Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Harga Ansuran Bulanan dan Kos Selenggara Honda CBR250RR Mengikut Mileage

$
0
0

 " Kos Penjagaan Honda CBR250RR "

Honda CBR 250 RR sudah muncul di Malaysia. Ramai peminat jenama motosikal Honda pasti akan teruja untuk memiliki motosikal ini.

Bayaran dan Kos Servis CBR250RR
Bayaran dan Kos Servis CBR250RR

Dengan spesifikasi yang lebih baik dari Yamaha R25, pasti CBR ini tidak perlu di bandingkan dengan R25.


Mengenai spesifikasi sudah banyak terdapat di Google, Facebook, youtube dan ramai yang sudah kongsikannya.

Kos dan Bajet yang Perlu Anda Tahu

Penulis akan memberikan info pula berapakah harga dan kos yang perlu untuk anda 'meminang' sehingga memiliki CBR 250 RR ini.

Selain bersedia dengan bayaran bulanan untuk yang membeli secara ansuran, kos selenggara (maintenance) juga anda perlu tahu.

Harga Pasaran Motorsikal Honda CBR 250 RR

Harga Kilang Motor 

RM 25,999

Harga Belian Tunai (Cash)

RM 27,021 (termasuk Insurans 'single party' dan cukai jalan (road tax)

RM 28,600 (termasuk Insurans 'all rider' dan extende 1 year waranty)

Bayaran Ansuran Bulanan Dengan Downpayment

Cengkeram (Downpayment) : RM 2900 

Bayaran Bulanan (interest average = 7.08%) : RM 866 (3 tahun), RM 580 (5 tahun), RM 456 (7 tahun)

Gaji minimum : RM 1500 (RM 1800 lebih baik)

Warranty : 2 tahun atau 20,000km

Kos Servis Honda CBR 250 RR Mengikut Mileage

1,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


5,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- 2L Engine Oil


Harga Servis : RM 96


10,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


15,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- 2L Engine Oil


Harga Servis : RM 96


20,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


Servis Asas Sesebuah Motor Dengan Oil Filter

Bagi servis seterusnya ikut sahaja urutan di atas. Dua kali tukar minyak hitam satu kali tukar oil filter. Mana mana servis motosikal sama sahaja dari segi servisnya, minyak pelincir dan oil filter.

Bergantung kepada kapasiti enjin yang membezakan harga dan kos.

Tidak Termasuk Kos 'Wear and Tear' dan Modifikasi

Semua kos dan harga ini tidak termasuk alatan pada motor yang dalam kategori 'wear and tear' iaitu penukaran, pembelian alatan yang sudah rosak, haus atau sudah tidak boleh digunakan.

Berbaloikah untuk Pemula Motor 250cc ?

Secara peribadi jika ditanya penulis adakah berbaloi pembelian Honda CBR 250 RR untuk pemula 250cc ?

Bagi penulis, tidak begitu praktikal jika ia adalah motorsikal 250cc pertama anda.

Walaupun pada sekarang ia adalah motorsikal 250cc terbaik di pasaran Malaysia sebelum kehadiran pencabarnya, Kawasaki ZX25-R nanti.

Jika mahu menukar ke 250cc, penulis akan berjinak- jinak dengan Yamaha YZF-R25 dahulu memandangkan Suzuki 250cc belum muncul di Malaysia.

Tapi jika anda berkemampuan dan mahukan motor spesifikasi terkini, tiada masalah. Boleh sahaja dapatkan Honda CBR250RR ini. Lebih bagus.

Anda fikir anda tahu Harga Ansuran Bulanan dan Kos Selenggara Honda CBR250RR Mengikut Mileage ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Pasang Tinted Kereta Di House of Tinted Ken Rimba Cawangan Shah Alam

$
0
0

 " Pasang Tinted Di House of Tinted "

Pelindung cermin kereta atau lebih dikenali sebagai 'tinted' adalah aksesori kemestian untuk kenderaan.

Pasang Tinted Di House of Tinted Shah Alam
Pasang Tinted Di House of Tinted Shah Alam

Tambahan pula di Malaysia yang memiliki cuaca dan iklim panas sepanjang tahun walaupun ketika musim tengkujuh.


Panas dan bahang dari matahari boleh menyebabkan pengguna kenderaan seolah dibakar dalam ketuhar apabila tiada kelihatan tinted dipasang.

Tinted, Aksesori Penting Kenderaan

Ketika baharu dibeli kenderaan, kereta sebagai contoh. Memang sudah dipasang dengan tinted, namun, tinted yang dipasang seumpama akuarium ikan di mana anda boleh nampak orang diluar dan sebaliknya.

Isu nampak dan tidak nampak bukanlah suatu isu yang besar dalam aspek pemasangan tinted kereta.

Masalah yang biasa adalah haba dan cahaya yang masuk ke dalam kereta anda.

Sudah pasti di negara yang panas dan kesesakan trafik di mana-mana, tinted yang tidak memeberikan 'perlindungan' dari aspek keselamatan dan pancaran matahari perlu dipandang serius.

Spesifikasi Peratusan Kegelapan cermin Tinted JPJ

Ditambah pula dengan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Malaysia) yang sudah ada sedikit 'kelonggaran' mengenai peratus kegelapan cermin tinted dari 2019.

Depan 70%, Tepi Hadapan 50% dan selain itu (cermin penumpang belakang, cermin belakang) adalah bebas sehingga 100%.

Pasang Tinted Kereta Baharu

Sebagaimana penulis, yang baharu sahaja mendapatkan sebuat kereta Bezza Advance 1.3L 2020. Pastinya perkara pertama adalah memasang tinted kepada kereta baharu.

Bezza 2020 Pasang Tinted
Bezza 2020 Pasang Tinted


Di Malaysia terdapat banyak kedai tinted yang wujud. Oleh kerana banyak inilah amat sukar untuk mendapatkan kedai pemasangan tinted yang betul-betul terbaik.

Cara Pemilihan Tinted Terbaik

Beberapa kriteria yang penulis senaraikan sebelum memasang tinted pada kereta;

1. Keberkesanan tinted (pancaran haba, kegelapan dan Perlindungan UV)

2. Harga yang berpatutan

3. Jaminan dan kualiti. 5 tahun atau berapa.

Cara Memilih Kedai Tinted Terbaik

Dalam mencari sebuah kedai pemasangan tinted yang betul-betul menepati kriteria yang penulis senaraikan di atas, seperti biasa penulis akan membuat carian di Google Search dan Google Maps.

Apa yang penulis kaji dan selidik adalah;

1. Paling penting, reviews dan ulasan dan bintang dari pelanggan terdahulu

2. Berapa cawangan kedai yang ada

3. Kedudukan jauh dan dekat kedai tersebut

Baca Ulasan dan Reviews Pelanggan

Faktor pertama iaitu review dari pelanggan terdahulu penulis ambil kira. Ya lah, mana tahu layanan dan servis yang tidak elok boleh kita ketahuinya dari sini.

Kedai Tinted BMF
Kedai Tinted BMF


Boleh lihat review kedai tinted pada Google Maps, Facebook Page dan Instagram jika ada.

Dalam pada carian dan kajian penulis tertarik dengan ulasan diberikan oleh pelanggan yang telah menggunakan khidmat servis pemasangan tinted dengan satu kedai ini.

House of Tinted

Ulasan yang diterima agak menyakinkan untuk penulis mendapatkan khidmat pemasangan tinted untuk kereta Perodua Bezza penulis.

House of Tinted adalah nama kedai servis tinted ini. Dalam carian pertama penulis menemui lokasi House of Tinted ini terletak di Putra Heights, Puchong.

Cawangan House of Tinted Shah Alam

Agak jauh sebenarnya dari tempat kediaman penulis, oleh itu carian cawangan seterusnya adalah House of Tinted yang terletak di Ken Rimba Seksyen 16 Shah Alam

House of Tinted Cawangan Shah Alam
House of Tinted Cawangan Shah Alam


Cawangan ini baharu sahaja di buka untuk cawangan House of Tinted di Shah Alam, Selangor.

Dengan bantuan aplikasi Waze penulis menemui House of Tinted Ken Rimba Shah Alam.

Berada di depan pintu dengan menekan butang loceng, pintu dibukakan dan disapa oleh ketua  cawangan House of Tinted.

Briefing Pilihan Filem Tinted

Sebelum memilih pakej yang ditawarkan, ketua cawangan menjelaskan satu persatu mengenai pilihan jenis tinted yang ada. 

Jenis Filem Tinted Kereta
Jenis Filem Tinted Kereta


Dengan bantuan alat pemanas untuk memberikan lebih kefahaman mengenai rintangan haba dan cahaya pada tinted yang ditawarkan.

Jenis Filem Tinted
Jenis Filem Tinted


Pakej Tinted Nano Ceramic SFkool

Penulis memilih pakej SF Kool Series Nano Ceramic berharga RM800 RM 500 selepas harga promosi.

Pakej Nano Ceramic Tinted
Pakej Nano Ceramic Tinted


Pakej ini menawarkan tinted yang seperti;

1. Nano ceramic tinted film

2. 99% UVray Protection

3. 95% Infra Red Rejection IRR

4. 4 bintang rating penapis haba panas

5. Pilihan kegelapan : (30-50-65-80-95)%

6. Percuma pelindung matahari windshiled

7. Percuma Sticker 'House of Tinted'

8. Warranty 5 Tahun

Pilihan Kegelapan Tinted

Setelah melihat contoh kegelapan dan mengikut pembolehubah dari jpj penulis memilih;

Windshield : 70%

Tepi Pemandu (penumpang depan) : 65%

Keseluruhan belakang : 80%

Tempat Menunggu Disediakan

Berikan peluang kepada pekerja melakukan tugasan pemasangan tinted dan pelanggan boleh menunggu di satu sudut yang telah disediakan untuk menunggu. Dengan kerusi dan sofa beserta meja.

Tempat Pelanggan Menunggu
Tempat Pelanggan Menunggu

Dimainkan lagu untuk menghilangkan kesunyian dalam kedai.

Tempoh Pemasangan

Sekitar satu jam sehingga dua jam. Kurang pasti namun sekitar masa tersebut memandangkan penulis pelanggan pertama untuk hari tersebut.p

Servis Pemasangan Tinted Kereta
Servis Pemasangan Tinted Kereta


Layanan Staf

Dari masuk sehingga selesai tugasan, staf cukup baik hati dan sentiasa dengan senyuman. Pelanggan adalah keutamaan mungkin moto mereka.

Dari pertanyaan whatsapp lagi layanan terbaik diberikan.

Cara Kerja dan Hasil Kerja

Cukup berkualiti dan professional. Tiada sebarang kecacatan yang dilihat yang boleh menyebabkan penulis rasa ingin membuat aduan kepada tribunal pengguna.

Ulasan dan Review Dari Pelanggan
Ulasan dan Review Dari Pelanggan


Bagi yang ingin datang mendapatkan perkhidmatan pemasangan tinted dengan House of Tinted di Ken Rimba Seksyen 16 Shah Alam boleh rujuk Google Maps dibawah.

House of Tinted adalah syarikat bumiputera dan kena dengan slogan 'Buy Muslim First' (BMF).

Anda fikir anda tahu Pasang Tinted Kereta Di House of Tinted Ken Rimba Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

6 Resepi Air Balang Viral Best Seller untuk Pasar Malam dan Bazar Ramadhan

$
0
0

"Resepi Air Balang Pasar Malam dan Bazar Ramadhan"

Air merupakan keperluan asas terpenting kepada manusia. Dalam tubuh manusia terdapat kira kira 70% air dan selebihnya adalah unsur lain.

6 Resepi Air Balang Viral
6 Resepi Air Balang Viral


Malaysia yang memiliki iklim panas yang menyebabkan manusia yang tinggal di sini sentiasa berpeluh dan kekurangan air dalam tubuh.


Dalam cuaca panas dan keletihan dapat minum air adalah nikmat terbaik dalam hidup.

Apa lagi dengan air yang ditambah ais, fuh, awek 'tik tok' lalu sebelah pun tidak perasan. Itu tambah ais, apakata air tersebut memiliki perisa. Perisanya pula adalah dalam perisa buah.

Itu adalah bayangan kenikmatan air dengan ais dan berperisa buah.

Berniaga Air Balang yang Menguntungkan

Berniaga air balang sebegini nampak sahaja mudah namun pulangannya sangat lumayan.

Walaupun anda menjual air kosong, inshaAllah boleh dijamin pasti akan laku. Inikan pula air dengan ais dan berperisa buah.

Tidak Perlukan Kedai yang Besar

Berniaga air balang tidak memerlukan ruang atau kedai yang luas. Berniaga tepi tepi jalan sudah boleh didirikan gerai.

Di bahu jalan, ditepi pintu pagar sekolah apalagi di kantin.

Bisnes Air Balang Di Pasar Malam dan Bazar Ramadhan

Lebih terbaik apabila berniaga air balang di pasar malam. Lagilah laku keras. Kalau makan mesti mahu air apalagi kalau penat keliling pasar malam air juga yang dicari nanti.

Itu di pasar malam.

Bayangkan pula ketika bulan puasa, bulan Ramadhan. Seharian berpuasa, benda pertama yang akan dibeli di pasar Ramadhan semestinya air.

Sunnah berbuka dengan benda manis apalagi air yang berperisa.

Sudah nampak bukan bisnes air balang pasti akan memberikan keuntungan lumayan. Namun, air ada di mana-mana, bagaimana pula dengan perisa ?

Teknik Buat Air Balang

Silap buat air mungkin pelanggan sekali sahaja datang ke gerai atau kedai anda.

Disini pentingya resepi membuat air berperisa. Dalam resepi air balang pastinya anda wajib tahu;

1. Sukatan air putih

2. Cara bancuh perisa dan air gula

3. Portion air, ais dan perisa

Cadangan Air Balang yang Boleh Di Jual

Semua boleh bancuh air, antara sedap dan tidak sedap. Sedap bermakna ramai yang akan datang. Ramai yang datang bermaksud keuntungan.

Antara cadangan perisa air balang yang boleh dijual adalah;

1. Air soya

2. Coconut Shake

3. Jus Durian Belanda

4. Jus Kedondong Asam Boi

5. Air lemon soda

6. Teh Ais Viral (mungkin dengan Boba)

Membuat bancuhan air yang disenaraikan di atas bukan sekadar tuang dan bancuh, perlu ada caranya.

Sudah tahu cara pasti air akan tahan lama, rasa lain pada yang lain dan senang diingati pelanggan kerana 'trademark' minuman kita.

E-book Resepi Air Balang Viral

Jangan risau akan resepinya, ia sudah dikumpulkan oleh pakar dalam versi E-book.

E-book Resepi Air Balang Viral
E-book Resepi Air Balang Viral


6 resepi air balang yang menjadi 'best seller' di pasar malam atau pasar ramadhan.

Free Gift Ebook Bisnes Air Balang
Free Gift Ebook Bisnes Air Balang


Boleh klik 'banner' di bawah untuk pembelian 6 resepi air balang best seller ini dengan beberapa E-book 'free gift' panduan dalam bisnes air balang.


Anda fikir anda tahu 6 Resepi Air Balang Best Seller untuk Pasar Malam dan Bazar Ramadhan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Kos Maintenance Servis Proton X50 dari Mileage 1000km Sehingga 120000km

$
0
0

"Kos Servis Proton X50"

Proton X50 antara model dari Proton yang mampu bersaing dengan Honda HRV, serta BMW H1. Memiliki spesifikasi luaran dan dalaman yang canggih memberikan saingan kepada model luar negara.

Kos Maintenance Proton X50 Service Centre
Kos Maintenance Proton X50 Service Centre

Ramai yang minat dan suka, namun, apakah ia 'berpatutan' dengan ekonomi dan bajet perbelanjaan harian anda.



Penyediaan bayaran bulanan dan road tax serta insurans pasti sudah anda membuat kiraan berapakah simpanan yang perlu untuk Proton X50 ini.

Namun, dari segi servis dan selenggaran serta penukaran asas untuk kereta ini perlu juga diambil kira.

Penulis akan bantu anda untuk membuat bajet dan perancangan kos servis dengan menyenaraikan harga bayaran untuk setiap mileage ketika servis Proton X50 anda di Proton Service Centre.

1000 km

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : Percuma


10,000 km


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Engine Air Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 275.54 (Labour Charge Free)


20,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Fuel Filter

- Cabin Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 342.70


30,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 358.22


40,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Fuel Filter

- Cabin Filter

- 3 Spark Plug

- Brake Fluid

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 459.35


50,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 358.22


60,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Fuel Filter

- Cabin Filter

- Radiator Coolant

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 637.15


70,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 358.22


80,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Fuel Filter

- Cabin Filter

- 3 Spark Plug

- Brake Fluid

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 459.35


90,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Gear Box Oil (DCT)

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 640.10


100,000 km


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 438.10


110,000 km


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Timing Belt

- Drive Belt

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 825.27


120,000 km


Item Servis/Tukar/Tambah

- Engine Oil 5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Fuel Filter

- Cabin Filter

- 3 Spark Plug

- Radiator Coolant

- Brake Fluid

- Labour Charges

- SST ( 6% )

Harga Servis : RM 830.12

Jumlah Keseluruhan Bayaran Servis Proton X50

Jumlah keseluruhan untuk servis 10,000km sehingga 100,000km mileage di Proton Service Center adalah RM 4326.95

Waranti yang diberikan oleh Proton untuk X50 adalah 5 tahun.

Namun, sempatkan kereta anda untuk mencapai 'benchmark' tersebut jika tidak menjaga servis atau selenggaraan kereta anda mengikut masa dan keperluan tertentu ?

Anda fikir anda tahu Kos Maintenance Servis Proton X50 dari Mileage 1000km Sehingga 12000km ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Beli dan Dapatkan Jersey The Red Warriors Kelantan FC 2021

$
0
0

"Beli Jersi The Red Warriors"

Semuanya bermula dengan seorang lelaki pertengahan usia menelefon seseorang di dengan membelakangi kamera.

Jersey The Red Warriors 2021
Jersey The Red Warriors 2021


Pada babak yang seterusnya, sebuah kereta MPV memasuki laman kawasan berupa chalet.


Sambil diperhatikan lelaki pertengah usia tadi, keluar kelibat empat orang dari MPV terbabit, yang terus menuju masuk ke vila.

Keempat empat anak muda terbabit bertentang mata dengan lelaki berusia tadi sambil meminta maaf kerana terlambat.

Apa yang pasti bukan lelaki Malaysia.

Tanpa mendengar sebarang alasan, lelaki berusia tersebut terus bertanyakan kepada anak anak muda tadi mengenai jersi.

Pertanyaan tadi disampuk oleh seorang lelaki Kelantan menanyakan apakah yang diperkatakan oleh lelaki berusia yang bercakap dalam bahasa inggeris.

Itulah sebahagian persembahan untuk memperkenalkan 'perisai' keramat iaitu jersi The Red Warriors untuk musim 2021.

Bagi majlis pelancaran dalam era pandemik ini ia dilangsungkan secara 'streaming' oleh Zamsaham yang juga dikenali sebagai Boh Zam.

3 Jenis Jersey The Red Warriors 2021

Dalam majlis ini jersi dengan tiga variasi 'design' diperkenalkan. 

1. Home Jersey (Merah Putih)

Home Kit TRW 2021
Sumber : TRW Kelantan FC


2. Away Jersey (Hitam Emas)

Away Kit TRW 2021
Sumber : TRW Kelantan FC


3. Third Kit Jersey (Putih  Emas)

3rd Kit TRW Jersey
Sumber : TRW Kelantan FC


Masing-masing jersi dipadankan dengan logo terbaharu The Red Warriors pada dada kiri.

Dengan pelancaran ini maka peminat dan penyokong TRW boleh mula mendapatkan jersi pasukan untuk dipakai nanti.

Saiz dan Ukuran Jersi The Red Warriors 2021

Terdapat pelbagai saiz ditawarkan untuk jersi TRW kali ini iaitu;

Ukuran Saiz Jersi TRW
Ukuran Saiz Jersi TRW



XS

S

M

L

XL

2XL

3XL

4XL

5XL

6XL

7XL

8XL

Senarai Harga Jersey The Red Warriors Kelantan FC 2021

Terdapat beberapa kategori harga yang ditawarkan. Bermula dengan RM25 sehingga RM234.

Bergantung kepada beberapa pakej dan tambahan merchandise TRW.

1.KELANTAN FC 2021 JERSEY [FANS EDITION] - JERSEY ONLY

Harga : RM25

[ Klik Sini Untuk Beli ]

2. KELANTAN FC 2021 JERSEY [93 EDITION] READY STOCK - JERSEY ONLY

93 Edition Jersey
93 Edition Jersey

Harga : RM93

[ Klik Sini Untuk Beli ]

3. KELANTAN FC 2021 HOME JERSEY RED [FAN EDITION] ADD ON NAME SET

Harga: RM25 - RM50 

(Pilihan : Name only, Number Only, Name and Number dan Jersey Only) dan mengikut saiz

[ Klik Sini Untuk Beli ]

4. KELANTAN FC 2021 JERSEY [PREMIUM EDITION] - PRE ORDER JERSEY ONLY

Harga: RM189 - RM209

(Harga mengikut Saiz) termasuk mafla

[ Klik Sini Untuk Beli ]

5. KELANTAN FC 2021 HOME JERSEY [PREMIUM EDITION] - ADD ON NAME SET



Harga: RM189 - RM234 

(Harga mengikut Saiz) termasuk mafla

[ Klik Sini Untuk Beli ]

Dengan pilihan harga yang banyak serta saiz yang menepati kesesuaian semua peminat apakata kita sama sama menjadi pemain yang ke-12 dengan membantu pasukan TRW meneruskan legasi dalam kancah bola sepak Malaysia.

Anda fikir anda tahu Cara Beli dan Dapatkan Jersey The Red Warriors Kelantan FC 2021 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 


Apakah Maksud Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam Pada Livery Pesawat ?

$
0
0

 " Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam "


Seperti pepatah lidi seikat, kalau satu lidi mudah patah, kalau banyak lidi digengam sukar untuk dipatahkan.

Apa Itu Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam
Apa Itu Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam


Begitulah perumpamaan, kalau seorang tidak berani, kalau bawa geng semua dilanggar. Begitu juga jika syarikat atau entiti tertentu. Jika melakukan kerjasama pasti akan berjaya.


Antara bidang yang turut melakukan kehidupan seperti Whatsapp group ini adalah syarikat penerbangan.

Sky Alliance, Oneworld dan SkyTeam

Mesti ada yang pernah terlihat badan pesawat yang memiliki tulisan atau lambang yang tertera Oneworld, Sky Alliance dan Skyteam.

Apa nama semua ini ?

Malaysia Airlines sendiri memiliki nama Oneworld pada sebahagian pesawat milik mereka.

Bagi penulis seorang #Planspotter tidak pelik dan hairan dengan perkataan ini, kerana sudah biasa dilihat pada kanta DSLR.

Apakah ini semua iluminati ? Cup! jauh sekali dengan perkataan itu.

Apa itu Alliance Airlines ?

Sebenarnya, terdapat tiga kumpulan pakatan penerbangan yang ada di dunia. Mungkin ada lagi tetapi yang terbesar adalah tiga pakatan ini.

Pakatan sebegini adalah untuk memperkuatkan lagi peluang untuk bersaing dalam bidang penerbangan.

Contoh sahaja, filem KL Gangster atau Crows Zero, untuk bersaing semestinya perlu ada kumpulan dan pakatan.

Pakatan ini adalah;

1. Sky Alliance

2. Oneworld

3. Sky Team

Setiap pakatan ini dianggotai oleh beberapa ahli, ahlinya semestinyalah syarikat penerbangan (airlines).

Airlines Alliance Syarikat Penerbangan Dunia

Dalam pakatan atau kumpulan ini mereka memiliki 'codeshare' tersendiri atau trademark code tersendiri mengikut jenis pakatan.

Kita kenali satu persatu pakatan (alliance) yang ada;

1. Sky Alliance

Star Alliance Livery
Star Alliance Livery | Google Image

Diwujudkan pada 1997 dan berpusat di Frankfurt, Germany. Merupakan pakatan pertama sekali wujud dari ketiga-tiga pakatan syarikat penerbangan.

Menggunakan slogan “The Way The Earth Connects”.

Antara syarikat pernerbangan yang berada di bawah Sky Alliance adalah;

Aegean Airlines

Air Canada

Air China

Air India

Air New Zealand

ANA

Asiana Airlines

Austrian Airlines

Avianca

Brussels Airlines

Copa Airlines

Croatia Airlines

EgyptAir

Ethiopian Airlines

Eva Air

Lot Polish Airlines

Lufthansa

Scandinavian Airlines

Shenzhen Airlines

Singapore Airlines

South African Airways

SWISS

Tap Air Portugal

THAI Airways

Turkish Airlines

United Airlines


2. Oneworld

Malaysia Airlines Oneworld Livery
Malaysia Airlines Oneworld Livery | Google Image


Merupakan kumpulan pakatan kedua ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Pakatan ini ditempatkan pusatnya di New York, Amerika Syarikat.

Menggunakan “An alliance of the world’s leading airlines working as one” sebagai slogan pakatan.

Antara airlines yang menjadi pemula kepada pakatan Oneworld adalah;

British Airways

American Airlines

Cathay Pacific

Qantas

Seterusnya dianggotai oleh beberapa airlines lain seperti;

American Airlines

British Airways

Cathay Pacific

Finnair

Iberia

Japan Airlines

Malaysia Airlines

Qantas

Qatar Airways

Royal Air Maroc

Royal Jordanian

S7 Airlines

Sri Lankan Airlines

*Termasuklah Malaysia Airlines pada 2013.


3. SkyTeam

Korean Air Skyteam Livery
Korean Air Skyteam Livery | Google Image


Pada Jun 2000 SkyTeam mewujudkan pakatan mereka. Menjadikan “Caring more about you” sebagai slogan, pakatan ini berpangkalan di Belanda.

Airlines yang mula bersama pakatan SkyTeam adalah;

Aeromexico

Air France

Delta Air Lines

Korean Air

Diikuti oleh syarikat penerbangan lain;

Aeroflot

Aerolíneas Argentinas

Aeroméxico

Air Europa

Air France

Alitalia

China Airlines

China Eastern Airlines

Czech Airlines

Delta Air Lines

Garuda Indonesia

Kenya Airways

KLM Royal Dutch Airlines

Korean Air

Middle East Airlines

Saudia

TAROM

Vietnam Airlines

XiamenAir

Sebab Penubuhan Airlines Alliance

Penubuhan pakatan (alliance) sebegini selain dari memberikan keuntungan bersama kepada syarikat penerbangan dengan perkongsian laluan dan jadual penerbangan bersama.

Kelebihan Airlines Alliance Kepada Penumpang

Ia lebih memberikan pulangan kepada penumpang.

Banyak kelebihan kepada penumpang yang menggunakan khidmat dari tiga pakatan Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam ini.

Contohnya dari segi;

1. Pengurusan Transit Penerbangan

2. Urusan Tempahan Tiket

3. Sistem pengurusan Bagasi

4. Mata ganjaran atau Rewards Penumpang

Boleh dikatakan ia situasi 'menang-menang' untuk syarikat penerbangan dan pengguna penerbangan tidak kira untuk travel atau bisnes.

Anda fikir anda tahu Apakah Maksud Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam Pada Pesawat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Peraturan Offside (Law 11) Terbaharu oleh IFAB Dalam Sukan Bola Sepak

$
0
0

 " Peraturan Offside Bola Sepak "

Dalam permainan bola sepak terdapat undang undang dan peraturan bagi mengelakan berlakunya isu penipuan dan ketidakadilan.

Apa itu Offside Dalam Bola Sepak ?
Apa itu Offside Dalam Bola Sepak ?

Salam satu undang undang dalam bola sepak adalah offside atau bahasa kampung 'curi ayam'.


Tiada istilah menunggu bola (kebiasaan striker) dalam bola sepak. Anda perlu beraksi meskipun jauh dengan bola.

Penerangan ringkas adalah, pemain tidak boleh berada jauh di kawasan lawan sehingga melepasi kedudukan pemain lawan terakhir (tidak termasuk penjaga gawang).

Undang Undang Offside Baharu IFAB

Bila berada pada kedudukan ini pemain terbabit tidak boleh aktif atau menerima bola dari kawan yang ingin menghantarkan bola kepadanya.

Bagi undang undang terperinci (details) mengenai undang undang offside (Law 11) oleh IFAB (International Fooball Association Board) boleh rujuk penerangan dibawah;

Kedudukan Offside

Tidak menjadi kesalahan jika pada kedudukan dan posisi offside.

Pemain akan berada di dalam posisi offside apabila;

- Mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki berada di bahagian tengah lawan (tidak termasuk garis tengah) dan

- Mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki lebih dekat ke garisan gol lawan daripada kedua-dua bola dan lawan kedua terakhir

- Tangan dan lengan semua pemain, termasuk penjaga gawang, tidak diambil kira.

Pemain tidak berada dalam posisi offside jika berada pada sebaris dengan:

- Lawan kedua terakhir atau- dua lawan terakhir

Kesalahan Offside

Seorang pemain dalam posisi offside pada saat bola dimainkan atau disentuh * oleh rakan sepasukan hanya dikenakan penalti kerana terlibat dalam permainan aktif oleh:

- Mengganggu permainan dengan bermain atau menyentuh bola yang dilalui atau disentuh oleh rakan sepasukan atau

Mengganggu lawan dengan:

Menghalang lawan daripada bermain atau dapat bermain bola dengan jelas menghalang garis penglihatan lawan atau

- Mencabar lawan untuk bola atau

- Jelas cuba bermain bola yang berada dekat ketika aksi ini memberi kesan kepada lawan atau

- Membuat aksi yang jelas yang memberi kesan yang jelas pada kemampuan lawan bermain bola

* Titik hubungan pertama 'bermain' atau 'sentuhan' bola harus digunakan

atau

Memperoleh kelebihan dengan bermain bola atau mengganggu lawan apabila mempunyai:

- Melantun atau dibelokkan dari tiang gawang, palang atau lawan

- sengaja diselamatkan oleh mana-mana pihak lawan

- Seorang pemain dalam posisi offside yang menerima bola dari lawan yang sengaja bermain bola, termasuk dengan bola baling yang disengaja, tidak dianggap mendapat keuntungan, kecuali jika disengajakan oleh lawan mana pun.

- ‘Save’ adalah ketika pemain berhenti, atau cuba menghentikan, bola yang masuk ke dalam atau sangat dekat dengan gawang dengan mana-mana bahagian badan kecuali tangan / lengan (kecuali penjaga gawang dalam kawasan penalti).

Dalam keadaan di mana:

- Pemain bergerak dari, atau berdiri di dalam, posisi offside menghalangi lawan dan mengganggu pergerakan lawan ke arah bola ini adalah kesalahan offside jika ia memberi kesan kepada kemampuan lawan untuk bermain atau mencabar untuk bola; jika pemain bergerak ke arah lawan dan menghalangi kemajuan lawan (mis. menyekat lawan) kesalahan itu harus dihukum di bawah Undang-undang 12; Law Foul and Misconduct

- pemain dalam posisi offisde bergerak ke arah bola dengan tujuan bermain bola dan dicemari sebelum bermain atau cuba bermain bola, atau mencabar lawan untuk bola, pelanggaran tersebut dihukum kerana telah terjadi sebelum serangan offside

- kesalahan dilakukan terhadap pemain yang berada di posisi offside yang sudah bermain atau cuba bermain bola, atau mencabar lawan untuk bola, kesalahan offside dihukum kerana telah terjadi sebelum cabaran pelanggaran

Tiada Kesalahan Offside

Tidak ada kesalahan offside jika pemain menerima bola secara langsung dari:

- Sepakan gol

- Balingan

- Sepakan sudut

Posisi offside adalah antara kesalahan yang banyak kali berlaku dalam perlawanan bola sepak selain dari kekasaran (Foul).

Offside agak subjektif di mata Official atau pengadil.

Sebab itu sekarang terdapat VAR ( Video Assistant Referees) yang akan membantu melihat semula kejadian offside yang ingin dibahas oleh pemain atau individu ketika perlawanan berlangsung.

Anda fikir anda tahu Peraturan Offside (Law 11) Terbaharu oleh IFAB Dalam Sukan Bola Sepak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Apakah Kandungan Vaksin Covid-19 dan Bagaimana Vaksin Covid-19 Berfungsi Dalam Badan ?

$
0
0

" Kandungan dan Fungsi Vaksin Covid-19 "

Bermulalah era suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia apabila, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin pada 24 Februari 2021.

Bagaimana Vaksin Covid 19 Berfungsi
Bagaimana Vaksin Covid 19 Berfungsi

Namun, apakah yang terkandung dalam vaksin Covid-19 ini ?


Ramai yang menyuarakan pendapat sendiri tidak kiralah anda tidak pernah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sehinggalah anda seorang Professor Madya.

Lainlah jika anda adalah seorang pakar dalam virology dan vaksin, boleh lah diambil pandangan.

Timbul Teori Konspirasi Kandungan Vaksin Covid-19

Apa lagi ramai penganut 'palatao' dan pengikut teori konspirasi yang 'tahu' kandungan yang ada dalam vaksin covid-19, ada yang berkata ada lemak babi. Tidak kurang juga yang berkata ini adalah cara puak 'New World Order' meletakan mikrocip dalam vaksin untuk mengesan pergerakan kita. 

Padahal orang tersebut menulis komen di 'Facebook' dengan menggunakan telefon pintar dengan GPS built in yang sentiasa terbuka 'Location Information'.

Kebiasaan vaksin kandungannya adalah virus itu sendiri. Virus yang sudah dimatikan dan ada juga virus yang dilemahkan dan sudah tidak aktif untuk menyerang sistem pertahanan manunisa.

Sebelum lebih jauh fahami bagaimana virus covid-19 menyerang sel badan manusia.

Bagaimana Virus Corona (COVID-19) Menyerang Manusia ?

Virus Corona Covid-19 adalah tersangat halus sehingga boleh memasuki sel.

Virus ini lebih kepada menyerang sel. Bentuknya yang memiliki banyak antenna (duri atau jarum) memudahkan tugasnya.

Apabila virus ini menyerang sel organ (lebih popular sel di paru-paru), virus ini akan menyuntik genetiknya dalam bentuk DNA atau RNA iaitu 'resepi' untuk mencipta protein virus tersebut.

Apabila melepaskan DNA atau RNA ke dalam sel manusia, sel tersebut akan 'digodam' dan dengan bantuan DNA atau RNA virus tersebut mereka akan mengambil alih sel manusia untuk mencipta protein dengan DNAnya untuk membiak.

Seumpama proses pengeraman, cuma virus ini tidak melepaskan telur tetapi genetik (DNA atau RNA) melalui 'duri-duri'.

Sebab itulah mRNA virus Covid-19 ini diambil pada 'duri-duri'.

Bagi Covid-19, para pakar telah menggunakan satu teknik dan metod baharu dengan menjadikan mRNA sebagai kandungan dalam vaksin Covid-19.

Apakah itu mRNA ?

Setiap benda hidup termasuk manusia dan virus ada sel. Di dalam sel terdapat kromosom. Di dalam kromosom terdapat DNA.

DNA adalah pengenalan seseorang. Dalam DNA terdapat RNA yang berfungsi untuk membawa 'data' dari DNA untuk proses membuat protein.

Protein adalah struktur asas pada benda hidup.

'm' bermaksud 'messenger' iaitu utusan. Bahasa mudahnya mRNA ini adalah 'resepi' untuk membuat protein mengikut acuan dari DNA.

Resepi ini akan digunakan oleh Ribosome dengan bantuan amino acid (dari nutrien kita makan) untuk membuat protein. Protein ini asas kepada pembentukan sel, tisu, organ sehinggalah menjadi manusia.

Bagi kegunaan virus covid-19 pula, mereka memerlukan protein ini untuk membiak dengan lebih banyak.

Apakah Kandungan Dalam Vaksin Covid-19 ?

Pakar mengekstrak mRNA (resepi protein) dari sel virus Covid-19 untuk dijadikan kandungan vaksin.

Jangan risau mRNA bukan 'seketul' organisma hidup, jadi ia tidak berbahaya.

Antena atau Duri Duri (Warna Merah)
Antena atau Duri Duri (Warna Merah) | Google Image


Kita kenal Virus Corona versi 2 ini bentuknya seperti buah durian, berduri duri. Para pakar mengambil mRNA dari 'duri-duri' ini untuk dijadikan kandungan vaksin.

Tiada sebarang sel virus Covid-19 yang lengkap digunakan. Sekadar 'cebisan resepi' untuk virus Covid-19 membuat protein untuk membiak.

Apa yang berlaku apabila kita disuntik vaksin mRNA Covid-19 ?

Vaksin mula di suntik kepada manusia melalui bahu biasanya. Kandungan bendalir yang mengandungi mNRA antena (duri-duri) virus Corona masuk ke dalam badan.

suntik vaksin
suntik vaksin

Target adalah sel yang ada dalam badan manusia, tidak kira sel - sel pada daging, pada kulit atau organ mana-mana.

mRNA milik virus ini akan memasuki lapisan membran sel dan akan bertindak dengan ribosome yang sememangnya ada dalam sel tersebut.



Gabungan mNRA (covid) dan Ribosome (sel manusia) , melalui beberapa proses sebelum membentuk protein sehingga terlahirnya satu material berbentuk 'duri duri' pada virus corona.

Antena dan duri duri covid palsu terbentuk
Antena dan duri duri covid palsu terbentuk


Apabila terhasilnya antena covid ini, maka sistem pertahanan antigen-antigen yang bertindak membunuh patogen asing dalam badan mula mengenalpasti apakah 'makhluk' ini. Jika mereka tidak mengenalinya maka perlu diperangi.

Kelemahan antigen ini adalah lambat membuat 'senjata' baharu untuk menghapuskan benda asing tersebut, kerana itulah ia perlu mengenalpasti dahulu sebelum membunuh benda asing yang ada dalam sistem tubuh.

Antibodi Menyerang Patogen
Antibodi Menyerang Patogen

Apabila kenal pasti jenis protein yang terdapat pada benda asing tersebut (antena covid, duri duri) baharulah sistem antibodi membuat protein yang mampu melawan benda asing ini.

Antibodi manusia boleh sahaja untuk membina protein untuk menghapuskan benda luar yang ada namun memakan masa. Sebelum sempat sistem pertahanan menghasilkan protein yang mampu menghapuskan benda asing, virus covid-19 sudah membiak dan merebak.

Oleh kerana inilah, vaksin perlu disuntik sebagai pemberitahuan awal bahawa wujudnya sesuatu sebegini, sempatlah sistem pertahanan badan mencipta mekanisme untuk menghapuskan Virus Covid-19 ini jika, tubuh dimasuki Virus Covid-19.

Kejadian sebenar adalah lebih kompleks namun penulis cuba ringkaskan konsepnya sebagai sebuah cerita



Serangan Virus Covid-19 Kepada Tubuh yang Telah Divaksin

Memandangkan tubuh sudah memiliki pengenalan dan protein yang boleh menghapuskan antena virus covid-19, apabila virus ini memasuki badan dan cuba untuk menyuntik mNRAnya ke dalam sel manusia, sistem pertahanan badan sudah kenal akan ancaman yang masuk.

Antibodi Tubuh Kenal Virus Covid Sebenar
Antibodi Tubuh Kenal Virus Covid Sebenar

Seterusnya akan menghapuskan antenna yang cuba menyuntik mNRA milik covid-19 memasuki sel. Enzim atau protein yang telah dihasilkan oleh sistem antibodi badan ini di simpan oleh B-Cell yang akan merembeskan 'senjata' untuk mengelakan covis-19 berjaya menyuntik mNRAnya kerana antena nya sudah tiada.

Disclaimer : Ini adalah pemahaman penulis sendiri melalui pencarian dan pembacaan sendiri melalui internet.

Anda fikir anda tahu Kandungan Vaksin Covid-19 dan Bagaimana Vaksin Covid-19 Berfungsi Dalam Badan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan yang Terbaik

$
0
0

 " Tips Memilih  Insurans Kesihatan "

Zaman sekarang memiliki polisi insurans kesihatan boleh dikatakan keperluan. Bab kesihatan dan penyakit serta kemalangan kita tidak boleh jangka.

tips sebelum memilih insurans kesihatan
tips sebelum memilih insurans kesihatan


Hari-hari datang bekerja dan balik kerja kita sentiasa terdedah bahaya. Apalagi jika kerja dalam suasana berisiko.


Kepentingan Insurans Kesihatan

Penyakit juga kita tidak tahu bila akan menyerang. Ketika sedang beriadah pun boleh rebah kerana masalah jantung.

Jadi, pengambilan insurans kesihatan adalah terbaik. Terdapat banyak polisi dan plan insurans kesihatan yang ada.

Agen dan Polisi Insurans Kesihatan Banyak Pilihan

Ramai juga menjadi agen insurans masa kini. Kawan tadika yang tiba tiba muncul tambah kenalan di media sosial, semata-mata untuk menjual insurans.

Maka, benda yang banyak selalunya ada yang terbaik dan ada yang mengecewakan. Jadi jom kita lihat apakah kriteria dan langkah awal sebelum memilih polisi insurans kesihatan yang ada.

Insurans Kesihatan Satu Pelaburan

Insurans kesihatan adalah pelaburan yang paling ketara dalam banyak jenis insurans yang ada.

Perkara utama yang perlu anda lihat adalah polisi yang meliputi banyak perlindungan denga jumlah wang perlindungan yang besar apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Checklist Langkah Langkah Sebelum Memilih Insurans Kesihatan

Polisi insurans kesihatan terbaik adalah polisi yang memberikan wang pampasan melebihi 90% dari jumlah bil hospital anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan polisi yang benar-benar berharga dari segi liputan yang anda dapat dan premium yang anda bayar.

1. Rancang Bajet Kewangan untuk Bayaran Bulanan

Ini adalah faktor utama. Terdapat banyak sebenarnya polisi dan plan, maka bayaran bulanannya juga adalah berbeza.

Polisi plan insurans kesihatan ini sebenarnya antara komitmen seperti loan ASB, loan kereta dan loan rumah.

Pertama ekali anda perlu rancang berapakah julat wang minimum dan maksimum bayaran bulanan untuk insurans kesihatan.

2. Nilai Tertinggi Pampasan Insurans Kesihatan Dengan Inflasi Semasa

Apabila memilih polisi insurans kesihatan, pastikan jumlah wang perlindungan adalah yang tertinggi dalam carian polisi anda.

Nilai pampasan sekitar RM300,000 dan RM500,000 mungkin sudah tidak mencukupi sebenarnya. Ini adalah contoh amaun.

Dengan kenaikan harga prosedur perubatan, pembedahan dan alatan hospital, untuk pembedahan dan penyakit kronik, jumlah berkenaan mungkin tidak mencukupi.

Oleh itu, memilih polisi dengan jumlah yang lebih tinggi yang dijamin harus menjadi keutamaan anda dan anda harus mengambil kira kadar inflasi semasa.

3. Pertimbangkan untuk Melabur Dalam Polisi di Mana Anda Boleh Mendapat Liputan Maksimum

Jika anda membaca terma dan syarat yang ada dalam polisi insurans kesihatan anda pasti ada point point penting di dalamnya.

Terdapat minimum dan maksima wang pampasan yang akan anda perolehi jika berlaku sesuatu.

Contohnya, anda boleh mendapat perlindungan sewa bilik hospital dari hanya RM100 hingga RM500 sehari. Anda tidak dapat mengemukakan tuntutan jika anda menderita penyakit yang sudah ada sebelumnya.

Ada juga sesetengah polisi yang tidak 'cover' untuk bayaran ambulans dan macam macam lagi.

Jadi, ketika membaca polisi anda pastikan apa yang tidak dilindungi dan apa yang dilindungi. Pilih plan polisi insurans kesihatan yang banyak 'coverage' walaupun sekecil kecil pampasan.


4. Pertimbangkan untuk Melabur Dalam Polisi Penjagaan Kritikal Bersama Dengan Polisi Insurans Kesihatan Umum Anda

Terdapat dua jenis plan biasa dalam polisi insurans kesihatan, perlindungan kesihatan umum dan perlindungan kesihatan kritikal.

Polisi perlindungan untuk kesihatan umum (general) biasanya tidak akan melindungi untuk bahagian penyakit kritikal seperti seperti barah, tumor, kegagalan buah pinggang, dan lain lain.

Sebagai contoh, barah, jika anda memilih polisi umum kesihatan ia hanya kekal untuk seketika.

Memandangkan prosedur untuk penyakit kanser ini agak panjang. Secara normal, pembedahan sahaja tidak akan menyembuhkan kanser secara total.

Dengan ubatan dan kemoterapi pasti terdapat bayaran lain selain yuran berada di hospital.

Jadi, lebih baik dapatkan polisi yang 'cover' untuk penyakit kritikal.

5. Pertimbangan Rangkaian Hospital yang Memberi Perlindungan

Jika syarikat biasa ada klinik dan hospital panel. Begitu juga insurans kesihatan, terdapat rangkaian hospital yang berada di bawah polisi insurans kesihatan berkenaan.

Pastikan banyak rangkaian klinik, poliklinik dan hospital dalam perlindungan polisi insurans kesihatan tersebut.

Supaya mudah apabila berlaku apa apa kelak, tidak memerlukan bayaran tunai dan bayaran pada masa tersebut. Dengan menunjukan kad polisi insurans kesihatan sahaja boleh dimasukan ke wad hospital untuk rawatan lanjut.

6. Periksa Rekod Claim Settlement Polisi

Anda mungkin tidak mahu berlakunya kelambatan bayaran oleh pihak insurans ketika hospital meminta bil dari anda.

Apalagi apabila wang tuntutan tidak mencukupi nilai sebenar rawatan.

Jadi gunakan sedikit masa dan peluang membuat bancian sendiri pada laman sesawang pihak plan dan polisi insurans kesihatan terbaik apakah pihak insurans terbabit betul betul telus untuk bayaran tuntuan.

Seperti membeli rumah juga, adakah pemaju tiada sebarang perumahan terbengkalai dan projek sakit ?

Sebab itu agak penting melihat profil agen yang menceritakan mengenai pelanggan mereka yang berjaya 'claim' insurans mereka sebagai testimonial.

7. Baca Ulasan dan Review Tentang Polisi, Pihak Insurans Kesihatan 

Lihat rekod dengan pelanggan terdahulu adakah bayaran mencukupi dan tiada rekod kelewatan. Review dari pelanggan adalah kayu ukur terbaik dalam membeli insurans kesihatan.

Buat carian pada laman sesawang pihak polisi insurans kesihatan itu sendiri, melihat review di google dan facebook dan media sosial lain.

Lebih baik, cari pelanggan yang menggunakan polisi atau plan insurans kesihatan yang sama. Tanya pengalaman dalam berurusan dengan pihak insurans kesihatan terbabit, seperti prosedur penyelesaian tuntutan, masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tuntutan, alasan penolakan tuntutan, dan betapa mudah atau sukarnya mengakses penyedia insurans.

8. Pertimbangkan Semua Penyertaan dan Pengecualian Dalam Polisi

Tanpa membaca terma dan polisi insurans kesihatan yang ingin diambil ini menjadi masalah kepada pelanggan insurans kesihatan kelak.

Kenapa ? Kerana di dalam terma dan syarat terbabit semestinya sudah ditulis ada penyakit atau kes kemalangan yang boleh dilindungi dan ada yang tidak dilindungi.

Contohnya, penyakit seperti HIV, AIDS dan PMS tidak dilindungi insurans. Anda juga tidak boleh mengemukakan tuntutan untuk rawatan kosmetik (tidak timbul akibat kecederaan atau kemalangan), pembedahan pergigian dan katarak.

 Adalah mustahak untuk memeriksa rawatan apa yang dilindungi dan tidak dilindungi agar anda tidak menghadapi masalah semasa mengemukakan tuntutan insurans.

Apabila berlaku kes yang tidak dilindungi maka ketika itulah masalah timbul apalagi ketiadaan simpanan yang banyak.

Panduan Dalam Memilih Polisi Insurans Kesihatan

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan kepada yang ingin mendapatkan perlindungan insurans kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Syarikat tempat kerja juga ada insurans, tidak semestinya individu maka buatlah pilihan yang bijak, pelbagai 'provider' insurans kesihatan yang ada kini.

Anda fikir anda tahu Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan yang Terbaik ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Kos Maintenance Mengikut Mileage Perodua Axia Di Perodua Service Centre

$
0
0

 "Kos Servis Perodua Axia"

Perodua Axia merupakan kereta 'entry level' paling banyak digunakan di Malaysia. Menjadi pengganti kepada Perodua Viva, Perodua Axia merupakan edisi seterusnya untuk kereta jenis kompak yang mampu milik.

Kos Servis Perodua Axia 1000km - 100000km
Kos Servis Perodua Axia 1000km - 100000km


Dengan harga yang cukup berpatutan dan bersesuaian dengan mereka yang inginkan kereta pertama dan kereta kegunaan harian, Perodua Axia adalah piliha terbaik.


Bayaran bulanan dan insurans dan cukai jalan pasti menjadi keutamaan pengguna Perodua Axia dalam perancangan kos 'memelihara' kereta tersebut.

Bayaran Servis Perodua Axia Dari 1,000km Sehingga 100,000km

Namun, ada satu lagi bajet dan perbelanjaan yang perlu anda simpan dan gunakan untuk Perodua Axia ini, kos selenggara atau maintenance mengikut mileage.


1000 km

- Percuma

10,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 142.90 (Labour Charge Free)


20,000 km atau 12 Bulan


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- 3 Spark Plug

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

Brake Fluid

Air Cleaner Filter

Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis : RM 240.63 


30,000 km atau 16 Bulan


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter (Cabin Filter)

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 211.62


40,000 km [ Major Service I ]


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Cleaner Filter

- Auto Transmission Oil ATF D3 SP

- Drain Plug Gasket - AT

- 3 Spark Plug

- Radiator Coolant

- Gear Oil GL 4 80W

- Drain Plug Gasket - MT

- Brake Fluid

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

- Brake Fluid

- Air Cleaner Filter

- Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis Auto (AT) : RM 521.45

Harga Servis Manual (MT) : RM 446.75


50,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

- Brake Fluid

- Air Cleaner Filter

- Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis : RM 185.94


60,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Engine Oil Filter

- 3 Spark Plug

- Air Filter (Cabin Filter)

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 264.83


70,000 km 


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

- Brake Fluid

- Air Cleaner Filter

- Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis : RM 185.94


80,000 km [ Major Service II ]


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Cleaner Filter

- Auto Transmission Oil ATF D3 SP

- Drain Plug Gasket - AT

- 3 Spark Plug

- Radiator Coolant

- Gear Oil GL 4 80W

- Drain Plug Gasket - MT

- Brake Fluid

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

- Brake Fluid

- Air Cleaner Filter

- Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis Auto (AT) : RM 521.45

Harga Servis Manual (MT) : RM 446.75


90,000 km atau 16 Bulan


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter (Cabin Filter)

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 211.62


100,000 km


Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 FS 3L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- 3 Spark Plug

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Pilihan (Tidak mahu tukar/tambah tidak apa)

Brake Fluid

Air Cleaner Filter

Tyre Alignment, balancing and rotation


Harga Servis : RM 240.63 


Jumlah keseluruhan untuk servis 10,000km sehingga 100,000km mileage di Perodua Service Center adalah RM 3150.

(Tidak termasuk 'pilihan')

Harga Servis Axia Di Perodua Service Centre

Harga yang disenaraikan adalah harga yang dikenakan apabila membuat servis di Pusat Servis Perodua seluruh Malaysia.

Bagi 'Pilihan' boleh lakukan di pusat servis Perodua atau mana-mana kedai kereta di luar. 

Rancang Kewangan untuk Kereta Anda

Harap membantu dalam perancangan ekonomi dalam penjagaan kereta Perodua Axia anda memandangkan servis dan selenggara adalah satu kepentingan dalam penjagaan kereta.

Sebaiknya, simpan dan rancang untuk bajet maintenance mengikut perbatuan (mileage) dan bayaran ansuran kenderaan adalah keutamaan, dan bila sudah ada wang dan bajet lebih bolehlah gunakan untuk aksesori.

Anda fikir anda tahu Kos Maintenance Mengikut Mileage Perodua Axia Di Perodua Service Center ?

Anda fikir sekali lagi..

 


Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021

$
0
0

"Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021"

Bermulanya musim baharu kebiasaannya apa yang berubah pada pasukan bolasepak adalah jadual perlawanan baharu.

Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021
Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021

Jika ada pasukan yang aktif ketika perpindahan pra musim maka muka muka baharu akan ditampilkan.


Namun, bagi tahun 2021, majoriti pasukan bolasepak liga Malaysia memperkenalkan jersi pasukan yang baharu.

Perisai Keramat Pasukan Masing Masing

Jersi pasukan boleh dianggap sebagai perisai kepada jati diri sesebuah pasukan bola sepak. Dengan logo pasukan dibahagian kiri yang melambangkan dekatnya pasukan di jantung (hati bagi istilah Malaysia).

Rekabentuk dan Susun atur Jersi Bermakna

Dengan rekabentuk dan susun atur dengan warna tema pasukan masing-masing, semangat dan aura timbul secara semulajadi tidak kira untuk pemain, pasukan dan juga penyokong pasukan.

Senarai Jersi Musim Baharu 2021 Pasukan Liga Malaysia

Bagi musim 2021 beberapa pasukan telah merasmikan jersi Home, Away dan 3rd Kit Jersey masing-masing.

Jom kita lihat jersi pasukan kegemaran anda untuk musim 2021.

1. Selangor FC

Pada awalnya, Selangor FC telah melancarkan jersi home mereka dengan mengambil tema jersi yang pernah di pakai oleh lagenda bolasepak Malaysia, allahyarham Mokhtar Dahari.

Dengan warna kuning dan merah menjadi kombinasi warna.

Kehadiran warna hijau tidak menghilangkan tema merah-kuning.

Jersi buatan dari JOMA dengan warna biru hitam (blue black). Memang menarik warna ini kombinasi gelap dan cerah. Warna yang menjadi pilihan untuk jersi away pasukan Selangor FC 2021

Apalagi dengan design yang tidak begitu serabut.

Apa yang menjadi perhatian adalah corak 'lumminance' pada bahu. Jika diperhatikan terperinci ia adalah peta negeri Selangor.

Cukup menarik.

Jersi Selangor FC Home 2021

Jersi AwaySelangor FC 2021



Sumber : Selangor FC Facebook

2. Johor Darul Takzim FC

Kerjasama pasukan JDT FC dengan Unicef dibuktikan apabila logo Unicef berada di tengah bahagian hadapan jersi.

Jersi home dengan warna JDT iaitu biru dan merah ini adalah rekaan dari jenama Nike.

Bagi jersi away pula warna putih menjadi warna asas. Dengan corak dan logo yang sama dengan jersi Home.

Jersi Home JDT FC 2021


Sumber : Johor Southern Tiger Facebook

3. Kelantan FC

Pasukan The Red Warriors Kelantan FC merasmikan beberapa jersi dalam satu perasmian. Dengan garapan bos baharu, Zamsaham, tiga jersi pasukan dikeluarkan.

Merah putih adalah warna rasmi TRW sebagai jersi home dengan logo yang baharu. Jersi away lebih menyerlah dengan paduan warna hitam dan keemasan.

Serta 3rd kit yang digunakan warna putih sebagai dasar warna. Ketiga-tiga jersi pemain ini ditaja oleh 93 Sports.


Jersi Home TRW Kelantan FC 2021



Sumber : TRW Kelantan FC Facebook

4. Terengganu FC

Al-Ikhasan merupakan pereka jersi Terengganu FC, hitam putih menjadi warna asas untuk jersi home mereka.

Tidak begitu serabut susun atur coraknya, senang mata memandang.

Lebih menarik adalah jersi away, yang warnanya seakan warna pengeluar rokok seketika dahulu 'dunhill'.

Warna merah darah yang agak gelap dengan warna hitam pada lengan dan bahu. Terengganu FC juga mengeluarkan tiga jenis rekaan jersi untuk penjaga gawang

Jersi Home Terengganu FC 2021



Sumber : Terengganu FC Facebook

5. Sabah FC

Dengan warna merah pudar Sabah FC tampil bergaya dengan rekaan jersi Home dari Lotto.

Pasukan gelaran The Rhinos ini turut mengeluarkan jersi away bewarna biru gelap dengan jalur merah.

Tiga pilihan warna jersi yang akan dipakai oleh penjaga gawang pasukan Sabah FC.

Jersi Home Sabah FC 2021



Sumber : Sabah Football Association Facebook

6. Melaka United FC

Hijau pokok Melaka adalah warna rasmi bagi Melaka United FC. Warna tersebut diwarnakan pada jersi Home mereka sendiri.

Hasil keluaran jenama Al-Ikhsan ini juga menampilkan jersi away yang bewarna putih. Melaka United FC memilih dua warna untuk disarungkan oleh penjaga gawang mereka

Jersi Home Melaka United FC 2021



Sumber : Melaka United FC Facebook

7. Perak FC

Kuning sebagai warna asas dengan jalur hitam dan putih sempena warna bendera Perak dijadikan motif warna untuk jersi home Perak FC.

Jersi yang direka oleh Kaki Jersi ini cukup 'simple' namun ada makna.

Bagi jersi away Perak pula warna putih digunakan sebagai warna dominan dan sedikit jalur hitam dan kuning.

Jersi Home Perak FC 2021

Jersi Away Perak FC 2021

Sumber : Perak FC Facebook

8. Kedah FC

Kedah darul aman dengan warna keramat mereka hijau kuning begitu sinonimBegitulah juga warna ini diterapkan pada jersi home Kedah 2021.

Jersi rekaan Lotto dengan latar kuning dengan warna hijau menjadi corak ia melambangkan Kedah

Merah dan hijau merupakan pilihan warna untuk jersi away Kedah 2021. Melambangkan Lang Merah dan mengekalkan warna 'padi'.

Dengan jalur sebagai coraknya.

Jersi Kedah FC Home 2021
Jersi Kedah FC Home 2021

Sumber : Kedah FC Facebook

9. Kelantan United FC

Kelantan United FC turut melancarkan jersi terbaharu untuk musim 2021. Merah, putih dan hijau gelap menjadi pilihan warna dengan warna merah sebagai warna dominan untuk jersi home 2021.

Umbro diberi kepercayaan untuk membuat rekaan jersi KUFC kali ini.

Bagi jersi away pula, warna putih sebagai warna asas dan jalur merah dan biru tua melingkari dari atas ke bawah.

Jersi penjaga gawang diberikan warna kuning dan merah jambu.

Jersi Home Kelantan United FC 2021

Jersi Away Kelantan United FC 2021

Sumber : Kelantan United FC Facebook

Tanda Kemeriahan Liga Malaysia Musim 2021

Dengan pelancaran secara rasmi jersi jersi dari pasukan liga malaysia (Liga Super dan Liga Perdana) maka bermulalah musim terbaharu liga Malaysia 2021.

Masing masing menampilkan warna rasmi masing masing. Sesuai untuk kemeriahan pemain dan juga penyokong yang memakainya nanti.

Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19, liga Malaysia diteruskan dengan prosedur dan s.o.p yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Anda fikir anda tahu Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Fakta Vaksin yang Akan Merubah Fahaman Anti - Vaksin

$
0
0

"Fahamai Fakta Vaksin"

Jom kita anggapkan kita tidak pernah dengar akan vaksin covid-19 ini dalam pelajari dari kosong.

Kenali dan Fahami Vaksin
Kenali dan Fahami Vaksin


Apakah Itu vaksin ?

Vaksinasi adalah cara mudah, selamat, dan berkesan untuk melindungi orang daripada penyakit berbahaya, sebelum mereka bersentuhan dengan mereka. Ia menggunakan pertahanan semula jadi badan anda untuk membina ketahanan terhadap jangkitan tertentu dan menjadikan sistem imun anda lebih kuat.


Vaksin melatih sistem ketahanan badan anda untuk membuat antibodi, sama seperti ketika terkena penyakit. Namun, kerana vaksin hanya mengandungi kuman yang mati atau lemah seperti virus atau bakteria, vaksin tersebut tidak menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi anda.

Sebilangan besar vaksin diberikan melalui suntikan, tetapi ada yang diberikan secara oral (melalui mulut) atau disemburkan ke hidung.

Tujuan Vaksin Disuntik

Dalam tubuh manusia sudah ada sistem pertahanan badan melawan bakteria, kuman, virus dan benda berbahaya dari luar atau patogen.

Antigen namanya. Apabila melawan patogen (virus dan sebagainya) antigen ini memerlukan 'senjata' untuk membunuh virus yang masuk.

Anggaplah antigen ini adalah askar.

Dalam stor senjata antigen terdapat banyak senjata. Lain senjata, lain fungsi untuk lain virus dan patogen lain.

Bagi membunuh virus tertentu, senjata tertentu diperlukan. Namun, antigen ini perlu mengenal virus jenis apakah yang datang menyerang.

Jika belum lagi ada dalam 'database' maka agak sukar untuk antigen menyerang virus. Boleh sahaja antigen membuat senjata, namun memakan masa yang lama.

Dengan masa ini mungkin virus sudah beranak pinak dan menyerang sistem badan. Ada maklumat tentang virus lebih senang untuk antigen menyerang.

Menyuntik vaksin seumpama perisik yang memberikan maklumat tentang musuh (virus).

Maka, sempatlah antigen membuat senjata jika benar benar virus atau patogen lain datang menyerang.

Itulah tujuan suntikan vaksin.

Bagaimana Vaksin ini Digunakan ?

Mengakui kuman yang menyerang, seperti virus atau bakteria.

Menghasilkan antibodi. Antibodi adalah protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem imun untuk melawan penyakit.

Mengingati penyakit dan cara melawannya. Sekiranya anda terdedah kepada kuman pada masa akan datang, sistem imun anda dapat memusnahkannya dengan cepat sebelum anda tidak sihat.

Apa Kandungan Asas Dalam Vaksin ?

Antigen. Ini adalah bentuk virus atau bakteria yang terbunuh atau lemah, yang melatih tubuh kita untuk mengenali dan melawan penyakit jika kita mengalaminya pada masa akan datang.

Adjuvants, yang membantu meningkatkan tindak balas imun kita. Ini bermakna mereka membantu vaksin untuk berfungsi dengan lebih baik.

Pengawet, yang memastikan vaksin tetap berkesan.

Penstabil, yang melindungi vaksin semasa penyimpanan dan pengangkutan.

Apakah Kandungan Dalam Vaksin Covid-19 ?

Bagi vaksin untuk pandemik Covid-19, kandungan vaksin yang digunakan, adalah sebahagian dari teknologi baharu.

Tidak digunakan secara meluas sebagaimana kandungan lain. Ia lebih ringkas dan lebih berkesan dan kurang kemudaratan.

Vaksin Covid-19 menggunakan teknologi baharu dengan menyuntik mRNA dari virus Covid-19.

Apa itu Vaksin mRNA ?

mRNA adalah 'cebisan' genetik yang ada dalam sel hidup.

Lebih kepada isyarat untuk pembentukan protein untuk membentuk sel lain, bantuan dalam pembahagian sel.

Dalam kes covid-19, 'cebisan' mRNA ini diambil dari 'spike' atau duri-duri pada virus Corona ini. Maklumat genetik kepada virus itu sendiri.

Boleh rujuk pautan di bawah untuk penjelasan lebih terperinci bagaimana vaksin ini berfungsi dalam badan.


Mikrocip Dalam Vaksin untuk Kawal Manusia

Usah risau akan mikrocip yang digemburkan oleh puak teori konspirasi 'palatao'.

Mereka ini lebih hebat dari pelopor teori konspirasi sebenar. Tiada sebarang mikrocip diletakan dalam vaksin.

Jika ada yang ingin melakukan sebarang agenda mengesan atau meletakan mikrocip, sebenarnya sudah ada sebelum vaksin Covid-19 ini dikaji.

Telefon pintar anda terdapat pelbagai aplikasi yang boleh akses gambar, info kontek, apalagi Global Positioning System yang sudah sedia ada (built in).

Banyak aplikasi yang boleh mengesan anda tidak memerlukan vaksin untuk mengawal anda, dengan melancarkan aplikasi media sosial contohnya Facebook sudah boleh mengawal minda anda.

Termasuklah juga geng palatao yang turut dikawal oleh Facebook, masakan tidak apalagi mereka sendiri yang menyebarkan komen palatao mengenai vaksin di Facebook.

Halalkah Suntikan Vaksin ?

Dari segi halalnya vaksin, kita gunakan kias darurat. Mesti ada yang tahu bahawa dalam keadaan darurah babi dan makanan haram lain kita boleh makan.

Ini adalah berkenaan kemudaratan dan kesihatan diri. Allah tidak menyuruh hambaNya meletakan diri dalam kemudaratan dan bahaya.

Maka, vaksin meskipun terdapat keraguan kandungan, ia boleh digunakan. 

Bila vaksin boleh mencegah dari terkena wabak, semua umat Islam sihat dan mampu berdiri dalam saf beramai-ramai dalam masjid bukankah ini adalah satu kebaikan vaksin.

Bersama menjaga diri sendiri untuk hidup dan sihat lebih lama untuk terus beribadah kepada Allah.

Vaksin untuk Elak Pandemik Berulang

Tidak kira apa penyakit pun, Covid-19, cacar air, polio, ebola, rabies dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk mencegah dan memberikan persediaan kepada sistem pertahanan tubuh kita 'alert' akan bahaya bakteria, kuman, virus atau protein patogen lain.

Maka, adakah vaksin patut dihalang ?

Anda fikir anda tahu Fakta Vaksin yang Akan Merubah Fahaman Anti - Vaksin ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.  

Hadis Hadis kelebihan dan Kebaikan Buah Kurma Dalam Perubatan

$
0
0

 "Hadis kelebihan Makan Kurma"

Kurma adalah makanan sunnah. Makanan yang telah wujud zaman berzaman, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini.

Hadis Kelebihan Buah Kurma untuk Kesihatan
Hadis Kelebihan Buah Kurma untuk Kesihatan

Pokok kurma tidak pernah pupus ditelan zaman. Buah kurma sentiasa menjadi pilihan apabila mencari makanan sunnah.


Lazimnya, buah kurma mendapat sambutan ketika musim puasa iaitu bulan Ramadhan setiap tahun. Namun, sedarkah anda memakan buah kurma tidak mengikut musim.

Banyak keberkatan yang ada dalam buah kurma, kurma ajwah adalah antara kurma terbaik yang ada di muka bumi Allah ini.

Senarai Hadis Sahih Kelebihan Memakan Kurma Ajwah

Antara hadis sahih yang menerangkan kebaikan dan kelebihan kurma ajwah adalah seperti;

Hadis Kelebihan Memakan Kurma Ajwa Setiap Hari

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ


Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Hadis Tentang Kurma Ajwah Sebagai Ubat Penyembuh

Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :


إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ


Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]


Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]

Hadis Kurma Mampu Menghilangkan Mudarat Termakan Racun

Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :


مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ


Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]


Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwah. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]

Hadis Kurma Ajwah Berasal dari Syurga


Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :


والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ


Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]


Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.


Adakah fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, atau umum buat semua jenis kurma?

Hadis Kurma Ajwah Mampu Mengubati Sihir

Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :


كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر


Maksudnya : “Kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”


Manakala Ibnu al-Tin pula berpendapat bahawa :


يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ نَخْلًا خَاصًّا بِالْمَدِينَةِ لَا يُعْرَفُ الْآنَ


Maksudnya : “Berkemungkinan yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang”

Semua hadis ini dipetik dari laman web pejabat mufti Wilayah Persekutuan : Klik Sini

Maka apakah ada yang masih ragu ragu akan kebaikan memakan buah kurma tidak kira ketika bulan ramadhan atau sedang sakit.

Kurma ajwah sering disebut di dalam hadis nabi, begitulah kepentingan kurma untuk kesihatan. Semua jenis kurma banyak kelebihan kepada kesihatan manusia.

Kelebihan Buah Kurma untuk Kesihatan Dalam Sains Perubatan

Selenium

Kajian telah mendapati bahawa selenium yang terdapat di dalam buah kurma penting dalam sistem imunisasi badan.

Agen antioksida

Selain itu, kurma juga mengandungi agen antioksida. Satu kajian telah dijalankan ke atas hati tikus yang telah diaruh menjadi toksik, kemudian dirawat dengan ekstrak buah kurma. Hasil menunjukkan bahawa buah kurma berpotensi sebagai agen antioksida. 

Begitu juga, satu kajian lain telah dijalankan ke atas 11 jenis kurma dari Iran bagi melihat aktiviti antioksida dan kandungan fenolik di dalam kurma-kurma tersebut. Hasil menunjukkan jenis kurma dari Iran ini berpotensi sebagai bahan antioksida.

Flavonoid

Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.

Cara Dapatkan Buah Kurma Bermutu Dari Madinah

Bagi yang ingin mendapatkan buah kurma untuk dibuat makan dan stok di bulan ramadhan boleh cuba dapatkan dengan membeli dengan tuan Haji Hashim.

Senarai Harga Kurma Ajwa Haji Hashim
Senarai Harga Kurma Ajwa Haji Hashim

Boleh klik pautan dibawah jika ingin membuat tempahan dan pembelian secara terus.

Anda fikir anda tahu Hadis Hadis kelebihan dan Kebaikan Buah Kurma Dalam Perubatan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum


Senarai Jenis Jenis Buah Kurma yang Popular di Pasaran

$
0
0

 "Jenis Jenis Kurma Dalam Pasaran"

Buah kurma antara buah yang selalu disebut di dalam Al-quran, apalagi seringkali di sebut dalam hadis dan sunnah nabi.

Jenis Jenis Kurma Popular Di Pasaran
Jenis Jenis Kurma Popular Di Pasaran 


Buah kurma berputik dari pohon kurma yang seumpama pokok kelapa sawit yang tergolong dalam keluarga tumbuhan palma.


Tanaman Kurma Di Malaysia

Di Malaysia, masih begitu jarang penanaman pokok kurma berbanding negara-negara Timur Tengah. Di Malaysia pokok kurma sering ditemui di masjid-masjid yang menanamnya.

Di Kelantan ia popular seketika apabila berbuah untuk kali pertama. Dijadikan tumbuhan lanskap di bulatan menghiasi bandar Kota Bharu yang juga memiliki gelaran serambi Mekah.

Oleh demikian, untuk mendapatkan buah kurma perlu membeli dari negara-negara pengeluar kurma seperti Iran, Tunisia, Maghribi dan beberapa negara timur tengah lain.

Senarai Jenis Kurma Paling Popular Di Dunia

Buah kurma sebenarnya terdiri dari beberapa jenis dan spesis, bukan semua kurma sama walaupun rupanya ada iras namun ada bezanya.

Jom lihat buah kurma yang ada di pasaran.

1. Kurma Ajwa



Tekstur buahnya yang kering namun lembut apabila di gigit. Kulitnya agak kering namun setelah dikunyah terasa kelembutan dan jusnya.

Bewarna hitam dan cukup manis

Manis buah kurma yang pasti akan diingati. Terdapat banyak hadis mengenai kurma ajwa ini. Buah kurma yang berasal dari tanah suci Madinah

2. Kurma Safawi



Ditanam di tanah suci Madinah, Arab Saudi. Boleh dikenali dengan warna hitamnya yang terang, panjang bentuknya dan lebarnya yang tidak begitu besar.

Ia memiliki nilai kesihatan sama seperti kurma ajwa menyebabkan ia cukup laris apabila tiba musimnya.

3. Kurma Ruthab Bam



Turut dikenali sebagai mazafati dan berasal dari Iran. Memiliki rasa yang unik dan dianggap yang paling lazat antara kurma yang lain.

Memiliki gelaran lain seperti kurma madu dan di pasaran menjadi 20% wakili eksport kurma Iran ke seluruh dunia.

4. Kurma Mariami



Mendapat gelaran kurma semi-kering paling lazat di dunia. Turut dikenali dengan nama lain iaitu nama kurma piarom.

Kurma ini berasal dari Hajiabad, Iran.

5. Kurma Sukkari

Namanya sudah diketahui bahawa ia memiliki rasa yang manis, sukkar dalam bahasa arab bermaksud gula.

Buah kurma yang memiliki agen antioksida ini juga memiliki kelebihan menjadi anti radang dalam fungsi untuk kesihatan tubuh badan.

Popular di kawasan Al-Qassem

6. Kurma Anbara



Berasal dari Madinah, Arab Saudi dan antara kurma yang termahal. Tekstrur isinya yang tebal dan lembut apabila dimakan.

Bewarna coklat dan antara pilihan ramai kerana isinya yang tebal.

7. Kurma Barhi



Jenis kurma ini berwarna kuning dan renyah. Kurma matang rasanya seperti karamel dan gula merah. Rasanya manis, seperti kebanyakan kurma. Kurma Barhi sering dijual waktu kurma jenis ini masih di cabang-cabang pokok sebelum masak. 

Jenis kurma ini bermusim, peniaga akan bekukannya di dalam tempat ais dan akan dijual utk sepanjang musim. Kurma jenis ini banyak dijual di kawasan Masjid Quba.

8. Kurma Saghai

Jenis kurma ini renyah dan dibudidayakan di Riyadh. Kurma Saghai biasanya coklat, dan kuning cahaya di hujung kepala. Kulitnya keras tapi tidak mengelupas.

9. Kurma Khudri

Jenis Kurma Khudri berwarna coklat gelap yang kering dan manis. Kurma jenis ini kulitnya keriput baik besar atau kecil. 

Jenis kurma ini adalah salah satu kurma yang paling banyak dieksport kerana kesegaran dan harga yang wajar.

 Ini adalah salah satu kurma terbaik jika Anda ingin segar dan penuh bertenaga.

Jenis kurma ini renyah dan dibudidayakan di Riyadh. Kurma Saghai biasanya coklat, dan kuning cahaya di hujung kepala. Kulitnya keras tapi tidak mengelupas.

10. Kurma Zahidi

Keras, berkilat dan kering adalah antara sifat yang ada pada buah kurma ini. Dengan bentuk tebal, kecil dan bujur kurma ini memiliki rasa yang tidak terlampau manis berbanding kurma lain.

11. Kurma Mejdool



Berasal dari Palestine dan Afrika Utara, ia jarang dikenali di negara kita. Kurma medjool ini popular sebagai diet dalam makanan masyarakat Timur Tengah.

Dari segi rasa ia lebih kepada rasa karamel dan walaupun kering ia tetap memiliki rasa segar apabila di makan.

Sesuai untuk dijadikan pencuci mulut.

12. Kurma Kholas



Kurma ini berwarna cokelat terang. Bentuk kurma ini mirip dengan kurma barhi. 

Kurma Kholas ini terkenal di Arab Saudi karena memiliki tekstur yang empuk dan rasanya tidak terlalu manis. 

Kurma ini terkenal dari daerah 'Huffuf' (Al-Ahsa) dan 'Qatif' di Timur Provinsi Arab Saudi (Al-Sharqheyah).

Buah Kurma Asal Timur Tengah

Banyak jenis kurma yang dijual di pasaran, namun, yang mampu sampai ke luar negara hanya beberapa. Malaysia biasa akan mengimport  stok kurma dari Timur Tengah.

Ada juga mereka yang berada di kawasan Timur Tengah mengirim untuk jualan di Malaysia.

Kiriman Ketika Musim Haji dan Umrah

Ketika musim Haji di Mekah dan Madinah, ada juga jadikan peluang sebegini untuk membawa pulang ke tanah air.

Lebih menguntungkan mereka yang melakukan umrah yang boleh mengunjungi kawasan penanaman kurma. Semua bergantung kepada keadaan laluan dan pintu masuk keluar negara.

Jika tiada pergerakan ini maka Malaysia akan kekurangan stok buah kurma untuk pasaran dalam negara. Contohnya, apabila berlaku pandemik seperti covid-19, stok kurma sukar untuk diperolehi.

Beli Buah Kurma Dari Timur Tengah Online

Namun, ada yang masih meneruskan usaha membawa masuk stok buah kurma ke Malaysia demi rakyat negara ini yang memerlukan stok kurma.



Bagi yang ingin mendapatkan stok kurma tidak kira untuk dimakan harian atau untuk stok di bulan puasa atau bulan ramadhan, penulis boleh mencadangkan untuk membuat belian dengan Tuan Haji Hashim.

Bagi yang ingin membuat belian stok kurma dari Madinah, boleh klik pada pautan di bawah;

Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Jenis Buah Kurma yang Laris di Pasaran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Bayaran Deposit, Ansuran Bulanan dan Kos Maintenance Perodua Ativa 1.0L Turbo

$
0
0

"Bajet Pembelian Perodua Ativa 1.0L"

Perodua Ativa merupakan Sport Utility Vehicle (SUV) pertama Perodua yang menggunakan enjin 1.0L Turbo.

Kos Bulanan dan Kos Maintenance Perodua Ativa
Kos Bulanan dan Kos Maintenance Perodua Ativa


Jangan buat buat salah faham, 1.0L sahaja ? Ia adalah turbo yang mana menyamai power 1.5L untuk N.A (natural aspirated) enjin yang biasa.


Mereka yang memiliki gaji bermula RM2500 sebulan sudah boleh mendapatkan Perodua Ativa ini.

Gaji Minimum, Deposit dan Ansuran Bulanan Perodua Ativa

Mahu lagi kukuh dokumen anda di mata bank, gaji bulanan RM3000 bolehlah cuba merisik Perodua Ativa ini yang berharga sekitar RM61,000 sehingga RM72,000 ini.

Dengan menyediakan deposit sekitar 10% menggunakan nilai bunga (interest) 2.4% ;

Perodua Ativa Varian X  

Harga (tanpa insurans) = RM61,500

Bayaran Bulanan = RM623 (9 tahun), RM770 (7 tahun)

Perodua Ativa Varian H  

Harga (tanpa insurans) = RM66,100

Bayaran Bulanan = RM670 (9 tahun), RM827 (7 tahun)

Perodua Ativa Varian AV  

Harga (tanpa insurans) = RM71,200

Bayaran Bulanan = RM721 (9 tahun), RM891 (7 tahun)

Semestinya deposit dan bayaran ansuran bulanan anda sudah merancangkannya untuk Perodua Ativa 1.0L Turbo ini.

Kos Maintenance Perodua Ativa 1.0L Turbo 1000km hingga 100000km

Namun, dari segi servis dan selenggaran serta penukaran asas untuk kereta ini perlu juga diambil kira.

Penulis akan bantu anda untuk membuat bajet dan perancangan kos servis dengan menyenaraikan harga bayaran untuk setiap mileage ketika servis Perodua Ativa 1.0L Turbo anda di Perodua Service Centre.

1,000 km

Harga Inspection : Percuma

10,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 160.50 (Labour Charge Free)


20,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Cabin Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 259.30


30,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 202.79


40,000 km [Major Service]

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Cabin Filter

- Radiator Coolant 1L

- Brake Fluid 0.5L

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 423.12


50,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 202.79


60,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Cabin Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 259.30


70,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 202.79


80,000 km [Major Service II]

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Air Filter

- Cabin Filter

- Radiator Coolant 1L

- Brake Fluid 0.5L

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 423.12


90,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 202.79


100,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 3.5L

- Drain Plug Gasket - Engine Oil

- Engine Oil Filter

- Cabin Filter

- CVT Oil

- CVT Gasket

- 3 Iridium Spark Plugs

- Labour Charges

- SST ( 6% )


Harga Servis : RM 841.40

Jumlah Keseluruhan Bayaran Maintenance dan Waranti

Jumlah keseluruhan untuk servis 10,000km sehingga 100,000km mileage di Proton Service Center adalah RM 2975.11Waranti yang diberikan oleh Perodua untuk Ativa adalah 5 tahun.

Namun, sempatkan kereta anda untuk mencapai 'benchmark' tersebut jika tidak menjaga servis atau selenggaraan kereta anda mengikut masa dan keperluan tertentu ?

Anda fikir anda tahu Bayaran Deposit, Ansuran Bulanan dan Kos Maintenance Perodua Ativa 1.0L Turbo ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

 


Jadual Perlawanan dan Kedudukan Terkini Liga Premier Malaysia 2021

$
0
0
"Liga Perdana Malaysia 2021"

Liga Perdana Malaysia Football League bagi musim 2021 kini bermula. Liga Perdana yang juga dikenali sebagai Liga Premier ini diwakili oleh 12 pasukan, dua daripadanya adalah pasukan yang tersingkir dari Liga Super musim 2020.
Liga Premier Malaysia 2021
Liga Premier Malaysia 2021



Liga Premier Malaysia 2021 ini juga turut ditandingi oleh dua pasukan dari liga M3 ataupun Liga FAM.


Senarai Pasukan Bertanding Dalam Liga Premier Malaysia 2021

Berikut adalah pasukan pasukan yang bertanding di dalam Liga Premier Malaysia 2021

1. Selangor United
2. Negeri Sembilan
3. T-Team
4. Selangor PKNS
5. Kelantan FC
6. Kelantan United
7. PKNP FC
8. Kuching FA
9. JDT II FC
10. FAM-MSN
11. PDRM
12. Felda United
13. UKM FC

Nota :

Awalnya Felda United diturunkan dari Liga Super Malaysia 2020 dan akan bermain di Liga Premier Malaysia 2021, UKM juga kekal akan beraksi di Liga Premier Malaysia 2021, namun selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati bahawa Felda United dan UKM FC tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menampung kos pengendalian pasukan bagi saingan musim depan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan mereka untuk beraksi di Liga Premier Malaysia 2021

Jadual Perlawanan Liga Premier Malaysia 2021

Perlawanan pertama dimainkan pada 6 Mac 2021. Boleh rujuk jadual perlawanan dibawah untuk saingan yang akan berlangsung nanti.



Kedudukan Terkini Liga Premier Malaysia 2021

Bermulanya Liga Premier 2021 bermakna pertarungan merebut tempat untuk ke Liga Super musim depan bermula.

Dua pasukan teratas, juara dan naib juara akan terus menaiki Liga Super seterusnya. Manakala kedudukan dua terbawah akan turun ke Liga FAM.

Dibawah adalah keputusan dan kedudukan terkini pasukan pasukan yang bertanding dalam Liga Premier Malaysia musim 2021.


Anda fikir anda tahu Jadual Perlawanan dan Kedudukan Terkini Liga Premier Malaysia 2021 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Perbezaan dan Ciri Ciri Minyak Wangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette

$
0
0

 "EDT vs EDP"

Bercerita mengenai perfume atau minyak wangi, mengingatkan penulis kepada satu kisah pembunuhan dalam pencarian bau paling wangi di alam semesta.

Eau de Parfum vs Eau de Toilette
Eau de Parfum vs Eau de Toilette

Filem 'Perfume:The Story of Murderer tajuknya.


Mengisahkan seorang 'pembuat' minyak wangi yang begitu obses dengan bau kerana diberikan kelebihan hidung yang sensitif dengan bau.

Sehinggakan membunuh demi mendapatkan 'pati' bau dari manusia, wanita sebenarnya.

Mengapa kisah ini perlu diketahui dahulu sebelum kita memahami apa itu Eau de Parfum (EDF) dan Eau de Toilette (EDT) Kerana dalam kisah ini menunjukan apakah yang ada dalam minyak wangi dan sejarah cara membuatnya.

Jom kita ketahui dahulu apakah bahan yang ada dalam minyak wangi.

Komponen Asas Dalam Minyak Wangi

Pati dan Minyak

Minyak wangi sebenarnya berasal daripada pati, pati bungaan (secara amnya wangi). Pati seumpama minyak yang diekstrak dari bunga-bunga atau hasil tumbuhan atau hasil sesuatu yang berbau, semestinya bau wangilah. Tidak semestinya bunga, kulit kayu juga boleh diambil minyaknya, contoh; kayu gaharu.

Tapi kini banyak sahaja esther iaitu wangian sintetik (buatan manusia), kalau anda masih ingat kimia untuk SPM, ada kaitan alkohol dan ester kerana dalam tajuk hidrokarbon.

Alkohol

Benda berminyak adalah kegemaran benda hidup. Bagi mengelakkan dari busuk kerana bakteria dan kuman atau rosak pati dan minyak ini, alkohol digunakan.

Selain itu kegunaan alkohol adalah untuk menjadi pelarut kepada minyak dan pati untuk dibuat 'perfume'.

Alkohol juga digunakan untuk menaikan aroma minyak pati (essential oil), kerana sifat mudah meruwapnya alkohol maka apabila tersentuh kulit (lazimnya) akan menyebarkan bau wangi pada sesuatu minyak wangi itu.

Ethanol adalah alkohol yang sering digunakan dalam minyak wangi.

Air

Walaupun sedikit kapasitinya dalam minyak wangi, namun ia tetap ada. Sekarang kita sudah tahu apakah komponen atau bahan dalam setitis minyak wangi yang sudah diproses.

Apakah Maksud EDP dan EDT Minyak Wangi (Perfume) ?

Pati minyak, alkohol dan air. Ada kaitannya dengan EDT dan EDF. Maka, mudahlah untuk kita faham apa itu Eau de Parfum dan Eau de Toilette.

Dalam bahasa Perancis, Eau de bermaksud 'telah' atau 'ada' dalam bahasa melayu, dan 'had' dalam bahasa inggeris.

Mari kita fahami pula EDF dan EDT ini.

Eau de Parfum (EDP)

Dalam sebatian ini terdapat tiga komponen asas minyak wangi. Pati minyak, alkohol dan air. Dalam EDP ini terdapat kepekatan pati wangian antara 15%-25% dalam alkohol.

Eau de Toilette (EDT)

Dalam EDT ini terdapat kepekatan pati wangian antara 7%-12% dalam alkohol.

Perbandingan Bahan EDP dan EDT

Andaikan alkohol dalam kuantiti yang sama dan jenis yang sama, dan EDP memiliki kepekatan pati wangian lebih banyak berbanding EDT.

Secara logiknya, EDP memiliki kandungan pati minyak wangian yang banyak berbanding EDT. Menjadikan EDP lebih tahan lama baunya.

EDP baunya boleh bertahan sehingga 6-8 jam apabila disembur manakala EDT baunya boleh bertahan antara 4-5 jam selepas disembur.

Eau de Toilette Description
Eau de Toilette Description


Bagaimana Pula Dengan Body Mist ?

Body mist adalah jenis perfume juga namun dengan kepekatan pati minyak lebih rendah iaitu 3%-5% dalam alkohol yang menjadikannya hanya mampu bertahan sekitar satu dan dua jam selepas disembur.

Bagaimana Dengan After Shave ?

After Shave
After Shave

1%-3% wangian dalam alkohol dan membolehkan ia bertahan selama dua jam.

Sifat dan Ciri Minyak Wangi EDP dan EDT

Eu de Parfum memiliki sifat aroma dan bau yang kuat, mampu tahan lama selepas disembur, sedikit sahaja semburan tapi kekal kuat baunya.

Manakala ciri Eau de Toilette adalah berlawanan dengan ciri-ciri minyak wangi EDP yang memiliki pati wangi (fragrance) yang lebih banyak

Ketahanan Bau Minyak Wangi Jenis EDP dan EDT

Maka boleh disimpulkan bahawa jika pada botol perfume anda tertulis EDP, perfume tersebut akan bertahan sehingga 8 jam apabila digunakan dan untuk EDT boleh mencapai 5 jam selepas semburan.

Perfume yang memiliki pati minyak yang lebih banyak akan tahan lama dan kuat baunya dan sebaliknya.

Perbandingan Harga EDP dan EDT

Maka dapatlah diberikan fakta bahawa EDP lebih mahal harganya berbanding EDT. Eau de Parfum mungkin mencecah sehingga RM300 dan ke atas dan bagi minyak wangi Eau de Toilette lebih rendah pada harga tersebut.

Contoh; Lancome La Vie Est Belle (EDP) = RM420

Lancome O Dr (EDT) = RM240

Harga bergantung kepada minyak wangi yang tahan lama, berbau kuat dan sedikit sahaja perlu disembur, yang menjelaskan sifat minyak wangi EDP.

Jadi, mengikut kepada minat, keselesaan dan gaya anda untuk memilih minyak wangi eau de parfum atau minyak wangi eau de toilette.

Anda fikir anda tahu Perbezaan dan Ciri Ciri Minyak Wangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Kelebihan dan Manfaat Pinjaman LPPSA Dalam Pembelian Rumah Penjawat Awam

$
0
0

 Memiliki rumah adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Bekerja siang hingga malam ada yang membuat kerja lebih masa (overtime) salah satunya adalah kerana ingin memilik rumah.

Kelebihan Pinjaman Perumahan LPPSA
Kelebihan Pinjaman Perumahan LPPSA


Sampai bilakah kita mahu tinggal di dalam rumah orang lain dengan cara menyewa ?


Pasti dalam fikiran setiap manusia inginkan rumah dan tempat perlindungan sendiri. Bayaran sendiri dan pemilikan sendiri.

Cara Membuat Pinjaman Perumahan Di Malaysia

Dalam pembelian perumahan terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Kes ini penulis tujukan kepada penjawat awam. Ini adalah salah satu kelebihan bekerja sebagai penjawat awam.

Penjawat awam boleh membuat pinjaman perumahan melalui tiga cara, selain dari pembelian tunai;

1. Pinjaman Perumahan Dengan Bank

2. Pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

3. Pinjaman Pemaju

Kebaikan Membuat Pinjaman Perumahan Dengan LPPSA

Kali ini penulis akan berkongsikan kelebihan dan kebaikan yang ada pada skim pinjaman LPPSA yang menjadi 'talian hayat' kepada pekerja perkhidmatan awam untuk memiliki rumah mereka sendiri.

1. Pinjaman sehingga umur 90 tahun (skim pencen)

2. Tiada sebarang alasan dan terkesan kerana 'blacklist' oleh CTOS atau rekod buruk CCRIS oleh Bank Negara.

3. Pinjaman boleh secara penuh 100%, namun begitu 10% deposit perlu dibayar dahulu dan LPPSA akan kembalikan 10% tersebut. 'Full loan' pembiayaan perumahan senang cerita.

4. Bank konvensional hanya membenarkan 70% sahaja pinjaman lulus jika ingin membuat pembelian rumah ketiga. Bagi peminjam LPPSA tiada sebarang masalah untuk memiliki 4 buah rumah sebagai pelaburan.

5. Bank biasanya akan melihat segala komitmen anda dalam urusan pelepasan pinjaman. Dengan melihat penyata bank dan slip gaji. Dengan pinjaman LPPSA gaji bersih diutamakan, komitmen lain seperti kereta, motosikal, atau apa apa komitmen lain tidak dikira.

6. Bagi rumah yang masih dalam pembinaan pembiayaan LPPSA tidak akan mengenakan faedah (interest). Tiada 'bunga' pembinaan sehingga 36 bulan atau 3 tahun.

7. Terdapat perlindungan sekitar RM100,000 (mengikut belanjawan negara tahun 2021)

Jadi amat beruntunglah penjawat awam yang boleh menggunakan LPPSA dalam pembelian rumah sendiri. 

Semoga artikel ini membantu penjawat awam memahami dan bersyukur dengan wujudnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Penjawat Awam dalam membantu penjawat awam memiliki kediaman idaman sendiri.

Anda fikir anda tahu Kelebihan dan Manfaat Pinjaman LPPSA Dalam Pembelian Rumah Penjawat Awam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Nama Gelaran Unik Design Emas Di Pasaran

$
0
0

"Gelaran Emas Viral"

Emas adalah satu galian yang apabila ditemui walaupun dibelakang rumah ketika enak dan khusyuk gembur tanah untuk menanam lada habanero, mampu membuatkan banyak pihak ingin membeli tanah anda.

Gelaran Unik Emas Di Pasaran
Gelaran Unik Emas Di Pasaran

Namun, sedarkah anda dengan kehadiran tukang tukang emas yang sudah ramai sekarang terutamanya di Kelantan, pelbagai rekabentuk dan nama kreatif tercipta.


Design Emas Nama Gelaran Unik

Sebagai satu cara untuk mempromosikan emas dan kedai, maka nama unik dengan motif rekaan yang kena dengan nama menjadi pilihan.

Jom kita kenali beberapa nama rekabentuk emas dengan nama yang cukup unik.

Tupak Dakap (Ketupat Dakap)

Gelang Tupak Dakap (Gelang Pulut)
Sumber : Google Image


Dengan rekabentuk bulat-bulat (nampak seperti bulat) dan susunan rapat-rapat antara segmen kepingan emas.

Kuih Tupak Dakap (ketupat Dakap)
Sumber : Google Image


Menampakan 'keakraban' antara segmen segmen kepingan emas yang dicantum seperti bentuk ketupat dakap (sejenis kuih Kelantan).

Sekkut Tawa (Biskut Kering)

Gelang Sekut Tawar
Sumber : Google Image


Direka seketul seketul dan dalam bentuk segiempat yang menyerupai bentuk biskut kering (sekkut tawa dalam dialek Kelantan).

Biskut Kering Kecil
Sumber : Google Image


Ditambah pula hiasan berlian atau permata yang berbintik-bintik seperti lubang lubang halus pada biskut kering.

Lipe (Lipan)

Gelang Lipan
Sumber : Google Image


Ramai yang pernah melihat lipan, sejenis serangga berbisa yang banyak kaki dan banyak segmen.

Lipan
Sumber : Google Image


Begitulah juga barang kemas dengan gelaran lipan memiliki bentuk bersegmen-segmen kecil, bsersambung-sambung serta berselit selit dan 'berbisa' juga pada bayarannya.

Litoh (Lintah)

Bangle Lintah
Sumber : Google Image


Lintah haiwan yang berbentuk bujur dan leper dan akan mengembung bila kekenyangan. Maka, aplikasi dari rekabentuk ini, para pengukir emas Kelantan berusaha membentuk emas yang lebar serta halus pada penyambungnya.

Lintah
Sumber : Google Image


Seakan akan lintah.

Dunhill 

Emas Dunhill
Sumber : Google Image


Jenis ini turut dipanggil 'lipan' tapi versi 'dunhill'. Rekabentuknya masih seperti bentuk 'lipan' akan tetapi saiznya lebih besar.

Kurang pasti mengapa ia digelar 'dunhill' oadakah kerana rokok jenama dunhill adalah antara termahal harganya dan emas ini, emas lipan dalam kategori 'dunhill'.

Perlu diingat jenama Dunhill bukan hanya untuk rokok, Dunhill juga ada memasarkan minyak wangi (perfume).

Bagi nama nama versi Kelantan di atas, kebanyakan adalah gelang dan rantai kerana orang Kelantan lebih gemarkan gelang dan rantai yang agak menonjol.

Daun Ketum

Emas Daun Ketum
Sumber : Google Image


Inovasi dan kreativiti makin mengikut peredaran zaman. Daun ketum sangat sensitif dan popular maka dijadikan rekaan daun ketum.

Dengan urat dan bentuk daun menyamai daun ketum sebenar, maka ia salah satu daun ketum mahal yang menjadi idaman.

Daun Ketum
Sumber : Google Image


'Design' daun ketum adalah permulaan kepada idea dan sumber pengukir emas untuk menjadikan alam semulajadi sekeliling sebagai ilham.

Antara rekabentuk yang mengikut alam semulajadi adalah;

Daun Ganja

Cincin Daun Ganja
Sumber : WhatsApp


Tidak salah apabila menjadi cincin atau barang kemas, ia salah apabila ia boleh direbus dan digunakan untuk berkhayal.

Daun Ganja
Sumber : Google Image


Inilah 'design' daun ganja. Inspirasi dari Jamaica (tidak betul)

Daun Kari

Cincin Daun Kari
Sumber : WhatsApp


Jangan pula tertukar untuk masukkan ke dalam masakan. Daun kari ini tinggi nilainya.

Daun Kari
Sumber : Google Image


Usah dicium kerana ia tidak memiliki bau kari. Kalau sembang kari untuk emas jenis ini ada nilainya.

Daun Kaduk

Cincin Daun Kaduk
Sumber : WhatsApp


Penulis mengenali daun kaduk apabila ibu penulis dahulu meminta penulis memetik beberapa helai daun kaduk untuk dibuat gulai siput bendang.

Daun kaduk
Sumber : Google Image


Rupa seperti daun sireh dan ia lebih bernilai dari daun kaduk sebenar yang hidup di sekitar 'cha' atau air longkang.

Daun Semalu

Cincin Daun Semalu
Sumber : WhatsApp


Sifat semula jadi daun semalu adalah apabila disentuh akan kuncup dan 'malu'. Itu adalah daun semalu yang sebenar.

Daun Semalu
Sumber : Google Image


Namun, apakah daun semalu ini akan kuncup apabila disentuh ? Mestilah tidak, yang kuncup hanyalah nilai duit dalam akaun simpanan.

Daun Sawit

Cincin Daun Sawit
Sumber : WhatsApp


Belakang rumah penulis banyak pokok sawit, jika ditebas dan dipangkas ia tiada nilai kalau ke pajak gadai.

Daun Sawit
Sumber : Google Image


Dengan 'design' seperti daun kelapa, ia seumpama 'lipan' kecil melingkari jari.

Bayam Brazil

Cincin Bayam Brazil
Sumber : WhatsApp


Penulis ada menanam sayur ulam ini, tidak tahu pula sudah dikomersilkan menjadi rekabentuk untuk barang kemas.

Daun Bayam Brazil
Sumber : Google Image


Bayam Brazil ulam cukup ranggup, adakah bayam Brazil versi emas ini juga begitu ranggup ? Ranggi, mungkin ya.

Kebiasaannya untuk nama nama bunga, daun dan sayur adalah rekabentuk cincin.

Pelbagai Jenis 'Design' dan Nama Emas 

Walau apa pun, nama, bentuk, harga, emas ada nilainya. Jika dalam Islam, kekayaan sesebuah negara diukur melalui sumber galian emas yang ada dalam negara tersebut.

Bagus sebenarnya memiliki simpanan emas, jika terdesak dengan ekonomi sendiri ia masih ada nilai walaupun beberapa gram beratnya.

Anda fikir anda tahu Nama Gelaran Emas dan Harganya Di Pasaran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Beli dan Dapatkan Buah Kurma Ajwa, Safawi dan Mariami Dari Madinah Per Kilo Online

$
0
0

 "Beli Kurma Madinah Online"

Bila tiba musim puasa di bulan Ramadhan al-mubarak ramai yang akan mencari buah kurma untuk sahur dan berbuka.

Beli Online Kurma Madinah
Beli Online Kurma Madinah

Buah kurma adalah makanan sunnah ketika bulan puasa. Masakan kurma daging/ayam juga tidak kurang popularnya ketika bulan puasa.


Pelbagai Jenis Buah Kurma Di Pasaran

Kurma banyak jenis dan bentuk, boleh rujuk pautan di bawah untuk kenali jenis-jenis buah kurma yang ada dipasaran.


Namun, kali ini penulis ingin berkongsi dimana untuk mendapatkan stok kurma yang 'fresh dari ladang' tempat asalnya.

Stok Buah Kurma Dari Madinah Al-Munawarah

Buah kurma yang ingin penulis perkenalkan bukan berasal dari Iran atau Tunisia yang biasa ditemui di pasaraya dan kedai-kedai runcit.

Buah kurma ini asalnya dari Madinah, Al-munawarah Arab Saudi.

Di Bawa Masuk Oleh Pengedar 'Trusted Dealer'

Stok buah kurma dari Madinah yang penulis ingin kongsikan ini di bawah oleh 'trusted dealer' kurma dari Madinah.

Tuan Haji Hashim Kurma Madinah
Tuan Haji Hashim Kurma Madinah

Tuan Haji Nor Hashim namanya.

Bagi mendapatkan stok buah kurma ketika musim pandemik ini agak sukar, mujurlah inisiatif dari Abang Hashim akan bawakan stok kurma terbaik dari Madinah untuk jualan di Malaysia.

Stok Kurma Banyak
Stok Kurma Banyak 

Harga dan Jenis Buah Kurma yang Dijual

Stok buah kurma ini dijual mengikut berat (kilogram,kg). Antara jenis stok buah kurma dari Madinah yang dibawa masuk oleh Tuan Haji Nor Hashim adalah;

1. Buah Kurma Ajwa Aliyah Premium

Kurma Ajwa 500g
Kurma Ajwa 500g

Harga 1 kilogram = RM100

Harga 500 gram = RM60

Harga 250 gram = RM30

Harga 1 katon (500 gram X 12) = RM648

Harga Borong 10kg = RM650

Buah kurma jenis Ajwa Aliyah ini begitu banyak khasiatnya, dan banyak hadis mengenai jenis buah kurma ini. Contohnya;

Rasululullah s.a.w berkata “Siapa yang makan 7 biji kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan memudaratkannya pada hari itu racun dan sihir” (Sohih Bukhari dan Muslim)

2. Buah Kurma Mariami Premium

Harga 1 kilogram = RM50

Harga 500 gram = RM30

Harga 250 gram = RM20

Harga 1 katon (500 gram X 12) = RM324

3. Buah Kurma Safawi Premium

Kurma Safawi
Kurma Safawi

Harga 1 kilogram = RM50

Harga 500 gram = RM30

Harga 250 gram = RM20

Harga 1 katon (500 gram X 12) = RM324

Harga Borong 10kg = RM400

Ketiga-tiga jenis buah kurma ini didatangkan dari Madinah, Al-munawarah. Harga berbeza beza kerana buah-buah kurma ini dikelaskan mengikut gred dan kualiti terbaik.

Dengan 'Packaging' dan Bungkusan Premium dan Kemas

Setiap buah kurma ini dikotakan dalam 'packaging' yang cukup kemas. Walaupun dipos ia masih terjaga meskipun terdapat kes mogok yang sering berlaku dikalangan pekerja syarikat penghantaran.

Packaging Premium Kurma
Packaging Premium Kurma

Dengan bungkusan mewah dan kelihatan premium, buah kurma ini bukan sekadar makanan sunnah ketika bersahur dan berbuka sahaja namun, boleh dihidangkan kepada tetamu tidak kira hari raya atau hari-hari biasa.

Dapatkan Stok Buah Kurma Borong untuk Sumbangan 

Kurma Ajwa Madinah 5kg
Kurma Ajwa Madinah 5kg

Di bulan yang mulia, apakata dapatkan juga secara borong boleh juga digunakan untuk sumbangan atau derma kepada surau/masjid atau pusat tahfiz semoga kita dapat sama-sama keberkahan dan hikmah apabila berkongsi dengan yang lain.

Buat Belian Online Di Sini

Beli Kurma Madinah Online
Beli Kurma Madinah Online

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiga jenis kurma dari Madinah ini, boleh klik pada kota biru dibawah ini;


Anda akan dibawa kepada satu penjelasan yang lebih detail serta promosi dan jualan borong dan dibawah sekali ada borang untuk membuat belian.

Anda fikir anda tahu Beli dan Dapatkan Buah Kurma Ajwa, Safawi dan Mariami Dari Madinah Per Kilo Secara Online ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Viewing all 551 articles
Browse latest View live