggalkan ikan anda, cuba beri lebih kepada kebiasaanya, dalam kes ini lebih kepada dua kali sehari.
Supaya untuk pastikan ikan kenyang, makanan dalam badan mungkin akan menjadi lemak apabila nutrien sudah cukup.
Untuk 5 atau 7 hari, ikan masih segar walaupun berpuasa.
Makanan hidup adalah digalakkan, seperti kutu air.Lebih terbaik adalah kutu air jenis magna kerana ia boleh hidup lama dalam bekas air ikan berbanding moina.
Seminggu sebelum tinggal beri makan lebih sedikit pada biasa.
3. Biskut Makanan Tahan Lama
![]() |
Biskut Makanan Ikan Tahan Lama |
Penulis biasanya akan gunakan makanan keras seumpama biskut ini setiap kali meninggalkan ikan untuk melancong atau balik kampung.
Memang terbukti berkesan. Namun, mungkin kurang berkhasiat.
Sekarang sudah banyak jenama untuk biskut makanan ikan tahan lama ini dan dalam pelbagai saiz dan bentuk.
Setiap kedai ikan dan akuarium pasti ada.
Ikan akan kikis sedikit-sedikit biskut ini sebagai makanan. Sukar untuk hancur.
4. Letak Daun Ketapang, Daun Mahang dan Daun Pisang
Daun daun ini selain mampu memberikan kualiti air terbaik untuk ikan laga atau ikan gapi.
Oleh kerana ketahanan daun-daun ini dalam air, ia mampu menghasilkan makanan kepada ikan.
Benda pertama yang terhasil adalah lumut. Lumut-lumut halus akan mula tumbuh dipermukaan daun. Anak ikan atau ikan dewasa makan lumut.
Mereka akan mengutis-ngutis lumut sebagai makanan.
Hasil lain yang boleh wujud dari air peraman daun daun ini adalah infusoria.
![]() |
Kultur Infusoria Makanan Ikan Hidup |
Sejenis mikroorganisma halus seperti paramesium dan amoeba, cukup terbaik sebagai sumber protein ikan.
5. Tumbuhan Air Sebagai Makanan
![]() |
Tumbuhan Air Untuk Akuarium |
Tumbuhan air seperti 'duckweed' dan lumut rambut memang sesuai untuk menjadi makanan alternatif ikan.
Ikan laga dan ikan gapi tergolong dalam kategori omnivor, tumbuhan makan, hidupan pun makan.
Sebenarnya cara ini adalah antara termudah untuk dilakukan. Selain tahan lama dalam air, ia boleh mengurangkan tekanan (stress) pada ikan.
Cukup terbaik untuk anak ikan (fry) yang belum aktif.
6. Mintak Tolong Jiran atau Suadara Mara Terdekat
Ini adalah talian hayat terakhir, jika begitu sukar untuk mendapatkan apa yang penulis sarankan di atas boleh gunakan tips ini.
Minta atau upah jiran dan saudara yang dekat untuk beri makan pada ikan anda.
Tips ini tidak memerlukan sebarang penjelasan kerana ia mudah difahami.
Jika anda jenis tidak berkawan dan sukar didekati mungkin mendatangkan masalah.
Tips Tinggalkan Ikan untuk Ikan Hiasan 5 - 7 Hari
Tips yang penulis berikan ini bukan hanya khas untuk ikan laga dan ikan gapi.
Ada juga sesuai dengan ikan hiasan lain, namun, ikan laga dan ikan gapi lebih afdal kerana mereka agak tahan lasak.
Bagi 5 atau seminggu untuk meninggalkan ikan masih boleh menggunakan cara ini, melainkan minta tolong orang beri makan.
Lebih pada masa tersebut mungkin ada baiknya anda jual atau lepaskan ikan belaan anda.
Anda fikir anda tahu Tips Mudah untuk Tinggalkan Ikan Laga dan Ikan Gapi Untuk Bercuti atau Balik Kampung ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Tips Ikan Betta Cepat Besar"
Pemeliharaan ikan laga atau nama komersilnya ikan betta (betah) semakin agak tular.
![]() |
Cara Cepatkan Pembesaran Anak Ikan Laga |
Penulis sudah memiliki pengalaman dengan ikan laga dari zaman kecil lagi, itu pun adalah ikan laga kampung atau ikan laga imbellis.
Namun, sekarang agak tular pemeliharaan ikan laga moden, iaitu ikan laga hibrid.
Kegilaan Membiak Ikan Laga Moden
Ikan betta moden memiliki lebih nilai berbanding ikan laga liar dari segi kecantikan, bentuk tubuh dan kepelbagaian spesis.
![]() |
Hobi Bela Ikan Betta |
Warna dan kriteria sifat yang ada pada ikan betta moden yang boleh berubah-rubah dan akan timbul sahaja paten baharu adalah salah satu mengapa ikan laga moden lebih digemari.
Breeder Ikan Betta Semakin Ramai
Malahan kini ramai pula pemula pembiak (beginner breeder) yang lahir termasuk penulis.
Penulis menjadikan beberapa idola dalam pembiakan ikan betta sebagi sumber rujukan. Kali ini penulis akan berkongsi apa yang penulis berjaya ceduk dari idola dan pakar yang sudah boleh dikatakan terkenal.
Sukar Membiakan Ikan Betta Sebagai Pemula
Ikan betta dari segi membiakkannya agak rumit bagi pemula, bagi yang sudah berpengalaman ia adalah sangat biasa.
Dari mengahwinkan ikan betta, membesarkan anak (fry) sehinggalah mengasingkan ikan betta itu adalah beberapa perkara asas dalam membiak ikan betta, tidak kira betta moden atau betta liar.
Tips Mempercepatkan Tumbesaran Anak Ikan Betta
Kali ini penulis akan berikan beberapa panduan dan tips yang penulis membuat kajian sendiri mengambil dari pengalaman breeder ikan laga yang lain.
Bagaimana untuk mempercepatkan tumbesaran ikan laga yang kita biak ?
1. Pemilihan Induk yang Matang dan Sihat
Sepatutnya untuk mendapatkan baka ikan yang terbaik memang bermula dari induk atau ibu bapa betta yang terbaik.
![]() |
Induk Ikan Betta Matang |
Induk yang memiliki sifat yang aktif, besar dan matang dari fizikal dan mental serta bebas penyakit.
Induk matang biasanya berumur 5 bulan dan ke atas, 4 bulan lebih juga ada yang dikira sudah matang dan sesuai untuk menjadi induk.
Pilih kedua-dua induk yang nampak aktif dan sihat, inshaAllah akan melahirkan anak-anak ikan yang secara genetiknya sihat dan mudah membesar.
2. Berikan Makanan Secukupnya
Sumber protein dan zat sememangnya menjadi perkara pertama. Tambahan bagi fry yang masih kecil. Ketika kecil fry ikan betta memerlukan zat, nutrien berupa protein untuk pembentukan fizikal ikan.
Pellet, makanan hidup adalah antara sumber makanan terbaik untuk ikan laga ketika masih kecil.
![]() |
Makanan Hidup Kutu Air Moina |
Bermula selepas kehilangan 'yolk' pada fry ikan pada usia 4 hari, memberikan makanan adalah yang terbaik. Paling elok diberikan makanan hidup seperti baby brine shrimp (bbs) atau artemia, kutu air, dan infusoria.
Makanan hidup memiliki sumber protein yang tinggi untuk anak ikan betta.
Makanan hidup juga terbaik untuk pembelajaran dan 'senaman' pada anak ikan untuk lincah dan kekuatan diri, dengan mengejar makanan hidup.
Beri makan dua kali sehari, pagi sekitar 8-9 pagi dan petang 5-6 petang adalah waktu terbaik.
3. Pindah Fry (Anak Ikan) Ke Bekas Lebih Besar
Apabila anak ikan sudah mula boleh berenang dengan bebas, biasanya ketika fry berumur 4-5 hari, bolehlah menukar tempat yang lebih besar dan luas dengan air enapan baharu.
![]() |
Pindah Fry ke Bekas Lebih Besar |
Selain mengurangkan penyakit ia juga memberikan ruang dan peluang kepada anak ikan. Tidak berebut oksigen dan makanan dalam keadaan yang agak bersesak.
Peluang untuk anak ikan betta hidup lama dan seterusnya sihat serta membesar dengan jayanya.
4. Kerap Tukar Air
Kebersihan dan kesihatan merupakan faktor utama dalam pembesaran ikan. Water change (WC), penukaran air dengan kerap mampu mempercepatkan pembesaran anak ikan betta.
![]() |
Tukar Air Ikan Kerap |
Air yang bersih adalah bebas dari bakteria dan virus yang boleh menyerang anak ikan dan boleh menghalang ikan dari lambat besar.
Bayangkan anda, jika anda sakit, adakah anda lalu makan ? Semestinya tidak.
Air yang bersih juga mengelakkan dari kekurangan oksigen yang membantu pembesaran ikan.
Air kotor biasanya menghadirkan kuman dan hidupan berbahaya yang bukan sahaja memberikan penyakit namun menjadi pesaing kepada anak-anak ikan betta untuk mendapatkan sumber oksigen terlarut di dalam air.
Belajar Teknik Biak Betta Dengan Otai
Itu adalah beberapa tips dan panduan cepat untuk anda mendapatkan anak-anak ikan yang sihat dan besar.
Jika kena dengan cara dan mengikut panduan yang diberikan, umur 3 minggu sudah dapat dilihat ikan sudah besar dan memiliki warnanya tersendiri.
Panduan ini penulis ceduk dan fahami sendiri melalui perkongsian pengalaman daripada 'otai' dan idola dalam dunia ikan betta.
Anda fikir anda tahu Cara dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamulaikum.
"Tips Berjaya Di Shopee"
Zaman sekarang semua pembeli sudah membeli secara shopping online. Tidak perlu susah susah untuk pergi keluar ke kedai semata-mata untuk meramaikan tempat.
![]() |
Income Bisnes Online Shopee |
Tambahan pula di musim musim pandemik yang menyarankan untuk orang berada di rumah.
Kita tidak akan tahu apa akan berlaku, contohnya di musim pandemik atau sebarang situasi yang menggagalkan usaha untuk keluar shopping.
Boleh dikatakan setiap mereka yang memiliki telefon pintar dan gajet yang boleh menghubungkan anda untuk membeli secara online memiliki aplikasi shopee.
Shopee Jenama yang Dipercayai
Jenama shopee ini sebagai platform untuk jual beli memang sudah dipercayai. Apalagi dengan promosi yang kaw kaw dari shopee, setiap bulan ada 11.11, 12.12 dan seterusnya.
Kebarangkalian untuk pelanggan target anda untuk melihat produk anda memang besar.
Perkara yang Perlu DIketahui Sebelum Mulakan Bisnes Shopee
Jadi, ada beberapa tips dan panduan sebelum anda mula memasarkan produk anda di dalam platform shopee untuk mendapatkan trafik masuk ke dalam page produk anda.
1. Cara Daftar dan Set Kedai Di Shopee
Ini cukup penting, sebagai permulaan perlu tahu untuk buat page produk anda.
Dari cara daftar, letak nama kedai shopee anda dan cara urus page anda.
2. Masukkan Gambar Produk Jualan
Cara masukkan gambar dan cara ambil gambar yang menarik mampu menaikkan kadar pelanggan yang mahu klik pada link produk anda dan terus membeli.
Kebanyakan pelanggan sekarang sudah bijak, mereka akan lihat cara kita tulis 'description', pandai tulis ciri-ciri ini adalah cara memancing pengguna untuk membeli.
3. Cara Urus Order Dari Pembeli
Walaupun dapat banyak order tapi kelam kabut tidak guna juga. Jika tidak pandai uruskan order yang masuk, barangkali nanti pengguna dan pembeli mula meninggalkan untuk membeli barang dengan anda.
Terdapat cara dan kemahiran untuk urus order biar nampak professional.
4. Cara 'Handle' Barangan Tak Sampai atau Rosak
Risiko dalam membuat bisnes online adalah sampai atau tidak produk anda kepada pelanggan.
Apalagi jika berlaku kerosakan pada produk. Apabila berlaku masalah sebegini, peniaga tidak boleh lari dan tidak ambil peduli.
Terdapat cara dan kaedah untuk selesaikan masalah ini secara professional supaya pelanggan tidak lari.
5. Teknik Promosi Shopee
Sehebat mana pun barangan dan servis anda namun orang tidak tahu tiada guna.
Dalam teknik ini terdapat cara cara yang jarang peniaga pemula tahu, hanya yang berpengalaman yang akan boleh terangkan.
6. Senarai Pemilihan Produk
Mungkin ada yang belum tahu akan barang apa yang ramai pelanggan mahukan dan anda sedang mencari idea produk dan barang yang ingin dijual.
Jangan risau, ada solusinya, di bawah;
7. Senarai Pembekal Barang (Dropship)
Anda kena kenal semua dropshipper dan pembekal yang boleh menjual dengan harga murah dan senang untuk perbincangan.
Mendapatkan pembekal dan dropshipper yang senang untuk berbincang amat penting untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan.
8. Tips Cepatkan Dapat Follower Di Shopee
Benda sebegini ada tips dan rahsianya, sebab itu kita ada lihat ada kedai shopee yang ramai pengikut dan ada yang sedikit sahaja.
Benda begini perlukan usaha dan panduan jadi mana mahu dapatkan caranya ?
Tips dan Panduan Hasil Lumayan Di Shopee
Tips dan senarai di atas adalah persediaan untuk anda menjadi penjual yang berjaya di shopee.
Dalam apa-apa jenis perniagaan persediaan amat penting.
Senarai di atas adalah penerangan secara kasar sahaja, untuk mendapatkan info dan maklumat yang lebih mudah difahami dengan tips dan rahsia,
boleh dapatkan e-book di bawah;
![]() |
Jana 4 Angka Duit Dengan Shopee |
Mungkin anda masih kurang yakin, namun, e-book ini adalah kongsian pengalaman dari;
Nama saya sebenarnya ialah.. Mohd Fahmi!
Tapi di internet! Saya lebih dikenali sebagai Jenin oleh para pelanggan saya!
Saya sebenarnya dah lama berniaga di Internet! Sejak tahun 2007 lagi!
Sebelum berniaga di Shopee, saya telah berniaga di Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.
Pertengahan tahun 2015, Shopee mula dibuka di pasaran Malaysia dan saya adalah antara batch yang terawal yang dijemput oleh pihak Shopee untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee!
Selain menerima status Shopee Preffered Seller, saya juga mempunyai rekod sebagai eBay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller.
Harga RM100 untuk satu buku e-book sebenarnya agak keras sedikit, namun, apa kata penulis katakaan yang anda akan mendapat add-on e-book sebagaimana di bawah;
RM100 murah bukan untuk 4 buah e-book dan group perbincangan sekali dengan tips untuk berjaya di shopee..
Berminat ? Boleh klik banner di bawah untuk pembelian
Anda fikir anda tahu Tips dan Rahsia Untung Berganda Bisnes Online Di Shopee ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Tips Berjaya Di Shopee"
Zaman sekarang semua pembeli sudah membeli secara shopping online. Tidak perlu susah susah untuk pergi keluar ke kedai semata-mata untuk meramaikan tempat.
![]() |
Income Bisnes Online Shopee |
Tambahan pula di musim musim pandemik yang menyarankan untuk orang berada di rumah.
Kita tidak akan tahu apa akan berlaku, contohnya di musim pandemik atau sebarang situasi yang menggagalkan usaha untuk keluar shopping.
Boleh dikatakan setiap mereka yang memiliki telefon pintar dan gajet yang boleh menghubungkan anda untuk membeli secara online memiliki aplikasi shopee.
Shopee Jenama yang Dipercayai
Jenama shopee ini sebagai platform untuk jual beli memang sudah dipercayai. Apalagi dengan promosi yang kaw kaw dari shopee, setiap bulan ada 11.11, 12.12 dan seterusnya.
Kebarangkalian untuk pelanggan target anda untuk melihat produk anda memang besar.
Perkara yang Perlu DIketahui Sebelum Mulakan Bisnes Shopee
Jadi, ada beberapa tips dan panduan sebelum anda mula memasarkan produk anda di dalam platform shopee untuk mendapatkan trafik masuk ke dalam page produk anda.
1. Mahir Cara Daftar dan Set Kedai Di Shopee
Ini cukup penting, sebagai permulaan perlu tahu untuk buat page produk anda.
Dari cara daftar, letak nama kedai shopee anda dan cara urus page anda.
2. Pandai Masukkan Gambar Produk Jualan
Cara masukkan gambar dan cara ambil gambar yang menarik mampu menaikkan kadar pelanggan yang mahu klik pada link produk anda dan terus membeli.
Kebanyakan pelanggan sekarang sudah bijak, mereka akan lihat cara kita tulis 'description', pandai tulis ciri-ciri ini adalah cara memancing pengguna untuk membeli.
3. Cekap Cara Urus Order Dari Pembeli
Walaupun dapat banyak order tapi kelam kabut tidak guna juga. Jika tidak pandai uruskan order yang masuk, barangkali nanti pengguna dan pembeli mula meninggalkan untuk membeli barang dengan anda.
Terdapat cara dan kemahiran untuk urus order biar nampak professional.
4. Tahu Cara 'Handle' Barangan Tak Sampai atau Rosak
Risiko dalam membuat bisnes online adalah sampai atau tidak produk anda kepada pelanggan.
Apalagi jika berlaku kerosakan pada produk. Apabila berlaku masalah sebegini, peniaga tidak boleh lari dan tidak ambil peduli.
Terdapat cara dan kaedah untuk selesaikan masalah ini secara professional supaya pelanggan tidak lari.
5. Tahu Teknik Promosi Di Shopee
Sehebat mana pun barangan dan servis anda namun orang tidak tahu tiada guna.
Dalam teknik ini terdapat cara cara yang jarang peniaga pemula tahu, hanya yang berpengalaman yang akan boleh terangkan.
6. Bijak Cari Senarai Pemilihan Produk
Mungkin ada yang belum tahu akan barang apa yang ramai pelanggan mahukan dan anda sedang mencari idea produk dan barang yang ingin dijual.
Jangan risau, ada solusinya, di bawah;
7. Kenal Senarai Pembekal Barang (Dropship)
Anda kena kenal semua dropshipper dan pembekal yang boleh menjual dengan harga murah dan senang untuk perbincangan.
Mendapatkan pembekal dan dropshipper yang senang untuk berbincang amat penting untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan.
8. Pakar Tips Cepatkan Dapat Follower Di Shopee
Benda sebegini ada tips dan rahsianya, sebab itu kita ada lihat ada kedai shopee yang ramai pengikut dan ada yang sedikit sahaja.
Benda begini perlukan usaha dan panduan jadi mana mahu dapatkan caranya ?
Tips dan Panduan Hasil Lumayan Di Shopee
Tips dan senarai di atas adalah persediaan untuk anda menjadi penjual yang berjaya di shopee.
Dalam apa-apa jenis perniagaan persediaan amat penting.
Senarai di atas adalah penerangan secara kasar sahaja, untuk mendapatkan info dan maklumat yang lebih mudah difahami dengan tips dan rahsia,
boleh dapatkan e-book di bawah;
![]() |
Jana 4 Angka Duit Dengan Shopee |
Mungkin anda masih kurang yakin, namun, e-book ini adalah kongsian pengalaman dari;
Nama saya sebenarnya ialah.. Mohd Fahmi!
Tapi di internet! Saya lebih dikenali sebagai Jenin oleh para pelanggan saya!
Saya sebenarnya dah lama berniaga di Internet! Sejak tahun 2007 lagi!
Sebelum berniaga di Shopee, saya telah berniaga di Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.
Pertengahan tahun 2015, Shopee mula dibuka di pasaran Malaysia dan saya adalah antara batch yang terawal yang dijemput oleh pihak Shopee untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee!
Selain menerima status Shopee Preffered Seller, saya juga mempunyai rekod sebagai eBay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller.
Harga RM100 untuk satu buku e-book sebenarnya agak keras sedikit, namun, apa kata penulis katakaan yang anda akan mendapat add-on e-book sebagaimana di bawah;
RM100 murah bukan untuk 4 buah e-book dan group perbincangan sekali dengan tips untuk berjaya di shopee..
Berminat ? Boleh klik banner di bawah untuk pembelian
Anda fikir anda tahu Tips dan Rahsia Untung Berganda Bisnes Online Di Shopee ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Penyakit Ikan Laga Betta"
Ikan betta tidak kira ikan laga liar atau moden semakin meningkat permintaan. Maka semakin tinggi harganya.
![]() |
Jenis dan Rawatan Penyakit Ikan Betta |
Penjagaan ikan betta bukan sekadar kepada pemberian makanan dan memberikan ikan tempat tinggal.
Dengan harga yang mahal semestinya jika berlaku kematian akan terasa juga kepada pembela.
Beberapa penyakit yang boleh menyerang ikan betta.
Kenali Tanda atau Simptom Ikan Terkena Penyakit
Setiap penyakit yang ada punca, tanda tanda atau simptom dan cara rawatannya. Namun, peminat dan pembela ikan betta
perlu tahu dan kenal jenis penyakit yang boleh menyerang ikan betta kesayangan anda.
Apabila sudah sudah dengan punca dan simptom lebih baik membuat pencegahan.
Dibawah ini adalah beberapa penyakit ikan betta yang sering menyerang, dan ada juga boleh membawa kematian.
1. Sisik Nenas (Dropsy)
Penyakit Sisik Nenas | Google Image
Punca
kualiti air tidak sesuai (kotor)
Kandungan ammonia dalam air yang tinggi
Penyakit buah pinggang oleh betta
Kuman dalam makanan hidup seperti cacing atau kutu air.
Simptom
Perut betta mengembung
Sisik terbuka seperti buah nenas
Tidak aktif
Tidak mahu makan
Cara Pencegahan
Pastikan betta anda sempurna mengeluarkan najis. Cara mengeluarkan najis salah satunya dengan biarkan ia 'flare'
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Ada juga petua menyarankan gunakan air daun sireh.
Tahap Bahaya
Boleh dibawa mati. Peratusan untuk hidup amat rendah
2. Tompok Putih (White Spot)
![]() |
Penyakit Tompok Putih | Google Image |
Punca
Parasit dalam air yang dikenali sebagai Ichthyophthirius Multifiliis.
Air kotor yang jarang ditukar sehingga membusuk.
Genetik ikan yang mudah terkena penyakit.
Simptom
Ekor ikan betta mula menguncup termasuk siripnya.
Hilang selera makan dan kelihatan letih dan tidak aktif.
Muncul tompok dan titik keputihan pada sirip, badan dan insang.
Ketidakselesaan kelihatan pada betta dengan menggeselkan badan ke bekasnya.
Cara Pencegahan
Pastikan suhu air tidak begitu sejuk. Parasit penyebab white spot sukakan suhu sejuk.
Jika musim hujan, sebolehnya letakkan betta atau anak ikan betta ditempat yang suam dan tidak begitu sejuk.
Pastikan kondisi air adalah berkualiti baik dan garam berubat diletakkan.
Cuci bekas sebersihnya sebelum meletakan ikan.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
3. Reput Sirip (Fin Rot)
![]() |
Penyakit fin Rot | Google Image |
Punca
Kondisi air busuk tempat bakteria mudah membiak.
Disebabkan oleh sejenis bakteria yang memakan ekor dan sirip ikan laga.
Kandungan ammonia dalam air percepat pembiakan bakteria.
Simptom
Sirip dan ekor menjadi pendek dan tidak sempurna bentuknya.
Kesan koyak pada ekor
Warna dan fizikal ikan betta mula pudar dan tidak menarik.
Ikan kelihatan lemah dan tidak aktif.
Kelihatan warna merah atau hitam dibahagian terkena bakteria tanda kehadiran darah.
Cara Pencegahan
Jaga kualiti air dan sentiasa pastikan kadar ammonia dalam air sedikit.
Garam berubat sentiasa diberikan semasa menyalin air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
4. Sembelit (Bloated Belly atau swim bladder)
![]() |
Penyakit Bloated Belly | Google Image |
Punca
Masalah penghadaman ikan yang tidak sempurna
Perut mengembung permulaan kepada sisik nenas.
Terdapat radang, parasit dan kuman dalam perut ikan.
Simptom
Bahagian perut membuncit dan mengembang bukan kerana betina yang telurnya banyak.
Sentiasa berada di dasar dan tidak aktif seperti ikan sihat
Cara Pencegahan
Pemberian makanan yang tidak terlalu berlebihan. Berikan makanan yang sesuai untuk ikan.
Penukaran air dengan betul.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Puasakan ikan selama 3 hari.
Selepas 3 hari berikan hanya beberapa biji pelet, makanan hidup tidak digalakkan.
Membuat urutan pada perut ikan jika bersesuaian.
5. Velvet
![]() |
Penyakit Velvet | Google Image |
Punca
Jangkitan dari parasit luaran seperti Oodinium.
Kadar ammonia yang tinggi.
Suhu dan kondisi air yang tidak berkualiti.
Tekanan atau 'stress' boleh menyebabkan ikan terkena penyakit.
Simptom
Badan dan sirip ikan kelihatan berhabuk kekuningan.
Ekor dan sirip menguncup.
Tidak aktif dan hilang selera makan.
Menggeselkan badan kepada bekas.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Air peram tanpa klorin dengan garam biru atau kuning
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Parasit ini senang merebak tetapi tidak boleh hidup di tempat yang gelap.
Suhu air adalah paling penting.
6. Mata Terkeluar (Pop Eye)
![]() |
Penyakit Pop Eye | Google Image |
Punca
Kualiti air yang kotor
Simptom
Mata ikan betta membengkak dan membonjol.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Penyakit ini biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat
Jika tidak dirawat boleh mendatangkan kematian.
7. Sirip Kuncup (Clamped Fin)
![]() |
Penyakit Clamped Fins | Google Image |
Punca
Suhu air terlalu sejuk
Kualiti air yang tidak berkualiti
Simptom
Ekor dan sirip menguncup dan tidak terbuka.
Kesukaran untuk berenang
Warna mula pudar
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Antara penyakit yang mudah sembuh.
8. Jangkitan Kulat (Fungus)
![]() |
Penyakit Fungus | Google Image |
Punca
Kulat yang memakan tisu luaran badan ikan betta.
Kualiti air yang tidak sesuai (kotor)
Terdapat luka yang tidak sembuh dan tidak dirawat.
Simptom
Tompok tompok putih seperti kapas dan putih berlendir.
Ekor dan sirip menguncup
Hilang selera makan kerana sudah tidak aktif bergerak.
Kulat menyebabkan badan betta tidak selesa dan geselkan badannya.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Rawat ikan yang terluka sehingga sembuh.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Penyakit ini biasa menyerang bahagian mulut ikan betta. Kawasan yang terluka juga boleh dijangkiti
Punca Air yang Tidak Berkualiti
Kebanyakan penyebab dan punca ikan dijangkiti penyakit adalah kondisi air yang busuk, kotor dan tidak berkualiti.
Sentiasa pastikan anda membuat penukaran air (water change) dengan lebih kerap.
Usah biarkan air yang membusuk dan banyak ammonia yang menjadi tempat kegemaran parasit, bakteria dan kulat untuk hidup.
Pencegahan Penyakit Sebelum Terkena
Jaga pemakanan dan suhu air.
Garam berubat seperti garam kuning, garam biru dan pati ketapang sebolehnya diletakkan ketika ingin menukar air.
Rugilah ikan mahal-mahal tetapi gagal untuk diselamatkan.
Anda fikir anda tahu Kenali Jenis Jenis Penyakit Ikan Betta dan Cara Rawatan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Cara Bina E-commerce"
Sekarang ini jika ingin membuat pembelian barangan atas talian (online) memerlukan platform besar seperti Lazada, Shopee, PG Mall dan beberapa tempat shopping online lain.
![]() |
Panduan Buat E-commerce |
Cara pembelian dan jualan sebegini memerlukan orang ketiga untuk urusan penjual dan pembeli.
Tidak bolehkah pembeli dan penjual terus berurusan ?
Tidak memerlukan platform shopping online ?
Boleh sahaja, penjual sebenarnya boleh memiliki satu platform untuk jualan terus kepada pembeli.
Tanpa sebarang 'login' dan memberikan komisen kepada orang tengah.
Sistem ini dinamakan sebagai E-commerce
Apa Itu E-commerce ?
E-commerce adalah satu proses jual beli berasaskan 'web' antara penjual dan pembeli.
Alah...seumpama Shopee dan Lazada.
Boleh sahaja sebenarnya, mana-mana penjual boleh membuat web e-commerce. Seumpama blog, blog adalah penceritaan seorang blogger, e-commerce adalah 'blog' urusan jual beli.
Contoh Web E-Commerce
Contoh E-commerce yang boleh penulis berikan sebagaimana di bawah;
![]() |
Web E-commerce Kecantikan dan Eletronik |
![]() |
Web E-commerce Pakaian dan Makanan |
Dengan wujudnya e-commerce sendiri ini memang memudahkan penjual meletakan barangan, memudahkan pembeli untuk membuat pesanan seterusnya sistem penghantaran.
Lebih terbaik adalah ia boleh menggunakan 'Payment Gateway' seperti billplz dan juga toyyibpay.
Kedengaran sangat leceh untuk membuat web e-commerce. Apalagi anda bukan dalam bidang internet dan komputer.
Membina web e-commerce bukan seperti anda membuat blog atau perlu mengarang kata-kata yang puitis seperti penulis novel.
Mana-mana peniaga yang ingin ada web e-commerce sendiri boleh membinanya.
Buat Laman Web Bisnes Jenama Sendiri
Bolehkah anda membina web e-commerce ini sendiri ?
Boleh sahaja. Dengan bantuan dan dorongan dari pakar. Biasanya pakar dalam pembinaan web atau e-commerce ada cara mudah untuk anda faham.
Mahu senaraikan cara-cara membina web e-commerce sendiri di sini agak panjang penjelasannya.
Kini sudah ada satu panduan lengkap dari A-z untuk membina web e-commerce versi sendiri namun berkesan dalam proses jual beli zaman moden ini.
Langkah Langkah Bina Web E-commerce
Bagi yang betul-betul berminat untuk membina web e-commerce perniagaan sendiri boleh dapatkan E-book ini;
![]() |
Panduan Bina Web E-commerce |
Apa yang akan anda pelajari dengan E-book ini ?
1. Cara Penghasilan Logo Anda Sendiri
2. Cara untuk Set Kos Penghantaran
3. Cara Integrasi Kedai Online anda Dengan Kaedah 'Payment Gateway'
4. Cara bagaimana untuk mengintegrasi web e-commerce anda dengan sistem FB Pixel
5. Cara Mendapatkan Domain Web (.com, .xyz, .abc) anda Dengan Percuma
6. Cara Menguruskan Order Melalui Web E-commerce
Ini adalah tajuk utama yang akan anda pelajari dari E-book ini. Dijelaskan dan diterangkan secara ringkas dan sesiapa boleh membina web E-commerce mereka sendiri.
E-book lengkap ini memerlukan anda mengeluarkan modal sebanyak RM 50 SAHAJA!
Cukup murah sebenarnya jika difikirkan untuk banyak tips.
OOps!!! Dengan RM 50, anda bukan sahaja boleh memperolehi satu E-book tersebut. Malah, ada bonus E-book lain seperti;
![]() |
Panduan Tips Droship |
![]() |
Panduan Tips Facebook dan IG Ads |
Dengan RM 50, anda akan memiliki tips dan panduan yang penulis senaraikan di atas. Masih terasa mahal untuk RM50 ?
3 Ebook berharga RM50!
![]() |
3 Ebook RM50 |
Bagi yang berminat, boleh klik banner di bawah untuk meneruskan pembelian.
Anda fikir anda tahu Cara Membina Web E-commerce Anda Sendiri ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Keladi Hiasan Viral"
Keladi biasanya kita akan terbayangkan ubinya yang boleh dimakan. Dibuat seperti jenis ubi lain.
![]() |
Jenis dan Harga Pokok Keladi Viral |
Batangnya juga kadang-kadang dimasukan dalam makanan masyarakat kampung. Daun yang berlilin dan berbentuk seperti jantung (heart) itulah gambaran mengenai keladi.
Peminat Tumbuhan Hiasan Keladi
Bagi peminat pokok renek dan hiasan, keladi bukan sekadar keladi. Terdapat pelbagai jenis keladi sebenarnya kalau anda memiliki hobi menanam pokok keladi hiasan.
Malahan ada yang mencecah ribuan ringgit (RM) untuk satu jenis.
Dengan bentuk daun dan variasi warna yang menarik memang cantik apabila ditanam dalam pasu.
Senarai Jenis Pokok Keladi Hiasan dan Harganya
Mungkin sudah ramai yang kenal, namun ada juga yang masih tidak tahu nama-nama yang ada pada pokok keladi hiasan viral ini.
Jom sama sama kenali nama-nama spesis keladi hiasan yang menjadi pilihan penggemar hobi menanam pokok keladi.
1. Alocasia Xanthosoma Variegata (Mickey Mouse Caladium)
![]() |
Keladi Mickey Mouse | Google Image |
Ciri-Ciri : Daunnya panjang ke bawah dan memiliki seakan telinga. Sesuai dengan nama yang berbentuk seperti watak kartun 'Mickey Mouse'
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM80
[ Beli Mickey Mouse Caladium : KLIK SINI ]
2. Monstera Deliciosa (Swiss Cheese Caladium)
![]() |
Swiss Cheese Plant | Google Image |
Ciri-Ciri : Daunnya besar. Dengan warna hijau yang gelap. Ada juga tompokan putih. Terdapat bentuk carikan seumpama koyakan pada daun.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri dan masak bewarna putih.
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM35
[ Beli Swiss Cheese Caladium : KLIK SINI ]
3. Keladi Tembikai (Watermelon Caladium)
![]() |
Watermelon Caladium | Google Image |
Ciri-Ciri : Memiliki daun lebar dengan warna merah yang banyak. Sekeliling daun (rim) terdapat warna selain merah.
Seakan-akan buah tembikai yang dipotong rentas bentuknya.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM 70
[ Beli Watermelon Caladium : KLIK SINI ]
4. Keladi Cahaya Bulan (Moonlight Caladium)
![]() |
Moonlight Caladium | Google Image |
Ciri-Ciri : Daun yang kecil. Dengan warna keputihan seumpama pancaran bulan. Dengan lingkaran pada tepi daun.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM 35
[ Beli Moonlight Caladium : KLIK SINI ]
5. Lance-leaf Caladium (Red Ruffle Caladium)
![]() |
Red Ruffles Caladium | Google Image |
Ciri-Ciri : Merah berkilat daunnya. Bahagian tepi memiliki warna hijau sebagai lingkaran. Dengan daun yang beralun.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri dan masak bewarna putih.
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM25
[ Beli Red Ruffles Caladium : KLIK SINI ]
6. Keladi Kemoyang (Homalomena Sagittifolia)
![]() |
Keladi Kemoyang | Google Image |
Ciri-Ciri : Agak biasa bentuknya. Tiada sebarang warna lain selain hijau muda. Terdapat dua jenis batangnya, merah dan hijau.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri dan masak bewarna putih.
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM10-RM25
[ Beli Keladi Kemoyang : KLIK SINI ]
7. Fancy-Leaf Caladium (Caladium 'Festivia')
![]() |
Fancy Leaf Caladium | Google Image |
Ciri-Ciri : Bentuk seakan keladi tikus, tetapi memiliki warna merah darah yang pekat dekat urat bewarna hijau.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri dan masak bewarna putih.
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM30
[ Beli Festivia Fancy Leaf Caladium : KLIK SINI ]
8. Jewel Alocasia (Alocasia Azlanii)
![]() |
Jewel Alocasia | Google Image |
Ciri-Ciri : Daunnya panjang ke bawah dan memiliki seakan telinga. Sesuai dengan nama yang berbentuk seperti watak kartun 'Mickey Mouse'
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM3.20 (seed)
[ Beli 100pcs Alocasia Seed : KLIK SINI ]
9. Arrowhead (Syngonium)
![]() |
Syngonium | Google Image |
Ciri-Ciri : Warna hijau muda pada kebanyakan. Ada juga yan bewarna merah jambu yang agak mahal harganya. Bagi yang bewarna merah jambu coraknya seperti di simbah cat
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM70-RM75
[ Beli Syngonium Pink Splash : KLIK SINI ]
10. Philodendron Billietiae
![]() |
Philodendron Billietiae | Google Image |
Ciri-Ciri : Daunnya panjang ke bawah. Warna hijau tua keseluruhan daun.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM400-RM800
[ Beli Philodendron Billietiae : KLIK SINI ]
11. Anthurium Clarivervium
Anthurium Clarivervium | Google Image
Ciri-Ciri : Daunnya membulat dan bewarna hijau tua. Seakan daun sireh yang besar.
Buah : Memiliki buah berbentuk beri
Keracunan : Memiliki calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan esofagus.
Berbahaya kepada kucing dan anjing
Bekas Simpanan : Bekas berukuran 1 gelen, lebih baik bekas 3 gelen ke atas
Harga Pasaran : RM160
[ Beli Anthurium Clarivervium : KLIK SINI ]
Nama Nama Gelaran Pokok Keladi Hiasan
Nama gelaran yang diberikan bergantung kepada warna, bentuk dan ciri-ciri yang ada pada daun tersebut.
Nama gelaran pada keladi ini memudahkan percakapan diantara penggemar hobi ini.
Penulis senaraikan nama gelaran atau nama kampung keladi hiasan yang semakin diminati ini.
1. Keladi Bicolor
2. Keladi Tikus
3. Keladi Black Jack
4. Keladi Tengkorak
5. Keladi Tengkorak Hijau
6. Keladi Kuping Keledai
7. Keladi Kuping Kelinci
8. Keladi Kuping Jerapah
9. Keladi Corong
10. Keladi Polka Green
11. Keladi Army Look
12. Keladi Tricolor
13. Keladi Tatto
14. Keladi Neon
15. Keladi Black Velvet
16. Keladi Variegata
17. Keladi Dream fantasy
18. Keladi Wayang
19. Keladi Joker
20. Keladi Batura
Telinga Gajah dan Keladi
Terdapat dua jenis spesis hiasan ini sebenarnya, jika namanya memiliki perkataan 'Alocasi' ia lebih kepada pokok telinga gajah.
Bagi spesis keladi boleh dikenal melalui nama 'caladium'.
Berbahayakah kepada Haiwan Jika Termakan ?
Tumbuhan hiasan sebegini memiliki toksin melalui getahnya atau cairan yang keluar pada daun, batang dan mana-mana bahagian tumbuhan ini.
Jika kucing atau anjing yang tersalah memakannya akan berbahaya.
Tumbuhan caldium dan alocasia ini juga adalah 'deer and rabbit resistant' bermaksud dua jenis haiwan ini tidak akan memakannya.
Mungkin kerana toksin.
Bahaya Tumbuhan Keladi Kepada Manusia
Bagi manusia, ia boleh menyebabkan alergik apabila terkena mulut dan salur pernafasan dan salur permakanan mungkin menjadi gatal.
Jika untuk dibuat masakan biasanya terdapat petua-petua untuk mengelakan dari getahnya yang bertoksin.
Anda fikir anda tahu Kenali Jenis Jenis Keladi Hiasan dan Nama Gelarannya ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Produk Berguna Dari Kambing"
Biasanya orang akan menjadikan kambing sebagai bahan ejekan, contohnya, kalau malas bangun pagi macam kambing atau malas mandi juga disamakan dengan kambing.
![]() |
Hasil Produk Ternak Kambing |
Ramai yang nampak kambing adalah suatu yang tiada gunanya.
Penulis kalau sebut mengenai kambing pastinya akan terbayangkan 'lamb chop'. Ketika melihat perkataan 'Lamb Chop' pun sudah boleh terbayangkan aromanya dan rasanya.
Kesedapan Daging Kambing
Dengan isi yang pejal dan rasa dagingnya yang manis, nikmat Tuhan manakah lagi yang kita mahu dustakan.
Bagi penulis jika terdengar akan sesiapa yang menjadi pengembala kambing atau memiliki ladang dan kandang kambing sudah terbayang akan kehebatan dan kekayaannya.
Malahan ia adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Mungkin ramai yang nampak membela kambing sekadar untuk dagingnya dan hanya laku apabila musim kurban dan jika ada yang ingin membuat majlis akikah anak.
Hasil Ternakan Kambing untuk Jualan
Terdapat hasil lain yang diperolehi jika kita menternak kambing. Bukan dijual sekadar untuk dagingnya namun banyak lagi produk yang dihasilkan dari kambing.
Boleh sama sama kita lihat produk yang boleh dihasilkan dalam penternakan kambing.
1. Daging
Tipikal jika ada haiwan ternakan, iaitu untuk mendapatkan hasil dagingnya. Majoriti manusia yang penulis kenali meminati kambing.
Malahan di kedai makan pun jika ada hidangan kambing pastinya kedai tersebut akan dikenali ramai dan ramai pengunjung. Contoh, Restoran kari kambing 40 hari.
Datang ke restoran steamboat jika tiada hidangan kambing perap pasti akan 'hilang' daya tarikan untuk menikmati steamboat dan grill.
Pergi sahaja di Tesco, Giant, Econsave atau mana mana pasaraya kecil atau besar pasti akan ada daging kambing tidak kira dalam bentuk isi atau tulang.
Apa yang pasti permintaan daging kambing memang banyak, apalagi untuk majlis akikah kelahiran, kambing seekor pun sudah RM800-RM900.
Bayangkan permintaan ketika musim kurban pula.
Antara jenis kambing pedaging untuk tuaian daging adalah seperti Jamnapari, Aglo-nubian, Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red dan Jermasia.
2. Koleksi Peliharaan
Mungkin ada yang tidak menyangka ada yang membela kambing sebagai koleksi. Ada orang yang meminati kambing sebagai hobi belaan.
Kambing yang biasa kita lihat hanyalah kambing kampung yang biasa dilihat.
Namun, ada juga spesis kambing yang menarik dan cantik. Tambahan pula ada pertandingan yang dianjurkan untuk kategori kambing.
Bukan sekadar untuk hasil daging, kambing juga merupakan koleksi para peminat mereka. Baka yang terbaik dan dijaga rapi mendapat harga yang tinggi oleh peminatnya.
3. Susu Kambing dan Produk Tenusu
Banyak iklan yang berlegar di dunia maya mengenai susu kambing. Dengan pelbagai jenis jenama dan perisa.
Susu kambing banyak khasiatnya. Sehinggakan terdapat ladang yang hanya fokus dalam pengeluaran susu.
Malah ada yang membela kambing yang hanya mengeluarkan susu seperti Jamnapari, Aglo-nubian, Alpine, Saanen, dan Toggenburg untuk perahan hasil tenusu.
Dalam pasaran susu kambing agak mahal berbanding susu lembu. Dengan kandungan zat dan nutiren yang berbeza.
Tidak terhenti pada produk susu sahaja malah keju juga dapat dihasilkan dari susu.
4. Kulit - Belulang
Kulit kambing sangat banyak kegunaan. Kulit kambing terdiri daripada belulang. Terdapat nilai komersil pada belulang.
Kompang dan rebana atau peralatan gendang tadisional menggunakan belulang kambing sebagai asas bunyian.
Alatan sebegini tidak pernah hilang didunia, maka permintaan untuk belulang kambing sentiasa ada.
Malahan, belulang kambing ada yang dijadikan keropok, ya, keropok untuk di makan.
5. Kulit - Bulu
Bagi kambing biri-biri yang memiliki bulu yang lebat pastinya menjadi produk perusahaan tekstil sebagai altrnatif kepada kapas.
Bulu kambing juga berguna untuk menggantikan kekakbu untuk tilam dan bantal.
6. Tanduk Kambing
Tanduk seumpama belulang yang mana mungkin terbina oleh protein yang sama.
Dengan bentuk yang berbeza, boleh dijadikan sebagai kraftangan.
Banyak kraftangan yang boleh dihasilkan dengan tanduk kambing mengikut kreativiti dan kepakaran penggiat seni.
7. Usus kambing - Kegunaan Hospital dan Farmasi
Ramai yang tidak tahu yang benang untuk jahitan luka di hospital menggunakan bahan organik.
Ya, berasaskan kambing. Lebih tepat adalah menggunakan usus kambing.
Sifatnya yang mudah terurai dan tidak berbahaya kepada hidupan menjadikan usus kambing berguna sebagai benang untuk menjahit luka atau bukaan pada pesakit.
8. Tinja - Baja Organik
Hasil ini semestinya ramai yang sudah tahu. Tinja atau najis kambing terbaik untuk dibuat baja organik.
Dengan bentuknya yang seumpama biji-bijian memudahkan cara pengumpulan dan penggunaanya.
Selain dari baunya tidaklah sebusuk tinja haiwan ternakan lain.
Zat dan nutrien sebagai baja organik sudah banyak terbukti dengan lambakan hasil najis kambing sebagai baja di pasaran.
Pulangan Lumayan Jualan Produk Kambing
Jadi, banyak sebenarnya hasil yang mampu kita perolehi daripada penternakan kambing. Jika kita tahu akan potensi yang banyak untuk perniagaan kambing pastinya ramai akan mula menceburkan diri sebagai penternak kambing.
Bermula dengan beberapa ekor dan sehingga memiliki ladang sendiri. Belajar cara menternak, tahu makanan yang boleh diberikan, faham risiko penyakit dan cara rawatan sehinggalah memasarkan kambing anda sehingga menjana pendapatan.
Cara Memulakan Ternakan Kambing Sendiri
Ramai yang berminat dan ingin menceburi bidang ternakan kambing tapi tidak tahu cara bermula. Penulis boleh membantu anda untuk memulakan bidang ternakan kambing sendiri.
Jika berminat boleh dapatkan panduan ternakan kambing dengan membeli E-book dibawah;
Jadi, tidak salah sebenarnya cita cita dan impian anda untuk menternak kambing, kerana pulangan yang banyak dari hasil ternakan kambing.
Anda fikir anda tahu Produk dan Hasil Ternakan Kambing yang Boleh Di Jual ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Makan Fry Ikan Betta"
Ikan laga bermula sebagai haiwan untuk dibela sebagai hobi. Dengan warna dan bentuk fizikal yang menarik, ikan laga digemari oleh pelbagai peminat.
![]() |
Makanan Terbaik Fry Ikan Betta |
Permintaan terhadap ikan laga semakin lama semakin meningkat. Dari sini timbulnya industri ikan laga.
Semakin banyak permintaan menghasilkan penghasilan produk.
Ramai Pemula Pembiak Ikan Laga
Kita bercerita mengenai ikan laga splendens atau ikan laga moden. Meskipun ada ramai juga peminat ikan laga liar.
Industri ikan laga di Malaysia semakin digemari ramai, maka ramailah para pembiak (breeder) ikan laga muncul.
Tidak kira sekadar untuk memperbanyakan variasi ikan laga yang ada, dan tidak pula ketinggalan yang ingin menjadikan sebagai jualan.
Bagi yang sudah lama dalam bidang pembiakan ikan laga, semuanya sudah biasa.
Makanan Terbaik Untuk Fry Ikan Laga
Namun, bagi pemula (beginner) permulaan pembiakan ikan laga merumitkan.
Satu permasalahan kepada pemula pembiak ikan laga adalah makanan kepada anak ikan laga yang baharu lahir (iaitu fry).
![]() |
Fry Kekenyangan Perut Penuh BBS |
Fry atau anak ikan bukan boleh makan sebarangan makanan kerana ia cukup sensitif dengan persekitaran.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah kondisi air dan suhu air itu sendiri.
Kebanyakan makanan pellet atau sebarang makanan untuk ikan laga dewasa boleh merosakkan kondisi air. Faktor ini penyebab fry ikan laga mudah mati dan hilang tanpa berita.
Senarai Makanan untuk Fry Dari Umur 4 Hari
Makanan terbaik untuk fry ikan laga ialah makanan hidup. Terdapat beberapa jenis makanan hidup yang boleh diberikan kepada fry dari umur 4 hari sehingga mampu memakan pellet.
1. Infusoria
Penulis letakkan pada urutan pertama adalah kerana infusoria mudah didapati.
![]() |
Infusoria Daun Pisang |
Merupakan makanan hidup untuk fry yang senang dibuat. Merupakan makanan fry pertama kali ketika penulis mula-mula biar ikan laga.
Paling halus bentuknya dengan makanan hidup lain.
Dikultur (dibuat) dengan menggunakan barangan yang ada di rumah.
Dengan sayur busuk, daun ketapang atau daun pisang yang diperam di dalam air busuk hasil ikan.
Lebih kurang empat atau 5 hari akan muncul hidupan halus bewarna putih yang dipanggil paramesium dan amoeba.
Terbaik untuk fry berumur 4 hari ke atas.
Paling mudah dibuat dan paling murah. Namun, sekadar mengalas perut fry dan fry lambat besar.
2. Kutu Air
Makanan hidup ini untuk yang rajin sedikit. Boleh cari kutu air ini dikawasan lopak dan longkang.
![]() |
Kutu Air Moina |
Terdapat beberapa jenis kutu air seperti kutu moina, kutu daphnia magna dan kutu jet.
Kutu moina halus dan sesuai untuk fry 4 hari dan ke atas.
Kutu daphnia magna (DM) lebih besar sedikit dan sebolehnya diberikan pada fry berumur 2 minggu ke atas.
Kutu jet adalah pembunuh kebanyakan fry, sebolehnya hindari kutu jenis ini.
Mencari kutu air di alam agak sukar sebenarnya. Memerlukan pengalaman dari segi waktu, tempat dan cara pencarian.
Sudah ramai yang menjual kutu air sekarang, ada RM5, RM10 dan setersunya.
Tidak kurang juga yang ternak sendiri. Ini memerlukan teknik kepakaran lagi tinggi. Kutu air adalah antara makanan hidup yang memiliki protein dan zat yang banyak untuk tumbesaran fry ikan laga.
3. Artemia (BBS)
Penulis menggunakan BBS sebagai makanan utama fry.
![]() |
Baby Brine Shrimp ( BBS ) |
BBS adalah baby brine shrimp untuk nama penuhnya. Memerlukan proses penetasan untuk mendapatkan 'makanan hidup'.
Memang bila memerlukan proses penetasan perkara pertama yang difikirkan ia rumit, namun, apabila sudah tahu dan faham caranya ia cukup mudah sebenarnya. 24 jam masa maksima diperlukan untuk menetaskan BBS.
BBS atau anak udang arthemia ini sebenarnya makanan terbaik untuk fry yang bermula dari umur 4 hari sehingga pandai makan pellet sekitar umur satu bulan.
Selain miliki protein yang tinggi, ia boleh mempercepatkan warna ikan laga anda bermutasi.
BBS boleh didapati dalam dua jenis saiz, kecil (small roe) dan besar (big roe).
Small roe biasanya penulis gunakan untuk fry berumur 4 hari sehingga 14 hari dan big roe untuk fry berumur dua minggu dan ke atas.
[ BELI TELUR BBS UNTUK FRY : KLIK SINI ]
[ BELI SET ALAT TETASAN BBS : KLIK SINI ]
4. Microworm
Penulis meletakkan microworm sebagai pilihan makanan yang terakhir kerana ia sebenarnya tidak dicadangkan untuk fry.
![]() |
Microworm |
Apabila betul-betul terdesak baharu sahaja gunakan microworm.
Dari pengalaman pemain ikan laga yang sudah lama membiak ikan laga, microworm banyak keburukan kepada ikan laga anda.
Ia boleh merosakan fizikal dan mungkin mental ikan laga. Penulis tidak pernah menggunakan makanan hidup ini untuk fry ikan laga.
Jika betul-betul terdesak baharu cuba gunakan microworm sebagai makanan anak ikan.
Pemberian Makanan Hidup Kepada Fry Ikan Laga
Makanan hidup yang dinyatakan di atas adalah sesuai untuk anak ikan laga yang berumur 4 hari dan ke atas. Memang fitrah fry ikan laga akan hanya memakan makanan yang bergerak atau hidup.
Dari pengalaman, mula mula sahaja penulis menggunakan infosuria, itupun kerana belum mendapatkan alatan menetaskan BBS.
Kebiasaannya sekarang jika ingin biak ikan laga, penulis akan menyediakan BBS (small roe dan big roe) untuk pakan fry.
![]() |
Fry Yellow Fancy Umur Sebulan |
Kadang - kadang berikan kutu air yang dibeli dengan rakan-rakan sebagai mempercepatkan pembesaran ikan laga.
Microworm ? Belum pernah dicuba.
Anda fikir anda tahu Makanan yang Sesuai untuk Anak Ikan Laga ( Betta Fry ) ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
"Kenapa Rakyat Malaysia Suka Perodua?"
Kita mula berbangga apabila akhir 80-an Malaysia mula mengeluarkan kereta jenama sendiri. Menjadi kebanggaan apabila sebuah negara membangun mampu memiliki kereta jenama sendiri.
![]() |
Perodua Jenama Kegemaran Malaysia |
Rentetan dari perkembangan industri automotif di Malaysia, telah menerbitkan sebuah perusahaan pengeluaran kereta Malaysia nombor dua yang dikenali sebagai perodua.
Jenama Kereta Tahan Lama
Bermula dengan model kancil dan setakat artikel ini ditaip model Bezza 2020 dan Aruz, Perodua bukanlah calang calang nama dalam persaingan industri automotif di Malaysia dan luar negara.
Tahukah anda yang Perodua adalah jenama tempatan yang begitu popular di Malaysia ? Apabila berhenti di lampu isyarat, mesti akan ada kereta Perodua yang ada. Begitulah kisahnya jenama Perodua yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Jom kita ikuti apakah penyebab model kenderaan jenama Perodua menjadi pilihan rakyat Malaysia.
1. Banyak Pilihan Model
Siapa yang tidak kenal kancil, kereta model kancil. Semuanya bermula dengan kancil.Sehingga kini sudah banyak model perodua yang telah dikeluarkan.
Banyak model, maka banyaklah pilihan untuk pembeli.
Dari segmen paling kecil dan paling mampu milik sehingga model dengan keluasan dan spesifikasi yang lebih baik.
2. Harga Mampu Milik
Terkenal dengan harga mampu milik. Tambahan pula merupakan hasil keluaran lokal, keluaran Malaysia.Semestinya harga lebih berpatutan untuk rakyat tempatan.
Dengan kehadiran varian dan model oleh perodua yang banyak maka harga pasaran juga murah.
Sebagai contoh, Perodua Axia (pengganti Viva) boleh dimiliki dari serendah RM20,000.Terbaik untuk mereka yang inginkan kenderaan berbumbung yang ringkas dan dipercayai.
3. Satu Model Banyak Varian
Dalam satu model kereta perodua bukan hanya satu varian yang dikeluarkan. Sebagai contoh, bermula dengan varian paling ringkas sehinggalah, premium dan advance.
Jadi, pembeli cukup mudah untuk membuat pilihan bergantung kepada spesifikasi yang diinginkan dan harga yang memenuhi citarasa akaun bank.
Sebab itulah kebanyakan kereta pergi pasar atau kereta kedua kebanyakannya adalah dari perodua.
4. Spesifikasi Ringkas (Simple dan Basic)
Bukan semua pengguna kereta atau kenderaan melihat sebuah kereta dari sudah yang cukup terperinci.
Ada yang sememangnya tidak suka ambil tahu dan sekadar inginkan kenderaan berbumbung dan boleh bergerak ke destinasi.
Perodua ada menyediakan kereta yang cukup 'simple' dan 'basic' kepada kategori pembeli kereta sebegini.
Contohnya, Perodua Axia yang paling rendah spesifikasinya, senang bajet dan senang untuk dijaga (dibela).
5. Tahan Lasak (Kolaborasi Daihatsu, Toyota)
Tidak memerlukan anda seorang peminat kereta atau pengulas kereta untuk mengiakan penjelasan ini.
Lihat sahaja kereta mula-mula yang dikeluarkan oleh Perodua, iaitu perodua Kancil, sehingga sekarang masih ada di jalanan.
Ditambah pula dengan pembangunan teknologi yang setaraf dengan teknologi dan kepakaran dari toyota.
Sebagai contoh, Perodua Bezza 2020, enjin dengan teknologi VVT-i dari Toyota
6. Alat Ganti Mudah Diperolehi
Dengan pengeluaran yang banyak varian dan model serta boleh diadaptasikan dengan kereta Daihatsu dan Toyota.
Semestinya, alat ganti cukup mudah untuk diperolehi.
Dari luaran dan alat ganti dalam tidak memerlukan pengguna tunggu lama untuk mendapatkannya.
Dengan banyaknya alat ganti yang ada dipasaran, semestinyalah alat gantinya cukup murah di pasaran.
Di jualan atas talian seperti Lazada dan Shopee berlambak 'spare part' perodua yang diperlukan.
7. Penyelenggaraan yang Murah
Kehadiran alat ganti Perodua yang banyak dipasaran menjadi faktor kepada 'point' ini.
Cukup sekadar bayaran upah pomen dan technician harga sekali servis.
Tidak memerlukan begitu rumit selenggaraan untuk mereka yang memilih speisfikasi varian kereta Perodua yang speisfikasi yang paling rendah.
Mudah untuk pengguna membuat bajet dan perancangan untuk kereta mereka.
8. Sistem Keselamatan Terkini
Perkara utama yang penulis lihat pada sesebuah kereta sebelum membelinya adalah keselamatan.
Sebab itulah penulis memilih Perodua Bezza 2020 dengan dilengkapi dengan ASA 2.0. TRC, ABS, EBD dan beberapa fitur keselamatan lain.
Bayangkan untuk segmen A, sudah memiliki ciri keselamatan yang ke arah lima bintang penarafan NCAP.
9. Resale dan Trade In Dengan Value Tinggi
Ulang kembali penerangan yang penulis tuliskan di atas. Rasa-rasa anda adakah harga untuk anda jual akan jatuh ?
Dengan pelbagai kriteria yang menyebabkan Perodua antara pengeluar kenderaan yang paling laris setiap tahun pastinya harga jualan semula (resale) tidak akan jatuh.
Ini adalah antara penjelasan mengapa kereta Perodua buatan Malaysia ini menjadi pilihan ramai.
Pengalaman Miliki Jenama Perodua
Penulis sendiri memiliki beberapa kereta buatan Perodua, satunya Perodua Viva 850 (kereta pertama) dan baharu sahaja berjaya memiliki Perodua Bezza 1.3 ADV 2020.
Sepanjang hampir 10 tahun menggunakan Perodua Viva, tiada sebarang masalah yang besar dihadapi bersama Perodua Viva.
Model Dengan Spesifikasi yang Dipertingkatkan
Oleh kerana ini, penulis amat yakin untuk menjadikan Perodua Bezza Advance 2020 sebagai kereta seterusnya memandangkan keretanya walaupun dalam segmen A (entry level) namun spesifikasinya mantap.
Ditambah pula dengan sales advisor dari Perodua yang cukup terbaik dalam menguruskan pembelian.
Sales Advisor Perodua Banting
Disini (meskipun bukan tajaan Perodua, Perodua Banting atau SA sendiri) penulis ingin mewar-warkan kepada yang berada sekitar Banting, Putrajaya dan Lembah Klang boleh hubungi Sales Advisor di bawah untuk berurusan pembelian kereta jenama Perodua.
Penulis mengesyorkan sales advisor ini memandangkan kredibilitinya, dari awal 'survey' sehinggalah pendaftaran semuanya dilayan dan urusannya terbaik.
Atau boleh ke alamat ini sendiri
dan carilah Mr Wong, Sales Advisor
![]() |
Trusted Perodua Banting Sales Advisor |
Seorang S.A yang, dari tempahan sehingga mendapat kunci dan 'free gift' dia akan bantu anda. Benda baik perlu di kongsi.
Anda fikir anda tahu Sebab Kereta Jenama Perodua Disukai Rakyat Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamulaikum.
" Resepi Kek Dengan Peti Sejuk"
Secara alam semulajadinya kebanyakan resepi kek menggunakan ketuhar gelombang mikro dan oven untuk membakar kek.
![]() |
Resepi Kek Buat Dengan Peti Sejuk |
Namun, inovasi dari chef dan pakar bakeri telah berjaya memerah fikiran untuk menghasilkan kek dengan hanya menggunakan peti ais.
Dengan menggunakan beberapa langkah sahaja dengan penjimatan eletrik boleh membuat kek impian anda.
Jom sama sama kita belajar cara membuat kek dengan hanya menggunakan peti sejuk untuk siap bersama bahan bahannya.
Oreo Cheesecake
![]() |
Resepi Oreo Cheesecake | Booky |
Bahan Bahan
- 50 keping biskut Oreo, dibelah belah (dipatah patah)
- 1/4 cawan mentega cair
- 3 cawan keju krim, dilembutkan
-1 1/2 cawan gula halus
-1 1/4 cawan 'heavy whipping cream'
Cara Membuatnya
1. Untuk mebuat kerak, gabungkan mentega cair dan 25 keping biskut Oreo dan pemproses makanan atau pengisar.
Kacau dengan pengisar (food processor) sehingga sebati.
2. Tekan adunan ke dalam kuali bentuk bulat (Spring Form Pan).
Lebih kurang dua inci adunan letakan ditepi pan. Biarkan adunan.
3. Dalam mangkuk yang sederhana, masukkan 1/4 krim ke dalamnya. Panaskan ke dalam microwave selama 20 saat selang seli dengan gaul.
Ulang masukan ke dalam microwave dan gaul sehingga ia mencair dan lembut. Biarkan adunan seketika.
4. Dalam mangkuk yang besar, pukul kejum krim dengan pengisar tangan sehingga lembut.
Masukkan gula halus ke dalam adunan dan kacau rata.
5. Kacau lebihan krim sehingga sebati. Pukul dengan laju sehingga atasnya mula mengeras.
6. Taburkan oreo dengan citarasa anda sendiri.
7. Kesemua adunan tadi curahkan ke atas kerak yang telah disediakan. Masukan dalam peti sejuk semalaman.
Siap!
Tiramisu
![]() |
Resepi Tiramisu | Booky |
Bahan Bahan
- 1 cawan 'heavy whipping cream'
- 1 cawan keju mascarpone dalam suhu bilik
- 1/3 cawan gula putih
- 1 sudu besar ekstrak vanila
- 2 cawan espresso atau serbuk kopi yang kuat
- 1 paket 'ladyfingers' (bukan bendi ya) atau 'broas'. Boleh google jika tidak kenal.
- Serbuk koko untuk taburan
Cara Membuatnya
1. Pukul 'whipping cream', gula dan vanila sehingga lembut.
2. Tambah keju mascarpone dan adun sehingga puncak adunan sudah mengeras. Seumpama ais atas gunung bentuknya.
3. Celupkan 'ladyfingers' dalam kopi yang sudah dibancuh atau espresso. Kapit dengan 'ladyfingers' lain untuk lapisan atas.
4. Salutkan krim yang sudah dibuat tadi atas lapisan ladyfingers celupan kopi tersebut.
Ulang berkali kali sehingga habis apa yang ada.
5. Akhir sekali taburkan serbuk koko di atas sekali lapisan.
Tutup dan masukan ke dalam peti sejuk semalaman.
Siap!
Classic Cheesecake
![]() |
Resepi Classic Cheesecake | Booky |
Bahan Bahan
- 1/2 cawan mentega cair
- 1 1/2 cawan serdak 'graham cracker'
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/2 sudu besar garam 'kosher'
- 2 cawan 'heavy whipping cream' yang disejukan
- 3 paket keju krim dalam suhu bilik
- 1 cawan gula halus
- 2 sudu besar ekstrak vanila
- Buah buahan jika perlu
Cara Membuatnya
1. Letakan 'springform pan' dengan apa apa bahan untuk tidak menyebabkan lekatan.
2. Adun mentega, gula, garam dan serdak 'graham cracker' dalam mangkuk adunan yang besar.
3. Tekan adunan dalam springform pan setinggi dua inci sehingga sisi 'springform pan'.
letakan adunan ini ke dalam peti sejuk dahulu, freezer.
5. Mulakan membuat filling dengan pengadun tangan (hand mixer) pukul krim sehingga atasnya mulai nampak keras.
Kosongkan mangkuk dan letakan seketika adunan tadi.
6. Dengan mangkuk yang sama, campurkan keju krim dan gula halus serta ekstrak vanila dengan pukulan sederhan sehingga kelihatan lembut dan berkrim.
Dianggarkan pukulan sederhana selama dua minit.
7. Masukan adunan 'whipping cream' tadi ke dalam mangkuk, terbalikan bancuhan.
8. Ambil 'filling' tadi curahkan ke atas kerak yang telah disejukan tadi. Letaklah buah buahan jika perlu.
9. Tudung dan masukan ke dalam peti sejuk semalaman.
Siap!
Mango Float
![]() |
Resepi Mango Float | Booky |
Bahan Bahan
- 2 cawan 'whipping cream'
- 1 tin susu sejat
- 1/2 kotak 'graham cracker'
- 5 biji mangga masak
- 1/2 sudu besar ekstrak vanila
Cara Membuatnya
1. Dengan menggunakan pengadun tangan (hand mixer), pukul 'whipping cream' sehingga saiznya dua kali ganda.
2. Tambahkan susu sajat sejat dan ekstrak vanila. Gaulkan sehingga sebati.
3. Taburkan 'graham cracker' pada bekas (bekas kaca kek lebih elok).
4. Salutkan 1/3 dari adunan krim di atas taburan 'graham cracker' tadi, buat beberapa lapisan seumpama kek lapis dan atas sekali letakkan potongan buah mangga masak.
Jangan yang muda nanti kena beli sensodyne.
5. Ulang lapisan mengikut kreativiti anda.
6. Tutupkan dan tinggalkan semalaman di dalam peti sejuk.
Siap!
Langkah Mudah Membuat Kek
Dari resepi di atas apa yang penulis boleh simpulkan adalah terdapat beberapa langkah sahaja seperti;
1. Sediakan bahan
2. Gaulkan
3. Letakan dalam peti sejuk
Cukup mudah dan ringkas resepinya. Mungkin penggemar bakeri dan kek boleh mencuba untuk membuat kek anda dengan peti sejuk melalui resepi yang telah dikongsikan ini.
Anda fikir anda tahu Resepi Membuat Kek Dengan Hanya Peti Sejuk Tanpa Oven ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Memiliki kereta sebenarnya kita menambah komitmen ekonomi kita yang baharu. Selain bayaran bulanan yang kita perlu bayar untuk harga kereta, perlu fikirkan mengenai kos servis juga.
![]() |
Kos Harga Servis Perodua Bezza 1.3L |
Servis memainkan peranan penting dalam keadaan kereta supaya berjaya melepasi tempoh waranti dan sehingga habis bayar.
Servis juga mampu menjaga keselamatan pemandu kereta tersebut juga.
Tidak dan kurang diservis malahan boleh menyebabkan kehilangan perbelanjaan dan kos lebih besar bila berlaku kerosakan berskala besar.
Kos Servis Perodua Bezza Berkapasiti Enjin 1.3L
Namun, servis juga ada kos dan harganya.
Kali ini penulis akan berkongsi kos dan bajet yang diperlukan oleh pemilik kereta Perodua Bezza 1.3L (Premium X dan Advance) berapakah kos yang perlu di bayar untuk setiap sesi servis mengikut perbatuan (mileage) di Perodua Service Centre.
Ini adalah panduan dari 1,000km sehingga 100,000km perbatuan (mileage)
1,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
( Tiada sebarang keperluan untuk penukaran dan servis)
Harga : Percuma
10,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
Harga Servis : RM 177.70 (Labour Charge Free)
20,000 km atau 12 Bulan
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 213.32
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
30,000 km atau 16 Bulan
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Air filter (Cabin Filter)
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 250.87
40,000 km [ Major Service I ]
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Air filter (Cabin Filter)
- Auto Transmission Oil (ATF D3-SP)
- Gear Oil GL4-80W
- Drain Plug Gasket - MT
- Radiator Coolant
- Brake Fluid
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 572.76
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
50,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 213.32
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
60,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Air filter (Cabin Filter)
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 250.87
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Aircond Major Service
70,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 213.32
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
80,000 km [ Major Service II ]
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Air filter (Cabin Filter)
- Auto Transmission Oil (ATF D3-SP)
- Gear Oil GL4-80W
- Drain Plug Gasket - MT
- Radiator Coolant
- Brake Fluid
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 572.76
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
90,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Air filter (Cabin Filter)
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 250.87
100,000 km
Item Servis/Tukar/Tambah
- Perodua Engine Oil ( Fully Syntetic 0W-20 4L )
- Drain Plug Gasket - Engine Oil
- Engine Oil Filter
- Spark Plug (4 nos)
- Labour Charge (kos upah)
- SST (6%)
Harga Servis : RM 433.72
Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)
- Brake Fluid
- Air Cleaner Filter
- Tyre Alignment, balancing and rotation
Jumlah Keseluruhan Kos Servis Perodua Bezza 1.3L
Jumlah keseluruhan untuk servis 10,000km sehingga 100,000km mileage di Perodua Service Center adalah RM 3150.
(Tidak termasuk 'pilihan')
Bagi 'Pilihan' boleh lakukan di pusat servis Perodua atau mana-mana kedai kereta di luar.
Rancang Tabungan Kos Servis Kereta
Bagi menjamin kualiti enjin dan perbatuan yang lebih jauh, patuhi mileage yang memerlukan anda untuk servis.
Ada baiknya anda membuka satu 'tabung' untuk kereta anda supaya tidak terkial dan terkais mencari wang untuk dibelanjakan untuk servis kenderaan.
Bukan sahaja untuk kebaikan kereta malahan servis pada waktu dan dengan mekanik yang betul mampu memberikan keselesaan dan keselamatan ketika menggunakan kereta, dalam artikel ini Perodua Bezza berkapasiti CC 1.3L
Anda fikir anda tahu Harga Kos Servis Perodua Bezza 1.3L Di Perodua Service Centre ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.