Quantcast
Channel: Some Bullet For Your Head
Viewing all 559 articles
Browse latest View live

Senarai Drama Adaptasi Novel Akan Datang

$
0
0

"Soap Opera"

Kebanjiran dan melimpahnya drama petang yang dihasilkan dari adaptasi novel mencapai kemuncaknya. Berjaya memyebabkan kenaikkan harga hantaran selain menjadikan manusia mula lupa akan masuknya waktu maghrib, variasi drama-drama semakin banyak.

Dimomokkan dengan mengandung luar nikah adalah biasa, susah dahulu nanti bahagia berjaya membawa para peminat mereka tersimpang jauh dari realiti sehinggakan ada yang terlupa untuk mendaftar sebagai pengundi supaya kak mah tidak lagi dapat berjoli sakan.


Dari drama-drama yang sedia ada maka dengan plotnya memang sama, jumpa, kahwin paksa, gembira, happy dan projek juta-juta. Beberapa drama terbaharu akan menyinari kaca tv anda nanti seperti : 


1. Abang Pilot Suamiku Terlupa Checklist

Mengisahkan kisah cukup tragis seorang pilot ATR-72 yang telah mengalami penyakit alzheimer setelah dihentak dengan helmet Shoei J-Force oleh isterinya kerana terlupa membeli ragi untuk membuat tapai raya yang lepas. Setelah mengalami kemurungan yang berpanjangan si suami yang bekerja sebagai juruterbang meneruskan kariernya tanpa was-was.

Pernah tertidur didalam pesawat kerana sering berjaga malam menjaga anak mereka yang demam kuning selepas lahir menyebabkan dia pernah tersesat ke papua new guinea padahal hanya ingin ke Langkawi.

Ikuti kisah yang penuh mendebarkan ini yang mampu merobek hati dan sanubari para penonton.

2. Encik JPJ Tersaman Hatiku Dengan Kon Oren

Epik percintaan yang jarang-jarang dilihat. Sesuai yang mereka yang sering berangan-angan memiliki bugatti veyron. Banyak konflik yang jarang dipertontonkan pada sinema mat saleh.

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Salmah yang telah tergoda dengan abang JPJ setelah pertemuan mereka ketika suatu roadblock yang indah.
Kisah bermula apabila Salmah yang memang gagal membezakan pedal minyak dan brake telah melanggar kon roadblock JPJ.

Sebagai sebuah epik percintaan, tanpa disedari Salmah dan abang JPJ mula bercinta tanpa sebab. Ikuti kerenah suka duka peluk cium dan pelbagai adegan yang mampu menitiskan air mata apabila kon yang dilanggar Salmah, mula sedar dari koma.
Pelik bukan ?

3. Mr Chef Termasak Sayur Tapi Pahit Betul, I love U

Memang tajuk drama ini agak mengejutkan namun hasil garapan pengarah terkenal Jamal Subuh, kesan khas dan pelbagai aksi stunt dipertontonkan dalam drama ini.

Aksi pinggan dan mangkuk terbang merupakan stunt asas dalam drama ini.

Plotnya bermula apabila Delaila yang dahulunya seorang penjaja sayur mula jatuh hati dengan seorang chef dari bangladesh. Suka duka percintaan mereka terjadi apabila secara kebetulan chef bangla tersebut mula jatuh hati kepada Delaila kerana keayuaannya dalam membuang ulat yang terdapat pada daun lobak.

Pelbagai konflik yang timbul seperti krisis masalah air di flat mereka, ambush dari kastam, tidak lupa juga aksi di taman tasik titiwangsa yang diilhamkan dari kisah benar rujukan fail jakim.

4. Ah sudah..terkawin dengan Abang Kadet Remaja Sekolah

Drama ini bukanlah mempunyai episode sebagaimana panjangnya tajuk. Hanya untuk 8 episod berjaya dihasilkan kerana timbul masalah dengan pihak sekolah kerana kebanyakkan pelakon adalah pelajar spm yang akan menduduki spm tak lama lagi.

Sebuah epik suka duka seorang gadis bernama Rogayah yang dahulunya adalah seorang ketua pasukan pancaragam sekolah telah tersesat di sebuah sekolah lain kerana asyik menangkap pokemon, snorlax lebih tepat.

Tanpa disedari ibu bapa kepada seorang ahli kadet remaja sekolah berkenaan yang baru sahaja tamat perjumpaan PIBG telah mula tertarik dengan penampilan Rogayah yang bersahaja dalam mengutip pokeball.

Lalu tanpa disedari Rogayah, dia telah berkahwin paksa dengan KRS tersebut pada hari itu juga.

Persoalannya, dapatkah Rogayah menghabiskan misi menangkap snorlax?, bahagiakah mereka? Ikuti kisah pahit getir hidup dan pengorbanan terpaksa dihadapi demi kejayaan rumah tangga mereka ?

5. Jandaku Si Penjual Bedak Sejuk

Kisah yang memaparkan jatuh bangun seorang penjual bedak sejuk yang bernama Zabedah. Dalam meniti usia yang membolehkannya mendapat gelaran warga emas, dia sering diganggu oleh bekas lakinya, Sameon Samad.

Sameon menggunakan pelbagai usaha untuk mendapatkan kembali Zabedah walau dengan cara apa sekalipun. Menjadikan konflik kisah mereka adalah apabila anak mereka Johari mula menyintai seorang penjual kuih apam bersebelahan rumah Zabedah sekarang.

Mampukah Sameon mendapatkan kembali cintanya ? Betulkah Johari sudah mengambil kursus kahwin ?

Semuanya akan terjawab dalam kisah yang menyayat hati ini.

Anda fikir anda tahu Senarai Drama-Drama Adaptasi Novel Akan Datang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Venue MotoGP Sepang Malaysia Bakal Digantikan Oleh Thailand dan Indonesia

$
0
0

"SEA Clash"

MotoGP. Sukan permotoran yang boleh diistilahkan sebagai yang paling diminati di dunia berbanding formula 1.

Drama, hiburan dan adrenalin tidak asing lagi bagi penggemar sukan dua roda ini.


Asia tenggara bukan asing bagi motoGP. Semakin Di Depan (Yamaha), Satu Hati (Honda) dan Nyalakan Nyali (Suzuki) antara slogan yang terdapat pada suit pilot motoGP.

Menggambarkan betapa sinonimnya dengan asia tenggara. 



Thailand, Indonesia dan Malaysia merupakan antara penyumbang terbesar tiket jualan motoGP saban tahun yang diadakan di Sepang International Circuit pada sekitar Oktober.

SIC, Malaysia, masih menjadi platform bagi rantau asia tenggara berkumpul untuk menyaksikan sendiri pertarungan Valentino Rossi, Marc Marquez, Lorenzo ataupun Cal Crutchlow serta Maverick Vinales bersaing.

Pihak FIM atau singktan kepada Fédération Internationale de Motocyclisme telah menerbitkan jadual venue dan tarikh perlumbaan motoGP untuk musim 2017.



Namun, untuk SIC, Malaysia. Terdapat asteric ** yang membawa kepada "subject to contract" dengan istilah melayunya "andai tiada halangan tandatangan perjanjian". Setiap tuan rumah termasuk sepang international circuit (SIC), perlu menandatangani kontrak untuk menganjurkan kejohanan berprestij ini dengan sebuah entiti suruhan FIM iaitu Dorna.

Jika dilihat kepada jadual 'provisional' atau preliminary ini. Kontrak sic untuk membawa motoGP ke Malaysia musim depan 2017 masih belum pasti.

Thailand dan Indonesia yang sekian lama telah cuba memikat hati FIM dan Dorna mula mengintai peluang untuk menjadi penganjur motoGP untuk rantau asia tenggara.

Ura-ura mengatakan Indonesia bukan pilihan FIM kerana ketidakstabilan ekonominya meskipun telah memiliki litar yang bertaraf antarabangsa iaitu Litar Sentul.

Thailand lebih berpotensi untuk menjadi penganjur motoGP yang seterusnya jika SIC gagal mendapatkan kontrak penganjuran dari Dorna.

Jika mendapat hak penganjuran Thailand bercadang untuk tidak mengelolakan WSBK (World Superbikes) namun hal ini mendapat tentangan dari Dorna. 

WSBK 2016 di Sepang, Malaysia dikatakan musim terakhir untuk WSBK di Malaysia. Berikutan sambutan yang kurang dari pengunjung tempatan. Oleh hal demikian, boleh dikatakan ugutan terhadap SIC kerana mahu membuang WSBK sebagai acara tahunan dengan menangguhkan pembaharuan kontrak motoGP untuk musim 2017.

Dalam episod lain Finland dan Kazakhstan turut membida untuk menjadi penganjur MotoGP.Tiada sebarang masalah jika Malaysia, Thailand dan Indonesia mengadakan MotoGP dengan litar masing-masing kerana di Sepanyol sahaja lebih dari dua litar menganjurkan motoGP.

Mungkin faktor 'venue clash' dengan formula 1 nanti.

Anda fikir anda tahu Venue MotoGP Sepang Malaysia Bakal Digantikan Oleh Thailand dan Indonesia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Jeremy Clarkson, Richard Hammond, James May dan The Stig Dalam The Grand Tour

$
0
0

"Top Gear"

Top gear sekarang bukan lagi top gear yang 'asli'. Tanpa kelibat Jeremy Clarkson, yang pernah menghancurkan Perodua Kelisa, Richard Hammond yang banyak muncul di Discovery Channel tidak lupa juga Captain Slow, James May Top Gear terbitan BBC sudah kehilangan bisanya.

Semuanya bermula apabila berlaku perselisihan faham antara Jeremy Clarkson dan Oisin Tymon, Penerbit Top Gear BBC. Dikatakan kerana 'no hot food prepared before top gear filming'.

Pertelagahan telah menyebabkan Jeremy Clarkson disingkirkan menjadi presenter untuk Top Gear. Richard dan James turut meninggalkan BBC dan Top Gear.

Trio ini tidak bersara begitu saja untuk menjadi pengkritik dunia permotoran. Mereka telah dilamar pihak Amazon untuk menjadi hos dan 'jockey' rancangan permotoran berformat Top Gear yang diberi nama The Grand Tour.




Bakal disiarkan pertama kalinya di Amazon Prime Video pada 18 November 2016.

Masalahnya adalah Amazon Prime Video bukanlah sebuah stesen televisyen seumpama BBC, tetapi merupakan hub video seumpama youtube dimana memerlukan penonton untuk melanggannya.


Ada ura-ura mengatakan bahawa ada stesen televisyen yang mahu membeli hak penyiaran The Grand Tour sebagai pelaburan mereka.


Amazon telah dengan gembiranya mengatakan bahawa program ini adalah dalam ultra HD definition. Dimana peminat mampu melihat 'slow motion' kereta yang sedang mengambil selekoh yang memiliki beribu ribu frame per seconds dengan kata lain awesome.

The Grand Tour meskipun berformat talk show sebahagiannya, tetapi dalam masa yang sama mereka 'tour' ke suatu tempat berlainan, memberi gambaran makna 'tour' yang sebenar. Mereka menggunakan konsep khemah bergerak bukannya studio yang tetap.
Mereka akan menjelajah serata pelusuk benua yang mereka akan 'coverage' dan akan bsesiaran di dalam khemah besar.





Namun, format Top Gear tidak boleh diguna pakai mereka bertiga termasuklah nama The Stig kerana pihak Top Gear telah melantik beberapa peguan supaya The Grand Tour tidak menciplak konsep Top Gear sepenuhnya.

Dalam terbitan Amazon, sebagai permulaan kontrak The Grand Tour akan diterbitakan untuk 3 seasons, setiap season memiliki 12 episodes.

Pada 1 Oktober 2016, Richard Hammond telah meng'upload' satu video tentang seorang test driver untuk rancangan The Grand Tour mungkin, ramai yang sudah tahu The Stig sebenarnya adalah legend racing car Ben Collins.

Ben Collins digambarkan sebagai seorang yang hidup bergelandangan dan akhirnya diberi kerja oleh mereka bertiga sebagai penguji kereta mereka.

Adakah Ben Collins akan menjadi 'The Stig' untuk The Grand Tour ?

Meskipun terbitan Amazon, di zaman yang serba pelbagai dengan media untuk tontonan seperti Youtube, Netflix dan pelbagai Android TV, rancangan terbaru Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May ini mungkin mendapat rating yang tinggi sebagaimana kegemilangan mereka dalam Top Gear terdahulu.

Masih belum ada presenter rancangan permotoran yang riang ria, berterus terang dan 'bold' selain mereka bertiga. Maka, Amazon atau nama program berbeza tetapi masih mereka bertiga. Kenapa tidak The Grand Tour mampu meneggelamkan Top Gear.

The Trailer



Anda fikir anda tahu Kolaborasi Jeremy Clarkson, Richard Hammond, James May dan The Stig Dalam The Grand Tour ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum


Misteri Segitiga Bermuda Terjawab Dengan Kemunculan Awan Pelik

$
0
0

"Nasi Lemak Bermuda"

Misteri 'bermuda triangle' yang telah menelan lebih dari 1000 nyawa merupakan salah satu misteri yang gagal diselesaikan problem yang menjadi permasalahannya bak kata Amy Mat Piah.

Pelbagai teori dan konspirasi wujud dengan apa yang berlaku terhadap puluhan kapal terbang dan kapal laut sejak tahun 1940-an.

Ada yang mengatakan bahawa terdapat kawasan bunian, 'the lost city of atlantis, yang menelan segala objek yang melaluinya. Teori yang paling ekstrem adalah wujudnya raksasa ala-ala godzila yang mendiami kawasan tersebut yang kelaparan dan menelan segala objek sebagai santapan perutnya.



Tidak kurang juga timbul teori bahawa 'electromagnetic field' yang luar biasa turut wujud dan terwujud di kawasan berkenaan.

Kawasan segitiga yang dibentuk oleh tiga kawasan iaitu Florida, Puerto Rico dan Bermuda juga tidak terkecuali dari menerima tempias wujudnya raksasa sotong gergasi sebagaimana raksasa di dalam filem The Pirates of Carribeans. Namun di dalam dunia moden kebanyakkan teori hanya sekadar retorik dan konspirasi.



Cuaca. Cuaca merupakan 'culprit' utama di dalam setiap insiden membabitkan kapal laut dan kapal terbang jika di'slash-out' faktor kegagalan teknikal dan kegagalan pengendali. Laut merupakan resepi terbaik untuk menjadikan faktor cuaca sebagai pesalah yang dicari untuk kes segitiga bermuda.

Humidity, High temperature dan wind speed. Jangan biarkan mereka bersama jika inginkan angin sepoi-sepoi ditiup angin seolah-olah di tepi pantai yang tenang.

Bagi metereologist dan sailor/pilot, cuaca boleh menjadi sahabat apa lagi musuh utama dalam sesebuah insiden.

Di dalam sebuah rancangan sains, What's on Earth, perbincangan mengenai the bermuda tirangle mula viral dengan suatu solusi baru. Tentang wujudnya 'hexagonal clouds' di kawasan tersebut.



Hexagonal cloud wujud dalam bentuk 'honeycomb' atau bersisi enam menyerupai sarang lebah.

Hexagonal cloud jarang ditemui, namun kesannya terhadap struktur aliran angin sesuatu kawasan berubah dari seorang baby kepada seekor babi tunggal yang mengamuk.

Pernah berlaku pada Flight 191 Delta Airlines di USA yang berlaku pada 2 Ogos 1985, microburst 'air bombs', salah satu fenomena alam yang amat ditakuti para navigator. Microburst penyebab mengapa juruterbang dilarang sama sekali memasuki awan cumulonimbus jika dikesan pada doppler radar di dalam pesawat.

Microburst menjadi suspek utama dan watak utama selain gelora air, tsunami, dan windshear sebagai watak ekstra. 

Apa kaitan hexagonal clouds dan microburst ?



Hexagonal clouds mampu mewujudkan microburst.Menurut Science Channel hexagonal clouds in ditemui dengan berkeluasan 20 hingga 55 batu (32 hingga 89 kilometers) .

Saintis yang mengeluarkan teori ini dengan hasil imaging satellite dari NASA, Dr Steve Miller berkata, mereka mendapati bahawa hasil dari microburst yang terbentuk di bermuda tirangles mampu menghasilkan angin berkelajuan 170mph (273 kilometer sejam, menyamai kelajuan Valentino Rossi ketika menghampiri garisan penamat) yang mana menghampiri kelajuan angin Hurricane Katrina.

Angin sedemikian mampu menghasilkan gelombang/ombak setinggi 45 kaki tingginya.

Dari teori ini, kemusnahan kapal laut dan kapal terbang adalah mungkin benar.

Microburst yang terhasil dari ribut petir boleh dielakkan, namun keadaan hexagonal cloud tiada sebarang petanda sebagaimana kejadian ribut petir, hurricane atau taufan. Boleh dikatakan pembunuh senyap.

Teori ini masih belum relevan dan sekadar salah satu dari puluhan teori lain kerana terdapat juga kejadian hexagonal clouds di North Sea, UK, namun tiada sebarang insiden ditemukan.

Anda fikir anda tahu Misteri Segitiga Bermuda Terjawab ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tekaan Jenaka Animasi The Simpsons yang Menjadi Kenyataan

$
0
0

"The Real Futurama"

Kuning dan memiliki bentuk tubuh boyot amat gemar akan donat. Bekerja di sebuah syarikat radioaktif milik seorang hartawan bongkak di Springfield.

Bagi peminat kartun dan animasi berunsurkan satira dan sarcasm seumpama american dad, futurama, dan family guy mesti akan tahu siapakah watak berperut boroi dan kuning tersebut.

Ya, Homer Simpsons, seorang suami dan ayah yang tinggal di Springfiled juga merupakan watak utama di dalam kartun The Simpsons.

The simpsons bukan sekadar kartun warna-warni (natijahnya penuh dengan warna kuning) yang sering digemari kanak-kanak seawal usia bayi. The simpsons merupakan suatu animasi kartun yang agak 'adult' isi kandungannya dengan menonjolkan pelbagai satira dan sindiran secara dewasa.

The Simpsons banyak telah menjadi model atau idola sehinggakan rancangan Mythbusters pernah menyiarkan satu episod khas bertemakan The Simpsons di mana apakah aksi Homer dapat dibuktikan secara hukum fizik atau tidak.

Bukan itu sahaja terdapat pelbagai lagi 'tekaan' yang menjadi kenyataan hasil dari penulis animasi ini.



Tekaan yang boleh dianggap agak mengejutkan adalah apabila seorang yang bernama donald (duck) trump menjadi seorang presiden amerika.
Babak ini terdapat di dalam episod "Bart to the future : Trumptastic". Dalam episod season 11 tahun 2000 ini Bart, anak kepada Homer Simpsons telah telah mendapat 'vision' pada 30 tahun akan datang donald trump akan menjadi presiden amerika.



Namun, dalam episod berkenaan donald trump telah menyebabkan amerika mengalami 'kerugian' atau 'broke' yang besar. Penulis skrip untuk episod berkenaan, Dan Greany, dia ingin menggambarkan apa implikasi jika 'americas go insane' yang menyebabkan trump menjadi presiden dan menghancurkan amerika.

Tomacco, dalam episod, E-IE-Id'oh, Homer Simpsons telah menjadikan plutonium sebagai baja untuk menggabungkan tanaman tembakau (tobacco) dan tomato untuk menjadi satu lagi tanaman baru sebagai tomacco. Hasil dari tanaman ini menghasilkan buah tomato berperisa tembakau yang mampu menyebakan ketagihan.

Pada 2003, operations analyst, telah menjadikan episod itu sebagai ilham dengan mencantumkan akar pokok tembakau dengan stem pokok tomato. Berjaya menghasilakn daun yang mengandungi nikotin di dalamnya.

Pengarah filem Kill Bill. Quentin Tarantino juga turut menjadikan babak dalam animasi The Simpsons sebagai rujukan.Season 4, tahun 1992, "Bloody billboard", dalam dunia nyata pengarah telah mengusulkan untuk meletakkan billboard filem berkenaan ala-ala darah memancut ke kereta sebagaimana mendapat ilham dari kartun ini yang menggambarkan billboard tayangan sebuah cerita 'tom and jerry' versi mereka (Itchy & Scratchy : The Movie) di mana watak kucing di 'gilotin'kan sehingga darah memancut-mancut.

Dalam scene 'Lunchmat Yum' pada season 5, tahun 1994, terdapat babak makcik kantin, Lunch Lady Doris untuk sekolah Bart telah mencipta satu hidangan baru berasaskan dari testikel kuda dan hasil blender tikar gym. Hal yang berlaku 2013 di eropah telah menggemparkan masyarakat dunia apabila barangan berasaskan daging lembu pada labelnya mengandungi daging kuda sebenarnya. Turut membawa kepada kesamaan terhadap 'gym mat ingredient' adalah apabila blogger makanan telah menyiarkan artikel mengenai makanan mcDOnalds McRibb mengandungi sebatian azodicarbonamide yang juga turut terdapat di dalam tikar pelapik yoga.

Suratan atau kebetulan dengan episod, Octomum untuk season 11 tahun 1999. Dalam episod ini keluarga Homer telah membantu Manjula rakan negronya untuk mendapatkan anak menggunakan dadah. Hasilnya isteri manjula telah melahirkan 10 orang anak sekaligus, octuplets. 

Sepuluh tahun kemudian, wujud octomum sebenar apabila doktor telah melakukan IVF kepada seorang pesakit yang inginkan anak dan telah tersilap meletak 10 embrio ke dalam rahimnya. Mengejutkan apabila kerana ibu tunggal tersebut susah untuk membesarkan mereka, ibu tersebut menjadi pelacur. Di mana di dalam kartun Manjula menyerahkan anak-anak tersebut kepada seorang penjaga sarkas yang telah melatih mereka menjadi artis-artis berjaya.

Mungkin kisah ini akan berlaku di Malaysia juga kerana komplikasi minyak masak yang berlaku sekarang.

Pada episod Lard of the dance, season 10, tahun 1998, dengan tajuk kecil 'Slick Thieves', Homer memang terkenal dengan mencari duit lebih, dalam episod ini Homer telah mendapat idea untuk membuka kilang 'Grease Recycling Plant' iaitu kilang mengitar semula minyak masak yang telah digunakan. Akhirnya, telah menjadi realiti apabila pada tahun 2011, terdapat laporan mengenai 'recycling' minyak masak telah terjadi, meskipun nampak cikai, tetapi pelakunya telah memperoleh hasil sebanyak multi-million dollar bussines.

Satu lagi cubaan merealitikan idea The Simpsons, adalah kedai barangan kegunaan orang yang kidal. Dalam episod leftorium pada tahun 1991, Flanders, jiran kepada Simpsons telah membuka kedai barangan untuk orang kidal namun tidak berhasil, sebagaimana yang berlaku pada sebuah kedai kidal di san francisco pada 2008 kerana bilangan orang kidal adalah terlalu minima.

Pada tahun 1998 untuk season 9, idea restoren di dalam pesawat telah diilhamkan dalam episod bertajuk, Mile high dining club. Idea ini telah membawa kepada realitinya dengan tertubuhnya The Airplane Restaurant yang menggunakan pesawat KC-97 pada tahun 2002 berlokasi di Colorado.

Suratan dan kebetulan tidak kurang juga yang menjadikan idea mereka sebagai realiti. Apa salahnya The simpsons pada episod terbarunya membuat episod mengenai 'orang besar' di Malaysia jatuh tersembam dan rakyatnya hidup senang lenang aman damai serta dapat menikmati minyak masak dengan murninya.

Long post ? Nah Potato



Anda fikir anda tahu Jenaka Animasi The Simpsons yang Menjadi Kenyataan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...


Jackie Chan Miliki Oscar Award Selepas Beratus Tulang Patah

$
0
0

"Oscar"

Sebuah anugerah yang menjadi pujaan para pelakon dan penghafal skrip. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki anugerah ini bukan sekadar menyanyikan lagu entah apa-apa dan senang lenang mendapat elaun bulanan serta mendapat gelaran datuk atau dato'.



Oleh kerana inilah oscar award merupakan anugerah tertinggi dalam dunia lakonan. Tercalon begitu banyak namun memerlukan 11 percalonan barulah Leonardo di caprio boleh memegang replika manusia berkepala botak ini.


Beberapa kriteria lain yang memerlukan pengiktirafan oscar bukan hanya melakunkan watak encik sotong, pemakai epaulette palsu dan hanya berlakon sekadar cukup-cukup makan dalam filem hantu. Memerlukan 56 tahun dalam bidang lakonan, mengarahkan lebih 200 buah filem dan juga memerlukan beratus-ratus tulang patah dan retak beserta konkusi sebagaimana yang dilalui oleh pelakon yang begitu terkenal dengan drunken master dan police story, Jackie Chan.Digelar Jackie Chantastic Chan oleh Tom Hanks.

Oscar bukan seperti anugerah skrin yang dapat dimiliki oleh sesiapa dengan kriteria yang dimiliki Jackie Chan dan penglibatan serta pengorbanan dari segi mental dan fizikal itulah yang menjadikan oscar bolehlah dibanggakan sebagai sebuah 'piala' terbaik bumi untuk bertanding dengan penduduk planet lain jika wujud.

Lucu, Dramatik, Aksi, Martial Arts

Jackie chan telah menerima anugerah terbesar seni berkenaan pada malam 2016 Governors Award untuk kategori Honorary Award pada 12 november 2016 di Hollywood California jajahan donald trump. 

Apa yang menjadi simboliknya adalah anugerah tersebut telah disampaikan melalui Chris Tucker yang juga si hitam yang bermulut murai di dalam filem bersama Jackie di dalam francais Rush Hour. Turut merakamkan detik tersebut adalah sylvester stallone yang memiliki sebuah patung oscar dirumahnya yang mungkin terdapat dna jackie chan padanya kerana dalam ucapan jackie, dia mengatakan bahawa pernah memegang dan mencium trofi berkenaan.

Dengan itu, boleh dikatakan bukan semua produk dari cina merupakan acuan komunis dan tiruan. Pelakon martial arts comedy yang pernah dijemput menjadi tetamu Running Man untuk episod 135 ini, memiliki karakter yang boleh dikatakan sukar dibenci masyarakat meskipun masyarakat tersebut seorang yang sukakan cerita soap opera berasaskan novel.

Anda fikir anda tahu Jackie Chan Memiliki Oscar Award Selepas Beratus Tulang Patah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Gagal UPSR dan PT3 Gagal Menikmati Pengalaman Lagenda Budak Hostel Di Asrama

$
0
0

"UPSR, PT3 & Asrama"

Ramai yang cuba memberi kesan 'conjuring' atau momok kepada anak-anak yang baharu sahaja menitiskan air mata kerana gagal dalam upsr atau PT3 (a.k.a PMR) dengan tiada pentingnya peperiksaan tersebut.

Namun bagi yang berjaya dengan upsr mereka, pengalaman baru menanti mereka jika berpeluang memasuki asrama penuh atau separa penuh. Jika penuh gunalah surat rayuan kepada PPD berdekatan. Penuh jugak ambil tilam di stor tidur di surau asrama atau dewan makan.

Antara gaya hidup dan pengalaman yang mampu di perolehi oleh mereka yang mampu hidup di asrama tidak kira MRSM, SBP atau mana-mana sekolah yang memiliki dorm sebagai tempat berehat di kala malam.



1. Makan megi dalam gayung dan bila lebih hardcore mungkin satu dorm satu baldi. Adegan ini hanya berlaku kepada separa senior dan upper senior sahaja. Catuan makanan mula dipraktikkan meskipun tiada sebarang ancaman zombie sebagaimana cerita the walking dead.

Gaya hidup ini menggambarkan betapa akrab sesama pelajar sebagaimana bersatu teguh bercerai roboh. Antara contoh marilah makan bersama-sama, tak baik sorok-sorok.

2. Kisah makcik karipap merupakan top chart kisah lisan yang bertebaran ke serata pelusuk asrama seluruh alam. Kisah yang sering berlaku di beranda sebelah tingkap asrama ini ditambahkan saspennya dengan kehadiran seorang makcik ala-ala nenek kebayan yang menjual karipap.
S
ehingga kini masih belum dipastikan siapakah gerangan makcik karipap tersebut meskipun kisah ini bermula di zaman pengasas facebook masih belum dilahirkan lagi.

3. Roll call. Roll call akan dipelajari oleh setiap pelajar yang tinggal di asrama seawal malam pertama menginap lagi. Roll call berfungsi sebagai satu platform pencarian sesuatu, mencari penjahat, terdapat berita kemasukan warga asing, penemuan lubang 'fly' tidak kurang juga sebagai pengorbanan diri kepada nyamuk untuk didermakan darah yang sedia kurang.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa roll call adalah fresh junior, dan second level class junior. Mungkin arahan roll call dari warden asrama atau geng-geng upper senior dan second class senior ingin bersuai kenal.

4. Prep. Prep merupakan suatu definisi kepada 'warden asrama inginkan keadaan sebuah bilik yang mengandungi budak-budak sebagaimana di dalam perpustakaan". Namun natijahnya bukan begitu. Waktu prep merupakan masa bermain ala-ala lawak solo atau maharajalawak mega dengan tema 'silent comedy'.

Bagi mereka yang duduk di barisan pertama dan kedua dalam kelas, masa ini mereka merupakan fasilitator dan juga merangkap guru disiplin kepada budak-budak yang berada pada barisan pertengahan dan paling belakang di dalam kelas. Jangan risau akan exam kerana kebanyakan MRSM dan SBP atau sekolah bestari sudah ada cikgu yang akan menyediakan soalan spot wakakaka.

5. Perpustakaan 'invisible'. Menggunakan perpustakaan ini memerlukan ajaran awal lagi. Juga boleh dikenali sebagai perpustakaan selakkan. Pergilah merayau-rayau dimana-mana dorm atau bilik. Pastikan selak atau selongkar tilam secara rawak.

Waktu boring anda akan berkualiti apabila menemui bahan bacaan seperti majalah ujang, apo, mastika atau kisah benar. Jika anda bernasib baik, mungkin akan menemui bahan bacaan lagi 'rare' seperti majalah mangga, urtv, mingguan wanita atau katalog avon.
Di zaman ini mungkin lagi canggih terjumpanya ipad, handphone, ataupun tablet. 

Jika anda bernasib malang, mungkin penemuan sotong kering pemilik tilam.

6. Makan. Makan di dewan makan. Bersama tray besi yang memiliki beberapa lekuk dan gelas plastik bersama makcik dewan makan yang bersaiz abam bochey. Pengalaman menikmati makanan 6 kali sehari merupakan salah satu aktiviti yang terkandung di dalam tentatif program harian pelajar asrama.

Breakfast, minum pukol 10, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Oleh hal ini si isteri jangan salahkan suami jika pukol 12 malam mereka masih supper meskipun dengan biskut mayat. Hidangan yang begitu popular di asrama tidak lain tidak bukan 'ikan jaket' juga turut mendapat gelaran, ikan selipar jepun merupakan hidangan menjadi ingatan setiap bekas pelajar asrama.

Namun begitu, makanan hari jumaat adalah terbaik jika bukan nasi ayam mungkin nasi beriyani atau nasi tomato.

7. Mail upin ipin. Terdapat satu atau dua orang sebagaimana perangai mail upin ipin. Tidak memerlukan phd betul atau tipu. Hanya pengalaman mengatasi segalanya. Jika anda terlepas makan malam dan stok megi dan makanan ringan lain sudah habis, mereka inilah penyelamat anda.

Dari sekecil mamee monster hinggalah nasi lemak tersohor kawasan anda, mereka mampu sediakan. Anda perlu meyediakan wang sahaja. Golongan ini biasanya 'kamceng' dengan pak guard sebagai 'border enforcement' antara makanan dan anda. Tidak kurang juga yang menjual rokok batang ala-ala kedai runcit jawa.

8. Golongan ini golongan rohaniah. Biasanya mengungguli carta organisasi di papan putih masjid/surau asrama. Merekalah yang akan azan dan mengejutkan anda untuk subuh dan lain lain solat. Ada masa mereka akan melawat dorm-dorm anda sebagai tabligh semoga rakan-rakan mereka yang leka dan lalai kembali ke pangkal jalan.

Mereka sangat dihormati, geng-geng pembuli tegar pun mungkin gagal mengganggu mereka melainkan hanya 'menganjing' dalam hati.

9. Fly. Bukan fly tanpa rasa melekit ala-ala kotex tapi fly atau lebih detail menerobos celah-celah pagar belakang asrama. Golongan ini merupakan lubuk kepada kontraktor pagar sekolah dengan hasil tampalan lubang-lubang yang dikerat. Turut menjadi 'transporter' kepada kawan-kawan yang agak kurang berani namun ingin mendapatkan sesuatu yang gagal disediakan di co-op.

10. Histeria. Alami pengalaman sendiri dengan menyelusuri perasaan menjadi krew uncle seekers. Fenomena ini berlaku bukan selalu tetapi kadang-kadang. Hanya berlaku kepada penghuni blok siswi, jarang dan mungkin tidak berlaku kepada penghuni blok siswa. 

Histeria adalah benda biasa bila hidup di asrama seperti betapa biasanya puak manchester united mendapat bantuan pengadil howard webb.

Mungkin inilah antara-antara perkara yang gagal dinikmati mereka yang gagal upsr dan pt3, mungkin boleh menjadi cerita kepada anak cucu kita, bagi yang merasai alam ini mungkin juga boleh dibuat modal untuk ditaip ke dalam blog sebagaimana ini wakakakaka.

Anda fikir anda tahu Gagal UPSR dan PT3 Gagal Menikmati Pengalaman Kehidupan Di Asrama ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.









Jenis-Jenis Denda Di Sekolah Usaha Kawalan Pembiakan Sotong Jadian

$
0
0

"Kena Pajam"

Di zaman serba canggih manggih dengan pelbagai saluran melunaskan ketidakpuasan hati berteraskan mengaibkan sesuatu seperti facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya bukan sesuatu yang sesuai dengan pemikiran kelas ketiga rakyat malaysia, kelima rasanya.

Semua benda adalah viral. Di Malaysia, semua orang boleh menjadi mangsa viral.

Maka timbul generasi bangang menari sotong, raver katanya, seks bebas dikalangan pelajar sekolah yang laris 'note'nya di Tumblr apalagi pengakuan terbuka memiliki geganti di facebook meskipun bersunat pun belum.

Semuanya bersebab, kanak-kanak dan remaja 90-an merupakan generasi yang boleh dianggap berjaya meskipun bukan secara lahiriahnya berjaya mendapat 100A dalam sesuatu peperiksaan namun boleh dikatakan menjadi manusia, bukan sotong hidup yang sedang kepanasan. 



Mereka menjadi manusia mungkin disebabkan beberapa denda dan 'pajam' seperti ini sekurang-kurangnya menjadi kenangan manis ketika di bangku persekolahan untuk dikenang ketika persaraan dan ketika sedang menghabiskan saki baki KWSP akaun 1.


1. Berdiri atas kerusi

Cukup popular. Amat popular. Rata-rata mereka yang nakal sudah mampu berbangga dengan pencapaian mampu berdiri di atas kerusi kerana kesalahan yang dilakukan. 

Kemahiran ini memerlukan pelajar berdiri di atas kerusi sendiri (jika diberitahu) sehingga tamat pelajaran tersebut atau mungkin sehingga waktu rehat jika guru sebelumnya sudah 'kawtim' dengan guru seterusnya. Pengajaran kepada pelajar adalah taubat insaf bila rasa malu dengan crush yang lalu lalang, apalagi dengan derita 'cramp' dibahagian otot belakang tulang kering.Jika bukan kerana gagal tertinggal buku di rumah mungkin kerana berjaya menarik tali bra awek di hadapan.

Kelebihan yang dapat, sekurang-kurangnya otot kaki cemerlang mungkin berjaya dalam olahraga.

2. Tarik Sideburn

Aksi ini lebih kepada guru disiplin dan juga cikgu sejarah, kadang-kadang cikgu matematik tambahan. Denda yang menjurus kepada pengajaran terhadap panjangnya rambut pelajar, gagal menemui ex, eh X apabila adanya Y juga gagal memberikan tahun yang tepat bilakah kota A famosa dibina.

Rawatan akupuntur kesakitan amat berguna kepada sistem badan, kesakitan ketika ditarik sideburn mungkin boleh menyembuhkan luka-luka dalaman.

3. Berdiri di luar kelas

Mempunyai reputasi denda yang agak 'level up' berbanding berdiri di tempat duduk sendiri. Kesalahan seperti mengorat waktu belajar, tidak menyiapkan kerja sekolah atau mungkin kesalahan warning pertama sebelum dihantar ke 'neraka', bilik guru disiplin. Mungkin kesalahan menukarkan perisa oreo yang bewarna putih dengan ubat gigi, mungkin.

Kebaikan denda ini untuk jangka masa yang panjang adalah berkebolehan tahan maki, sukar untuk malu serta mengelakkan menjadi introverts kerana perasaan malu ketika itu mungkin menjadi seperti alah bisa tegal biasa. Jika bernasib baik dan mungkin cikgu berkenaan tengah datang bulan, pelbagai props perlu anda pegang ketika sesi dendaan berlansung, seperti kerusi, kadbod atau berdiri dengan sebelah kaki.

4. Cubit Tetek/Kopek/Payudara (AWAS: denda terhadap pelajar lelaki sahaja.)

Bahagian denda ini tidak dikhususkan kepada pelajar perempuan, jika sekolah perempuan itu tidak diketahui perawinya. Apabila kenakalan sudah melampaui tahap berdiri atas kerusi dan berulang-ulang kesalahannya, inilah makan dia. Kengiluan terdapat bahagian sensitif mampu menginsafkan pelajar dan bercita-cita untuk tidak mengulanginya kelak.

5. Pembaris Di Tangan

Diaplikasikan jika kesalahan yang tidak berapa besar seperti bising dalam kelas, atau tidur dalam kelas tanpa warning. Pembaris digunakan untuk menyebabkan saraf kesakitan pada tapak tangan dirangsang. Bilangan hanyunan ke bawah menjadi skala keinsafan yang akan dipelajari dengan denda seperti ini.

6. Rotan

Aplikasinya sama dengan pembaris di tangan namun denda ini merupakan denda yang agak popular di kalangan guru disiplin dan penolong kanan. Kes berat sebagaimana kanun keseksaan bagi sesebuah sekolah seperti ponteng, bertumbuk, calar kereta cikgu dan pelbagai lagi kesalahan pra-jenayah yang mampu mencapai peringkat digantung sekolah mahupun dihantar kepada adlin aman ramli yang menjadi warden di wira bakti untuk berkawan dengan lan todak.

7. Berdiri di khalayak ramai 

Biasanya pada ahad di negeri pantai timur, kedah dah johor, dan isnin untuk negeri selainnya. Bagi mereka yang lambat menghadiri sekolah dan berjaya dicekup pengawas maka mereka ini akan berdiri secara beramai-ramai di hadapan perhimpunan menemani pelajar yang menaikkan bendera namun dalam versi ke'malu'an. 

Dijadikan patung mannequin untuk dijadikan teladan oleh cikgu disiplin supaya tidak menjadi ikutan untuk pelajar lain.

Kantoi bercinta mungkin juga akan menyebabkan layaknya anda berada di sini sebagai 'mock' walimatulurus.

8. Di jemur tengah panas

Kesalahan yang agak sama dengan point no 7, namun berlaku pada hari selain hari perhimpunan pagi. Bagi mendidik pelajar bahawa betapa sukarnya mak bapak mencari duit untuk membayar yuran mereka. Ramai yang akan berdoa supaya hari hujan kerana kemungkinan denda yang lebih ringan menyusul.

9. Tulis kesalahan berulang papan hitam/buku latihan

Bagi memupuk minat pelajar dalam menjadi pelajar yang konsisten, kesalahan  ringan yang tidak memungkinkan sebarang tindakan yang lebih keras, pelajar dikehendaki menulis ayat tentang kesalahan mereka berulang-ulang. Jika pernah melihat montage animasi The Simpsons mungkin anda akan tahu apa yang dilakukan bart simpsons.

Biasanya pada buku latihan namun jika beruntung anda boleh mempamerkan bakat anda menulis dan menyedut habuk kapur dalam satu masa, tulislah di papan hitam.

10. Jalan Itik
Denda ini mungkin mampu menjadikan anda seorang pemain bola sepak atau ragbi yang professional kelak. Rasa kebas dan kebal di bahagian peha memang menjadikan anda berfikir sejenak akan kesalahan yang anda buat. 

Majoriti denda ini diaplikasikan oleh cikgu sukan dan pendidikan jasmani kerana mungkin anda tertinggal kasut sukan atau main  kejar-kejar dengan awek kelas sebelah daripada mengejar bola dan memasukkan ke dalam gol.

Kebanyakkan ibu bapa sekarang buakankah mereka lahir di zaman 'denda' pengajaran sebagaimana di atas ? Namun mengapa mereka begitu tisu dalam isu mendisiplinkan anak sendiri,sebab itu mereka yang bersekolah dalam tahun 90-an tidak sebangang remaja sekarang. 

Denda yang berunsurkan mengajar dan dengan tanpa niat mencederakan, mencacatkan atau membawa kematian sepatutnya diteruskan supaya pelajar-pelajar ini bukan sahaja hanya menjadi hamba peperiksaan tetapi menjadi manusia, bukan sotong dua tentakel yang berpeleseran di kaki-kaki lima mall.

Mungkin juga denda sebegini mengelakkan daripada wujudnya bahasa makhluk asing seperti cream, fast to fast, flatover dan apa lagi haramjadah perkataan oleh sotong wechat.

Masa kini pelbagai jenis sotong telah membiak, dengan tariannya, perkataannya dan perbuatannya. Sotong dilaut pun tunduk malu jika mendapat tahu wujud spesis sotong di darat.

Anda fikir anda tahu Jenis-Jenis Denda Di Sekolah Kawalan Pembiakan Sotong Jadian ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 



Deseat.me | Cara Mudah Menghapuskan Data Akaun Anda Di Internet

$
0
0

"Delete"

Bagi yang pernah menonton filem snowden, ketakutan terhadap security dalam melayari internet bukan suatu teori lagi. Namun, ada juga marhaen yang mempunyai ketakutan untuk meninggalkan 'footprint' apabila melayari internet.

Meskipun anda tidak membuka webcam mungkin pihak ketiga mampu melihat perlakuan anda melalui webcam.

Satu golongan lain yang turut inginkan security melalui internet adalah mereka yang banyak hutang, tidak kira, PTPTN, loan MARA ataupun kredit loan kereta dan perumahan. Inisiatif untuk membuang segala 'footprint' atau jejak anda di internet telah dipraktikalkan oleh sebuah website yang dinamakan

Deseat.me


Dibangunkan oleh Willie Dahlbo dan Linus Unnebäck warga Sweden dengan website yang juga berasal dari sweden. Anda hanya perlukan akaun google untuk sign in dan website akan mengumpulkan segala data peribadi atau akaun yang pernah dan sedang anda gunakan di dalam internet dengan meletakkan akaun-akaun tersebut dalam satu tempat.



Dengan butang 'delete' yang disediakan anda mampu menghapuskan bukti kewujudan anda di dalam internet apabila perlu. 

"Basically the only thing you're telling us is what accounts you want to delete" kata founder website berkenaan.

Jika difikirkan sejenak, tiada bezanya laman sesawang ini dengan tindakan NSA dalam menceroboh privacy pengguna internet, pihak deseat.me juga menjelaskan bahawa mereka hanya mengakses 'muka depan' sesebuah akaun sahaja bukan mendalam sehingga kepada password dan maklumat login anda.

Setelah menggunakan sendiri online interface ini, ia masih lagi dalam keadaan 'limited functionality' dan hanya beroperasi untuk menghapuskan akaun yang berkaitan dengan akaun google dan gmail anda sahaja. Mungkin masih di dalam percubaan dan mungkin pada masa akan datang website ni mampu menjadi cleaner internet yang menyeluruh bagi memudahkan kita untuk membuang 'identiti' yang sudah lama tidak digunakan agar tiada sebarang salahguna akaun yang gagal aktif.

Idea yang menarik untuk menghimpunkan segala akaun anda seperti akaun facebook, twitter, instagram dan media sosial yang pada suatu tempat, namun memerlukan azam yang tinggi untuk menghilangkan data anda di internet kerana ia bukan sekadar 'pause' akaun tersebut namun menghilangkannya untuk selamanya.

Anda fikir anda tahu Deseat.me | Cara Mudah Menghapuskan Data Akaun Anda Di Internet ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Cara Untuk Menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS

$
0
0

"Cub Prix"

Sukan permotoran khususnya motosikal di Malaysia bukan sesuatu yang asing lagi bagi kita. Tiada pelumba tersohor seperti Max Biaggi, Mick Doohan, Casey Stoner mahupun Valentino Rossi terus menjejakkan kaki sebagai pelumba motoGP.

Otai-otai ini semuanya bermula dari bawah.

Di Malaysia, terdapat platform yang diwujudkan supaya bakat merempit di jalan raya dijadikan sesuatu bakat dan minat yang dihalalkan tanpa mengundang bahaya kepada orang lain.



Malaysian Cub Prix merupakan satu 'lesen' awal untuk menginjak ke peringkat yang lebih besar, mana tahu sehingga peringkat paling tinggi, motoGP. Khairul Idham Pawi (Moto2| juara stage 2 kali moto3 2016), Hafizh Syahrin Abdullah, Pescao (Moto2), Mohd Ramdan Mohd Rosli (Moto3) merupakan 'graduan' dari cub prix yang berlainan tajaan.



Penaja yang sering mencungkil bakat-bakat muda dalam cub prix tidak asing lagi seperti Program Pembangunan Bakat Pelumba PETRONAS, Boon Siew Honda, Hong Leong Yamaha tidak kurang juga persendirian.

Sebelum menghampiri jentera motoGP berkuasa 1000cc, anda perlulah memulakan karier anda melalui beberapa kategori yang lebih rendah dan pertandingan yang juga kurang prestij.

Malaysian Cub Prix memiliki dua kategori besar seperti Open Make Category dan One-Make Category

Open Make Category

Merupakan kategori 'kelab', bebas dalam memilih sponsor ataupun technical team. Dipecahkan dengan beberapa kategori kecil secara berperingkat dari bawah seperti:

Privateer: Semua perbelanjaan adalah anda sendiri, motor sendiri semualah sendiri. Cuma anda perlu berdaftar dengan kategori ini. Boleh menyertai perlumbaan pada bila-bila masa sahaja.

Wira: Kategori yang melibatkan had umur, 'noob' dalam bahasa gamer. Pelumba perlu berusia di dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba.

CP115: Dahulunya di zaman Wazi Abdul Hamid ataupun Chia Tuck Cheong dipanggil, Novice, kini diubah namanya.Merupakan medium pertengah di kalangan pelumba, pelumba yang sudah memiliki pengalaman berlumba namun masih belum 'expert' untuk graduasi dari cub prix.Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba.

CP130: Dikenali pada umumnya sebagai kategori Expert. Peringkat tertinggi di dalam kejohanan cub prix. Dari sinilah jika anda masih berbakat dan 'graduate' para pencari bakat sukan permotoran akan menilai anda untuk ke level asia mungkin dan seterusnya.Terdapat sponsor jika sponsor sesuatu team memerlukan pelumba, bergantung kepada kekosongan pelumba. 

One Make Category

Kategori ini memang cukup dinantikan oleh setiap pelumba kerana sponsor mereka adalah besar. Mereka umpama bekas acuan untuk pelumba ternama. Rahsianya mereka berduit besar. Petronas, Hong leong Yamaha, dan Boon Siew Honda (cub chai suzuki malaysia sudah lingkup maa) merupakan nama besar yang harus diwakili para pelumba.

Semestinya mereka mencari pelumba yang mampu memberi pulangan kepada mereka. Anda berbakat mereka bayarkan. Salah satu platform untuk anda ke peringkat seterusnya dengan cemerlang sebagaimana ingin belajar oversea anda memerlukan biasiswa dari MARA atau JPA.

Kita sudah mengetahui apa itu, Malaysian Petronas AAM Cub Prix. Semestinya sebelum merancang untuk menceburi bidang ini, perlu pastikan dimanakan anda, adakah anda seorang anak orang berada yang mampu menaja diri sendiri sehingga tamat musim perlumbaan, ataupun memerlukan dana dari sponsor untuk meneruskan cub prix.

Jika sudah mengetahui hala tuju dan kategori anda dalam cub prix, bagaimana caranya untuk menyertainya ?

Malaysian AAM Petronas Cub Prix berlangsung saban tahun, bermula pada awal tahun hingga akhir tahun. Bagi golongan CP130 yang sudah boleh menginjak ke level seterusnya, maka terdapat kekosongan pelumba sudah ada maka sponsor-sponsor akan mengiklankan pencarian bakat baru pelumba. Bagi yang mahu menggunakan dana sendiri bolehlah menghubungi penganjur cub prix terus.

Biasanya pada januari setiap tahun jika ada kekosongan maka iklan akan dikeluarkan pihak Safe Aim Mutual sdn bhd, SAM di fan page malaysian cub prix. Anda yang berminat boleh menghubungi mereka yang berkenaan di facebook malaysian cub prix sendiri.

Secara basikalnya. mereka yang berumur 13 hingga 27 tahun sahaja boleh memohon.

Iklan mereka mungkin berbentuk begini:

Pendaftaran terbuka kepada pelumba berumur 13 hingga 27 tahun. 

Kepada yang berminat boleh hubungi pihhak SAM di talian 03-87338787 dari xx pagi hingga x petang, Isnin hingga Jumaat atau membuat pendaftaran melalui laman facebook Malaysian Cub Prix. 

Tarikh tutup pendaftaran pada XX Januari 20xx.

Anda fikir anda tahu Cara Untuk Menyertai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.





Boboiboy Idea Kombinasi Spongebob, Naruto dan Doraemon

$
0
0

"Clash of Animasi"

Animasi milik animonsta merupakan kebanggaan malaysia dalam bidang animasi selepas usop sontorian dan upin dan ipin. Menerapkan nilai ke'superpower'an yang mampu mengulit minda anak-anak.

Animasi bergenre aksi dan fantasi tidak boleh lari dari landasan yang sememangnya sudah sedia ada. 

Plot, karakter semua berasaskan matlamat yang sama. Untunglah animasi yang lahir pada awal-awal seperti doraemon dan tom n jerry apabila penceritaan mereka menjadi adaptasi animasi kini dan akan datang.



Mungkin sama atau seakan sama namun plot dan karakter hanya bertukar nama karakter dan tempat sahaja. Kenali adaptasi yang mungkin menyerupai boboiboy. 



Doraemon

Sebagaimana nobita memiliki robot masa hadapan, begitulah juga boboiboy memiliki ochobot sebiji bebola sfera berkaki berteknologi.

Kegunaan ochobot dan doraemon agak serupa dengan sering bersama mereka yang kurang kuat atau lemah dalam animasi masing-masing. Doraemon memberikan nobita alatan manakala ochobot memberikan boboiboy kuasa yang luar dari kebiasaannya.

Karakter? ya terdapat seorang budak gemuk seakan giant, gopal.

Spongebob Squarepants

Apa motif adudu (watak jahat berkepala petak hijau) untuk mengancam bumi. Koko tok aba, terutama Tok Aba’s Special Hot Chocolate. Adudu yang berasal dari planet Ata ta tiga mendapati koko merupakan sumber tenaga mereka. Planet mereka sudah kehabisan stok koko selama 30,000 tahun lamanya.

Jika anda pernah menonton spongebob squarepants, mungkin anda akan mendapati spesis halus bewarna hijau bermata satu yang sering mengacau encik krab untuk mencuri resipi rahsia krabby patty, ya, Plankton.

Plankton memiliki 'isteri' komputernya, mungkin peminat boboiboy tahu adudu juga memiliki komputer yang bersuara wanita.

Naruto

Bermodalkan watak separa antagonis, terdapat satu watak, bi-polar karakter seumpama uchiha sasuke. Iaitu fang/prebet fang yang turut memiliki style dan warna rambut sasuke. Watak yang sering menjadi penunjuk aras kepada watak utama dan juga kawan dalam suatu masa.

Selain watak, kuasa tiga yang dimiliki boboiboy mungkin adaptasi dari kuasa kyubi, kuasa sembilan ekor spesis kurama. Kuasa yang masing-masing akan ditukar apabila terdesak seakan akan bunyi klip klip pada dada ultraman.


Animasi aksi dan fantasi memang akan memiliki plot penceritaan yang sama. Namun, animasi seperti The simpsons, American dad, futurama, the south park dan juga family guy yang lebih mengutamakan audiens remaja dan dewasa dengan konsep satira dan sarcasme akan lebih bertahan lama.

Sukar untuk menemui animasi sebagaimana ini, kerana kadang-kadang 'sindiran' perlukan sebuah platform yang bewarna warni seperti kartun bukan sekadar fokus untuk diletakan di dalam slot tadika ataupun di skrin-skrin kedai mainan dan toy'r us.

Anda fikir anda tahu Boboiboy Idea Kombinasi Spongebob, Naruto dan Doraemon ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.





Senarai Jenis Saman JPJ Motosikal & Nilai Bayaran Saman Mengikut Tempoh

$
0
0

"Saman"

Masih memikirkan apakah perkadaran implikasi tidak memperbaharui lesen terhadap kemahiran pemanduan di jalan raya, seumpama menyelesaikan masalah seperti apa akan terjadi apabila jentik-jentik jentik jentik-jentik ayat nizam lawak solo.

Hayati senarai saman yang akan dikenakan kepada anda jika menggunakan motosikal dengan kesalahan tertentu.




1.Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 300
16-30 hari: RM 300
31-60 hari: RM 300


TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR 

TOPI KELEDAR TIDAK DIIKAT SELAMAT

TOPI KELEDAR TIDAK MENGIKUT PIAWAIAN

GAGAL MEMATUHI ISYARAT LALULINTAS HAD LAJU YANG DITETAPKAN
(KEJARA)

2. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 150
16-30 hari: RM 200
31-60 hari: RM 300

MELETAK KENDERAAN DI GARISAN BERKEMBAR 

MELETAK KENDERAAN DI GARISAN LURUS DAN PUTUS-PUTUS 

3. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 100
16-30 hari: RM 150
31-60 hari: RM 250

MELETAK KENDERAAN DI TEMPAT YANG MENYEBABKAN BAHAYA


MELETAK KENDERAAN BERHAMPIRAN PILI BOMBA KURANG DARI 10 KAKI

MELETAK KENDERAAN DI HENTIAN BAS KURANG DARI 30 KAKI

MELETAK KENDERAAN DI SIMPANG JALAN KURANG DARI 30 KAKI

MELETAK KENDERAAN DI SELEKOH KURANG DARI 30 KAKI

BERHENTI DI LINTASAN PEJALAN KAKI

PEMANDU LETAK KENDERAAN MENGHALANG LALULINTAS-MOTOSIKAL

BERHENTI DI PETAK KUNING

PANDU PERLAHAN DI SEBELAH KANAN JALAN 

TIDAK PANDU DI SEBELAH KIRI JALAN

TIDAK RAPAT KIRI SEMASA MEMBELOK KIRI 

TIDAK RAPAT KANAN SEMASA MEMBELOK KANAN

TIDAK IKUT LORONG BETUL SEMASA HAMPIR DI SMPANG

PUSING U DI TEMPAT YANG TIDAK DIBENARKAN 

TIADA CDL

MEMBAWA LEBIH DARIPADA SEORANG PENUMPANG 

MENGHALANG LALULINTAS SEMASA MEMANDU 

TIDAK BERI LALUAN PADA AMBULAN,BOMBA,POLIS,JPJ,KASTAM
(KEJARA)

TIDAK SELENGGARA KENDERAAN DENGAN BAIK 

TOPI KELEDAR DIPASANG CERMIN PELINDUNG MUKA BERWARNA

MOTOSIKAL MENARIK TRELER 

MENGHALANG PERGERAKAN LALULINTAS YANG LAIN

4. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 70
16-30 hari: RM 120
31-60 hari: RM 200

MEMPAMERKAN NO. PENDAFTARAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI

GAGAL KEMUKA LESEN KENDERAAN MOTOR-MOTOSIKAL >250CC

5. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 50
16-30 hari: RM 100
31-60 hari: RM 150


KENDERAAN BARANGAN TIADA TANDA DI BADAN KENDERAAN YANG DITETAPKAN

BAWA BARANGAN DI DALAM KENDERAAN TIDAK SESUAI (MOTOSIKAL =<250cc font="">250cc>

METER KELAJUAN TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK (MOTOSIKAL =<250cc font="">250cc>

TANPA MEMASANG HON 

MEMASANG SIREN TANPA KEBENARAN

LAMPU PETUNJUK ARAH TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI (MOTOSIKAL

TIDAK PASANG LAMPU BERHENTI

LAMPU BERHENTI TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI

TIDAK SELENGGARA PENYENYAP BUNYI DENGAN BAIK 

TIDAK SELENGGARA TAYAR DENGAN BAIK 

MENGELUARKAN BUNYI BISING YANG KETERLALUAN 

MEMASANG LAMPU HADAPAN SELAIN WARNA PUTIH 

MOTOSIKAL TIDAK MENYALAKAN LAMPU SETIAP MASA

6. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM 40
16-30 hari: RM 70
31-60 hari: RM 120

TIDAK BERKUAT KUASA PERAKUAN PEMERIKSAAN-MOTOSIKAL 

GAGAL PAMER PERAKUAN PEMERIKSAAN KENDERAAN (MOTOSIKAL

GAGAL MEMATUHI ISYARAT LALULINTAS LORONG MOTOSIKAL

GAGAL MEMATUHI ISYARAT LALULINTAS LETAK KENDERAAN DITANDA NO PARKING

GAGAL MEMATUHI ISYARAT LALULINTAS LETAK KENDERAAN DI GARISAN KUNING

GAGAL MEMATUHI ISYARAT LALULINTAS LETAK KENDERAAN DI GARISAN PUTIH

MEMPAMERKAN NO. PENDAFTARAN YANG SUKAR DICAMKAN DEPAN DAN BELAKANG

MEMPAMERKAN NO. PENDAFTARAN YANG SUKAR DICAMKAN DEPAN

MEMPAMERKAN NO. PENDAFTARANYANG SUKAR DICAMKAN BELAKANG

GAGAL MEMATUHI PERINTAH LARANGAN PG1

GAGAL PATUHI NOTIS ARAH PERIKSA 

TIDAK PATUHI ARAHAN HANTAR KENDERAAN UNTUK TUJUAN SITA

GAGAL BERITAHU PENGARAH PERUBAHAN BUTIR-BUTIR KENDERAAN

TIDAK BUAT TUKAR HAKMILIK DALAM MASA 7HARI

TIDAK PAMER PLAT 'L' HADAPAN

TIDAK PAMER PLAT 'L' BELAKANG

TIDAK PAMER PLAT 'L' HADAPAN DAN BELAKANG 

PAMER PLAT 'L' HADAPAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI 

PAMER PLAT 'L' BELAKANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI 

PAMER PLAT 'L' HADAPAN DAN BELAKANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI

GAGAL MEMATUHI SYARAT LDL (MEMBAWA PENUMPANG) 

TIDAK PAMER PLAT 'P' HADAPAN

TIDAK PAMER PLAT 'P' BELAKANG

TIDAK PAMER PLAT 'P' HADAPAN DAN BELAKANG

PAMER PLAT 'P' HADAPAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI 

PAMER PLAT P' BELAKANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI 

PAMER PLAT 'P' HADAPAN DAN BELAKANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI 

CDL TAMAT TEMPOH 

PDL TAMAT TEMPOH 

GAGAL MENGEMUKA PDL 
(KEJARA)

GAGAL KEMUKA CDL SEMASA DIPERIKSA

GAGAL PATUHI NOTIS 114 TEMUSIASAT

GAGAL BERI MAKLUMAT PEMANDU

GUNA KENDERAAN SEMASA LESEN KENDERAAN MOTOR TELAH DISERAH BALIK 

GAGAL KEMUKA LESEN KENDERAAN MOTOR-MOTOSIKAL 

MENGALIH KENDERAAN YANG DISITA TANPA KEBENARAN 

7. Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

1-15 hari: RM -
16-30 hari: RM -
31-60 hari: RM -

GAGAL MEMPAMER NO.PENDAFTARAN DEPAN 

GAGAL MEMPAMER NO.PENDAFTARAN BELAKANG

GAGAL MEMPAMER NO.PENDAFTARAN DEPAN DAN BELAKANG 

Benda remeh kadang-kadang yang bukan mampu memberi impak kepada kecelakaan jalan raya mungkin juga menjadi alasan untuk mereka mengaut kembali bonus dan brim yang telah didedakkan.

Mungkin mereka mempunyai skop kerja dimana diperlukan menghabiskan helaian surat saman dengan bilangan nombor resit tertentu.

Thailand, Indonesia, Vietnam dan filipina tiada jpj, oleh itu daya kreativiti mereka dalam modifikasi motosikal begitu kencang kerana tidak mempunyai badan yang merencatkan daya imaginasi kreativiti peminat dua roda.

Begitu banyak badan berkanun mengenai jalan raya, namun malaysia merupakan pengeluar mayat dari kemalangan jalan raya yang tinggi. Apa jadahnya ?


Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Saman JPJ Motosikal & Nilai Bayaran Saman Mengikut Tempoh ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato. Apa bezanya ?

$
0
0

"Brew"

Kopi. Minuman universal umat manusia. Bagi rakyat marhaein biasa, kopi merujuk kepada suatu hidangan minuman yang pekat, hitam, melekat dan kelat. Bagi pelajar dan pemalas, kopi dalam erti kata nescafe merupakan suatu entiti yang hidup di dalam sachet 3 in 1.

Hanya sekadar minuman peneman di kala malam. Namun, bagi negara maju kopi merupakan simbol peribadi seseorang. Bukan sekadar peneman ketika bersama biskuta mayat atau biskut marie.

Bagi kehidupan luar kotak, kopi bukannya semata-mata retorik sekujur sachet 3 in 1 yang hanya memerlukan air suam dan panas untuk membancuhnya, bagi mereka yang menjadikan kopi sebagai 'raja' pelbagai jenis variasi bancuhan kopi dapat dihidangkan. Ya, mungkin betul, salah satunya hidangan kopi viral yang pernah menjadi kegilaan malaysia namun kian hilang seperti anggota asal running man korea. 

Kopi 5 ringgit.

Semua itu bertitik tolak dari beberapa nama hidangan kopi yang memiliki komposisi bancuhan yang berbeza yang melahirkan nama hirupan yang berbeza seperti latte, mocha, espresso, machiatto, americano ataupun cappucino.



Kenali apakah perbezaan semua variasi bancuhan kopi ini dari aspek definisi mahupun komposisi yang membentuk variasi tersebut.



Espresso

Bancuhan kopi yang agak keras. Memiliki identiti keras, pekat melekat. Kebiasaan dibancuh menggunakan mesinnya yang tersendiri dengan kawalan suhu, dan tekanan air yang telah di sesuaikan. Espreso boleh dikatakan asas kepada bancuhan lain, sebagai 'lantai' bancuhan.

Espresso dihidangkan dengan kuantiti isipadu yang sedikit sahaja bukan dalam bekas air yang besar. Sekadar untuk memuaskan tekak peminat kopi pekat. Kepahitannya boleh dikurangkan dengan menambahkan gula meskipun sudah terdapat susu di dalamnya.

Mocha

Wujud apabila espreso ditambahkan dengan campuran coklat. Senang cerita mempunyai unsur 'neslo', nescafe campur milo. Kuantiti coklat bukanlah khas dengan beberapa sudu atau shot, sesuka hatilah mahu ditambah sebanyak mana.
Senang cerita adalah espresso yang ditambah coklat.

Latte

Masih lagi berkisar kepada perkataan espresso. Latte akan wujud apabila susu yang sudah distim dicampurkan dengan espresso. Espresso yang mempunyai rasa pahit yang keras boleh dikurangkan kekerasanya dengan penambahan susu yang distim. Kewujudan 'foam' masih belum lagi kelihatan.

Dalam keadaan samar-samar dan hidangan warong kopi, tema masih tidak lari dari kopi susu. Tidak kira kopi jantan, kopi janggut ataupun kopi kir lah sendiri.

Cappucino

kap-pu-cino, entiti yang masih lagi tidak lari dari espresso. Memiliki karakter yang agak berlainan dengan sepupu yang lain, hanya sekadar 'foam' buih-buih halus yang banyak. Para penggemar ikan laga atau betta mesti dapat bayangkan 'foam' tersebut.

Foam ini biasanya diperoleh dari mesin ketika membancuh espresso itu sendiri,kepanasan mesin membentuk foam. Jika anda kenal teh tarik, atau nescafe tarik, mungkin ini merupakan versi komersialnya. Cappucino adalah espresso yang berbuih, foam. Penggemar cappucino mungkin akan menambahkan serinya dengan 'cinnamon'.

Americano

Sebut sahaja nama yang ini, terngiang-ngiang lagu papapapamericano. Hidup amat sukar jika anda bukan peminat kopi pekat espresso. Namun, bukan sesukar sangat kerana americano style diperkenalkan.

Nama sahaja gah, namun secara praktikalnya merupakan perkara common sense harian kita. Jika rasa espresso pekat sangat nak bagi lembut dan sedap di telan tambahlah air. Jadi, itulah americano tambahkan air untuk melembutkan rasa pahit melekat espresso.

Macchiato

Merupakan perkataan itali yang bermaksud, 'marks' atau 'stained' atau dalam bahasa, diubah. Macchiato bukanlah suatu jenis bancuhan berasaskan espresso yang baharu akan tetapi merupakan nama adjektif atau perbuatan terhadap bancuhan yang sedia ada.

Latte macchiato, kopi latte yang sudah 'macchiato'kan, mocha macchiato adalah moca yang sudah di 'macchiato'kan. Dilukis-lukis foam dengan pelbagai jenis entiti beruang, labi-labi, tenuk mahupun bunga tahi ayam pada foam nya. Sama seperti cappucino namun tiada steam milk. Espresso bersama foam.

Mocha, latte, cappucino dan americano sebenarnya adalah hasil kreativiti barista kopi semata-mata. Modifikasi dari espresso, dengan mencampurkan susu atau coklat dengan perkadaran tertentu. Mungkin jika anda ingin mencipta suatu nama bancuhan baru mungkin cuba untuk try and error dengan komposisi berlainan, mana tahu mungkin jika samad yang menjumpai bancuhan baru, boleh dinamakan samadino atau samadino de latte chise.

Sudah kenali jenis bancuhan asas barista kopi, mari kita ketahui untuk membuat pesanan bancuhan kopi di atas dengan lebih spesifik dengan lidah dan tekak anda. 3 jenis spesifikasi iaitu wet, dery dan skinny.

Wet

Apabila anda meletakan perkataan wet dihadapan pada bancuhan yang anda mahukan, barista akan faham bahawa anda hanya perlukan komposisi susu, coklat, atau espreso dalam perkadaran separuh. Contohnya, 'wet cappucino' beerti anda mahukan cappucino yang disediakan dengan 'half steamed milk' dan 'half foam'.

Dry

Bukan beerti anda mahukan kopi yang kering. Dry bermaksud anda sudah kehabisan foam, buih-buih yang bertaburan di atas bancuhan anda.

Skinny

Jika anda memesan 'skinny latte' bukan beerti barista perlu memasukan ubat kurus didalamnya akan tetapi bermaksud susu yang digunakan adalah susu yang bukan mengandungi 'cream' dalam istilah permakanan ala-ala food netwrok, skimmed milk.

Kewujudan kesemua istilah di atas adalah kreativiti semata-mata, modifikasi espreso menjadi pelbagai bancuhan lain. Menggambarkan betapa darah sama merah namun perangai manusia masing-masing. 

Bagi penggemar kopi yang berindentiti moden mungkin terma dan syarat di atas merupakan kaedah mereka untuk menikmati kopi namun jika sememangnya seorang caffeine addict nescafe 3 in 1 atau kopi kapal api sudah memadai.

Anda fikir anda tahu Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato. Apa bezanya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.







Hak-Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay) atau Dibatalkan (Flight Cancelled)

$
0
0

HAK PENUMPANG JIKA FLIGHT DELAY.

Korang mesti pernah rasa jika flight delay kan? Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan.

Untuk makluman korang, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.





Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah:


1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih.

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih.

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

4. Jika penerbangan dibatalkan.

Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

Sumber : First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016.

Sebarang complain atau aduan mungkin anda yang terlibat akan situasi diatas mungkin oleh melaporkan kepada malaysian aviation consumer pada laman web mereka.

http://www.mavcom.my/en/home/

Anda fikir anda tahu Hak-Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay) atau Dibatalkan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum


Status Boikot McDonalds : Benarkah Penyumbang Dana Zionist Israel ?

$
0
0

"McDonalds Haram"

Babi dan anjing merupakan benda haram yang memjadi benchmark bagi masyarakat kita. Jika ada babi/anjing semuanya haram. Sebenarnya mereka boleh disertu, bukan samak (ramai yang kompius sertu dan samak).

Berbalik kepada mcdonalds. Lahiriah bukan menjamin kepada betapa halal cara kita. Mungkin lahiriah makanan disediakan mcdonalds menggunakan bahan halal dan bahan mentah lokal untuk menyediakan big mac mahupun mc chicken.

Tidak mengandungi ham atau bacon berasaskan babi, itu merupakan benda fizikal yang nampak di mata.



Kali ini kita cuba menyelongkar sejauh mana 'keakraban' macdonalds dengan zionist laknatullah yang mencerobohi palestine.



Sebelum kita ke tahap lebih tinggi mari kita fahami dahulu konsepnya. Mcdonalds merupakan sebuah syarikat hidangan francais. Francais dalam bahasa mudahnya, sebuah kedai makan yang menggunakan makanan dan cara penyediaan yang sama protokolnya cuma berlainan pemilik untuk setiap cawangan berlainan.



Sebagaimana francais burger, contohnya 'Burgembira', kedai burger ini diasaskan borhan yang tinggal di Gua Musang. Apabila sudah maju, kawan borhan, saad berminat untuk membuka cawangan di Ulu dong. Maka saad ingin menjadi pengusaha burger 'burgembira' cawangan ulu dong. Saad menggunakan nama 'burgembira' dan bahan-bahan yang disediakan kedai borhan asalnya.

Adakah borhan begitu baik hati untuk memberikannya percuma ? Tidak. Inilah konsep francais. Meskipun pemilik berlainan, borhan juga akan mengadakan kontrak di mana saad yang menggunakan nama 'burgembira' dan bahan-bahan yang sama perlu membayar royalti penggunaan nama tersebut.

Begitulah juga sistem francais mcdonalds. Bagi mereka yang ingin menggunakan nama mcdonalds atau membukanya contohnya di malaysia, nama tersebut perlu dibayar kepada pemilik asal. Sebagai contoh, mcdonalds malaysia mula dibawa oleh vincent tan pada tahun 1982 dibawah syarikatnya golden arches group of restaurants di sekitar jalan bukit bintang. Vincent tan menggunakan nama "mcdonalds" tersebut dan perlu membuat bayaran dengan menggunakan nama tersebut.

Tidak kisahlah makanan yang disediakan adalah 100% halal tiada sedikit pun kesan ham/bacon dari babi tetapi kita pengguna membayar burger yang kita makan dan hasilnya wang tersebut akan digunakan untuk membayar penggunaan nama 'mcdonalds' yang digunapakai ini.

Dalam kata lain, turut menyumbang kepada syarikat induk mcdonalds itu sendiri di amerika syarikat.

Dalam konteks ini kita bukan bercakap betapa banyaknya DNA babi atau cara penyembelihan lembu/ayam di dalam burger mcD tetapi sumber wang penggunaan jenama tersebut ke mana tujuannya.

Kaitan McDonalds dengan Zionist Israel

Isu boikot mcdonalds merupakan salah satu dari ratusan barangan boikot dikaitkan dengan israel (yahudi yang jahat, yang baik KIV dahulu). Kita pergi kepada beberapa hujah yang dikeluarkan inminds.co.uk

McDonald's Corporation is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation. According to the Jewish United Fund, through its Israel Commission it "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel". The Jewish United Fund also runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there". Kiryat Gat is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq Al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law. Through its "Partnership to Israel" programme, the Jewish United Fund provides $1.3 million annually to help further settlement and development of Kiryat Gat. The Jewish Federation, through its Israel Action Network is tasked to fight "efforts to boycott Israeli products" and "campaigns, such as equating Israel with apartheid South Africa".
Another way McDonald's supports the Jewish United Fund is by running a partnership scheme whereby they will match any donation an employee make to the Jewish United Fund with its own equal size donation.
McDonald's first restaurant in the Middle East was in Israel, opened in 1993, since then it has 160 restaurants in Israel (1996) with a 60% market share, employing around 4000 Israelis. Since April 2009 McDonald's has also opened 15 branches of McCafe chain in Israel, with plans to open 10 new branches every year.
McDonalds discriminates against its Arab workers, in 2004 it sacked an Arab worker in Israel because she was caught speaking arabic to another Arab employee. Arabic, along with Hebrew, is the official language of Israel spoken by 20% of the population.
According to the American Jewish Committee (AJC), whose Executive Director "regularly meets with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu", McDonald's in July 2001 immediately pulled an advertising campaign in Egypt when the ADC contacted them to complaint that the singer featured in the advert had in the past performed a song critical of Israel. Within 24 hours of the complaint, the advert was cancelled and according to the Egyptian franchise of McDonald's "all copies of the tapes were whisked 'back to the main offices'"!
inminds.co.uk

Sebagaimana quote di atas, inminds menjelaskan bahawa mcdonalds turut menyumbang kepada jewish united fund,juf. Kita cuba google ape kaitan mcdonalds dan juf ini namun gagal menjumpai bukti kukuh yang mengaitkan mereka berdua. Mungkin cara mereka cara halus dengan sumbangan bawah meja, wallahua'lam. Penyataan di atas gagal dibuktikan kesahihannya namun ia telah menimbulkan keraguan terhadap ke mana arah wang bayaran francais dari mcdonalds.

Tekaan bahawa juf mula menyembunyikan 'mcdonalds' sebagai partner mula membuahkan hasil apabila screenshot dari inminds.



Dari pelbagai links yang dikemukakan oleh inminds, kesemua link tersebut sudah gagal dikesan sebagai 'error 404'. 



Setakat tulisan ini ditaip masih belum terdapat bukti kukuh untuk membuktikan bahawa mcdonalds benar-benar menyalurkan yuran brandingnya kepada sebarang fund yang melibatkan ketenteraan zionis. Jika atas dasar pemegang saham dalam mcdonalds untuk menyalurkan dana tersebut hanya Allah yang tahu.

Ustaz Azhar Idrus dan McDonalds

Isu mcdonalds banyak kali ditanya kepada ustaz azhar idrus di dalam ceramahnya. Terdapat salah satu dari yang tersebut. Ustaz azhar idrus menjelaskan akan sesuatu yang melibatkan boikot secara am. Tidak memgeluarkan pandangan bahawa mcdonalds wajib di boikot.

UAI berkata:

1. Boikot yang wajib dilakukan oleh semua umat islam adalah untuk syarikat-syarikat yang secara langsung memberi sumbangan kepada israel untuk perjuangan orang israel untuk menghapuskan umat islam. Syarikat-syarikat yang menyalurkan sumbangan untuk puak israel membli senjata-senjata wajib diboikot.
2. Adapun syarikat-syarikat yang bukan memberi sumbangan kepada israel tetapi mereka tidak berbalah dengan israel, seperti syarikat-syarikat dari negara asing/orang putih dia tidak berbaik dengan israel dan tidak berbalah dengan israel hukum barangan mereka adalah harus dari segi syarak
3. Adapun yang maknanya menyokong israel dalam peperangan terhadap orang islam tetapi tidak menyumbang kepada israel, ulama' menjelaskan hukum syarikat ini adalah makruh.

Dalam pelbagai persoalan yang ditanya kepada uai mengenai boikot, haram mcdonalds. Beliau tidak menegaskan bahawa 'mcdonalds' itu haram (haram dari aspek sumbangan). Beliau menjelaskan secara kasar supaya manusia seperti kita kaji sendiri benarkah mcdonalds merupakan penyumbang langsung (direct) kepada pembangunan tentera israel memerangi palestin.

Setakat ini, semua fakta atau info atau auta dari segenap lapisan blog dan berita berasal dari laman sesawang inminds.co.uk. Jika lama web terbabit membuat spekulasi semata-mata maka spekulasilah sahaja.

Penulis bukan sahaja mencuba dengan carian keyword 'mcdonalds' pada lama sesawang tabung kepada israel namun cubaan mencari keyword mcdonalds dengan laman web seperti zionist of america juga gagal menemui bukti sahih. Disembunyi atau tersembunyi hanya Allah yang tahu. 



Tiada bukti konkrit yang mengaitkan mcdonalds dengan rejim zionis. Kita belum lagi boleh mengatakn bahawa mcdonalds wajib diboikot dan haram sehingga beberapa individu atau whistleblower yang lain mampu membuka bukti berupa hard copy atau bertulis apalagi bukti pengakuan video yang sahih.

Dalam sesuatu hal kita perlu mengkaji dengan terperinci dan yakin akan sesuatu. Secara terus terangnya penulis masih lagi kurang yakin akan pembabitan mcdonalds dalam isu palestin 'secara langsung' yang menjadi point kepada apa yang dijelaskan oleh ustaz azhar dalam point nombor 1 kerana ia hanya berpandukan satu sumber.

Selagi ia bukan berasaskan babi serta benda haram, atau proses penyembelihan yang tidak menurut hukum syarak maka mcdonalds boleh dikatakan harus bukan lagi haram selagi belum benar-benar sahih, ini sekadar pandangan penulis. 

Fahami sejenak dan cari maklumat anda sendiri supaya anda mampu kerana semuanya adalah kehendak anda sendiri, duit anda sendiri, citarasa anda sendiri. Jika boleh hindari perkara shubhah, namun untuk menghilangkan 'ngidam' bini yang mengandung apa salahnya memesan apple pie atau double cheeseburger yang halal.

Pelbagai lagi barangan buatan bangsa yahudi bukan mcdonalds sahaja, pernah dengar dengan jenama nestle ? begitu banyak di pasaraya malaysia. Natijahnya adakah 'secara langsung' kepada pembunuhan kejam kepada bangsa palestin atau secara makruh dari hukum syarak.

Anda fikir anda tahu Status Boikot McDonalds : Benarkah Penyumbang Dana Zionist Israel ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.







Fahami Perihelion, Aphelion, Solstice, Apogee, Perigee dan Fenomena Empat Musim

$
0
0

"Perihelion, Aphelion, Solstice dan Four Season"

Perihelion merupakan fenomena alam yang berlaku apabila matahari berada pada kedudukan paling hampir sehingga tarikh tertentu dengan bumi melalui kiraan jarak astronomi.

Merupakan fenomena setiap tahun dua minggu selepas december solstice.



Bumi mengelilingi matahari bukan dalam bentuk bulat yang sempurna. Bumi mengelilingi bulan dengan bentuk elips. Maka akan terdapat satu titik pada elips yang membentuk paling dekat dengan titik tengah (matahari) dan juga hujung kepada elips orbit tersebut merupakan titik paling jauh bumi dan matahari dalam satu tahun.



Aphelion merupakan lawan kepada perihelion iaitu kedudukan bumi paling jauh dengan matahari dengan kata lain bumi berada pada titik elips orbit yang paling hujung. Berlaku saban tahun dua minggu selepas june solstice.

Paksi bumi iaitu dari hujung kutub utara dan selatan bukan berada pada kedudukan tegak. Bumi berpusing pada paksinya dalam sudut tertentu, condong kepada 23.4 darjah dari paksi menegak. 



Negara-negara di hemisfera utara mengalami musim sejuk (winter) kerana menerima cahaya dan haba matahari yang kurang berbanding kawasan lain kerana kecondongan ke belakang bumi seperti Amerika, Rusia dan lain lain. Mengalami hari siang yang sedikit.

Manakala negara-negara yang mendiami kawasan hemisfera selatan akan mengalami soltice musim panas (summer) kerana menerima byk cahaya dan haba matahari berbanding kawasan hemisfera utara seperti Australia, new zealand dan lain lain. Memiliki hari siang yang panjang.

Fenomena ini di panggil december soltice iaitu mungkin berlaku pada 20, 21, 22 atau 23 hari bulan



June soltice pula vice versa kepada december soltice iaitu kawasan hemisfera utara akan mengalami siang yang panjang berbanding hemisfera selatan. Penerimaan cahaya dan haba matahari oleh kawasan hemisfera selatan adalah lebih banyak berbanding kawasan hemisfera utara. Berlaku sekitar june 21 dan june 23.

Bagi negara yang berada hampir dengan khatulistiwa tiada sebarang perubahan ketara diperoleh dengan kata lain kerana inilah negara tropika tidak mempunyai empat musim, kerana menerima kadar cahaya dan haba dari matahari dengan sekata saban tahun.

Sekurang-kurangnya kita akan fahami kenapa negara hemisfera utara dan selatan mempunyai cuti tertentu dan pelbagai filem dan movie baru yang akan keluar pada masa tertentu.

Soltice juga berkait rapat dengan fenomena monsoon di malaysia, fahami konsep udara panas akan menuju ke kawasan seju maka anda akan dapat menggunakan kepala hotak anda yang berjambul mengetahui bahawa udara ini akan melalui negara kita sebelum menuju ke hemisfera berlainan di muka bumi.

Malaysia bukan saja strategik untuk laluan perdagangan kapal-kapal, namun merupakan laluan famous udara panas yang membentuk musim monsoon dan tengkujuh.

Dalam 100,000 tahun orbit bumi mengelilingi matahari akan berubaha sedikit demi sedikit. Semua terjadi berkait dengan daya tarikan graviti antara objek astronomi yang berkaitan, dalam skop manusia biasa seperti kita, objek yang biasa kita alami adalah bumi, bulan dan matahari mungkin sedikit mengenai meteroid, meteor dan meteorit.

Jika bumi mengelilingi matahari apa yang dilakukan oleh bulan ? adakah bulan duduk lepak sahaja di tepi kolam sambil menikmati lemonade ?

Bulan juga memainkan peranan terhadap alam. Bulan mengelilingi bumi berjaya menghasilkan beberapa fenomena alam kepada bumi seperti air pasang biasa atau air pasang besar atau mungkin juga kehadiran werewolf.

Orbit bulan untuk mengelilingi bumi juga dalam keadaan elips. Maka terdapat titik dekat dan jauh antara bulan dan bumi. Jika bulan dan bumi berada pada jarak yang dekat maka dipanggil dengan istilah perigee dan jika mereka menjauh mereka akan mengalami 'relationship' apogee.

Masing-masing memiliki daya tarikan graviti terhadap satu sama lain. Oleh hal inilah, jika ketika bulan amat hampir dengan bumi maka akan terjadinya air pasang besar hasil dari daya tarikan bulan dan bumi.

Matahari, bumi dan bulan. Memahami mereka hanya dengan konsep budak tingkatan empat sudah memadai. Dengan itu kita akan tahu bagaimana sambutan tahun baru gregori dan taqwin islam diilhamkan meskipun secara konsep sahaja.
Tahu akan fenomena pasang besar yang diakibatkan oleh jarak bulan dan bumi.

Aphelion, perihelion, apogee, dan perigee merupakan fenomena tahunan, maka bukanlah suatu yang asing bagi pengkaji astronomi meskipun bukan professional.

Anda fikir anda tahu Perihelion, Aphelion, Soltice, Apogee, Perigee dan Fenomena Empat Musim ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum









Posisi Asas Pemain Dalam Futsal

$
0
0

"Posisi"

Futsal dan bola sepak dua adik beradik berlainan karakter. Bilangan pemain serta kasut sudah menjadikan futsal dan bola sepak adalah berlainan meskipun konsep yang sama, tendang bola masuk gol, banyak gol dari pihak lawan anda menang, sebaliknya menanggung kekalahan.

Futsal secara kebiasaannya dimainkan seramai 5 orang termasuk penjaga gol. Namun ada juga dimainkan seramai 7 dan 9 pemain termasuk penjaga gol.


Dalam futsal setiap pemain mempunyai tugas posisi masing masing seperti penjaga gol (goalkeeper), pertahanan (defender), sayap (winger) dan Penyerang (Pivot). Setiap posisi memerlukan attribute atau kriteria tersendiri. Memerlukan ciri-ciri tersendiri.



1. Goalkeeper 

Dalam futsal, goalkeeper tidak boleh bercita-cita menjadi neuer dengan rileksnya bersandar pada tiang gol. Futsal merupakan permainan minda dan fizikal yang agak laju berbanding bola padang.

Individu yang layak menjadi goalkeeper adalah seperti memiliki kriteria penuh sifat atletik (lasak), refleks yang mantap dan berskill, dan kebolehan membuat keputusan yang tinggi.

Seorang goalkeeper perlu menjadi sepantas permainan futsal yang dimainkan. Mengikut akan tempo permainan itu, game laju anda pun laju. Berbanding bola sepak padang futsal banyak mendatangkan 'shoot' yang laju dan tajam serta memerlukan tindakan refleks yang tinggi.

Tugas sama seperti penjaga gol biasa, dilarang mengambil bola backpass pemain sendiri dan berada di dalam kotak D jika ingin menggunakan tangan. Terbang dan mengensot mungkin diperlukan.

2. Defender

Barisan benteng pertama sebelum pihak lawan mampu menjaringkan gol. Ditugaskan mengawal pemain yang berniat untuk menjaringkan gol. Ketangkasan, concerntration yang tinggi merupakan skill yang perlu ada pada defender. Kecepatan dalam membaca gerakan pihak lawan merupakan vital untuk menjadi defender.

Biasanya diletakkan pada kawasan separuh kawasan sendiri, marking kawasan dan jarang sekali marking pemain lawan. Dalam permainan futsal yang laju, defender bukan sahaja berdiri tegak seperti tiang menghalang serangan, defender juga boleh melancarkan counter attack apabila perlu kerana court futsal bukanlah seluas padang bola sepak.

Mungkin anda mampu menjadi top scorer meskipun anda seorang defender. Waktu serangan mungkin satu sahaja defender diperlukan dan untuk bertahan mungkin dua lebih baik.

3. Winger

Penjaga garisan. Boleh juga digelarkan kepada pemain sayap atau winger. Berada pada garisan tepi padang kiri dan kanan. Menjadi support apabila menyerang dan mungkin menjadi penyelamat pada bahagian tepi apabila diserang. Pemain sayap boleh dikatakan sebagai 'kucing' kepada bola, kerana dalam taktikal biasa winger ditugaskan untuk berlari mengikut sahaja ke mana bola bergerak dalam posisi yang tertentu disamping menjaga kawasan tepi court.

Counter attack merupakan vital kepada winger, berusaha membawa bola ke hadapan sebelum menjadi assist untuk gol atau jaringan sendiri.

Flow dan pace sesebuah pasukan bergantung kepada winger, apabila winger sudah pancit maka game berkemungkinan akan turut pancit.

4. Pivot

Secara tradisionalnya tugas sebenar adalah menjaringkan gol.Sebagaimana makna perkataan pivot, begitulah tugasannya. Menjadi seseorang dihadapan dengan kata lain pemain yang paling jauh dari pintu gol sendiri. Kebanyakkan dalam tournament besar, pivot sememangnya pivot, jarang jurulatih akan menyuruh pivot untuk turun ke bawah untk menolong rakan rakan lain ketika diserang.

Nama pun pivot, sebagai kayu dan tunggul di hadapan. Dapat divariasikan tugasan sebagai pengacau line defender dan goalkeeper dan mungkin marking pemain lawan supaya pemain lain mampu menjaringkan gol. Pivot tidak perlu risau akan masalah 'jaga ayam' kerana futsal tiada peraturan offside.

Target man turut menjadi salah satu tugas pivot sebelum menghasilkan rembatan kencang sekurang-kurangnya menyakitkan tangan goalkeeper lawan jika gagal menjaringkan gol.

Posisi-posisi ini bukan terhad kepada beberapa pemain, malah boleh disesuaikan dengan taktikal tertentu, winger boleh jadi pivot dan pivot mungkin boleh menjadi winger. Bergantung kepada kesesuaian dengan cara pihak lawan menyerang.

Anda fikir anda tahu Posisi Asas Pemain Dalam Futsal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Dunia Bakal Kehabisan Simpanan Petroleum dan Masa Depan Industri Minyak & Gas Malaysia

$
0
0

"Out of Stock"

Kita gah akan kehebatan petronas dalam menaja pasukan formula 1 mclaren dan jika bekerja dengan petronas menjadi kebanggaan masyarakat. Petronas merupakan salah satu dari ribuan syarikat yang berasaskan industri minyak dan gas dunia. Secara fizikalnya bukan petronas yang memproses crude oil menjadi produk minyak dan gas, petronas adalah sebuah syarikat pemberi tender sahaja.

Petronas kini sudah mula menceburi atau melabur dalam kebanyakkan industri, bukan selamanya hasil mampatan haiwan pra sejarah akan boleh lagi boleh disedut kelak, alternatif bahan api perlu di hasilkan bukan semata-mata hasil petroleum.

Cari gali crude oil dalam kerak bumi seumpama kita meminum segelas air milo menggunakan penyedut minuman, lama-kelamaan akan habis jua. Namun bilakah hasil bumi yang berikan Allah ini selain sebagai bahan api, janakuasa dan barangan plastik ini akan habis ? Dalam kata lain out of stock ?




Melalui kajian sehingga artikel ini ditaip, bilangan crude oil dunia semakin berkurangan berkadar terus dengan masa, disebabkan pengeluaran normal atau pun pembaziran seperti apa yang berlaku kepada deepwater horizon, amerika syarikat.


1. Eurasia (negara sebahagian Eropah dan Sebahagian Asia)
Bilangan barrel yang masih ada : 99 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 65 tahun production (pengeluaran)

2. Middle East (Timur Tengah)
Bilangan barrel yang masih ada : 746 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 299 tahun production (pengeluaran)

3. Asia Ocenia (Asia dan kawasan kepulauan termasuk malaysia)
Bilangan barrel yang masih ada : 34 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 4 tahun production (pengeluaran)

4. Europe (Eropah)
Bilangan barrel yang masih ada : 14 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 2 tahun production (pengeluaran)

5. North America (Amerika Utara termasuk Kanada)
Bilangan barrel yang masih ada : 209 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 25 tahun production (pengeluaran)

6. South America (Amerika Selatan)
Bilangan barrel yang masih ada : 123 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 55 tahun production (pengeluaran)

7. Africa
Bilangan barrel yang masih ada : 117 billion barrel (tong)
Masa yang diperlukan untuk habis: 99 tahun production (pengeluaran)

Data dan statistik ini diambil menggunakan rujukan pengeluaran crude oil dunia pada tahun 2009.

Statistik ini merupakan pandangan crude oil petroleum yang masih ada di dalam perut bumi tidak termasuk di dalam simpanan kuasa besar iran dan amerika yang merampas simpanan dari negara yang dicerobohnya, afghanistan dan iraq untuk memanipulasi harga pasaran minyak




Bagi pak arab mereka yang masih hidup masih boleh mampu untuk melakukan pembaziran sehinggakan sanggup membeli sesuatu yang tidak munasabah, dara perempuan pun mereka sanggup.

Cuba telitikan pada bahagian asia, didapati kurang dari 10 tahun akan shut down rig di perairan ini.

Mungkin ramai yang akan berkata adakah fakta ini benar sedangkan projek oil and gas di malaysia masih ok sahaja. Tambahan pula rapid pengerang johor siap dengan column (tangki) terbesar lagi dirasmikan.

Kerteh dan pengerang kawasan lain seperti port dickson dan tanjung keling melaka merupakan kawasan 'refinery plant' sahaja. Stok crude oil malaysia mungkin sudah menghampiri skala 'empty', maka refinery plant ini akan mengeksport crude oil dari kawasan yang masih memiliki simpanan crude oil yang tinggi contohnya kawasan arab atau timur tengah.

Kejatuhan ringgit yang agak menyakitkan mungkin akan menambahkan lagi keperitan jangka hayat oil and gas malaysia.

Crude oil sudah kehabisan, tiada pelabur yang mahu meneruskan projek dan proses refinery plant maka kiamat bagi bidang oil and gas malaysia. Peraturannya mudah sahaja, ringgit jatuh, pelabur (businessman) tiada untung maka tiada sebarang pembangunan sebagaimana kawasan refinery seperti paka kerteh dan pangerang lagi pada masa hadapan. Terima kasih kerana menjatuhkan pasaran wang ringgit malaysia.

Sekuarang-kurangnya jika kita sudah kehabisan stok simpanan petroleum mentah, kita masih mampu menjadi sebuah negara pemprosesan (refinery: kerteh dan pengerang) yang maju. Paling penting adalah betapa strategiknya kedudukan malaysia sebagai hab aliran sumber dan petroleum dunia. Dari zaman dahulu dan sekarang malaysia merupakan kawasan paling strategik sebagai laluan perdagangan.

Cuba lihat, kedudukan kerteh dan pengerang, kedua-duanya tempat yang terbaik untuk mendapatkan crude oil dari kawasan simpanan yang masih banyak. Malaysia mampu menjadi pusat pemprosesan minyak mentah yang maju jika digunakan sebaiknya meskipun dibawah perut bumi malaysia sudah kekeringan minyak mentah. Kawasan yang seterusnya paling strategik untuk kawasan refinery sebagaimana pengerang sekarang adalah tok bali, pasir puteh kelantan.

Namun semua ini merupakan angan-angan kosong dari seseorang yang nampak akan peluang untuk meneruskan kesinambungan oil and gas di malaysia. Dengan hutang negara bertimbun, ketirisan penggunaan hak rakyat, cukai entah ke malaysia menghasilkan suasana ekonomi yang tidak sihat menyebabkan kejatuhan ringgit dan siapa yang mahu melabur untuk semua angan-angan supaya malaysia mampu menjadi hab oil and gas terkemuka, simpan sahaja angan -angan malaysia akan memiliki robot sebesarnya kucing untuk wawasan 2020 apalagi kereta terbang.

Biodiesel

Mungkin biodiesel boleh menjadi penyelamat. 

Bagaimana biodiesel mampu menggantikan petroleum based?

Mungkin masih dalam percubaan dengan mengantikan petroleum kepada sumber biodiesel seperti kelapa sawit. Mungkin ahli kimia masih belum lagi mencipta suatu formula empirik dalam meng'klon' sebatian ikatan karbon di dalam minyak masak (mungkin) untuk menyamai ikatan sebatian hidrokarbon yang ada pada petroleum. Namun itu bukan suatu yang mustahil. 

Penghasilan sistem enjin yang tidak lagi bergantung kepada hasil penyulingan crude oil petroleum semata-mata mampu mengubah biodiesel menjadi sumber bahan api akan datang.

Cuba bayangkan sumber tenaga yang memang sudah ada di dalam stor rumah kita, kita guna setiap hari, maka akhirnya akan kehabisan jua. Jika sumber bahan api itu boleh ditanam ? bagaimana, contohnya hasil dari kelapa sawit.

Pernah ada dikeluarkan cerdik pandai bahawa kelapa sawit memiliki sebatian hydrocarbon yang mungkin menghampiri crude oil petroleum dari perut bumi. 

Anda, ya anda yang mempunyai degree dan master serta phd dalam bidang berkaitan, harap mampu memenangi noble prize kerana menemui alternatif untuk petroleum sebagai bahan api komersil. Budak spm sekadar memberikan semangat.

Anda fikir anda tahu Dunia Bakal Kehabisan Simpanan Petroleum dan Masa Depan Industri Minyak & Gas Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Bekazon: Komik Hybrid Masa Kini Karya Bekas Kartunis Majalah Ujang dan Apo?

$
0
0

"Hybrid Comic"

Zaman sudah maju, segalanya sosial dan viral. Dahulunya budak-budak akan menjadikan komik dan kartun sebagai hiburan namun kini gajet yang paling utama sehingga sanggup menendang ibu bapa demi gajet.

Samalah seperti hiburan dahulu, majalah ujang dan apo. Semuanya memiliki sejarah dan konflik tersendiri. Setelah sekian lama bergelumang dengan isu kontroversi dan penutupan syarikat publisher mereka, MOY publications, kini penggiat seni kartun malaysia mula mencuba sesuatu yang baru seiring dengan zaman viral dan sosial.

Pautan: Moy Publications sdn bhd Tutup Operasi 

Tema hybrid. Boleh dikatakan kebangkitan para kartunis yang dahulunya melempiaskan seni mereka atas nama majalah ujang dan apo, namun kini kebangkitan mereka lebih fokus dalam memartabatkan seni lukis komik lokal malaysia.

Lawak antarabangsa (ujang) dan entah apo apo entah (apo), merupaka slogan dan tagline yang biasa dikenali ramaja 90-an. Sering dijumpai di bawah meja ruang tamu apa lagi di bawah tilam pelajar asrama lawak dari kartunis yang sempoi dengan gaya bahasa santai mampu menghilangkan sedikit kedukaan selepas berkhatan kerana tidak boleh ke bendang menangkap ikan laga.





Kini kartunis-kartunis ini bergabung di dalam sebuah 'brand' yang diberi nama BEKAZON.

Berkonsepkan 'hard copy' dan 'soft copy', konsep ini ada baiknya digelar sebagai komik hibrid. Anda mampu mendapatkan naskah berupa buku komik di mana-mana rangkaian kedai buku atau 7-Eleven terpilih.


Siapa yang tidak kenal akan lambok, gayour, padi, sukun, spider, belitong, cendol, lepat dan ramai lagi yang tidak pernah mengecewakan dalam membuat punchline-punchline lawak bernas ke atas kertas.

Lambok, terus terang boleh dikatakan setiap karyanya tidak pernah mengecewakan dan kartunis lain yang mempunyai idea dan pengenalan mereka sendiri. Mungkin ada yang pernah kenal mona, kartunis awek dalam ujang..entah ke mana pergi mona dan 5 anak barangkali.




Gabungan dari bekas-bekas kartunis ujang dan apo ini telah melahirkan bekazon yang juga mampu menawan hati budak-budak sekarang yang sukar dipisahkan dengan gajet. Ada di upload setiap karya kartunis di dalam blog mereka untuk bacaan percuma selain dari pengenalan, berita serta cara untuk mendapatkan naskah bekzaon yang diterbitkan.




Selain tempahan untuk langanan bekazon, para peminat mereka masih boleh lagi menjadikan majalah ujang dan apo terdahulu sebagai kenang-kenangan kerana terdapat tempahan untuk mendapatkan majalah-majalah keluaran lepas yang masih wujud dan boleh dijadikan koleksi supaya generasi muda akan datang akan lebih mengenal kehidupan realiti berbanding fantasi yang sering ditonjolkan animasi sekarang.

Lawati Bekazon




www.bekazon.com





Syabas kepada kartunis-kartunis ini kerana masih mampu meneruskan kesinambungan ujang dan apo.

Semoga hasil karya mereka akan menginjak ke tahap animasi pula nanti. Sudah cukuplah kanak-kanak diterapkan dengan super power, entah apa-apa sudah sampai masanya anak-anak diterapkan dengan kartun animasi yang banyak memberi simbol kehidupan realiti sambil bergelak ketawa.

Selepas kejatuhan moy publication sebenarnya terdapat beberapa come back sebelum bekazon seperti, gila-gila dan jenama x

Pautan: Konspirasi: Ujang dan MOY publications

Anda fikir anda tahu Bekazon: Komik Hybrid Masa Kini Karya Bekas Kartunis Majalah Ujang dan Apo ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualikum.

Asal Usul dan Hukum Memakai Pakaian Hitam Ketika Kematian

$
0
0

"Black Suit Funeral"

Asal Usul
Berpakaian hitam kerana berlaku kematian sudah mahsyur dan menjadi kebiasaan diamalkan olih masyarakat kristian eropah sejak abad pada 19.
Ketika Raja Albert meninggal dunia pada tahun 1861, balunya Ratu Victoria juga mengamalkan tradisi berpakaian hitam ini dan diberitakan Ratu memakainya selama 40 tahun.

Menurut pakar sejarah eropah, berpakaian hitam ketika kematian bermula lebih awal lagi yaitu di abad yang ke 17.
Ketika Inggris diperintah olih Sir Oliver Cromwelll pada 1653-1658, beliau melarang rakyatnya hidup mewah, termasuk dalam soal berpakaian. Kaum wanita dikehendaki memakai gaun labuh yang berwarna hitam.


Ane Holander menyebutkan tiga mazhab kristian katolik yang memakai pakaian hitam ketika kematian samada hitam keseluruhan seperti mazhab Benedictine. Manakala mazhab Augustine dan Dominican memakai hitam dan putih.
Menurut Franco Piponnier dan Perrine Manne dalam buku bertajuk Dress in the Middle Ages, bahawasanya berpakaian hitam ketika berlaku kematian asalnya dari Sepanyol pada abad pertengahan yang kemudian ditiru oleh para masyarakat inggeris dan perancis.
Al-Hafiz Al-Imam As-Suyuthi berkata pada kitabnya “Al-Awa’il” bahwa orang-orang kristian koptik Mesir memakai pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan kesedihan dalam masa berkabung bila berlaku kematian dikalangan mereka.
Hukum
Memakai pakaian berwarna hitam bukan sebab berlaku kematian adalah harus kerana Nabi saw pernah memakai pakaian berwarna hitam.
Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadith

” مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
artinya “ Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka “
Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.
Imam Ghozali menyebut didalam Ihya 'Ulumuddin bahwa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram karena termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian orang-orang kafir.
Olih itu jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian samada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.
Tetapi jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian maka hukumnya adalah haram.
Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.
wallahua'lam

petikan posting Ustaz Azhar Idrus (Original) Fans Page

Anda fikir anda tahu Asal Usul dan Hukum Memakai Pakaian Hitam Ketika Kematian ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.

Viewing all 559 articles
Browse latest View live