Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 559 articles
Browse latest View live

Cara Download Private Facebook Video Online

$
0
0
Hidup sememangnya susah dan hanya yang mampu mengadaptasikannya sahaja mampu mencapai cita-cita.Begitu juga untuk mendownload video di facebook. Anda google sahaja dan cari keyword 'Facebook video downloader'.



Aksi ini memang sudah biasa. Namun, bagaimana mahu mendownload video yang di private oleh pentadbir atau pemilik facebook akaun tersebut.

Anda akan mendapati pemilik akaun facebook akan mem'private'kan video hasil upload'nya dengan simbol begini.



Usah khuatir atau risau kini anda mampu menjadikan video tersebut milik anda. Namun risiko copyright sendiri anda tanggung.

Memandangkan isteri penulis begitu inginkan drama korea selatan bertajuk descendants of the sun, mencari di segenap ruang alam maya sukar mendapatkan link, maka ada yang sedikit bermurah hati untuk mempamerkan link, bukan untuk download tetapi untuk streaming sahaja.

Mari kita jadikan proses mendownload drama korea ini sebagai contoh.

1. Lawati sahaja webpage sebagaimana link ini : Facebook private Video Download 



Akan keluar interface sebagaimana di bawah (jika tiada isu server down atau anda tiada data untuk berintenet)



2. Mengikuti setiap step yang ada pada gambarajah di atas memang mudah, memang mudah bagi video facebook yang diupload dengan privacy public namun bagaimana pula untuk private video.

Untuk video public, masukkan sahaja url address sumber video tersebut pada ruangan kotak di atas ikon 'download'.

3. Bagaimana mendapatkan 'view page source' tersebut ?

Tekan kanan pada mouse anda, right click, dan select 'view page source'. Maka akan keluar segerombolan coding php sebagaimana di bawah.


Jangan takut, usah khuatir, ini coding bukan petir. tekan CTRL+A (select all) dan CTRL+C (copy) dan CTRL+V (paste) pada ruangan sebagaimana di bawah.


4. Tekan download. New tab sebagaimana di bawah akan terbit.



Kini anda sudah memiliki video tersebut. Penulis memilih webpage ini kerana ia begitu user friendly berbanding webpage online downloader yang lain yang begitu rumit dan kurang menjadi resepinya.

Selamat mencuba dan selamat menjamu mata.

Anda fikir anda tahu Cara Download Private Facebook Video ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Spesifikasi Honda Winner 150 / Supra 150X Cabaran Honda untuk Kapcai 150cc Semasa

$
0
0

"Kapchai..cub chai..(little cub dalam kantonis)"

Kapchai merupakan kategori motosikal yang paling laris di seantero asia tenggara. Jika di definisikan dalam bahasa inggeris sebagai 'underbone'.

Cub prix adalah tempat kreativiti kapchai diaplikasikan. Jalanan, kapcai lebih popular berbanding superbike di negara-negara asia tenggara.

Ekonomik, compact, dan user friendly. Antara kriteria yang menyebabkan cub chai digemari.

Varian semakin banyak, dari 50cc sehinggalah 150cc. Pengeluar motosikal sekarang lebih menumpukan varians 150cc. Sebagaimana Suzuki Belang R150 FU, Yamaha FZ150, Yamaha Y15ZR, Honda Sonic 150 dan kini dari pengeluar honda...
Honda Supra 150X/Winner 150.




Sebagaimana kebiasaan, negara asia tenggara seperti Vietnam, Indonesia, dan Filipina merupakan negara kelompok pertama yang 'bersaing' untuk mengeluarkan varians masing-masing. Seperti kebiasaan juga Malaysia adalah yang paling corot antaranya, mungkin kerana keterbatasan atau cut-off untuk memasuki Malaysia.


Senang cerita Malaysia adalah negara yang amat mementingkan 'pak haji ke surau' berbanding 'anak muda jiwa kreatif dan kelajuan'.




Dikenali sebagai Honda Winner di Vietnam. Honda vietnam telah melancarkan varian ber cc 150 ini pada vietnam motoshow baru-baru ini. Reka bentuk yang mirip jenama LC dari Yamaha, mungkin dibentuk sebagai pesaing kepada varian LC 135 dan Y15ZR.

Sebelum meroket lebih jauh cuba lihat beberapa perbezaan specs varian 150cc yang sedia ada, perbandingan specs kapcai 150cc.

Selain menggunakan enjin berkapasiti 150cc ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan enjin liquid-cooled EFI, dengan gear 6 kelajuan gearbox, nilai kuasa (power) dikatakan mencecah 15.4hp pada rpm 9000. Torque pula mampu mencapai torque maksimum 13.5Nm pada 6500 rpm.




Dari segi penampilan dan rekabentuk masih mempunyai ciri-ciri kapchai honda yang sedia ada iaitu berkepala kecil dan bertubuh besar. Selain dari itu, bentuk yang berketul-ketul mungkin kurang sesuai untuk ujian aerodinamik kerana mungkin nilang drag yang tinggi berbanding varian 150cc yang lain.

Dengan nilai berat 122kg Honda Winner 150 ini boleh menampung 4.5l bahan api petrol di dalam tangkinya. Dipasangkan dengan disc brake pada kedua-dua bahagian tayar.

Jika di Vietnam, ia digelar dengan Honda Winner 150 manakala ada sumber mengatakan bahawa di Indonesia edisi ini adalah diberi nama Honda Supra 150X. Namun, di Malaysia belum ditentukan kehadirannya, kerana betapa cerewetnya pihak Malaysia dalam menentukan cut off nanti, mungkin akan terjadi sebagaimana Honda Sonic 150, diyakini mampu memasuki pasaran Malaysia kerana belum lagi terdapat varian 150cc untuk Honda di sini.





Harga masih belum dipastikan kerana mungkin pihak Honda perlu cuba mencari harga yang lebih ekonomi berbanding varians 150cc yang sudah ada.

Anda fikir anda tahu Spesifikasi Honda Winner 150 / Supra 150X Cabaran Honda untuk Kapcai 150cc Semasa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Penyokong Tottenham Hotspurs FC adalah Yid Army Yahudi Laknatullah

$
0
0

'Yiddo'

Pembabitan yahudi di dalam industri bola sepak bukan suatu yang asing, malahan English Premier League England juga tidak terkecuali. Jika sekadar tajaan dan sumbangan kewangan untuk sesebuah pasukan bukanlah suatu yang 'extreme' pembabitan yahudi di dalam kancah bola sepak tetapi apabila terdapat satu organisasi di dalam sesebuah pasukan, itu cukup memadai untuk mengandaikan betapa 'yahudinya' kelab tersebut.


Di utara London misalnya, yid, yiddo, dan yiddish bukan sesuatu yang asing. Yid ini merupakan suatu kumpulan penyokong bola sepak kepada sebuah pasukan bola sepak utara London. Penyokong pasukan Arsenal FC dan Chelsea sering mendendangkan 'chanting' berbaur anti-semitic apabila bertemu pasukan ini.



Sebelum itu, mari kita kenali kumpulan yahudi ini. Perkataan 'yid' berasal dari bahasa jerman yang bermaksud, jude atau jew iaitu yahudi di dalam bahasa melayu. 

Apa yang menjadikan betapa yahudinya puak penyokong kelab bola sepak utara London ini adalah mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Yid Army'. Secara lahiriahnya kita boleh tafsirkan sebagai 'Askar yahudi laknatullah'. 

Dari nama mereka inilah kumpulan penyokong pasukan Tottenham Hotspurs a.k.a Spuds, sering didendangkan dengan laungan 'chanting' anti-semitic oleh arch rival mereka seperti Arsenal FC dan Chelsea FC.



Gelaran 'yid army' dalam kalangan penyokong Spurs, menunjukkan betapa ramainya yahudi laknatullah yang menyokong Tottenham Hotspurs FC.

The Gunners (Arsenal FC) merupakan 'musuh' terbesar bagi Spurs pada setiap perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan. Sehingga perlawanan mereka digelar sebagai 'Arch Rival Game'.

Dengan itu sedarlah kita bahawa menyokong Tottenham Hotspurs FC seumpama kita sendiri menggelarkan diri sebagai 'Yid Army' iaitu askar yahudi.

Bagi mereka yang kurang didikan akan hal ini tidak mustahil mereka akan banggan menggelarkan diri mereka sebagai yid army kerana begitu meminati Tottenham Hotspurs FC.



Secara tidak langsung anda menggelarkan diri anda yid army, anda adalah salah seorang dari askar yahudi laknatullah.

Selain Tottenham FC di England, Ajax FC juga merupakan sebuah 'yid army' untuk Belanda.

Anda fikir anda tahu Penyokong Tottenham Hotspurs FC adalah Yid Army Yahudi Laknatullah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Rizqin Steamboat N Grill Jalan Kebun, Steamboat & Grill Murah Di Shah Alam

$
0
0

"Steamboat & Grill"

Dua gabungan penyediaan makanan sebelum ke mulut melalui esofagus untuk bertapa di perut yang sudah popular di masa kini.

Ada steamboat, ada grill dan bakar-bakar. Bunyi gelegakkan air bancuhan sup dan tom yam, desiran pelbagai sos perapan daging dibakar di atas kerajang aluminium mampu menghilangkan sejenak hiruk pikuk kesibukan harian.

Pertumbuhan kedai makan steamboat & grill di seantero malaysia sukar di nafikan lagi. Dengan konsep, bayar dengan harga tertentu, makan sampai lebam, sampai kembung, konsep yang menjadikan steamboat & grill suatu konsep santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun dalam kerancakan tumbuhnya restoren-restoren yang menjadikan konsep ini semakin popular menjadi seorang pengguna yang bijak itu yang utama.

Di zaman 'nak mengundi baru ada perubahan' ini, atau lebih sinonim dengan zaman kais pagi,kais petang makan malam, bijak dalam memilih tempat steamboat & grill yang mempunyai kriteria ekonomi amat perlu. Kriteria ekonomi yang dimaksudkan adalah pelbagai variasi bahan mentah untuk dicelup dan dibakar, serta harga lebih mesra dompet.

Jalan Kebun, Kota Kemuning Shah Alam, tidak terkecuali dalam persaingan untuk merebut seksyen manakah menjadi syurga makanan untuk shah alam khususnya, selangor amnya.
Salah satu restoren anak watan yang menjanjikan konsep steamboat & grill yang sangat ekonomi adalah RIZQIN STEAMBOAT N GRILL.




Harga

Dalam usaha untuk menyaingi restoren steamboat & grill yang lain, rizqin steamboat n grill merupakan antara kedai yang menawarkan harga paling murah setakat artikel ini ditaip.

Memperkenalkan tiga kategori dalam penetapan harga.

Dewasa : RM18.50
Kanak- kanak 5-12 thn : RM9
Kanak- kanak 5 ke bawah : Percuma

Waktu Operasi : Dibuka bermula jam 6 petang dan ditutup pada 12 tengah malam.

Lokasi

Berkedudukan tidak berapa tepi jalan sangat, Medan Selera MBSA yang agak lama tidak digunakan, namun jika anda membawa kenderaan bawah 60km/j anda masih boleh melihat kewujudan kedai ini. 






Disempadani dengan sebuah tali air dan semak samun menjadikan restoren ini agak kurang jelas dilihat.



Rizqin Steamboat n Grill 'waze n google maps friendly'. Gunakan keyword 'Rizqin Steamboat n grill' makan waze atau google maps boleh menunjukkan anda ke jalan kebenaran.

Makanan/Minuman

Berbanding capsicum yang berada tidak jauh dari restoren ini, kuantiti pemilihan bahan mentah steambot dan untuk di bakar dimenangi restoren ini.



 Bahan mentah untuk dicelup ke dalam sup/tom yam, daging/ayam yang diperap, hasil laut sotong/udang, sayuran, buah serta nasi goreng terhidang sedia untuk dijamah.




Tiada sebarang beza dalam hidangan jika kita cuba menjelaskan perbandingan penyediaan makanan pada setiap tempat restoren yang menghidangkan konsep steamboat & grill, semua sama melainkan perapan yang dilakukan terhadap ayam/daging/kambing.




Hanya fish ball yang basi sahaja mampu membezakan rasanya. Oleh itu, untuk perbandingan, perapan terhadap daging ayam/lembu/kambing di rizqin cukup rasanya meskipun anda leka ketika membakar sehingga hitam legam daging tersebut, namun perisanya tetap ada.

Perasa black pepper, bbq dan di tambah dengan satu perasa perapan herba mungkin menjadikan perapan dari rizqin agak berbeza. Sedap, itulah yang berjaya dicungkil dari pelanggan. Rasa sos manis dan perasa berbeza tidak begitu menonjol, bak bait dalam lagu dangdut, yang sedang-sedang sahaja namun sedap.





Air yang disediakan terdiri daripada teh 'o', oren, Air Suam/Kosong, dan juga terdapat air yang bewarna hijau, sirap mungkin.

Aiskrim perisa pudina merupakan pencuci mulut yang paling laris berbanding perisa coklat, dan perisa keladi.



Suasana

Dengan bertemakan 'alunan alam', persekitaran restoren ini amat sesuai bagi komposer atau penulis lirik yang cuba mencari ilham ketika menjamu selera.

Jika bunyi gelegakkan sup/tom yam atau desiran grill yang dibakar agak sedikit nilai desibelnya anda akan dapat mendengar cerikkan cengkerik krik krik krik dan jika anda bertuah anda juga dalam mendengar bunyi kocakan air dari anak sungai berhampiran jika tiada sebarang kenderaan berekzos besar melintasi Jalan Kebun di hadapan.

Suasananya juga boleh diibaratkan sebagai yang sedang-sedang sahaja apabila kedamaian alam sekitar telah menyeimbangi bunyi-bunyi ekzos dari jalanan.




Keunikan Rizqin adalah proses memanaskan periuk dan kerajang aluminium bebas bauan gas LPG. Rizqin menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Dengan talaan yang ringkas pada alat pemanas anda sudah mampu menggelarkan diri anda seorang electrical technician.

Tiada bau gas, tiada bunyi 'ktik ktik' pemetik api, jika ribut atau sebarang gangguan angin api tidak akan terpadam kerana segalanya eletrik.




Ketika artikel ini ditaip, restoren ini hanya baru bertapak sebulan, dan keadaan pelanggan masih lagi kurang dibandingkan tempat lain. Jika anda inginkan konsep steamboat & grill yang murah, tenang, banyak pilihan, Rizqin Steamboat n Grill adalah tempatnya.

Anda fikir anda tahu Rizqin Steamboat N Grill Jalan Kebun, Steamboat & Grill Murah Di Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

10 Pelakon Filem yang Nyaris Mati Semasa Penggambaran

$
0
0

"Kesungguhan"

Beza antara pelakon antarabangsa dan negara kita adalah perkataan di atas. Pelakon antarabangsa kesungguhan mereka sukar ditakwil lagi. Pelakon malaysia juga bersungguh, bersungguh menangis dan bersungguh dalam mengadaptasi novel merapu.

Ketahui beberapa pelakon yang hampir menemui ajal ketika melakukan stunt sendiri atau double stunt.


10. Jackie Chan (Armour of God 1986)

Dalam filem Armour of God Jackie Chan yang popular dalam melakukan aksi lasak sendiri hampir menemui ajal apabila telah jatuh ke tanah jua dari atas pokok yang berketinggian 16 kaki dari aras tanah.

Dalam situasi itu, kepalanya terhantuk kepada batu, hasilnya tulang pada tengkoraknya telah menekan kuat otak dan memerlukan pembedahan untuk memperbetulkan kepada keadaan asal.



9. Isla Fisher (Now You See Mee 2013)

Pernahkah anda ingat di mana terdapat seorang ahli silap mata perempuan yang memasuki ke dalam air berisi ikan piranha ? Babak tersebut benar-benar dilakukan oleh Isla Fisher di mana dia gagal menahan nafas dan beberapa kali cuba memberitahu krew filem, namun krew filem beranggapan ia adalah sebahagian penghayatan pelakon tersebut.

8. Kate Winslet (Titanic 1997)

Kate Winslet juga hampir lemas melibatkan air. Titanic dan air tidak dapat dipisahkan. Ia berlaku ketika babak Kate Winslet yang terperangkap pada pintu gril di mana dia beberapa kali tenggelam di dalam deruan air telah memberitahu kepada krew namun mereka juga menganggap ia adalah penghayatan dalam babak tersebut.

7. Jaimie Alexander (Thor : The Dark World 2013)

Dalam satu babak Jaimie telah terjatuh dari satu tangga ketika penggambaran. Hujan dan tangga bukan sahabat baik. Akibat licin dan terjatuh maka dia menerima kecederaan seperti displaced disc pada tulang belakang, 11 keretakan pada vertebra, dislocated pada bahu kiri dan koyak pada bahagian kiri belikat.

Namun dia tetap meneruskan menjadi dewi dalam cerita tersebut.

6. Michael J. Fox (Back TO The Future : Part 3 1990)

Dia pernah merasa saat-saat mati tergantung. Dalam suatu babak ketika berada pada zaman cowboy, dia telah melakukan aksi di mana dia perlu di gantung menggunakan tali, hasilnya, dia berjaya memengsankan diri sendiri selama 30 saat. 
Babak tersebut bukan sekali namun dilakukan berkali-kali.

5. Johny Depp (The Lone Ranger 2013)

Kecelakaan kepadanya telah terjadi ketika babak di mana dia sedang menjinakkan kuda. Namun, setelah berada selama beberapa saat, berada di sisi kuda yang sedang rancak berlari, johny depp telah terjatuh dengan kuat dan hampir sahaja ladam kuda hadapan memijak kepalanya.

4. Jason Statham (The Expendales 3 2014)

Meskipun bersama rambo, itu bukan beerti segalanya berjaya dengan lancar. Pada suatu babak kejar mengejar, skillnya dalam cerita transporter seumpama sudah pudar apabila jeep dipandunya telah mengalami kerosakan pada brake dan memaksanya untuk terjun ke dalam sungai yang berkedalaman kira-kira 60 kaki.

Realiti dan lakonan bergabung.

3. Aaron Paul (Breaking Bad 2008-13)

Dalam season 1 breaking bad, writer siri tersebut sudah mahu mematikan wataknya di dalam cerita namun mengubah untuk meneruskannya berlakon. Dalam satu babak, sebiji batu besar yang diletakkan di atas sebuah rv telah jatuh terhempap ke tanah di mana posisi awal Aaron Paul berada.

Dia telah menukar ke kedudukan lain kerana cuba memberikan idea yang baru dalam babak tersebut.

2. Tom Hanks (Cast away 2000)

Rupa-rupanya luka pada tapak tangan Tom Hanks ketika cuba menghidupkan api adalah benar. Meskipun luka tersebut minor namun doktor yang merawatnya mengatakan berkemungkinan dari luka tersebut punca kepada 'blood poisioning' dan ditahan di hospital.

Mujurlah dia selamat, kalau tidak semestinya menjadi kerisauan sahabat baiknya wilson.

Sebelum kita mengetahui tempat pertama cuba kita senaraikan antara artis lain yang mungkin menemui ajal ketik penggambaran.

- Halle Berry pernah terjatuh dengan kepalanya terhempap ke lantai. (The Call 2013)
- Joseph Gordon-Levit Berlanggar dengan pintu teksi selepas basikalnya merempuh teksi.(Premium Rush 2012)
- Brendan Fraser hampir habis nyawa ketika digantung. (The Mummy 1999)
- Jennifer Lawrence pernah tercekik kabus yang di buat oleh mesin pembuat kabus. (The Hunger Games : Mockingjay Part 1 2014)
- Martin Sheen mengalami serangan haba ketika penggambaran (Apocalypse Now 1979)

1. Tom Cruise (The Last Samurai 2003)

The last samurai mungkin menjadikan tom cruise the last scene dalam cerita tersebut. Dia melakukan kesemua aksi stunt dengan sendirinya. Kebanyakkan babak tertumpu kepada permainan pedang, dari situ pun dia boleh terbunuh.

Namun dia begitu hampir dengan kematian apabila dalam satu babak yang memerlukan dia berlakun ala-ala gladiator menggunakan kuda mekanikal yang bergerak, namun kerosakkan pada mekanikal dalam kuda telah menyebabkan pedang hanya beberapa inci dengan leher tom cruise, orang ade berkata dia berjaya mengelak kerana skill yang di ajar di dalam cerita, jika tidak semestinya dia sudah menjadi mendiang.


Apa yang ingin disampaikan disini adalah dedikasi dan kesungguhan, meskipun sudah mengetahui akan risiko namun itulah yang menjadikan sesebuah filem itu amat berjaya dan mendapat hasil lumayan.

Mati dan ajal sudah ditetapkan sebagaimana cerita Final Destination, yang sepatutnya mati akan mendiang juga. Dari kesungguhan inilah filem-filem luar negara merupakan filem berbaloi tengok di pawagam berbanding cerita kahwin paksa cilok novel yang hanya layak ditonton di youtube atau dailymotion sahaja. Itu pun jika data internet dapat percuma.

Anda fikir anda tahu 10 Pelakon Filem yang Nyaris Mati Semasa Penggambaran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke Kiri

$
0
0

Awas artikel ini mengandungi terlalu banyak perkataan babi

"Babi"

Ramai yang cuba merungkai misteri dimana dalam emoji whatsapp hanya siput babi yang menghala ke kanan bukan ke kiri sebagaimana haiwan lain dalam emoji.

Pernahkah kita cuba menrungkai misteri yang mampu menghapuskan kadar gst dalam negara kita ini.

Misteri yang mampu menaikkan harga pasaran saham malaysia apalagi nilai ringgit kita.

Mungkin juga dengan terjawabnya isu siput babi ini maka kita mampu melihat beberapa lagi binatang berbentuk 3D dengan menjulingkan mata ala-ala janna nick untuk melihat binatang apakah 3D dalam sekeping gambarajah ?





Tidak cukupkah kita di'binatang'kan oleh sesetengah manusia yang menjaga amanah negara dengan pelbagai kesusahan. 


Berbalik kepada mengapa siput babi ke kanan bukan ke kiri talaan muka mereka.Apakah telah berlaku perselisihan faham antara binatang lain dan siput babi ? atau siput tersebut sudah berasa sudah tidak babi lagi sebagaimana dahulunya telah 'memakan' sayuran dan tanaman dan kini ingin kembali insaf atas perbuatannya.

Kita telusuri kes yang amat besar ini dengan perkataan 'babi' itu sendiri. Babi merupakan perkataan yang amat kasar dan jelik untuk digelarkan kepada individu, jika babi itu sendiri mengetahui betapa babinya perkataan babi itu, mereka sudah la melarikan diri ke dalam gua.

Oleh kerana sudah terpalit dengan gelaran siput babi, maka siput ini telah mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri dari babi. Jika dilihat, emoji babi menghala ke arah kiri, maka untuk tidak merumitkan keadaan siput babi telah memalingkan tubuhnya ke arah bertentangan supaya terhindar dari sebarang masalah jika ada binatang lain yang menyebut perkataan babi atau memanggil babi.

Jika ada yang memanggil babi, maka hanya babi sahaja yang akan berpaling bukan siput babi pun turut berpaling. Demi menjaga institusi keamanan emoji sedunia, maka siput babi mengalah dan meneruskan kehidupan dengan aman.

Apakah akan berlaku jika siput babi turut ke kiri bersama haiwan lain termasuk babi ? Apabila ada yang memanggil babi adakah siput babi juga akan berpaling bersama babi ? Ada baiknya siput babi pergi ke arah bertentangan menuju perancis, sekurang-kurangnya di sana orang perancis akan memanggilnya 'escargot'.

Mungkin juga antena pada siput babi lebih 'clear' signal wifi untuk mengikut kemahuan aplikasi waze berbanding haiwan lain yang tidak memiliki antena.

Misteri ini harus dirungkai kerana ia mungkin akan menghancurkan sesebuah negara sebagaimana yang telah terkandung dalam hikayat merang perapu kepunden parang sekeper

3 Benda yang akan menghancurkan negara

1. Parking tak masuk petak parking
2. Kelaur simpang tak bagi signal
3. Siput babi yang radikal

Teehee...

Anda fikir anda tahu Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke Kiri ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Antonov 225 Mriya Pesawat Terbesar Dunia

$
0
0

"Fenomena"

Perkataan di atas merupakan istilah terbaik diberikan kepada pesawat pengangkut terbesar dunia Antonov 225 Mriya milik Ukraine.

Dalam penjelajahannya menuju Perth, Australia dari Republic Czech yang membawa seberat 117 tons generator.



Dalam ekspedisi dari republic Czech menuju ke garisan penamat di perth, An225 Mriya telah berhenti lelah di beberapa buah lapangan terbang di sepanjang route menuju Australia.



Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA (WMKK) tidak terkecuali. Pelbagai pelusuk masyarakat malaysia membanjiri sekitar pagar luar runway 32L KLIA bagi merasai sendiri fenomena burung besi gergasi yang akan mendarat di KLIA untuk kali kedua selepas 2007.

Tidak kira anda rakyat marhaen mahupun planespotter, peluang bagi menyaksikan beberapa saat kemunculannya dari rimbunan kelapa sawit sekitar KLIA sesuatu yang amat mengujakan.

Apa lagi mereka yang bertugas dengan Malaysia Airport Berhad, yang dapat berselfie secara dekat.

Fenomena ini bukan sahaja menjadi keghairahan rakyat marhaen dan planespotter dari malaysia sahaja, di Perth, Australia, malah ribuan yang hadir untuk menyaksikan 'touchdown' antonov 225 mriya yang telah memegang rekod pesawat terbesar dunia sejak dari pelancarannya pada 1988.

Apa yang menjadikan pesawat ini tumpuan adalah saiznya jika dibandingkan dengan pesawat yang sedia ada di muka bumi.

Memiliki panjang 84 meter dari hujung muncung ke hujung ekornya, Mriya juga memiliki berat 175 tons (tanpa bahanapi dan kargo) menjadikan 'benchmark' kepada pesawat yang sedia ada di muka bumi dan stratosfera dari segi statistiknya.

Jika dipenuhkan dengan kargo, Mriya mampu menampung 600 tons kargo dan 'load' dengan perkadaran isipadu 1300 kubik meter.



Dari segi perbandingan ukuran saiz dengan pencabar terdekatnya seperti Airbus A380 dan Boeing 747, Antonov 225 adalah 7 meter lebih panjang berbanding Boeing 747-800.

Manakala memiliki kelebihan ukuran sebanyak 11 meter berbanding Airbus A380-800 yang memegang gelaran pesawat penumpang terbesar dunia.

6 kru diperlukan dalam operasi pesawat antonov 225 ini, kapten, pembantu juruterbang, dua fligt engineer untuk kawalan 6 buah enjin dan sistem yang kompleks, seorang navigator dan seorang loadmaster yang menjaga segala seliaan kargo dan load calculation.

Antonov Design Bureau bukan sahaja memiliki Antonov 225 ini sahaja malah memiliki pelbagai lagi pesawat milik mereka termasuklah adik kepada UR-82060 ini iaitu Antonov 124.

Namun, pesawat Antonov 225 Mriya ini adalah satu-satunya di dunia.

Anda fikir anda tahu Antonov 225 Mriya Pesawat Terbesar Dunia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Idea Memilih Petrol RON 95, RON 97 atau RON 100

$
0
0

"Ron"

Ron bukan nama sesiapa mahupun organisasi. Ron adalah singkatan kepada Research Octane Number.

Ron adalah satu ukuran ketahanan 'knocking' yang berlaku di dalam enjin semasa peringkat mampatan (compression) pada lejang otto cycle.

Senang cerita, ketahanan bahanapi tersebut untuk terbakar sendiri ketika proses mampatan piston ke atas di dalam block enjin.



Sebelum kita inzal dengan ron, kita cuba fahami apa itu 'knocking'. Knocking akan berlaku apabila pra campuran udara dan bahanapi (petrol) terbakar sendiri sebelum spark plug mengeluarkan api untuk pembakaran udara-petrol.

Jika kita bercerita sebagaimana sebuah buku teks thermodynamic, apabila dimampatkan gas maka atom-atom akan berlanggar sesama sendiri dengan riangnya, maka semakin piston ditolak akan memampatkan lagi gas (campuran udara dan bahanapi) dan apabila gas ini mencapai suatu tekanan dan suhu tertentu maka akan meletup sendiri meskipun tiada hasil api dari spark plug.



Ketahanan gas (petrol+udara) untuk tidak meletup sebelum spark plug menyala inilah dikatakan research octane number atau ron. Ada ron 92, ron 95, dan juga ron 97 apa lagi ron 100.

Ramai beranggapan semakin tinggi nilai ron semakin hebat kuasa yang terhasil. Sebenarnya semakin tinggi nilai ron (contohnya ron 97 terhadap ron 95) maka semakin sukar untuk campuran gas (petrol dan udara) untuk terbakar sewenang-wenangnya, senang cerita nilai ron yang tinggi adalah amat setia campurannya kerana 'ia' sanggup menunggu api dari spark plug dan bukan terbakar dengan sendiri ketika stage mampatan di dalam enjin.

Sudah faham akan konsep, knocking, ron dan nilai nombor pada ron ?

Penggunaan mana-mana ron sebenarnya bergantung kepada sesebuah enjin tersebut. Tidak salah jika ingin mengepam mana-mana nilai ron ke dalam kereta anda tetapi dari segi ekonominya anda kurang bijak.

Ron lagi tinggi nilainya maka tinggi harganya. Setiap enjin kereta mempunyai nilai ratio compression (mampatan) masing-masing. Semakin tinggi nilai ratio mampatan maka lebih kuasa yang terhasil.Maka gunakan ron 95, ron 97 dan lain-lain dengan kesesuaian nilai ratio compression kereta anda.

Setiap enjin kereta juga telah ditulis di dalam manual kenderaan apakah nilai ron minimun yang perlu dimasukkan ke dalam tangki di bahagian 'fuel'. Contohnya di dalam manual kereta anda menyatakan minimun penggunaan ron untuk kereta anda adalah 92 maka ron 92 akan menjimatkan lagi poket anda berbanding menggunakan ron yang lain.

Kita sudah fahami akan ratio mampatan. Semakin tinggi nilai ratio mampatan (compression) semakin banyak kuasa terhasil. Namun, jika berlaku knocking (gas meletup awal) bermakna bahanapi tersebut telah terbakar sebelum piston berada pada tahap maksimumnya di dalam blok enjin, maka rugilah kerana beberapa portion gas telah terbakar awal atau orgasm awal sebelum spark plug menyala.

Jika keseluruhan bahanapi yang masuk dari inlet manifold terbakar dengan seirama ketika spark plug memercikkan spark maka untuk sesebuah enjin itu mencapai kuasa maksimum adalah tinggi.

Bagi mengatasi masalah petrol dan udara cepat inzal inilah sejenis plumbum (lead) di campur sebagai pemangkin untuk tidak menyebabkan campuran petrol dan udara ini mudah terbakar pada bukan pada masanya dan tiada knocking di kesan, akan tetapi hasil plumbum ini akan bertindak balas dengan udara dan petrol akan menghasilkan lebihan karbon (asap hitam) berbanding petrol ron yang tidak memiliki tambahan plumbum.

Ron 97 tidak ditambah plumbum kerana ketahanannya dari terbakar awal berbanding ron 95 yang memiliki sedikit tambahan plumbum bagi mengurangkan knocking.

Maka jika difikirkan logiknya, untuk menjadikan ron 95 memiliki ketahanan sama atau menghampiri ketahanan ron 97 maka plumbum ditambah. Dengan itu ron 95 leaded dan ron 97 unleaded boleh dikatakan memiliki sifat seakan sama bezanya adalah 'kebersihan' enjin.

Enjin yang menggunakan ron 95 mungkin agak kurang bersih kerana plumbum berbanding ron 97 yang tidak berplumbum. Dari hal inilah mengapa bahanapi ron 97 adalah lebih mahal berbanding ron 95 atau rn 92.

Semakin bersih enjin, kurang maintenance, semakin mahal harga petrol tersebut tiada kaitan akan betapa power nya ron 97 berbanding ron 95.

- Jabatan Kejuruteraan Youtube (bukan seorang engineer belajar dari youtube)

Anda fikir anda tahu Idea Memilih Petrol RON 95, RON 97 atau RON 100 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...



Bukti Antonov 225 Mriya Pesawat Terbesar Dunia

$
0
0

"Fenomena"

Perkataan di atas merupakan istilah terbaik diberikan kepada pesawat pengangkut terbesar dunia Antonov 225 Mriya milik Ukraine.

Dalam penjelajahannya menuju Perth, Australia dari Republic Czech yang membawa seberat 117 tons generator.




Dalam ekspedisi dari republic Czech menuju ke garisan penamat di perth, An225 Mriya telah berhenti lelah di beberapa buah lapangan terbang di sepanjang route menuju Australia.


Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA (WMKK) tidak terkecuali. Pelbagai pelusuk masyarakat malaysia membanjiri sekitar pagar luar runway 32L KLIA bagi merasai sendiri fenomena burung besi gergasi yang akan mendarat di KLIA untuk kali kedua selepas 2007.

Tidak kira anda rakyat marhaen mahupun planespotter, peluang bagi menyaksikan beberapa saat kemunculannya dari rimbunan kelapa sawit sekitar KLIA sesuatu yang amat mengujakan.

Apa lagi mereka yang bertugas dengan Malaysia Airport Berhad, yang dapat berselfie secara dekat.

Fenomena ini bukan sahaja menjadi keghairahan rakyat marhaen dan planespotter dari malaysia sahaja, di Perth, Australia, malah ribuan yang hadir untuk menyaksikan 'touchdown' antonov 225 mriya yang telah memegang rekod pesawat terbesar dunia sejak dari pelancarannya pada 1988.

Apa yang menjadikan pesawat ini tumpuan adalah saiznya jika dibandingkan dengan pesawat yang sedia ada di muka bumi.

Memiliki panjang 84 meter dari hujung muncung ke hujung ekornya, Mriya juga memiliki berat 175 tons (tanpa bahanapi dan kargo) menjadikan 'benchmark' kepada pesawat yang sedia ada di muka bumi dan stratosfera dari segi statistiknya.

Jika dipenuhkan dengan kargo, Mriya mampu menampung 600 tons kargo dan 'load' dengan perkadaran isipadu 1300 kubik meter.




Dari segi perbandingan ukuran saiz dengan pencabar terdekatnya seperti Airbus A380 dan Boeing 747, Antonov 225 adalah 7 meter lebih panjang berbanding Boeing 747-800.

Manakala memiliki kelebihan ukuran sebanyak 11 meter berbanding Airbus A380-800 yang memegang gelaran pesawat penumpang terbesar dunia.

6 kru diperlukan dalam operasi pesawat antonov 225 ini, kapten, pembantu juruterbang, dua fligt engineer untuk kawalan 6 buah enjin dan sistem yang kompleks, seorang navigator dan seorang loadmaster yang menjaga segala seliaan kargo dan load calculation.

Antonov Design Bureau bukan sahaja memiliki Antonov 225 ini sahaja malah memiliki pelbagai lagi pesawat milik mereka termasuklah adik kepada UR-82060 ini iaitu Antonov 124.

Namun, pesawat Antonov 225 Mriya ini adalah satu-satunya di dunia.

Anda fikir anda tahu Bukti Antonov 225 Mriya Pesawat Terbesar Dunia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Air Asia Self Check-In Print Bag Tag Sendiri Tiada Lagi Kaunter Check In Di KLIA2

$
0
0

"Berdikari"

Bermula 24 Mei 2016, 'Self Check-In' bagi penumpang Air Asia dan Air Asia X telah dipraktikkan melalui KLIA2. Ini bermakna check-in di kaunter sudah tiada lagi perkhidmatannya.


Segala urusan check-in dengan air asia dan air asia x akan dilakukan secara :

1. Web Check-In
2. Mobile Check-In
3. Kiosk Check-In (yang telah disediakan di airport)

Dengan kata lain tiada lagi urusan penumpang dengan manusia di kaunter tetapi secara elektronik dengan peranti elektronik.



Bagi penumpang yang check in bersama beg (luggage), mereka perlu menyelesaikan urusan self check-in sebagaimana di atas sebelum ke bahagian Baggage Drop Counters untuk meletakkan bagasi masing-masing.

Bagi penumpang air asia, penumpang diperlukan melakukan self check-in dari 14 hari sehingga sejam sebelum waktu pelepasan (departure time).

Manakala penumpang air asia X, waktu untuk self check-in adalah antara 14 hari sehingga empat jam sebelum waktu penerbangan.


Dalam usaha mengurangkan kaunter khidmat pelanggan, pihak air asia tetap akan menyediakan kaunter untuk penumpang mengandung, kanak-kanak atau yang sukar untuk menaiki pesawat seperti OKU atau yang sakit.

Tag bagasi (bag tag) perlulah di print sendiri penumpang ketika check in di rumah atau di kiosk check in. Segala tutorial boleh didapati pada website airasia dot com.


Steps for Self Bag Tag: Print at Home




Kegagalan untuk print sendiri bag tag memungkinkan anda mampu melambai-lambai kepada bagasi anda yang tidak boleh dibawa bersama anda.


Anda fikir anda tahu Air Asia Self Check-In Print Bag Tag Sendiri Tiada Lagi Kaunter Check In Di Airport ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.... 


Nahas Egypt Air A320 MS 804 Berpunca Explosive Decompression, Letupan Bom atau Aerodynamic Stall

$
0
0

"Anatomi"

Taakulan awal sesuatu insiden memerlukan penyenaraian segala penyebab dan pencetus sesuatu insiden.

Usah kita cepat melatah untuk memulakan sikap prejudis terhadap sesuatu yang masih tidak sahih atau dalam 'preliminary report'.

Pesawat Egypt Air MS 804 yang terhempas di lautan meditranean telah mengorbankan 56 penumpang dan 10 anak kapal.



Pelbagai spekulasi tentang pesawat malang yang membabitkan pesawat operasi mesir ini. Bangsa Arab, memang tidak asing lagi dijadikan boneka skeptikal untuk keganasan.

Sebelum penemuan cockpit voice recorder dan flight data recorder dari MS 804, pelbagai inferens dan teori dikeluarkan.



Perkara pertama yang sering dilakukan air crash investigator adalah 'tidak menolak kemungkinan'. Mereka akan menyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan insiden malang seperti ini seperti:

1. Kegagalan teknikal pesawat
2. Kegagalan manusia (human error)
3. Keadaan cuaca
4. Ancaman luar
5. lain-lain

Para penyiasat akan memulakan inkuiri dan siasatan berpandukan kriteria-kriteria di atas, dan cuba mengaitkan dengan keadaan pesawat yang ditemui.
Perkara pertama yang akan dilihat penyiasat adalah paten penerbangan pada saat-saat terakhir pesawat gagal dikawal.

Beberapa persoalan dari aspek principle of flight akan ditanyakan sendiri penyiasat. Sebagai contoh pada altitude dan attitude bagaimanakah pesawat MS 804 ini sebelum hilang dari radar, adakah dalam keadaan cruising ataupun terdapat perubahan maneuver pada pesawat.

Seterusnya adalah paten hentaman pesawat malang ini ke atas permukaan air. Dua paten yang boleh memberikan teori penyebab nahas, keadaan serpihan yang tesebar luas atau yang kecil kawasan serpihannya.

Jika paten serpihan berselerak dalam skala yang kecil, bermakna pesawat tersebut berkecai ketika menyentuh permukaan laut, namun, jika selerakan serpihan MS 804 adalah luas maka boleh diteorikan bahawa pesawat egypt air A320 ini sudah berkecai ketika di udara.

Perkara pertama yang boleh diambil kira apabila mendapati pesawat MS 804 berkecai kerana hentaman permukaan laut adalah masalah teknikal atau kegagalan krew mengawal penerbangan mungkin kerosakkan enjin atau aerodynamic stall.

Dari sini penyiasat akan memulakan siasatan terhadap serpihan enjin, bilah enjin yang menhentam permukaan laut semas masih berpusing dan tidak berpusing adalah berbeza, jika didapati bahawa bilah compressor enjin masih berfungsi semasa hentaman permukaan laut maka enjin bukan puncanya.

Data acars mendapati tiada sebarang kerosakan pada enjin.

Begitu juga masalah aerodynamic stall, aerodynamic stall secara kasarnya berkaitan dengan kerosakan sistem bacaan airspeed atau sistemnya, mungkin melibatkan pitot tube atau static tube yang tersumbat mungkin juga masalah bacaan airspeed indicator yang salah.

Cebisan mayat yang tidak lebih besar dari tapak tangan dijumpai mencadangkan bahawa impak yang amat kuat mungkin menyamai mach 1 atau lebih ketika kejadiaan. Spiral, dan rolling kesan terakhir stall pesawat mungkin menyebabkan junaman yang laju sebelum hentaman ke permukaan air.

Paten hempasan serpihan secara berselerak memungkinkan kepada dua punca. Bom dengan niat atau decompression. Paten selerakan serpihan yang besar membuktikan bahwa pesawat MS 804 ini berkecai di udara. 

Apa yang mengesahkan lagi keadaan ini adalah penemuan beberapa jaket keselamatan yang tidak dibuka, menjelaskan bahawa sesuatu yang berlaku adalah dalam keadaan tiba-tiba tanpa mendapat informasi tentang kecemasan dari krew kapal.

Sebarang signal kecemasan melalui squawk 7600 atau 7700 juga tidak di isytihatkan oleh krew penerbangan. Seperti semua berlaku tiba-tiba. Kemungkinan bom boleh disiasat melalui paten hentaman pada dinding pesawat dan autopsi penumpang, mungkin penemuan sisa ledakan bom.Namun forensik mengatakan tiada sebarang kesan sisa bom ditemui.

Satu lagi kemungkinan adalah decompression. Bom tanpa niat. Decompression juga boleh berlaku tiba-tiba, apa lagi apabila berada pada ketinggian 37,000 kaki (~11km) di udara yang nipis. Sedikit lubang atau koyakan pada fuselage pesawat mampu menyebabkan ledakan tekanan udara dari dalam ke luar.Pada ketika ini, kapten atau pembantu juruterbang tiada masa untuk mengisytihar 'mayday' apalagi amaran dari flight attendant untuk memakai vest keselamatan. 

Beberapa insiden membabitkan sebelum ini terjadi kerana decompression. Antara saspek yang menjadi dalang adalah kerosakan rivet sambungan, penyelenggaraan tailstrike yang berulang, dan pintu pesawat yang uzur.

Apa yang dapat disimpulkan adalah beberapa saat sebelum menghempas permukaan lautan mediterranean, pesawat mengalami suatu impak yang besar, explosive decompression, atau spiral dive dari aerodynamic stall juga tidak dinafikan malfunction yang menyebabkan hentaman yang kuat pada pesawat.
Penemuan flight data recorder dalam kota hitam amat penting untuk melihat data penerbangan yang mampu menyokong mana satu penyebab nahas sebagaimana disenaraikan di atas.

Anda fikir anda tahu Nahas Egypt Air A320 MS 804 Berpunca Explosive Decompression, Letupan Bom atau Aerodynamic Stall ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Pisang Mengeluarkan Radioaktif Seumpama Mesin X-ray

$
0
0

"radioactive"

Artikel ini bukan merupakan sebuah catatan terbaik bagi mereka yang tidak mengambil subjek kimia di dalam spm atau yang belajar namun tidak menggemarinya. Catatan ini juga bagi mereka yang selincah kucing sifat ingin tahunya dan mungkin seorang chef yang gemarkan pemakaian lab coat.

Penulis mula terasa ingin mengetahui betapa radioaktifnya pisang mungkin kerana telah berkawan dengan 4 ekor kucing di rumah dan mungkin juga telah terserempak dengan beberapa video di youtube yang mengaitkan chernobyl, russian woodpecker dan pisang.

Terdapat satu video yang cuba mengaitkan insiden chernobyl di ukraine dengan kesengajaan pihak soviet union ketika itu untuk meletupkan stesen nuklear tersebut.

Maka terdapat filem mengenainya, The Russian Woodpecker, terdapat juga dalam versi vlog (Vsauce salah satunya) di youtube. Apa yang menyebabkan penulis ingin mengetahuinya adalah mereka menggunakan pisang sebagai 'indicator' kehadiran radioaktif atau hasil sinaran yang terhasil.

Kenapa pisang ?

Pisang. Buahan universal dari serata dunia. Tidak kira di mana dan pelbagai jenis pisang boleh didapati di mana-mana selain artik, antartik dan gurun sahara.
Pisang adalah buah yang mengandungi potassium atau Kalium paling banyak berbanding dengan buahan lain selain keacang brazil.



Pakar nutrien dan ahli kimia mendapati potassium-40 terdapat dalam pisang. Potassium-40 bukanlah unsur dari atom yang stabil. Potassium yang stabil adalah potassium yang memiliki bilangan neutron dan proton yang sama untuk sesebuah atom.


Namun potassium-40 yang berada di dalam pisang adalah tidak stabil, dalam bahasa kimianya adalah salah satu 'isotopes' kepada potassium (Kalium).

Bermakna potassium-40 yang berada di dalam pisang tidak stabil dari segi sifatnya dan memberontak kerana bilangan neutron dan proton untuk atomnya tidak sama.

Setakat info ini pisang belum lagi radioaktif sifatnya. Sesuatu yang menjadikan pisang radioaktif adalah sinaran yang dikeluaran oleh potassium-40 yang terdapat di dalam pisang.

Oleh kerana ketidakstabilan (neutron dan proton tidak sama bilangan) pada nukleus atomnya, atom potassium-40 ini amatlah tidak stabil kerana memiliki tenaga nuklear yang lebih berbanding potassium stabil.

Maka dengan kekuasaan Allah s.w.t, potassium-40 ini akan mengeluarkan partikel alpha dan partikel beta. Partikel alpha dan beta tidak berbahaya. Namun yang menjadikan potassium-40 ini berbahaya dan diberi nama radioaktif adalah apabila sinaran radiokatif yang turut dilepaskan atom tersebut.

Lebih tepat lagi sinar gamma. Proses ini digelar pereputan (decay). Terdapat istilah kimia 'half-life' sebagai panduan untuk isotope seperti potassium-40 ini kehilangan jisim sebanyak separuh dari jisim asal.

Ada ahli kimia mengusulkan bahawa 600 biji pisang adalah bersamaan satu kali anda menjalani rawatan x-ray di hospital jumlah sinaran gamma nya.
Mampukah anda menelan 600 biji pisang dalam sesuatu masa tanpa sebarang amaran ?

Setiap jangka hanyat isotope (atom tidak stabil) untuk mereput adalah berbeza. Bagi potassium-40 yang terdapat di dalam pisang jangka hayat untuk atom ini mencapai half life adalah (1.251×10 kuasa 9) tahun. Dengan kata lain tanpa istilah kimia lagi, tiada apa yang bahaya jika kita memakan pisang.

Potassium-40 yang terdapat di dalam pisang memerlukan jangka masa  (1.251×10 kuasa 9) tahun untuk mereput dan mengeluarkan sinaran gamma. Purata harian jika memakan sebiji atau dua biji pisang tidak akan menjadikan anda manusia mutan ataupun sebarang ability seumpama di dalam cerita superhero ciptaan stan lee.

Usah risaukan pisang adalah radioaktif atau tidak kerana kita sendiri sebenarnya suatu hasil radioaktif. Molekul di dalam badan manusia kebanyakkan terdiri dari pada atom karbon di mana juga terdiri dari istotopenya.

Oleh kerana 'radioactive decay' untuk setiap isotope ini adalah amat super duper lama hayatnya maka anda tidak akan memancarkan sinaran gamma sebagaimana yang terjadi pada sylar di dalam cerita heroes.

Selain pisang, ubi kentang juga mengandungi isotope...bananaaaaapotatooonaaaaa..!

Anda fikir anda tahu Pisang Mengeluarkan Radioktif Seumpama Mesin X-ray ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....



Vehicle Ownership Certificate (VOC) Geran Kenderaan Malaysia Versi Baharu

$
0
0

"Klon"

Klon. Kadang-kadang merupakan sesuatu yang baik. Namun ada ketikanya klon amat membahayakan.

Cuba bayangkan suatu hari ketika bersiar-siar dengan kenderaan anda dan terserempak dengan kereta anda yang lain pada masa yang sama.
Bukan didepan cermin atau sebarang helah kamera digunakan.

Ya. Terdapat satu lagi kereta anda seperti yang anda sedang pandu. Busted! Kereta anda sudah di klon, sebijik jenis kereta, spesifikasi dan juga nombor plat. Maka usah menggelabah badak, kerana anda terpilih untuk menjadi salah seorang pengguna kereta asal yang telah diklon.

Jika kereta terbabit digunakan untuk merompak, membabi buta di lorong kecemasan, dan digunakan untuk kegunaan yang membahayakan yang lain. Anda mungkin menerima nasib yang malang.



Oleh itu, sebagai satu cara pencegahan kenderaan klon maka jabatan pengangkutan jalan malaysia telah memperkenalkan Vehicle Ownership Certificate (VOC) atau dalam bahasa Malaysia Sijil Pemilikan Kenderaan.



Menurut sumber facebook rasmi jpj, istilah geran yang sedia ada sekarang akan dinamakan dengan istilah VOC.

Segala maklumat dan maklum balas akan permasalahan bolehlah hubungi secara terus kepada facebook jpj malaysia, biar mereka nampak buat kerja sedikit untuk membantu pengguna.

Facebook JPJ

Penukaran dari geran kepada VOC bermula pada 1 Jun 2016 secara berfasa. 
Fasa 1 : Pendaftaran Kenderaan Baru & Tukar Hak Milik Kenderaan

Anda fikir anda tahu Vehicle Ownership Certificate (VOC) Geran Kenderaan Malaysia Versi Baharu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

CAT Penyebab Penumpang Pesawat A380-800 Malaysia Airlines Cedera

$
0
0

"CAT"

Bukan kucing, atau mana-mana haiwan peliharaan juga bukannya cat keluaran Jotun atau Nippon Paint. Ia merupakan singkatan kepada Clear Air Turbulence atau juga dikenali oleh aviator 'air pocket'.

Apa yang membezakan antara CAT dengan turbulence biasa adalah kehadirannya tanpa disedari jika tanpa penelitian tanda-tanda kehadiran gelora udara ini.




Juruterbang mana-mana pesawat akan cuba mengelak untuk berada di dalam turbulence, untuk keselesaan penumpang dan juga mengelakkan kerosakan pada airframe pesawat.

Turbulence terbentuk dari pelbagai sumber salah satunya adalah dari ribut petir. Salah satu penyebab juruterbang cuba mengelak merentasi ribut petir adalah mengelakkan dari bertembung dengan turbulence selain heavy precipitation dan gusting wind.


Dalam situasi gelora udara disebabkan oleh ribut petir, juruterbang mampu mengelak namun apabila berdepan dengan CAT tiada sebarang tanda jelas apabila dilihat dengan mata kasar.

CAT biasanya terbentuk pada altitud yang menghampiri troposfera. Berketinggian 23,000 kaki hingga 39,000 kaki. Mengemudi pesawat canggih serta gergasi seperti A380-800 mengelak dari bertembung dengan gelora udara bukan sesuatu yang sukar.

Namun dalam insiden yang mencederakan beberapa penumpang dan krew dalam penerbangan MH01 dari London (LHR) ke Klia (KUL) ini turbulence sukar di elakkan dengan kata lain tiada sebarang petanda akan melalui kawasan bergelora.

Maka dengan ketinggian tertentu dan berada di sekitar ruang udara Teluk Bengal, CAT merupakan saspek yang ideal.

CAT boleh terhasil dari perubahan suhu di udara, global warming selain dari wake turbulence yang terhasil dari pesawat yang melalui sebelum pesawat yang terkena gelora udara tersebut.

Meskipun CAT sukar dikenalpasti melalui mata kasar apa lagi apabila di udara pada waktu malam, pesawat secanggih Airbus A380-800 milik Malaysia Airlines ini semestinya memiliki pengesan seperti scintillometers, Doppler LIDARs, or N-slit interferometers untuk mengesan CAT sebelum merentasinya.

Anda fikir anda tahu CAT Penyebab Penumpang Pesawat A380-800 Malaysia Airlines Cedera ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Ubat yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa

$
0
0


"Batal Puasa"

Korek hidung, korek telinga dan korek pusat. Banyak menjadi kemusykilan dalam bab perlakuan yang mampu membatalkan puasa. Dalam bab kesihatan dan perubatan ia merupakan isu penting.

Antara ibadah dan nyawa. Ubat konvensional bukan seperti kaedah bomoh dimana memerlukan hembusan khurafat melainkan hembusan ayat ruqyah.

Dalam dunia perubatan konvesional dengan kata lain ubatan hospital, kaedah fizikal di perlukan.

Dengan merujuk kepada fatwa majlis agama islam dan saranan kementerian kesihatan malaysia maka diterbitkan suatu garis panduan perubatan yang membatalkan puasa dan yang tidak membatalkan puasan.





Ubat-Ubatan yang Membatalkan Puasa

1. Ubat Biji
2. Ubat minum
3. Ubat Sedut
4. Pesari (Ubat yang dimasukkan ke dalam vagina/uterus pesakit)
5. Supsitori/Enema (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur pesakit)

Ubat-Ubatan yang Tidak Membatalkan Puasa

1. Ubat Sublingual (dengan syarat diletakkan dibawah lidah pesakit)
2. Ubat suntikan
3. Ubat titis mata dan telinga (dengan syarat tidak melepasi gegendang telinga, konsep korek telinga)
4. Ubat sapu
5. Ubat kumur
6. Ubat hidung/sinus (dengan syarat tidak disedut sehingga ke menghampiri saraf otak, konsep korek hidung)

Diketahui bahawa cara memakan ubat secara langsung dengan menelan atau meminum membatalkan puasa seseorang. Dengan jumlah kapasiti ubat yang dimasukkan adalah besar menjadi kias akan pembatalan puasa seseorang pesakit.

Darurat, dan kapasiti yang tidak mampu mengenyangkan pesakit menjadi kias bagi cara penggunaan ubatan yang tidak membatalkan puasa pesakit.

Islam adalah agama yang mudah, bukan ada untuk memudaratkan manusia. Jika darurat atau ancaman, islam bukan agama ekstremis, terdapat pelbagai solusi dalam panduannya. Ganti puasa dan fidyah merupakan sebahagian solusi jika anda perlu membatalkan puasa kerana sakit.

Anda fikir anda tahu Ubat yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....



Tips Menjadi Master Dalam Permainan Pokémon GO

$
0
0

"Maya dan Realiti"

Kegilaan terhadap pemelihara binatang kesayangan bukan sahaja tertumpu kepada pemeliharaan haiwan konservatif seperti kucing anjin arnab dan ikan. Namun dengan evolusi mutasi yang kian maju maka haiwan-haiwan yang biasa kini sudah mampu berlawan dengan pesaing mereka.

Namun fenomena ini cukup sinonim dengan budak-budak di zaman 90-an, Ash Ketchum (bukan ketum), pikachu dan team rocket sebahagian daripada zaman kegemilangan nintendo sebagai salah satu pesaing industri permainan interaktif.


Berasal dari perkataan pocket monster, maka pokemon di berikan patennya tersendiri. Boleh di dapati di dalam console permainan untuk game boy contohnya kini mereka muncul dalam aksi outdoor pula.
Pokemon Go merupakan inovasi terbaru industri hiburan dan mainan dalam kehidupan gamers semua. 

Berkonsepkan ala-ala pemancing, para pemain pokemon go dapat menangkap monster yang 'berkeliaran' di pelusuk jalanan sebagai haiwan dan senjata dalam challenge dan battle, di mana konsep battle pokemon go masih sama dengan yang di dalam konsol.



Namun terdapat beberapa tips dan manual yang perlu diketahui pemain-pemain pokemon go ini. Supaya kita mampu dapat meniru gaya Ash Ketchum bukan Ass Ketum.

1. Bayar perhatian kepada keadaan sekeliling. Ok, beri perhatian kepada keadaan sekeliling supaya anda tidak dimasukkan ke dalam wad apalagi ICU jika dilanggar teksi dan hillux yang berkeliaran. Monster 'dilepaskan' dijalanan namun bukan dilihat dengan mata kasar tetapi mata sering tertumpu kepada device anda maka jika mat rempit dan peragut datang menyambar pun anda tidak sempat membuka silat cekak musang.

2. Buangkan atau slide kan pokeball apabila ring pada lilitan montser adalah berskala kecil, pada ketika ini kebarangkalian anda untuk menangkap pikachu dan rakan-rakannya adalah tinggi. Disediakan ring dengan pelbagai warna sebagai contoh hijau senang, kuning sederhana dan merah susah.

3. Apabila anda melihat terdapat daunan atau lalang berpusing-pusing merata-rata (rustling), itu tandanya pokemon berada di sekitar anda. Malah terdapat menu yang akan keluar memberi notifikasi tentang terdapatnya pokemon.

4. Semakin berkurang kesan tapak kaki pokemon maka semakin hampirlah anda dengan pokemon tersebut.

5. Klik pada monitor anda untuk menangkap salah satu dari pelbagai pokemon yang muncul pada monitor apabila sedang memburu pokemon. Kehadiran pokemon adalah berbeza tempat, masa dan hari.

6. 'Toggle' suis 'AR" pada monitor bagi menutup aplikasi kamera supaya aksi menangkap pokemon berjalan lancar dan tepat.

7. Kehadiran spesis pokemon bukan secara berlainan, mungkin akan terdapat dua atau lebih spesis pokemon yang ditangkap. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, klik pada menu pokemon dan berikan kepada professor willow sebagai pertukaran dengan candy.

8. Kumpul telur-telur pokemon di Pokestops, eramkan mereka, dan tetaskan mereka dengan berjalan. Jika menetas, tahniah anda sudah memiliki 'anak' pokemon hasil eraman anda auuu.

9. Terdapat cara mudah untuk menarik pokemon datang menghampiri anda tanpa keluar dari bilik, rumah atau gua. Dengan menggunakan incense (colok) anda mampu menarik perhatian pokemon untuk datang berhampiran anda selama 30 minit, gunakan kelebihan ini. Terdapat juga 'Lure Modules' sebagai penarik pokemon tapi berbeza kesannya berbanding incense iaitu hanya berkesan dengan pokestops.

10. Bagi menggunakan lure module, letakan lure module selama 30 minit pada pokestops hasilnya bukan anda sahaja dapat kelebihan namun rakan-rakan pemburu pokemon lain juga mendapat manfaat dari kaedah 'memancing' pokemon menggunakan lure modules.

11. Salah satu cara untuk menangkap pokemon adalah dengan melekakan beliau dengan memberi  Razz Berry sebagai umpan.

12. Semestinya anda inginkan pokemon yang sado dan sihat dan kuat. Dengan mengumpulkan candy anda mampu melahirkan bakat pokemon yang sihat dan kuat serta disegani ramai apalagi pokemon yang berkuasa petala langit. Nak menang pakai candy la, candy mampu upgrade pokemon anda untuk menjadi jaguh ketika challenge dan battles nanti.

13. Pada battles pokemon pokemon ini akan battles atau berlawan pada suatu tempat yang diberi nama Gyms, namun anda mampu battles jika anda sudah menjangkau level 5 dan ke atas. 

14. Gyms diletakkan di pelbagai tempat dan juga ditandakan dengan team yang berkuasa di gyms berkenaan, mungkin merah, biru atau kuning yang mengawal Gyms tersebut.

15. Apabila sudah berada di dalam Gyms anda perlu memilih barisan pokemon terkuat anda sebanyak 6 pokemons. Apabila bertarung, swipe ke kiri atau ke kanan untuk mengelak dan tap untuk menyerang. Bagi mendapatkan speacial attack anda perlu hold skrin device anda lama sedikit apabila meter kuasa sudah penuh di caj.

16. Adat bertarung anda menang ada kalah. Jika anda dipihak kemenangan tahniah lah kepada anda namun bagi loser jangan bersedih, pokemon anda masih boleh hidup dengan ceria tanpa rasa was-awas dengan dihidupkan semula dengan crystal jika terkorban dan boleh dirawat menggunakan potion yang sedia ada.



Dikhuatiri permainan outdoor interaktif ini boleh menjadi ketagihan ala-ala ketchum atau ketum kepada manusia sejagat apalagi budak-budak baru nak up.

Clash of clans pun sudah menjadikan ketagihan apalagi game berunsurkan aksi diluar bilik darjah seperti ini. Perlu terdapat restrictions ketika mahu install pada play store atau google play bagi umur tertentu. 

Rakyat Malaysia bukannya mentaliti negara maju, kerana kemungkinan addiction akan menjadi satu wabak yang lain pula yang sukar dikawal kerana tiada sebarang vasksinasi yang wujud.

Selepas pokemon Go, mungkin akan terdapat pula Dragon Ball GO di mana barangsiapa yang mampu mengumpulkan 7 biji bola naga maka sebungkus nasi berlauk ayam gulai akan dihadiahkan. Counter strike dan call of duty pun terbaik jika di lakukan sebegini, sebagai bekalan serangan ISIS nanti.

Anda fikir anda tahu Tips Menjadi Master Dalam Permainan Pokémon GO  ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Top 10 Syarikat Penerbangan Paling Teruk Di Dunia 2016

$
0
0

10. Royssiya Airlines, Russia




Berpangkalan di The St. Petersburg, memperolehi rating yang baik berbanding beberapa syarikat penerbangan dari Amerika namun skytrax telah memberikan rating 2/10 kepada airlines ini.

Rating penumpang adalah 5/10, aduan yang sering diperolehi adalah customer service yang teruk, tiada citarasa hidangan makanan serta tandas yang berbau.

Selain tandas, tempat duduk yang sempit dan tidak bebas malahan kusyennya keras seperti batu, sebagaimana aduan penumpang.

9. Yemenia Airlines, Yaman



Dengan penilaian 2/10 rating dari skytrax dan 4/10 rating pelanggan Yemenia airlines turut tersenarai dalam kategori airlines terburuk semasa.

Ketidakpuasan hati dengan pilihan hidangan makanan, keselesaan kaki untuk pada tempat duduk menjadi masalah kepada airlines ini selain dari 'an ugly sight restrooms'.


8. Cubana Airlines, Cuba



Skytrax telah memberikan rating 2/10 dan pengguna memberikan rating 4/10 bagi syarikat penerbangan Amaerika Selatan ini. Selain masih menggunakan pesawat yang lama seangkatan dengan zaman perang soviet, cubana telah gagal menarik hati penumpangnya kerana masalah kelewatan dan pengendalian customer service yang dianggap tidak 'friendly'.

7. Lion Air, Indonesia




Berbekalkan 2/10 rating pemberian skytrax dan 4/10 hadiah dari penumpang  Lion Air 'adik-beradik' kepada batik air dan malindo air ini telah mendapat 'banned' dari beroperasi ke serata eropah.

Europe union gagal memberi kebenaran untuk lion air terbang ke europe kerana service dan pelbagai masalah yang membabitkan lion air termasuk juga beberapa insiden dan kemalangan sebelumnya.

Memalukan asia tenggara betul.

6. Turkmenistan Airlines, Turkmenistan




Turut diberikan 2/10 rating oleh skytrax dan juga 4/10 oleh penumpang telah disebabkan oleh terlalu lama kelewatan penerbangannya, selain dari kekurangan 'hiburan' kepada traveller.

Sistem pengurusan staf syarikat ini juga dipertikai sebagai 'disorganized'.

Penyediaan makanan yang tidak menepati harga tiket dan keadaan kabin yang tidak sihat meletakkan syarikat ini di kategori airlines yang teruk.

5. Spirit Airlines, USA




Ramai yang gagal berpuas hati dengan airlines ini adalah kerana pelbagai caj dikenakan kepada penumpang, tiada sebarang kompromi dalam melakukan servis.
Namun, ia antara syarikat penerbangan yang agak murah di USA. Menerima rating 2/10 dari skytrax dan kerana caj yang pelbagai maka penumpang memberikan rating 3/10 kepada airlines ini.

Extra fees selain dari servis yang tidak menepati citarasa pelanggan ditambah dengan kelewatan menjadikan airlines ini antara yang teruk di Amerika.

4. Bahamasair, Bahamas




Memiliki rating 2/5 dari skytrax dan 2/10 rating penumpang mungkin menjadi masalah kepada Bahamasair untuk meneruskan kelangsungan operasinya.

Gagal menangani isu kelewatan dengan cekap oleh stafnya dan cara penyelesaian kepada permasalahan yang timbul sehinggakan terdapat aduan bahawa penumpang sanggup berenang sendiri di lautan kerana tidak sabar dengan kelewatan yang terjadi.

3. Sudan Airways, Sudan




Skytrax mampu memberikan 2/10 rating namun penumpang hanya sekadar memberikan 1/10 star rating kepada pengendali sudan airways.

Rating yang sedikit dari penumpang adalah kerana hanya satu sahaja review dari penumpang membayangkan bahawa syarikat penerbangan ini gagal menarik minat traveller untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Keadaan kabin yang tidak teratur dan tiada penjagaan kepada tandas menjadi faktor sudan airways bukanlah sesuatu yang baik untuk dicuba perkhidmatannya.

2. Tajik Air, Tajikistan




Terlampau teruk syarikat ini telah menjadikan rating penumpangnya kepada 0/10 meskipun begitu skytrax masih lagi berhati baik dalam memberikan bintang kepada syarikat ini dengan memiliki 2/10 rating.

Keadaan kabin yang teruk serta cara 'boarding' yang tidak sistematik dimana penumpang perlu menaiki pesawat di runway telah menyebabkan traveller gagal memberikan muka kepada airlines ini.

1. Air Koryo, Korea Utara




Dengan mengekalkan status 'forever alone' dengan dunia luar, maka tidak hairanlah airlines ini menerima 1-star rating dari skytrax kerana tidak mematuhi segala standard yang telah ditetapkan dunia.

Biasalah budak nakal dan tercorot dalam kelas, tidak datang sekolah, gagal ambil ujian maka mampu tersenyum menjadi sebuah airlines yang sesuai untuk korea utara sahaja.

Masih menggunakan pesawat dari era perang soviet yang mungkin sudah tiada sebarang spare parts pesawat dari sini dapat dipastikan bahawa keselamatan penumpang adalah dicapatikan maka layak digelar syarikat penerbangan paling teruk di dunia.

Namun, mendapat 6/10 rating dari penumpangnya.

Anda fikir anda tahu Top 10 Syarikat Penerbangan Paling Teruk Di Dunia 2016 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Masakan Panas Dua Ringgit, Air Minum Seringgit dan Chicken Chop Lima Ringgit Jalan Kampung Lombong, Shah Alam

$
0
0

"Munyang"

Mencari yang halal itu wajib, mencari yang murah itu pasti. Munyang, adalah salah satu perkataan yang baru dicipta ketika penulisan ini ditulis.
Munyang adalah dua suku kata yang berasal dari perkataan 'murah' dan 'kenyang' maka terjadinya munyang.

Di zaman kemeriahan pelbagai barangan yang dicelup dengan gst oleh rejim putarjaya mencari yang murah itu pasti.

Dalam menyelusuri zaman di mana air milo ais lebih mahal berbanding ron 95, mencari yang murah dan berbaloi adalah seumpama mengail ikan belanak dapat ketam nipah.

Jalan kebun, natijahnya jalan kampung lombong. Dahulunya pemilikan tanah di sini adalah tanah pertanian, namun kini tanah pertanian ini mula berubah status gerannya ke arah geran penempatan.


Penempatan menghasilkan variasi kedai makan yang pelbagai. TIdak kira dari eastern food ke western food.

Jalan kampung Lombong mula pesat membangun. Kedai-kedai makan mula membiak seperti cengkerik di sawah padi ketika musim menuai. 

Alternatif lain apabila suami/isteri yang malas untuk menyediakan masakan dirumah dan ingin bergurau senda menikmati makanan di luar semestinya menjadikan masakan panas, goreng-goreng sebagai suatu alternatif dalam menyendatkan perut.

Pada kebiasaannya, kedai makan menyediakan masakan panas dengan pelbagai variasi harga dari rm3 sehinggalah kepada rm7 atau mungkin lebih.

Namun, keunikan yang terdapat di jalan kampung lombong kota kemuning ini adalah kategori 'munyang'. Murah dan kenyang. Terdapat sebuah kedai makan yang mampu membuatkan anda tersengih keseorangan meskipun anda bukan penghisap syabu mahupun tidak waras.



Cuba hayati dan teliti berapa harga perlu di bayar untuk hidangan di atas 


Jumlah yang perlu dibayar untuk Nasi goreng kampung beserta milo ais tabur di atas adalah hanya RM 3 ( nasi goreng kampung RM2 dan Milo ais tabur RM1).

Rasa macam pelik bukan ? Jangan pelik nanti kena jual.

Semua makanan masakan panas yang disediakan dari nasi goreng sehinggalah pelbagai jenis sup ditetapkan dengan harga RM 2 (dua ringgit sahaja).

Pelbagai variasi nasi goreng, mee, bihun, kue teow senang cerita semua masakan panas di kedai ini berharga rm2 manakala semua jenis air, teh o beng, teh ais, milo beng, nescafe ais, panas semua air-airan ini berharga rm1.

Jika bercerita mengenai betapa murahnya makanan tersebut, persoalan berapa portionnya dan sedapkah ia akan mula melalui minda kreatif dan kritis para pelanggan. Secara marhaeinnya, portion dan rasa adalah sebagaimana mana-mana kedai tom yam dan masakan panas yang lain.

Cuma bergantung kepada citarasa lidah pelanggan. Bagi yang dilahirkan memiliki lidah gordon ramsay mungkin masakan panas dikedai ini hanyalah biasa-biasa.

Namun bagi mereka yang pernah hidup susah ketika kecil dan amat sukar menemui masakan panas yang berharga dua ringgit ditambah air berperisa rm1 kedai ini mungkin sesuai dengan anda.

Lokasinya adalah bersebelahan surau Nurul Iman Jalan Kampung Lombong. Berada diantara jalan lombong besi 2 dan jalan lombong timah 2. Google sahaja 'Surau Nurul Iman Jalan Kampung Lombong'. Kedai tersebut memang berada bersebelahan pagar surau.




Waktu operasinya adalah bermula 5 petang sehingga lewat malam. Mereka akan rehat pada waktu maghrib dan menyambung semula selepas solat jemaah isyak di surau.

Chicken chop Rm 5 (lima ringgit sahaja) turut menjadi menu utama disini. Selain lamb chop RM 6 (enam ringgit sahaja) dan pelbagai menu grill lain.

Lain-lain hidangan





Dingatkan bahawa kedai makan ini tiada kaitan dengan pasaraya ekonomi, atau mana-mana kedai dua ringgit berhampiran anda.

Anda fikir anda tahu Masakan Panas Dua Ringgit, Air Minum Seringgit dan Chicken Chop Lima Ringgit Jalan Kampung Lombong, Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi...

Kenapa Atlet Menggigit Pingat Emas Dimenangi

$
0
0

"Kengkah"

Kebanyakkan atlet pemilik pingat emas akan menggigit pingat emas yang dimenangi mereka.


Adakah ini merupakan salah satu dari ritual sebagaimana larian obor olimpik ?

atau 

Pihak pengurusan sukan gagal menyediakan kudapan serta makanan ketika kejohanan ?

Mungkin mereka lain macam bila lapar.



Natijahnya ia adalah semata-mata untuk mendapatkan shoot yang terbaik. Semuanya bermula dari photographer yang menyuruh atlet untuk menggigit kepingan emas yang dimenangi atlet supaya gambar berkenaan menjadi menarik bukan sekadar senyuman ceria semata-mata.

Sebagaimana ulasan dari orang kuat olimpik kepada CNN.


Sehingga kini ramai atlet yang menggigit emas sebagai ritual kemenangan mungkin bagi usain bolt, lekatan emas sudah membaluti gignya tidak perlu untuk menukar gigi emas lagi dengan kejayaan berganda-gandanya bersama pingat emas.

Anda fikir anda tahu Kenapa Atlet Menggigit Pingat Emas Dimenangi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Asal Usul Lagu Negaraku, Terang Bulan dan Mamula Moon

$
0
0

"Cover Music"

Kewujudan 'cover' dalam muzik bukan benda baharu. Cover muzik seumpama kereta terpakai. Pencipta asal mencipta lagu dan melodi sebagai kereta baharu.
Apabila melodinya menarik maka akan berlaku sedikit perubahan arrangement melodi asal sehingga 100 peratus ubahan liriknya. Maka lagu tersebut sudah menjadi kereta terpakai, second hand, third hand dan ber'hand-hand' lagi.

Begitu juga dengan susur galur atau salasilah lagu negaraku yang sering dimainkan ketika kini sebagai lagu kebangsaan Malaysia.



Pada dasarnya, melodinya bukanlah yang asal. Melodinya sudah wujud sebelum wujudnya Malaysia lagi pada 16 September 1963. Lagu negaraku sering dikaitkan dengan lagu rasmi negeri Perak darul Ridzuan iaitu 'Allah lanjutkan Usia Sultan'.



Namun, lagu Perak tersebut bukanlah melodi asal lagu negaraku. Lagu rasmi negeri Perak tersebut mengikut sejarah telah diwujudkan semula sekitar 1888 ketika lawatan sultan Perak ketika itu, Sultan Idris ke England. Liriknya pula dikarang oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Penciptaan lagu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' terjadi apabila ketika kedatangan Sultan Idris ke England. Dikhabarkan bahawa belum masih ada lagi lagu untuk menyambut sultan.

Sebagai 'cukup syarat' untuk menyambut kedatangan sultan, pengiring Sultan Perak ketika itu, Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah telah 'humming' (membunyikan melodi tanpa perkataan) lagu yang diketahuinya iaitu sebuah melodi lagu dari Kepulauan Seychelles.

Maka jelaslah bahawa lagu rasmi negeri Perak bukan yang pertama.

Kepulauan Sychelles merupakan gugusan pulau milik Perancis. Seorang penulis lirik Perancis,  Pierre-Jean de Béranger (1780-1857), telah mencipta dan menggubah lagu 'La Rosalie'.

Melodi lagu ini amat digemari penduduk pulau dan menjadi siulan ramai sehingga 'humming'nya tersebar kepulauan Melayu sekitar kurun ke-19.

Melodi lagu 'La Rosalie' adalah melodi yang terdapat pada lagu negaraku kini.

Lagu La Rosalie ini mendapat sentuhan pelbagai versi, namun dengan berbeza genre dan liriknya. Pada sekitar 1920-an hingga 1930-an, sebuah kumpulan nyanyian bangsawan dari Indonesia dengan judul 'Terang Boelan' atau 'Terang Bulan.



Kumpulan keroncong, Krontjong Orchest Eurasia (1928) telah merekod lagu ini sebagai Terang Boelan. Melodi yang sama namun lirknya berbeza.

Kegilaan terhadap melodi La Rosalie tidak terhenti di situ sahaja. Malah terdapat juga versi bahasa cina (cantonese) pada sekitar tahun 1945 yang bertajuk 'Mamula Moon'. Zaman pemerintahan rejim Jepun.



Secara ringkasnya:

Asal : La Rosalie (Seychelles)
Cover: Allah Lanjutkan Usia Sultan (Perak)
     : Terang Boelan (Indonesia)
     : Mamula Moon (Hawai/Chinese)

Nyanyikan semula versi sendiri tidak salah apabila sudah mendapat kebenaran hak dari yang mematenkannya kerana 'to steal ideas from a person is a plagiarism, to steal ideas from many person is research'


Anda fikir anda tahu Asal Usul Lagu Negaraku, Terang Bulan dan Mamula Moon ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Viewing all 559 articles
Browse latest View live