Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Cara Main Saham dan Cara Melabur Dalam Saham untuk Pemula (Beginner)

$
0
0

 "Tips dan Panduan Labur Saham Beginner"

Trading saham seumpama melombong bagi penulis. Ok, atau lebih kepada menyauk ikan di sawah yang berlumpur seperti zaman kanak-kanak.

Cara Main Saham untuk Pemula
Cara Main Saham untuk Pemula

Bagi penulis bermain saham adalah kita menyimpan dan dapatkan komisen dan dividen secara aktif. Jika secara pasif penulis contohkan kepada simpanan ASB atau Tabung Haji, dividen kedua-dua simpanan pasif ini hanya 5-10% setahun.


Dividen dan Komisen yang Banyak

Apa kata kita aktifkan pergerakan komisen dan dividen melalui pelaburan saham. Tidak pandai? 

Jangan risau penulis akan berikan sedikit tips dan panduan kepada pemula atau 'newbies' dalam melabur saham.

Apabila ada duit lebih bolehlah cuba untuk 'trading' saham. Tidak perlu sehebat Bud Fox seperti filem 'Wall Street' atau pandai meneka pasaran seperti Michael Burry yang mampu membuat berganda keuntungan.

Cara Main Saham dan Cara Melabur Dalam Saham untuk Pemula

Cukup sekadar membayar bil komitmen bulanan pun sudah syukur. Namun, perlu ada caranya.

1. Perkara Asas Ketika Trading Saham

Tahu akan asas asas berkaitan saham contohnya;

Bagaimana untuk membaca dan memahami simbol-simbol serta  Bagaimana untuk mengenalpasti kaunter-kaunter saham yang patuh syariah dengan mudah? 

Apakah persediaan mental dan kewangan yang diperlukan sebelum mencebur diri dalam pelaburan saham?

Pertanyaan pertanyaan ini semestinya berada dan bermain di fikiran pemula (beginner) yang ingin serius dalam melabur saham

2. Fahami dan Pelajari CDS (Central Depository System)

Fahami apa itu CDS dan persoalan mengenai CDS (Central Depository System). Bagi pemula untuk melabur saham perlu faham akan CDS.

Ia adalah satu akaun untuk memulakan pelaburan saham. 

Bagaimana untuk membuka akaun CDS? 

Apakah trading platform yang boleh anda gunakan untuk membeli dan menjual saham? Apakah syarat-syarat dan kelayakan yang perlu anda penuhi untuk membuka akaun dan melabur saham? 

Apakah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan? Bagaimana proses pendaftaran akaun CDS dijalankan? 

Bagaimana untuk login ke platform trading apabila akaun anda sudah diaktifkan?

Seterusnya pemula pelaburan saham perlu boleh menjawab soalan-soalan sebagaimana di atas.

3. Modal Minimum dan Modal Terbaik untuk Melabur

Memulakan pelaburan saham memerlukan modal, modal permulaan. Bagi bermula dalam pelaburan saham perlu tahu berapakah modal minimum jika mahu memulakan pelaburan.

Ada juga perkara yang perlu dielakkan dalam menyediakan modal. Dengan mengetahui jumlah modal yang sesuai untuk memulakan pelaburan, perlu juga tahu risiko yang perlu anda hadapi apabila membeli saham kelak.

Dalam bab ini, anda perlu tahu beza 'paper loss' dan 'real loss'. Dari sini anda boleh membuat pengiraan kadar keuntungan yang mungkin anda akan perolehi.

4. Dapatkan Kaunter Kaunter Saham yang Dipercayai

Langkah seterusnya adalah memilih kaunter-kaunter saham yang patuh syariah.

Nama-nama kaunter saham biasanya ada simbol WA, WB, dan WC, apakah maksud simbol simbol ini, perlu ambil tahu akan simbol ini.

Pergerakan saham perlu anda fahami dan analisis. Beberapa cara analisis yang biasa digunakan adalah secara 'Technical Analysis' dan 'Fundamental Analysis'.

Dalam analisis sebegini kita boleh mengetahui perjalanan dan kekuatan sesbuah syarikat yang ingin kita laburkan.

5. Proses Menjual dan Membeli Saham

Seterusnya, baharulah boleh kita mulakan proses menjual dan membeli saham. Perlu ada teknik dan kekuatan analisis data dan spekulasi semasa.

Dalam bab ini pemula perlu tahu cara masukkan modal dalam akaun 'trading' anda.

Lebih memudahkan apabila anda fasih dan mahir dalam menggunakan 'trading' dengan hanya menggunakan gajet seperti 'laptop' dan 'smartphone'.

Terdapat pelbagai teknik 'trading' dengan menggunakan gajet pintar sebegini.

6. Pengiraan Kos Kos Dalam Pelaburan Saham

Terdapat empat kos yang ada dalam 'trading' saham. Kos ini perlu diketahui oleh 'newbie' supaya dapat menilai keuntungan sendiri.

Kos kos ini juga memudahkan pemula pelaburan saham plan urusan bajet dan mengelakkan dari terlebih bajet dalam 'trading'.

Perlu tahu cara membuat pengiraan kos kos dalam 'trading'.

Ini adalah tips dan panduan ringkas cara untuk bermula melabur saham. Bagi penjelasan yang lebih dan terperinci sehingga betul betul anda faham.

Boleh rujuk E-book ini;

Ebook Cara Main Saham Newbie
Ebook Cara Main Saham Newbie


Ebook ini berharga RM70 sahaja.

Namun, untuk harga RM70 ini anda bukan sahaja memiliki e-book di atas, tetapi beberapa buah e-book lain sebagaimana di bawah termasuk Telegram Support Group.

150 Point Nota Saham
150 Point Nota Saham

Teknik Memilih Saham Berpotensi
Teknik Memilih Saham Berpotensi


Jika anda berminat untuk memiliki tips dan panduan melabur saham ini boleh buat belian melalui banner di bawah;

 

  Anda fikir anda tahu Cara Main Saham dan Cara Melabur Dalam Saham untuk Pemula (Beginner) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Kelebihan dan Insentif Bekerja Sebagai Penjawat Awam Di Malaysia

$
0
0

Bekerja dalam sektor awam di Malaysia sememangnya menjadi impian setiap manusia yang ingin mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Kelebihan Penjawat Awam Di Malaysia
Kelebihan Penjawat Awam Di Malaysia

Pelbagai manfaat dan insentif yang boleh diperolehi apabila berada dalam sektor awam kerajaan pusat atau kerajaan negeri sebagai penjawat awam tidak kira gred paling rendah apalagi gred paling tinggi.


11 Kelebihan dan Faedah Apabila Bekerja Sebagai Penjawat Awam

Kelebihan yang ada ini menjadi motivasi untuk terus berjaya dalam kerjaya. Bagi yang ingin bekerja sebagai penjawat awam ini adalah kelebihan dan manfaat apabila anda diterima memegang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

1. Gaji permulaan yang agak besar apalagi bila gaji minimum kerajaan diubah mengikut belanjawan. Kenaikan gaji dan pangkat juga banyak dan mengikut prestasi tugasan. Mudah naik gaji

2. Insentif dan kemudahan tanggungan perubatan dari mula bekerja sebagai penjawat awam sehingga bersara. Kemudahan juga diterima ahli keluarga seperti anak-anak, isteri dan ibu bapa.

3. Elaun dan imbuhan untuk bayaran perumahan dan perkhidmata awam setiap bulan dalam gaji.

4. Skim dan pembiayaan perumahan seperti LPPSA untuk pinjaman perumahan sendiri. Kenderaan dan komputer dapat kemudahan dengan kos pengurusan yang rendah.

Baca : Kelebihan Pinjaman Perumahan LPPSA

5. Cuti bersalin untuk penjawat awam yang bersalin sehingga 90 hari atau 3 bulan dengan gaji dan elaun berjalan

6. Jaminan peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang lebih menarik semakin lama berada di dalam jawatan perkhidmatan awam.

7. Berpeluang melanjutkan pelajaran dengan tajaan sehingga peringkat Doctor Falsafah (pHD).

8. Elaun Cost of Living Allowance (COLA) yang disediakan pihak kerajaan dengan peluang peningkatan jumlah elaun apabila belanjawan negara dibentangkan.

9. Mudah untuk taraf jawatan tetap setelah tamat tempoh percubaan berbanding kerja swasta mungkin akan tidak disambung perkhidmatan

10. Pencen adalah satu insentif paling diingini penjawat awam. Selepas berhenti kerja masih memiliki pencen untuk meneruskan hidup dalam masa persaraan.

11. Jika setia dalam perkhidmatan mendapat ganjaran dan anugerah sebagai hadiah.

Menarik bukan insentif dan manfaat sebagai penjawat awam. Oleh kerana kelebihan-kelebihan inilah banyak temuramah (interview) dan langkah langkah sebelum diterima kerja sebagai penjawat awam.

Persediaan Hadir Interview Kerja Kerajaan

Peperiksaan secara bertulis dan lisan antara langkah langkah awal sebelum bekerja dalam sektor awam di Malaysia. Peluang juga bukan semua yang boleh dapat, biar pun baharu dipanggil untuk temuduga sudah ada yang sudah membuat kenduri kesyukuran itupun belum diterima.

Persaingan Temuduga Penjawat Awam Di Malaysia

Kekosongan jawatan juga hanya beberapa sedangkan calon adalah beratus dan mungkin beribu untuk satu jawatan. Untuk diterima semestinyalah anda memerlukan panduan dan tips terbaik supaya peluang temuduga tidak sia sia. 

Mengikut statistik 2.5 juta permohonan, hanya 3.2% yang diterima!

Panduan Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Penulis kongsikan tips dan panduan berguna untuk anda yang akan menduduki peperiksaan atau temuduga untuk jawatan penjawat awam di Malaysia.

Panduan Mudah Lulus Temuduga Penjawat Awam
Panduan Mudah Lulus Temuduga Penjawat Awam


Ebook ini adalah hasil pengalaman oleh Puan Jud Jamil iaitu bekas Ketua Unit Sumber Manusia di salah satu agensi kerajaan dengan pengalaman 8 tahun. Pengalamannya dibukukan dalam ebook ini.

Boleh dapatkan Ebook ini walaupun anda belum lagi dipanggil untuk temuduga, buat persediaan awal, mana tahu rezeki dari Allah, hanya dia menentukan, boleh klik banner di bawah untuk membuat belian.

 

  Anda fikir anda tahu Kelebihan dan Insentif Bekerja Sebagai Penjawat Awam Di Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.


Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Sha'ban Dalam Mazhab Al-Syafie

$
0
0

 "Hukum Puasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban"

Isu dan pandangan ini ada khilaf dalam mazhab. 

Puasa Selepas 15 Shaban
Puasa Selepas 15 Shaban

Isu haram atau boleh berpuasa sunat selepas 15 Sha'ban terdapat pandangan berbeza kerana perselisihan tentang sanad (sumber) hadis.


Namun, sebagai pengikut mazhab Syafie kita berpeganglah pada prinsip pengikut mazhab Syafie.

Dalam mazhab Syafie, haram untuk berpuasa selepas nisfu Sha'ban iaitu 16 hingga 30 Sha'ban. Pada 15 Sha'ban dibolehkan untuk puasa sunat nisfu Sha'ban.

Syarat Dibolehkan Puasa Sunat Selepas 15 Sha'ban

Namun, tidak diharamkan untuk berpuasa seperti sebab dibawah;

1. Puasa Wirid

Mereka yang telah puasa selang sehari bermula dari awal bulan sha'ban lagi. Sudah bermula dari 1 Sha'ban dan seterusnya boleh meneruskan sehingga 30 Sha'ban.

2. Puasa Sunat 

Mereka yang selalu mengamalkan puasa sunat pada setiap isnin dan Khamis. Secara berturut-turut dari awal bulan Sha'ban.Sebelum 15 Sha'ban telah berpuasa isnin dan khamis.

Namun, jangan ada yang tertinggal sehari (isnin atau khamis) walaupun kerana keuzuran.

3. Puasa Nazar/Kifarah

Mereka yang sudah bernazar atau bersumpah untuk berpuasa pada tarikh tertentu, dan tidak pasti/tahu bahawa tarikh tersebut jatuh pada selepas 15 Sha'ban.

Jika sudah tahu bahawa tarikh tersebut dalam 15 Sha'ban sehingga 30 Sha'ban, tidak dibolehkan untuk berpuasa.

4. Puasa Qadha

Jika terpaksa melakukan puasa qadha memandangkan bulan ramadhan seterusnya telah hampir tiba.

Dibolehkan untuk berpuasa qadha. Sepanjang 11 bulan lepas, mengapa tidak sempat untuk qadha ?

Hadis Pengharaman Puasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

 إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُوْمُوْا

Maksudnya : “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa”.

Dalam lafaz yang lain:

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam lafaz yang lain pula:

 إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ، فَأَفْطِرُوا حَتَّى يَجِيءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, makanlah sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam lafaz yang lain lagi:

 إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tahanlah diri kalian dari berpuasa sehingga datang bulan Ramadhan”.

Takhrij al-Hadith

Hadith ini disebut oleh Imam Ahmad (2/442), Abu Daud (2337), al-Nasaie (2923), al-Tirmizi (738), Ibn Majah (1651), al-Darimiy (1691) dan ramai lagi. Walaupun lafaznya berbeza tetapi maknanya adalah sama.

Sumber: Artikel Muftiwp

Berkongsi Pengetahuan Sesama Islam

Penulis bukanlah seorang yang alim dan fasih dalam hukum dan fiqh. Semua bermula ketika mendengar tazkirah awal sebelum solat Jumaat di sebuah masjid di kawasan Sri Muda Shah Alam baharu-baharu ini.

Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang masih belum tahu.

Oleh itu, penulis dapatkan maklumat dan pembacaan rujukan melalui carian google search dan video dari youtube, termasuklah video dari Ustaz Azhar Idrus.

Untuk lebih pembuktian dari olahan penulis di atas boleh rujuk video youtube di bawah dari UAI;


Hikmah Haram Berpuasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban

Hikmah dan pengajaran dari pengharaman berpuasa sunat selepas 15 haribulan Sha'ban sehingga 30 Sha'ban dalam mazhab Syafie adalah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum dalam menempuh bulan Ramadhan. 

Di mana pada bulan tersebut difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan tersebut.

Ada yang mencari Kurma ajwa, safawi, mariami (dari Madinah) untuk Bulan Puasa Ramadhan ? 

Kurma Ajwa Madinah
Kurma Ajwa Madinah

Boleh tempah dan beli disini | Buah Kurma Ajwa, Safawi dan Mariami Premium

Anda fikir anda tahu Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Sha'ban Mazhab Syafie ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Coating Cat Kereta Baharu Di Sensha Coating Kota Kemuning Shah Alam

$
0
0

 "Coating Kereta Di Sensha Coating"

Memiliki kenderaan baharu lain rasanya, walaupun anda pernah bukanlah kali pertama memiliki kenderaan.

Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning
Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning

Rasa sayangnya lain macam bila baharu sahaja memiliki kenderaan yang masih belum dikoyakan plastiknya. Bau 'kilang' pun belum pudar.


Pasti setiap pemilik kenderaan baharu risau dan gusar jika ada sebarang kotoran atau calar pada kereta idaman yang baharu sahaja dimiliki.

Ada juga selepas subuh sudah mula mengelap kereta supaya nampak berkilat dan bersilau.

Apa itu Coating Kereta ?

Cat merupakan 'kulit' pada kereta anda. Sebarang kekotoran, pudar dan calar halus pada cat kereta menyakitkan permandangan apalagi kereta yang masih baharu.

Terdapat satu kaedah penjagaan kereta yang dinamakan 'coating'. Coating cat kereta. Apakah proses coating kereta ini ?

Tujuan dan Kelebihan Coating Kereta

Coating kereta adalah satu proses penjagaan kereta untuk melindungi cat pada kereta daripada warna pudar atau lusuh, kekotoran yang degil dan calar yang halus seperti terkena batu kecil atau sedikit cakaran 'manja'.

Itu adalah tujuan kenapa ada yang membuat coating pada kenderaan mereka apabila membeli kereta baharu misalnya. Coating adalah untuk menghilangkan kesan berikut;

- Menambah kilatan cat

- Buang pudar cat kerana oksida

- Calar halus

Suka penulis jelaskan bahawa coating tidak akan berguna kepada kesan calar kasar (teruk) seperti kesan kemalangan dan goresan siling khianat.

Coating ini hanya berfungsi melapisi coating cat yang sedia ada pada cat kereta.

Kereta Bagaimana Sesuai untuk Proses Coating

Lazimnya, kereta yang baharu dibeli akan dihantar untuk 'coating'. Pada kebenarannya tidak semestinya kereta atau kenderaan yang baharu keluar dari kedai sahaja perlu dilapiskan dengan filem coating, kereta atau kenderaan yang baharu menukar cat juga boleh untuk coating.

Jika anda sudah hilang rasa kasih sayang dengan kereta anda dan memiliki bajet yang lebih, kereta atau kenderaan lama juga boleh dilakukan proses 'coating'.

Penulis memberikan gambaran bahawa kebiasaannya kereta baharu sahaja orang akan membuat coating.

Jenis Jenis Coating Kereta

Dalam bahasa mudah kita 'laminate' lapisan kereta kita, namun bukan sampai tahap 'wrap' kereta. Pernah buat assignment bukan ? Laminate dengan filem lutsinar.

Proses coating ini akan dilakukan dengan melindungi cat kereta anda dengan filem lutsinar. Terdapat dua jenis filem yang penulis tahu setakat ini, glass coating dan ceramic coating.

Kos dan Harga Coating Kereta

Penulis pernah membuat bancian (survey) terhadap harga coating kereta, harganya sama dengan julat (range) harga 'tinted' kenderaan.

Pada zaman dahulu ada yang mencecah RM3000, namun sekarang harganya sekitar RM250 sehingga RM2000. 

Terdapat banyak pakej untuk coating. Harga bergantung kepada jenis, waranti dan ketahanan filem coating. Bergantung kepada jenis coating, glass atau ceramic.

Coating ceramic lebih mahal berbanding glass.

Pengalaman Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning

Dalam pencarian kedai yang boleh menyediakan servis coating penulis menemui satu kedai yang boleh dicuba.

Ia terletak di Kota Kemuning, ini kedai yang terdekat dengan penulis.

Penulis menemui satu kedai coating kereta yang agak tinggi dan baik 'review' pelanggan dan agak dekat dengan tempat tinggal penulis.

Nama kedai tersebut adalah Sensha Coating Kota Kemuning.

Masuk facebook page mereka untuk melihat pakej coating yang ada. Sudah membuat pilihan pakej boleh buat pesanan.

Sebelum datang coating, perlu buat janji temu (appointment) dahulu. Penulis membuat 'appointment' melalui Facebook Page.

Cepat balasannya. Bagi tempahan slot (booking) berikan butiran seperti;

Nama anda

Nombor telefon anda

Model kereta anda

Nombor plate kereta anda

Tarikh yang diinginkan anda

Lokasi Kedai

Isikan dan tunggu balasan mesej dari pihak Sensha Coating untuk waktu. Bagi penulis, pertanyaan kepada pihak mereka agak pantas dan dijawab.

Pada hari untuk coating anda akan diperjelaskan lebih detail tentang pakej yang ada.

Ketika ini anda boleh buat pilihan dengan lebih terperinci dan dapatkan maklumat dengan personel yang ada.

Apabila setuju dengan pakej, mereka akan membuat pemeriksaan badan kereta untuk periksa adakah calar atau kerosakan yang sedia ada pada kereta.

Mereka akan memberikan info tersebut pada anda dan apabila tiada sebarang masalah bolehlah diteruskan coating.

Pakej Coating Sensha Coating

Penulis memilih pakej Ceramic Coating Standard dengan harga RM499 dengan waranti 3 tahun.

Tempoh Masa Proses Coating

Proses coating mengambil masa sekitar 5-6 jam bergantung kepada jumlah 'appointment' pada hari tersebut.

Penulis sarankan supaya ada yang menghantar atau datang dengan dua kenderaan. Bolehlah pulang dahulu ke rumah.

Selepas siap pihak Sensha Coating Kota Kemuning akan menelefon anda. Setelah 4 jam Perodua Bezza Advance penulis berjaya dipasang coating. 

Ulasan Penulis

Bagi penulis coating kereta sekadar mengilatkan kereta sahaja dan calar halus sahaja yang dilindungi. Hampir RM500 untuk coating yang tidak mampu lindungi calar yang besar, jika ada wang lebih bolehlah coating kenderaan anda.

Bukan satu kemestian untuk coating berbeza dengan tinted kenderaan yang 'perlu'.

Lokasi Sensha Coating Shah Alam

Bagi yang ingin mencuba coating di Kedai Sensha Coating Kota Kemuning Boleh rujuk lokasi di bawah;


Anda fikir anda tahu Coating Perodua Bezza Di Sensha Coating Kota Kemuning Shah Alam ?

Anda fikir sekali....

Assalamulaikum.

Promosi Produk Melalui Email Marketing Lebih Berkesan

$
0
0

"Email Marketing Lebih Berkesan"

Marketing melalui email ramai yang sudah tidak percaya akan kaedah ini. Zaman penggunaan internet explorer, mIRC, friendster atau Myspace bolehlah gunakan email sebagai cara marketing.

Cara Buat Email Marketing
Cara Buat Email Marketing

Jika berpendapat sebegini, sesungguhnya anda salah. Melalui email sebenarnya senjata utama untuk meningkatkan hasil jualan produk anda.


Semua Orang Memiliki Akaun Email

Bayangkan, semua aplikasi tidak kira pengguna android, IOS atau sebagainya memerlukan penggunaan email.

Semua benda seperti Facebook, twitter, instagram, malah ingin membuat belian di shopee atau lazada juga memerlukan anda memiliki email.

Boleh dijamin semua yang melayari internet memiliki akaun email masing masing.Maka mengapa ada yang berkata marketing melalui email tidak berkesan ?

Mengapa Marketing Melalui Email Masih Berkesan ?

Mari penulis berikan sebab-sebab mengapa marketing produk perniagaan anda masih relevan dan sesuai masa kini.

1. Kurang menjengkelkan Pelanggan 

Berbanding aplikasi WhatsApp, Wechat atau SMS, melaui email ia kurang menjengkelkan bakal pelanggan anda.

Email walaupun ada notifikasinya ia masih tidak menjengkelkan (annoying) seperti Whatsapp atau media chatting lain yang datang mengganggu seolah-olah tiada privasi untuk bakal pelanggan.

Bayangkan anda menggunakan whatsapp, pagi-pagi sebelum subuh sudah ada posting yang masuk dan mungkin bakal pelanggan anda terus block nombor whatsapp anda.

Berlainan dengan email yang jauh lebih privasi dan tidak mengganggu pengguna.

Dalam email bakal pelanggan anda boleh sahaja meninggalkan email tersebut dan mungkin membacanya di lain masa.

2. Penghantaran Email Secara Automatik Jimatkan Masa

Melalui email anda boleh set up mengikut tarikh dan masa untuk dihantarkan kepada pengikut dan bakal pelanggan anda yang berkongsi alamat email mereka.

Boleh memilih email mana untuk masa dan tarikh tertentu.

Sebagai contoh anda ada 10 artikel/copywriting produk anda untuk dihantar. Untuk membuat 10 artikel copywiriting dalam satu masa agak merumitkan.

Apa kata setting untuk satu hari dua artikel copywriting produk anda untuk setiap pelanggan email anda yang melanggan. Lebih efisien cara sebegini.

3. Pengurusan Data Lebih Tersusun

Menjadi seorang peniaga yang berjaya perlu sistematik. Pengurusan data pelanggan atau bakal pelanggan adalah satu cara untuk pengurusan yang lebih sistematik.

Tidak perlu mewujudkan 'spreadsheet' lain untuk bahagian promosi kepada pelanggan.

Dalam email sudah tersusun pengelasan datanya sebagaimana aplikasi spreadsheet lain yang ada. Tidak memerlukan banyak aplikasi, hanya menggunakan email.

Ini bermakna anda boleh create beberapa kategori list khas untuk para pembeli dan juga untuk para subscriber produk percuma anda. Ini memudahkan anda untuk menghantar email yang tepat kepada orang yang betul.

4. Kos Promosi Produk Menjimatkan

Mesti anda sebagai peniaga mengetahui bahawa banyak platform untuk mempromosikan barangan dan produk anda di media sosial.

Sebagai contoh di Facebook dan Instagram. Kedua-dua media sosial ini memerlukan setiap bayaran untuk 'sponsored posting'. Banyak modal dan kos diperlukan hanya untuk beberapa posting produk anda.

Oleh kerana sistem email sudah tersedia simpanan dan pengurusan data 'subscribers' dan akaun email pelanggan anda, maka tidak perlu bersusah payah untuk membuat bayaran pengiklanan lain.

Hantar sahaja maklumat produk anda ke semua email yang anda miliki. Tugasan anda adalah mendapatkan akaun email pelanggan anda lebih banyak.

Membuka akaun email adalah percuma dan semua benda memerlukan email.

5. Database Subscriber Lebih Lama Disimpan

Dalam aplikasi email marketing tiada sebarang butang 'mute' atau 'unfollow' seperti yang ada pada platform sosial lain seperti Whatsapp, Wechat atau telegram.

Hanya terdapat butang 'unsubscribe'. Apa guna ada bilangan ahli dalam group ramai kalau mereka 'mute' dan 'unfollow'.

Lebih baik di 'unsubscribe' kerana memudahkan anda tahu pelanggan jenis mana yang sukakan produk anda.

Database bilangan pelanggan yang subscribe untuk email anda adalah milik anda dan semestinya mereka yang ingin mengetahui tentang produk anda seterusnya.

6. Fokus Target Pasaran Lebih Tepat

Kebanyakan media sosial sekarang menggunakan pendekatan carian 'algorythm', iaitu apabila anda membuat carian baharulah produk atau bisnes tertentu keluar sebagai iklan atau dalam 'news feed'.

Dengan email kita boleh fokus untuk target individu atau pihak secara langsung dan tidak perlu untuk individu mencari baharu kita boleh iklankan kepadanya.

Target pemasaran lebih tepat.

Step by Step Set Up Sistem Email Marketing

Penulis berikan hanya sedikit fakta mengapa promosi dan pemasaran produk anda lebih berkesan dan lebih menjimatkan melalui email.

Ada yang masih kurang jelas, jika mahu ditulis pada artikel ini cukup panjang lebar.

Apa kata lebih memudahkan anda, dapatkan panduan dalam bentuk bukuLebih mudah difahami dengan contoh dan teknik tertentu.

Ebook Tips Marketing Melalui Email
Ebook Tips Marketing Melalui Email 


Lebih menyenangkan anda, ia dalam bentuk digital iaitu Ebook, mana-mana anda boleh membacanya.

Berminat ? Boleh klik banner di bawah;

 

  Anda fikir anda tahu Promosi Produk Melalui Email Marketing Lebih Berkesan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.

Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

$
0
0

 "Nasi Kukus Daging Kambing Bakar"

Dengan rasa manis yang berjus, ditambah pula bau asap hasil sos lada hitam yang melekat pada dagingnya.

Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong Besar
Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong Besar

Jika anda seorang penggemar menu kambing bakar, melalui gambaran di atas pasti akan mengembalikan memori anda ketika menikmatinya.


Sudah banyak sebenarnya hidangan kambing bakar yang penulis cuba sepanjang hidup di muka bumi ini.

Masih ingat, kali pertama di sekitar Setia Alam dan kali terakhir di sekitar Kemuning, Shah Alam.

Daging Kambing Perapan Frozen Semakin Popular

Makan kambing bakar sahaja terlalu retorik dan tipikal, kerana sekarang sudah banyak sejuk beku (frozen) kambing perap yang dijual di pasaran.

Kambing Bakar Dengan Nasi Di Shah Alam

Kali ini penulis ingin memberikan ulasan (review) mengenai satu set hidangan dalam kategori kambing bakar iaitu;

"Nasi Kambing Bakar Sotong Besar"

Agak pelik namanya bukan, ada nama sotong besar.Jangan pelik kerana ia lebih kepada nama kedai ini yang menyediakan menu utamanya sotong besar.

Kali ini penulis akan bercerita mengenai nasi kambing bakarnya yang selalu bermain dilidah dan minda.

Menu hidangan ini dalam set, mudah untuk memesan, sebut sahaja, 

"set nasi kambing bakar satu!". Tidak perlu fikir untuk makan apa.

Apa yang Ada Dalam Hidangan Ini ?

Mula mula kita lihat apa yang ada dalam set hidangan ini. Antara bahan bahan kecil yang ada dalam satu hidangan adalah;

Set Nasi Kukus Kambing bakar
Set Nasi Kukus Kambing bakar


1. Daging kambing bakar (diperap lada hitam)

2. Hirisan kobis halus (seperti kertas selepas di'shredder')

3. Limau nipis (untuk diperah)

4. Nasi kukus

5. Kuah Gulai

Rasa Hidangan Set Nasi Kambing Bakar

Daging kambing bakar (diperap lada hitam)

Kambing Bakar Black Pepper
Kambing Bakar Black Pepper


Penulis anggarkan bahagian (portion) yang dihidangkan di atas pinggan ini adalah dalam gram. Mungkin sekitar 200-300 gram kerana berbeza bilangan kepingan setiap kali datang.

Dari segi rasa, sebagaimana penulis jelaskan apa yang menarik tentang daging kambing bakar secara am ada pada hidangan ini.

Manis dari lemak daging kambing bercampur pula dengan air jus perapan lada hitam, rasanya lain macam.Ok, manis.

Seluruh daging kambingnya dibanjiri kuah dan sukar untuk menemui 'portion' kering.

Tekstur daging kambing tidak begitu liat namun tidak begitu lembut. Sedang sedang sahaja. Masih mampu terlekat di celahan gigi pada skal 3.

Daging ini nipis dan seumpama sudah dicarik, pandai mereka melempiaskan tekstur liat daging supaya mudah di makan.

Hirisan kobis halus 

Terbaik hirisannya, sehalus kertas yang telah di'shredder'kan bukan seperti kobis ayam penyet kedai jawa. Pandangan penulis terhadap kobis mula positif apabila kobis diperlakukan sebegini.

Tiada lagi prejudis terhadap kobis sehingga ditinggalkan ke dalam tong sampah. Ranggup dan tawar. Kombinasi terbaik untuk membalut hirisan daging kambing yang berjus

Namun, kobis tetap kobis

Hirisan Bawang Mentah

Bawang jangan dilupa, bahan yang akan memberikan sensasi pedas 'berangin' dan mungkin menghilangkan bau hamis daging kambing.

Dengan menggantikan dengan baunya. Sukar untuk bukan peminat bawang untuk asingkannya memandangkan warna hirisan bawang dan kobis dalam hidangan ini sama.

Limau nipis (untuk diperah)

Bagi yang tidak berjiwa 'Kelantan' seperti penulis, boleh 'alter' rasa manis pada daging kambing bakar ini dengan menggunakan limau nipis yang diberikan ini.

Limau nipis bukan limau kasturi. Masam pada limau memberikan variasi untuk dikunyah dalam mulut.

[Markah : 4.5/5.0]

Nasi Putih Kukus

Nasi Kukus
Nasi Kukus


Tiada yang istimewa untuk nasi putihnya. Sebagaimana nasi putih yang ditanak di rumah dengan menggunakan jari sebagai ukuran.

Nasinya disini sama sahaja, berasal dari bekas besi kecil yang dimasak dengan wap air iaitu nasi kukus. Oleh itu tiada sebarang keistimewaan selain dari sukar untuk menemui nasi hangit dan berkerak kerana ia nasi kukus.

Tiada sebarang perasa untuk nasinya, seperti ala-ala nasi ayam atau nasi tomato.

[Markah : 3.0/5.0]

Kuah Gulai

Kuah Gulai
Kuah Gulai

Kuah gulainya memang terbaik, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Rasa kari dan kuah gulai ala ala kawah dapat dirasai.

Tuangkan ke atas nasi kukus dan gaul rata, memang kena dengan rasa daging kambing bakar yang manis dan masin rasanya.

[Markah : 4.0/5.0]

Boleh dikatakan walaupun sotong besar adalah 'signature' untuk kedai ini, penulis boleh katakan sepatutnya nasi kukus kambing bakar ini sepatutnya menjadi menu utama untuk restoran ini.

Secara keseluruhan penilaian yang boleh penulis berikan adalah sedap dengan [Markah 4.7/5.0] 

Jika ada kawan, famili dan sesiapa yang inginkan penulis mencadangkan nasi kambing bakar, disinilah jawapan penulis untuk sekitar Shah Alam.

Harga Hidangan Nasi Kambing Bakar

Harga Daging Kambing Bakar : RM14.50

Harga Nasi Kukus Kambing Bakar : RM16.50

Dari segi harga masih berpatutan memandangkan bayaran pemilik kedai untuk dekorasi dan kemudahan yang ada pada kedai.

Mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan 'portion'nasi kambing, namun, oleh kerana ia adalah haiwan ternakan bernama kambing, harga pasaran hidangan ini tidak jauh dengan harga di tempat lain.

Harga dan rasa pula, bagi penulis, berbaloi kerana sehingga kini bila bercerita mengenai hidangan ini, terus kembali kenangan mengunyahnya. 

Kurang dari RM20 per hidangan masih boleh diterima untuk hidangan ini.

[Markah : 3.0/5.0]

Lokasi Kedai Makan Nasi Kukus Sotong Besar

Bagi yang ingin mencuba nasi kambing bakar ini boleh rujuk alamat dan lokasi yang penulis terakan dibawah;


Restoran nasi kukus sotong besar dibuka pada jam 11:30 a.m hingga 10:30 p.m

Anda fikir anda tahu Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Waktu dan Jumlah Sesuai Minum Air Ketika Berpuasa

$
0
0

"Minum Air Bulan Puasa"

Air dalam badan manusia wujud sekitar 60-70% dalam badan. Air merupakan agen penting dalam badan.

Waktu dan Jumlah Air Sesuai Ketika Bulan Puasa
Waktu dan Jumlah Air Sesuai Ketika Bulan Puasa

Tanpa makanan manusia boleh hidup berminggu-minggu dan dalam faktor dan keadaan ekstrim badan manusia mampu bertahan tanpa air sepantas 3 hari.


"Dehydration" adalah punca utama kegagalan badan apabila berlakunya kekurangan dan kehilangan air dalam badan.

Dalam bulan puasa tidak kira dewasa atau kanak-kanak, makanan tidaklah begitu penting namun air cukup penting.

Seharian tanpa air seumpama ironman sedang nazak kerana tanpa kuasa di dadanya.

Fungsi Air Dalam Badan Manusia

Antara fungsi air dalam badan adalah;

pencernaan dan penghadaman

penyerapan nutrien dan bahan kumuh

pengangkutan nutrien dan kelancaran darah

mengawal metabolisme dan kalori dalam badan (faktor kurus jika minum air)

Persoalannya, bolehkah kita 'consume' air secukupnya dalam bulan puasa ?

Boleh sebenarnya. Terdapat waktu yang sesuai untuk kita minum air untuk kekalkan persekitaran kekurangan air ketika puasa.

Waktu Terbaik Minum Air Ketika Berpuasa

Disini penulis kongsikan waktu sesuai untuk minum air ketika berpuasa supaya badan kekal terhidrat dan mengurangkan kadar kehausan tanpa air ketika berpuasa.

Waktu Minum Air Ketika Puasa KKM
Waktu Minum Air Ketika Puasa KKM

1 gelas selepas bangun sahur

1 gelas selepas bersahur

1 gelas selepas azan manghrib (waktu berbuka)

1 gelas selepas solat maghrib

1 gelas selepas makan berbuka

1 gelas selepas solat isyak

1 gelas selepas solat tarawih

1 gelas sebelum tidur

Jika dikira sudah 8 gelas air yang anda telah minum jika amalkan petua diatas.

Mengapa Perlu Minum 8 Gelas Air Sehari ?

Secara purata manusia memerlukan sekitar 2.0 liter air setiap hari. 8 gelas boleh dianggarkan memiliki isipadu secara total sebanyak 2 liter.

Mungkin anda boleh bahagikan 2.0 liter air kepada 8 situasi diatas jika tidak mahu menjadikan gelas sebagai alat sukat jumlah isipadu air yang anda minum.

Sebotol air mineral besar sudah memiliki 1.5liter, maka dua botol air mineral besar bahagikan kepada 8 waktu sesuai diatas.

Ideal adalah sekitar 2-3 liter sehari.

Cara Pengiraan Jumlah Air Perlu Diminum Setiap Hari

Secara terperinci kita sebagai manusia perlu cukup kandungan air dalam badan. Contoh pengiraan tepat untuk tahu isipadu air yang perlu diambil badan kita adalah;

Berat badan (kg) x 0.033

contoh;

75kg x 0.033 = 2.475 liter sehari

Jadi, tiada lagi sebab berpuasa boleh menyebabkan badan kehilangan dan kekurangan air. Harus diingat, air yang dimaksudkan adalah air masak atau air mineral dan bukan air yang manis apalagi air masin.

Anda fikir anda tahu Waktu dan Jumlah Sesuai Minum Air Ketika Berpuasa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Bihun Celup Selera Kelate Cafe Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam

$
0
0

 

"Bihun Celup Berjaya Park"

Bagi anak perantau dari Kelantan, apabila ternampak atau diberitahu akan kedai menyediakan menu berkuah seperti mi celup atau megi celup, terus kecur air liur.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe Shah Alam
Bihun Celup Selera Kelate Cafe Shah Alam

Apalagi bila anda dimasa kanak kanak dahulu memang telah terbiasa dengan menu ini. Banyak sebenarnya kedai makan yang menjadikann hidangan celup ini sebagai hidangan utama mereka di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam ini, namun dari segi rasa banyak berbeza.


Kedai Mi Celup Di Shah Alam

Ada yang 'ceroi' (jernih) kuah celupnya, ada yang tidak pedas, ada yang seperti sup biasa, walaupun banyak kedai megi atau mi celup di sekitar sini masih agak jauh standardnya dengan hidangan asal.

Namun, penulis ada menemui satu kedai makan yang menyediakan hidangan berkuah celup-celup versi Kelantan ini di sekitar Kota Kemuning, Shah Alam.

Kedai ini dinamakan Selera Kelate Kafe

Selera Kelate Cafe Shah Alam
Selera Kelate Cafe Shah Alam

Lebih tepat kedai makan ini berada di kawasan Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam. Dari pengamatan penulis, ia adalah kedai baharu yang menggantikan satu restoran Western Food.

Lokasi Kedai Mi Celup Berjaya Park

Kedudukan agak strategik kerana menghadap jalan besar dan bersebelahan dengan Pasaraya 99 Speedmart Berjaya Park.

Apa yang ingin kongsikan adalah menu yang ada di kedai makan ini. Ya, terdapat hidangan celup celup versi pantai timur.

Meskipun baharu sahaja dibuka, meja yang ada sering silih berganti pengunjung, mesti ada yang menjadi tarikan pengunjung.

Menu Celup Di Kedai Ini

Pelbagai jenis mi yang boleh dipesan disini untuk menikmati hidangan celup. Antara menu hidangan celup yang ada dalam menunya adalah;

Mi Celup

Megi (Maggi) Celup

Bihun Celup

Kuetiau Celup

Itu antara hidangan celup pilihan yang boleh dipesan.

Ramuan dan Bahan Dalam Bihun Celup

Kali ini penulis memesan bihun celup dan seperti biasa isteri penulis dengan kuetiau celupnya.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe
Bihun Celup Selera Kelate Cafe

Basahkan saluran pemakanan (eosfagus) dengan teh o ais limau. Mari kita lihat apa yang ada pada satu hidangan bihun celupnya.

Bihun Putih

Kuah Kicap

Sambal Lada

Sayuran

Limau Nipis

Perencah sampingan pula adalah seperti biasa apabila menikmati hidangan celup adalah;

Perisa Tambahan Sup Celup Kelantan
Perisa Tambahan Sup Celup Kelantan

Serbuk Lada

Lada Jeruk

Garam

Kali pertama berada didepan mata, memang menyakinkan fizikalnya adalah bihun celup.

First Impression Bihun Celup

Kuah Gelap Signature Sup

Kuah bewarna yang memenuhi hampir satu mangkuk. Bahagian atas dihiasi dengan sambal lada yang masih merah dan berbiji, menatap si pemakan agak garang.

Hiasan Atas Hidangan

Warna hijau dari taburan daun bawang, serta daun sup dihiasi dengan bawang goreng untuk hiasan atas.

Sayur Dalam Bihun Celup
Sayur Dalam Bihun Celup

Apa yang pasti sayuran juga ada dalam hidangan ini yang memberikan nutrisi serat untuk satu hidangan.

Lauk Dalam Bihun Celup

Lauk Ayam Bihun Celup
Lauk Ayam Bihun Celup

Masih belum terlihat kelibat bihun, apabila dikaut dengan garfu, nah tersembul bersama isi ayam, daging dan sebiji bebola daging bersama bihun yang kian mengembang. 

Itu adalah sebahagian 'first impression' untuk bihun celup yang baharu sampai di meja penulis.

Apakah Rasa Bihun Celup Ini ?

Stim dan bau kuahnya terus memasuki rongga bau penulis. Terus rasa mahu menitik air liur. Jangan lupa untuk gaulkan semuanya hingga perpaduan segalanya terbentuk dan perah limau nipis. 

Tanpa lupa membaca bismillah, penulis terus mencuba bihun celup ini.

Bihun Dalam Bihun Celup
Bihun Dalam Bihun Celup

Pada suapan pertama, sesuap bihun memenuhi mulut, ketika bihun masih leka di dalam mulut, penulis kejutkan bihun dengan hirupan kuahnya.

Wow! menyengau rasanya cukup. Terbaik!

Rasa Kuah Celup 

Kuah Sup Celup Gelap
Kuah Sup Celup Gelap

Berulang kali penulis membuat perlakuan hirupan kuah, cukup lengkap rasanya. Masam, manis, masin dan aroma sos ikan hadir dalam satu rasa.

Diikuti oleh rasa pedas dan suam kuahnya yang menambahkan lagi kehangatan hirupan bihun celup di depan mata.

Kuah Pekat Berperisa

Kuahnya tidak cair atau ceroi, segala bahan yang diperlukan dalam bihun celup dirasai kehadiran mereka.

Bagi penulis, tiga bahan penambah yang ada di atas meja sekian lama agak tidak diperlukan. Dalam satu mangkuk hidangan ini sudah ada pelbagai rasa dan aroma.

Mungkin sedikit lada jeruk boleh ditambah untuk memperkayakan lagi rasa pedas dan masam.

Portion Lauk Dalam Hidangan Banyak

Sesuatu yang boleh dipuji selain kuahnya yang 'kaya' perisa adalah portion lauk yang agak banyak.

Untuk harga sebegini, berbaloi (rujuk harga dibawah).

Seperti biasa apa yang ada di dalam mangkuk hilang tanpa dikesan melainkan memasuki tangki perut penulis.

Markah [4.5/5.0]

Kepedasan dan kepanasan telah menyebakan segelas teh o ais limau dalam gelas aiskrim gagal bertahan lama.

Suasana Dalam Kedai

Ditambah dengan suhu dalam kedai yang agak panas dan kehadiran angin gagal dikesan, apalagi ketika waktu tengah hari.

Suasana Dalam Kedai
Suasana Dalam Kedai

Selain dari hidangan mi celup, megi celup, bihun celup terdapat hidangan lain seperti nasi ayam dan nasi kerabu.

Majoriti yang datang makan disini memesan menu celup. Boleh penulis simpulkan bahawa menu utama di sini adalah hidangan celup.

Keadaan kedai agak sempit dan panas. Keselesaan agak kurang apabila datang makan ketika waktu sesak.

Dalam fikiran penulis, mahu sahaja angkat mangkuk, kerusi dan meja ke bahagian luar kedai. Apalagi sedang menikmati hidangan yang panas dan pedas.

Suasana agak malap walau ketika siang, risau juga jika ada lauk lebih yang tanpa diundang ke dalam mangkuk. Terhad bilangan pelanggan untuk makan dalam kedai, bungkus bawa balik lebih baik.

Markah [2.5/5.0]

Harga Semangkuk Bihun Celup

RM6.00/mangkuk

Dari segi harga, bagi penulis cukup berbaloi. Kenyang dan banyak lauknya selain dari mampu mengembalikan kenangan menikmati hidangan mi atau bihun celup original ketika di Kalantan.

Dengan harga sebegitu memang berpatutan dengan apa yang penulis nikmati.

Markah [4.5/5.0]

Kawasan parkir biasalah kalau kedai makan yang terletak dalam kawasan rumah kedai, agak terhad.

Memerlukan sedikit iltizam dalam parkir kenderaan.

Memandangkan Berjaya Park tidaklah begitu padat dengan manusia, parkirnya boleh dikatakan masih mudah didapati.

Bagi yang ingin mencuba boleh dapatkan lokasi tepat ke kedai makan ini melalui Google Maps dibawah;


Anda fikir anda tahu Bihun Celup Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Cara Memilih Ratio Jenis Baja NPK Sesuai untuk Tanaman

$
0
0

 "Jenis Baja NPK"

Berkebun jarang tidak akan memberikan hasil jika ada cara dan teknik.

Kelebihan dan Kandungan Baja NPK
Kelebihan dan Kandungan Baja NPK 

Tidak kira anda berminat untuk menanam sayuran berdaun, sayur berbuah atau pokok yang mengeluarkan buah untuk jualan komersil.


Dengan teknik dan pengetahuan dalam penjagaan yang betul dengan izin Allah maka ada hasilnya.

Pemilihan Zat dan Nutrien Pokok

Pemilihan tanah merupakan satu perkara asas dalam penjagaan tanaman anda. Jika dikawasan lapang atau luas tidak begitu risau akan kandungan zat dalam tanah.

Bagaimana bagi penanaman versi minimalis iaitu berkebun dengan menggunakan polibag atau pasu ?

Bagaimana untuk mengekalkan zat untuk tanaman anda ?

Caranya semestinyalah penggunaan baja. Antara baja yang agak popular dan asas dalam bercucuk tanam adalah baja jenis NPK.

Baja kimia yang mengutamakan tiga unsur zat iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P), dan Kalium (K).

Kegunaan Zat dan Nutrien Nitrogen, Phosphorus dan Kalium untuk Tumbuhan

Sebelum itu kita ketahui kepentingan setiap unsur NPK ini, apakah kelebihan dan kegunaan tiga unsur ini untuk tanaman.

Nitrogen (N)

Unsur ini berguna untuk tumbesaran dan menghijaukan daun. Berfungsi menghasilkan klorofil untuk daun.

Terbaik untuk membantu proses fotosintesis untuk pokok dengan lebih baik. Fotosintesis ini adalah proses pokok untuk membuat makanannya sendiri.

Fotosintesis berfungsi baik maka makanan banyak seterusnya tumbesaran tanaman terjamin.

Jenis baja yang disarankan adalah jenis baja NPK 15.15.15. Warna baja ini biasanya warnanya hijau.

Phosporus (P)

Unsur ini berfungsi dalam kesihatan dan kekuatan akar pokok. Kegunaan P ini adalah untuk mengelakkan pokok mudah tumbang dan batangnya cepat lemah atau lembik.

Cengkaman akar tidak kuat kerana kekurangan unsur Phosporus. Penyerapan nutiren dan air juga akan terganggu jika akar tidak kuat.

Baja yang disarankan untuk digunakan adalah baja jenis CIRP. Warnanya ada dua jika bukan merah jambu, dalam versi ungu juga ada.

Kalium (K)

Unsur ini lebih kepada proses pembungaan dan pembesaran buah. Pokok atau tanaman sudah lama ditanam, tetapi tidak mahu berbunga dan berbuah atau mengeluarkan hasil.

Kekurangan unsur Kalium menjadi punca masalah ini.

Baja yang disarankan adalah NPK 12.12.17 yang bewarna biru.

Tahu Kekurangan Nutrien dan Zat Pada Tanaman

Penting untuk tahu tiga elemen atau zat ini kerana memudahkan kita untuk mendapatkan jenis baja yang sesuai.

Pembajaan secara tiada perancangan boleh merosakan ekosistem dan boleh mematikan tanaman itu sendiri.

Tips Pemilihan Baja NPK Sesuai

Jika pokok lambat besar dan daunnya tidak mahu hijau (pokok daun hijau, kalau daun kuning kuninglah) itu menandakan ia kekurangan zat Nitrogen (N)

maka dapatkan baja yang memiliki nilai ration N yang tinggi (tidak semesnya NPK 15.15.15 sahaja).

Apabila pokok mudah goyang atau tidak stabil sehingga membawa kepada tumbang atau senget, Phosporus (P) diperlukan.

Carilah baja yang memiliki ratio P yang lebih berbanding unsur lain.

Bagi yang inginkan pokok berbunga, berbuah dan mengeluarkan hasil, zat Kalium (K) perlu diperhatikan. Dapatkan baja yang memiliki unsur Kalium yang tinggi.

Terdapat juga NPK dengan ratio NPK 15.3.20, atau NPK 16.4.20

Pilih Ratio Kandungan Nitrogen, Phosporus dan Kalium Diperlukan Tanaman

Tidak semestinya nombor ratio tertentu sahaja, jika ada masa untuk membuat kajian sendiri boleh lihat kondisi pokok.

Jika nampak ada kekurangan (rujuk kelebihan zat N,P,K di atas) belilah baja yang memiliki nombor yang tinggi pada yang lain.

Semoga info ini membantu anda memilih jenis baja NPK yang sesuai untuk masalah tanaman anda.

Fahami kekurangan zat, dan carilah baja yang memiliki zat yang diperlukan.

Anda fikir anda tahu Cara Memilih Baja NPK Sesuai untuk Tanaman ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Kronologi Timeline Filem Filem Adiwira Marvel Mengikut Jalan Cerita

$
0
0

 "Kronologi Filem Marvel Studios"

AWAS! Artikel ini mengandungi Spoiler

Dengan gabungan gambar-gambar dan klip-klip video bersambungan. Dari perlahan sehingga laju.

Urutan Tonton Filem Marvel
Urutan Tonton Filem Marvel

Latar belakang warna merah darah ikan mula keluar. Perlahan lahan perkawatan 'Marvel' yang bewarna putih datang menerpa skrin dengan perlahan lahan.


Filem Marvel Studios Dengan Trademark

Akhirnya, dengan skrin latar belakang 'maroon' dan tulisan 'Marvel Studios' terpampang di skrin.

Itu menandakan anda akan ditayangkan dengan sebuah filem hasil produksi 'Marvel Studios'.

Filem Adaptasi Karakter Ciptaan Stan Lee

Mana ada peminat filem dan animasi yang tidak tahu akan 'Marvel Studios'. Merupakan satu produksi yang membawa hasil karakter ciptaan Stan Lee dari komik ke layar pawagam

Ironman, Captain America, Spiderman dan lain lain 'man' lagi semuanya dibawah naungan Marvel Studios.

Walaupun ada beberapa filem adiwira yang dihasilkan oleh pengeluar filem lain, sebelum pihak Marvel Studios 'mengambil alih' semua karakter-karakter adiwira ini.

Pengeluaran Filem Adiwira Marvel Berterabur

Bagi yang mengikuti setiap filem yang menampilkan adiwira-adiwira dalam The Avengers ini mesti akan memerlukan talaan minda yang agak tinggi untuk kaitkan dengan filem filem tersebut.

Ini kerana jika dilihat tahun dikeluarkan filem-filem ini tidak berturutan atau mengikut kronologi sebenar kejadian.

Bagi yang baharu sahaja mengikuti filem filem adiwira dari Marvel ini lagilah pening jika tidak tahu mana satu yang dahulu dan mana satu kemudian.

Urutan Perjalanan Kisah Filem Adiwira Marvel

Sebenarnya, kisah kisah dari Hulk, Captain America, atau Iron Man sehinggalah The Avengers (beberapa siri sekuel) ada turutan jalan cerita tertentu.

Cara Menonton Filem Marvel Mengikut Urutan

Kali ini penulis, senaraikan filem filem dari Marvel Studios mengikut urutan jalan cerita dari awal sehingga akhir.

Penulis ulas sedikit sinopsis pada filem filem tersebut mengikut acuan dan pandangan penulis sendiri.

Mungkin akan menimbulkan beberapa 'spoiler' dan ringkasan filem dari pemahaman penulis sendiri.

Captain America: The First Avenger



Pengenalan kepada kisah Captain America. Bagaimana superhero ini bermula dan wujud sehingga sekarang.

Dalam filem ini banyak tertumpu kepada 'peperangan' antara SHIELD dan HYDRA.

Dua 'NGO' yang membantu menyeimbangkan kejahatan dan kebaikan pada dunia.

Dalam filem ini, kehadiran SHIELD seperti Nick Fury dan Agent Romanoff dalam misi memperkuatkan SHIELD dengan konflik dalam mewujudkan Project Insight.

Oleh kerana Captain America wujud ketika zaman perang dunia kedua, maka ia boleh dianggap kemunculan pertama adiwira dalam gabungan Avengers.

Kehadiran The Falcon dan Buck Barnes juga diperkenalkan kepada dunia. Red Skull yang telah terkena kuasa Tasseract telah dihukum menjaga Soul Stone di Vormir

Selaras dengan serum yang dilihat di The Incredible Hulk, ia berwarna biru dan diaktifkan oleh sinar Vita. Tabung berisi serum di The Incredible Hulk dilabelkan dengan amaran sinaran sinar-Vita.

Captain Marvel 



Pengenalan kepada watak Captain Marvel (Mar-Vell). Boleh dikatakan titik mula kepada pembentukan 'The Avengers'.

Nama 'Avengers' sendiri tercipta dari gelaran Danvers pada jet pejuangnya, menjadikan Nick Fury yang masih kesakitan dicakar Flerken (si oyen) menggunakan nama 'The Avengers' untuk kali pertama.

Tasseract iaitu salah satu unsur kuasa 'rare' diperkenalkan. Menjadi rebutan dalam filem ini yang membentuk konflik beberapa bangsa angkasa lepas, Skrull, Kree dan puak Ronan.

Sebelum tonton Guardians of Galaxy, The Avengers Infinity Wars dan Endgame, filem ini perlu difahami

Iron Man 



Dalam filem ini lebih fokus kepada kehadiran watak Iron Man dalam dunia adiwira. Masih belum ada lagi keahlian Iron Man dan Avengers.

Sebagaimana filem Captain America pertama sebagai satu pengenalan watak adiwira Iron Man

Semasa Tony menanggalkan jasnya, prototaip perisai Captain America ada di latar belakang. Howard Stark, ayah Tony, merancang perisai di Captain America: The First Avenger.

Iron Man 2 



Iron man kedua yang memfokuskan kepada perbalahan antara dua anak kepada pencipta zaman dahulu.

Antara anak kepada Howard Stark dan rakan penciptanya, Ivan Vanko. Dibantu pemilik Hammer Industries, Justin Hammer.

Kaitan filem ini dengan sequel Avengers adalah di mana, kelibat Nick Fury dan Black Widow yang cameo dalam proses melobi Tony untuk menyertai pakatan Avengers.

Ditambah juga kehadiran Agent Coulson yang turut menjadi wakil The Shield dalam Iron Man kedua ini.

The Incredible Hulk 



Pengenalan kepada kewujudan incredible Hulk apabila eksperimen tentera untuk melahirkan 'super soldier'.

Dalam filem ini, ditunjukan watak, sifat dan kekuatan hulk.

Hulk masih belum bersatu dengan Bruce Banner. Apabila Hulk keluar maka hilanglah Banner, begitulah sebaliknya.

Thor : The Dark World




Dalam filem ini, filem Marvel sudah bukan lagi semata-mata berkaitan dengan bumi sahaja.
Penemuan 'Wormhole' oleh budak kolej dan kajian Dr Selvig telah menemui dimensi dan 'makhluk asing' baru.

Thor dan kerabatnya di Asgard. Banyak kisah politik dan keluarga Thor seperti nama nama yang baharu keluar seperti Loki dan beberapa lagi di Asgard.

Kemunculan Aether iaitu Reality Stone (Warna Merah) yang menjadi rebutan sehinggalah ke Infinity Wars.

Di filem ini, Thor, Loki dan Asgard diperkenalkan. Odin's sons.

Erik Selvig mempunyai perbualan dengan Nick Fury selepas mendapat kredit. Fury menunjukkan Selvig sebuah kotak logam yang mengandungi Tesseract, yang ditemui semula oleh Howard Stark di Captain America: The First Avenger. Tesseract adalah salah satu Infinity Stones.

Prolog berlaku di Tonsberg, Norway. Dipercayai bahawa selama ini orang Asgardia memberikan atau kehilangan Tesseract ke Bumi. Tonsberg ditunjukkan awal di Captain America: The First Avenger ketika Johann Schmidt memperoleh kiub.

Mjölnir ditunjukkan dalam urutan pasca-kredit Iron Man 2, adegan yang muncul sekali lagi di Thor.

The Avengers 



Dalam The Avengers pertama ini, lebih kepada pra perebutan enam biji batu kuasa oleh Thanos nanti. Dengan bantuan 'The Others' Thanos menjalankan misi awalnya melalui Loki.

Masih tiada kehadiran Thanos dalam filem ini melainkan dalam Post-Credit filem.

Konflik bermula apabila SHIELD cuba untuk ekstrak Tasseract (batu biru). Loki ingin merampasnya dan berlaku insiden.

Lebih mudah, Loki adalah yang diperangi oleh The Avengers (Captain America, Iron Man, Hulk, Black Widow,Hawkeye). Loki dibantu kehadiran Chitauri.

Tugasan pertama pasukan The Avengers. Loki tewas dan bersama Tasseract Loki di bawa balik ke Asgard oleh Thor.

Dalam adegan pasca-kredit pertama, The Other mengatakan kepada tuannya bahawa manusia bukan "celaka" yang dijanjikan dan menyerang Bumi lagi "akan menghukum mati" tuannya, Thanos menoleh dan tersenyum.

Petanda kehadiran Thanos.

Iron Man 3



Keegoan watak Tony Stark melahirkan banyak penjahat (Villain). Dalam filem Iron Man 3 juga, kejahatan muncul kerana sifat ego Tony Stark yang memperkecilkan Aldrich Killian.

Tony Stark di serang habis habisan sehinggalah kediamannya sendiri hancur menyebabkannya terpaksa 'melarikan' sehingga Alaska.

Kesan dari The Avengers pertama masih dirasai Tony Stark kerana traumanya masih ada jika terdengar ungkapan 'New York' ketika Chitauri Invasion.

Selepas kejadian 'The Avengers' di New York itu, dalam filem ini menunjukan kesan fizikal dan mental terhadap Tony Stark.

Ada sedikit kaitan dengan Captain America, namun ia adalah tema warna Iron Patriot (War Machine) yang dihadiahkan oleh Tony Stark kepada Rhodes (US Army).

Tiada sebarang babak atau 'event' langsung mengenai kaitan dengan filem marvel lain selain, kemunculan watak lain sebagai kawan dan kenalan.

Captain America: Winter Soldier



Captain America sendiri boleh dikategorikan sebagai hasil kajian 'winter soldier'.

Ramai sebenarnya 'winter soldiers' ini, kajian berlaku ketika zaman Henry Pym dan Howard Stark masih muda trang tang tang.

Dalam sekuel filem Captain America kali ini, konflik antara Hydra dan Shield mula memuncak.

Bermulalah kemunculan semula 'boneka' zaman dahulu, Winter Soldier sambil memperkenalkan watak Bucky Barnes yang lebih 'kuat' karakternya.

Kehadiran Nick Fury dan skuad Shield dalam filem ini sukar ditutup lagi. Sememangnya, jika ada Captain America pasti ada kaitan dengan Shield secara langsung.

Guardians of the Galaxy Vol. 1



Bagi filem pertama Guardians of Galaxy, lebih kepada bagaimana kru-kru ini bertemua.

Semuanya bermula di planet Xandar. Quill ingin menjual Orb (Power Stone) , Gamora mahukan Orb untuk ayahnya, Thanos. Rocket dan Groot turut berebut Orb.

Ketika ditangkap, Drax yang sudah berdendam dengan Thanos, cuba membunuh Gamora untuk keluarganya. Dengan kepakaran Rocket si Rakun semua terlepas ala-ala siri Prison break.

Dalam filem ini tidak banyak kaitan dengan filem Marvel lain, hanya pengenalan kepada kru dan kisah Guardians of Galaxy

Guardians of the Galaxy Vol. 2 



Dalam sekuel seterusnya ini, banyak tertumpu kepada asal usul Quill. Tentang kewujudan ayahnya Ego yang memiliki cita-cita menakluk galaksi.

Niatnya sama seperti Thanos untuk mengambil alih alam semesta. Mantis yang hidup di planet milik Ego mula diserap ke dalam pasukan Guardians of Galaxy.

Masih tidak begitu terkait dengan filem marvel lain selain, memperkenalkan kepada dunia marvel kewujudan makhluk dan planet di dalam galaksi.

Namun, niat dan tujuan Thanos sudah mula muncul dengan kehadiran Nebula.

Avengers: Age of Ultron 



The Ultron sebenarnya memang sudah wujud. Ciptaan Doctor Henry 'Hank' Pym (Ant man).

Ultron mula memiliki sifat 'Thanos' untuk pupuskan manusia dan wujudkan populasi robot sepertinya, kerana banyak kerosakan dilakukan manusia.

Dalam proses memiliki badan sintetik, ultron terpaksa berperang dan memaksa Helen Cho membuatkannya badan sintetik.

Badan yang memiliki batu keinginan Thanos pada dahi. Mind Stone (Batu Kuning).

Dalam proses menghalang Ultron, badan tersebut dicuri walaupun sudah dimasukan sedikit 'roh' ultronPihak Avengers merampas badan berkenaan, Tony Stark dan Bruce Banner cuba memasukan J.A.R.V.I.S ke dalam jasad berkenaan.

Dengan bantuan Thor, makan wujudlah Vision yang lebih cintakan alam semulajadi. Peperangan di Sokovia, mencetuskan persengketaan dalam Civil War.

Ant-Man 



Doctor Henry 'Hank' Pym adalah ant man pertama di zaman awal kewujudan SHIELD.

Di zaman Howard Stark, ayah kepada Tony Stark.

Hank keluar daripada SHIELD kerana SHIELD cuba mendapatkan kajian dan teknologi kajiannya dalam projek pengecilan (berkonsepkan quantum physics).

Pengenalan kepada Scott Lang iaitu Ant Man zaman moden. Dengan karakter dan sifatnya dimasukan dalam filem beserta sejarahnya dahulu sehinggalah dia menjadi Ant Man setelah mencuri suit berkenaan.

Dalam post credit film, Wilson dan Steve Rogers telah berjaya memerangkap Winter Soldier (Bucky) dan sedang membincangkan apa yang harus dilakukan. Setelah memutuskan untuk tidak memberitahu Tony Stark, Wilson menyatakan bahawa dia tahu siapa yang harus dihubungi. Scott Lang salah seorang.

Ant man di panggil menyertai Civil War

Captain America: Civil War 



Filem ini merupakan pasca filem Avengers Age of Ultron, iaitu hasil dari kerosakan dan kematian yang disebabkan Avengers. Kerosakan yang berlaku pada The Avengers pertama juga menjadi isu.

Setiusaha Ross mula ingin mengehadkan tugasan para Avengers, dengan memantau aktiviti mereka dalam satu aturan yang diberi nama Sokovia Accords.

Mula konflik apabila Captain America dan Ironman mula berbeza pendapat akan situasi ini.

Maka wujudlah dua puak, yang menentang dan menerima Sokovia Accords.

Apalagi terdapat seorang warga Sokovia yang menjadi jarum untuk memecahkan ikatan antara ahli Avengers.

Dengan menganiaya Barnes pembuat angkara di Viena menyebakan dia diburu oleh Black Panther dan mengapikan isu pembunuhan ibu bapa Stark ketika Barnes masih bersama Hydra.

Dalam episod Civil War ini, adalah pengenalan kepada The Black Panther dan Spiderman versi Marvel.

Black Widow



(akan dikemaskini)

Spider-Man: Homecoming 



Dalam versi terbaharu Spiderman, kita jadikan kewujudan watak Spiderman yang muncul dalam Captain America:Civil War.

Walaupun Mary Jane agak tidak sesuai dan Aunt May yang agak 'Tomei".

Demi mendapatkan bantuan ekstra, Tony Stark mendapat rekruit baharu iaitu Spiderman.

Dengan gajet dan alatan canggih dari Iron Man, Spiderman kali ini tidak 'bersendirian' dan tiada lagi cakap-cakap adakah Spiderman akan menyertai The Avengers.

Sekadar lawatan biasa (dalam negara) budak-budak sekolah. Spidey kali ini memerangi penjahat yang mencipta peralatan berdasarkan batu yang juga menjadi rebutan Thanos nanti.

Bermula dengan kisah Chitauri. Terkait Thanos, Loki dan Thor. Ketika berlakunya The Avengers yang pertama.

Kuasa yang pernah mencipta Red Skull ketika zaman Captain America : The First Avenger dan yang memberikan Wakanda menjadi satu lokasi berteknologi.

Permulaan kepada pelapis dan protege Iron Man. Spiderman!

Doctor Strange 



Selain dari kisah permulaan wujudnya watak 'Doctor Strange' dalam filem Marvel. Dalam filem ini ada secebis dari 'puzzle' mengenai 'time travel' dalam The Avengers:Endgame.

Boleh dikatakan filem ini adalah asas untuk penciptaan mesin masa oleh Tony Stark dalan Endgame. Boleh kaitkan dengan ketika Doctor Strange 'bermain' dengan buah epal.

Dalam Endgame juga, Hulk datang berjumpa The ancient one. Dalam filem 'Doctor Strange' ini adalah info mengenai masa dan  dalam filem Marvel.

Masih ingatkah mengenai 'batu hijau' ? Ya! time stone.

Black Panther 



Pengenalan lebih terperinci mengenai watak Black Panther dalam edisi Marvel kali ini.

Jika sebelum ini Captain America : Civil War kita boleh melihat kehadiran sulung Black Panther.

Filem Black Panther ini lebih menceritakan bagaimana wujudnya Wakanda, bagaimana terciptaan watak Black Panther dan beberapa cebisan yang menjurus ke arah peperangan besar di Wakanda dalan The Avengers:Infinity Wars.

Thor: Ragnarok 



Lebih kepada masalah perebutan kuasa dalam keluarga Odin. Kehadiran Hela, kakak kepada Thor dan Loki yang ingin menguasai Asgard dan semesta.

Masih ingat akan Quinjet yang membawa Hulk dalam The Avengers:Age of Ultron yang membawa Hulk 'hanyut' entah ke mana.

Sebenarnya ia sambungan kepada 'kehanyutan' Hulk bersama Quinjet yang mana Hulk berjaya bermastautin di Sakaar, tempat pengumpulan sampah dan barang lusuh dari angkasa.

Disinilah pertemuan semula Thor dan Hulk berlaku dan Quinjet tersebut ada gunanya untuk Thor kembali.

Peperangan besar di Asgard telah menyebabkan beberapa 'timeline' lain seperti;

-Penduduk Asgard dibawa ke Norway, sebagaimana dalam The Avengers:End Game.

-Valkyrie lebih timbul wataknya

Cukup info untuk kisah Thor dan Asgard untuk dimasukan dalam End Game.

The Avengers: Infinity War 



Watak baharu diperkenalkan, iaitu watak kejahatan yang boleh dikatakan cukup besar kesannya dalam filem Marvel.

Thanos, salah satu kewujudan makhluk yang dalam kategori Titans. Kemunculan mungkin dalam filem Eternals

Memiliki niat yang agak positif namun dengan cara yang tidak dihalalkan.

Berpendapat alam semesta cukup 'serabut' dan ingin memperbetulkan ekosistemnya dengan memberikan kesimbangan (balance) dalam alam semesta dengan menghilangkan separuh (beberapa) dari populasi semesta.

Dalam merealisasikan visi, matlamatnya itu, maka terdapat cara dengan mendapatkan 6 biji batu kuasa yang ada sebelum melaksanakan segala aktiviti tidak bermoralnya itu.

Dalam naskah The Avengers ini lebih kepada kisah pencarian batu-batuan oleh Thanos bersama sekutu, dan halangan dari The Avengers dan sekutu.

Boleh lihat kembali 'timeline' yang penulis senaraikan di atas apakah kaitan dengan semuanya.

Ant-Man and The Wasp 



Dalam ant man sekuel kedua ini lebih kepada pengenalan untuk watak "The Wasp" atau sidekick kepada ant-man iaitu Hope anak kepada Doctor Hank Pym.

Konflik berlaku apabila, Ava, cuba untuk menyembuhkan dirinya menggunakan quantum chamber pada masa yang sama Hank Pym ingin kembalikan isterinya iaitu The Wasp asal, Janet Pym.

Lebih kepada perebutan beberapa pihak untuk mendapatkan Lab milik Hank Pym.

Kaitan antara Hank Pym dan Avengers adalah kajian yang pernah dibuatnya antara artificial intelligence dan robot.

Pendek cerita, menghasilkan The Ultron, yang muncul pada The Avengers: The Age of Ultron.

Dalam timeline kisah marvel, filem ini adalah sebelum dan ketika Thanos memetik jari dalam The Avengers: Infinity Wars, memandangkan babak ketika Scott Lang terperangkap di dalam van yang 'catchy' honnya yang turut muncul ketika Endgame ketika sedang menyedut particle.

5 tahun kemudian...

ada seekor tikus sebenarnya.....

The Avengers: Endgame 




......tikus yang sepatutnya kita berterima kasih.

Endgame. Boleh dianggap sebagai 'black hole' filem Marvel. Perjalanan filem marvel sebenanrnya hanya untuk sampai ke filem The Avengers:Endgame ini.
Semua filem-filem Marvel dikumpulkan dalam filem ini.

Tanpa sebarang 'spoiler' penulis boleh katakan filem Endgame adalah tahun kosong kepada filem filem Marvel lain.

Jika adanya 'timeline', filem The Avengers:Endgame ini adalah kelahiran.

Bergantung kepada kedudukan filem filem marvel lain, "Sebelum Endgame" atau "Selepas Endgame".

...and I'm Iron Man.

WandaVision 



Wandavision adalah sebuah siri drama yang menampilkan 9 episod semuanya. Lebih kepada hubungan Wanda (lebih dikenali scarlet witch) dan Vision.

Selepas Avengers mula 'assemble' dengan pergolakan di Sokovia dan beberapa drama antara Wanda dan Vision dalam Captain America : Civil War.

Siri WandaVision ini lebih kepada hubungan antara mereka. Selepas ternadinya pelbagai 'aktiviti' dalam End Game, maka siri ini adalah rentetan apa yang berlaku kepada Wanda dan Vision selepas 3 minggu kejadian The Avengers : End Game tamat.

Doctor Strange juga 'cameo' dalam episod "The Series Finale".

The Falcon and the Winter Soldier



Selepas 6 bulan kejadian End Game, dimana sam diberikan shield oleh Captain America yang tua, kisah hidup Buck dan Sam bermula.

(akan dikemaskini)

Spider-Man: Far From Home 



8 bulan selepas kematian Iron Man (Tony Starks), Spiderman dari Queens cuba untuk 'move on' dengan menyertai rombongan trip ke Eropah.

Dalam filem ini kehadiran The Shield (Nick Fury dan Agent Maria Hill) seumpama mentor kepada Spiderman memandangkan ketiadaan Tony Stark iaitu Iron Man menjadi mentor.

Kumpulan 'haters' iron man menjadi penjahat dalam filem ini, dengan diketuai oleh mysterio.

Filem selepas kejadian 'Avengers : Endgame' ini seolah olah menujukkan persoalan, adakah spiderman akan menjadi pengganti Iron man ?

Loki

Kisah Loki sepatutnya berada sebelum kejadian pertama penyatuan The Avengers iaitu mula-mula Thor dan Asgard bermula.

Namun, cukup terbaik untuk difahami setelah The Avengers:End Game sudah berlaku

(akan dikemaskini)

Eternals

(akan dikemaskini)

Cara Menonton Filem 'Superhero' Marvel Ikut Urutan

Harap dapat membantu bagi peminat filem Marvel untuk menikmati filem filem marvel secara urutan.

Boleh dikatakan ini adalah cara sebenar untuk menonton filem Marvel.

Mengikut urutan cerita memudahkan untuk penonton memahami plot atau jalan cerita. Lainlah kalau memang 'fan boy' bila tanya babak yang mana pun boleh ingat.

Boleh Tonton Secara Streaming Timeline Filem Marvel

Dengan kehadiran beberapa platform streaming untuk tontonan, maka ia lebih memudahkan kita dalam menonton filem filem dari Marvel dan watak Marvel secara urutan timeline yang betul.

Kewujudan HBO GO, dan terbaharu Disney+Hotstar lebih membantu dalam memberikan kaitan antara filem Marvel dan watak adiwira Marvel mengikut jalan ceritanya.

Berkecamuk keluaran produksi adalah kerana jualan hakcipta dan paten oleh Marvel menjadikan Spiderman dalam banyak versi, kisah Hulk juga agak tergantung.

Mungkin nanti Marvel Studios akan membuat platform streaming mereka sendiri pada masa hadapan.

Anda fikir anda tahu Kronologi Timeline Filem Filem Adiwira Marvel Mengikut Jalan Cerita ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualikum.

Cara Betul Biak Ikan Laga (Betta) Sendiri

$
0
0

 "Cara Biak Ikan Betta Sendiri"

Ikan betta atau ikan laga agak berlainan dengan jenis ikan hiasan lain cara membiakannya. Tidak seperti ikan gapi yang beranak secara terus atau mengandung (livebearer).

Cara Betul Biak Ikan Betta
Cara Betul Biak Ikan Betta

Ikan betta memiliki teknik dan cara untuk dibiakkan. Walaupun berbeza cara antara pembiak ikan laga, namun konsepnya sama.


Penulis kongsikan pengalaman penulis sendiri dalam membiakkan ikan betta di rumah. Supaya bakal 'breeder' dan pemula pembiak bersedia dahulu sebelum membiakan ikan betta.

Langkah Satu Per Satu Membiakkan Ikan Betta

Perlu ada ilmu sebelum memulakannya kerana dengan persediaan dan ilmu awal maka tidak akan merumitkan keadaan kerana sudah bersedia dalam proses membiakkan ikan betta.

Tidak kira ikan betta hibrid atau ikan laga liar.

1. Pemilihan Induk Sesuai

Buat pemilihan induk jantan dan induk betina berdasarkan umur, saiz dan kesihatan ikan betta.

Umur yang sesuai untuk dibiakan adalah sekitar umur 4 bulan dan ke atas. Lebih baik adalah 6 bulan ke atas.

Ikan yang masih muda ada yang mentalnya belum bersedia untuk menjaga anak, maka terjadilah situasi induk makan telur, induk tidak mengutip telur dan induk memakan anak.

Saiz jantan haruslah lebih besar berbanding betina. Selain dari faktor siapa yang lagi kuat kerana saiz, saiz betina yang lebih besar dari induk jantan menyukarkan proses membelit ketika mengawan nanti.

Kesihatan amat penting untuk kedua-dua induk. Risau akan mewarisi kemurungan atau penyakit lain selain menjaga kualiti anak-anak ikan.

Ikan yang tidak kuat dari segi fizikal dan mental jarang akan berjaya dikahwinkan.

2. Makanan Ketika Pembiakan Ikan betta

Mengikut pengalaman penulis, untuk beberapa hari penulis tidak akan memberikan induk makanan sepanjang proses mengawan.

Berilah induk betta makan sebelum untuk dibiakan.

Ketika proses mengawan boleh sahaja beri makan tetapi demi menjaga kualiti air sebolehnya puasakan induk sepanjang proses perkahwinan.

3. Set Up Bekas Pembiakan (Pemijahan)

Perkara asas dan utama adalah bekas untuk induk ikan betta dikahwinkan. Bukan semua bekas boleh digunakan. Tidak terlalu kecil dan sempit apalagi terlalu besar dan luar.

Terlalu kecil pergerakan induk akan terhad dan susah untuk kawalan induk. Boleh menyebabkan ikan betta tekanan (stress).

Terlalu besar bekas boleh menyebabkan privasi dan perkenalan antara ikan betta jantan dan ikan betta betina terganggu.

Seperti juga manusia, bilik adalah tempat terbaik untuk bergurau senda.

Tips: Gunakan bekas yang besar atau panjang. Sediakan sekatan atau bekas untuk proses pembiakan.

4. Set Up Air Berkualiti

Kualiti air adalah paling penting bagi ikan laga. Tidak kira untuk belaan biasa apalagi untuk dikahwinkan.

Tidak perlu kita tahu nilai pH atau keasidan air dengan begitu terperinci.

Cukup mengetahui bahawa air yang akan digunakan sudah diperam 2 hingga 3 hari atau sudah diletakan anti-klorin.

Lebih terbaik diletakan air ketapang sedikit atau helaian daun pisang tua.

Bagi mengelakan ammonia dari najis ikan, bolehlah letakan juga tumbuhan air seperti kiambang atau lumut terapung.

5. Perkenalan (Percintaan) Induk Betta

Perkenalan betta biasanya diasingkan jantan betina walaupun dalam satu bekas pemijahan. Asingkan betina di dalam botol atau bekas lain yang jernih dan lutsinar (transparent) seperti botol plastik atau bekas belian air balang.

Memang fitrah ikan laga tidak kira jantan atau betina memang dalam genetiknya ada sifat agresif. Bagi penulis ikan betta memang memiliki sifat paranoid dalam minda mereka.

Perkenalan antara satu sama lain boleh dikatakan juga penting. Jika dalam proses pengenalan jantan mula membuat buih, itu tandanya, ia bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.

Tapi ada juga ketika, jantan gagal membuat buih, namun selepas disatukan akan membuat buih dan terus bertelur.

6. Satukan Betta Jantan dan Betina : Perkahwinan Ikan

Apabila sudah banyak buih itu tandanya ikan sudah bersedia untuk mengawan. Proses pengenalan sudah tamat dan satukan sahaja kedua dua induk.

Walaupun gagal kelihatan buih, lepaskan sahaja betina. InshaAllah jika serasi tiada adegan kejar mengejar yang kadang kadang boleh menyebabkan kematian.

7. Proses Mengawan Ikan Betta

Proses ini memerlukan suasana yang amat sunyi dan tidak terangDinasihatkan bahawa perlu ditutup bekas pembiakan supaya senyap dan gelap.

Jangan ganggu seperti membuka dengan acap kali risau induk akan stress dan gagal mengawan.

Cara mengawan ikan betta adalah dengan jantan membelit tubuh betina dan menyuntik sperma ke dalam terus yang dilepaskan betina.

Jika ingin melihat keadaan atau ingin lihat sudah bertelur atau tidak, lakukan sekali pada pagi dan sekali pada petang.

8. Alihkan Induk Betta Betina

Setelah diyakini sudah ada telur pada buih bolehlah keluarkan betina dari bekas.

Cara untuk tahu sudah ada telur adalah pertama sekali si betina sudah menyorok dan berada di sudut. Si jantan menghalau ikan betina.

Suluh pada buih terdapat bentuk putih putih yang seperti nasi atau jika pernah melihat telur semut begitulah rupa telur ikan betta pada gelembung buih.

Sudah pasti angkat si betina dari bekas, supaya betina tidak 'dipukul' sampai mati oleh pejantan atau betina memakan telur.

9. Betta Jantan (Pejantan) Jaga Anak

Biarkan induk jantan menjaga telur. Biasanya ikan jantan akan mengutip telur yang jatuh ke dasar bekas dan memasukkan kembali ke gelembung buih.

Selain itu, ikan jantan akan memakan telur yang tembelang (kekuningan) supaya air tidak membusuk dan kotor.

Biarkan pejantan menjaga telur sehingga menetas

10. Alihkan Induk Betta Jantan 

Terdapat dua cara yang biasa dilakukan para pembiak ikan laga.  Bilakah waktu sesuai untuk alihkan pejantan betta dari bekas pembiakan ?

Apabila telur ikan betta menetas, ikan ini belum cukup kuat untuk berenang. Jika pernah lihat, ia (fry) berpusing pusing dan berenang tidak betul.

Ada juga fry yang jatuh ke bawah, oleh kerana belum cukup pandai berenang sukar untuk fry naik untuk mendapatkan udara.

Jadi, disinilah tugas induk jantan, membawa anaknya dengan menggunakan mulut untuk diletakan ke gelembung buih atau di bahagian atas bekas.

Boleh juga alihkan jantan selepas fry menetas, tetapi pastikan air disurutkan kepada 3/4 air asal supaya fry dekat dengan udara.

Ada saja pembiak ikan betta tidak mengalihkan induk jantan selama 3 minggu umur fry supaya mengawal pembiakan jentik-jentik. 

11. Beri Anak Ikan (Fry Betta) Makanan

Bahagian paling penting apabila membiakan ikan laga. Pastikan anda tahu makanan terbaik untuk anak ikan laga. Pastikan juga anda boleh mendapatkannya.

Anak ikan lagi hanya boleh diberi makan pada umur 4 hari selepas ia menetas.

Bagi hari menetas sehingga hari ketiga, mereka masih memiliki kantung makanan dalam badan.

Anak ikan laga terbaik diberi makanan hidup. Memang sifat ikan laga yang suka mengejar dan tertarik dengan makanan hidup.

Antara makanan hidup terbaik untuk anak ikan laga adalah;

- Kutu air

- Baby Brine Shrimp (BBS)

- Infusoria

- Microworm

Sebaiknya berikan kutu air yang sudah ditapis untuk mendapatkan kutu air yang halus.

Jika sukar untuk ditemui kutu air, BBS adalah pilihan lain. Tetaskan sendiri telur BBS, dan berikan kepada anak ikan atau fry betta.

Terdapat dua jenis BBS, small roe dan big roe. Penulis menggunakan BBS small roe untuk umur fry 4 hari sehingga 2 minggu. Dua minggu sehingga umur sebulan penulis gunakan BBS big roe.

Terdapat banyak alatan tetas dan telur BBS di pasaran.

[Beli Alatan dan Telur BBS Disini : KLIK SINI]

Infusoria adalah mikroorganisma dalam air yang membusuk. Terlalu kecil dan agak melambatkan pembesaran anak ikan.

Microworm sebolehnya jangan diberikan kepada anak ikan, namun, jika terdesak dan sukar mendapatkan makanan hidup lain bolehlah digunakan.

Tidak digalakan menggunakan pelet walaupun bersaiz kecil atau kuning telur kerana makanan seperti ini boleh merosakkan kualiti air yang akan menyebabkan anak ikan mati.

Pengalaman Membiakkan Ikan Betta Sendiri Di Rumah

Langkah langkah dan tips yang penulis kongsikan di atas adalah dari pengalaman penulis sendiri cuba membiak ikan betta dirumah.

Alhamdulillah semua berjaya. Antara jenis (line) ikan betta yang pernah penulis biakkan adalah;

- AOC Fancy Betta

- Yellow Fancy Betta

- Candy Betta

- Yellow Koi Betta

Semuanya berjaya dengan langkah dan cara pembiakan yang penulis kongsikan di atas. Mungkin lain pembiak (breeder) lain caranya, tapi inilah cara penulis.

Anda fikir anda tahu Langkah Langkah Lengkap Cara Biakan Ikan Laga (Betta) Sendiri ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Syarat Pemilihan Haiwan Ibadah Korban Sah Dalam Islam

$
0
0

"Pemilihan Haiwan Ibadah Korban"

Hari raya korban merupakan hari kebesaran kedua selepas hari raya aidilfitri.

Pemilihan Haiwan untuk Ibadah Korban
Pemilihan Haiwan untuk Ibadah Korban

Memperingati kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, ibadah yang hukumnya sunat Muakkad ini dilakukan pada 10 Zulhijjah dan 3 hari tasyrij'.


Terdapat kriteria dan syarat dalam pemilihan haiwan yang ingin dikorbankan. Bukan boleh main sebat sahaja untuk mendapatkan haiwan untuk dikorbankan.

Jenis Haiwan Dalam Ibadah Korban

Perkara pertama adalah kenali haiwan yang biasa digunakan untuk ibadah korban. Antara haiwan ternakan yang biasa digunakan ketika musim korban adalah;

Lembu

Unta

Kerbau

Kambing

Biri Biri

Kibasy

Umur Matang Haiwan Untuk Ibadah Korban

Salah satu kriteria adalah pemilihan umur haiwan untuk disembelih. Pastikan haiwan yang ingin dikorbankan sudah cukup umur matangnya.

Umur matang haiwan yang sesuai untuk disembelih adalah sepert;

Unta - 5 tahun

Lembu - 2 tahun

Kerbau - 2 tahun

Kambing - 2 tahun

Biri-biri - 1 tahun (atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur 6 bulan)

Apabila umur sudah cukup untuk dikorbankan, lakukan juga beberapa pemeriksaan terhadap haiwan tersebut dari segi fizikal dan sifatnya.

Bukan semua haiwan ternakan yang layak untuk dijadikan haiwan untuk dikorbankan. Terdapat beberapa kriteria dan sifat yang membolehkan haiwan untuk disembelih.

Kecacatan atau kekurangan sifat pada haiwan yang ingin disembelih dianggap sebagai aib kepada haiwan tersebut. Terdapat beberapa aib pada haiwan yang ingin dikorban yang dibolehkan dan tidak dibolehkan untuk menjadi calon untuk dikorbankan ketika musim Hari Raya Korban.

Tidak Sah Korban Haiwan Aib Haiwan Cacat

Terdapat beberapa aib (kecacatan, kekurangan) yang tidak melayakkan haiwan tersebut untuk dikorbankan seperti;

- Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya walaupun sedikit

- Terpotong ekor atau lidahnya

- Haiwan yang kurus yang menjadi kurang dagingnya

- Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya

- Buta kedua matanya

- Sangat tempang

- Sedang bunting

Namun, terdapat juga aib atau kekurangan pada haiwan tersebut yang sah untuk dikorbankan dengan aib seperti;

- Tidak bertanduk dari lahir

- Patah tanduknya (hua hua hua)

- Terbelah telinganya

- Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya

- Tidak berekor sejak dilahirkan

- Tanggal sebahagian giginya

- Tidak mempunyai zakar

- Haiwan yang dikasi (kembiri)

Apabila sudah cukup umur/usia matanya dan apabila diperiksa ia tiada sebarang aib yang tidak sah untuk disembelih, maka ia adalah haiwan ternakan yang sesuai untuk dikorbankan.

Ketetapan Dalam Pemilihan Haiwan Terbaik untuk Ibadah Korban

Islam adalah agama disiplin dan gaya hidup yang sempurna, Islam bukanlah satu anutan atau kepercayaan semata-mata. Setiap ibadah dan perlakuan dalam Islam ada metod dan aturannya.

Ada hikmah dan pengajaran. Dalam pemilihan untuk dikorbankan, haiwan perlulah haiwan yang terbaik dan cukup syarat untuk dikorbankan bukan sekadar mendapatkan mana-mana haiwan untuk disembelih.

Anda fikir anda tahu Syarat Pemilihan Haiwan Korban yang Sah Dalam Islam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Setting Google Play Store Payment Control Supaya Tidak Automatik Membuat Bayaran

$
0
0

Setting Payment Control Playstore

Zaman moden cabaran untuk ibu bapa dalam 'parenting' juga mula memerlukan kemahiran yang tinggi.

Cara Setting Google Playstore Payment
Cara Setting Google Playstore Payment

Capelom, congkak dan buku komik Pendekar Laut bukan lagi mainan kanak-kanak. Semuanya gajet. Dek kemalasan untuk melayan kerenah anak anak maka gajet menjadi talian hayat.


Ikut semasa dan gaya terkini, apa salahnya.

Salahnya akan timbul apabila berlakunya isu membabitkan pembelian atas talian (online) tanpa pengetahuan ibu bapa.

Elak Pembelian/Bayaran Permainan Secara Automatik

Contohnya seorang kanak-kanak yang gemar bermain permainan atas talian, yang memerlukan pembayaran dan pembelian watak atau skin permainan contohnya.

Tanpa ada kemahiran dan kepakaran dari ibu bapa dalam memantau anak anak ketika menggunakan gajet ibu bapa sendiri, maka kerugian ratusan mungkin ribuan ringgit tanpa sedar.

Dalam info kali ini penulis akan berkongsi kepada ibu bapa untuk mengawal pembelian dan pembayaran tanpa faedah (bukan faedah 'interest') tetapi kerugian apabila anak anda yang masih belum mumaiyiz atau baligh menggunakan dana bank anda tanpa sebarang amaran.

Cara Setting Play Store Anda Tidak Auto Bayar



1. Klik icon Google Play Store anda untuk masuk ke tempat yang ingin di tuju.


2. Klik pada gambar akaun anda untuk menuju ke bahagian tetapan atau setting dalam bahasa inggeris.


3. Sudah sampai di bahagian setting, klik sahaja perkataan setting tersebut.


4. Akan keluar beberapa pilihan segebini, pilih Authentication dimana perkataan ini memberi maksud pengesahan yang memerlukan anda mengesahkan sesuatu


5. Pilih Biometric Authentication dengan menjadikan tombol tepi yang bewarna kelabu kepada warna hijau. Klik sahaja padanya.


6. Anda akan dibawa ke 'tab' seterusnya untuk mengesahkan bahawa anda yang ingin mengubah kelabu kepada ikon hijau berkenaan. Pastikan akaun yang dipilih adalah akaun anda, kalau akaun jiran sebelah itu masalah lain pula nanti.


7. Selesai langkah di atas tadi, anda perlu keluar kembali untuk satu lagi tetapan iaitu pilih pula ' Require Authentication for Purchase. Bermaksud tetapan ini diperlukan pengesahan jika ada sebarang transaksi atau bayaran tertentu nanti.


8. Dipaparan seterusnya pilih 'For all Purchases Through Google Play On This Device'. Pilihan ini bermaksud, sebarang transaksi pembelian atau pembayaran dalam gajet/telefon/tab atau sebarang device yang sedang anda akan gunakan ini akan meminta pengesahan sebelum bayaran diteruskan.


9. Contohnya disini, Football Manager ini memerlukan bayaran sebanyak RM37.90 sebelum dipasang (install) dalam device anda. Bermaksud permainan ini anda perlu bayar untuk bermain.


10. Apabila anda sudah tetapkan (setting) sebagaimana yang penulis ajarkan di atas, sebelum sebarang pembelian/bayaran memerlukan pengisian kata kunci (password). Tiada lagi kerisauan bahawa wang anda dalam bank terus di tolak (deduct) kerana pembelian secara automatik.

Skill Parenting Selangkah Ke Hadapan Berbanding Anak Anak

Semoga dapat membantu para ibu bapa dan penjaga dalam menjaga kewangan ketika waktu sukar sebegini.

Kanak-kanak yang belum tahu dan belum matang fikiran semestinya tidak akan tahu akan kesukaran mendapatkan wang.

Baru baru ini ada kes di mana, anaknya membeli permainan atau watak mainan secara talian sehingga si penjaga kehilangan sehingga ribuan ringgit.

Diharap melalui tip dan kaedah ini dapat mengelakan dari kes sama berulang. Jangan jadikan kematangan anak sebagai kayu ukur, kita sebagai penjaga dan ibu bapa semestinya tahu membuat pantauan dan lebih kedepan berbanding mereka.

Anda fikir anda tahu Cara Setting Google Play Store Supaya Tidak Automatik Membuat Bayaran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Sinovac Covid 19 Di PPV Mahsa University Kuala Langat

$
0
0

"Vaksinasi Di PPV Mahsa University"

Bermula dengan pendaftaran vaksinasi pada April, penulis berjaya mendapat tempat untuk vaksinasi sekitar Julai.

Suntik Vaksin Sinovac Di PPV Mahsa University
Suntik Vaksin Sinovac Di PPV Mahsa University

Pada 23 Julai 2021 penulis berpeluang untuk mendapatkan suntikan dos pertama, vaksin Covid 19 di Mahsa University.


Memandangkan penulis menetap sekitar Banting, Mahsa University adalah salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk sekitar Kuala Langat.

Selain Mahsa University, Banting terdapat dua lagi PPV iaitu Dewan Kompleks Sukan Kuala Langat dan Hospital Banting.

Janji temu petang diberikan kepada penulis dan dibawah penulis kongsikan pengalaman mendapatkan vaksinasi di PPV Mahsa University.

Tiba Di PPV Mahsa University

 1. Mahsa University walaupun terletak di pinggir pekan Saujana Putra namun kawasan parkirnya cukup terhad.

Jika datang awal dapatlah parkir di depan-depan, jika sudah lewat pasti memerlukan anda parkir di bahu jalan yang memerlukan anda berjalan jauh.

2. Terus masuk ke pintu utama Mahsa University. Tujulah jalan dihadapan. Namun, pastikan betul tempat yang dituju.

Dibahagikan dua laluan 'Dose 1' dan 'Dose 2'. Jadi, penulis memilih beratur di barisan Dose 1.

Menunggu Giliran Masuk

3. Bagi penerima Dose Pertama diletakan di bahagian paling hujung jalan. Disediakan kerusi plastik yang disusun di atas kaki lima.

Syukur kerana teduhan infrastruktur bangunan meskipun bersebelahan padang bola.

4. Anggota RELA akan datang memeriksa aplikasi MySejahtera anda satu per satu. Pastikan telefon bimbit anda sentiasa terpasang dan aplikasi MySejahtera dibuka.

Profile penulis pada MySejahtera diperiksa. Pengesahan bahawa tiada jangkitan Covid 19.

5. Beberapa ketika penulis dibenarkan melalui sekatan kaunter pertama. Imbas (scan) MySejahtera pada papan tanda kod QR disediakan.

Gunakan pengimbas biasa bukan dalam menu vaksinasi.

Pengambilan Borang Di Khemah

6. Selepas mengimbas, terus menuju ke arah khemah yang disediakan dan kerusi plastik yang disusun seperti ingin mendengar ceramah politik.

Anda diberikan sehelai kertas seperti satu bancian (survey) dan pengesahan.

7. Ketika di khemah ini, penulis disarankan untuk mengisi kotak pengesahan penyakit dan kontak rapat covid 19 dan mengisi nama mengikut kad pengenalan dan nombor I.C sahaja.

Sebarang tanda tangan tidak dibenarkan lagi.

Memasuki Lobi Ballroom Mahsa University

8. Apabila selesai baris-baris hadapan untuk beratur masuk, tiba giliran penulis untuk terus beratur dalam keadaan teratur seperti kanak-kanak yang sedang menunggu giliran di kantin.

Penulis diingatkan supaya mengeluarkan kad pengenalan (I.C) dan aplikasi MySejahtera sentiasa di buka ketika proses ini.

Dipintu 'Ballroom', dewan vaksinasi Mahsa University yang terasa sejuk pendingin hawanya, staf akan memeriksa nama di bahagian vaksinasi pada aplikasi MySejahtera adakah sama dengan nama lengkap pada I.C.

9. Seusai melangkah beberapa langkah, seorang staf akan memeriksa borang yang telah diisi tadi dengan imbasan suhu ala ala lapangan terbang.

Ya! Pengimbas dengan kamera

Selepas diimbas suhu dan layak meneruskan perjalanan, penulis perlu menunjukan borang tadi kepada seorang lagi staf, (awek Mahsa hns hns), dan staf tersebut memberikan sekeping lagi borang yang sama beserta nombor giliran seperti mana mana kaunter kerajaan.

Disini penulis tahu jenis vaksin yang diberikan apabila staf tersebut mengisikan kandungan vaksin yang akan disuntik, Sinovac!

Pengisian Dua Keping Borang

10. Langkah seterusnya, penulis diberikan peluang untuk mengisi borang-borang tadi di kerusi dengan meja ditepinya, kerusi ketika kelas tutor di zaman universiti dulu atau kerusi kelas tuisyen.

Maka bermulalah detik pengisian tempat kosong pada tempat kosong yang perlu diisi.

11. Sudah lengkap diisi ? Staf lain pula akan memeriksa apakah tepat dan siap pengisian borang tadi.

Jika majoriti sudah siap maka penulis dan lain lain diarahkan untuk bangun dan beratur menuju ke stesen seterusnya.

Bahagian Pengesahan Diri

12. Bahagian ini agak sejuk sebenarnya, kerana sudah memasuk dewan yang juga dipanggil 'Ballroom' yang membangkitkan suasana 'Dinner' di kolej dan ngiangan lagu gamelan ketika majlis konvo.

Dikaunter ini, nombor giliran akan dipanggil.

Pergerakan disini berdasarkan kekosongan kerusi di hadapan, jika ada kerusi dihadapan penulis kosong maka penulis perlu memenuhinya.

Disini, setelah nombor giliran dipanggil, terus menuju ke kaunter. Terdapat banyak kaunter, lebih dari 7 kaunter.

Disini akan dipastikan bahawa nama pada MySejahtera dan kad pengenalan adalah sama. Kehadiran anda di PPV akan disahkan. Lebih kepada kaunter kedatangan.

Bahagian Konsultasi Kesihatan

13. Selesai, maka ada staf lain yang menanti untuk ke stesen seterusnya. Masih sama, kerusi dengan jarak 1 meter diletakan secara petak petak papan dam.

Disini, merupakan stesen konsultasi kesihatan.

Staf akan menunjukan kaunter yang mana penulis perlu tujui. Penulis menemui seorang abang yang menjadi wakil konsultasi kesihatan yang berpakaian batik kuning, agak ramah orangnya, selepas menceritakan kisahnya hari tersebut secara ringkas dan padat.

Dia bertanyakan penulis akan alahan terhadap ubatan atau alahan lain, faktor kesihatan yang membolehkan kegagalan pengambilan vaksin, selain dari nasihat dan pantang larang selepas dicucuk vaksin.

Nasihatnya, jangan makan makanan berminyak, kurangkan aktiviti lasak dan durian! Jangan makan durian. Hmmm...

Menunggu Giliran Suntikan Vaksin

14. Seterusnya, waktu pengambilan vaksin bermula..jeng jeng jeng...

Penulis beratur mengikut kehadiran selepas kaunter konsultasi kesihatan.Bagi penulis bahagian ini seumpama menunggu hukuman dijatuhkan.

Bergerak mengikut kekosongan kerusi di hadapan. Kemudian, terdapat individu yang keluar dari lingkungan papan menunjukan jarinya ke arah penulis.

Ya, masa penulis telah tiba...terus menuju ke arah lingkungan yang membentuk kubikal.

Masuk 'Bilik' Suntikan Vaksin

15. Staf mula memberikan panduan langkah seterusnya, penulis diperlukan membuka aplikasi MySejahtera dan masuk ke menu vaksinasi klik pada link untuk imbasan kod QR.

Selepas membuat imbasan ini, akan tertera

Vaccinated!

pada ruangan vaksinasi MySejahtera.

Menerima Suntikan Vaksin Sinovac

16. Seterusnya, penulis diperlukan duduk untuk dicucuk vaksin Sinovac. Alhamdulillah, doktor perempuan hehe.

Sebelum dicucuk vaksin, doktor terbabit memberikan satu kad, kad temujanji untuk diisi. Tulisan bulat-bulat penulis mula berubah bentuk kepada leper leper memandangkan agak 'nervous' muahahahaha.

Doktor terbabit bertanyakan kepada penulis

"Vaksin apa yang akan diambil ?"

"Sinovac", jawab penulis

"Lihat sini", sambil doktor terbabit menunjukan jarum yang telah diisi cecair.

"Lihat, 0.5ml kan ?", sambil dia menyuruh penulis melihat sengatan pada picagari tersebut.

Penulis sekadar mengangguk dalam keadaan agak gementar. Biasalah si penakut jarum dan duri semalu.

Apabila disapu dengan alkohol (steril mungkin) pada bahagian yang akan disuntik.Penulis yakin bahawa penulis akan menerima dos Sinovac dalam beberapa saat kemudian.

"Tengok sini" kat doktor itu lembut

Boleh pula dia suruh penulis melihat jarum yang sedang menuju ke bahu penulis.

"Tengok, dan masuk bukan ?"

"Ya" balas penulis ringkas.

"Tengok sini, kosong kan ?", menerangkan lagi bahawa kandungan 0.5ml vaksin sinovac berjaya memasuki bahu penulis.

"Ok, sudah", sambung si doktor penyuntik Sinovac.

"Lepas ni ke mana pula?", tanya penulis kepada doktor tersebut dengan harapan minda penulis gagal mengesan bahawa penulis baharu sahaja disuntik.

"Terus duduk dekat sana, nanti petugas akan bantu", sambil doktor menunjukan kumpulan manusia yang sedang duduk secara teratur di hadapan penulis.

Kaunter Urusan Janji Temu Kedua

17. Seterusnya penulis menuju ke kawasan terbabit yang sudah cukup hampir dengan skrin dan pentas dalam Ballroom Mahsa ini.

Sama seperti sebelumnya, staf akan memberikan laluan dan panduan kepada penulis untuk ke kaunter mana.

Dapat sahaja pertemuan dengan staf yang akan memberikan tarikh temu janji seterusnya, ini adalah peringkat akhir.

Berikan kad kecil bewarna oren putih kepada staf yang menghadap komputer tersebut beserta kad pengenalan.

Siap ? Penulis boleh balik.

Berehat (Cool Down) Selepas Suntikan

Opps..belum boleh balik, staf membawa penulis untuk berehat seketika di kerusi yang sama baris dengan tempat menunggu untuk janji temu.

Mungkin dalam 15 saat penulis dibenarkan keluar.

Borang tadi akan ditanda dengan warna merah melalui kaedah 'stamping' (bahasa pasarnya, dicop).

Keluar dan nikmati penggambaran di booth gambar vaksinasi, dengan memegang 'placard'...


"I'm Completed 1st Dose"

Pastikan Sentiasa Ada Bersama

Apa yang penting adalah sentiasa membawa;

1. Kad Pengenalan / Passport

2. Telefon Bimbit/Gajet Aplikasi MySejahtera

3. Power Bank/Charger

4. Pen/Pensel

Begitulah 'throwback' dan 'flashback' penulis

Anda fikir anda tahu Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Sinovac Covid 19 Di PPV Mahsa University Kuala Langat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Cepat dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan

$
0
0

"Hilangkan Bau Durian"

Makan durian itu nikmat, bagi yang suka dan peminat tegar kalau bab-bab durian. Bau pun tidak kisah apalagi dengan warna isi kekuningan dan rasa krim pada isinya.

Cara Hilangkan Bau Busuk Durian
Cara Hilangkan Bau Busuk Durian

Dengan harga timbang kulit lebih berat pada isi pun tidak kisah kalau suka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Masing-masing memiliki genetik dan variasi perasaan.


Buah Segar Paling Busuk Di Dunia

Bab yang kurang gemarkan bau durian. Pernah penulis terlihat rancangan program TV luar negara, dalam rancangan Fear Factor.

Nilai yang akan diperoleh jika mampu menghabiskan durian adalah USD 500,000. Wow, penulis sanggup.

Tapi begitulah natijahnya jika kita tidak sukakan durian.

Tidak Suka Bau Durian 

Durian pada asasnya ramai yang tidak gemarkannya (mereka yang tidak suka lah!) adalah baunya.

Tidak perlu mengandung atau sakit, jika ada yang tidak suka akan bau durian pasti menolaknya.

Apa lagilah jika terperap di dalam kereta atau kenderaan dengan bau durian yang semerbak. Selain boleh mengundang rasa loya dan tidak senang kepada manusia yang tidak gemarkan bau durian,

kehadiran binatang juga dikhuatiri berlaku, bayangkan haiwan seperti monyet datang mengopek kereta anda kerana inginkan durian kerana bau dalam kereta anda.

Penyebab Durian Berbau 

Dalam sains, kehadiran sulfur yang ada pada buah durian adalah penyebab durian memiliki bauan sebegitu.

Bau kentut juga ada bau sulfur sebenarnya. Ini bermaksud kehadiran sulfur sinonim dengan bau yang kurang menyenangkan, apalagi kandungan sulfur yang ada dalam buah durian.

Tips Mudah Menghilangkan Bau Durian

Kali ini penulis ingin berkongsikan tips tips untuk menghilangkan bau durian dalam kereta atau apa-apa kenderaan.

Kita boleh gunakan bahan-bahan ini untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan bau durian.

1. Kopi

Ciri Penghilang Bau :

Kafein mengandungi unsur nitrogen yang meningkatkan kemampuan karbon membersihkan sulfur dari udara melalui proses penjerapan.

Cara Menggunakannya :

Bungkus serbuk atau biji kopi di dalam kain dan diletakkan di dalam kereta.

2. Serbuk Penaik (Baking Powder)

Ciri Penghilang Bau :

Bersifat alkali yang boleh meneutralkan dan menghilangkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan deria bau.

Cara Menggunakannya :

Letakkan semangkuk serbuk penaik di dalam kereta dan bauan kurang menyenangkan akan hilang.

3. Cuka

Ciri Penghilang Bau :

Bersifat asid lemah yang boleh menjadi agen penghilang bau. Asid asetik dalam cuka akan memerangkap molekul dalam udara, dalam kes ini molekul ruapan sulfur.

Cara Menggunakannya :

Tinggalkan semangkuk cuka di tempat bauan busuk dan tinggal semalaman.

4. Arang

Ciri Penghilang Bau :

Memiliki pori-pori kecil yang mampu memerangkap molekul penyebab bau. Malah karbon dalam arang adalah agen penghilang bau yang busuk.

Cara Menggunakannya :

Tinggalkan beberapa ketul/keping arang dalam kenderaan.

5. Daun Pandan

Ciri Penghilang Bau :

Memiliki aroma wangi yang mampu menggantikan bauan tidak menyenangkan dengana bau pandan.

Turut menghilangkan bau kimia berlebihan.

Cara Menggunakannya :

Gunakan beberapa helai bergantung kepada kekuatan bau letakkan dalam kenderaan atau kawasan yang kuat baunya.

6. Daun Limau Purut

Ciri Penghilang Bau :

Terdiri dalam kumpulan yang sama dengan pandan yang mengeluarkan bauanya dengan bau wangi limau.

Cara Menggunakannya :

Ambil beberapa helai daun limau purut mengikut kadar bauan yang ada biarkan bersama bauan tersebut.

7. Kertas Surat Khabar

Ciri Penghilang Bau :

Karbon yang ada pada huruf dan bentuk cetakan pada surat khabar mampu meneutralkan bauan durian yang kuat.

Karbon ini bertindak seumpama arang juga.

Cara Mengunakannya :

Letakan beberapa helai surat khabar dalam kenderaan lagi banyak dakwat lagi banyak kelebihan.

Jangan lupa untuk biarkan ia basah selepas digumpal dan diletakan dalam kenderaan.

Tips Tanpa Bahan Penghilang Bau

Terdapat juga tips biasa yang penulis gunakan seperti membuka semua bukaan pada kereta dan jemurkan di kawasan panas dan berangin.

Namun, mungkin tidak sesuai untuk semalaman ditinggalkan.

Karbon Mampu Hilangkan Bau

Bagi ulasan penulisan bahan yang memiliki unsur karbon sesuai dalam menghilang bau. Tidak lupa juga kepada benda berasid yang boleh memerangkap molekul bauan.

Kehadiran aroma semula jadi seperti pandan dan daun limau memang 'perfume' semulajadi yang mudah didapati secara organik.

Dapatkan bahan atau jenis bahan yang memiliki karbon yang tinggi. Karbon mampu menyerap molekul-molekul bau yang ada.

Boleh la cuba dengan carbon fibre, mana tahu menjadi, bunyinya juga agak berteknologi.

Semoga dapat membantu kepada yang memiliki masalah untuk menghilangkan bau durian yang semerbak dalam kenderaan.

Mungkin info ini tidak sesuai untuk kenderaan seperti motosikal, basikal atau motorbot.

Anda fikir anda tahu Cara Cepat dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Senarai Exchanger Matawang Kripto (Crypto Currency) Sah Berdaftar Security Malaysia

$
0
0

"Exchanger Cryptocurrency Sah Di Malaysia"

Akhir akhir ini banyak matawang kripto (cryptocurrency) yang wujud di dunia. Secara anggaran ada sekitar 1500 jenis syiling kripto (crypto coin) yang ada di dunia.

Exchanger Crypto Sah Berdaftar Security Malaysia
Exchanger Crypto Sah Berdaftar Security Malaysia

Matawang kripto adalah alternatif lain untuk matawang biasa seperti dollar, ringgit, atau euro yang sedia ada yang juga dinamakan sebagai fiat.


Penerimaan Crypto Currency Di Malaysia

Sekarang mungkin cryptocurrency seperti bitcoin, ripple, dogecoin atau polkadot dan lain lain masih belum 'popular' lagi melainkan mereka yang mula melabur matawang sebegini untuk masa depan.

Penulis ada juga membuat pelaburan dalam matawang kripto ini. Manalah tahu lima atau 10 tahun lagi ia memberikan pulangan yang besar, tidak salah jika ingin melabur untuk jangka masa panjang (long term investment)

Tempat untuk Melabur, Membeli dan Menjual Kripto

Pelaburan matawang kripto memerlukan platform atau 'exchanger' untuk melabur dan membeli serta menjual matawang ini.

Terdapat beberapa jenis 'exchanger' yang ada di dunia contohnya Binance, Huobi, Trust Wallet atau Luno. Ini adalah antara 'exchanger' yang popular digunakan pelabur wang kripto.

Exchanger Crypto Diharamkan Di Malaysia

Baru-baru ini terdapat isu membabitkan salah satu 'exchanger' matawang kripto yang tidak menepati piawaian dan standard oleh pihak sekuriti Malaysia, Sekuriti Malaysia adalah satu badan yang memantau urusan pelaburan dan matawang di Malaysia secara kasarnya.

Iaitu Exchanger Binance, dimana pengguna/pelabur matawang kripto di Malaysia tidak dapat akses Binance untuk urusan cryptocurrency kerana sudah diharamkan di Malaysia oleh Sekuriti Malaysia.

Exchanger Matawang Kripto Berdaftar dan Sah Di Malaysia

Maka ada baiknya penulis berkongsikan exchanger yang masih aktif dan boleh melakukan urusan pelaburan dan pembelian serta jualan matawang kripto di Malaysia yang berdaftar dan di kenali oleh pihak Sekuriti Malaysia, dengan kata lain boleh beroperasi di Malaysia.


1. Luno Malaysia Sdn. Bhd.

Level 11, Menara KEN TTDI,

No. 37, Jalan Burhanuddin Helmi,

Taman Tun Dr Ismail,

60000 Kuala Lumpur


2. MX Global Sdn Bhd

Level 23A, Tower N,

No.8 Jalan Damansara,

Empire City,

47820 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan


3. SINEGY Technologies (M) Sdn. Bhd.

18-32-D Gurney Drive (Gurney Tower)

10250 Georgetown

Pulau Pinang


4. Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd.

Q Sentral, Unit 39-02 (East Wing),

2A, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur, Malaysia


Exchanger yang disenaraikan di atas adalah selamat digunakan secara undang-undang oleh Sekuriti Malaysia.

Aplikasi Crypto Currency Sah Di Malaysia

Secara senang ceritanya Luno, Sinegy, dan Tokenzie adalah tempat pelaburan, pembelian dan jualan kripto yang sah dan selamat digunakan di Malaysia.

Manakala exchanger seperti Huobi, Kraken dan FTV berada dalam kategori berjaga-jaga.

Pengalaman Menggunakan Exchanger Crypto Currency

Pengalaman penulis sendiri jika ingin melabur, membeli dan menjual kripto penulis menggunakan aplikasi Luno (android dan web).

Bagi yang ingin menggunakan aplikasi Luno untuk pelaburan, belian dan jualan kripto boleh gunakan kod ini untuk MYR 25 percuma : U9S2WM

Walaupun matawang kripto yang ada dalam Luno agak terhad hanya memiliki Bitcoin, Ripple, Ethereum, Bitcoin Cash dan Litecoin sahaja.

Mungkin dimasa hadapan Luno juga akan menguruskan Dogecoin, Polkadot, dan lain lain syiling kripto untuk kemudahan pengguna.

Anda fikir anda tahu Senarai Exchanger Matawang Kripto (Crypto Currency) Sah Berdaftar Security Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Barangan Terpakai Berjenama Di JBR Bundle Johan Setia Klang

$
0
0

"JBR Bundle Klang"

JBR Bundle bukanlah nama asing bagi penulis jika mencari barang terpakai yang masih elok.

JBR Bundle Johan Setia Klang Selangor
JBR Bundle Johan Setia Klang Selangor

Bila ada sedikit kelapangan dan rasa ingin melihat dan mencari barangan berjenama (branded) dengan harga mampu milik penulis akan cuba mencuci mata di JBR Bundle.


Jika sebelum ini agak jauh dengan kedudukan kediaman penulis iaitu di cawangan JBR Bundle Kanchong Darat Banting dan di Glenmarie Shah Alam.

Bundle Di Johan Setia Klang

Kini terdapat cawangan lain iaitu di JBR Bundle Klang yang terletak di Johan Setia. Lokasinya cukup strategik untuk 'menyelam' dan merasai pemburuan barangan bundle.

Didirikan di atas tanah yang cukup luas yang dahulunya hanyalah tanah tanaman sayur secara haram.

Gedung Bundle yang Luas dan Besar

Dengan keluasan tapak yang luas memungkinkan kepada sebuah gedung pakaian bundle yang cukup besar. Seumpama lautan bundle yang menanti para penyelam atau sekadar snorkeling mencuci mata.

JBR Bundle Klang Hadapan


Gedung atau gudang JBR Bundle Klang ini meskipun besar jajahan takluknya pada permukaan bumi, terdapat dua tingkat yang menempatkan barangan bundle.

Berbanding keluasan dan kelebaran gedungnya, penulis yakin JBR Bundle Klang ini lebih besar berbanding JBR Bundle Kanchong Darat dan cawangan Shah Alam.

Apalagi stok bundle juga senang diperoleh memandangkan dekat dengan gudang simpanan bundle mereka di Jenjarom.

Apakah Barangan Bundle yang Ada Di JBR Bundle cawangan Klang ?

Antara barangan/pakaian yang ada di JBR Bundle adalah;

Jenis Barangan Bundle JBR Bundle


Pakaian Lelaki

Pakaian Wanita

Pakaian Kanak Kanak

Pakaian Bayi

Barangan Berjenama (Branded)

Winter dan Hiking

Topi dan Snapback

Kasut

Barang Mainan Kanak Kanak

Bric Brac

Barangan Rumah (Household)

Dengan kategori barangan yang penulis senaraikan diatas tadi mana mungkin JBR Bundle tidak memerlukan ruangan berupa gedung yang mampu menempatkan segala macam jenis pakaian dan barangan bundle.

Jeans Bundle JBR


Jeans adalah tipikal pakaian yang terdapat di bundle maka ia antara pilihan pakaian jika berkunjung ke JBR Bundle.



Seluar sukan atau seluar trek antara pakaian yang selalu penulis cari apabila berkunjung ke premis bundle yang ada memandangkan pilihan jenis kain dan rekabentuknya yang berlainan memberikan banyak opsyen untuk penulis dapatkan seluar trek yang menepati citarasa.




Selepas pakaian seperti seluar, baju atau jaket. Antara kegemaran yang sering dilakukan oleh peminat bundle adalah melihat, memilih dan membeli kasut terpakai tidak kira jenis loafer, converse, casual atau jenis sukan.



Beg tidak kira apa kegunaan untuk bersukan, hiking dan trekking ataupun yang sekadar ingin bergaya dengan beg yang berjenama tapi murah. Disini pelbagai pilihan yang ada



Pelbagai jenis topi dan snapback yang mungkin menjadi pilihan kepada peminat penggayaan topi sebagai aksesori kepala. Dengan pelbagai rekabentuk dan jenis pasti memudahkan peminat topi bundle membuat pilihan.


Barangan rumah seperti cadar atau sampul bantal juga boleh dibeli di JBR Bundle yang mana barangan sepertinya ini diletakan di bahagian 'House Hold'.


Penulis perasan salah satu sudut yang agak 'rare' sedikit jika bercerita mengenai barangan bundle iaitu buku. Ada juga buku terpakai di jual dengan harga yang berpatutan namun jika dilihat lebih kepada buku buku atau majalah dari rumah yang lupa untuk dijual kepada penjual surat khabar lama, tidak begitu vintaj bukunya.

Pakaian Bundle Bayi


Secara jujur yang penulis boleh katakan untuk ruangan ini, jarang sekali ibu bapa yang 'berani' membelikan pakaian bundle untuk bayi mereka melainkan untuk sebarang photoshoot atau sebarang majlis dalam keadaan yang terdesak dan sukar mendapatkan pakaian tersebut.

Suasana dan Persekitaran JBR Bundle Klang

Dengan masih mengekalkan tema merah dan hitam, JBR Bundle Klang sentiasa dipenuhi peminat bundle.



Namun, satu sahaja kekurangan apabila melibatkan infrastruktur berasaskan kontena iaitu kepanasan didalamnya.

Terdapat beberapa buah kipas yang besar ditempatkan disetiap penjuru dengan kipas siling yang sentiasa berputar.

Ruang Menunggu

Ruang menunggu atau untuk berhenti lelah pasti memberikan tenaga kembali selepas sibuk 'menyelam' mana tahu baharu teringat ingin mendapatkan barangan bundle yang tadinya terlupa.



Kawasan lobi yang memberikan peluang dan ruang kepada pengunjung yang baharu sampai untuk membuat pilihan ke mana arah untuk ku tuju sebelum mula menyelam pencarian barangan bundle.

Apa yang menarik menyelam barangan bundle di JBR Bundle adalah pilihan barangan dengan pilihan saiz yang inshaAllah akan ditemui.

Dengan kesabaran belekan dan sedikit selakan pasti akan menemui barangan bundle pilihan anda.

Harga Purata Barangan Bundle Di JBR Bundle Klang

Dari segi harga pula, terdapat pakaian dan barangan bermula dengan harga RM5. Secara purata adalah harga sekitar RM12 hingga RM30.

Dari pengalaman memang barangan yang pernah penulis beli tahan lama.

Bagi yang ingin cuba menyelam dan membuat cucian mata barangan dan pakaian bundle di JBR Bundle ini boleh rujuk informasi di bawah;

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di antara Bandar Parkland (Bukit Tinggi 3) dengan Kg Sijangkang.

Lot 104273, 

Tempat Revolusi Hijau Batu 5, 

Kampung Johan Setia, 

41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari (bergantung kepada cuti umum) dibuka dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Kemudahan

Tandas

Fitting Room

Tempat Menunggu

Peti Minuman Sejuk

Makanan Ringan

Kawasan Parkir Kenderaan

Paling luas antara cawangan JBR Bundle lain.

 

  Anda fikir anda tahu Barangan Terpakai Berjenama Di JBR Bundle Johan Setia Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Makan Shell Out untuk 2 Pax Di Dapo See Labu Telok Panglima Garang

$
0
0

Secara kebiasaannya apabila penulis ingin menikmati makanan laut yang pelbagai adalah dengan mencari hidangan steamboat dan grill.

Shell Out 2 Pax Dapo See Labu
Shell Out 2 Pax Dapo See Labu

Namun, dengan wujudnya hidangan yang dipanggil sebagai "Shell Out" maka kepelbagaian menikmati makanan laut dengan portion yang banyak kini banyak pilihan.


Apa Itu Hidangan Shell Out ?

Shell out adalah hidangan terdiri daripada makanan laut yang pelbagai, biasanya kupang, kerang, ketam, udang iaitu jenis haiwan yang memiliki kulit yang keras sesuai untuk tema 'shell out'.

Membuang kulit atau 'shell' merupakan perbuatan untuk menikmati makanan laut tersebut.

Karakter hidangan ini yang lain adalah kuah yang kuat rasa dan berempah yang boleh memberikan perisa kepada makanan laut yang hanya direbus.

Curahan Kuah Ke Makanan Laut

Kehadiran kuah yang kuat yang dicurahkan kepada pelbagai jenis makanan laut menjadikan ianya dipanggil 'shell out'.

Ditambah pula dengan mencurahkan sebaldi atau sebekas hidangan ini di atas meja ia memberikan signature lain untuk hidangan menu 'shell out'.

Kali ini penulis berjaya mencuba satu hidangan 'shell out' di sebuah restoran di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Kedai Makan Dapoo See Labu, Sinaria.

memandangkan penulis hanya datang berdua maka pemilihan set yang mengikut bilangan orang yang makan adalah diperlukan.

Dalam situasi penulis, SET A yang tersedia pada senarai menu Shell Out di sini memerlukan dua dan tiga orang untuk menghabiskan menu ini.

Bahan Bahan Dalam Shell Out

Dalam shell out di restoran ini, makanan laut yang ada dalam sebaldi yang telah dicurahkan ke atas hamparan plastik di atas meja adalah;

ketam

kupang

lala

udang galah

brokoli


Jika dilihat dengan mata kasar, kupang dan lala mendominasi portion yang ada. Diikuti udang dengan beberapa ekor dan ketam beberapa ekor juga.





Jagung juga ditemui dalam hidangan, sekitar 3 ketul potongan yang telah direbus ranggup, tidak begitu lembut.

Malangnya brokoli gagal ditemui jika tidak dikuis dengan jari.

Rasa Kuah Shell Out

Sejujurnya kuahnya cukup sedap. Berempah dan berlemak rasanya. Kehadiran belacan dalam hidangan dapat dirasai walaupun anda tidak memiliki masalah resdung.



Bagi penulis, setakat ini kuahnya cukup rasa. Sedap dicecah dengan makanan laut dan menjadi kuah nasi.

Hidangan Tambahan Dalam Hidangan

Nasi Putih



Semangkuk nasi disediakan. Bagi penulis nasi adalah watak sampingan dalam hidangan shell out ini. Bagi penulis jika tiada nasi pun tidak mengapa.



Tapi kehadiran nasi juga boleh menjadi waktu rehat selain meratah makanan laut yang terhidang depan mata.

Satu Jag Air Sirap Ais



Agak manis, mungkin aisnya belum lagi cair. Sudah pun dikacau dan hancur ais, rupa-rupanya masih manis. Mintalah air kosong untuk mengurangkan kesan kemanisan.

Harga Shell Out 2-3 PAX

Bagi hidangan ini harganya adalah RM59.90 (2021). Walaupun bagi penulis harganya agak berlebihan jika melihatkan jenis hidangan dan bilangan makanan laut yang ada, tapi jika ingin mencubannya sudah berpatutan.

Jarang-jarang sekali. Dengan harga sebegini dua kali kedai steamboat dan grill yang menyediakan hidangan makanan laut penulis boleh kunjungi.

Lokasi Kedai Dapo See Labu

Kedai Dapoo See Labu terletak di Sinaria iaitu dekat dengan simpang empat untuk masuk ke Rimbayu jika anda dari Jalan Kebun Klang dan Telok Panglima Garang Banting.



Boleh rujuk Google Maps di bawah untuk rujukan untuk ke kedai ini.

Rating Hidangan Shell Out

Secara keseluruhan hidangan shell out untuk 2 pax di restoran ini boleh dicuba. Jika diberikan markah dan rating penulis berikan 3.5/5.0



Dengan layanan dan suasana kedai memberikan bonus markah lebih.

Anda fikir anda tahu Makan Shell Out untuk 2 Pax Di Dapo See Labu Telok Panglima Garang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum



Cara Guna Aplikasi Pinduoduo Beli Barang Borong Dari China

$
0
0

 "Lubuk Barang Murah Dari China"

Bisnes online kini mencari satu cabang bisnes yang begitu menguntungkan.

Pinduoduo Aplikasi Borong Barang China
Pinduoduo Aplikasi Borong Barang China

Apalagi adanya ecommerce seperti Shopee dan Lazada, dua aplikasi ecommerce pembelian yang popular dikalangan pembeli dan penjual.


Bagi yang ingin memulakan sendiri atau senang kata ingin bersaing membuat tempat jualan online sendiri seperti Shopee dan Lazada boleh rujuk pautan ini.

Baca : Cara Buat Ecommerce Sendiri Seperti Shopee dan Lazada

Membuat akaun misalnya akaun Shopee bukanlah begitu sukar apa yang sukar apabila ingin memulakan bisnes online adalah cara mendapatkan stok produk.

Harga Murah Di Shopee dan Lazada

Mesti ada yang tertanya tanya bagaimana dalam Shopee atau Lazada mampu menjual barangan dengan harga yang begitu murah.



Jual dengan harga murah dapatkah keuntungan atau modal kembali ?

Pasti ini yang menjadi pertanyaan, tapi sebenarnya terdapat satu rahsia yang ingin dikongsi oleh penulis berpandukan pengalaman dari seorang usahawan bisnes online terkemuka yang berkongsi pengalaman mendapatkan barangan murah untuk jualan.

Harga Borong Dari China Murah

Pembeli pastinya akan memilih produk atau barangan yang paling murah dari segala 'survey' yang mereka telah lihat di Shopee, Lazada atau mana-mana tempat jualan online di internet lain.

China memang terkenal dengan pengeluaran produk dan barangan murah dan banyak. Kenapa ? kerana sumber buruh dan barangan dari sana cukup murah.

China boleh dikatakan lubuk barangan borong untuk jualan dengan banyak dan harga murah.

Namun, untuk ke China mendapatkan produk untuk jualan anda mestinya jauh dan memakan belanja.

Aplikasi Terbaik Dapatkan Barang Borong Dari China

Kini tidak perlu risau kerana terdapat aplikasi yang boleh menghubungkan anda dengan pengilang dan pengeluar barangan dari China yang anda inginkan.

Pinduoduo

Itulah nama aplikasinya.



Pada asalnya aplikasi ini adalah untuk warga China sahaja sebenarnya. Dengan aplikasi tulisan china dengan 'friendly' dengan penjual China sukar untuk penjual seperti anda yang berada di negara lain.

Namun, masalah ini telah diatasi.

Cara Menggunakan Aplikasi Pinduoduo China

Dengan terbitnya buku panduan penggunaan aplikasi Pinduoduo dan khidmat agen yang diperlukan.

Dalam buku E-book ini akan dijelaskan dengan complete dan details penggunaan aplikasi lubuk borong barang dari China ini, Pinduoduo.

Selepas anda khatam dan lengkap pelajari dari Ebook ini anda akan mampu;

1. Cara Install Aplikasi Pinduoduo

2. Cara untuk translate bahasa China, bahasa bisnes dari China

3. Cara cari dan dapatkan barangan dari lubuk yang murah

4. Cara Beli barangan dan produk melalui agen yang dipercayai

5. Cara membuat bayaran untuk mendapatkan barangan jualan anda

6. Cara Terima Barangan dan produk jualan anda sehingga sampai ke depan rumah.

Panduan dan Langkah Menggunakan Aplikasi Pinduoduo

Dengan modal RM50, satu Ebook panduan lengkap menggunakan aplikasi Pinduoduo untuk mendapatkan barangan murah dan cepat dari China menjadi milik anda.



Dengan RM50 ini juga anda boleh mendapatkan dua buah Ebook lain dengan PERCUMA!!!

Risau barangan anda ditahan pihak kastam dan cara untuk menyelesaikan permasalah dengan pihak kastam, ini bukunya.

Dengan Ebook 7 Tips Insider Pinduoduo ini pasti memudahkan anda memahami lebih lanjut aplikasi ini.

Testimonial Pembeli Ebook Panduan Aplikasi Pinduoduo

Taip panjang-panjang pun tiada guna jika tiada bukti keberkesanan Ebook ini membantu para peniaga mendapatkan barangan.

Boleh rujuk gambar gambar ini.




Jika anda adalah pemula bisnes online di internet yang sedang mencari barangan dan produk murah dari China, boleh buat belian tiga Ebook ini dengan harga hanya RM50 menggunakan banner di bawah;


Anda fikir anda tahu Cara Guna Aplikasi Pinduoduo Beli Barang Borong Dari China ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.


Cara Mendaftar Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid 19

$
0
0

Syabas rakyat Malaysia kerana menjadikan statistik individu yang di vaksin untuk Covid-19 90%.

Daftar dan Syarat Suntikan Penggalak Vaksin Covid
Daftar dan Syarat Suntikan Penggalak Vaksin Covid

Di Malaysia, kebanyakan rakyat diberikan suntikan vaksin percuma dari beberapa jenis yang diiktiraf World Health Organisation (WHO) seperti;


1. Vaksin Pfizer

2. Vaksin Sinovac

3. Vaksin Astra Zenecca

Jenis Vaksin Memerlukan Dos Penggalak

Bagi mencapai perlindungan maksimum terdapat suntikan penggalak (booster dose) akan diberikan kepada penerima vaksin,

1. Pfizer selepas 6 bulan suntikan terakhir

2. Sinovac selepas 3 bukan suntikan terakhir

Sehingga kini tiada sebarang paksaan atau kewajiban untuk mendapatkan dos penggalak vaksin ini.

Secara sukarela.

Penerima Utama Dos Penggalak Vaksin

Keutamaan pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 ini adalah kepada;

Sumber : Facebook KKM


1. Petugas barisan hadapan

2. individu berusia 40 tahun dan ke atas

3. Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi

4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang

5. keperluan ke luar negara

6. Ibu mengandung

Cara Daftar Untuk Dos Penggalak Vaksin Covid 19

Bagi mereka yang secara sukarela ingin mendapatkan dos penggalak vaksin boleh layari protecthealth.com.my untuk pendaftaran.

Apabila sudah membuat pendaftaran individu akan dihubungi melalui aplikasi MySejahtera.

Anda fikir anda tahu Cara Mendaftar Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid 19 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Viewing all 551 articles
Browse latest View live